You are on page 1of 8

BERGANDING BAHU KITA BERKONGSI HAND IN HAND WE SHARE PJ/3.3.

3
Perubahan perkongsian berasaskan kesetaraan di antara wanita dan lelaki adalah suatu keadaan untuk pembangunan yang boleh bertahan yang berpaksikan manusia .
Mission Stateament, Platform for Action, Fourth World Conference on Women,1995.

Pembangunan yang boleh bertahan tidak boleh wujud tanpa penglibatan penuh dan setara dari kedua-dua wanita dan lelaki dalam kehidupan awam, budaya, ekonomi, politik dan sosial. Di kalangan keluarga, pembahagian berasaskan gender perlu dihapuskan sekiranya pencapaian mutu hidup merupakan matlamatnya. Anjakan paradigma psikologi perlu untuk menyedari dan mengakui bahawa ibu dan bapa, isteri dan suami, perlu berkongsi peranan, tanggungjawab dan tugas keluarga., untuk menghasilkan individu yang bermutu dan meningkatkan mutu hidup keluarga. Keluarga dwi-kerja juga kian meningkat bilangannya. Ini juga memerlukan perkongsian setara dalam tugas dan tanggungjawab antara pasangan. Polisi pekerjaan dan perkhidmatan sokongan keluarga di tempat kerja yang berbentuk peka-gender, dapat memastikan produktiviti yang lebih tinggi dan meningkatkan semangat serta penglibatan kakitangan. Ketidaksetaraan antara wanita dan lelaki masih lagi wujud dalam perkongsian kuasa dan membuat keputusan di semua peringkat. Wanita merupakan separuh daripada jumlah penduduk dunia, tetapi mempunyai kurang dari 10% perwakilan dalam jawatan eksekutif yang berkuasa. Penglibatan setara dan sepenuhnya oleh kedua-dua wanita dan lelaki dalam jawatan tinggi, terutama dalam politik, struktur pentadbiran awam dan swasta, sudah tentunya menyumbang ke arah pembentukan dan perlaksanaan polisi yang lebih baik untuk masyarakat yang peka-gender.
[Disesuaikan dari Pakej Latihan untuk Jurulatih Kepekaan Gender dan Perspektif Gender Dalam Perancangan Pembangunan Bahagian Hal Ehwal Wanita (HAWA)]

Adakah perkongsian yang diubah berasaskan kesetaraan, mengakibatkan kitaran tidak sihat bagi lelaki membuktikan kelelakian mereka? Adakah kelelakaian masih digunakan sebagai kayu pengukur untuk segala-galanya? Jelaslah bahawa ciri-ciri yang dikatakan milik lelaki lebih nilainya berbanding ciri-ciri feminin. Kanak-kanak perempuan dan lelaki adalah peserta yang setara dalam semua aspek kehidupan manusia. Mereka perlu diberi peluang yang setara dan persekitaran yang menyokong untuk membolehkan mereka memilih sikap, perasaan dan tingkah laku yang paling serasi, yang menjurus kepada perkongsian tanggungjawab. Kanak-kanak perempuan dan lelaki seharusnya mula berkongsi tanggungjawab dan memecahkan stereotaip tradisional yang menghalang pertumbuhan dan perkembangan optimum potensi diri mereka, dan penglibatan dalam semua aspek kehidupan sama ada di rumah, di sekolah atau dalam masyarakat.

BACAAN TAMBAHAN PJ/3


Gender Role oleh Dr Eliza Lee Pensyarah, Jabatan Kerajaan dan Pentadbiran Awam The Chinese University of Hong Kong
[Dipetik dengan izin, Family Life Education Handbook for Teachers, 2nd Edition 1995, The Family Planning Association of Hong Kong]

Pengenalan

Mengkategorikan manusia kepada lelaki dan wanita dewasa, kanak-kanak lelaki dan perempuan, dianggap sebagai semulajadi yang ditentukan oleh biologi. Namun demikian, kajian dalam tempoh 2 dekad yang lalu dalam bidang sains semulajadi dan sosial telah menarik perhatian terhadap peranan sosial, budaya, ekonomi yang begitu banyak mahupun proses politik yang membentuk gender. Dari satu sudut, kita tidak dilahirkan tetapi disosialisasikan untuk menjadi kanak-kanak lelaki atau perempuan, wanita dan lelaki dewasa. Artikel ini akan memperkenalkan sebahagian dapatan mengenai pembentukan sosial gender dan implikasinya terhadap kesetaraan gender.

