You are on page 1of 21

PENGENALAN Lebih daripada 2000 tahun dahulu, seorang ahli falsafah agung iaitu Aristotle menyatakan bahawa terdapat

dua kriteria utama dalam mengelaskan kerajaan. Pertama iaitu bilangan orang yang member kuasa autoriti kepada badan pemerintah, dan kedua kuasa pemerintah secara langsung. Dalam kenyataan yang pertama, Aristotle membahagikan kerajaan kepada tiga jenis iaitu kerajaan perseorangan, kecil dan banyak. Pengelasan yang kedua bermaksud pemerintahan yang berkewibawaan adalah untuk faedah semua ahli yang terlibat dalam badan politik. Kerajaan perseorangan juga dikenali sebagai kerajaan beraja. Kerajaan perseorangan untuk kepentingan sendiri dikenali sebagai tirani. Kerajaan minority untuk menjaga kebaikan dikenali sebagai aristokrasi. Kerajaan yang diawasi oleh golongan kecil dikenali sebagai oligarki dan kerajaan majoriti yang mana rakyat turut serta dikenali sebagai kerajaan demokrasi. Pandangan Aristotle tentang kerajaan demokrasi dari golongan minoriti, sama ada secara tulen atau tidak melibatkan ahlli-ahli secara langsung akan syarat-syarat kewarganegaraan dalam penghuraian dan tinjauan terhadap polisi-polisi. Menurut Aristotle, demokrasi tulen adalah pertubuhan atau badan yang mengandungi bilangan rakyat yang kecil, di mana pentadbiran dan urusan kerajaan adalah orang perseorangan. Perbezaan demokrasi langsung dan tidak langsung menarik perhatian, tetapi keadaan sekarang lebih menekankan demokrasi yang mempunyai perwakilan yang beraneka ragam.walaupun demokrasi secara langsung wujud dalam kumpulan kecil, seperti Bandar-bandar di New England, tetapi demokrasi perwakilan lebih banyak terdapat dalam kumpulan-kumpulan besar. Oleh itu, demokrasi pada masa kini adalah demokrasi yang berperwakilan.

Demokrasi moden hanya mucul pada abad ke 19 dan ke 20 . ini adalah akibat daripada proses evolusi. Perkara yang penting dalam pertumbuhan demokrasi ialah pembangunan teknologi yang banyak mempengaruhi kedudukan ekonomi dan kehidupan social , pertukaran agama dan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah authoritarian. Tekanan ekonomi dan sosial akibat pembangunan teknologi telah membantu dengan banyaknya pertumbuhan politik demokrasi di beberapa Negara seperti di Afrika, Indonesia, Malaysia dan sebagainya. Perjuangan dalam kebebasan beragama berikutan dengan pembaharuan yang berlaku menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya kuasa akan beroleh kejayaan dan mengakibatkan toleransi dalam pembangkangan yang mana ia merupakan salah satu yang dikehendaki dalam sistem pemerintahan demokrasi.

ASAL-USUL IDEOLOGI DEMOKRASI Ideologi demokrasi muncul di negeri Athens lebih kurang empat ribu tahun dahulu. Demos beerti rakyat jelata. Demokratia merupakan sistem pemerintahan oleh rakyat , iaitu kerajaan di mana rakyat bermaharajalela. Tetapi di dama sistem demokrasi di Athens, rakyat hanya dihadkan kepada warganegara( citizens) Athens. Hamba- hamba tidak termasuk dalam golongan rakyat dan tidak layak berkecimpung dalam proses pentadbiran negeri itu. Mengikut sistem demokratia, semua pihak warganegara boleh mengambil bahagaian secara persendirian. Proses ini dapat dijalankan kerana golongan warganegara ketika itu adalah kecil. Semua peserta layak member pandangan-oandangan mereka sendiri dan mengundi . tetapi, apabila sesuatu kepurusan diambil, semua pihak termasuk pihak pembangkang diwajibkan menyokong keputusan tersebut. DEFINISI DEMOKRASI Definisi-definisi demokrasi boleh dibahagikan kepada dua kategori. Pertama, kebanyakkan elemen teori demokrasi bercorak tradisional. Misalnya, kerajaan berperwakilan atau wakil

