You are on page 1of 13

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Perkahwinan amat dituntut oleh Islam kerana, ia dapat mengembangkan


institusi sosial selain merupakan saluran yang betul untuk melepaskan hawa nafsu
sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah daripada ‘Aisyah ra bahawa
Rasulullah SAW bersabda (Drs. Abdul Ghani Azmi Hj. Idris. Jilid 2, 2005 : 287):

‫س ِمنّ ْى َوتَ َزوّ ُجوْا فَِإنّ ْى ُمكَاثِ ٌر‬


َ ْ‫ فَ َم نْ لَ ْم َيعْمَ ْل بِ سُّنِتىْ َفَلي‬،ْ‫ح مِ نْ ُسّنتِي‬
ُ ‫َاّنكَا‬
ّ‫ص ْومِ فَإِن‬ّ ‫ َومَ نْ كَا نَ ذَا َطوْلٍ فَ ْلَينْكِ ْح َومَ نْ َل ْم يَجِدْ َفعََليْ ِه بِال‬،َ‫ِبكُ ُم اْ ُلمَ م‬
)‫ (صحيح‬.ٌ‫صوْمِ لَ ُه وِجَاء‬ ّ ‫ال‬
Maksudnya : "Perkahwinan itu sebahagian dari sunnahku, maka
barangsiapa tidak mengamalkan sunnahku, bukanlah ia dari
golonganku. Dan hendaklah kamu berkahwin kerana sesungguhnya
aku berbangga dengan ramainya kamu kepada umat-umat yang lain.
Barangsiapa yang mempunyai kemampuan hendaklah ia berkahwin
dan barangsiapa tidak mempunyai kemampuan untuk berkahwin
hendaklah ia berpuasa kerana puasa itu akan menundukkan nafsu”.
(Sahih)
2

Setiap pasangan yang berkahwin bercita-cita memiliki sebuah keluarga yang


bahagia tetapi untuk mencapainya bukanlah perkara mudah. Banyak cabaran yang
perlu dihadapi bagi memastikan keluarga yang dibina mampu mencapai kebahagiaan
yang diidamkan. Ini kerana, perkahwinan melibatkan pasangan yang berlainan
jantina, akal, perasaan, dan emosi yang biasanya merumitkan perhubungan antara
manusia khususnya suami dan isteri serta ahli keluarga. Bagi mengekalkan
keharmonian rumahtangga, pasangan harus mempersiapkan diri dari segi fizikal,
mental, dan emosi supaya masalah ini boleh diatasi.

Tidak dinafikan, perkahwinan menuntut kasih sayang, hubungan seksual,


tempat perlindungan, harta benda dan sebagainya. Namun, tuntutan ini perlu
mempunyai asas ketaqwaan bersandarkan ajaran agama. Asas ini amat penting untuk
membentuk sebuah keluarga yang bahagia bukan hanya di dunia malah di akhirat.

1.1 Latar Belakang Masalah

Institusi kekeluargaan merupakan asas pembangunan sebuah negara yang


maju, bermaruah, dan dihormati. Kehidupan berkeluarga merupakan satu kehidupan
yang dinamik dan sentiasa mengalami perubahan. Maka, setiap perkahwinan
tersebut hendaklah mempunyai matlamat agar dapat mencapai kebahagiaan yang
diingini. Namun, tidak semua pasangan mampu mencapai kebahagiaan yang
diimpikan.

Menurut Dr. Zainal Abidin Ahmad (1985: 1-2), antara punca-punca keretakan
rumahtangga di kalangan masyarakat ialah tidak cukup pengetahuan tentang
tanggungjawab berkeluarga, kekurangan wang kerana pengurusan kewangan yang
buruk, kerosakan perhubungan ibu bapa dan anak kerana tidak memahami tuntutan
3

psikologi anak-anak yang sedang mengembang dan kurang matang dalam


menghadapi masalah-masalah emosi.