Membezakan antara Jantina dan Gender

Kini adalah biasa membezakan antara jantina dan gender. Jantina lelaki dan wanita adalah berlainan mengikut perbezaan biologi, termasuk anatomi, struktur fisiologi, hormon, kromosom dan sebagainya. Gender maskulin dan feminin merujuk kepada aspekaspek psikologi, sosial dan budaya. Paling penting, kita sering menganggap perbezaan psikologi atau ciri-ciri tingkah laku antara dua gender ini ditentukan oleh biologi, tetapi kajian mengenai gender akhir-akhir ini secara umumnya merumuskan bahawa tidak ada kaitan semulajadi antara perbezaan biologi dan penghasilan gender yang terjadi. Malahan dapatan antropologi menunjukkan banyak variasi dalam gender dan tanggapan gender yang merentasi budaya.

Peranan Gender dan Stereotaip Jantina

Peranan gender merangkumi peraturan dan norma budaya yang pasti yang menentukan bagaimana ahli satu-satu jantina dijangka berfikir dan bertindak. Jangkaan peranan gender diterima secara subjektif dan dikongsi bersama oleh semua ahli sesebuah budaya. Dengan itu, ianya juga menentukan perhubungan gender dengan menggariskan cara bagaimana kedua-dua jantina boleh dan patut berinteraksi. Gender maskulin dan feminin yang kita ketahui dalam budaya kita dikenali melalui gaya berpakaian yang berbeza, tingkah laku, dan aktiviti yang dilakukan. Jangkaan identiti dan peranan gender merupakan paksi terhadap erti diri, mengetahui dan merasakan, siapa kita sebenarnya dan siapa sepatutnya kita ini. Rumusannya, kanak-kanak yang memiliki struktur anatomi tertentu disosialisasikan atau diajar berfikir, merasa, dan bertindak mengikut cara yang dianggap semulajadi, moral yang sesuai, dan dikehendaki dari jantina tersebut. (Richardson, 1988, m.s 7) Penyelidik di Barat telah menunjukkan bahawa stereotaip jantina adalah kekal kerana manusia secara konsisten mengaitkan sekumpulan ciri-ciri dengan stereotiap gender. Menjadi maskulin dikaitkan dengan aktiviti, bersifat kembara, dominan, berwibawa, kuat,

rasional, objektif, berdikari dan sebagainya; menjadi feminin dikaitkan dengan kepatuhan, bertaraf rendah, tidak berdikari, lemah, beremosi, membelai, menyerah dan sebagainya. Lebih penting lagi, ciri-ciri maskulin diterima secara sosial sebagai norma dan yang diingini untuk tingkah laku dewasa yang matang; ciri-ciri feminin ialah penyimpangan dari norma dan kurang diingini (Rosenkrantz et al, 1968, Broverman et, al., 1970). Ini mengakibatkan situasi konflik peranan bagi wanita khususnya: bagi wanita, untuk ditimbangkan sebagai matang dan sihat dalam budaya ini, dia mesti bertingkah laku secara yang tidak diingini dan kurang matang bagi dewasa yang cekap. Jelas wujud situasi konflik di kalangan wanita yang dibentuk oleh budaya. Jika mereka memilih bertindak secara dewasa yang lebih diterima oleh budaya mereka, mereka mengambil risiko keadaan femininnya dipersoalkan. Jika sekiranya mereka memilih bertindak secara feminin yang telah digariskan, mereka dilayan sebagai dewasa (Richardson, 1988. P.10).

Perkembangan Personaliti Maskulin dan Feminin


Diri Individu dan Diri Perhubungan (relational)