kerajaan adalah sekumpulan orang atau seorang wakil yang dipilih daripada pilihanraya demokratik dan mereka menjalankan tugas dalam masa yang tertentu berdasarkan kehendak rakyat. Kedua, kebanyakkan elemen memaparkan corak corak sebenar tentang proses demokrasi. Kehendak-kehendak dalam apa jua perkara adalah didesak oleh masyarakat walaupun terdapat sedikit kelambatan untuk mendapatkannya. Dalam setengah-setengah kes tertentu, sesuatu sebab yang hendak dilakukan dipohon terlebih dahulu secara sah dan ia dikenali sebagai demokrasi. Demokrasi adalah sistem politik di mana rakyat mempunyai pilihan ke atas persaingan di antara

pertubuhan-pertubuhan

dan pemimpin-pemimpin politik. Rakyat tidak boleh dan tidak

dibenarkan menjalankan pemerintahan sendiri, tetapi mereka boleh mengawal kerajaan. Dalam sistem demokrasi yang dijalankan , rakyat menen tukan bentuk perkembangan sistem politik. Kumpulan definisi terakhir, menekankan bahawa kerajaan demokrasi bermaksud kerajaan dan rakyat, pegawai-pegawai adalah dari kehendak-kehendak orang yang berhak memilih (iaitu golongan yang menang) atau golongan majoriti berhak ke atas peraturanperaturan yang dibuat untuk rakyat. Dalam demokrasi tulen, polisi menentukan fungsi ke atas rakyat secara langsung, walaupun tanpa kepimpinan. Tetapi dalam demokrasi jenis perwakilan, rakyat tidak melibatkan diri dalam penetuan dasar-dasar. Keputusan dan pentadbiran dasar adalah perlaksanaan fungsi-fungsi dari perlantikan pegawai-pegawai di mana tanggungjawab tersebut dilaksanakan atau sebaliknya. Dalam pentadbiran politik , pemilihan ketua-ketua dan penamaan calon ditentukan oleh para pengundi. Pengundi-pengundilah yang akan menentukan beberapa perkara penting supaya kerajaan dapat bergerak. Selepas pilihanraya, keputusan yang dibuat adalah berdasarkan kepada pilihan yang sihat untuk kepentingan umum. Konsep-konsep demokrasi Menurut pengkajian yang dijalankan, konsep demokrasi telah diasaskan sekitar abad ke-4 masehi oleh kerajaan Greek Purba. Konsep demokrasi ini telah dikembang secara meluasnya melalui karya-karya ilmiah oleh beberapa ahli falsafah tamadun yunani kuno seperti Socrates, Aristotles, Plato dan Pericles. Definisi sahaja tidak begitu lengkap untuk menerangkan keadaan demokrasi dan prosesnya. Semua definisi mempunyai hubungkait dengan ahli-ahli falsafah yang menyatakannya. Melalui masa, bilangan ahli masyarakat bertambah. Lagipun, dengan

pembangunan Negara-negara moden, sistem kerajaan mengandungi daerah yang luas. Jadi, penyertaan semua warganegara dalam pentadbiran Negara secara persendirian tidak dipraktikkan lagi. Ini mewujudkan konsep perwakilan. Mengikut cara ini, golongan-golongan tertentu mewakilkan seseorang untuk mewakili kepentingan-kepentingan mereka dalam sistem pentadbiran Negara. Perwakilan ini dianjurkan melalui pilihanraya umum. Demokrasi juga mengandungi konsep perlembagaan. Berdasarkan konsep ini, pihak pemerintah hendaklah diasingkan daripada pihak perundangan untuk menjamin keadilan di kalangan rakyat. Demokrasi mengandungi kriteria-kriteria berikut: Kerajaan adalah kerajaan bermajoriti Walaupun kerajaan adalah kerajaan bermajoriti, hak-hak minority dapat dijamin Sistem pemerintahan yang memupuk kesamaan dan keadilan Sistem pemerintahan yang menjamin kebebasan individu, ucapan dan pertemuan Demokrasi moden mempunyai sifat-sifat berikut : Perlembagaan yang menghadkan kuasa dan kawalan operasi formal kerajaan, samada secara tulisan, secara norma atau gabungan kedua-duanya. Lazimnya Perlembagaan akan memasuki dotrin pembahagian kuasa untuk memastikan seseorang itu tidak diberi lebih dari satu kuasa. Pilihan raya untuk memilih pegawai-pegawai awam, yang dikelolakan secara bebas dan adil Rakyat diberi hak mengundi Kebebasan bersuara (berceramah, berhimpun dan sebagainya)

