You are on page 1of 2

Peristiwa seorang pelajar cemerlang dalam UPSR di Kedah lari dari rumah untuk berkahwin dengan teman lelakinya

baru-baru ini, amat mengecewakan kita. Lebih malang lagi, apabila pelajar berusia 15 tahun tersebut membuat keputusan terburu-buru sehingga sanggup mengetepikan pandangan ibu yang mengasuhnya sejak kecil lagi. Hakikatnya, ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk kesejahteraan institusi keluarga. Tanpa ibu bapa, kita tidak lahir ke dunia ini. Lantaran itu, setiap anak remaja, sepatutnya menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa. Ibu bapa adalah orang yang patut disanjung kerana mereka banyak berkorban untuk membesarkan dan mengasuh anak-anak menjadi manusia. Oleh yang demikian, setiap anak remaja, berperanan untuk membalas pengorbanan ibu bapa mereka. Al-Quran menganjurkan umat Islam melakukan kebaikan dan menghormati ibu bapa, termasuklah merendah diri ketika bertutur di hadapan mereka. Dari sudut penghormatan, ibu mendapat pengiktirafan yang lebih tinggi kerana mengandung dan melahirkan anak. Jasa ayah pula adalah menyediakan perlindungan dan mencari sumber rezeki untuk menyara keluarga. Antara perkara yang boleh dilakukan remaja untuk membalas jasa ibu bapa adalah dengan menjaga kebajikan dan prihatin terhadap keperluan mereka. Anak yang telah berjaya misalnya, hendaklah memastikan ibu bapa sebagai orang pertama dalam apa juga urusan. Kejayaan yang dikongsi bersama ibu bapa akan lebih manis dan lebih berkat. Inilah tatacara yang sepatutnya menjadi pegangan anakanak yang tahu membalas budi orang tua mereka. Bagi mengenang jasa dan pengorbanan ibu bapa, remaja tidak sepatutnya mengengkari nasihat dan teguran ibu bapa. Barangkali, kisah dongeng tragis Si Tanggang, wajar dijadikan panduan hidup. Tanggang menjadi batu setelah terkena sumpahan ibu yang terlalu hiba dek perbuatan derhakanya. Kisah ini harus menjadi teladan kepada remaja dalam mengharungi kehidupan yang penuh pancaroba kini. Segala tunjuk ajar daripada ibu bapa, harus dipatuhi kerana mereka lebih dahulu makan garam daripada kita yang bergelar anak. Berdasarkan pelbagai peristiwa yang berlaku kini, sewajarnya kita mengangkat kembali martabat ibu bapa ke tempat yang sepatutnya. Remaja yang masih belajar, haruslah menggunakan peluang untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran dan peperiksaan. Keputusan yang cemerlang sudah tentu menjadi satu cara membalas jasa ibu bapa. Selagi berkesempatan, kita harus memberi penghargaan agar mereka berbangga melihat anak-anak menjadi insan yang berguna untuk bangsa dan negara. Oleh itu, remaja harus mengenang dan menghargai jasa ibu bapa selama mereka hidup atau selepas mereka tiada di dunia ini. Sesungguhnya, nilai diri ibu bapa tidak dapat ditukar ganti biarpun dengan segunung intan. Pepatah syurga di bawah telapak kaki ibu harus disemat di dalam jiwa agar kita kekal tidak dianggap anak derhaka. .. Karangan - Cara-cara yang boleh dilakukan oleh anak-anak untuk membalas jasa ibu bapa. Ibu bapa banyak berjasa kepada kita. Mereka mendidik kita,mencurahkan kasih sayang, dan memberi perlindungan. Kesannya, anak-anak dapat menggembirakan ibu bapa dan mereka berasa beruntung. Oleh itu, anak-anak harus membalas jasa ibu bapa.

Antara cara-cara untuk membalas jasa ibu bapa ialah dengan belajar bersungguh-sungguh. Jika kita belajar bersungguh-sungguh kita dapat mendapat keputusan yang cemerlang dan juga masa depan yang cerah. Ibu bapa pula rasa gembira terhadap kita. Menjaga ibu bapa apabila mereka tua merupakan satu lagi cara untuk membalas jasa mereka. Kita perlu menjaga ibu bapa dengan penuh kasih sayang. Separuh daripada anak-anak sekarang menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang tua. Ini merupakan salah satu perkara yang melukakan hati mereka. Sebagai seorang anak, kita harus menanggung perbelanjaan mereka. Kita tidak boleh menjadi`bagai kacang melupakan kulit . Bak kata pepatah `harimau mati meninggalkan belang manusia meninggalkan nama . Anak-anak haruslah menjaga sahsiah diri supaya ibu bapa mendapat nama yang baik. Kita tidak boleh melakukan perkara yang boleh memalukan mereka. Sebagai anak yang sayang akan ibu bapa mereka, kita haruslah memberi kad ucapan ketika Hari Ibu atau Hari Bapa. Ini akan menggembirakan hati ibu bapa. Di samping itu,kita juga haruslah membantu mereka. Kita boleh membantu mereka dengan melakukan kerja-kerja yang sesuai seperti mendidik adik,mengemas rumah dan sebagainya. Dengan itu, kita dapat meringankan beban mereka. Selain itu,kita hendaklah mendengar dan menurut kata-kata mereka. Jangan sesekali membantah. Jika kita membantah, kita akan dianggap sebagai anak derhaka dan anak yang tidak tahu menghormati ibu bapanya. Selain itu, kita haruslah melakukan apa yang disukai oleh ibu bapa. Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang tidak baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidk disukai oleh ibu bapa bermakna membuat perbuatan yang derhaka. anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat kerberkatan dalam kehidupannya. Kesimpulannya, anak-anak harus membalas jasa ibu bapa dengan pelbagai cara. Sudah tiba waktunya, kita mencurahkan kasih sayang kepada mereka. Masyarakat Penyayang perlu bermula di rumah.

You might also like