You are on page 1of 16

Pengenalan kebudayaan Mahua

Dengan melihat kata Mahua, ia membawa makna bangsa Cina di Malaysia. Tetapi

dalam penggunaan bahasa ibunda lain, perkataan Mahua sering diterjemahkan sebagai

Cina bukan Mahua. Malahan ada sesetengah orang pengaji politik sering memberi

gelaran kepada bangsa Cina sebagai Orang Cina atau Orang Tionghua. Gelaran yang

kurang tepat ini akan memberi persepsi yang salah terhadap erti sebenar Mahua.

Maka adalah tanggunjawab bangsa Cina untuk mempopularkan gelaran Mahua

atau Huaren supaya dapat mengukuhkan lagi kedudukan dan kefahaman terhadap bangsa

Cina di kalangan bangsa lain di Malaysia. Di samping itu, juga dapat memberi gambaran

yang tepat mengenai erti sebenar kebudayaan Mahua. Masyarakat akan memahami

bahawa kebudayaan Mahua dilahirkan secara tempatan.


Sejarah dan Perkembangan Kebudayaan Mahua
Proses asimilasi telah berlaku sebelum abad ke 19. Pada masa itu, sejumlah

bangsa Cina di Malaysia agak kurang serta tidak mempunyai peluang menerima

pendidikan China. Maka proses asimilasi telah berlaku antara budaya baba dengan

bangsa Cina di Malaysia. Mereka sebagai rakyat Malaysia yang tidak lagi melihat diri

sebagai pendatang China. Bangsa Cina di Malaysia pada masa itu juga mula menerima

pendidikan yang berunsurkan tempatan.

Selepas abad ke 19, kedatangan orang Cina dari China beramai-ramai ke tanah

Melayu akibat polisi pihak kuasa jajahan memerlukan banyak pekerja Cina. Maka orang

Cina mula bertempatan secara berkelompok di Malaysia. Pada tahun 1900, pendatang

China seperti Sun Choong Shan dan Kang You Wei telah menjadi pengasas sekolah serta

suratkhabar di Malaysia malah telah memperkukuhkan lagi kesedaran masyarakat Cina

terhadap kebudayaan Mahua. Tetapi menurut Purcel, bangsa Cina di Malaysia merupakan

bangsa yang paling awal mempunyai kesedaran perkauman tetapi kebudayaan Cina pada

masa itu berakarkan daripada kebudayaan China.

Secara keseluruhannya, tidak kira dari segi unsur-unsur kebudayaan Mahua atau

aspek politik, generasi yang ketiga dan keempat orang Mahua telah menyetujui identiti

mereka sebagai rakyat Malaysia yang tidak lagi melihat diri sebagai pendatang China.

Bangsa Cina di Malaysia pada masa itu juga mula menerima pendidikan yang

berunsurkan tempatan.
Keunikan kebudayaan Mahua

Kini masyarakat Cina di Malaysia masih mengekalkan struktur kasar serta

keunikan asal budaya mereka. Tetapi telah banyak mempersetujui dan taat setia kepada

budaya serta Malaysia dari aspek sikap. Perubahan positif ini digalakkan supaya

kehidupan bangsa Cina di Malaysia terjamin. Pilihan perubahan oleh bangsa Cina ini

ialah secara inisiatif bukan secara paksaan. Misalnya E.Skinner menyatakan bahawa agak

kurang bilangan bangsa Cina di Negara Thai mengingati nenek moyang mereka jika

melebihi empat generasi tetapi polisi paksaan yang dikenakan terhadap bangsa Cina di

Indonesia menyebabkan mereka dapat mengingati nenek moyang sebanyak dua belas

generasi.

Penghasilan dan pembentukan kebudayaan Mahua yang memperlihatkan

pembauran budaya Tionghoa dengan budaya tempatan membuktikan hakikat ini.

Golongan etnik ini bukan sahaja mementingkan kebudayaan tradisional mereka, iaitu

kebudayaan Tionghoa, malah mereka mempunyai kesanggupan untuk menerima unsur

baharu yang asing bagi mereka. Keunikan kebudayaan Mahua boleh dilihat dari 5 aspek

iaitu semangat peperangan, kebangsaan, sains, kemajuan dan popular.