Pengkaji feminis dalam tahun-tahun akhir ini mempunyai teori lanjutan yang menjelaskan perbezaan perkembangan personaliti maskulin dan feminin. Pengkaji-pengkaji awal seperti Nancy Chodorow (1993) dan Carol Gilligan (1982) menunjukkan hubungan dan keintiman interpersonal yang mengatur secara mendalam pengalaman wanita. Chodorow menyatakan sebaliknya iaitu dalam mana-mana masyarakat, personaliti feminin mendefinisikan dirinya melalui hubungan dan rangkaian dengan orang lain lebih dari personaliti maskulin. (dalam istilah psikoanalitik, wanita kurang keindividuan berbanding lelaki; mereka mempunyai lebih batasan ego yang boleh dilentur.) (1993, p.83). Chodorow menyifatkan perbezaan yang umum dan hampir sejagat antara jantina sehingga wanita dianggap sebagai penjaga (caretaker) mengikut peraturan budaya meraka. Dana Crowley Jack menyatakannya semula: Membentuk identiti gender yang berkait dengan penjaga wanita memaksa kanak-kanak lelaki berpisah dari sifat feminin dan mentafsirkan maskulin melalui perbezaan; untuk menjadi lelaki (male) ialah sebahagiannya menjadi bukan wanita (female). Bagi kanak-kanak perempuan, proses membentuk identiti gender tidak memerlukan pemisahan yang serupa dari penjaga mereka. Anak perempuan membawa ke peringkat remaja dan dewasa lebih banyak aspek perhubungan asal dan yang begitu rapat, sedangkan anak lelaki mesti melepaskan perhubungan rapat untuk membentuk identiti gender berasaskan pengasingan dari ibunyadari perhubungan primer dengan ibu, identiti gender wanita terbentuk berasaskan pertalian yang berterusan, identiti gender lelaki berasaskan pengasingan (1991, p.12). Chodorow merumuskan bahawa hasil dari perbezaan antara hubungan ibu-anak perempuan dan ibu-anak lelaki, terdapat beberapa perbezaan yang penting dalam pembentukan identiti gender maskulin dan feminin. Dalam mencapai identiti gender maskulin, pertama, keadaan maskulin merupakan isu bermasalah yang berterusan bagi anak lelaki. Kedua, ianya melibatkan penafian ikatan atau perhubungan, terutama apa yang dia sifatkan sebagai pergantungan atau keperluan terhadap orang lain, perbezaan dirinya dari orang lain. Ketiga, ianya melibatkan penekanan dan merendahkan keadaan femininAkhirnya, identifikasi dengan bapa tidak selalunya dibentuk dalam

keadaan perhubungan mesra yang memuaskan, tetapi merangkumi usaha untuk memasukkan dan mempelajari komponen-komponen peranan yang belum lagi mereka fahami. Sebaliknya, dalam perkembangan identiti gender kanak-kanak perempuan, keadaan feminin dan aktiviti peranan wanita mudah difahami dalam dunia sehariannya. Identiti peranan terakhir ialah dengan ibunya dan wanita..oleh kerana ibunya berada di sisinya, dan dia telah mengadakan hubungan dengan ibunya sebagai individu, gender dan identiti peranan gender kanak-kanak perempuan berlaku melalui dan bergantung kepada hubungan mesra sebenar (Chodorow, 1993 p.86). Sepanjang peringkat kanak-kanak, ibu bapa cenderung tidak menggalakkan ekspresi keperluan ikatan di kalangan anak lelaki, sementara anak perempuan dibenarkan bermesra dan menunjukkannya, mengukuhkan lagi sifat berdikari anak lelaki dan sifat mengasihi di kalangan anak perempuan. Ini bermakna anak lelaki dibesarkan untuk menghargai autonomi dan keindividuan, sementara anak perempuan melihat kejayaan dalam hubungan interpersonal dan pencapaian keintiman sebagai inti terhadap dirinya. Anak lelaki mempunyai individuated sense of self manakala anak perempuan mempunyai a relational sense of self. Satu lagi implikasi penting dapatan kajian ini ialah cara mereka mencabar sifat berat sebelah lelaki dalam teori psikologi perkembangan manusia, terutama ke atas andaian jiwa lelaki (male psyche) sebagai norma dan perbezaan wanita dari norma sebagai bukti kelemahan wanita. Teori ortodoks yang dimajukan oleh Freud, Piaget dan Kohlberg, menganggap wanita mempunyai sempadan ego yang lemah atau lebih rendah dari lelaki dalam memahami aspek keadilan atau mencapai kematangan moral. Pandangan negatif tentang psikologi wanita dinyatakan juga oleh pengkaji feminisma bahawa perbezaan perhubungan ibu-anak mengakibatkan kanak-kanak perempuan memiliki empati dalam mendefinisikan diri dan oleh itu menjadi asas yang lebih kuat untuk mengalami keperluan dan perasaan orang lain sebagai pengalamannya sendiri (Chodorow, 1978, p.167). Oleh yang demikian, terdapat sifat moral di kalangan wanita yang kelihatan sebagai keprihatinan dan rasa bertanggungjawab terhadap orang lain, tidak bersifat autonomi dan penakulan abstrak. Walau bagaimana pun, apabila masyarakat mendefinisikan psikologi lelaki dan ciri-ciri maskulin sebagai norma, dan ciri-ciri kewanitaan sebagai berlainan dari norma, wanita terperangkap dalam ikatan berganda (double bind): masyarakat masih menekannya untuk mendefinisi dirinya melalui perhubungannya, tetapi enggan mengakui keinginannya untuk terikat dengan merendahkan kepentingan ikatan itu (1991,p.6). Gambaran yang lebih jelas mengenai cara bagaimana lelaki dan wanita disosialisasi kepada peranan gender masing-masing memerlukan pemeriksaan pelbagai proses sosialisasi, termasuk keluarga, sekolah, media massa, budaya dan sebagainya, yang tidak dapat dirangkumkan dalam bab ini. Dua bidang penting akan dibincangkan, iaitu keluarga dan sekolah. ~ Keluarga

