You are on page 1of 9

AHLI- AHLI KUMPULAN 7

BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 NAMA NO. KP

MOHD. NIZAM BIN HUSSAIN @ ISMAIL (K) MOHAMMAD IKRAM BIN ARIFFIN FAUZIAH BINTI DAUD NUR AFIZAH BINTI AHMAD SITI HASLISA BINTI SYED TAJUR AZINAN SITY NURHIDAYAH BINTI ZAMRI ELIZA BINTI KASIM NOR HAYATI BINTI AHMAD HAFIZAH BINTI HALIM ADELINE THEN SZE SZE

800715-10-5443 830307-03-5199 620417-07-5460 821213-02-5374 780110-08-7064 841024-07-5848 811012-07-5878 830407-02-5334 830201-02-5822 840301-13-5606

ISI KANDUNGAN
Kandungan Muka surat

PENGHARGAAN

1.0 PENGENALAN

4-6
1

2.0 PERCAMBAHAN FIKIRAN 3.0 KESIMPULAN RUJUKAN 8 9

Penghargaan
Dalam usaha menyediakan tugasan ini, kumpulan kami ingin berterima kasih kepada Unit Latihan dan Kemajuan Staf Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang dan Urusetia Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia 2011 kerana memberikan kerjasama dalam penyediaan tugasan kumpulan kami. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Hotel Sungai Petani Inn di atas kemudahan-kemudahan yang disediakan untuk memudahkan kami menyempurnakan tugasan yang diberi. Selain itu kami juga berasa bertuah kerana setiap ahli dalam kumpulan memberikan komitmen yang tinggi untuk menyiapkan tugasan ini.

Akhir sekali kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peserta kursus kerana secara tidak langsung memberikan semangat dan dorongan sehingga siapnya tugasan kami dengan sempurna. Segala usaha dan kerjasama daripada mereka amat dihargai dan disanjungi. Sekian, terima kasih.

1.0 Pengenalan
Kumpulan Mutu Kerja (KMK) merujuk kepada sekumpulan kecil pekerja-pekerja iaitu 6 hingga 10 orang daripada unit kerja yang sama dan bermesyuarat secara tetap untuk mengenalpasti, memilih serta menganalisis masalah-masalah yang berkaitan dengan kerja mereka. Kumpulan mereka melaksanakan keputusan yang telah dipersetujui oleh pihak pengurusan. Falsafah Falsafah KMK adalah berdasarkan kepada konsep pengurusan secara penyertaan dan kemanusiaan. Pengurusan secara kemanusiaan bermakna pengurusan yang mementingkan manusia dan perasaan mereka. Ini adalah kerana manusia merupakan aset yang terpenting dalam sesebuah jabatan/pejabat. Pengurusan secara penyertaan pula bermakna bahawa tiap-tiap pekerja tidak kira kedudukannya dalam organisasi diberi peluang untuk memberikan sumbangan yang bermakna kepada ini mengemukakan cadangan-cadangan penyelesaian kepada pihak pengurusan untuk pertimbangan dan keputusan. Seterusnya,

jabatan/pejabat. KMK merupakan satu mekanisme di mana pekerja-pekerja boleh menyertai dalam proses penyelesaian masalah demi meningkatkan lagi kualiti dan produktiviti jabatan/ pejabat mereka. Matlamat Matlamat KMK adalah untuk memperbaiki dan mempertingkatkan kualiti kerja melalui: a. Kebolehan menyelesaikan masalah di kalangan pekerja; b. Semangat bekerja secara berkumpulan; c. Penyemaian dan penerapan nilai serta etika kerja yang positif; d. Penglibatan dan minat terhadap kerja; e. Dorongan kerja yang tinggi; dan f. Kesedaran tanggungjawab terhadap diri sendiri, kumpulan, jabatan/pejabat dan negara.

Prinsip-prinsip Asas KMK


KMK adalah berdasarkan kepada prinsip-prinsip asas seperti berikut: a. Pekerja-pekerja diiktirafkan sebagai sumber yang paling bernilai di samping lain-lain sumber pengurusan. b. Memajukan pekerja sebagai ahli jabatan/pejabat yang berguna. c. Penyertaan dan sokongan dari semua peringkat. d. Bekerja secara berkumpulan. e. Kreativiti sentiasa digalakkan. f. Projek adalah berkaitan dengan tugas-tugas harian.

Faktor-faktor Yang Menyokong Kejayaan Pelaksanaan KMK Faktor-faktor yang menyokong kejayaan pelaksanaan KMK ialah seperti berikut: a. Sikap yang positif, kesungguhan dan komitmen dari pihak pengurusan atasan. Ini termasuklah kesediaan pihak pengurusan untuk meluangkan masa dan tenaga dalam melaksanakan program ini b. Sistem latihan yang berkesan c. Sokongan dari semua peringkat d. Pewujudan sistem pengiktirafan kepada ahli-ahli KMK e. Kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh pihak pengurusan seperti alat-alat tulis, projektor overhed,transparensi, bilik perbincangan dan sebagainya f. KMK dianggap sebagai usaha jangka panjang. KMK haruslah dimulakan secara kecil-kecilan dahulu supaya ianya dapat ikekalkan secara berpanjangan g. Perkembangan mengenai KMK harus diketahui oleh semua pihak h. Kebolehan Jawatankuasa Pemandu bagi merancang, melaksana, menyelaras dan mengambil tindakan terhadap perakuan-perakuan i. Melaksanakan aktiviti-aktiviti promosi menerusi poster, slogan dan risalah-risalah

