Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
20Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
74772592 Novel Sutera Dalam Lukisan

74772592 Novel Sutera Dalam Lukisan

Ratings: (0)|Views: 5,501|Likes:
Published by Adam Nordin
sutera dalam lukisan.......negeri kelantan,terengganu,pahang.....*adam*
sutera dalam lukisan.......negeri kelantan,terengganu,pahang.....*adam*

More info:

Published by: Adam Nordin on Dec 24, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOC, TXT or read online from Scribd
See More
See less

04/15/2013

pdf

text

original

 
TINGKATAN 5SUTERA DALAM LUKISANBujei atau nama sebenarnya Muhammad Hafiz banyak menghabiskan masa ditebing sungai. Di tebing sungai itulah Bujei berehat dan mengenang kisah pada zamankanak-kanaknya. Satu per satu tragedi yang menimpa ahli keluarganya diimbas kembalioleh Bujei. Bapanya seorang tentera, manakala ibunya suri rumah tangga. Bujei amat bangga dengan tugas bapanya, malah dia ingin mengikut jejak bapanya apabila besar kelak. Malangnya, bapa Bujei terkorban dalam suatu kemalangan di Lebuh Raya Karak.Selepas kematian bapanya, dia dan ibunya, Fatimah berpindah ke kampong itu.Kemudian, ibunya telah berkahwin dengan Harun, duda yang bekerja sebagai mandur diladang kelapa sawit, tidak berapa jauh dari kampung itu.Perkahwinan antara Fatimah dengan Harun kurang disenangi oleh sesetengah pihak. Mereka kesal dan kecewa kerana Fatimah memilih Harun sebagai pengganti arwahsuaminya. Setelah beberapa bulan berkahwin, Harun mula menunjukkan belangnya yangsebenar. Segala janji manis untuk menyayangi Fatimah dan Bujei hanya palsu semata-mata. Harta dan wang simpanan Fatimah habis dikikis oleh Harun. Malah, Fatimah seringmenjadi mangsa deraan Harun. Kemuncaknya adalah apabila pada suatu hari Harunmenerajang Fatimah sehingga pengsan kerana enggan memberinya wang dan seutasrantai. Bujei yang cuba menyelamatkan ibunya itu turut menjadi mangsa sebelum Harunmenyepak pelita. Api pelita itulah yang menyebabkan berlakunya kebakaran di rumahmereka, manakala ibu Bujei gagal diselamatkan oleh orang kampung. Bujei dituduh oleh bapa tirinya sebagai punca kematian ibunya kerana suka bermain pelita. Kesan daripada peristiwa tersebut, Bujei mengalami gangguan jiwa dan tekanan perasaan.Adila yang baru sahaja tamat pengajian dari England membawa diri ke kampung bapa saudaranya, Sidang Saman. Selama dua bulan berada di kampung itu, Adilamenunjukkan keprihatinannya terhadap nasib malang Bujei. Atas nilai kemanusiaan yangtinggi, Adila ingin memulihkan Bujei menjadi manusia yang normal semula. Adila yakin bahawa Bujei memiliki kelebihan yang tersendiri dan mampu dipulihkan. Dia juga tidak  jemu-jemu memberi nasihat, dorongan, bimbingan, serta sokongan kepada Bujei. Walau bagaimanapun, hubungan yang terjalin antara Bujei dengan Adila kurang disenangi olehAlias. Alias yang sering membuli dan mempersendakan Bujei cuba meracuni fikiranAdila dengan mengatakan bahawa Bujei menghidap penyakit kulit yang berjangkit danseorang maniac. 
Sm Sains Hulu Terengganu
 