1. Semangat peperangan

Semangat peperangan bermakna kelakuan yang ingin mempertahankan hak-hak

dan manfaat berkaitan dengan budaya Mahua. Sejak zaman penjajah, semangat

peperangan yang kuat ini terserlah apabila generasi tua orang Cina telah banyak berusaha

memperjuangkan semangat pertahanan kebudayaan Mahua apabila menghadapi

penindasan generasi negatif.


Pada tahun 70an, pembaharuan semangat pendidikan Cina telah dibangkitkan,

pada tahun 80an, aktiviti seperti perbahasan kebudayaan negara, mesyuarat-mesyuarat di

antara Persatuan-persatuan Cina di negara, buku rekod sejarah kebudayaan persatuan

Cina dan juga penganjuran ‘Chinese Cultural’ di dewan Tionghua di setiap negeri,

pertubuhan mahasiswa serta persatuan dewasa juga sering kali mengadakan perbincangan

mengenai isu kebudayaan Mahua dan program silaturahim kebudayaan. Pendek kata

perkembangan dan pertumbuhan positif kebudayaan Mahua dapat direalisasikan apabila

ia berhubung kait dengan perkembangan politik, ekonomi dan masyarakat.

Kemunculan sastera Mahua dalam persada kesusasteraan di Negara Malayisa

dilihat sebagai salah satu keunikan kebudayaan Mahua telah diakui oleh Profesor

Wofgang Franke, seorang sinologist. Bagi pemerhati dan penggiat sastera dan bahasa,

mereka mungkin hanya mengenali beberapa nama besar sasterawan bukan Melayu seperti

Lim Swee Tin, sebagai contoh pembabitan golongan Cina Malaysia.

2. Kebangsaan

Bangsa Cina di Malaysia telah menyetujui polisi serta politik Negara Malaysia. Setiap

bangsa memiliki hak untuk mendapat identiti budaya yang tersendiri. Kebudayaan Mahua

ialah hasil usaha oleh bangsa Cina di Malaysia. Maka kaum Cina di Malaysia berhak

untuk mempertahankan serta mengembangkan kebudayaan Mahua.

Setiap kaum di Malaysia mempunyai persamaan tertentu dari aspek sistem

ekonomi dan politik di Malaysia. Akan tetapi, kaum Cina mempunyai keunikan

kebudayaan yang tersendiri dari aspek nilai moral, budaya sekolah Cina, sektor

perindustrian dan perniagaan, aktiviti kebudayaan tradisi, pertubuhan penerbitan, budaya

pertubuhan serta persatuan Cina, adat resam tradisi, suratkhabar. Sektor perindustrian dan
perniagaan yang bersaiz kecil dan sederhana Berjaya memainkan peranan

memperkukuhkan aliran pendapatan ekonmi untuk perkembangan aktivit kebudayaan

mahua.

Dalam masyarakat Cina akan menyatakan Kebudayaan Cina Malaysia yang

bersifat unik ini dinamakan sebagai kebudayaan Mahua. Hasil daripada kesungguhan dan

iltizam komuniti Cina dalam memelihara dan mengembangkan kebudayaan Mahua,

aktivis dan budayawan Cina mempercayai kebudayaan cina yang tersendiri dapat

dilahirkan dengan berakarkan kebudayaan Tionghoa tradisional yang diwarisi dari Tanah

Besar China.

Keprihatinan masyarakat Cina Malaysia tentang persoalan bahasa, pendidikan,

dan kebudayaan Cina terus berkekalan hingga kini. Masalah yang sering dibincangkan

oleh masyarakat di bidang pendidikan ialah penggunaan bahasa ibunda mereka.

Masyarakat Cina sepatutnya menekankan isu yang dapat meningkatkan kualiti serta taraf

bangsa Cina di Malaysia demikian juga samada bangsa Cina telah menerima peluang

yang adil serta saksama untuk mendapat peluang pendidikan.

