You are on page 1of 4

KONSEP ASIMILASI Asimilasi merupakan satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga

membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Menurut Vander Zanden (seorang ahli sosiologi), asimilasi ialah satu proses dalam mana kelompok-kelompok yang berfikir, berperasaan dan bertindak secara berlainan, menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama. Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti. konsep ini diwakili dengan formula A+B+C =A, disini A dalam hal ini mewakili golongan dominan smentara B dan C mewakili kumpulan etnik minoriti. Contohnya, orang melayu di Thailand telah mengalami proses asimilasi yang menyebabkan nama, bahasa dan hampir semua aspek cara hidup mereka (kecuali agama) telah disatukan dengan amalan dan cara hidup orang Thai. Di Malaysia, apa yang berlaku keatas masyarakat Jawa, Cina Kelantan, Baba dan Nyonya merupakan contoh berlakunya proses asimilasi. Namun, bagi etnik cina di Kelantan serta Baba dan Nyoya, asimilasi berlaku dalam konteks budaya tanpa melibatkan anutan kepercayaan atau agama. Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat antara ahli kumpulan etnik etnik berbeza budaya bagi suatu tempoh

yang lama. kejayaan asimilasi umumnya bergantung kepada kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti kumpulan etnik majoriti; terdapt banyak persamaan budaya antara kumpulan etnik; dan kesanggupan kumpulan etnik majoriti menerima kumpulan etnik minoriti. Asimilasi: merupakan satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok kebudayaan dan identiti yang sama, atau satu versi daripada kelompok dominan; kewujudan komunti peranakan di Malaysia adalah satu contoh. KONSEP SEGREGASI Segregasi merupakan pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesubuah negara. Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan, antaranya dari segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam. Segregasi wujud sama ada didasari oleh undang-undang atau sebaliknya seperti Dasar Aparteid di Afrika Selatan yang dilaksanakan antara tahun 1948-1994

KONSEP AKOMODASI Akomodasi merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing. Konsep ini diwakili oleh formula A + B + C = A + B + C, disini A, B dan C merujuk kepada budaya. Pelbagai kumpulan etnik hidup secara harmonis dan menghormati antara satu sama lain. Pada peringkat pemerintahan pusat, setiap kumpulan etnik mempunyai wakil dalam bidang ekonomi dan pendidikan dan mereka saling bergantung. konsep ini begitu meluas diamalkan di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebas mengamalkan budaya mereka dalam keadaan harmoni. Jika dilihat di luar Malaysia, Switzerland ialah negara yang mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi kerana etnik jerman, perancis dan itali saling membuat penyesuaian antara mereka. Akomodasi: merupakan proses yang melibatkan beberapa kumpulan etnik yang menyedari bahawa mereka adalah berbeza namun menghormati norma dan nilai kolektif satu sama lain; kewujudan fenomena Konsi Raya atau Deepa Raya adalah satu contoh. Misalnya, saya ingin menghujahkan bahawa proses akomodasi adalah sangat penting dalam perpaduan dan integrasi kelompok etnik di Malaysia. Malah saya menganggapnya sebagai

proses yang paling utama lagi kritikal yang sudah diterima dan hayati oleh semua kelompok etnik di Malaysia, samada secara pribadi atau kolektif. Ini terjadi kerana sikap positif saling hormat menghormati antara kelompok etnik terhadap nilai dan norma masing masing, yang kita boleh ungkapkan sama tapi tak serupa. Maksudnya, setiap kelompok etnik ada sistem kepercayaan masing masing, ada perayaan masing masing dan ada pantang larang masing masing. Dari segi ini semua kelompok etnik punayi persamaan. Namun cara masing masing, misalnya, merayakan hari kebesaran agama masing masing ternyata berbeda. Atas asas persamaan ini setiap kelompok etnik menghormati perayaan masing masing. Malah sanggup pula saling merayakan hari hari kebesaran tersebut. Melalui proses akomodasi ini berlaku pula sebagai lanjutan pinjam meminjam unsur unsur budaya masing masing. Saya tidak dibesarkan dalam adat istiadat dan adat resam Melayu yang mengamalkan konsep angpau. Tetapi hari ini istilah dan konsep angpau sudah dihayati dan diamalkan dalam adat resam etnik Melayu. Malah setiap bank dan syarikat swasta menyediakan sampul surat untuk memberi angpau di Hari Raya Puasa sudah diamalkan lebih dari satu dekad di Malaysia. Ada banyak lagi contoh yang boleh kita kemukakan