Teknik proses penyelesaian masalah:


a. Percambahan fikiran. b. Analisis sebab dan akibat

c. Lembaran semakan d. Analisis pareto e. Carta turus f. Carta bulanan g. Histogram h. Analisis proses

Penyelesaian Masalah
Definisi Penyelesaian masalah merupakan proses mental yang memerlukan seseorang itu berfikir secara kreatif dan kritis dalam mencari idea-idea alternatif and langkah-langkah tertentu untuk mengatasi kekurangan dan seterusnya menyelesaikan masalah yang dihadapi Penyelesaian masalah adalah satu cara menggunakan daya pemikiran bagi mengendalikan satu-satu situasi yang sukar, mengatasi halangan, menghasilkan sesuatu yang diingini, dan menyelesaikan sesuatu yang rumit. Tujuan penyelesaian masalah ialah ia membolehkan pelajar berfikir secara rasional, logik dan objektif apabila menghadapi masalah serta mempertingkatkan daya berfikir pelajar secara kreatif dan kritis

2.0

PERCAMBAHAN FIKIRAN

Satu daripada teknik penyelesaian masalah yang boleh digunakan bagi kumpulan meningkat mutu kerja adalah pencambahan fikiran. Bagi menentukan kejayaan proses ini, adalah penting bagi setiap kumpulan mengikut peraturan-peraturan berikut: Ahli-ahli KMK boleh menggunakan berbagai-bagai teknik dalam proses penyelesaian masalah. Teknik-teknik yang biasa digunakan adalah seperti berikut: a. Percambahan Fikiran (Brainstorming) Percambahan fikiran boleh ditafsirkan sebagai kaedah yang digunakan bagi menggalakkan tiap-tiap individu dalam Kumpulan sesuatu perbincangan secara bebas. Proses percambahan fikiran boleh digunakan untuk menyenaraikan masalah-masalah yang dihadapi oleh sesebuah organisasi, sebab-sebab sesuatu masalah timbul atau akibat-akibat yang mungkin akan timbul sekiranya sesuatu cadangan dilaksanakan. Peraturan-peraturan yang berkait dengan pencambahan fikiran adalah seperti berikut: a. Perkara untuk percambahan fikiran adalah jelas dan tepat. Contohnya, ahli-ahli berbincang untuk mengenalpasti punca atau sebab-sebab tugas tidak dapat diselesaikan mengikut jadual. b. Tiap-tiap ahli hanya akan memberi satu pendapat/idea sahaja dalam satu giliran tidak kira berapa banyak idea yang ada padanya. c. Suasana yang tidak tegang sentiasa diwujudkan untuk menggalakkan pengeluaran idea. d. Tiap-tiap idea yang diberikan hendaklah dicatatkan sama ada di atas papan hitam/putih atau carta selak atau dicatatkan oleh seorang setiausaha. e. Apabila sesi percambahan fikiran selesai iaitu semua idea telah diberikan, idea-idea ini akan dikaji satu persatu dan disenarai pendekkan. f. Teknik undian digunakan untuk menyenaraikan idea-idea yang telah dikemukakan mengikut keutamaan. Keutamaan ini adalah dibuat berdasarkan jumlah undian bagi setiap mengeluarkan pendapat atau idea masing-masing dalam

idea.

3.0 KESIMPULAN Secara kesimpulannya, terdapat pelbagai faedah yang boleh diperolehi hasil dari pelaksanaan Kumpulan Mutu Kerja. Diantaranya ialah dapat mengeratkan perhubungan di antara pekerja dan pengurusan kerana interaksi antara dua pihak untuk memahami keadaan sebenar. Pihak pengurusan dan pekerja berupaya membina perpaduan dan persefahaman untuk menjamin perkhidmatan yang bermutu tinggi. Selain itu, dengan pelaksanaan Kumpulan Mutu Kerja ia dapat memupuk kerjasama di kalangan pekerja tanpa mengira pangkat serta kedudukan Percambahan fikiran dapat memberi kepuasan bekerja kepada setiap ahli. Ini kerana setiap ahli berpeluang mengeluarkan pendapat masing-masing. Hasil daripada perbincangan kata sepakat dapat dicapai. Seterusnya kebaikan dan manfaat kerja berpasukan kepada pekerja termasuklah mempertingkatkan motivasi, perasaan girang dan minat terhadap kerja. Selain itu, meningkatkan keyakinan diri pekerja dan potensi serta kebolehan mereka. Melalui teknik penyelesaian masalah ini, ia dapat menggalakkan lagi daya kreativiti di kalangan pekerja dengan membantu melahirkan pekerja yang sentiasa berfikir, sentiasa ingin belajar dan ingin mengetahui sesuatu perkara yang baru, memperbaiki sistem dan cara kerja sekaligus dapat meningkat kualiti dalam setiap pekerjaan serta menjana kecemerlangan organisasi dengan cara menanam semangat dan sikap gigih serta tekun di kalangan pekerja untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan. Dalam tradisi, pemikiran dan budaya orang Melayu, nilai kerjasama, bantu membantu dan kerja berpasukan sangat dititikberatkan. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

RUJUKAN
1. http://arcadia.mampu.gov.my/mampu/pdf/pkpa071991.pdf
2. http://azamri.tripod.com/zt2313/kmk-pkpa.pdf 3. http://tonggakduabelas-muhammad.blogspot.com/ 4. Modul KISSM 2011 5. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 7 1991

You might also like