You are on page 1of 29

KEMAHIRAN MEMBACA

NUR A TIKAH ASMA NURUL SYAMILAH SITI ZAREHA

MASALAH DALAM MEMBACA

TIDAK KENAL HURUF


Masalah tidak kenal huruf merupakan punca utama kebanyakan kanak-kanak gagal membaca dengan baik. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak akan menyebut sesuatu huruf sesuka hati atau dengan meneka sahaja dan menjadikan perkataan itu tidak bermakna atau berlainan makna.

MENINGGALKAN HURUF & PERKATAAN


Bunyi huruf, perkataan, dan imbuhan ditinggalkan ketika membaca, misalnya buah disebut uah , kering disebut kerin . Perkataan dalam ayat juga kerap ditinggalkan semasa membaca, seperti; Buku itu sangat tebal. dibaca sebagai Buku itu tebal . Manakala meninggalkan imbuhan adalah seperti mengandungi disebut mengandung dan sebagainya.

TIDAK MEMAHAMI APA YANG DIBACA

TERAGAK-AGAK

SALAH SEBUTAN
Salah sebutan terjadi akibat kanak-kanak tidak mengenal huruf atau tidak tahu membunyikan sesuatu huruf sehingga sesuatu perkataan tidak bermakna lagi dalam konteks ayat berkenaan. Kesalahan-kesalahan di atas boleh mengubah makna perkataan atau ayat yang dibaca dan perlu diberi perhatian oleh guru untuk mengatasinya. Selain itu, guru juga perlu memerhati tingkah laku yang ditunjukkan semasa murid membaca yang boleh menunjukkan murid itu bermasalah dalam bacaan.

Antara tingkah laku yang kerap ditunjukkan adalah seperti berikut: a) membatang suku kata terlebih dahulu sebelum dapat menyebut seluruh perkataan, b) bacaan tersekat-sekat iaitu perkataan demi perkataan dan tidak lancar, c) teragak-agak (hesitation) - teragak-agak bermaksud berhenti sejenak sebelum menyebut sesuatu perkataan ketika membaca disebabkan kanak-kanak tidak pasti akan bacaannya, d) membaca terlampau cepat atau gopoh tanpa menghiraukan tanda bacaan, e) membaca terlampau lambat atau merangkak-rangkak,

f) menunjuk perkataan dengan jari ketika membaca, g) tingkah laku yang tidak selesa seperti mengejipngejip mata, mengerut dahi, menggeleng kepada, dan sebagainya, h) Suara terlalu perlahan dan tidak jelas atau blurring , i) kedudukan mata terlalu dekat dengan bahan bacaan, j) cuba mengelak daripada aktiviti membaca, dan k) tidak boleh membaca langsung.

LEMAH DAYA INGATAN

MENAMBAH PERKATAAN
Bunyi huruf atau perkataan ditambah semasa membaca, misalnya buah disebut buwah . Manakala penambahan perkataan berlaku seperti berikut; Saya suka makan rojak. dibaca sebagai Saya sangat suka makan rojak.

MENGULANG PERKATAAN
Mengulang-ulang perkataan atau suku kata semasa membaca dan perbuatan mengulang ini bukan disebabkan oleh masalah gagap.

MENGEJA SEMASA MEMBACA

PEMBALIKAN
Huruf, perkataan, atau frasa dibaca secara terbalik atau songsang. Contoh ; Bala disebut laba , manakala pembalikan perkataan dalam ayat berlaku apabila perkataan diubah kedudukannya, contoh: Dia makan nasi dibaca sebagai Dia nasi makan , dan begitu juga dengan pembalikan frasa.

KAEDAH MEMBACA

KAEDAH FONIK / BUNYI


Kaedah fonik adalah antara kaedah mengajar bacaan yang digemari oleh guru. Kaedah ini menekankan kepada hubungan bunyibunyi dengan huruf-hurufnya. Kaedah bunyi sesuai digunakan kerana susuk Bahasa Melayu yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya. Menurut kaedah fonik, hanya bunyi huruf yang diperkenalkan terlebih dahulu dan diikuti dengan membunyikan suku kata dan seterusnya membunyikan perkataan.

