You are on page 1of 6

Pengenalan

Menurut catatan sejarah, penggunaan nombor bermula di Mesir pada 2781 SM dan Babylon kira-kira pada 5700 SM. Penggunaan nombor amat berkait rapat dengan aktiviti kehidupan mereka pada waktu itu. Masyarakat pada ketika itu menggunakan nombor bagi membantu dalam aktiviti pertanian, perdagangan dan pentadbiran. Banyak kesan-kesan penggunaan nombor yang ditemui oleh kaji purba dan arkeologi pada kubur-kubur lama dan juga dalam timbunan tanah. Seperti mana yang kita ketahui, nombor-nombor yang digunakan dalam aktiviti seharian mereka adalah bagi tujuan membilang dengan menggunakan bahan-bahan yang sedia ada disekeliling mereka seperti batu-batu, ranting, tandaan gundal pada tanah liat atau batang pokok. Apabila tamadun dan aktiviti seharian masyarakat kita itu semakin lama semakin bertambah dan kompleks, maka terciptalah satu sistem penomboran yang dapat membantu memudahkan urusan aktiviti mereka pada waktu itu. Oleh itu terciptalah satu sistem penomboran yang menggunakan simbol masing-masing. Sebagai contoh masyarakat Babylon menggunakan simbol berbentuk baji (cuneiform) manakala sistem penomboran Mesir menggunakan simbol tumit tapak kaki. Kita juga boleh mencipta sistem penomboran sendiri seperti mana masyarakat dahulu kala pada zaman Babylon, Mesir atau Yuanani. Di sini saya memilih sistem pernomboran asas 2 dan asas 4. Sistem ini saya namakannya sebagai Bi-Shell bagi sistem pernomboran asas 2 dan Quarter-Shell bagi sistem pernomboran asas 4.

Sistem ini hanya menggunakan kulit kerang sebagai bahan maujud. Ini adalah kerana kulit kerang boleh didapati dengan mudah,murah dan rupanya yang cantik serta saiznya yang agak sama.

Sistem Penomboran Bi-Shell Asas 2

Sistem Bi-Shell ini ini menggunakan kulit kerang yang diwarnakan salah satu bahagian kulitnya. Kulit luar diwarnakan manakala bahagian kulit dalam dibiarkan seperti keadaan asalnya. Sistem Bi-Shell ini hanya menggunakan perwakilan dua simbol sahaja iaitu bahagian luar yang berwarna dan bahagian dalam yang tidak berwarna. Bahagian luar yang berwarna bersamaan dengan angka 1 dan bahagian dalam yang tidak berwarna itu bersamaan dengan angka 0. Sistem ini dipilih kerana dalam kehidupan manusia hanya bersandarkan dua kemungkinan yang sering terjadi seperti lulus-gagal, menang-kalah, baik-buruk, miskin-kaya dan sebagainya. Malah sistem Bi-Shell ini mudah diingati kerana hanya melibatkan dua simbol sahaja berdasarkan keadaan yang dinyatakan di atas tadi. Dalam sistem ini kulit kerang itu disusun secara bertentangan seperti gambarajah di bawah.

atau

Aktiviti Pembelajaran: Aktiviti Pengukuhan 1. Guru mempamerkan kulit kerang kepada murid sambil menyebut nombor bagi mewakili kulit kerang tersebut. Di sini murid perlu sedar hanya ada dua nombor sahaja yang digunakan iaitu 1 dan 0.

2. Kemudian guru menyusun dan mempamerkan kulit kerang itu sambil menentukan nilai bagi kerang tersebut. Contoh : Simbol Perkataan Nombor Sifar Nilai 0

Satu

Satu sifar

3. Seterusnya guru mempamerkan beberapa siri nombor berdasarkan beberapa kombinasi kulit kerang tersebut.

Aktiviti Pengayaan 1. Guru mengedarkan lembaran kerja seperti di bawah 2. Guru meminta murid mengisikan simbol bagi perwaiklan nombor di dalam petak yang disediakan.

0 1 2 3 4 5 6 7 8

3. Guru juga boleh meminta murid melengkapkan fakta asas tambah dengan melukiskan simbol di dalam petak-petak yang disediakan.

Sistem Penomboran Quarter-Shell- Asas 4

Sistem ini sama seperti Bi-Shell Cuma ianya berbeza dari segi penyusunan kedudukan kulit kerang tersebut. Dalam sistem pernomboran Quarter-Shell ini kedudukan kerang ini melibatkan penggunaan 4 kudran seperti dibawah

Kudran 4

Kudran 1

Kudran 3

Kudran 2

Kedudukan kerang itu disusun mengikut arah jam bermula dari kudran 1 hingga kudran 4. Bagi setiap kudran hanya satu kulit kerang sahaja yang berada di situ. Contoh:

Dalam sistem pernomboran Quarter-Shell, nombor di atas dibaca sebagai satu-sifarsatu-sifar.

Refleksi

You might also like