Kebebasan akhbar dan akses kepada media lain Kebebasan persatuan Semua orang dalam masyarakat menikmati hak yang sama dari segi undang- undang. Salah satu pra-syarat demokrasi ialah wujudnya Aturan Undang- Undang (Rule of Law ) Rakyat yang berpendidikan dan berpengetahuan tentang hak asasi manusia dan tanggungjawab sivik Syarat-syarat demokrasi: Dalam menjalankan pemerintahan demokrasi, terdapat beberapa syarat yang dianggap perlu untuk dipatuhi. Terdapat dua syarat utama iaitu persamaan politik dan kebebasan politik. Persamaan Politik : Persamaan politik bermaksud memberi persamaan peluang kepada setiap individu untuk penglibatan yang sama dalam kerajaan tanpa mengira keadaan individu sama ada kaya mahupun miskin. Penglibatan orang ramai dalam sistem pemerintahan demokrasi adalah merupakan hak semula jadi mereka dalam hubungan dengan orang ramai.namun kebanyakan sistem pentadbiran demokrasi banyak dikuasai oleh golongan minoriti iaitu golongan bangsawan dan kelas atasan sebagai pemimpin kelas atasan. Persamaan politik juga bermaksud tanggungjawab. Jadi demokrasi bertujuan untuk menjadikan individu mempunyai sikap mengawal diri. Rasa tanggungjawab amat penting kerana dapat mengawal individu dari menyalahguna kuasa yang diberikan oleh rakyat. Kebebasan Politik : Ahli falsafah terkenal, Plato mengatakan bahawa memilih apa yang disukai adalah menarik tetapi ia akan berakhir. Manusia dalah bebas dan berbeza antara satu sama lain, dan

mereka patut diberi fungsi mengikut kecenderungan mereka. Kebebasan merupakan sesuatu elemen penting dalam demokrasi namun tidak bermaksud mereka boleh menggunakan sewenang-wenangnya kebebasan yang diberikan. Dalam demokrasi terdapat dua konsep pertimbangan iaitu. Pertama, individu adalah bebas dari pengadilan pemerintahan. kedua, individu mempunyai hak menyuarakan dan mengawal kerajaannya sendiri. Rakyat berhak mengkritik sesiapa sahaja yang menjadi pemimpin dalam kerajannya di negaranya. Dalam sesebuah negara demokrasi kebebasan yang diberi boleh dirumuskan kepada empat jenis, iaitu kebebasan bercakap dan berakhbar, kebebasan berhimpun, kebebasan persatuan, kebebasan pembebasan, menangkap dan memenjara. Perlembagaan Demokrasi : Perhatian sepatutnya direka untuk menyediakan satu media berkesan di mana cita-cita dan kehendak rakyat boleh diambil perhatian. Rakyat mempunyai kehendak dan keupayaan untuk menjayakan demokrasi, perlembagaan yang lemah masih dapat dikuatkan dengan pembaharuan dan ditingkatkan kelengkapannya. Perlembagaan sesebuah negara haruslah mengubah sistem demokrasi yang menyediakan keperluan- keperluan sebagai sebuah perlembagaan demokrasi. Kebebasan mengundi dan bersuara Dalam demokrasi, setiap rakyat yang mencapai umur yang ditetapkan diberikan hak untuk mengundi. Rakyat berhak memilih sesiapa sahaja menjadi pemimpin dengan pemikiran dan pertimbangan yang waras. Namun tidak diperlukan sebarang peperiksaan dan ujian untuk memilih sesiapa sahaja menjadi pemimpin di dalam strukur pentadbiran negara.

Badan Perundangan Badan perundangan dipilih oleh rakyat dan untuk rakyat oleh kebanyakan negara-negara demokrasi moden zaman sekarang. Ia sangat perlu untuk menggerakkan jentera-jentera kerajaan. Badan perundangan amat penting kerana ia mengawal kebijaksanaan wakil-wakil yang dilantik oleh rakyat. Melalui badan perundangan inilah segala keperluan dan masalah yang dihadapi oleh rakyat dapat diketengahkan dan dibincangkan dengan sebaik-baiknya untuk kepentingan rakyat. Eksekutif Badan eksekutif ialah badan yang menjalankan undang-undang dan dasar-dasar yang telah ditetapkan. Jesteru, ahliahli eksekutif perlulah mempunyai sifat bertanggungjawab untuk melaksanakan demi rakyat.ketua eksekutif mempunyai bidang kuasa dan autoriti yang luas dan harus melaksanakan tugas tersebut dengan terbaik dan demi rakyat. Kehakiman Bebas Strukur kehakiman yang bebas perlu ada dalam sesebuah negara demokrasi iaitu bebas dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Mahkamah penghakiman bebas mempunyai tiga fungsi iaitu menghasilkan keputusan kehakiman dengan baik dan adil. Kedua penerangan mengenai undang-undang tersebut yang menjadikan undang-undang tersebut untuk kerajaan dan bukan untuk rakyat yang suka berdolak- dalik. Pelajaran : Pada kebiasaannya demokrasi lebih cepat berkembang dengan pemikiran masyarakat yang berpendidikan tinggi dan dapt mengawal emosi dengan lebih elok. Jika pelajaran hanya sekadar kenyataan dan kelayakan yang perlu untuk mendapatkan kerajaan maka ini akan gagal

