You are on page 1of 20

ELEMENELEMEN GRAFIK

WARNA PERMUKAAN /JALINAN

RUANG

HURUF

Elemen GRAFIK

GARISAN

RUPA

BENTUK

RUANG
Ruang adalah keluasan yang disediakan bagi sesuatu visual, sama ada sebesar kertas A4, kertas manila mahupun seluas padang bola. Juga ruang kosong yang ditinggalkan yang mengelilingi bentuk. Dua jenis : a) Ruang positif merupakan ruang yang digunakan b) Ruang negatif merupakan ruang yang kosong.

Ruang negatif Ruang positif

Juga berfungsi untuk mengelakkan keadaan sesak antara perkataan dan elemen-elemen visual lain, di samping dapat membezakan corak dengan bentuk.

Tiada ruang

Ada ruang

GARISAN
 Garis adalah satu elemen yang paling ringkas dan amat mustahak untuk mewujudkan gambaran objek, manusia, suasana dan lainlain.  Ia digunakan untuk pembahagian ruang dan mencipta bentuk-bentuk organik dan geometrik.  Ia boleh didapati dalam bentuk dua dimensi ( cth. Lakaran pensil ) dan tiga dimensi ( cth: Tali ).

Fungsi Garisan Menunjukkan gerakan, arahan dan perlakuan. Garisan boleh menghubungkan antara satu elemen dengan elemen yang lain, di samping menggambarkan bentuk/objek.  Garisan melintang menunjukkan kestabilan dan ketenangan  Tegak: Kekuatan  Pepenjuru: Gerakan dan dinamik  Garisan berserabut: menunjukkan kekusutan


BENTUK
Terhasil dari penyatuan garisan, jalinan, ruang dan warna Bentuk tiga dimensi mempunyai dimensi panjang, lebar dan tinggi.

BENTUK
Bentuk tiga dimensi mempunyai dimensi panjang, lebar dan tinggi.
Bentuk tiga dimensi sebenar Bentuk tiga dimensi sebenar adalah bahan sebenar yang mempunyai dimensi panjang, lebar dan tinggi, cth meja.

Bentuk tiga dimensi tiruan Bentuk tiga dimensi tiruan ia kelihatan seolah-olah mempunyai dimensi panjang, lebar dan tinggi atau tebal, cth gambar foto dan lukisan yang diberi bayang.

BENTUK
lukisan dibawah ini yang menggunakan bayang untuk menunjukkan dimensi ketebalan

RUPA (FORM)
Bentuk dua dimensi mempunyai hanya dimensi panjang dan lebar seperti sekeping kertas. Terdapat tiga jenis bentuk dua dimensi: a) Bentuk geometri

b) Bentuk abstrak

c) Bentuk gambaran

HURUF
Huruf memainkan peranan yang penting dalam penggunaan tajuk, soalan dan lain-lain perkataan dapat meningkatkan keberkesanan sesuatu paparan visual. Dalam penggunaan huruf, tujuh perkara perlu diberi pertimbangan i. Stail huruf ii. Bilangan stail huruf iii. Huruf besar dan huruf kecil iv. Warna huruf v. Saiz huruf vi. Jarak antara huruf vii. Jarak antara baris

Stail huruf
a. b. c. d. e. Stail huruf boleh diklasifikasikan kepada lima keluarga : Huruf Roman : mempunyai strok nyang berselang seli antara strok nipis dan tebal. Ia mempunyai serif di tapak huruf Huruf Gotik : mempunyai saiz yang sama dan tidak mempunyai serif atau san serif Huruf sambung atau Cursive : dikenali juga sebagai hand writing Huruf Teks : kelihatan antik dan cantik tetapi sukar dibaca kerana gaya tulisan lama Huruf novelti : diguna untuk menarik perhatian dan sebagai hiasan atau dekoratif

PERMUKAAN/ JALINAN
Merujuk kepada permukaan sebenar sesebuah reka bentuk Dua jenis : - jalinan sentuh : boleh rasa - jalinan tampak : boleh dilihat Kategori : - kasar - licin

Sesuatu permukaan boleh dirawat dengan memberi warna dan tekstur. Permukaan yang kasar atau licin akan memberi kesan ke atas rupa garisan yang dibuat di atasnya. Jika anda membuat garisan di permukaan papan hijau dan di papan putih perbezaan ini dapat dilihat dengan jelas.

WARNA
Tujuan warna dalam grafik adalah untuk memudahkan atau meningkatkan kejelasan visual. Lazimnya perbezaan warna antara latar ( elemen negatif ) dengan visual ( elemen positif ) akan menimbulkan kontras yang baik. Fungsi warna dalam seni grafik ialah melahirkan kesan atau pengaruh tertentu.

WARNA PANAS
warna jingga, merah, dan kuning dikaitkan dengan cahaya matahari dan api. mempunyai kesan aktif, membangkitkan perasaan, menceriakan suasana, kedekatan, kegarangan, kekuatan dan semangat. biasanya digunakan bagi karya yang bertemakan perayaan dan kemeriahan.

WARNA SEJUK/ DINGIN


warna biru, ungu dan hijau. warna-warna ini dikaitkan dengan alam seperti langit, laut, air dan tumbuhtumbuhan. memberikan kesan pasif dan melahirkan ketenangan, kelembutan, kedamaian, dan kesayuan. warna putih pula menjadi lambing kebersihan, keaslian, dan kesucian.

Warna utama : warna asas yang tidak boleh didapati melalui campuran warna.Merah, biru dan kuning Warna Sekunder : Diperolehi daripada campuran dua warna utama Warna pertengahan : campuran warna sekunder dengan warna utama yang terletak disebelahnya Warna tertier : campuran dua warna sekunder

Mewujudkan perasaan harmoni juga merupakan fungsi warna dalam seni grafik. Warna dikatakan dapat memberikan berbagaibagai pengertian estetik dan psikologi. Warna dapat menimbulkan suasana yang dikehendaki, misalnya warna-warna yang terang boleh mencetuskan rasa keriangan, kedamaian, selesa dan tenteram.
http://treebuilder.blogspot.com/2010/11/tajuk-5-asas-grafik.html

You might also like