You are on page 1of 1

BEKERJA ITU SATU IBADAH

Dalam Islam apa sahaja pekerjaan sama ada kecil, besar, penting, tak penting, dilakukan oleh seorang, dilakukan oleh ramai orang, kerja kerajaan, kerja swasta, kerja pangkat tinggi, pangkat rendah atau apa sahaja bentuk pekerjaan tersebut asalkan ianya benar dan dilakukan dengan ikhlas, pekerjaan adalah dianggap ibadah dan melakukannya akan mendapat pahala sejajar dengan usaha yang dilakukan.

Untuk sesuatu pekerjaan itu dianggap pekerjaan yang betul ataupun benar serta ikhlas, satu standard kualiti pekerjaan perlulah dipenuhi. Oleh itu orang islam hendaklah berhati-hati semasa melakukan pekerjaan kerana kita perlu menjaga kualiti pekerjaan kita supaya Allah akan mengiktiraf pekerjaan tersebut itu sebagai ibadah. Apakah kualiti pekerjaan yang harus dijaga supaya ianya boleh dianggap benar dan ikhlas. Pertamanya merujuk surah Al Zariyyat, ayat (56) Allah berfirman Tidak Aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepada Aku dari ayat ini Allah dengan jelas telah menyatakan tujuan kejadian jin dan manusia di atas muka bumi ini adalah untuk semata-mata beribadah kepadaNya.

You might also like