You are on page 1of 11

UCAPUTAMA PENGETUA SMK ISKANDAR SHAH SEMPENA MESYUARAT GURU 1/2012 Tarikh : 29 Disember 2011 Masa : 8.

30 pagi 10.15pagi Tempat : Bilik Tayang SMK Iskandar Shah

Penggunaan KPI dalam pengurusan dan pentadbiran BOS (Blue Ocean Strategy/Strateg Lautan Biru) Penggunaan TMK secara optimum

KONSEP Strategi Lautan Merah dan Strategi Lautan Biru berbeza dari cara bertindak dan berfikir. Strategi Lautan Merah digambarkan sebagai industri yang telah didefinisikan dan diterima ramai serta aturanaturan permainan di dalamnya sudah diketahui umum, yang mana individu dan industri akan bersaing di dalam ruang pasaran yang sedia ada. Manakala Strategi Lautan Biru digambarkan sebagai ruang pasaran yang belum dijelajahi. Strategi ini menjadikan pesaing tidak relevan.

Dalam Strategi Lautan Merah, individu dan industri sedaya upaya mengeksploitasikan permintaan yang sedia ada. Sering kali strategi ini menghadapi masalah mengenai persaingan dari pesaing-pesaing untuk merebut potensi yang ada. Dalam saat memenangi saingan ini, sumber dan masa telah terbuang tanpa disedari. Manakala di dalam Strategi Lautan Biru, individu dan industri yang berani berinovasi dan berkreativiti akan mencipta permintaan baru walaupun tidak adanya jaminan beroleh kejayaan. Strategi Lautan Biru ini digambarkan seperti lautan biru yang luas terbentang, yang boleh kita terokai selagi kita sanggup berinovasi dan kreatif mencuba sesuatu daripadanya.

Ada 4 elemen iaitu reduce/mengurang, eliminate/menghapus, create/mewujud dan raise menambah peluang. Strategi Lautan Biru melibatkan pemikiran dengan mengaplikasikan cara-cara kreatif dan inovatif dalam setiap penyelesaian.

Strategi Lautan Biru mengingatkan, selagi organisasi atau sesiapa terus mahu bersaing di Lautan Merah dia mesti selalu ingat bahawa tiada sesiapa yang akan kekal cemerlang! Keluarlah daripada lautan merah dan belayar ke suatu lautan yang tidak perlu bersaing sebaliknya menjadikan pesaing tidak relevan.(Utusan Malaysia, 28 April 2007)

Satu strategi yang diguna pakai ProEight adalah aplikasi teknologi, di mana syarikat mewujudkan bahagian penyelidikan dan pembangunan yang dilengkapi dengan teknologi terkini dan disokong keupayaan siswazah tempatan. "Biasanya, bekalan kedap mekanikal (oleh syarikat besar) mengambil masa kira-kira empat hingga 10 minggu untuk dihantar. Jadi cabarannya ialah untuk membekalkan dalam tempoh 24 jam. "Selepas melakukan penyelidikan, kami mendapati secara amnya, ia mengambil masa dua hari dan 30 minit. Apa yang kami lakukan adalah untuk mengurangkan masa penghantaran kepada 24 jam," kata beliau.

Strategi Lautan Biru dapat mengurangkan kos pembinaan jalan luar bandar di Sarawak kepada hanya RM50 juta, dengan menggunakan kepakaran Angkatan Tentera Malaysia berbanding dengan RM250 juta jika pembinaannya dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya.

Raise Kualiti kepimpi nan Produktiviti /Kecekapan Ilmu ,pengetahuan baru dan kemahiran Latihan dan mentoring Penggunaan sumber Prestasi Kerja Pemantauan Reduce Birokrasi dalam pentadbiran Penglibatan tugas luar (Minimumkan)

Create Budaya kerja berketepatan dan berprestasi tinggi Inovasi dan kreativiti dalam pengurusan Pelapis kepimpinan Dasar sekolah Prosedur Kerja KRA dan KPI Eliminate Pembaziran sumber Guru dan staf sokongan berprestasi rendah

Sumber Rujukan :
1. STRATEGI LAUTAN BIRU : ANJAKAN BARU DALAM KOPERASI
Oleh : Hazalinda Harun Pusat Konsultasi Koperasi Internet, 2011. 2. BOS (Blue Ocean Strategy) Bio MRSM :STRATEGI LAUT BIRU DALAM PENDIDIKAN SUBJEK BIOLOGI Oleh :Zolkofli bin Awang, Guru Cemerlang Biologi, MRSM Kubang Pasu Internet, 2011 3. Blue Ocean Strategy Oleh Annie Zainab Chua (Bekas Guru SMKIS) Internet, 2011 (Terima kasih atas perkongsian pintar. Semoga negara kita berjaya dalam program transformasi nasional)

You might also like