You are on page 1of 13

PORTFOLIO

COURSE CODE EDU3016


PENGAJARAN, TEKNOLOGI & PENAKSIRAN 1

DISEDIAKAN OLEH

ASLI ABDULLAH

PENSYARAH

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

DECEMBER 2011

ISI KANDUNGA

MUKA SURAT

1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0 8.0

HERAKI STURUKTUR PENGETAHUAN JADUAL PENETUA UJIAN FAKTOR MEMPENGARUHI PENGAJARAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SET BAHAN PENILAIAN ESESI ILMIAH INTERAKSI 5 SOALAN PERBINCANGAN LAMPIRAN

1.0 HERAKI STURUKTUR PENGETAHUAN

Hiraki pengetahuan merupakan domain penting yang perlu diketahui oleh setiap guru. Hiraki tersebut telah dinyatakan oleh Benjamin Bloom (1956) dalam Taxonomy of Educational Objectives: Handbook I: Cognitive Domain (New York: David McKay). Menurut Bloom terdapat 6 tingkat pengetahuan manusia yang dikenal sebagai hierarki kognitif. Hiraki kognitif itu disusun dari aras rendah hingga ke aras tinggi iaitu aras pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Taksonomi ini terkenal dengan nama Taksonomi Bloom. 1.1 Aras Pengetahuan

Peringkat pengetahuan adalah peringkat yang rendah sekali. la meliputi proses mengingat semula perkara-perkara khusus dan umum, mengingati semua kaedah-kaedah dan proses atau mengingat semula pola-pola, struktur atau keadaan yang telah dipelajari dan dialami. Peringkat ini memerlukan pelajar-pelajar mengingat balik perkara-perkara yang telah dipelajari Berikut diperlihatkan jenis-jenis pengetahuan yang terangkum dalam aras kemahiran tersebut: 1.1.1 Pengetahuan khusus: Pengetahuan ini berkait dengan simbol-simbol khusus 1.1.2 Pengetahuan tentang fakta khusus Pengetahuan ini melibatkan pengetahuan akibat dan sebagainya. 1.1.3 Pengetahuan tentang konvensyen. Pengetahuan yang berkaitan dengan caraidea dan fenomena. cara lazim mengendalikan dan mengemukakan tentang tarikh, kejadian, watak, tempat, peristiwa, (perkataan dan bukan perkataan).

1.1.4

Pengetahuan tentang arah perkembangan dan urutan perkembangan:

Pengetahuan i ni bersangkut-paut dengan proses, arah dan perkembangan fenomena dari segi masa.

Contoh:

1. Ingatan semula.(istilah,fakta,tentu) Menamakan 7 org menteri di Malaysia. 2. Mengapakah ramai pesalah trafik menyerbu kaunter pembayaran di balai polis ? Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di atas.

A).Mereka berminat menyertai pasukan polis trafik.

B).Mereka hendak membayar saman kesalahan trafik

C).Pesalah trafik ingin membayar denda secara beramai-ramai.

3. Doktor menasihati pesakitnya supaya mengamalkan gaya hidup sihat. Pilih ayat yang sesuai bagi ayat di atas.

A) Mengapakah doktor menasihati pesakitnya ?

B) Apakah nasihat doktor kepada pesakitnya ?

C) Bagaimanakah cara mengamalkan gaya

hidup sihat ?

D) Siapakah yang perlu menamalkan gaya hidup yang sihat ?

1.2

Aras Kefahaman

Kefahaman telah diberi pengertian sebagai kebolehan memberi penghuraian atau makna kepada sesuatu perkara. Kebolehan ini mungkin merupakan kemampuan menukar bentuk
4

sesuatu bahan pembelajaran daripada satu bentuk bertulis kepada bentuk angka, memberi ringkasan atau memberi anggaran untuk masa akan datang mengenai sesuatu

perkara/pelajaran. la juga meliputi pengetahuan tentang apa yang dihubungkan dan dapat digunakan bahan atau idea yang dihubungkan itu tanpa mengaitkannya kepada bahan-bahan lain atau melihat implikasi sepenuhnya. Peringkat kefahaman adalah satu tahap yang tinggi sedikit daripada tahap mengetahui (pengetahuan) tentang sesuatu. Tahap ini adalah peringkat yang kedua rendah jika dibandingkan dengan jenis pemikran kognitif pada peringkatperingkat yang lebih tinggi (Taksonomi Bloom). Peringkat kefahaman terbahagi kepada tiga:

1.2.1

Peringkat penterjemahan

Kefahaman sedemikian bermaksud kefahaman daripada ketelitian dan ketepatan sesuatu perhubungan itu dirumuskan atau diubah perantaraan perhubungan itu ke dalam perantaraan yang lain.