memajukan kebebasan dan pemikiran yang kritikal mengenai soal-soal awam, yakni dia tidak dapat menghasilkan semangat kesedaran dan semangat yang perlu untuk menjayakan demokrasi. Penglibatan Dalam Politik : Semenjak zaman kerajaan Athen dulu, rakyat memang terlibat dengan pentadbiran dengan memilih kerajaan yang akan diangkat menjadi pentadbir. Hak mengundi semakin berkembang dengan pesat selepas abad ke-19 dan ke-20 namun masih ada segelintir yang merasakan bahawa mengundi tidak mendatangkan apa-apa faedah. Ini menyebabkan peratusan pengundian semakin berkurang dan jumlah undi yang diterima hanyalah sedikit dari rakyat dan memudahkan untuk suatu pihak mengeksploitasikan minda pengundi. Namun masih terdapat kes di sesetengah negara maju demokratik yang tidak membenarkan sesetengah kumpulan rakyat untuk tidak mengundi seperti kumpulan kanak-kanak di bawah umur, orang-orang asing, penjenayah yang dijatuhkan hukuman, dan orang-orang yang tidak waras. Namun terdapat juga syarat yang paling minimum untuk seseorang individu itu dapat mengundi seperti berumur 21 tahun ke atas, warganegara, telah mendaftar untuk mengundi dan juga telah bermastautin di daerah ataupun negeri di dalam negara yang dipilih untuk menjadi pengundi. Pada sewaktu dahulu, golongan wanita tidak dibenarkan mengundi. New Zealand merupakan negar pertama yang membenarkan wanita turun membuang undi iaitu pada tahun 1893 dan ini semakin berkembang dan menjadikan kini terdapat lebih 80 buah negara di serata dunia yang membenarkan wanita turun membuang undi di hari pengundian. Masyarakat Yang Setara : Sistem demokrasi akan lebih berjaya jika masyarakat dapat disatukan walaupun terdiri dari pelbagai latarbelakang agama, bangsa, warna kulit dan sebagainya. Sistem demokrasi tidak akan

dapat berjalan dengan lancar seandainya terdapat perselisihan dalam masyarakat yang majmuk ini dan tentunya akan lahir golongan yang akan suka menimbulkan masalah dan berhasrat untuk meruntuhkan sistem demokrasi dalam negara. Jesteru menjadi suatu kepentingan kepada sesebuah kerajaan untuk mencari jalan penyelesaian seandainya terdapat perselisihan faham diantara golongan yang berbeza demi menjayakan sistem demokrasi di sesebuah negara. Persatuan Politik : Jika terdapat perbezaan dari segi agama, bangsa dan nilai-nilai yang diterima umum maka wujudlah faktor-faktor pemaksaan dan pemerasan. Persetujuan asas perlu ada dalam setiap peraturan yang dikeluarkan oleh masyarakat dan kerajaan. Rakyat berhak menentang kerajaan seandainya kerajaan telah menyeleweng dari dasar kepada rakyat dan tidak dapat memenuhi tuntutan rakyat. Seandainya pemerintahan itu tidak mempunyai tahap kecekapan yang diperlukan, maka rakyat berhak menolak kerajaan tersebut dari tampuk pemerintahan negara dengan menggunakan saluran yang betul iaitu pilihanraya yang akan diadakan pada masa yang akan datang. Dengan itu corak pemerintahan kerajaan sentiasa menjadi berwibawa untuk melaksanakan agenda untuk rakyat.

the great and chief end of mens uniting into common wealths and putting themselves under government in the preservation of their property

