You are on page 1of 21

INVENTORI PERSONALITI WARNA

Pentadbiran Inventori Personaliti Warna - IPW

Walaupun masa untuk mengambil ujian ini tidak ditetapkan namun sebagai panduan ujian ini perlu diselesaikan dalam masa 20 hingga 30 minit. Seeloknya ujian ditadbirkan dalam bilik yang selesa , lengkap dengan kemudahankemudahan asas seperti kerusi dan meja. Selain itu segala arahan yang disediakan di dalam borang soalan perlu diikuti dan dipatuhi oleh calon yang mengambil ujian.

Pengiraan Skor dan Pembentukan Profil Personaliti Warna - IPW

Pengiraan skor dan pembentukan profil ujian personaliti perlu dibuat denan teliti dan hati-hati. Untuk itu sila rujuk cara pengiraan skor seperti yang terkandung Stensil Pemarkahan IPW

Pentafsiran Profil Inventori Peronaliti Warna - IPW

Kesemua skor yang diperolehi seharusnya diteliti dan dibincangkan dengan klien anda. Pentafsiran skor yng diperolehi berhubung dengan trait-trait berkenan adalah seperti berikut:

EMAS - GOLD

Ciri-Ciri Umum

Bersikap keibubapaan, mengikut adat resam, bertanggungjawab, praktis, waras fikiran, boleh dipercayai, setia, traditional, atau konservatif, hidup bersistem dan berperaturan, serta menaruh perhatian. Saya bertanggungjawab.

EMAS - GOLD

Ciri-Ciri Diri Saya


Saya perlu mengikut peraturan dan menghormati pihak berkuasa.. Sangat bertanggungjawab. Saya taat, boleh diharap dan sentiasa bersedia. Saya tahu apa yang baik dan buruk dalam kehidupan. Saya seorang peneliti dan bersifat wajar. Saya menghormati masa. Mahu dianggap sebagai seorang yang berguna. Selain setia , saya juga tabil, ada peraturan dan sistematik.

EMAS - GOLD

Ciri-Ciri Diri Saya


Saya menghargai hidup berkeluarga , tradisi dan berumahtangga. Selalu mengambiltahu tentang sesuatu. Memberi perhatian, bersifat konkrit. Bersifat keibubapaan. Secara semulajadi saya suka mengekalkan atau memelihara esuatu resam. Saya adalah seorang yang suka menolong

EMAS - GOLD

Ciri-Ciri Saya di Tempat Kerja


Saya menjaga kestabilaan dan penyusunatur atau mengorganisasikan tempat kerja. Berkebolehan untuk mengendalikan urusan yang perlu perincian dan sanggup bekerja keras membuatkan saya selalu dianggap sebagai tulang belakang organisasi. Saya percaya bahawa kita meti bekerja dahulu barulah main, walupun terpaksa bekerja lebih masa untuk menyelesaikan kerja itu. Kerja mengikut peraturan, bekerjasama dan mengikut kebiasaan.

EMAS - GOLD

Ciri-Ciri Saya Semasa Kanak-Kanak

Saya sentiasa mahu mengikut undangundang dan peraturan sekolah. Saya memahami dan menghormati pihak berkuasa dan rasa selesa dengan rutin pelajaran. Saya rasa dapat menyeuaikan diri dengan mudah dalam sistem sekolah.

HIJAU - GREEN

Ciri-Ciri Umum

Cenderung dan cekapdalam pelbagai lapangan, cenderung mereka cipta, cekap dalam menjalankan tugas dengan sempurna, berifat ingin mengetahui, memahami konsep, berpengetahuan luas, berdasarkan teori, bijak dan mahir, panjang akal, kompleks, tenang dan sabar, berfalsafah, berprinsip dan berasaskan logik. Mempunyai Perasaan Ingin Tahu Yang Tinggi.

HIJAU - GREEN

Ciri-Ciri Diri Saya


Saya cenderung dan cekap dalam pelbagai lapangan. Saya cenderung untuk merekcipta sesuatu yang baru. Cekap dan berkebolehan menjalankan tugas dengan sempurna, bersifat ingintahu, berminat tentang konsep, gagasan, tanggapan dan idea. Mempunyai pengetahuan yang luas berdasarkan teori, inventif, bijak dan mahir, panjang akal. Mempunyai sikap yang tenang dan sabar, berprinsip, jujur, dan mempunyai falsafah dan memerlukan penjelasan dan jawapan. Saya mempunyai ciri-ciri analitikal, invetigatif dan hipotetikal.

