Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
21Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Hakikat Penciptaan Manusia

Hakikat Penciptaan Manusia

Ratings:

4.67

(3)
|Views: 2,579 |Likes:
Published by anon-81222

More info:

Published by: anon-81222 on Nov 03, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/10/2012

pdf

text

original

 
HAKIKAT PENCIPTAAN MANUSIA
Telah diriwayatkan dari Imam Khatib Al-Baghdadi ra (Abu Bakr ibn Ali bin Sabit) dengan sanad yang sahih bahawa telah berkata Sufyan As- Sauri ra " Agama inidibina dengan Asar-istinbat Al-Qur'an dan sunnah serta apa yang diriwayatkan daripara sahabat yang membawa kepada maksud syariah (Al-Qur'an & Sunnah) - danbukanlah agama ini dibina dengan akal." Hakikat sebenar ciptaan manusia yangmempunyai kaitan yang erat dengan Allah SWT iaitu selain unsur-unsur fizikal yangwujud dalam penciptaan manusia, terdapat juga unsur lain yang cukup penting iaituunsur roh atau spiritual seperti yang disebut oleh Allah SWT dalam surah al Hijr ayat29 bermaksud;
Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta aku tiupkan roh dari(ciptaan)-Ku, maka hendaklah kamu (Iblis) sujud kepadanya”.
Berdasarkan hakikat kejadian manusia, insan yang cemerlang adalah insanyang berupaya memahami hakikat penciptaan mereka serta menumpukan usahauntuk memenuhi keperluan fizikal dan juga kerohanian mereka. Usaha untukmenyepadukan kedua-dua unsur asas ini akan membawa manusia itu kepadamatlamat akhir iaitu memperolehi kebahagiaan dunia dan juga akhirat. Satukelebihan utama kepada manusia yang dianugerahkan oleh Allah SWT iaitu merekadiberi pancaindera untuk memahami dan mengerti hakikat kejadian dan diberi akalyang berupa keupayaan untuk memilih antara yang hak dan yang batil, sama adakebahagiaan atau jalan kesengsaraan. Manusia sesungguhnya merupakan satumakhluk yang istimewa. Kita sebagai manusia tanpa disedari sebenarnyamerupakan semulia-mulia makhluk di muka bumi ini seperti mana firman Allah SWTdi dalam Al-Qur’an:
“Sesungguhnya telah kami ciptakan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian”(Surah At-Tin : 4)
Kejadian manusia itu sangatlah kompleks dan rumit sehingga memustahilkanmanusia itu untuk terjadi dan tercipta dengan sendirinya. Lihatlah perjalanan darahdan sistem urat saraf, kombinasi daging dan tulang serta bentuk badan manusiayang sungguh rumit dan unik.
 
Manusia di dalam bahasa arabnya disebut (سننأ) iaitu insan (manusia) danmenurut riwayat dari Al-Munziri yang bertanyakan Abi Haitsam apakah asal bagiperkataan (اAn-nas) maka dijawab ianya ialah (ُأ) dan dari sudut maksud pulamaka menurut dari riwayat Ibn Abbas ra pernah menyebut bahawa yang disebutkan(insan) itu ialah kerana ianya berasal dari نأ iaitu kelupaan kerana manusia atauinsan itu fitrahnya pelupa apabila telah berlalunya masa dan zaman (Sila lihat LisanArab oleh Ibn Manzur m/s 241 Jilid 1).Di dalam Islam, memerhati dan memahami hakikat kejadian manusia merupakansatu tuntutan dan kewajipan kerana dengan memerhatikan hakikat kejadianmanusia dan memahami prosesnya baik menurut pedoman wahyu atau menurutipenemuan dari ilmu sains dapat membawa manusia itu kepada kesedaran akankebesaran Allah dan menyembahnya dengan ilmu serta yakin.Hal ini jelas disebut dalam firman-Nya :
“Dan dari apakah manusia itu diciptakan?” (Surah Abasa : 18). Ayat inididatangkan dalam Al-Qur’an melalui uslub (gaya) yang berbentuk pertanyaanbagi menyuruh manusia itu supaya memerhatikan asal kejadiannya dariapakah kita diciptakan.
Lalu kemudian
 