Hal ini demikian kerana persoalan inilah yang akan mencorakkan identiti mereka

di negara ini. Dalam pada itu, para aktivis dan budayawan Cina turut memikirkan

sumbangan kebudayaan mereka ke arah pembentukan kebudayaan kebangsaan. Hakikat

ini dapat dilihat pada tahun 1982 apabila Pertubuhan Kebudayaan Cina Malaysia

mencetuskan idea penganjuran Kongres Kebudayaan Cina Malaysia mencetuskan idea

penganjuran Kongres Kebudayaan Cina yang bertujuan membincangkan penyerapan

kebudayaan Cina ke dalam kebudayaan kebangsaan.


3. Sains

Kebudayaan Mahua telah dicampuradukkan oleh budaya barat dan timur. Maka

Bangsa Cina telah terdedah kepada budaya sains dan teknologi pada zaman penjajahan

British dan Jepun di tanah Melayu. Pada masa itu, masyarakat Malaysia juga banyak

terpengaruh kepada cara pengurusan, sistem tentera dan undang-undang Barat. Maka

secara teoritikal, budaya teknologi mempunyai kedudukan penting dalam kebudayaan

Mahua tetapi potensinya tidak dapat dikembangan sepenuhnya akibat kekurangan

keprihatinan. Perkembangan budaya perubatan Cina, teknologi dan reka cipta pertanian,

teknologi baru dan reka cipta perindustrian juga agak maju akibat pengaruh budaya barat.

Dari aspek agama dan kepercayaan, budaya Mahua menggalakkan cara berfikiran

secara logik iaitu membuat kesimpulan selepas melalui pemerhatian dan analisis serta

menolak pemikiran kolot. Dari aspek kesasteraan yang bersifat sains, ia menekankan

kesanggupan karya sastera tersebut dalam menggambarkan kebudayaan Mahua secara

menyeluruh dan agak realiti.

4. Kemajuan

Walaupun sejarah kebudayaan Mahua bukan tergolong dalam kategori budaya

yang sangat lama. Tetapi ia sering bertumbuh, berkembang ke arah lebih maju. Hal ini

demikian kerana ia membantah pemikiran yang kolot serta menolok penindasan.

Masyarakat Cina di Malaysia telah menghulurkan bantuan kepada China semasa berlaku

penindasan Jepun terhadap China. Di samping itu, masyarakat China juga melibatkan diri

secara aktif untuk mempertahankan apabila Malaysia diserang oleh Jepun. Misalnya

semangat membantu dan berbakti kepada negara terserlah.


Kemajuan kebudayaan Mahua juga boleh dilihat daripada aspek tersebut iaitu

i)sentiasa memberi pertimbangan menyeluruh kepada semua pihak serta berusaha

mengurangkan ketegangan luaran dan sentiasa memperkukuhkan kekuatan dalaman. ii)

memahami kewujudan kepelbagaian budaya antara kaum.

Dalam masyarakat Cina akan menyatakan Kebudayaan Cina Malaysia yang

bersifat unik ini dinamakan sebagai kebudayaan Mahua. Hasil daripada kesungguhan dan

iltizam komuniti Cina dalam memelihara dan mengembangkan kebudayaan Mahua,

aktivis dan budayawan Cina mempercayai kebudayaan cina yang tersendiri dapat

dilahirkan dengan berakarkan kebudayaan Tionghoa tradisional yang diwarisi dari Tanah

Besar China.

5. Populariti

Kebudayaan Mahua ialah salah satu aspek budaya Malaysia yang berada dalam

persekitaran yang mempunyai pelbagai kaum. Maka ia sering mementingkan perpaduan

antara kaum dengan membantah sebarang polisi diskriminasi kaum serta berusaha

menghalang kebangkitan emosi perbalahan antara kaum. Generasi tua bangsa Cina juga

telah banyak menceburi pekerjaan penterjemahan untuk menggalakan kerjasama dan

kemajuan perniagaan dan perindustrian dengan pelbagi kaum.