Dalam bidang fonetik, huruf tidak dieja tetapi terus dibunyikan sebagai [ a ], dan begitulah bagi huruf-huruf dan suku kata yang lain. Sebagai contoh, ba + ta terus disebut sebagai [ ba ] + [ ta ] dan seterusnya disebut sebagai [bata]. [ b ] + [ a ] = [ ba ] [ t ] + [ a ] = [ ta ] [ ba ] + [ta ] = [ bata ]

KAEDAH ABJAD
Kaedah ini merupakan kaedah yang paling biasa digunakan dalam mengajar mengeja dan membaca perkataan. Kaedah ini mementingkan kanak-kanak mengenal nama-nama huruf dari a z. Selepas itu kanak-kanak diajar mengenali hurufhuruf vokal a, e, i, o, u, huruf-huruf konsonan, dan diftong ai, au,oi. Bunyi-bunyi huruf juga diperkenalkan pada peringkat ini. Selepas itu huruf-huruf ini digabungkan bagi membentuk suku kata dan seterusnya perkataan.

Contoh: -Memperkenalkan huruf - a - z -Memperkenalkan huruf vokal a, e, i, o, u -Menggabungkan huruf konsonan dan vokal ba, be, bi, bo, bu -Membentuk perkataan daripada suku kata ba + tu=batu -Seterusnya membentuk rangkai kata dan ayat mudah.

Kekuatan kaedah ini adalah kerana sesuai dengan binaan perkataan bahasa Melayu yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya. Kaedah ini juga membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan-perkataan baru yang belum dipelajarinya. Selain itu, kaedah ini memberi asas yang kukuh dalam membaca.

KAEDAH SELURUH
Kaedah ini sangat popular dalam mengajar bacaan dalam bahasa Inggeris, namun guru boleh mencuba kaedah ini untuk mengajar membaca dalam Bahasa Melayu. Melalui kaedah ini, pengajaran membaca adalah berdasarkan perkataan-perkataan yang biasa (sight words) diguna seharian yang membentuk kebanyakan pertuturan kita seperti saya, makan, lari, main, emak, bapa dan sebagainya.

Guru akan memperkenalkan beberapa perkataan dahulu dan diulang-ulang menyebutnya. Kebiasaannya perkataan tersebut disertakan gambar dan adalah diandaikan yang murid belajar secara pandang (visual). Kaedah ini tidak menggunakan aktiviti mengeja sama sekali.

Sekiranya murid tidak dapat menyebut perkataan tertentu, guru digalak menggunakan fonik atau bunyi huruf, iaitu menghubungkan satu huruf dengan satu bunyi untuk membantu pelajar menyebut perkataan tersebut. Misalnya bagi perkataan rumah , guru boleh membantu murid dengan menyebut bunyi huruf r iaitu [ r ] dan kalau perlu membunyikan suku kata [ ru ].

KAEDAH SUKU KATA

KAEDAH PELBAGAI DERIA


Kaedah ini dikenali sebagai kaedah VAKT yang bermaksud; V - visual (penglihatan) A audio (pendengaran) K - kinesthetic ( pergerakan ) T - tactile ( sentuhan)

Kaedah ini berpegang kepada prinsip rangsangan dalam pembelajaran dan berdiri atas Premis bahawa rangsangan ke atas beberapa deria yang sensitif akan mengukuhkan pembelajaran . Langkah-langkah pengajaran adalah seperti berikut: - kaedah ini menggunakan surihan (tracing) untuk mengajar bacaan - guru menulis huruf cetak yang besar di atas kertas 4 x 10 ( menggunakan krayon ) - Murid membuat surihan huruf dengan jari di atas kertas itu. - Untuk mendapatkan kesan sentuhan semasa membuat surihan, huruf dibuat daripada kertas pasir, menggunakan talam berpasir/lumpur, mewarna dengan jari, huruf timbul yang besar dan lain-lain.

- Untuk belajar huruf melalui kaedah VAKT, murid hendaklah ; 1) 2) 3) 4) 5) lihat huruf (V) dengar guru sebut huruf (A) menyebut huruf (A) dengar huruf yang disebut (A) rasa pergerakan otot semasa membuat surihan huruf (K) 6) rasa permukaan huruf dgn hujung jari (T) 7) lihat pergerakan tangan semasa tracing (V) 8) dengar sendiri huruf yang disebut semasa membuat surihan (A)

KAEDAH PEMBELAJARAN MASTERI

You might also like