You are on page 1of 8

SULIT

UNIT PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN


SMJK CHUNG HWA, KOTA BHARU,
KELANTAN

PEPERIKSAAN PERCUBAAN
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 200X 1103/2
BAHASA MELAYU
Kertas 2
September
2 ½ jam Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan 2(c), Soalan 2(d) dan Soalan 4 berdasarkan teks
Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.

4. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam buku jawapan yang disediakan. Sekiranya
kertas jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas
peperiksaan.

5. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak


[Lihat sebelah
1103/2  200X Hak Cipta SMJK Chung Hwa, Kota Bharu SULIT
SULIT
Soalan 1 : Rumusan

[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang tindakan untuk
memajukan sektor pertanian dan faedahnya kepada golongan petani. Panjang rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang dibentangkan oleh Datuk Seri


Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia pada 31 Mac 2006 menyasarkan sektor
pertanian dan industri asas tani negara dinaiktarafkan menjadi industri terpenting selain
perindustrian berat serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Sejajar dengan itu,
semangat Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mementingkan masyarakat luar bandar melalui
sektor pertanian dihidupkan semula. Hal ini demikian kerana pertanian merupakan nadi
utama kegiatan ekonomi mereka.

Kebanyakan petani di barat hidup dalam kesenangan. Namun begitu, di Asia


termasuk Malaysia, petani merupakan golongan yang daif dan miskin. Berdasarkan
perkiraan inflasi dan kadar keupayaan beli (PPP) semasa, pesawah yang dahulunya mewah
sekarang hanya mampu mengharapkan subsidi kerajaan. Oleh itu, pemberian subsidi kepada
petani haruslah dikaji semula bagi memberikan impak positif kepada sektor pertanian. Tiada
gunanya memberikan subsidi kepada petani yang mengusahakan tanah yang luas dengan
kadar yang tinggi sekiranya tidak mengeluarkan hasil yang memuaskan. Minda terlalu
bergantung pada subsidi kerajaan perlu dihapuskan segera dalam kalangan rakyat,
khususnya petani yang tinggal di luar bandar.

Bidang penyelidikan dan pembangunan (P&P) pertanian haruslah ditingkatkan.


Pegawai pertanian juga perlu bekerja keras dengan turun ke ladang dan sawah untuk
membantu menyebarluaskan penemuan teknologi terkini. Kerajaan mengeluarkan
peruntukan yang banyak dalam usaha memajukan pertanian. Sebagai contohnya, dana
sebanyak RM11.4 bilion disediakan dalam RMK-9, iaitu peningkatan sebanyak 70 peratus
daripada peruntukan dalam RMK-8. Bagi terus melonjakkan sektor pertanian, bukan sahaja
penyediaan jentera mesin dan bantuan teknikal ditingkatkan, tumpuan khusus juga harus
diberikan kepada pembangunan modal insan. Jika minda dan motivasi petani masih rendah
dan tidak berdaya saing, industri pertanian negara akan terus ketinggalan. Oleh itu, kedua-
dua aspek ini perlu dipertingkatkan kerana jika diabaikan akan mencacatkan usaha Malaysia
untuk maju menjelang 2020 nanti.

Pembangunan pertanian secara revolusi juga harus digerakkan secara bersepadu jika
kita betul-betul mahu melihat sektor pertanian diperkasakan.. Apabila sektor pertanian
kembali menjadi sektor ulung nasional, sasaran RMK-9 agar sektor pertanian negara mampu
mewujudkan imbangan pembayaran yang positif akan dapat dicapai. Namun begitu,
tumpuan merevolusikan sektor pertanian haruslah seiring dengan kemajuan sains dan
teknologi seperti penggunaan nanoteknologi, bioteknologi dan penerapan ICT.
Sesungguhnya, prospek pertanian di Malaysia amat cerah. Tindakan kerajaan memberikan
tumpuan kepada sektor pertanian kena pada masanya. Hal ini demikian kerana dunia
sekarang sangat memerlukan bahan mentah. Kebanyakan negara di dunia mengutamakan
sektor perindustrian. Sebagai contohnya, negara Singapura tidak mempunyai keupayaan
untuk menceburi sektor pertanian. Sementara itu, permintaan bahan mentah daripada negara

[Lihat sebelah
1103/2  200X Hak Cipta SMJK Chung Hwa, Kota Bharu SULIT
SULIT
gergasi seperti China dan India sememangnya mendadak dan sentiasa melonjak. Jika
Malaysia mampu memenuhi sebahagian permintaan tersebut, Malaysia bakal muncul
sebagai pembekal bahan mentah dunia. Malaysia akan beroleh keuntungan yang lumayan.
Diharapkan petani dan penggerak sektor pertanian tidak menghampakan harapan negara dan
rakyat untuk menyaksikan Malaysia merebut peluang sebagai negara pengeluar makanan
yang utama di dunia.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana “Sektor Pertanian dalam
RMK-9” oleh Md. Shukri Shuib, Dewan Masyarakat, Jun 2006)
Soalan 2 : Pemahaman

Soalan 2(a) Petikan Umum


Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Apakah maksud rangkai kata memberikan impak positif ? [ 2 markah ]

(ii) Kenapakah dikatakan prospek sektor pertanian di Malaysia amat cerah?


