You are on page 1of 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS

KERTAS CADANGAN LAWATAN KE AGENSI SUKAN PJM 3112 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN PROGRAM PENGSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) AMBILAN NOVEMBER 2008

Disediakan oleh:

Jawatankuasa Lawatan Ilmiah - Sepang International Circuit PGSR Ambilan November 2008

KERTAS CADANGAN LAWATAN ILMIAH KE AGENSI SUKAN PJM 3112 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN PROGRAM PENGSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH AMBILAN NOV 2008

1.0

TUJUAN

Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan terhadap cadangan Program Lawatan Ilmiah Ke Agensi Sukan (PJM 3112 Pengurusan Dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani Dan Sukan), Program Pengsiswazahan Guru Sekolah Rendah Ambilan Jun 2009 di Sepang International Circuit, Selangor Darul Ehsan.

2.0

LATAR BELAKANG 2.1 Program Lawatan Ilmiah ke Agensi Sukan merupakan satu aktiviti yang disertai oleh peserta kursus Program Pengsiswazahan Guru Sekolah Rendah Ambilan Jun 2009, bertujuan memenuhi tuntuan subjek PJM 3112 Pengurusan Dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani Dan Sukan pada semester ini. 2.2 Program ini dapat memberi pendedahan, pengalaman dan pengetahuan baru kepada peserta kursus dalam meningkatkan pengurusan dan pentadbiran program pendidikan jasmani dan sukan di sekolah mereka.

3.0

ASAS PERTIMBANGAN 3.1 Pelaksanaan program ini merupakan satu tajuk dalam Pro-forma PJM 3112, iaitu, melaksanakan lawatan ilmiah ke mana-mana agensi sukan berkaitan sukan dan pendidikan jasmani. 3.2 Peserta kursus perlu terlibat dalam semua aspek program ini, iaitu, menyediakan kertas kerja, pengurusan lawatan, pelaksanaan lawatan dan laporan. 3.3 Pelaksanaan program ini dapat melahirkan guru yang bijak dalam berkomunikasi dan berfikiran kreatif dalam mengaplikasikan pengetahuan pengalaman baru semasa melaksanakan program pendidikan jasmani dan sukan di sekolah.

4.0 Tarikh Masa

CADANGAN : : : : 24 November 2011 7.30 pagi 6.30 petang 99 orang pelajar, 9 orang pensyarah Sepang International Circuit, Jalan Pekeliling, 64000 KLIA Selangor Darul Ehsan

Bilangan peserta Tempat

5.0

IMPLIKASI KEWANGAN 5.1 Pembiayaan dari IPG Kampus Ilmu Khas 3 buah bas

6.0

SYOR

Mesyuarat Majlis Profesional, Pengurusan Dan Pentadbiran IPG Kampus Ilmu Khas dipohon memberi pertimbangan dan kelulusan terhadap cadangan Program Lawatan Ilmiah Ke Agensi Sukan (PJM 3112 Pengurusan Dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani Dan Sukan), Program Pengsiswazahan Guru Sekolah Rendah Ambilan Nov 2008.

You might also like