Apa yang perlu ditekankan ialah kebudayaan Mahua perlu mempunyai matlamat

yang selaras dan arah tuju yang sama apabila bergabung dengan kebudayaan bangsa yang

lain. Ini amat penting untuk menjadikan segala keunikan kebudayaan Mahua sebagai

sebahagian daripada khazanah kebudayaan negara Malaysia.


Oleh sebab Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, maka isu kebudayaan kaum

yang mana satu akan jadi warisan khazanah negara agak sensitif. Menurut W. Rolff,

kebangkitan awal kesedaran kaum Melayu ialah disebabkan kebimbangan orang Melayu

bahawa kedudukan mereka tergugat. Justeru itu, kebudayaan Mahua sepatutnya

memainkan peranan supaya dapat mengurangkan ketegangan atau kebimbangan kaum

lain bahawa kedudukan mereka akan tergugat.

Dalam usaha pengekalan dan pengembangan kebudayaan Mahua, sekiranya

menekankan kebudayaan Mahua bukan kebudayaan Tionghua, maka akan dapat

menyelami kebudayaan Mahua di antaa bangsa lain, seterusnya akan mengurangkan

ketegangan kebudayaan di antara bangsa, negara sehingga dunia. Maka setiap bangsa

Cina bertanggungwab ke atas menggerakkan dan memperkayakan segala aktiviti

kebudayaan Mahua untuk mencapai masyarakat yang penuh keharmonian dan kreativiti.

Sekiranya rakyat kurang memahami bahawa kebudayaan Mahua merupakan

hasilan tempatan akan menghalang perpaduan antara kaum. Perbalahan sering berlaku di

antara kerajaan dan masyarakat Cina dengan isu yang berkaitan dengan bahasa dan

budaya. Hal ini demikian kerana kurang pemahaman bangsa Cina di Malaysia terhadap

konsep kebudayaan Cina serta kurang saling faham-memahami oleh kaum lain. Ini

mengakibatkan masyarakat Cina di Malaysia bertindak terlalu agresif untuk

mempertahankan budaya mereka. Pada masa yang sama juga membangkitkan perasaan

kaum lain untuk menghapuskan kebudayaan Cina ini.


Persada Kesasteraan Mahua

Sama seperti karya sastera kebangsaan yang dihasilkan menerusi bahasa Melayu,

penulis bahasa ibunda juga turut merakamkan pelbagai rakaman pengalaman dan

perkembangan semasa terhadap negara.

Salah satu sastera ibunda yang ‘tersembunyi’ di kalangan pemerhati dan penggiat

sastera ialah sastera Mahua yang dihasilkan oleh ramai penggiat sastera di kalangan

masyarakat Baba (Melaka). Bagaimanapun, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang

menyambut ulang tahun ke 50 penubuhannya tahun lalu (1956-2006), banyak menerbit

hasil karya sastera termasuk terjemahan.

Dan antara terjemahan yang menarik ialah Antologi Terjemahan Puisi Mahua;

Salam Malaysia (Wenhou Malaixiya) yang diselenggarakan oleh Chong Fah Hing dan

Chan Yong Sin. Antologi setebal 130 muka surat itu memuatkan kira-kira 100 puisi hasil

karya 10 penulis Mahua. Kecuali Mei Shuzen hanya lima puisi, turut menyertai antologi

berkenaan ialah Fang Ang Fu Chengde, ho Nai Kin, Tian Si, Wang Tao, Wu An, Wu

Tiangchai, Xin Jinshun dan You Chuan.

Menurut penyelenggaranya, Fah Hing pada pendahuluan antologi berkenaan,

sejarah puisi baharu Mahua bermula kira-kira 5 Oktober 1925, seiring pelancaran ruang

sastera ‘shige shije’ (dunia puisi) akhbar Xin Guomin Ribao. Pada 5 Oktober 1927

jumlah puisi semakin meningkat apabila Nanyang Shibao (Nanyang Times) memulakan

ruang ‘Shi’ (Puisi)di Pulau Pinang. Menurutnya, jika sastera Melayu dikenali sebagai

sastera persuratkahabar, keadaan sastera Mahua adalah sama, malah menjadi tradisi
Fukan (lembaran tambahan atau supplement). “Ia adalah satu-satunya lapangan yang

memuatkan semua hasil karya penulis Mahua,” katanya.

