You are on page 1of 4

Syaitan mudah kuasai orang banyak ketawa

SABDA Rasulullah yang bermaksud: “Dan janganlah kamu banyak ketawa


kerana banyak ketawa itu mematikan hati.” (Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi).
Suka dan duka menjadi asam garam kehidupan. Menangis dan hiba sering
dikaitkan dengan kedukaan dan penderitaan manakala ketawa pula menjadi
manifestasi keriangan dan kepuasan.
Islam tidak pernah melarang umatnya untuk melahirkan rasa gembira dan
kepuasan hati mereka dengan ketawa, namun sebagai agama syumul dengan
pelbagai adab dan disiplin, syariat tetap membataskan tahap ketawa yang
dibenarkan.
Allah berfirman yang bermaksud: “Maka hendaklah mereka tertawa sedikit dan
menangis dengan banyak.” (Surah at-Taubah, ayat 82).
Dari mafhum ayat ini, Allah mengungkapkan sifat lazim kaum munafik yang suka
mengamalkan tabiat ketawa berlebihan. Jika begitulah sikap mereka, sebagai umat
Islam, kita perlu membuang sikap itu dalam hidup.
Agama Islam menyediakan pilihan yang boleh diguna pakai bagi mengelakkan
bertindak di luar batasan kemanusiaan apabila hati dan perasaan bertindak balas
dengan apa yang dialami.
Jika dihayati mafhum hadis di atas, sewajarnya setiap insan mukmin segera
menginsafi diri untuk tidak menjadikan ketawa sebagai perantara menzahirkan
perasaan tersendiri dengan secara berlebihan kerana dibimbangi boleh membawa
kepada beku dan matinya hati.
Hati adalah agen penggerak utama sahsiah dan keperibadian seseorang. Jika ia
tidak lagi bernafas dalam erti kata menjadi petunjuk dan pemandu arah manusia
untuk meneruskan kembara hidup ini, maka tentu tiada sedikit pun manfaat dan
ganjaran yang diperoleh.
Hati adalah pemerintah dalam diri setiap manusia. Sekiranya baik dan bersih hati
seseorang, maka akan baiklah seluruh anggota zahiriah seseorang dalam
melakukan apa jua tindakan dalam hidup seharian. Sebaliknya jika buruk,
rosaklah segala anggota asas dan pancaindera manusia apabila melakukan
tindakan tertentu dalam hidup ini.
Apabila hati mati, akan mudahlah syaitan hakiki dan syaitan nafsu menguasai diri
seorang dan akhirnya membawa diri manusia ke lembah hina dan menyeleweng
daripada landasan hidup. Ini akan melahirkan kelompok manusia yang alpa
dengan fungsi dan tanggungjawab asal manusia sebagai khalifah di bumi Allah
ini.
Umar al-Khattab pernah berkata: “Seseorang yang banyak ketawa nescaya akan
kurang rasa takutnya kepada Allah. Apabila rasa takutnya berkurangan, akan
kuranglah taatnya kepada Allah.”
Suatu ketika, Rasulullah berjalan di hadapan sekumpulan orang yang sedang
ketawa, lalu Baginda bersabda yang bermaksud: “Demi Tuhan yang jiwaku ini
berada dalam genggaman-Nya. Jika kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu
banyak menangis dan sedikit ketawa.” (Riwayat Bukhori dan Abu Hurairah).

Ketawa pada hakikatnya apabila sudah sampai pada tahap berlebihan, maka ia
lebih mengundang perkara buruk daripada baik.
Orang yang banyak ketawa akan lebih suka membiarkan masanya berlalu tanpa
diisi dengan sesuatu bermanfaat. Bukan itu saja, kadang-kadang banyak ketawa
boleh mengalpakan seseorang daripada mengingati mati.
Ogos 15, 2003
Menangislah Di Sini

Detik waktu bersama kelahiran seorang bayi dihiasi tangisan. Nyaring


berkumandang menyaring segala suara yang menyapa telinga ibu.Lonjak hatinya
memuncak gembira penawar sakit dan lesu. Lalu bermulalah sebuah kehidupan
yang mewarnai bumi berpenakan hati, berdakwatkan air mata.

Air mata adakalanya penyubur hati, penawar duka. Adakalanya buih kekecewaan
yang menyempit perasaan, menyesak kehidupan. Air mata seorang manusia
hanyalah umpama air kotor diperlimpahan. Namun setitis air mata kerana
takutkan ALLAH persis permata indahnya gemerlapan. Penghuni Syurga ialah
mereka yang banyak dukacitanya di dunia.