Menurut teori ini, kerajaan haruslah membenarkan dan memberi hak kepada semua rakyat untuk menyimpan dan mengumpul kekayaan. Jesteru, ini dapat memberi gambaran sebenar berkenaan sifat individu tersebut melalui cara mereka menggunakan kekayaan dan mengumpul kekayaan. Mempunyai harta kekayaan bukanlah hanya bertujuan untuk ekonomi semata-mata tetapi banyak lagi faedah-faedah psikologi yang lain. Untuk tujuan ini, kerajaan haruslah mengawal hak rakyat untuk mempunyai harta benda dan kekayaan. Sikap Bertolak Ansur: Sikap bertoleransi haruslah ada dalam masyarakat yang mengamalkan demokrasi agar banyak cadangan-cadangan dapat diutarakan untuk kebaikan negara dan rakyat. Antara cara yang paling baik untuk mengutarakan pendapat adalah melalui perbincangan diantara dua buah pihak dan ini adalah cara yang lebih baik dari melalui sistem paksaan dan tekanan. Sikap memberi dan menerima juga haruslah ada di dalam perbentukan masyarakat yang mengamalkan sistem demokrasi iaitu melibatkan konsep peraturan oleh kelompok majoriti dan kelompokn minoriti haruslah menerima keputusan dan peraturan itu dengan hati yang terbuka demi mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang menggugat suasana demokrasi tersebut.

Demokrasi Afrika Pasca Perang Dingin Di Ghana Sistem demokrasi Afrika merupakan sistem yang diamalkan oleh suku kaum yang berpengaruh. Dalam sistem ini terdapat parti pembangkang yang disebut Mankradd yang bertujuan untuk menentang apa sahaja yang dinyatakan oleh ketua parti.Dalam sistem demokrasi Afrika ini, terdapat sistem di mana raja bertanggungjawab menjaga kebajikan masyarakat dan ini menyebabkan kurangnya terjadi perselisihan faham antara rakyat dan pemerintah. Dalam sistem ini terdapat sistem pusat, parti yang memerintah. Apabila keputusan telah dibuat melalui undi majoriti dan menerusi perbincangan, maka adalah tidak perlu untuk mewujudkan berbagai-bagai parti. Sistem ini diamalkan di Tanzania oleh Julius Nyerere dan di Ghana oleh Kwame Nkrumah. Negara Ghana mencapai kemerdekaannya pada 6 Mac 1957. Dalam dekad yang pertama selepas merdeka, negaranya dikuasai oleh Kwame Nkrumah.di bawah pemerintahannya, ideology Nkrumaisme dilafazkan sebagai ideologi Negara. Nkrumaisme dianggap sebagai satu falsafah sosialisme yang bukan athes, yang cuba mempergunakan idea-idea sosial , ekonomi dan politik semasa sebagai penyelesaian masalah-masalah dalam negeri dan peringkat antarabangsa. Sebelum tahun 1945, kegiatan nasionalisme tidak bertindak untuk membebaskan Ghana daripada belenggu kolonialisme, tetapi telah tertumpu kepada penyertaan politik dan dewan perundangan Negara itu. Selepas Perang Dunia ke Dua, pihak nasionalis menekankan kemerdekaan untuk Negara mereka. Pihak nasionalis tidak menerima satu sistem politik di mana mereka tidak dibiarkan mentadbir Negara mereka sendiri. Oleh kerana tiada keadilan politik dan sosial pada tahun 1947, pihak nasionalis bertindak untuk melahirkan satu badan politik iaitu United Gold Coast Convention(UACC). Kwame Nkrumah menjadi setiausaha agong UACC. Pada tahun 1949, Nkrumah berundur daripada UACC dan beliau menganjurkan parti baru iaitu

Convention People Party(CCP). Jika dibandingkan dengan parti-parti politik lain seperti UACC, di mana aktiviti politik dihadkan kepada ketua-ketua puak dan orang bangsawan,

gerakan CPP meliputi semua lapisan masyarakat, khasnya golongan pekerja dan petani. CPP menjadi parti utama untuk memperjuangkan kemerdekaan. Pada pilihanraya pertama tahun 1951, Nkrumah menjadi Perdana Menteri Ghana. Di bawah pemerintahan Nkrumah, ideologinya iaitu Nkrumaisme, dilancarkan sebagai ideologi Negara Ghana. Bagi Nkrumah, sistem kapitalisme adalah tidak sesuai untuk Negaranegara Afrika. Kapitalisme adalah mempunyai persamaan dengan Kolonialisme kerana terdapat unsur-unsur ekploitasi. Mengikut beliau, zaman dahulu tuddak terdapat ekploitasi di dalam masyarakat tradisional kerana masyarakat itu berasaskan kepada ideologi sosialisme. Bagi