Fah Hing berkata, sastera persuratkhabaran itu pula sudah tentu mencapai edaran

yang meluas walaupun produk sastera cenderung bersifat eceran dan penyampaian pula

tidak menuntut kemahiran yang bermutu.

Penyelenggara bersama itu berkata, sejak bermulanya penulisan Mahua hingga

penghujung tahun 80-an, terdapat dua aliran sastera Mahua iaitu realis dan modenis

dengan pelbagai diksi, gaya bahasa, teknik, tema, persoalan dan pendekatan.

Antara penulis Mahua ialah Wu Tianchai @ Goh Then Chye, Wu An dan Wang

Tao yang cenderung mendampingi dan menanggapi kehidupan realiti secara langsung.

Nadanya romantis walaupun kadangkala keras. Antara penyair modenis pula ialah Fang

Ang, Fu Chengde, Mei Shuzhen, Xin Junshun dan You Chan. Walaupun modenis, penulis

dan puisi Mahua yang diwakili oleh penulis berkenaan dikatakan berkembang bukan

berdasarkan pengalaman falsafah dan kepengarangan barat, tetapi turut berbaur tradisi

antara Barat-Tionghoa-Mahua.

Sementara penyair golongan ketiga pula mengambil jalan tengah yang berusaha

menggabungkan kekuatan seniman menggabungkan kekuatan seniman mereka yang

terdahulu. Ini membolehkan mereka dapat menghasilkan karya yang mengimbangi

paparan realiti objektif dan tuntutan daya imaginasi.

Sementara Datuk Anwar Ridwan pula pada penghantar terjemahan ini berkata

pemilihan penulis dan karya yang diterjemahkan adalah antara penyair Mahua yang
penting di tanah air. Katanya, sesetengah penulis bukan sahaja dikenali oleh masyarakat

negara ini, malah khalayak sastera Cina antarabangsa. “Sebelum sastera Mahua

diterjemah dan diterbitkan dalam bahasa Melayu, masyarakat Melayu tidak mengetahui

kemunculan serta perkembangan sastera Mahua, terutama puisi. Begitu juga penulis

mereka,” katanya.

Menurutnya, ini memberikan gambaran serta natijah komunikasi dan hubungan

antara kaum yang negatif kerana sesama penulis negara daripada pelbagai kaum dan

bangsa tidak mengenali antara satu sama lain. Bagaimanapun, beliau berharap dengan

adanya terjemahan ini akan melahirkan hubungan yang dapat melahirkan kebersamaan di

kalangan penulis berkenaan untuk memartabatkan sastera negara menerusi bahasa ibunda

masing-masing.

Ridwan berkata, perkembangan kesusasteraan di negara ini turut menarik dengan

pelbagai istilah dan genre, dua daripadanya ialah pembabitan kaum Cina. Antaranya

kemunculan ‘Sastera Peranakan’ dan kedua ‘Sastera Mahua’.

Perbezaan ketara antara dua sastera berkenaan ialah penulis sastera peranakan

berusaha mencipta dalam bahasa Melayu, sementara penulis sastera Mahua menulis

karya menerusi bahasa ibunda mereka.

Sastera Peranakan kata Ridwan lahir kira-kira abad ke-19 (mungkin seawal 1987) apabila

drama ‘Cerita Mustapha’ dipentaskan oleh Kumpulan Theatre Royal di Singapura. Ini

membuktikan kumpulan penulis serta penggiat sastera di negara ini yang cuba

menggunakan bahasa Melayu adalah di kalangan masyarakat Baba dan Peranakan.


Yang didorong oleh faktor bakat, penguasaan bahasa, latar belakang sosial dan

budaya. Ini berbeza berbanding pengiat sastera Mahua. Penggiat sastera Peranakan yang

menulis dalam bahasa Melayu dan menerbitkan karya mereka menerusi akhbar dan

majalah seperti Bintang Timur, Bintang Peranakan, Khabar Ucapan Baru dan Straits

Chinese Magazine.