[ 3 markah ]

(iii) Pada pandangan anda, kenapakah subsidi kerajaan terhadap golongan petani patut
dihentikan? [ 4 markah ]

Soalan 2(b) Petikan Cerpen

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Daneng, cikgu meminta maaf jika menyinggung perasaanmu. Cikgu perlu berterus
terang. Daneng perlu meneruskan pelajaran sampai SPM, sampai menara gading. Kau bijak,
Daneng. Gunakanlah kebijaksanaanmu itu, mungkin untuk membantu kaummu. Setakat ini,
cuma ada lebih 50 atau 60 orang sahaja, mahasiswa kaummu di universiti.”
Daneng merenung jauh ke tengah danau biru.
“Cikgu kasihan melihat cara hidup masyarakatmu.”
“Cikgu menganggap kami miskin, bukan? Bukan sahaja cikgu, ramai orang luar
yang simpati akan kami. Tetapi konsep miskin itu tidak ada dalam kamus kami. Seluruh
hutan dan belantara ini, danau dan tanah ini, milik kami bersama, milik kami sejak berzaman.
Hutan ini tidak membenarkan sebarang kekurangan kepada kami. Daneng bersuara dengan
agak serius.”
Kekaguman mengisi benak Jo sekali lagi melihat kepetahan anak muridnya itu
berpidato. Tidak dapat disangkal lagi bahawa Daneng memang bijak dan mempunyai masa
depan yang cerah jika diberi peluang. Keinginan untuk meneruskan niatnya terus membara.
Tentu sekali! Belantara ini sememangnya satu anugerah. Tetapi dunia sentiasa berubah.
Kemajuan menerpa manusia. Suka ataupun tidak, manusia perlu bergelut dan menyesuaikan
diri dengan perubahan itu ketika disapa kemajuan. Jika tidak, manusia itu menempah
kepupusan..
( Dipetik daripada cerpen “Lambaian Malar Hijau” oleh
Saroja Theavy a/p Balakrishnan dalam Antologi Anak Laut, DBP)
[Lihat sebelah
1103/2  200X Hak Cipta SMJK Chung Hwa, Kota Bharu SULIT
SULIT

(i) Apakah maksud kekaguman mengisi benak ? [2


markah ]

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah pelajar di luar bandar sering menghadapi masalah
keciciran ? [4 markah ]

(iii) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan dua persoalan lain yang
terdapat dalam keseluruhan cerpen ini . [3 markah]

Soalan 2 (c) Petikan Prosa Klasik

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang berikut
dengan menggunakan ayat anda sendiri .

Maka titah Sultan Mahmud, “Jikalau beristeri sama anak raja-raja ini, adalah raja-
raja lain demikian juga; yang kita kehendaki, barang yang tiada pada raja yang lain, itulah
hendak kita peristeri. Akan sekarang kita hendak meminang Puteri Gunung Ledang;
Laksamana dan Sang Setia kita titahkan.”
Maka sembah Laksamana dan Sang Setia, “Baiklah, tuanku.”
Maka Tun Mamat dititahkan dahulu membawa orang Inderagiri akan menebas jalan,
kerana Tun Mamat penghulu orang Inderagiri. Maka Laksamana dan Sang Setia pun pergilah
sama-sama dengan Tun Mamat. Hatta, beberapa lamanya di jalan, maka sampailah ke kaki
Gunung Ledang. Maka Laksamana dan Sang Setia dan Tun Mamat dengan segala orang
sertanya naiklah ke Gunung Ledang merentang atap membawa jalan. Akan jalan itu pun
terlalu sukar, angin pun bertiup terlalu keras. Baharu kira-kira bertengah gunung itu, maka
tidaklah ternaiki lagi oleh segala mereka. Maka kata Tun Mamat pada Laksamana dan Sang
Setia, “Berhentilah orang kaya semuanya di sini, biarlah beta naik.”
Maka kata Laksamana dan Sang Setia, “Baiklah.”
Maka Tun Mamat pun pergilah dengan dua orang yang pantas berjalan sertanya naik Gunung
Ledang. Telah datang had buluh perindu, maka segala orang yang naik itu seperti akan
terbang rasanya, daripada sangat amat keras angin bertiup. Maka awan pun dapat dicapai
lakunya. Syahdan, bunyi buluh perindu itu terlalu merdu bunyinya, burung terbang pun
berhenti mendengar bunyinya, segala mergastua pun hairan mendengar dia. Maka Tun
Mamat pun masuk ke dalam taman itu. Maka Tun Mamat bertemu dengan satu
taman, terlalu indah perbuatan taman itu.
( Dipetik daripada Peminangan Puteri Gunung Ledang,
dalam Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka)

( i ) Apakah maksud rangkai kata seperti akan terbang rasanya seperti mana dalam petikan
di atas? [2 markah]

( ii ) Gambarkan keadaan semasa Tun Mamat berada di had buluh perindu. [3 markah]

( iii ) Pada pendapat anda, mengapakah Tun Mamat meminta Laksamana dan Sang Setia
berhenti rehat ketika mereka tiba di bertengah gunung? [3 markah]

[Lihat sebelah
1103/2  200X Hak Cipta SMJK Chung Hwa, Kota Bharu SULIT
SULIT

Soalan 2(d) Petikan Puisi

Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

PANTUN LAPAN KERAT

Sarang merbah di celah dahan,


Tempat punai bermain di situ,
Berkejar-kejaran anak rusa
Tampak dari tanah seberang;
Bersyukur aku kepada Tuhan,
Kalau nasib memang begitu,
Akan merana sepanjang masa,
Harap pada kasihan orang.

