You are on page 1of 16

Borang Kolaborasi

Bil. 1. Tarikh Mei 2011 Masa Perkara Agihan tugasan oleh pensyarah

2.

2.8.2010

10:10a.m

Perbincangan dengan Lan Shu Yun melalui telefon.

3.

20.8.2010

2:00p.m

Mencari maklumat dalam buku-buku rujukan

Mencari maklumat dalam buku buku 4. 6.9.2010 3:00p.m rujukan

Perbincangan dengan rakan sebaya 5. 3.9.2010 11:30a.m Tugasan telah disiap di rumah 6. 10.9.2010 2:15p.m

Prosedur Pembinaan Item Pembinaan JPU

Dalam pembinaan JPU, terdapat empat langkah yang saya perlu patuhi , iaitu (1) mengkaji sukatanpelajaran, (2) menganalisis objektif pengajaran, (3) menentukan jenis soalan, dan (4)menentukan bilangan soalan.

1. Mengkaji Sukatan Pelajaran Saya telah mengkaji sukatan pelajaran untuk memperoleh maklumat yang menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina. Kandungan sukatan pelajaran saya analisis untuk menentukan kepentingan tiap-tiap tajuk kandungannya. Antara aspek-aspek yang dikaji ialah: skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk; pendekatan yang telah diambil dalam pengajaran sesuatu tajuk; kepentingan bandingan di antara satu tajuk dengan tajuk-tajuk lain; kompleksiti sesuatu tajuk; dan masa pengajaran yang diperuntukkan bagi sesuatu tajuk.

2. Menganalisis Objektif Pengajaran Di samping mengkaji sukatan pelajaran,saya telah analisis objektif pengajaran untuk menentukanpengetahuan dan kemahiran yang perlu diuji dan pada tahap kesukaran mana ia perlu diuji. Lazimnya aras pengetahuan dan kemahiran diasaskan kepada pembahagian yang dibuat oleh Bloom dan rakan-rakannya. Pada pendapat saya,maklumat-maklumat ini adalah amat penting kepada penggubal kertas ujian dan pembina soalan ujian untuk menentukan jenis dan bilangan soalan yang perlu dibina. Berdasarkan penganalisisan inilah JPU dibina.

3. Menentukan Jenis Soalan Bagi menentukan jenis soalan yang sesuai, saya menentukan domain objektif pengajaran (kognitif) dan peringkat objektif pengajaran yang saya ingin ukur. Misalnya, jika kita ingin mengukur domain kognitif bagi mata pelajaran Bahasa Melayu bagi tajuk Struktur

ayat pada peringkat Aplikasi, makajenis soalan yang sesuai ialah soalan jenis Objektif yang berbentuk melengkapkan ayat.

4. Menentukan Bilangan Soalan Saya telah memastikan jumlah soalan adalah mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran, domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur. Saya dapati jumlah soalan adalahpenting kerana ia mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu ujian. Secara ringkasnya, kebolehpercayaan ujian bermaksud keupayaan sesuatu ujian memberi markah yang sama, sekiranya pelajar menjawab semula ujian tersebut. Kesahan ujian pula bermaksud keupayaan sesuatu soalan mengukur apa yang ujian itu ingin mengukur.

Selain memberi perhatian kepada kebolehpercayaan dan kesahan ujian, saya dapati penentuan jumlah soalan juga perlu mengambil kira jangka masa ujian, jenis soalan dan kesukaran soalan, yang bergantung kepada peringkat objektif pengajaran, panjang soalan, kemampuan bahasa pelajar dan lain-lain.Selain itu ,aras kesukaran soalan biasanya sukar ditentukan.

Di bawah ialah JPU yang disediakan untuk ujian Bahasa Melayu Kertas 1 Tahun 5 Bulan Ogos 2011.