mengelakkan ekploitasi dalam masyarakat Ghana, ideologi sosialisme haruslah dikuti. Semua kuasa sosial dan ekonomi hendaklah diserahkan kepada pihak berkuasa. Ini membolehkan kerajaan menggunakan kuasa politiknya untuk menjamin kemewahan rakyat. Unsur- unsure totalitarianisme boleh dikesan dalam polisi sosialisme di dalam pemerintahan Nkrumah. Bagi Nkrumah , kapitalisme adalah terlalu kusut untuk sebuah Negara yang baru merdeka. Oleh yang demikian, adalah wajar supaya satu sistem sosialisme didirikan. Tetapi sebuah sistem ini yang berdasarkan kepada keadilan sosial dan perlembagaan demokrasi haruslah diperkuatkan dengan tindakan-tindakan berbentuk totalitarianism.Nkrumah menegaskan bahawa kuasa kerajaan adalah kuasa masyarakat , iaitu masyarakat adalah asas kepada pihak berkuasa. Nkrumah menegaskan idea-idea demokrasi sebagai ideologinya. Selaras dengan ideologinya, Nkrumah melalui Dewan Perundangan pada tahun 1962, mengumumkan bahawa politik Ghana akan berasaskan kepada sistem sebuah parti. Pihak pembangkang di dalam Dewan Perundangan dihapuskan. CPP dianggap akan berfungsi sebagai barisan nasional. Tujuan utama parti ialah

untuk mencegah pemimpin dan penghasut rakyat, pengkhianat, pengecut yang ingin menyesatkan suatu sektor masyarakat. Sistem pemerintahan totalitarianisme bergantung dengan pemerintahan seorang diktator. Biasanya, seorang dictator akan cuba mendewakan diri sendiri di kalangan masyarakat yang beliau memerintah. Ghana di bawah pemerintahan Nkrumah juga tidak terkecuali. Walaupun beliau seorang diktator, namun polisi beliau dibuat secara perlembagaan. Antaranya melalui Rang Undang-undang (Pemindahan) Perlembagaan 1959, beliau membubarkan majlis-majlis daerah untuk memusatkan pentadbirannya. Nkrumah bukan sahaja berjuang untuk

menghapuskan kolonialisme di benua Afrika. Beliau juga menegaskan perjuangan untuk mengelakkan neo-kolonialisme bagi Negara-negara yang telah merdeka. Beliau

memperinbgatkan Negara-negara Afrika bahawa kuasa-kuasa luar khasnya kuasa imperialis akan cuba menggantungkan kebebasan Negara Afrika secara politik dan ekonomi. Beliau juga mengesyorkan perkembangan sektor ekonomi di dalam kerajaan supaya pihak imperialis tidak diberi peluang untuk mengeksploitasikan rakyat Afrika. Satu cara yang dikemukakan oleh Nkrumah untuk menyatupadukan Afrika ialah dengan melalui gabungan Negara-negara. Selaras dengan idea-ideanya, pada tahun 1958, Nkrumah menganjurkan satu persidangan Negara-negara Afrika merdeka untuk membincangkan percantuman politik benua Afrika. Sebagai langkah permulaan , beliau mengadakan satu persatuan di antara Ghana dan Guinea. Ianya berkembang pada tahun 1962 sehingga meliputi Mali. Namun nasionalisme di dalam Negara-negara berkenaan memecahkan persatuan itu pada 1963 dan nasionalisme di Negara-negara Afrika yang lain tidak menggalakkan kejadian persatuan Afrika yang dipimpin Nkrumah. Pada tahun 1966, Nkrumah diguling oleh pihak militeri. Maka berakhirlah ideologi Nkrumaisme di Negara Ghana. Di bawah perlembagaan baru tahun 1969, pemerintahan baru di

bawah Dr Busia menjaminkan hak kebebasan individu. Di ruangan dasar luar Negara itu, Negara Ghana tidak lagi mengamalkan polisi-polisi anti-imperialisme dan polisi-polisi yang memperjuangkan persatuan Afrika. Wa;aupun terdapat beberapa rampasan kuasa selepas tahun 1966 iaitu pada tahun 1975 dan 1979, Negara itu lebih cenderung kepada nilai-nilai demokrasi.