Keluarga menyediakan pengalaman sosial pertama bagi setiap individu. Semasa bayi lagi, anak lelaki dan perempuan dilayan secara berbeza. Terdapat banyak kajian bagaimana anak lelaki dan perempuan menerima layanan yang berlainan dari ibu bapanya dan orang dewasa, dari banyaknya sentuhan fizikal dan bukan fizikal yang diterima, aktiviti fizikal dan lisan yang mereka amalkan, alat mainan yang disediakan (Rheingold and Cook, 1975;

Best, 1985), banyaknya dan bentuk hukuman yang diterima, dan juga tanggapan orang dewasa terhadap ekspresi emosi mereka (Rubin et al., 1974; Condry and Condry, 1976). Banyak perbezaan dalam layanan tidak disengajakan oleh ibu bapa dan orang dewasa (sebaliknya ramai dari mereka percaya mereka melayan anak-anak tanpa ada sifat berat sebelah). Sikap dan tingkah laku mereka hanya mencerminkan jangkaan dan sifat berat sebelah budaya yang tidak peka-gender. Walau bagaimana pun, semua ini mempunyai kesan yang mendalam terhadap perkembangan personaliti anak lelaki dan perempuan dalam menyediakan diri untuk mengamalkan peranan dan tingkah laku gender yang sesuai seperti yang difikirkan oleh masyarakat (Richardson, 1988, p.35-43). Terdapat bukti bahawa anak lelaki ditekan lebih kuat untuk bertindak secara sesuai jantina (sex-appropriate). Melalui maklumbalas negatif orang dewasa yang diperhatikan, kanak-kanak lelaki menunjukkan kebimbangannya melalui usaha gigihnya untuk menjadi maskulin, terasa begitu cemas sekiranya dilihat melakukan sesuatu yang secara tradisinya feminin, dan menjauhi apa-apa sahaja yang dianggap feminin, termasuk diri kaum wanita itu sendiri (Harley, 1964, p.8). Kanak-kanak perempuan dibenarkan bertingkah laku seperti lelaki (tomboy), tetapi mereka cepat mempelajari apa yang dilakukan oleh lelaki lebih penting dan lebih dihargai. Sosialisasi gender dikukuhkan lagi dengan alat mainan dan buku yang mereka baca. Pada keseluruhannya, lelaki lebih digalakkan berdikari, meneroka, menjadi agresif, mencipta, menguasai, berjaya, memanipulasikan persekitarannya; perempuan digalakkan menjadi prihatin, mematuhi, menghargai ikatan perhubungan dengan orang lain dan sebagainya. Semua ini membantu kanak-kanak memainkan peranan yang digariskan oleh masyarakat, lelaki berperanan sebagai pemimpin sosial, ekonomi dan politik manakala wanita menjaga ahli keluarga. Pembahagian tugas gender antara ibu bapa mereka mengukuhkan lagi tanggapan peranan gender ini anak perempuan belajar dari ibunya apa seharusnya dilakukan apabila dewasa nanti dan anak lelaki belajar dari bapanya apa yang dijangkakan dari bakal isterinya kelak (Richardson, 1988, p.43-49). ~ Pendidikan Sekolah

