You are on page 1of 2

PERBINCANGAN KUMPULAN

(Group Discussion)

Oleh

Ahmad Fuad Muhammad1

Apakah itu Perbincangan Kumpulan?

Perbincangan kumpulan ialah pertukaran idea, pandangan/pendapat,


perkara utama, dan persepsi/tanggapan secara verbal bagi tujuan
untuk menjelaskan atau memperkayakan pemahaman isi kandungan
sesuatu kursus.

Kebaikan dan Keburukan Perbincangan Kumpulan

Kebaikan:

• Menyediakan peluang untuk setiap pelajar melibatkan diri


dalam aktiviti tersebut.
• Mengumpulkan ilmu pengetahuan, kebolehan, and pelbagai
pengalaman yang terdapat dalam sesuatu kelas.
• Boleh menggiatkan serta memberi rangsangan yang tinggi
sekiranya dirancang dan disusunatur dengan betul.
• Membuat pelajar berminat dan terlibat bersama.
• Potensi sumber-sumber dari pelajar dapat diketemui dan
dikongsi bersama.
• Proses pembelajaran yang berlaku dapat diperhatikan.

Keburukan:

• Boleh bertukar menjadi satu perdebatan yang tidak


mempunyai tujuan sekiranya tidak dikawal selia dangan baik.
• Beberapa orang pelajar boleh mendominasi perbincangan
tersebut.
• Perbincangan efektif lazimnya terhad kepada kumpulan yang
bersaiz kecil. Bilangan seramai tujuh orang adalah saiz optima
sesuatu kumpulan perbincangan.
• Perkara-perkara penting/utama perbincangan boleh
mengelirukan atau hilang dengan tidak sengaja.
• Pengawalan masa boleh menjadi amat sukar.

1
Perunding Latihan/Pendidikan (afuadm@gmail.com)
• Boleh menjadi suatu aktiviti yang mengambil banyak masa.

Tujuan Perbincangan Kumpulan

1. Untuk memberitahu.
2. Menggiat dan memberi rangsangan.
3. Melihat pandangan/pendapat yang lain.
4. Membentuk daya kreativiti.
5. Perkongsian idea-idea.
6. Memupuk kerjasama.

Bagaimana mengawal kelancaran Perbincangan Kumpulan?

1. Guna soalan-soalan. (fakta, penilaian, intepretif)


2. Menyiasat maklumat dengan lebih lanjut. (‘follow-up’, ulangan,
jitu)
3. Guna bahasa badan (body language).
4. Berdiam diri.

Nyatakan lima situasi dimana Perbincangan Kumpulan mungkin


memberi faedah dalam pengajaran?

1. ................................................
2. ................................................
3. ................................................
4. ................................................
5. ................................................

Selamat Maju Jaya

You might also like