Sejarah Republik Rom
Asal dansejarah awalRom tidak dapat dipastikan. Sedangkan terdapat keterangan-
keterangan yang khusus tentang asal dan sejarah Rom, pemerian-pemerian itu cenderung bersifatmitologi, dan tidak dapat merupakan sejarah objektif ketika diperlakukan dengananalisis moden.Terdapat juga temuanarkeologidi kota Rom yang wujud sebelum tarikh pengasasan yangditentukan oleh mitologi. Sebaliknya, kesan-kesan penempatan yang benar tidaklah sehinggatarikh itu. Bagaimanapun,mitos asal Rom mungkin mengandungi beberapa aspek kebenaran
dan bertanggungjawab untuk membentukkan pandangan diri orang Rom.
Pengasasan kota
Tradisi membekalkan beberapa tarikh yang berbeza tentang pengasasan Rom. Yang palingterkenal ialah tarikh yang diberikan oleh ahli sejarah dan pentertib tarikh Rom, M. TerentiusVarro:753 SM, tetapi ini bergantung kepada kronologi tradisi raja-raja Rom yang terlalu
meragukan. Terdapat beberapa penemuan arkeologi yang lebih lama daripada tarikh Varro;tetapi kesan-kesan terawal penempatan berterusan biasa ditarikhkan pada awalabad ke-6 SM.
Pemerintahan beraja (abad ke-6 SM)
Pada permulaan,Rom mempunyai raja-raja. Tradisi lebih menggambarkan raja-raja inisebagai pahlawan budayaberbanding tokoh sejarah, dengan setiap baginda dikatakan merekasesuatu aspek budaya Rom; umpamanya, Numa Pompiliusmencipta agama Rom,dan Ancus
Martiusmencipta seni-seni perang. Tradisi juga memberikan kebanyakan pemerintahan
jangka masa sebanyak lebih kurang empat puluh tahun. Ini mungkin disebabkan olehnumerologiberbanding sejarah. Perincian lain dilihatkan sebagai cerita-cerita mengenai asal bagi pelbagai keluarga bangsawanRom.
Bagaimanapun, terdapat persetujuan umum bahawa Rom mempunyai satu siri raja-raja(sebilangan daripada baginda itu berasal daripada Etruria; pengaruh orang Etruria masih
dapat dilihat dalamseni danseni binaRom awal) dan raja-raja ini kemudian digantikan oleh
golongan bangsawanRom pada sekitar 500-450 SM.
Penubuhan Republik
Tarikh tradisional untuk revolusi terhadap raja-raja ialah 509 SM(untuk ceritanya, sila lihat
Penggulingan raja-raja). Tarikh ini juga diragui; penyusunanfastikonsul yang menyokong
tarikh ini menyelitkan enam orang konsul dalam tahun pertama Republik, dan mempunyaitempoh-tempoh panjang yang langsung tidak mempunyai sebarang konsul. Adalah mungkinsebagai kebanggaan negara bahawa ahli-ahli Rom mengubahkan kronologi republik awaluntuk menyebabkan Rom kelihatan membebaskan diri sebelum Cleisthenesmembawa
kebebasan kepadaAthens. Juga dicurigai bahawa keluarga-keluarga yang berpengaruh"menyisipkan" nenek moyang konsul ke dalam senarai itu untuk menyokong kedudukan politik keluarga mereka, dan oleh itu mengawalkan tarikh pengasasan republik.Konsul-konsul awal mengambil alih peranan-perananraja kecuali peranan sami besar yang
menyembah Optimus MaximusJupiter di kuil suci yang terletak diBukit Capitoline. Untuk
tanggungjawab itu, orang-orang Rom memilih seorang
— "raja untuk perkara- perkara suci". Adalah menarik untuk memperhatikan bahawa
Rex Sacrorum
Rom dilarangdaripada menjadi ahli Senat; seseorang tidak boleh menjadi Senator dan
Rex Sacrorum
padawaktu yang sama. Rom Republik menjauhi "raja" sekelumit ini daripada sebarangkemungkinan mencapai kuasa. Sehingga akhir Republik, tuduhan bahawa seseorang yang berkuasa berhasrat untuk membuatkan diri sebagai "Rex" (raja) merupakan satu tuduhan