Demokrasi Semasa Era Pasca Suharto Negara Indonesia merupakan sebuah negara yang terbesar di Asia Tenggara dengan jumlah penduduknya seramai 220 juta. Sukarno merupakan presiden Indonesia yang pertama. Kemudian diikuti oleh Suharto, B.J.Habibie sebagai presiden yang ketiga, Abdul Rahman Wahid atau nama panggilannya sebagai Gus Dur dan kini anak Sukarno, Megawati. Indonesia merupakan gagasan kumpulan beratus-ratus pulau dan antara pulau yang terbesar ialah Pulau Jawa dan Sumatera. Pada zaman pemerintahan Sukarno, Indonesia diletakkan di bawah pemerintahan tentera dan pemerintahanya adalah secara otokratik di mana tentera mempunyai kuasa penuh dalam halehwal pemerintahan. Pada tahun 1965 Sukarno dijatuhkan oleh Suharto. Jeneral Suharto (lahir: 8 Jun 1921- 27 Januari 2008; nama penuh: Haji Muhammad Soeharto) ialah Presiden Indonesia yang kedua selepas Presiden Sukarno. Nama panggilannya "Pak Harto". Selepas Surat Perintah Sebelas Mac (Supersemar) yang dipertikaikan ramai dikeluarkan oleh Sukarno pada 11 Mac 1966, beliau dilantik sebagai Presiden Sementara dan kemudiannya dilantik sebagai Presiden pada 21 Mac oleh Parlimen Rakyat Sementara (Majelis Permusyawaratan Rakyat Sementara) (MPRS). Pada1968,MPR secara rasmi melantik Soeharto untuk masa jabatan 5 tahun sebagai presiden, dan dia kemudian dilantik kembali secara berturutturut pada tahun1973,1978, 1983, 1988, 1993, dan 1998. Suharto adalah presiden Indonesia yang paling lama memerintah iaitu selama 32 tahun (1966-98). Politik Suharto Presiden Soeharto memulai "Orde Baru" dalam dunia politik Indonesia dan secara dramatik mengubah dasar-dasar luar negeri dan dalam negeri dari jalan yang ditempuh Soekarno pada akhir masa pemerintahannya. Orde Baru adalah sebutan bagi masa pemerintahan Presiden

Soeharto diIndonesia. Orde Baru menggantikan Orde Lama yang merujuk kepada era pemerintahan Soekarno.Orde Baru hadir dengan semangat "koreksi total" atas penyimpangan yang dilakukan Orde Lama Soekarno.

Order Baru memilih perbaikan dan perkembangan ekonomi sebagai tujuan utamanya dan menempuh dasar-dasar melalui struktur pentadbiran yang dikuasai oleh tentera, namun dengan nasihat ahli-ahli ekonomi didikan Barat. Bagaimanapun, Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) dan Majlis Musyawarah Rakyat tidak berfungsi dengan berkesan. Anggota-anggotanya sering kali dipilih daripada kalangan tentera, khususnya mereka yang rapat dengan Suharto dan justera itu, aspirasi rakyat sering kurang didengar oleh kerajaan pusat. Pembahagian Pendapatan Asli Daerah (PAD) juga kurang adil kerana 70% daripada PAD tahunan setiap provinsi harus disalurkan ke Jakarta sehingga melebarkan jurang pembangunan antara pusat dan daerah. Suharto tidak begitu tertarik kepada parti-parti politik. Beliau lebih tertarik kepada satu sistem yang merangkumi perwakilan dari semua golongan golongan masyarakat Indonesia. Oleh yang demikian, beliau menganjurkan konsep golongan karya atau GOLKAR yang terdiri daripada kelompok induk organisasi tau kino. Antara golongan yang dimasukkan ialah buruh, petani, militeri, wanita dan inteligensia.

Selama tempoh Order Baru, dasar-dasar ekonomi dan eksploitasi sumber semula jadi secara besar-besaran menghasilkan pertumbuhan ekonomi yang hebat, namun tidak merata, di Indonesia. Jumlah orang yang kelaparan dikurangkan dengan ketara pada dekad-dekad 1970-an dan 1980-an.