Bagus rupanya bunga melur,


Putih rupanya bunga pinang,
Berukir bertangkai perak,
Permainan raja perempuan;
Cawan, cerek sudah teratur,
Pinggan, mangkuk sudah terhidang,
Penganan mulia sudah terletak,
Samalah duduk kita makan.

Korek perigi di parit seberang,


Tepi parit tumbuh mengkudu,
Berselang dengan pohon puding,
Hidup subur kanan dan kiri;
Tuan pergi dagang seorang,
Tiada saudara tempat mengadu,
Tiada saudara tempat berunding,
Pandai-pandailah membawa diri.
.
Permatang Budi, 1991.
Fajar Bakti Sdn. Bhd.

(i) Kenapakah seseorang itu perlu pandai-pandailah membawa diri ? [3 markah]

(ii) Pada pandangan anda, mengapakah kita harus bersyukur kepada Tuhan walaupun
hidup merana? [3 markah]

(iii) Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam pantun di atas. [3 markah]

[Lihat sebelah
1103/2  200X Hak Cipta SMJK Chung Hwa, Kota Bharu SULIT
SULIT

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[30 markah]

(a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan dalam pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan
bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas.

(i) simpang - samping

(ii) bina - bena

(iii) betah - metah


[6 markah]

(b) ) Tukar ayat cakap ajuk di bawah kepada ayat cakap pindah.

(i) “Saya sungguh kagum melihat kaum wanita di Kelantan yang gigih berniaga,”
kata Amira kepada Devan.

(ii) Liew bertanya kepada Wardina, “Apakah nama bangunan yang berwarna biru
muda itu?”

(iii) “Eh, cantik sungguh kereta Proton Satria yang kamu beli semalam!” kata
Rebecca kepada Teck Yang.
[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Pelbagai jenis alat tulis dijual dengan harga yang rendah semasa berlangsungnya
pamiran buku dianjur Syarikat Daud Osman di Gua Musang baru-baru ini.

(ii) Pesakit demam selsema burung kembali menular ke rantau Asia Tenggara dan mangsa
pertama pada tahun ini ialah seorang petani dari sebuah kawasan pedalaman di Sumatera,
Indonesia.

(iii) Setiap pelajar universiti hendaklah mempunyai daya pimpinan yang tinggi dan
berketrampilan dalam pergaulan seharian jika mahu menjadi insan gemilang seperti
yang diwara-warakan dalam media massa..
[6 markah ]

[Lihat sebelah
1103/2  200X Hak Cipta SMJK Chung Hwa, Kota Bharu SULIT
SULIT

(d) Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan kata dan satu kesalahan
tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda
tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) William dan ayahnya sering kali pergi menangkap sotong bila mereka balik ke
kampung ayahnya di Kuala Selangor.

(ii) Rosmizan sedang merebus nasi di dapur semasa Teck Yong dan Mahmud tiba
ke rumahnya untuk menziarahi ibunya yang sakit tenat.

(iii) Yang Amat Berusaha Perdana Menteri kita akan melakukan lawatan sehari kerja
ke Kelantan esok, dan pada sebelah petangnya beliau dijadualkan akan
merasmikan Mesyuarat Agung Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri
Kelantan Kali XX di Balai Islam, Lundang.
[6 markah]

(e) Berikan peribahasa seerti bagi peribahasa atau perumpamaan di bawah.

(i) Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga

(ii) Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.

(iii) Bagai menghitung bulu kambing.


[6 markah]

[Lihat sebelah
1103/2  200X Hak Cipta SMJK Chung Hwa, Kota Bharu SULIT
SULIT

Soalan 4 : Novel

[15 markah]

Jawab soalan di bawah. Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel-novel yang anda
pelajari.
(i) Terminal Tiga karya Othman Puteh
(ii) Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj. Yusof
(iii) Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said
(iv) Bukit Kepong karya Ismail Johari
(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain
(vi) Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah
(vii) Julia karya Abu Hassan Morad
(viii) Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhammad.

(a) Pengarang banyak mengemukakan kritikan terhadap golongan tertentu melalui


karyanya. Jelaskan dua kritikan tersebut dalam novel yang telah anda pelajari.
[7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan dua sifat watak sampingan
yang banyak membantu watak utama.
[8 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

[Lihat sebelah
1103/2  200X Hak Cipta SMJK Chung Hwa, Kota Bharu SULIT

You might also like