1.2.2 Peringkat pentafsiran

la berfungsi menerangkan atau meringkaskan sesuautu berdasarkan kefahaman.

1.2.3 Peringkat ekstrapolasi

Kefahaman begini melanjutkan aliran perkembangan atau kecenderungan lebih daripada data yang diberi untuk menentukan implikasinya, akibatnya, kesannya dan sebagainya bersesuaian dengan keadaan yang dihuraikan di dalam perhubungan asal itu. Aras Soalan: kefahaman mempunyai ciri soalan yang memerlukan calon memahami fakta dan menghuraikannya, memberi contoh atau illutrasi dalam bahasanya sendiri. Kata Kerja yang diguna termasuklah terangkan, jeelaskan, huraikan, tukarkan, mengapakah, dan laian-lain.

Contoh Soalan Aras Kefahaman

Mereka mahu sampai ke Kuantan sebelum jam 11.00 pm kerana

A. Puan Ainon perlu datang ke sekolah. B. Encik Roslan ada mesyuarat malam itu. C. Puan Ainon mahu mendapat rehat yang cukup. D. Encik Roslan takut kebocoran tayar kereta lagi.

Aras Kefahaman

Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi penyataan di bawah.

Kuala Lumpur menjadi tumpuan orang ramai untuk mencari pekerjaan.

x x x x

Ada ubi ada batas Ada gula ada semut Ada udang di sebalik batu Banyak udang banyak ragam

1.3

Aras Aplikasi

Aplikasi bermaksud kebolehan menggunakan perkara-perkara yang telah dipelajari dalam keadaan yang baru dan berlainan. Penggunaan idea-idea ini mungkin di dalam situasi tertentu atau situasi sebenar. Kebolehan ini merupakan kemampuan menggunakan petua-petua,

kaedah-kaedah, konsep-konsep, prinsip-prinsip, aturan-aturan dan teori-teori dalam situasi baru dan yang berlainan daripada yang telah dipelajari. Peringkat ini memerlukan kefahaman yang lebih tinggi dan mendalam. Aras Soalan Aplikasi
6

mempunyai ciri Soalan yang

memerlukan calon menyelesaikan masalah non-routine atau

masalah baru. Ciri soalan

adalah problem- solving. Masalah diselesaikan dengan cara tersendiri menggunakan gabungan teori, pengalaman dan pelbagai kaedah penyelesaian masalah yang mempunyai unsur persamaan.

1,4

Aras Analisis

Aras ini mengenalpasti perincian dan mempunyai kemampuan untuk mencari dan membezakan bahagian komponen dari suatu situasi atau maklumat. Ia memerlukan soalan untuk mengkaji unsur- unsurnya secara mendalam termasuk, membeza, dan i. menganalisis memecah/mencerakinkan fakta membanding

Contoh Soalan Aras Analisis

How long did the fireman take to put out the fire?

A. 1 hour. B. 40 minutes. C. 45 minutes. D. half an hour.

1.5

Aras Sinesis

Sintesis adalah kebolehan menggabungkan pecahan-pecahan kecil kepada satu bahagian yang lebih besar dan yang baharu. Ini bermakna ia menyatukan elemen-elemen atau bahagianbahagian itu hingga menjadi satu bentuk yang lengkap. Tiga jenis sintesis yang harus diketahui ialah seperti berikut:
7

1.5.1

Penghasilan suatu perhubungan yang unggul

Ini dimaksudkan menghasilkan satu perhubungan di mana seseorang itu cuba menyampaikan idea, perasaan atau pengalamannya kepada seseorang lain.

1.5.2

Penghasilan satu pelan atau mencadangkan satu set tindakan

Sintesis ini bermaksud menghasilkan satu pelan kerja atau mencadangkan satu pelan tindakan.