Bil

Bentuk Soalan Kemahiran Isi Kanduangan Pengetahuan Kefahaman

Objektif Kognitif Aplikasi Sintesis Penilaian Jumlah Item

1.1

Tatabahasa Kata Kerja Kata Adjektif Imbuhan Kata Arah Penjodoh Bilangan Kata Ganda Kata Sendi Nama Kata Ganti Nama Diri Antonim 1.2 Peribahasa Simpulan Bahasa 1.3 Struktur Ayat Pilih ayat yang sama maksud Pilih ayat yang betul Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul Membaca & Memaham Menjawab 10 soalan kefahaman berdasarkan petikan yang dibaca. Memberi erti perkataan berdasarkan petikan Jumlah 4

1 1 2 1 1 1 20

1 2 2

2 1 2 2 2 6 3 4

1.4

1 10

1 4 19 10 2 5 40

Menulis Item Ujian


Sebaik sahaja saya siap menyediakan JPU, saya bersedia untuk membina/menulis item-item ujian. Pada pandangan saya, walaupun terdapat bentuk item ujian, seperti item beraneka pilihan, item mengisi tempat kosong , item berjawapan pendek , item betul-salah ,item padanan atau item esei , terdapat beberapa prinsip pembinaan item yang sama, yang boleh digunakan untuk menulis item-item ini. Prinsip-prinsip tersebut adalah seperti yang berikut:

Pertama sekali, arahan menjawab bagi setiap item hendaklah ringkas dan mudah difahami pelajar,misalnya, Pilih ayat-ayat yang betul .

Kedua, menggunakan bahasa yang mudah dan jelas supaya pelajar dapat memahami maklumat dalam soalan dan juga kehendak soalan tersebut, yang seterusnya akan membantu pelajar memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh soalan.

Seterusnya, membina item yang memerlukan jawapan berkaitan pengetahuan/kemahiran yang spesifik daripada tajuk pengajaran tertentu, dan bukannya berbentuk pengetahuan/kepintaran am. Biasanya, kita meminta pelajar memberi jawapan yang benar, tetapi ada kalanya kita meminta mereka memberi jawapan yang tidak benar. Dalam keadaan ini,arahan menjawab hendaklah jelas, seperti menggunakan huruf besar.

Akhir sekali, bagi item berkaitan pengiraan atau lukisan,kita perlu nyatakan unit dan ketepatan ukuran yang dikehendaki. Contohnya, dalam mata pelajaran Matematik, unit ukuran dalam meter dan tepat kepada dua titik perpuluhan.

Dalam kertas 1 Bahasa Melayu tahun 5, item/soalan yang digunakan dalam ujian ialah item beraneka pilihan. Soalan jenis beraneka pilihan ini dikatakan sukar dibina dan sukar juga dijawab oleh pelajar, tetapi mudah diperiksa (boleh diperiksa oleh komputer dengan menggunakan borang OMR).Menurut pandangan pelajar saya, mereka mendapati soalan beraneka pilihan sukar dijawab berbanding soalan jenis esei, sebab mereka perlu mengetahui jawapan secara tepat. Dalam Menulis item ujian ini , saya telah mematuhi Prinsip Penyediaan Soalan Berbentuk Beraneka Pilihan untuk menyediakan soalan Kertas 1 Bahasa Melayu Tahun 5.

Prinsip Penyediaan Soalan Berbentuk Beraneka Pilihan 1 Arahan hendaklah jelas sama ada pelajar perlu memilih jawapan yang betul atau paling tepat/terbaik, sebab ada kalanya semua jawapan yang diberi adalah betul. 2 Soalan dan semua jawapan hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak berbunga-bunga, supaya pelajar tidak membuang masa untuk memahaminya. 3 Perkataan sepunya tidak diulang-ulang dalam setiap jawapan pilihan, tetapi dimasukkan dalam badan soalan. 4 Tuliskan setiap jawapan pilihan secara yang menarik supaya setiap jawapan yang diberikan adalah munasabah. 5 Taburan jawapan betul perlu dibuat secara rawak, iaitu tidak mengikut sistem tertentu, untuk mengelak daripada pelajar meneka jawapan betul. 6 Setiap jawapan pilihan perlu ditulis sama panjang, supaya tidak memberi petanda kepada pelajar tentang jawapan betul. 7 Jawapan berbentuk Semua di atas atau Tiada satu pun di atas sebagai jawapan pilihan perlu dikurangkan, supaya pelajar tidak mudah memilih jawapan betul. 8 Aras kesukaran setiap soalan perlu setara supaya setiap soalan mempunyai aras kesukaran yang sama. 9 Jawapan pilihan boleh disusun mengikut abjad, nilai nombor atau tahun, supaya wujud satu sistem susunan jawapan pilihan.