Sejak kebelakangan ini, kita sering mendengar atau terbaca di akhbar-akhbar


mengenai kes-kes yang berlaku di dalam sesebuah rumah tangga seperti pergaduhan
dan perceraian di antara pasangan suami isteri, penderaan terhadap isteri, anak-anak
dan ahli keluarga yang lain (Dr. Hasan, 1996). Masalah ini berlaku kerana
kurangnya rasa tanggungjawab terhadap ahli keluarga, asas pembinaan keluarga yang
kurang kukuh dan terlalu mengikut perasaan apabila berlakunya krisis di dalam
rumahtangga.

Baru-baru ini negara telah digemparkan dengan kes seorang suami


menganiaya isteri dengan melakukan seks ganas dengan memasukkan objek ke
dalam kemaluan isterinya. Suami tersebut telah didakwa memasukkan objek seperti
cota, timun, dan kayu yang dibalut dengan getah ke dalam faraj isterinya (Harian
Metro, 2008). Perkara seperti ini di luar tabii sebagai seorang suami yang sepatutnya
melindungi isterinya. Perlakuan suami yang mendera isteri merupakan perbuatan
yang terkutuk kerana Islam menyuruh supaya berbuat baik kepada isteri. At-Tirmizi,
Ad-Darimi, dan Ibnu Hibban meriwayatkan daripada Aisyah ra. bahawa Rasulullah
SAW bersabda (Drs Abdul Ghani Azmi Hj Idris, 2005: 488):

ُ‫َخيْرُكُ مْ َخيْرُكُ مْ ِ َلهْلِ ِه َوأَنَا َخْيرُكُ مْ ِ َلهِْل ْى َوإِذَا مَا تَ صَا ِحُبكُمْ فَ َد َعوْ ه‬
)‫(صحيح‬
Maksudnya: Orang yang terbaik di antara kamu ialah yang terbaik
dengan isterinya dan aku adalah orang yang terbaik dengan isteriku,
dan apabila sahabat kamu mati hendaklah kamu berdoa untuknya.
(Sahih)

Walaupun perceraian merupakan perkara yang halal dalam Islam tetapi, ia


merupakan perkara yang paling dibenci oleh Allah SWT. Peningkatan kadar
perceraian yang berlaku di Malaysia amat membimbangkan kerana setiap tahun
4

kadar perceraian umat Islam seluruh negara meningkat. Berdasarkan statistik


perceraian umat Islam yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat dari tahun 2000 hingga 2006, angkanya mencecah tahap
membimbangkan seperti mana jadual 1.1.

Jadual 1.1: Kadar perceraian umat Islam seluruh negara dari tahun 2000-2006
Tahun Jumlah (kes)
2000 13 536
2001 13 187
2002 13 841
2003 15 543
2004 16 509
2005 17 708
2006 21 419
(Sumber : Harian Metro, 2008)

Perceraian ibu bapa secara tidak langsung mendatangkan banyak masalah


sosial di kalangan remaja antaranya rempit, penagihan dadah, lepak, dan ponteng
sekolah. Menurut laporan, masyarakat melayu didapati paling banyak terlibat dalam
masalah tersebut kerana kegagalan ketua keluarga atau lebih tepat ibu bapa
menangani masalah ini (Mingguan Malaysia, 2007). Seharusnya, norma masyarakat
melayu yang beragama Islam menjadikan ajaran Islam sebagai landasan untuk
membentuk sebuah keluarga yang bahagia dan memberi manfaat kepada masyarakat,
agama, dan negara.

Pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga perlu mempersiapkan diri


dengan ilmu pengetahuan berkenaan rumahtangga kerana ia akan menjadi dasar
dalam pembentukan sesebuah rumahtangga. Selain itu, setiap ahli keluarga juga
harus menjalankan peranan masing-masing agar dapat membentuk sebuah keluarga
yang bahagia, walaupun terdapat pelbagai penilaian tentang keluarga bahagia itu
sendiri. Hakikatnya, mencapai keluarga bahagia di dunia dan akhirat itulah yang
patut dikejar oleh setiap keluarga muslim.
5

1.2 Penyataan Masalah

Kesedaran untuk membentuk keluarga yang bahagia dalam masyarakat


moden pada masa kini mulai mendapat perhatian yang semakin serius dari pelbagai
golongan masyarakat tanpa mengira agama. Kes-kes perceraian, perbuatan curang
suami dan isteri dengan orang lain, penderaan anak, permasalahan juvana, wabak
AIDS yang semakin menular, masalah warga tua yang kesepian hidup dan lain-lain
gejala sosial yang negatif menampakkan tanda-tanda yang semakin meningkat (Dr.
Mohd Nor Manuty, 2003 : 1)

Selain itu, keretakan rumahtangga yang banyak berlaku di kalangan


masyarakat kini juga semakin membimbangkan. Ada kalanya keretakan ini berpunca
daripada perkara remeh dan paling menyedihkan lagi pasangan yang telah bertahun-
tahun lamanya berumahtangga turut mengalami masalah ini sehingga menyebabkan
keluarga yang dibina tidak mampu bertahan ke akhir hayat. Jika permasalahan ini
berterusan, maka sukarlah untuk membentuk keluarga bahagia di kalangan generasi
pada masa akan datang. Persoalannya, mengapakah perkara ini boleh berlaku?
Adakah institusi keluarga yang ada pada masa kini tidak mampu mengekalkan
keharmonian rumahtangga? Apakah yang menyebabkan keluarga bahagia yang
diidamkan pada mulanya berakhir dengan perpisahan?

Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan melihat pembentukan keluarga


bahagia di kalangan staf akademik, Fakulti Pendidikan. Ini kerana golongan yang
bekerjaya sentiasa dipandang tinggi dalam semua aspek kehidupannya termasuklah
kehidupan berkeluarga. Pengkaji merasakan perlu mengkaji faktor-faktor yang
mempunyai hubungan pembentukan keluarga bahagia di kalangan staf akademik
supaya boleh dijadikan pengajaran dan iktibar kepada pasangan-pasangan yang akan
mendirikan rumahtangga.
6

1.4 Objektif Kajian

Pengkaji menentukan tiga objektif dalam kajian yang dijalankan iaitu:

1.2.1 Mengenalpasti ciri-ciri keluarga bahagia menurut persepsi staf akademik.

1.2.2 Mengenalpasti persepsi staf akademik terhadap faktor-faktor suami isteri,


keilmuan, hubungan ahli kerabat, dan ekonomi penting membentuk keluarga
bahagia.

1.2.3 Mengenalpasti hubungan antara faktor suami isteri, keilmuan, hubungan ahli
kerabat, dan ekonomi dengan pembentukan keluarga bahagia.

1.3 Persoalan Kajian

Bagi memenuhi matlamat kajian, maka persoalan kajian yang telah


diutarakan ialah :

1.3.1 Apakah ciri-ciri keluarga bahagia menurut pandangan staf akademik?

1.3.2 Apakah persepsi staf akademik terhadap faktor suami isteri, keilmuan,
hubungan ahli kerabat, dan ekonomi dalam pembentukan keluarga bahagia?
1.3.3 Adakah terdapat hubungan terhadap faktor-faktor suami isteri, keilmuan,
hubungan ahli kerabat, dan ekonomi dalam pembentukan keluarga bahagia.
7

1.4 Hipotesis Kajian

Menjawab persoalan adakah terdapat hubungan di antara faktor suami isteri,


keilmuan, hubungan ahli kerabat, dan ekonomi dengan pembentukan keluarga
bahagia di kalangan staf akademik Fakulti Pendidikan UTM, Skudai, beberapa
hipotesis telah disenaraikan sebagaimana berikut :

Ha 1: Terdapat hubungan yang signifikan antara faktor suami isteri dengan


pembentukan keluarga bahagia.