Pengkaji di Barat mendapati stereotaip jantina juga meresap dalam pendidikan sekolah. Resapan ini berlaku melalui buku-buku teks, sikap dan jangkaan (ekspektasi) guru, kaunseling akademik dan kerjaya sehingga kepada sumber yang mudah didapati untuk kedua-dua jantina. Umumnya, beberapa kajian menunjukkan kanak-kanak lelaki lebih berkemungkinan menghadapi masalah penyesuaian kepada kehidupan sekolah berbanding perempuan di peringkat awal persekolahan. Ini disebabkan persekitaran bilik darjah memerlukan disiplin yang kurang digalakkan dalam proses sosialisasi awal kanak-kanak lelaki berbanding kanakkanak perempuan. Walau bagaimana pun, kanak-kanak lelaki menerima lebih perhatian daripada guru, sama ada berbentuk positif atau negatif. Mereka juga menjadi orang utama dalam bilik darjah, dengan guru cenderung lebih berinteraksi dengan kanak-kanak lelaki (Frazier and Sadker, 1973; Sadker et al., 1986). Kanak-kanak perempuan diramalkan akur dengan keperluan disiplin bilik darjah, patuh dan tidak melawan, oleh kerana ini semua adalah sifat-sifat feminin. Dengan ini, jangkaan guru mengukuhkan lagi peranan gender dan tingkah laku feminin yang dijangkakan oleh keluarga dan masyarakat dari kanak-kanak perempuan. Akibatnya sementara kanak-kanak perempuan kurang mengalami masalah tingkah laku dan pembelajaran di sekolah pada peringkat awal, mereka lebih berkemungkinan kurang berjaya apabila meningkat akil baligh (Greenberg, 1985). Oleh kerana kanak-kanak perempuan lebih cenderung bersifat kurang yakin terhadap diri sendiri dan takut dengan kegagalan, mereka mengelakkan

bahan-bahan yang sukar atau merekacipta, dan menganggap opsyen hidupnya terhad (Richardson, 1988, p.59). Kanak-kanak mengalami pengasingan jantina begitu kuat dalam kehidupan sekolah mereka (walau pun di sekolah yang bercampur jantina), termasuk tempat bermain, kehidupan sosial, aktiviti, dan sebagainya. Subjek sekolah juga berasaskan gender. Matematik dan sains tulen dianggap subjek maskulin, dan sastera dan kemanusiaan adalah subjek feminin. Aktiviti kesukanan dianggap sangat maskulin. Pencapaian yang berbeza di kalangan pelajar lelaki dan perempuan dalam bidang akademik dan aktiviti ko-kurikulum didapati lebih dibentuk oleh persekitaran daripada mengikut tahap perbezaan intelek dan kebolehan masing-masing.

Seksualiti

Perkara yang berkait rapat dengan peranan gender dan perkembangan identiti ialah seksualiti. Seperti juga gender, seksualiti bukan semata-mata manifestasi dorongan biologi tetapi merangkumi proses budaya dan sosial yang kompleks: Seksualiti mewakili penembusan antara pengalaman personal dan konteks sosiobudaya; tubuh, jiwa, dan persekitaran sosialseksualiti manusia tidak mempunyai inti yang melepasi perihal sejarah dan budaya, tetapi merangkumi kepelbagaian seksualiti yang dicipta, dibentuk, akibat faktor-faktor diri, sosial, ekonomi dan politik (Naus, 1987, p.37, 39; quoted in Daniluk, 1993). Biasanya perbezaan tingkah laku seksual antara lelaki dan wanita dianggap sebagai semulajadi, contohnya, lelaki bersifat agresif dan wanita bersifat submisif, wanita lebih kerap mengaitkan seks dengan cinta dan komitmen berbanding lelaki. Sebenarnya dalam budaya kita, seksualiti lelaki dan wanita dibentuk secara berbeza. Lebih penting lagi, dalam budaya berpaksikan kaum lelaki, wanita selalunya tidak memainkan peranan yang besar dalam pembentukan seksualiti mereka sendiri. Mereka sering digambarkan sebagai objek seks dan statusnya direndahkan. ~ Seksualiti Perempuan