Tidak berkumpul dua perkara dalam satu masa. Barangsiapa gembira di dunia
akan berdukacita di akhirat. Barangsiapa yang banyak dukacitanya di dunia akan
gembira di akhirat.

Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang. Perindu akhirat menangis
kerana dunia yang datang.
Alangkah sempitnya kuburku, keluh seorang Abid.
Alangkah sedikitnya hartaku, kesal si hartawan.

Dari mata yang mengintai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus,
mengalirlah air kecewa kegagalan. Dari mata yang redup merenung Hari Akhirat
yang dirasakan dekat, mengalirkan air mata insaf mengharap kemenangan.

"Penghuni Syurga itulah orang-orang yang menang."


(Al Hasyr: 20)

Tangis adalah basahan hidup, justeru: Hidup dimulakan dengan tangis, dicelahi
oleh tangis dan diakhiri dengan tangis.
Manusia sentiasa dalam dua tangisan. Sama ada yang membawa untung atau
merugikan.

Sabda Rasulullah s.a.w.


"Ada dua titisan yang ALLAH cintai, pertama titisan darah para Syuhada
dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH."

Nabi Muhammad bersabda lagi :


"Tangisan seorang pendosa lebih ALLAH cintai daripada tasbih para wali."

Oleh itu berhati-hatilah dalam tangisan, kerana ada tangisan yang akan
mengakibatkan diri menangis lebih lama dan ada tangisan yang membawa
bahagia untuk selama-lamanya. Seorang pendosa yang menangis kerana dosa
adalah lebih baik daripada Abid yang berangan-angan tentang Syurga mana kelak
ia akan bertakhta.

Nabi bersabda :
"Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih, lebih ALLAH sukai dari satu
kebaikan yang menimbulkan rasa takbur."

Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan. Ketawa seorang ulamak dunia
hilang ilmu, hilang wibawanya. Ketawa seorang jahil, semakin keras hati dan
perasaannya.

Nabi Muhammad bersabda :


"Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan
sedikit ketawa."

Seorang Hukama pernah bersyair :


"Aku hairan dan pelik, melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang
akan menyusahkan, lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan."

Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal, takut-takut tidak diterima


ibadatnya, ita ketawa walaupun sedar diri kosong daripada amalan.

Lupakah kita Nabi pernah bersabda :


"Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa, akan dicampakkan ke neraka
dalam keadaan menangis."

Kita gembira jika apa yang kita idamkan tercapai. Kita menangis kalau yang kita
cita-citakan terabai. Nikmat disambut ria, kedukaan menjemput duka. Namun,
Allah SWT telah berfirman :

" Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan
boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, pada hal ianya amat buruk bagimu.
ALLAH Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216)

Bukankah Nabi pernah bersabda:


"Neraka dipagari nikmat, syurga dipagari bala."

Menangislah wahai diri, agar senyumanmu banyak di kemudian hari. Kerana


engkau belum tahu, nasibmu dipuak kanan atau dipuak kiri. Di sana, lembaran
sejarahmu dibuka satu persatu, menyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya
bergantung kepada syafaat Rasulullah yang dikasihi Tuhan. Kenangilah, sungai-
sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menangis bertaubat,
maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat.
Menangislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata :

"Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah
orang itu."

Menangislah sebagaimana Ummu Sulaim apabila ditanya :

"Kenapa engkau menangis?"


"Aku tidak mempunyai anak lagi untuk dihantar berperang," jawabnya.

Menangislah sebagaimana Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita


rupawan. Diharamkan matanya dari memandang ke langit seumur hidup, lalu
berkata :

"Sesungguhnya engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu."


Ibnu Masud r.a. berkata :

"Seorang yang mengerti al Quran dikenali waktu malam ketika orang lain
tidur, dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya ketika
orang lain sedang gembira dan tangisnya di waktu orang lain tertawa.
Diamnya di waktu orang lain berbicara, khusuknya di waktu orang lain
berbangga, seharusnya orang yang mengerti al Quran itu tenang, lunak dan
tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai, bersuara keras dan
marah".

Tanyailah orang-orang soleh mengapa dia tidak berhibur :


"Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami,
kubur di hadapan kami, kiamat itu janjian kami, neraka itu memburu kami
dan perhentian kami ialah ALLAH."
Menangislah di sini, sebelum menangis di sana!!!.............

(IlhamNya)

You might also like