Di sini saya lampirkan Kertas Soalan Bahasa Melayu Tahun 5 (Kertas 1) yang saya sediakan.

Menyemak Item Ujian

Selepas semua item ujian siap ditulis, saya akan menyemak semula item-item tersebut. Semakan ini perlu dibuat bagi menentukan perkara-perkara berikut: Arahan menjawab bagi setiap bahagian ujian dan setiap soalan adalah tepat dan mudah difahami pelajar, soalan ditulis dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami pelajar dan mengandungi maklumat dan kehendak soalan yang jelas dan mencukupi, soalan yang dibina mencukupi dan seimbang dari segi kandungan dan objektif pengajaran, dan soalan yang diberi, terutama soalan jenis objek, tidak mengandungi petanda (clue) kepada jawapan yang dikehendaki.

Pentadbiran Ujian

Peringkat Persediaan Sebelum ujian dijalankan, saya telah membuat penyemakan bilangan kertas soalan ujian.Saya juga telah memastikan tempat duduk calon disusun mengikut peraturan ujian dan tempat duduk cukup selesa untuk calon menulis jawapan.Segala kemudahan yang diperlukan seperti jam dinding, pelan kedudukan calon dan alat-alat lain juga disediakan sebelum ujian bermula.

Peringkat Pelaksanaan Sebelum 15 minit ujian dimulakan, saya telah mengrahkan calon-calon masuk ke bilik peperiksaan. Selepas itu, saya mengedarkan kertas soalan dan kertas jawapan ( untuk dihitamkan) kepada calon. Saya member arahan yang jelas sebelum calon menjawab kertas soalan.

Semasa ujian dijalankan, saya memeriksa identity calon serta angka giliran mereka. Saya juga mengingatkan calon masa tamat menjawab sekurang-kurangnya 5 minit sebelum ujian tamat. Saya juga member arahan kepada semua calon supaya berhenti menulis apabila ujian berakhir.

Peringkat Penyelarasan

Selepas ujian tamat, saya mengutip skrip=skrip jawapan calon mengikut angka giliran. Saya telah memastikan bilangan kertas jawapan yang telah dikutip adalah betul. Kemudian, saya membenarkan calon-calon meninggalkan bilik ujian.

Tafsiran Pencapaian Murid Di bawah ialah senarai markah murid Tahun 5.

Markah dan Gred Penilaian Kemajuan Murid Bahasa Melayu Tahun 5 Tahun 2011

Bil. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30

Nama Murid GOH ZANG YUAN HENRY LIM YI ZONG IZZUDDIN KONG ZI HANG LEE YOU KUAN MAH SHI XIAN NG KUAN HOO ONG SONG REN OON JOHNSON PONG JIA QUAN SHE IK LONG TAN GUO ZHONG TAN JIA HAO TAN LI HANG TEO WEI YIT TEO YONG WEI TEY WEI LI WONG TSE SHENG ANNA TAN WAI SAN CHIA YI JING KU SHIN RU LAW ZI YING LIM XUE ER LOW LAY YEN TAN CHER XIN TAN XIN YAN TAN YING YING WONG XIN XUAN YIAW XIN YUE YIAW ZI YIN

38 88 90 63 28 53 45 65 53 45 33 70 43 48 23 48 35 40 65 40 50 48 35 78 33 53 40 63 63 63

Gred D A A B D C C B C C D B C C D C D C B C C C D B D C C B B B

Markah Penilaian Kemajuan Murid Bahasa Melayu Tahun 5 Tahun 2011

skor murid ( X) 90 88 78 70 65 63 53 50 48 45 43 40 38 35 33 28 23

Gundalan
1 1 1 1 11 1111 111 1 111 11 1 111 1 11 11 1 1

Kekerapan (f ) 1 1 1 1 2 4 3 1 3 2 1 3 1 2 2 1 1 N=30

Markah Penilaian Kemajuan Murid Bahasa Melayu Tahun 5 Tahun 2011

skor murid ( X) (kurang daripada) 25 30 35 40 45 50 55 60 65 70 75 80 85 90 95

Kekerapan (f ) 1 1+1 2+2 3+4 4+7 5+11 4+16 0+20 4+20 2+24 1+26 1+27 0+28 1+29 1+29