1.5.3

Penghasilan satu set hubungan mujarad

Ini bermaksud menghasilkan satu set hubungan mujarad sama ada untuk mengkelas atau menerangkan sesuatu data atau fenomena atau menghasilkan satu set cadangan daripada cadangan asas atau daripada simbol-simbol. Tiga jenis sintesis yang harus diketahui ialah (a) Penghasilan suatu perhubungan yang unggul iaitu menghasilkan satu perhubungan di mana seseorang itu cuba menyampaikan idea, perasaan atau pengalamannya kepada seseorang lain. (b) Penghasilan satu pelan atau mencadangkan satu set tindakan iaitu sintesis ini bermaksud menghasilkan satu pelan kerja atau mencadangkan satu pelan tindakan dan (c) Penghasilan satu set hubungan mujarad iaitu sama ada untuk mengkelas atau menerangkan sesuatu data atau fenomena atau menghasilkan satu set cadangan daripada cadangan asas atau daripada simbol-simbol

1.6

Aras Penilaian

Penilaian adalah berkenaan dengan kebolehan menghasilkan atau menimbangkan nilai sesuatu bahan sama ada ia berupa kenyataan, pendapat, novel, puisi atau laporan penyelidikan untuk sesuatu tujuan tertentu. Pertimbangan yang dilakukan adalah didasarkan kepada kriteria-kriteria tertentu seperti organisasi, kegunaan dan kebaikan. Kebolehan menilai adalah peringkat pembelajaran yang tertinggi dalam bidang kognitif kerana pemikiran menilai hanya
8

boleh berlaku sekiranya kebolehan-kebolehan di peringkat bawah yang lain telah sedia diperoleh. Di samping itu, kebolehan memberi pendapat atau pertimbangan berdasarkan kriteria-kriteria tertentu harus juga sedia ada supaya murid-murid dapat membuat penilaian.

Penilaian adalah berkenaan dengan kebolehan menghasilkan atau menimbangkan nilai sesuatu bahan sama ada ia berupa kenyataan, pendapat, novel, puisi atau laporan penyelidikan untuk sesuatu tujuan tertentu. Pertimbangan yang dilakukan adalah didasarkan kepada kriteria-kriteria tertentu seperti organisasi, kegunaan dan kebaikan. Kebolehan menilai adalah peringkat pembelajaran yang tertinggi dalam bidang kognitif kerana pemikiran menilai hanya boleh berlaku sekiranya kebolehan-kebolehan di peringkat bawah yang lain telah sedia diperoleh. Di samping itu, kebolehan memberi pendapat atau pertimbangan berdasarkan kriteria-kriteria tertentu harus juga sedia ada supaya murid-murid dapat membuat penilaian.

Dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah, guru-guru harus menekankan pengajaran dan pembelajaran pada peringkat-peringkat yang lebih tinggi daripada peringkat pengetahuan. Dengan cara ini murid-murid harus diberi latihan tugasan dan ujian yang mencerminkan bukan sahaja kebolehan kefahaman,tetapi juga aplikasi, analisis, sintesis, dan penilaian. Kebolehan-kebolehan pada peringkat-peringkat kognitif yang lebih tinggi adalah lebih kekal, lebih bermakna dan lebih member! manfaat. Ringkasan mengajar guru hendaklah menitikberatkan kebolehan-kebolehan yang lebih tinggi dan dengan itu objektif-objektif tingkah laku dalam ringkasan mengajar haruslah jangan dihadkan kepada hal-hal seperti perkara-perkara yang hanya memerlukan kemahiran ingatan kembali. Sebaik-baiknya objektif-objektif tingkah laku dalam ringkasan mengajar itu hendaklah mengutamakan peringkat aplikasi yang membolehkan murid-murid menggunakan perkara yang telah dipelajarinya itu untuk mengatasi masalah atau untuk membentuk pengalaman-pengalaman baharu.

Berdasarkan

2.0

JADUAL PENENTU (JPU) UJIAN

Jadual Penentu Ujian (JPU) menghuraikan aspek-aspek pencapaian yang hendak diukur serta memberikan panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan. Tujuan penilaian/pengujian
bukan sekadar untuk mendapatkan angka-angka (markah). Yang penting ialah signifikan angka-angka itu sama ada menunjukkan peningkatan prestasi atau penurunan prestasi, dan lebih jauh daripada itu ialah mengesan kemahiran pelajar. Dengan itu, penilaian/pengujian mesti ada organisasinya supaya sistematik. Dengan makna lain, mesti ada perancangan dalam penilaian/pengujian. Jika tidak ada perancangan, agak sulit untuk mengesan kemahiran-kemahiran tertentu. Supaya penilaian/pengujian mempunyai organisasi yang sistematik, penetapan satu Jadual Penentuan Ujian (JPU) adalah sangat berguna. Melalui JPU kita dapat merancang apa yang ingin kita tanya: bentuk-bentuk kemahiran tertentu, topik-topik tertentu, taburan soalan dan sebagainya. Contoh JPU, lihat Kepentingan Jadual Penentu Ujian ialah 1. Dapat mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan dan dapat dilakukan secara terancang dan rapi. 2. Dalam JPU , bilangan soalan bagi sesuatu tajuk diberi berdasarkan pentingnya tajuk atau objektif pelajaran 3. Akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian. 4. Membolehkan ujian yang sama dibina oleh orang lain. 5 Dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun. 6 Perbandingan dapat dibuat di antara satu ujian dengan ujian yang lain