Allah SWT menyambung dan menjawab kembali dengan firman-Nya :
Dan dari setitis air mani lelaki itulah manusia dijadikan kemudiandiaturkannya menjadi sempurna” (Surah Abasa : 19).
Hal ini dibuktikan oleh kajian Saintifik walaupun ketika diturunkan Al-Qur’an kepadaNabi Muhammad SAW pada 1400 tahun dahulu. Pada masa itu belum lagi wujudmikroskop atau alatan canggih tapi demi kebenaran dan mukjizat Al-Qur’an sebagaisumber ilmu dan wahyu dari Allah maka umat Islam yang memahami Al-Qur’ansudah pun mengetahui akan fakta ini sejak turunnya wahyu kepada rasulullahsallahualaihiwasalam.Dari setitis air mani yang menghasilkan sperma itulah merupakan asas dan puncakejadian manusia apabila ia bercampur dengan ovum (benih) di dalam rahim wanitaapabila berlaku proses persetubuhan seperti firman Allah SWT :
 
“Dan bahawa sesungguhnya Dialah (Allah) yang menjadikan pasangan suami-isteri baik dari lelaki dan perempuan” (Surah An-Najm : 45).
Iaitu Allah SWT telahmentakdirkan kepada manusia dengan kekuasaan-Nya suatu fitrah supayacenderung dan tertariknya manusia itu sesama lawan jantina supaya dengandemikian akan berlakunya proses persetubuhan yang akan menghasilkan kejadianmanusia seperti firman-Nya yang seterusnya :
“Dari air mani (air lelaki) ketika ianya tertumpah ke dalam rahim (kemaluanperempuan)” (Surah An-Najm : 46)
. Demikianlah proses berlakunya kejadianmanusia apabila dengan takdir Allah SWT telah menetapkan bahawa wujudnya satutarikan dan kenikmatan antara lelaki dan perempuan sehingga mendorong masing-masing untuk mendekati dan menghampiri lalu menjalin hubungan badan yang akanmenghasilkan kesan lahirnya dan terciptanya manusia.“Sunnah (ketetapan) Allah yang telah ditetapkan kepada hamba-Nya dan rugilahgolongan yang tidak beriman” (Surah Al-Ghafir : 85).Mengenai kejadian dan asal kejadian manusia ini juga turut disebut dalam hadisbaginda SAW sebagai bukti dan tanda mukjizat seperti yang diriwayatkan olehAbdullah Ibn Mas’ud ra yang pernah berkata :Bermaksud.....
“Telah berjalan satu hari seorang Yahudi untuk ke majlis rasulullahsalallahualaihiwasalam yang sedang mengajar para sahabatnya makaberkatalah golongan Quraisy kepada Yahudi itu dalam perjalanannya ‘Wahai Yahudi, mengapa kamu tidak bertanyakan lelaki ini yang mendakwa dirinyasebagai nabi dengan sesuatu soalan yang hanya mampu dijawab oleh paranabi?’ Maka akhirnya lelaki Yahudi itu pun sampai dan duduk di majlis bagindalalu bertanyakan ‘Wahai Muhammad beritahulah dari apakah diciptakanmanusia itu?’ Maka menjawablah baginda salallahualaihiwasalam dengansabdanya ‘Wahai Yahudi, diciptakan manusia itu seluruhnya dari air benihlelaki dan dari benih perempuan” (hadis riwayat Ahmad dalam Musnadnya m/s465 Jilid 1).

Activity (21)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Aloyanis Toongel liked this
Rijan Rinanto liked this
Fatona Agung liked this
ruzlan88niz liked this
Rosma Lini liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->