Ha 2: Terdapat hubungan yang sigifikan antara faktor keilmuan dengan pembentukan


keluarga bahagia.

Ha 3: Terdapat hubungan yang signifikan antara faktor hubungan ahli kerabat dengan
pembentukan keluarga bahagia.

Ha 4: Terdapat hubungan yang signifikan antara faktor ekonomi dengan


pembentukan keluarga bahagia.
8

1.5 Kepentingan Kajian

Kajian ini mempunyai beberapa kepentingan terutama kepada pasangan yang


telah mendirikan rumahtangga. Pengkaji berharap hasil daripada kajian ini dapat
memberi manfaat seperti berikut:

1.5.1 Dapat mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia di kalangan staf akademik
Fakulti Pendidikan, UTM.

1.5.2 Memberi kesedaran tentang peranan suami isteri dan mewujudkan rasa
tanggungjawab dalam pembentukan keluarga bahagia.

1.5.3 Menambahkan ilmu pengetahuan dalam pengurusan rumahtangga agar


terbinanya sebuah keluarga yang bahagia.

1.5.4 Mengharapkan agar keluarga yang terbina di kalangan staf akademik mampu
melahirkan sebuah generasi yang bermanfaat kepada negara, agama, dan
bangsa.

1.6 Skop Kajian

Pengkaji telah membataskan beberapa skop kajian dalam melaksanakan


kajian ini. Kajian dijalankan di Kampus Induk Universiti Teknologi Malaysia
(UTM), Skudai, Johor. Pengkaji telah membataskan kajian ini hanya dijalankan ke
atas staf akademik Fakulti Pendidikan, UTM yang sedang mengajar sepenuh masa
sesi 2007/2008. Responden yang diambil adalah mewakili pensyarah yang mengajar
pelbagai subjek di Fakulti Pendidikan dan telah mendirikan rumahtangga. Pemilihan
responden adalah berdasarkan pemilihan pelbagai latar belakang pendidikan dan
tahap pengalaman dalam menguruskan rumahtangga.
9

Kajian ini juga terbatas kepada empat faktor yang mempunyai hubungan
dengan pembentukan keluarga bahagia iaitu faktor suami isteri, faktor keilmuan,
faktor hubungan ahli kerabat, dan faktor ekonomi. Selain itu, ciri-ciri keluarga
bahagia terbatas kepada kebendaan, tanggungjawab suami isteri, hubungan dengan
ahli kerabat kedua-dua pihak dan keperluan ilmu pengetahuan.

Kajian ini dijalankan bermula pada bulan Julai 2007 dan berakhir pada bulan
April 2008. Pada semester pertama, penyelidik menyiapkan bab 1, 2 dan 3. Pada
semester kedua pula bab 3 dan 4 kemudian disusuli sesi pembentangan projek, dan
akhir sekali proses penyempurnaan projek. Kesimpulannya, kajian ini mengambil
masa selama dua semester untuk disiapkan.

1.7 Definisi Istilah

Terdapat beberapa istilah yang perlu didefinisikan dengan jelas dalam kajian
ini supaya tidak menimbulkan kekeliruan kepada pembaca. Istilah-istilah tersebut
ialah:

1.7.1 Faktor

Kamus Dewan (2005 : 405) mendefinisikan faktor sebagai unsur atau sebab
yang menyumbang kepada sesuatu hasil.
10

Kajian ini bertumpu kepada faktor-faktor yang mempunyai hubungan dengan


pembentukan keluarga bahagia di kalangan staf akademik Fakulti Pendidikan, UTM.
Faktor-faktor yang akan dibincangkan adalah faktor suami isteri, faktor keilmuan,
faktor hubungan ahli kerabat, dan faktor ekonomi.