TINGKATAN 5SUTERA DALAM LUKISANPada musim buah-buahan, Harun pulang ke kampung itu untuk mengutip hasildusun. Tujuan sebenar Harun adalah untuk meminta Bujei menandatangani surat jual belitanah sawah dan tapak rumah milik Fatimah. Harun ingin membeli tanah tersebut yangtelah dijual kepada Wak Senen dan menjualnya semula dengan harga yang lebih tinggi.Atas saranan Sidang Saman, Harun menemui Bujei di tebing sungai untuk mendapatkancap jarinya kerana mereka berdua mempunyai hak ke atas tanah pusaka tersebut.Disebabkan Bujei sengaja merosakkan surat jual beli tanah tersebut, dia telah ditampar dan dibelasah oleh Harun sehingga pengsan.Adila agak gelisah kerana Bujei tidak datang menemuinya sepeti biasa lalumeminta sepupunya, Samsul mencari Bujei. Akhirnya, Sidang Saman membawa Bujeiyang kesakitan ke rumahnya. Keesokan harinya, Bujei ke Bandar bersama-sama denganAdila, Same’ah, Saniah dan Samsul untuk bergunting rambut. Bujei turut membeli pakaian, kasut, jam tangan, dan radio. Bujei sangat gembira kerana radio baharunya berfungsi dan bersemangat mengemas rumahnya. Ketika dia sedang mengemas, Aliasdatang ke rumah Bujei lalu mengejek dan merosakkan radio baharunya. Bujei yang naik marah telah menumbuk perut Alias dan menghayunkan parang karat ke arah Alias. Bujei juga meminta Alias membayar wang ganti rugi sebanyak RM80. Dengan campur tanganSidang Saman, Alias terpaksa membayar ganti rugi tersebut. Keberanian Bujeimenentang Alias itu menjadi buah mulut orang kampung.Menjelang sepuluh hari majlis perkahwinan Same’ah, Pak Imam dan isterinyayang mewakili nenek Alias telah ke rumah Sidang Saman untuk merisik dan meminangAdila untuk Alias. Berita tersebut sedikit sebanyak melemahkan semangat Bujei untuk  bercucuk tanam. Hal ini demikian kerana Bujei tidak mengetahui bahawa Adila telahmenolak peminangan tersebut. Dalam pada itu, Bujei keliru akan perasaannya terhadapAdila. Pada malam majlis perkahwinan Same’ah, Bujei diminta menyampaikan sebuahlagu atas permintaan seseorang. Ternyata Bujei mempunyai bakat terpendam dan berjayamenyampaikan lagu “Bahtera Merdeka” dengan baik dan mendapat tepukan yanggemuruh daripada para hadirin. Orang ramai turut memuji usaha murni Adila untuk memulihkan Bujei dan keayaannya membentuk jati diri Bujei menjadi pemuda yangmampu berdikari. 
Sm Sains Hulu Terengganu
 
TINGKATAN 5SUTERA DALAM LUKISANAlias berpura-pura insaf atas layanan buruknya terhadap Bujei selama ini. Aliastelah menyebarkan fitnah bahawa Adila mengamalkan gaya hidup kurang sihat semasamenuntut di luar negara sehingga menyebabkan dia menghidap penyakit AIDS. Adila juga dikatakan berbuat baik kepada Bujei kerana ingin memperalatkannya semata-mata.Bujei termakan kata-kata hasutan Alias. Sejak itu, Bujei tidak berani bertandang kerumah Sidang Saman kerana bimbang akan dijangkiti penyakit AIDS. Adila pula amatkecewa kerana menjadi mangsa fitnah melalui surat layang yang dihantarkan kepadanya.Adila kemudiannya membuat keputusan untuk menenangkan fikirannya di Kuala Lumpur  buat seketika. Kepulangan Adila itu menguatkan lagi kebenaran kata-kata Alias. Namun,setelah mengetahui hal yang sebenarnya, Bujei dan Adila kembali akrab. Sementara itu,Alias melakukan pelbagai usaha untuk memiliki Adila. Tanpa diduga, Alias berubahmenjadi seorang yang kurang siuman kerana tergila-gilakan Adila dan kecewa peminangannya telah ditolak oleh Adila.Adila menyuarakan hasratnya untuk memilih Bujei sebagai bakal suaminyakepada Pak Long dan Mak Longnya. Pada mulanya, Sidang Saman dan Mak Lamahkurang bersetuju kerana taraf Adila dan Bujei jauh berbeza. Walau bagaimanapun,mereka terpaksa akur dengan pilihan hati Adila. Sidang Saman menyatakan bahawa Bujeimasih belum bersedia untuk menjadi suami. Perbincangan itu menjadi rahsia antaramereka bertiga dan menunggu masa yang sesuai untuk disuarakan kepada Bujei. Sebelummeninggalkan kampung itu, Adila memberitahu Bujei bahawa dia telah ditawarkan pekerjaan sebagai pensyarah di sebuah institut swasta di Kuala Lumpur. Bujei pula sudahmampu berdikari tanpa bimbingan Adila. Ketika rancak berbual, mereka terpandang perlakuan Alias yang tidak siuman di luar pagar rumah Sidang Saman . Mak Lamah yangmemerhati dari jauh mengharapkan yang terbaik buat Adila dan Bujei.
Sm Sains Hulu Terengganu

Activity (20)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
珀尔 liked this
珀尔 liked this
Syakirin Chan liked this
cyuyu_1 liked this
Leyha Khalib liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->