Daniluk (1993) contohnya mengenalpasti empat bidang yang membentuk dan menghadkan pengalaman dan ekspresi seksualiti wanita, iaitu perubatan, agama, media, dan keganasan seksual. Kesemua ini memberi kesan terhadap ekspresi seksual, imej tubuh, reproduksi, dan keintiman hubungan wanita. Dalam bidang perubatan, wanita mengalami kekuasaan, tindakan dan maruahnya diperkecilkan. Wanita dimalukan dengan bahasa perubatan dan diperalatkan dalam proses perubatan dan prosedur yang kononnya untuk kesihatan dan/atau mengubati.Fungsi wanita yang normal dijadikan bahan kajian penyakit, dan wanita merasakan sememangnya bersalah terhadap penyakitnya. Keganasan seksual dalam bentuk rogol, inses, penderaan lisan dan gangguan seksual mengakibatkan penyerapan pengalaman sebagai mangsa fizikal dan juga psikologikal. Sementara kesedaran risiko ini sememangnya sebahagian realiti menjadi seorang wanita. Ianya diperkukuhkan lagi apabila perubahan bentuk tubuh wanita mengubah cara lelaki (bapa, abang, rakan, orang tidak dikenali) berinteraksi dengan wanita. Media termasuk wayang gambar, iklan, majalah, dan sebagainya, menggambarkan wanita sebagai barangan dan meletakkan standard yang tidak realistik terhadap kecantikan dan tingkah laku mereka. Ianya mengakibatkan wanita diperalatkan dan diketepikan, membuatkan mereka terasa ada kekurangan dan memalukan.

Dalam ekspresi seksual, budaya lelaki yang dominan meletakkan kehendak dan keinginan seksual wanita sebagai sekunder berbanding lelaki. Terdapat mesej yang berterusan bahawa kebaikan dan kenikmatan seksual adalah pengalaman yang tidak serasi dengan wanita. Pengalaman kedatangan haid, kehamilan, kelahiran, menyusui bayi dan putus haid menjelaskan siapa dirinya. Kitaran reproduktif merupakan sumber kewanitaan dan pengalaman ditindas, tidak berkuasa dan penafian. Dapatan kajian Daniluk menunjukkan bahawa pengalaman seksualiti wanita itu sendiri kebanyakannya negatif. Ini menghasilkan kefahaman diri yang lemah. Aspek penindasan dalam pembentukan budaya diselubungi kesunyian dan kerahsiaan, dan untuk memecahkan pengasingan ini, wanita perlu berkongsi pengalaman di kalangan wanita sendiri. Terdapat juga keperluan mempromosikan kerohanian berpaksikan wanita dengan keraian, bukan cacian terhadap sifat feminin. ~ Seksualiti Lelaki

Sebagai bandingan, seksualiti lelaki berkait rapat dengan idea seperti agresif, dominasi, kekuatan, menakluki, pencapaian, dan sebagainya. Ramai mempercayai ciri-ciri ini ditentukan oleh biologi, bahawa dorongan seksual lelaki terlalu kuat sehingga tidak boleh dikawal. Lelaki dijangkakan sebagai orang yang menakluki, menindas, memaksa (dalam aktiviti seksual); wanita sebagai penerima yang menyerah dan mematuhi. Wanita didefinisikan sebagai objek seks dan dinilai melalui daya penariknya kepada lelaki. Sifat maskulin selalunya didefinisikan secara sempit dari segi keberanian dan kemampuan seksual, sebagai idea yang diperkukuhkan oleh tekanan rakan sebaya. Jenaka kotor, paparan wanita sebagai barangan untuk digunakan dan dinikmati oleh lelaki, membesarbesarkan desakan seksual merupakan topik yang biasa dibincangkan dalam majlis sosial lelaki, dan ruang untuk ikatan lelaki (male-bonding) (Dilorio, 1993; Franklin 11, 1993). Remaja lelaki kerap mula merasakan tekanan rakan sebaya untuk menonjolkan desakan seksual yang bersesuaian bagi membuktikan sifat maskulin mereka (Franklin 11, 1993, p.275-276). Galakan ini selalunya tidak disengajakan oleh ibu bapa yang mempamerkan sikap yang berbeza terhadap anak lelaki dan perempuan mereka sikap toleransi, sekali pun jika tidak membenarkan minat anak lelaki terhadap seks, sementara sebarang ekspresi seksualiti (seperti pakaian seksi, menunjuk minat terhadap lelaki) anak perempuan mereka begitu ketat dijaga jika tidak dibenarkan langsung sebagai sesuatu yang memalukan. Hakikat bahawa seksualiti lelaki dikaitkan dengan dominasi, agresif, memperalatkan dan merendahkan wanita menjelaskan mengapa keganasan seksual dalam bentuk rogol, pencabulan seksual, penderaan, gangguan seksual, dan sebagainya, kebanyakannya dilakukan oleh lelaki terhadap wanita, dan mengapa melanggan pelacur dan pornografi berlaku kebanyakannya di kalangan lelaki. Sebaliknya mitos yang popular, tidak terdapat sesuatu pun yang ditentukan oleh biologi terhadap tingkah laku lelaki sedemikian. Norma budaya sebenarnya membenarkan jika tidak pun memberikan ganjaran kepada mereka. ~ Implikasi Hubungan Gender