1.7.2 Hubungan

Kamus Dewan (2005 : 546) mendefinisikan hubungan sebagai sambungan,


rangkaian, kaitan, pertalian, sangkut paut atau berkenaan apa yang telah dinyatakan
(diterangkan) atau yang sedang dibincangkan.

Hubungan yang dibincangkan dalam kajian ialah hubungan antara faktor


suami isteri, keilmuan, hubungan kerabat, dan ekonomi terhadap pembentukan
keluarga bahagia di kalangan staf akademik Fakulti Pendidikan, UTM.

1.7.3 Pembentukan

Kamus Dewan (2005 : 165) memberikan maksud pembentukan ialah perihal


(perbuatan, usaha) membentuk.

Berdasarkan definisi yang diberikan, jelas di sini pembentukan ialah usaha


untuk membentuk sesuatu melalui pelbagai cara. Kajian ini menekankan
pembentukan keluarga bahagia berdasarkan ciri-ciri keluarga bahagia yang
11

diamalkan dalam pembentukan keluarga bahagia di kalangan staf akademik Fakulti


Pendidikan, UTM.

1.7.4 Keluarga

Kamus Dewan (2005 : 725) mendefinisikan keluarga sebagai kaum, sekalian


orang yang mempunyai perhubungan keturunan antara satu sama lain yang bertalian
kerana perkahwinan. Ia juga boleh didefinisikan sebagai seisi rumah tangga (terdiri
daripada suami dan isteri atau beserta anak-anak).

Dari perspektif kajian ini, keluarga yang dimaksudkan ialah keluarga atau
rumahtangga staf akademik Fakulti Pendidikan, UTM sama ada suami atau isteri
yang bekerja di Fakulti Pendidikan.

1.7.5 Bahagia

Kamus Dewan (2005 : 104) mendefinisikan bahagia sebagai suasana senang


dan aman, aman damai serta gembira.

Bagi konteks kajian ini, bahagia ialah dikira dari sudut aman atau sejahtera
dari segala aspek dalam kehidupan berkeluarga. Bahagia hidup sebagai suami isteri
dalam menjalankan tanggungjawab dan tidak berlakunya konflik rumahtangga
sehingga menyebabkan perceraian berlaku.
12

1.7.6 Staf

Kamus Dewan (2005 : 1522) mendefinisikan staf sebagai kumpulan pekerja


yang bekerja bersama-sama, kakitangan.

Staf dalam kajian ini merujuk kepada staf akademik di Fakulti Pendidikan,
UTM sepenuh masa sesi 2007/2008. Ia melibatkan golongan staf akademik yang
mengajar pelbagai subjek di jabatan-jabatan yang terdapat di Fakulti Pendidikan,
UTM.

1.7.7 Akademik

Kamus Dewan (2005 : 22) mendefinisikan akademik sebagai mengenai atau


berkaitan dengan akdemi, bersifat atau mengandungi ilmu pengetahuan.

Oleh itu, dalam kajian ini akademik merujuk kepada pensyarah yang
mengajar di Fakulti Pendidikan, UTM yang menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran serta melakukan kajian. Ia melibatkan pelbagai latar belakang
akademik.
13

1.8 Kesimpulan

Keluarga bahagia amat penting kerana ia mencorakkan generasi pada masa


akan datang. Keruntuhan dalam sesebuah rumahtangga tidak seharusnya dipandang
remeh kerana ia memberikan impak negatif. Oleh itu, ibu bapa atau suami isteri
seharusnya saling bekerjasama supaya dapat membentuk sebuah keluaga bahagia
yang berkualiti di dunia juga di akhirat. Seharusnya, Rasulullah dijadikan contoh
untuk membentuk sebuah keluarga bahagia kerana baginda bukan sahaja berjaya
membentuk sebuah keluarga bahagia tetapi juga masyarakat yang berjaya.

You might also like