Sewaktu pemerintahan Suharto, pembangkang tidak dibenarkan dan hanya tiga parti yang diizinkan beroperasi: Golkar, PPP dan PDI. Ketiga-tiga partai ini akan dilantik wakil-wakil

mereka dalam kabinet Suharto. Dengan kata lain, kerajaan Orde Baru Suharto ini tiada pembangkang sebagaimana sebuah kerajaan perpaduan iaitu sama seperti corak dan ideologi pemerintahan oleh Perdana Menteri Ghana iaitu Nkrumah pada pasca perang dingin di Ghana.

Perletakan jawatan Suharto pada tahun 1998 yang menandakan keakhiran Order Baru melahirkan Era Reformasi. Oleh sebab susunan kabinet Era Reformasi merangkumi sebilangan tokoh utama dari zaman Order Baru, sesetengah orang mengatakan bahawa Order Baru masih belum berakhir dan sering menyebut Era Reformasi atau Order Reformasi sebagai "Era Pasca Order Baru".

Kelebihan Pemerintahan Suharto

pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita Indonesia dari AS$70 pada tahun 1968 kepada AS$1,000 pada tahun 1996

kejayaan memerangi buta huruf kejayaan perancangan keluarga kejayaan transmigrasi.

Kekurangan Pemerintahan Suharto


amalan rasuah, pakatan sulit, dan nepotisme yang menular pembangunan negara yang tidak merata pertambahan kesenjangan sosial (perbezaan pendapatan antara kelas atas dengan kelas rendah)

kunci mulut para pengkritik serta pengharaman sebarang tentangan pembatasan kebebasan individu serta kebebasan akhbar.

RUMUSAN Demokrasi adalah sistem politik di mana rakyat mmepunyai pilihan ke atas persaingan diantara pertubuhan-pertubuhan dan pemimpin-pemimpin politik. Rakyat tidak boleh dan tidak dibenarkan menjalankan pemerintahan sendiri, tetapi mereka boleh mengawal kerajaan. Dalam sistem demokrasi yang dijalankan, rakyat menentukan perkembangan sistem politik.
Sewaktu pemerintahan Suharto, pembangkang tidak dibenarkan dan hanya tiga parti yang diizinkan beroperasi: Golkar, PPP dan PDI. Ketiga-tiga partai ini akan dilantik wakil-wakil mereka dalam kabinet Suharto. Terdapat persamaan ideologi diantara sistem demokrasi yang diamalkan oleh

Nkrumah dan Suharto dimana mereka ini mengamalkan demokrasi perpaduan yang tiada pembangkang di dalam kabinet kerajaan mereka. Secara keseluruhannya, demokrasi liberal hampir unggul dengan sistem demokrasi. Dalam sistem ini kerajaan adalah dari rakyat dan bertanggungjawab kepada rakyat. Untuk mendapatkan mandat pemerintahan, sesebuah parti harus mendapatkan mandat dari rakyat melalui pilihanraya yang dilakukan mengikut perlembagaan. Golongan minoriti mendapat layanan yang baik dari golongan majoriti atas sifat tolak ansur. Walau bagaimanapun pendapat golongan majoriti haruslah diterima dan dipertimbangkan oleh pihak minoriti. Individu ataupun kumpulan-kumpulan bebas untuk mengeluarkan sebarang cadangan, kritikan dan sebagainya kepada pihak kerajaan. Ketika pilihanraya diadakan, rakyat dibenarkan untuk memilih sesiapa sahaja menjadi pilihan mereka. Calon pilihanraya dipilih secara rahsia dan tanpa paksaan. Orang ramai bebas meluahkan cadangan, kebebasan bersuara, berkumpul dan menerbit. Kuasa yang terdapat di dalam pentadbiran terbahagi kepada beberapa bahagian seperti legislative, eksekutif dan kehakiman atau judisiari yang dikuasai oleh individu yang berlainan agar tidak berlaku sebarang campurtangan kepada urusan setiap bahagian.

BIBLIOGRAFI

K. Ramanathan Kalimuthu, 1987. Asas Sains Politik. Petaling Jaya, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. K. Ramanathan Kalimuthu, 1988. Konsep Asas Politik. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka. Hari Singh, 2010. Modul JKP 317Ideologi Dunia Ketiga.Pulau Pinang, PPJJ USM. Heru Nugroho, 2002. Gelombang Demokrasi Dunia.Yogyakarta,Pustaka Pelajar.

1.http://www.scribd.com/doc/29233980/Orde-Baru-Adalah-Sebutan-Bagi-Masa-PemerintahanPresiden-Soeharto-Di-Indonesia 2.http://ms.wikipedia.org/wiki/Order_Baru

3.ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Ghana

You might also like