Antara karya asli berbentuk prosa seperti genre cerita jenaka, asal usul, lipur lara,

fiksyen, sendiwara, puisi tradisional seperti pantun, teka teki dan peribahasa. Antara

sumbangan paling ketara ialah ‘pantun dondang sayang Baba Melaka’. “Bagi sastera

Mahua pula merujuk karya sastera yang dihasilkan oleh penulis Cina warga Malaysia

dengan pertumbuhan awal memperlihatkan pertautan erat dengan Tanah Besar China,”

katanya.

Peringkat seterusnya ialah penyiaran berbentuk prosanya mendahului bentuk puisi

dan bentuk prosa pemberitaan atau analisis politik luar negara sebelum digunakan

mencipta prosa naratif dan lirik.

Ketiga, gerakan 4 Mei 1919 di Tanah Besar China iaiut revolusi intelektual demi

pembaharuan ideologi, kesusteraan dan kebudayaan tradisional turut mempengaruhi

semangat sastera Mahua. Pada peringkat keempat sastera Mahua beransur-ansur beralih

kepada situasi Malaya (dan kemudian Malaysia) yang turut membabitkan aspek sosial,

budaya, pendidikan, ekonomi dan ideologi yang disampaikan dengan gaya puisi baru.

“Kita percaya, puisi yang baik, baik pula pemikirannya dan begitu juga Salam

Malaysia: Antologi Terjemahan Puisi Mahua yang memperlihatkan pemikiran


penyairnya. Ia memuatkan pelbagai tema pemikiran penulis daripada tanah air baru,

kejiranan, pekerjaan, ratapan nasib, politik, cinta yang dijalin dengan bijaksana dan

falsafah pemikiran yang memikat hati,” katanya. Begitulah kata Ridwan.

“Lim Swee Tin adalah orang Cina, sasterawan. Di samping itu, masyarakat Cina

Malaysia merupakan satu komuniti yang mencintai dan menghargai kebudayaan mereka.

Kecenderungan ini dapat dilihat melalui kesungguhan mereka dalam menyertai dan

menceburi aktiviti kebudayaan. Golongan etnik ini bukan sahaja mementingkan

kebudayaan tradisional mereka, iaitu kebudayaan Tionghoa, malah mereka mempunyai

kesanggupan untuk menerima unsur baharu yang asing bagi mereka. Penghasilan dan

pembentukan kebudayaan Mahua yang memperlihatkan pembauran budaya Tionghoa

dengan budaya tempatan membuktikan hakikat ini. Dalam hal ini, kebudayaan Mahua

memiliki daya inovasi yang tinggi, umpama aktivis budaya Cina telah mencipta Gendang

24 yang telah mengharumkan nama Malaysia di Tanah Besar China.

Adat Resam Tradisi Orang Cina


1. Perayaan Kuih Bulan

Perayaan Kuih Bulan atau Perayaan Pertengahan Musim Luruh merupakan

perayaan menyambut kemenangan orang Cina menumpaskan penjajah Mongol pada

akhir Dinasti Yuan(1280 Sebelum Masihi - 1341 Masihi). Kuih bulan juga dikaitkan

dengan Pesta Tanglung, namun ini adalah perayaan berbeza.


Perayaan Kuih7 Bulan disambut pada hari ke-15 pada bulan ke-8 pada kalendar

Cinapada akhir bulan Ogoshingga akhir bulan September. Ia selalunya hampir dengan

ekuinoks musim luruh. Pada waktu ini, bulan biasanya mengambang dan terang,

menjadikannya waktu yang sesuai untuk meraikan hasil tuaian musim panas.

Perayaan Kuih Bulan merupakan salah satu perayaan terpenting selain Hari Tahun

Baru Cina. Perayaan ini disambut dengan perarakan tanglung pada malam perayaan,

selain dengan kuih bulan itu sendiri.

Kuih Bulan merupakan salah satu hidangan istimewa pada perayaan ini. Kuih

Bulan diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang merah, atau adunan biji

teratai, atau kuning telur masin. Menurut tradisi, pesanan untuk memberontak telah

disebarkan melalui surat yang diletakkan di dalam Kuih Bulan yang akhirnya berjaya

menjatuhkan Dinasti Mongol.

