You are on page 1of 2

TEKS MC Terima kasih saudara/saudari pengacara majlis Burung tempua hinggap merata Sayang merbah di pohon cemara Assalamualaikum

dan selamat sejahtera mulanya kata Awal bismillah pembuka bicara Yang berusaha Pn.Zainab Yaacob, Pengetua Cemerlang smk tinggi port dickson Yang dihormati Dr. Rusni mohd nor penolong kanan akademik En.mathiazakan a/l ramasamy penolong kanan hal ehwal murid En.ahmad jais ahmad penolong kanan kokurikulum Pn.Hjh Faezah penolong kanan tingkatan 6 Guru-guru kanan matapelajaran, rakan2 guru serta para pelajar yang dikasihi sekalian. Bersyukur kita pada pagi yg indah ini dapat kita bersama-sama bagi menyempurnakan Majlis Pelancaran Bulan Sains & Matematik smk tinggi port dickson Sebelum majlis ini diteruskan, eloklah kiranya saya menyatakan sedikit sebanyak tentang matlamat, objektif serta aktiviti dan pertandingan bulan sains dan matematik 2011 [matlamat] [objektif] [aktiviti dan pertandingan] -antara aktiviti & pertandingan yang telah dan akan dilakukan sepanjang bulan sains & matematik adalah Pada minggu lepas..................................................... [baca aktiviti dalam buku aturcara] Dan sepanjang minggu ini bermula dari hari ini 9.5.2011 13.5.2011 ialah [baca aktiviti dalam buku aturcara] Untuk makluman semua guru dan pelajar, aktiviti bagi bulan sains dan matematik berhenti pada minggu ini sahaja kerana seperti yang kita sedia maklum peperiksaan pertengahan tahun akan bermula pada 11.5.2011 Tak molek jika ada alu tiada lesungnya Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya Tak berkat ilmu tanpa amalnya Tak lengkaplah majlis jika tidak ada yang berbicara Majlis dengan ini mempersilakan Dr.Rusni Mohd Nor selaku Penolong Kanan Akademik untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Bulan Sains dan Matematik SMK Tinggi Port Dickson. Dengan segala hormatnya dipersilakan. [ucapan perasmian]

Terima kasih diucapkan kepada Dr.Rusni Mohd Nor atas ucapan perasmian yang telah disampaikan sebentar tadi Seterusnya, majlis mempersilakan En.Mohd Zulfadzly untuk menyempurnakan majlis pelancaran bulan sains& matematik Terima kasih En.Mohd Zulfadzly. Dengan terlancarnya roket tadi, maka terlancarlah bulan sains & matematik smk tinggi port dickson Bagi menyerikan lagi majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita menyaksikan persembahan adik Lay Kei Hui dari 4 zuhal. Dipersilakan.. [persembahan] Majlis mengucapkan terima kasih kepada adik Lay Kei Hui atas persembahan itu tadi. Diharap pelajar-pelajar mendapat input dari persembahan tadi. Sekarang tibalah kita ke acara kemuncak pada hari ini, iaitu penyampaian sijil bagi pencapaian cemerlang PMR dan SPM 2010 bagi guru serta sijil penghargaan bagi pelaksanaan amali sains Dengan itu, majlis mempersilakan Dr.Rusni Mohd Nor untuk menyempurnakan acara tersebut Bagi pencapaian cemerlang pmr 2010...... [baca list] Terima kasih diucapkan kepada Dr.Rusni Mohd Nor di atas kesudian menyempurnakan acara tersebut. Dengan berakhirnya acara penyampaian sijil sebentar tadi maka berakhirlah majlis pelancaran bulan sains dan matematik smk tinggi port dickson Di kesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang saya mengacarakan majlis ini dan diharap semua pelajar dapat menyertai dan memeriahkan lagi aktiviti yang telah dianjurkan oleh bidang sains dan matematik Pergi ke dusun memetik kelapa Kelapa muda si kepala barli Jari di susun maaf dipinta Jumpa lagi di lain kali Sekian...................

You might also like