Kekerapan Himpunan cf 1 2 4 7 11 16 20 20 24 26 27 28 28 29 30

Markah Penilaian Kemajuan Murid Bahasa Melayu Tahun 5 Tahun 2011

Skor Tertinggi - Skor Terendah Saiz Jeda Kelas = Bilangan Kelas

90 - 23 = 67 = 7 10 10

Kedudukan Ke-1 Ke-2 Ke-3 Ke-4 Ke-5 Ke-6 Ke-7

Jeda Kelas 23-32 33-42 43-52 53-62 63-72 73-82 83-92

Jeda Kelas 23-32 33-42 43-52 53-62 63-72 73-82 83-92

Gundalan
11 1111 111 1111 11 111 1111 11 1 11

Kekerapan (f ) 2 8 7 3 7 1 2 N=30

Markah dan Gred Penilaian Kemajuan Murid Bahasa Melayu Tahun 5 Tahun 2011

Skor (X) Jeda Kelas 23-32 33-42 43-52 53-62 63-72 73-82 83-92

Skor (X) Sempadan Kelas 22.5-32.5 33.5-42.5 42.5-52.5 52.5-62.5 62.5-72.5 72.5-82.5 82.5-92.5 Jumlah

Kekerapan Himpunan (f) 2 8 7 3 7 1 2 30

Kekerapan Himpunan Kurang Daripada Sempadan Kelas Atas 2 2+8=10 7+10=17 3+17=20 7+20=27 1+27=28 2+28=30

Kekerapan Himpunan Peratusan (cf%) 2/30 X100% =7 10/30 X100% =33 17/30 X100% =57 20/30 X100% =67 27/30 X100% =90 28/30 X100% =93 30/30 X100% =100

KAJIAN TINDAKAN SUSULAN KEKUATAN / KELEMAHAN BERDASARKAN MATA PELAJARAN

PEPERIKSAAN MATAPELAJARAN TAHUN PERATUS KELULUSAN BIL A (80-100) 2 BIL B (60-79) 8

: BULAN OGOS

TAHUN 2011

: BAHASA MELAYU ( PEMAHAMAN ) : TAHUN 5 : 76.67% BIL C (59-40) 13 BIL D (39-20) 7 BIL E (19-0) 0 BIL LULUS 23 % LULUS 76.67%

GRED

BIL 1.

FAKTOR-FAKTOR KEGAGALAN / KELEMAHAN Murid lemah dalam menguasai tatabahasa dan kosa kata .

STRATEGI/PROGRAM PENINGKATAN Latihan dan latih tubi diperbanyakkan untuk meningkatkan kemahiran penguasaan tatabahasa .

2.

Punca malas menyebabkan kerja rumah tidak disiapkan pada hari yang ditetapkan .

Nasihat , galakan dan ganjaran akan diberikan untuk meningkatkan minat murid .

Terdapat 7 orang murid yang gagal dalam ujian ini kerana penguasaan tatabahasa dan 3. kosa kata sangat lemah .

Pemulihan harus diberikan kapada murid yang lemah .

Laporan Prestasi Pencapaian Murid i. Nilai min 51.3 menunjukkan prestasi murid agak lemah

ii.

76.67% iaitu 23 orang pelajar telah lulus dalam ujian sementara 23.33% iaitu 7 orang pelajar gagal dalam ujian.

iii. iv.

4 orang murid memperoleh markah yang sama iaitu 63 markah Murid paling ramai memperoleh markah antara 63 hingga 67 markah (6 orang)

BIBLIOGRAFI

1. Mok Soon Sang, Pedagogi untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 4, Penerbit Budiman Sdn Bhd, 2. Modul 3 Ilmu Pendidikan KDPM (KDC), Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia. 3. Modul OUM - Pembinaan Iten Ujian, Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia.

You might also like