untuk menunjukkan bahawa wujud proses pinjam meminjam unsure budaya dikalangan kelompok etnik di Malaysia. Senarainya terlalu panjang untuk dibincangkan di sini. Yang nyata daripada akulturasi ini, ianya tidak merobah tiangseri budaya, norma dan nilai sesuatu kumpulan etnik. Yang berlaku adalah budaya sesuatu etnik yang meminjam telah diperkaya dengan ritual budaya yang baru. Dalam sejarah kita terdapat pula kelompok etnik yang bukan sahaja sedia berakomodasi dan meminjam unsur unsur budaya daripada kelompok etnik yang lain. Ada yang sedia menerima sebahagian besar budaya etnik lain dan dijadikan sebagai sebahagian daripada budaya etnik mereka. Kes Cina peranakan di Negeri negeri Selat satu ketika dulu dan Sikh peranakan di Sabah pada waktu selepas Merdeka adalah contoh asimilasi yang jelas. Apatah lagi mereka yang hendak bernikah dengan orang Melayu Islam, diwajibkan oleh undang undang untuk masuk Islam, yang menuntut asimilasi sebagai pra syarat. Mungkin kerana cinta yang mendalam terhadap bakal suami atau isteri, pengorbanan besar sedia dilakukan oleh mereka yang masuk Islam. Tetapi tak semuanya yang jatuh cinta, atau falling in love, berkekalan. Ada yang juga yang fall out of love dan ingin kembali ke pangkuan agama asal. Ini kadang kadang menimbulkan masalah7 sosial yang bermula dengan

masalah pribadi terheret kemudiannya ke mahkamah oleh kerana tuntutan peraturan yang akhirnya menjadi masalah sosial semua pihak. Kita saksikan juga penjelmaan masalah ini dalam masyarakat kita KONSEP AKULTURASI Akulturasi merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza. Akulturasi terjadi apabila satu kelompok manusia dengan kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri. Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat penerima. Dalam sejarah tamadun manusia, sering berlaku pertemuan atau pertembungan antara dua atau lebih kebudayaan. Proses ini menyebabkan berlakunya proses pinjam meminjam. Pada peringkat awal, unsur pinjaman digunakan secara langsung dan kemudian diolah serta dijadikan usur kebudayaan sendiri. Di Malaysia, beberapa kes boleh dijadikan rujukan seperti penggunaan tali leher, angpau, makanan, hiburan dan sebagainya. Tetapi, jika unsur budaya yang diambil itu tidak diolah dengan baik, pastinya tindakan ini akan memberi kesan yang tidak baik

kepada sesuatu masyarakat. Tidak mudah untuk membentuk sebuah masyarakat yang mencapai tahap akulturasi. Akulturasi lebih mudah dicapai apabila melibatkan budaya bersifat kebendaan yang mendatangkan manfaat seperti pakaian barat. Unsur-unsur budaya yang tidak bebrbentuk kebendaan seperti ideologi dan pemikiran adalah lebih sukar diterima. Akulturasi: merupakan proses penerimaan dan pinjam meminjam usur atau perlakuan budaya antara kelompok etnik yang berbeza; kewujudan pinjam meminjam antara kelompok etnik di Malaysia dari segi pakaian, makanan dan selainnya dan apa yang dipinjam itu disesuaikan pula dengan nilai dan norma kumpulan etnik yang meminjam. KONSEP AMALGAMASI Amalgamasi merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Cara utama dalam menentukan proses amalgamasi adalah dengan terjadinya perkahwinan campur antara kumpulan etnik. Teori amalgamasi dinyatakan dalam bentuk formula A+B+C=D, disini A,B, dan Cmewakili kumpulan etnik berlainan dan D mewakili amalgam, satu kumpulan baru terhasil daripada penyatuan A,B dan C. Sebagai contoh, kumpulan-kumpulan

etnik yang sedia wujud mengamalkan parkahwinan campur lalu membentuk satu genarasi baru atau budaya baru tanpa menuruti budaya asal mereka. Amalgamasi: merupakan proses yang dilakukan secara interventionist dan sedar oleh beberapa kumpulan etnik, atau pemerintah, untuk mencantumkan beberapa unsur berbeda daripada kumpulan etnik yang berbeda tersebut dalam satu entiti yang bersatu, samada secara sementara atau berkekalan; wujudnya projek Sekolah Wawasan adalah satu contoh. Yang agak jarang berlaku di Malaysia adalah proses amalgamasi. Mungkin contoh Sekolah Wawasan boleh kita gunakan di sini. Tersulam dalam usaha ini adalah unsure akomodasi dan akulturasi. Cuma dalam kes Sekolah Wawasan ianya merupakan proses amalgamasi bersifat top down, bukan yang terpancar daripada bawah memanjat ke atas. Mungkin kita boleh fikirkan apakah contoh lain yang sesuai. Oleh yang demikian, saya merasakan proses amalgamasi adalah suatu proses berguna tapi jarang digunakan atau didapati di Malaysia.

You might also like