2. Duan Wu Jie

Hari Minggu tanggal 8 Juni 2008 ini bertepatan dengan hari ke-5 bulan ke-5

dalam penanggalan Imlek (wu yue chu wu) yang merupakan hari peringatan wafat (death

anniversary) dari seorang patriot dan pujangga besar Tiongkok bernama, Qu Yuan. Hari

peringatan wafat Qu Yuan dikenal dengan nama Duan Wu Jie.

Qu Yuan hidup sekitar tahun 340 SM-278 SM. Dia berasal dari keluarga

bangsawan mulia yang berpengaruh di istana dinasti Chu selatan. Qu Yuan sangat
mencintai negaranya, dan sebagai seorang penasihat dia menasihati Kaisar supaya tidak

mengadakan kerja sama dengan bangsa Qin yang mempunyai itikad buruk.

Raja Huai dipengaruhi oleh seorang penasihat korup dan putranya bernama Zi Lan untuk

tidak mendengarkan nasihat Qu Yuan. Malah Qu Yuan dituduh akan memberontak.

Kerana nasihatnya tidak didengarkan, Qu Yuan yang sangat mengkuatirkan negaranya

menderita sakit dan pulang ke kampung halamannya. Di sana ia mulai mengumpulkan

karya-karya sastera lisan yang ada di kampungnya, membukukannya, juga menulis sajak-

sajak.

Sementara itu Raja Huai tetap berangkat ke Qin dan ia langsung ditangkap di

sana. Tahun 278 SM, di kampung halamannya, Qu Yuan mendengar khabar bahawa

negara Chu sudah jatuh ke tangan Qin. Pasukan Qin telah menghancurkan Ying, ibukota

negara Chu, juga meluluhlantakkan istana dan kuil leluhur. Terdorong oleh duka yang

amat sangat ia menulis sebuah sajak ratapan berjudul “Ai Ying”, Ratapan untuk Ying.

Dan setelah itu ia pergi ke tepi sungai Miluo, dan sambil memeluk sebuah batu besar ia

terjun ke dalam sungai Miluo. Ritual bunuh diri ini merupakan protes Qu Yuan terhadap

keberontakan. Penduduk desa yang sangat mencintainya beramai-ramai mencari

jenazahnya di sungai itu tapi tak pernah ditemukan. Mereka mengira bahawa ia telah

dimakan ikan.

Tapi suatu malam arwah Qu Yuan menampakkan diri dan menyatakan bahwa ia

meninggal kerana diserang oleh naga sungai. Qu Yuan meminta penduduk desa

membungkus nasi dalam kain sastera yang dibentuk dengan mempunyai 3 sudut dan

melemparkannya ke sungai untuk menghalau naga sungai.


Tradisi ini terus berlanjut sampai sekarang. Hanya zongzi tidak lagi dibungkus

dengan sastera tapi dengan daun pandan atau daun bamboo. Di Indonesia zongzi biasa

dikenal dengan nama Bakcang (dialek Hokkien). Setiap tahun pada hari ke-5 bulan ke-5

penanggalan Imlek, orang-orang Tionghoa membungkus bakcang dan mengadakan

perlombaan perahu naga sebagai peringatan atas wafatnya Qu Yuan.

3. Tarian Singa

Tarian singa adalah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan

masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan

kostum singa.

Sejarah singa dianggap sebagai pelindung dalam kebanyakan adat orang Asia,

terutamanya bagi mereka yang berketurunan orang Cina.Tarian singa menjadi adapt di

Negara China, Taiwan, Jepun, Korea, Thailand, dan Vietnam. Setiap Negara tersebut

mempunyai corak dan bentuk tarian yang berbeza. Namun tarian ini lebih terkenal

sebagai warisan orang Cina, kerana dikatan sejarahnya bermula lebih 1,000 tahun lalu.

Pertubuhan tarian singa yang amat popular dan bertumbuh pesat bertempat di lokasi

segama, Johor.

You might also like