HIJAU - GREEN

Ciri-Ciri Saya Di Tempat Kerja

Saya seorang pemikir konsep yang bebas, bagi saya kerja adalah suatu permainan. Sering menghadapi cabaran tugas dan suka merekacipta model, meneroka idea, atau membina sistem untuk memenuhi keinginan untuk menonjolkan pembaharuan. Apabila saya telah menyempurnakan sesuatu idea, saya suka beralih ke projek lain dan membiarkan orang lain menjaga dan mengendalikan projek yang lama.

HIJAU - GREEN

Ciri-Ciri Saya Semaa Kanak-Kanak

Saya seperti lebih tua dari umur saya daripada segi pemikiran. Fokus saya adalah kepada perkara yang paling saya minat iaitu mendapat pencapain yang tinggi dalam subjek yang merangsang mental saya. Saya tidak sabar dengan kaedah latihtubi atau rutin. Saya mungkin menyoal guru atau orang lain. Saya fikir adalah perlu untuk menghormati guru sebelum saya belajar daripada mereka.

BIRU - BLUE
Saya mahu merasa unik dan seorang yang tulen / benar. Seorang yang bersimpati, berperibadi dan ghairah. Selalu mencari makna dalam kehidupan. Inginkan perhubungan yang mesra, mengasihani. Ada kebolehan untuk menyelami perasaan dan pemikiran orang lain. Bersedia dan sanggup berbicara untuk memberikan penerangan.

BIRU - BLUE

Mesra, taat, menyayangi, baik hati, mudah terasa dan lemah lembut. Orang yang memberi ilham, suka berkarya. Bersemangat dan riang gembira, imaginatif. Seorang poetis, pengasuh dan orang romantis yang semulajadi.

BIRU - BLUE

DI TEMPAT KERJA
Saya punyai doronagn yang kuat untuk pengaruhi orang lain supaya mereka menikmati hidup yang lebih bermakna Selalunya saya bekerja dalam bidang seni, komunikasi, pendidikan dan profesion menolong orang lain. Saya mahir dalam memberi motivasi dan berinteraksi dengan orang lain.

BIRU - BLUE

SEMASA KANAK-KANAK
Saya sangat imaginatif dan dapati agak sukar untuk menyesuaikan diri dalam struktur sekolah Saya mahukan pengiktirafan dan tidak sukakan perbalahan atau penolakan dalam diri saya Saya sukakan galakan dan bukannya persaingan. Tidak suka dibandingbandingkan dengan orang lain

JINGGA

CIRI-CIRI UMUM

Bertindak secara spontan, pandai berjenaka, pintar dan menawan. Menganggap hidup sebagai satu permainan Seorang yang cergas, giat dan pandai menggunakan kesempatan yang ada. Sukakan persaingan, tabah menghadapi sesuatu,tidak gentar Kadang kala ambil tindakan yang tergopoh-gapah, tetapi bersemangat dan boleh meninggalkan kesan yang mendalam.

JINGGA

CIRI-CIRI UMUM
Seorang yang realistik, tidak dipengaruhi oleh sentimen, berfikiran terbuka Gemar pada pengalaman yang luar biasa, lain dari yang lain, membahayakantetapi menyeronokkan Sukakan kegembiraan / keseronokan, gurau senda atau apa juga yang merangsangkan .

JINGGA

CIRI-CIRI DI TEMPAT KERJA


Sering bosan dan gelisah jika dapat kerja yang berstruktur, rigid dan mengikut rutin Berpuashati dalam kerja yang memberikan kebebasan dan juga dapat menggunakan koordinasi fizikal dan alatan Saya seorang pelaku ( perfomer ) yang semulajadi .

JINGGA

CIRI-CIRI SEMASA KANAK KANAK


Saya rasa, jika dibandingkan dengan pelajar lain, saya menghadapi kesulitan besar untuk menyesuaikan diri dengan rutin pelajaran Saya belajar dengan membuat dan mengalami dan bukannya membaca atau mendengar Dalam proses pembelajaran, saya perlukan penglibatan fizikal . Dorongan yang kuat untuk saya ialah sifat suka bersaing dan inginkan kegembiraan / keseronokan

You might also like