Seksualiti lelaki dan wanita yang dibentuk oleh budaya dalam masyarakat kita tidak boleh dipisahkan dari ketidaksetaraan asas (fundemental) antara jantina umumnya. Dalam masyarakat kita, cinta heteroseksual diekspresi secara ghairah (erotic) melalui dominan lelaki dan kepatuhan wanita (Griffin, 1993, p.391).

Seksualiti yang dilihat secara sempit dalam masyarakat kita, boleh menjadi sumber utama masalah dalam hubungan. Bagi lelaki, terdapat kecenderungan menidakkan keperluan emosi dan menganggap ekspresi emosi sebagai tidak maskulin. Sebaliknya, wanita lebih cenderung melayani dan menyesuaikan diri kepada keperluan orang lain akibat peranan keprihatinan yang telah digariskan oleh budaya mereka, tingkah laku tidak mementingkan diri yang dipelajari dari ibunya dan masyarakat mengaitkannya dengan wanita yang baik. Ketidaksetaraan ini membuatkan lelaki menyifatkan dirinya berhak dalam hubungan intim dan di kalangan wanita, kesukaran bertanggungjawab memenuhi keinginan dirinya sendiri. Keadaan begini tidak membantu dalam mencapai hubungan yang sihat dan intim. Seperti yang dinyatakan oleh Jack (1991), kehidupan dewasa yang matang memerlukan pencapaian keintiman dan perkembangan diri. Hubungan yang ideal membenarkan kedua-dua tugas untuk disatukan apabila seseorang berupaya membesar, mengubah diri dalam konteks hubungan yang sedang berlaku, apabila keintiman memudahkan perkembangan diri yang tulen dan perkembangan diri menambahkan lagi keintiman (p.48). Seksualiti yang didefinisikan secara sempit oleh masyarakat kita, menghalang perkembangan keintiman dan merealisasikan keupayaan individu.

Rumusan

Perbincangan di atas menunjukkan sifat-sifat maskulin dan feminin dibentuk secara sosial dan budaya, bukan ditentukan oleh biologi. Sifat-sifat ini dihasilkan dan diulang melalui proses sosial dan budaya, dengan keibubapaan, keluarga, sekolah, media, dan sebagainya, memainkan peranan penting. Lagi pun, bidang sosialisasi yang berbeza cenderung mengukuhkan antara satu sama lain dengan berkongsi pandangan peranan gender yang sama. Umumnya, peranan gender yang digariskan oleh masyarakat kita untuk menghasilkan sifat-sifat lelaki untuk memegang jawatan yang berkuasa, usaha untuk berjaya, dan menjadi pencari rezeki dan orang yang berkuasa memimpin keluarga. Ianya menghasilkan sifat-sifat wanita yang menghargai ikatan dan hubungan, menjadi prihatin, membelai, berempati, ringkasnya menjadi penjaga dan penggalak keperluan emosi untuk keluarga. Penyifatan peranan gender tidak menyatukan sifat-sifat dalam kedua-dua jantina. Lebih penting lagi, penyebaran peranan gender, dan dengan demikian, pembahagian tugas gender dalam masyarakat kita mencerminkan budaya patriachal yang berterusan meletakkan posisi dominan lelaki dan posisi kepatuhan wanita. Dalam banyak keadaan, perbezaan dalam pencapaian antara kedua-dua jantina dalam pendidikan dan kerjaya, diskriminasi yang dideritai di tempat kerja dan masyarakat amnya, ringkasnya, ketidaksetaraan kuasa di antara lelaki dan wanita adalah hasil seksisme (sexism) yang terdapat dalam budaya kita. Pendidik perlu menyedari peranan mereka dalam membentuk peranan gender serta memberi kesedaran, dan seharusnya cuba membantu membetulkan keadaan berat sebelah yang telah meresap ke dalam diri pelajar-pelajar semasa mereka membesar.

You might also like