Langkah-langkah Penyedian JPU JPU mengandungi maklumat tentang: Bentuk dan panjangnya ujian Aras kesukaran dan juga aras kemahiran yang diuji JSU yang dirancang dengan baik akan menolong dalam penentuan kesahan dan kebolehpercayaan ujian itu. Pembahagian soalan untuk tiap-tiap unit kandungan mesti sama dengan penegasan yang diberi dalam pengajaran. Kepentingan aras mesti bersesuaian dengan kebolehan murid-murid yang akan diuji. Terdapat dua jenis soalan yang boleh digunakan iaitu soalan objektif dan soalan subjektif. Penggubal soalan mesti menentukan jumlah soalan untuk ujian itu. Masa mestilah cukup supaya 80% daripada murid-murid dapat menjawab soalan. Langkah pertama 1. Menyenaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji 2. Mengira jumlah masa bagi setiap tajuk yang diajar. Langkah dua 1. Menentukan soalan yang ingin dibina. Contohnya; soalan subjektif atau soalan objektif (bergantung kepada format) 2. Meletakkan jumlah soalan bagi setiap topik. Langkah tiga 1. Menentukan aras kesukaran 2. Menentukan model aras kesukaran model (JSU) 3. Lazimnya JSU mengamalkan Taksonomi Objektif Pendidikan Bloom. 10

Langkah empat 1. Memastikan jenis ujian yang akan/ hendak diuji. 2. Jenis soalan yang boleh digunakan; ujian objektif, ujian esei, dan lain-lain. (bergantung kepada format) Langkah Lima 1. Menentukan bilangan soalan bagi setiap komponen 2. Penentuan aras kesukaran soalan ( soalan mudah kepada soalan susah) 3. Menetapkan pemarkahan. Langkah enam 1. Menyatakan matapelajaran 2. Tingkatan atau kelas 3. Susunan nombor soalan mengikut tajuk.

3.0

FAKTOR MEMPENGARUHI PENGAJARAN

Pengajaran

merupakan

aktiviti

yang

berkaitan

dengan

penyebaran

ilmu

pengetahuan yang meliputi aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian. Secara ringkas, pengajaran merupakan proses untuk menyampai dan menyumbang idea-idea serta memudahcara pembinaan

ilmu,menentukan standard dan menggalakkan kreativiti, membantu seseorang pelajar untuk belajar dan mencabar pelajar kearah pencapaian potensi optimum.

4.0

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

5.0

SET BAHAN PENILAIAN

6.0 ESESI ILMIAH

11

7.0 INTERAKSI 5 SOALAN PERBINCANGAN

8.0 LAMPIRAN

Konsep Penilaian
y y

Guru memainkan peranan penting dalam mengesan kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Guru menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan membina instrumen penilaian, menganalisis maklumat penilaian, melapor dan membuat tindakan susulan. Melalui aktiviti penilaian, guru dapat memastikan perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Terdapat 2 jenis penilaian di sekolah iaitu: 1. Penilaian Formatif 2. Penilaian Sumatif

Penilaian Formatif
y y y y

Penilaian dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Maklumat yang diperoleh daripada penilaian formatif dapat memberi maklum balas tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai. Maka guru dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang murid dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya. Guru juga boleh menilai kemajuan murid dalam pelbagai aspek termasuk aspek-aspek yang tidak dapat dinilai secara berpusat.

Penilaian Sumatif
y y y y

Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir tahun atau pada akhir semester. Penilaian ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang murid dengan murid lain dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan. Penilaian secara berpusat iaitu UPSR, PMR, SPM dan STPM biasanya dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Keputusan penilaian secara berpusat dapat memberi maklumat tentang pencapaian murid di seluruh negara.

Objektif Penilaian di Sekolah (Formatif dan Sumatif)


y y y

Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih awal dari semasa ke semasa Mengetahui keberkesanan pengajaran
12

y y

Merancang dan mengubah suai pengajaran Menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta-merta

13

You might also like