You are on page 1of 13

SULIT* 2

Bahagian A [30 markah]

Jawab semua soalan dalam bahagian ini

1 Jika keluaran Negara Kasar benar sama dengan Keluaran Negara Kasar potensi, maka
A pengangguran berlaku
B guna tenaga penuh tercapai
C kemelesetan ekonomi berlaku
D permintaan agregat sama dengan penawaran agregat

2 Jadual di bawah menunjukkan data Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dari tahun 2003 hingga
tahun 2007.

Tahun KDNK (RM juta)


2003 193 422
2004 209 959
2005 210 640
2006 219 309
2007 229 287

Berdasarkan jadual di atas, kadar pertumbuhan KDNK yang tertinggi ialah pada tahun
A 2004
B 2005
C 2006
D 2007

3 Pendapatan per kapita dapat ditentukan melalui


A pendapatan persendirian ditolakcukai pendapatan
B pendapatan negara dibahagi dengan jumlah penduduk
C pendapatan negara benar dibahagi dengan jumlah penduduk yang bekerja
D pendapatan negara ditolak susut nilai dan dibahagi dengan jumlah penduduk

4 Keluaran Negara Kasar pada harga pasaran akan menjadi lebih kecil daripada Keluaran Negara
Kasar pada kos faktor apabila
A cukai lebih kecil daripada subsidi
B susut nilai lebih besar daripada subsidi
C pendapatan faktor bersih luar negeri negatif
D subsidi lebih besar daripada cukai tak langsung

944/2
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
SULIT* 3

5 Jadual di bawah menunjukkan data perakaunan pendapatan negara bagi sebuah ekonomi.

Butiran RM juta
Penggunaan isi rumah 40 150
Gaji dan upah 25 600
Bunga bersih 4 825
Sewa 1 475
Pelaburan Kasar 10 250
Keuntungan syarikat 8 170
Pendapatan perusahaan persendirian 9 930
Cukai tak langsung 7 275
Subsidi 1 175

Berapakah pendapatan negara bagi ekonomi tersebut ?


A RM 40 070 juta
B RM 49 225 juta
C RM 50 000 juta
D RM 56 500 juta

6 Nilai keluaran firma Thailand yang beroperasi di Malaysia dimasukkan dalam pengiraan
A Keluaran Dalam Negeri Kasar Thailand
B Keluaran Dalam Negeri Kasar Malaysia
C Keluaran Dalam Negeri Kasar dan Keluaran Negara Kasar Malaysia
D Keluaran Dalam Negeri Kasar dan Keluaran Negara Kasar Thailand

7 Peningkatan pendapatan per kapita akan menunjukkan peningkatan taraf hidup jika sekiranya
A harga barang tidak berubah
B bilangan penduduk bertambah
C kadar pengangguran meningkat
D agihan pendapatan tidak seimbang

8 Pertumbuhan Keluaran Negara Kasar sesebuah negara akan memberikan gambaran positif tentang
taraf hidup rakyat jika
A kualiti barang meningkat
B waktu bekerja bertambah panjang
C persekitaran menjadi lebih tercemar
D Agihan pendapatan menjadi lebih tidak setara

944/2
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
SULIT* 4

9 Jadual di bawah menunjukkan data keluaran negara bagi sebuah negara.

Butiran RM juta
Perbelanjaan penggunaan kerajaan 420
Perbelanjaan penggunaan swasta 550
Pelaburan bersih 475
Eksport barang dan perkhidmatan 720
Import barang dan perkhidmatan 665
Pendapatan faktor bersih dari luar negara 270
Cukai tak langsung 140
Susut nilai 320
subsidi 180

Berapakah Keluaran Negara Bersih pada kos faktor ?


A RM 1 450 juta
B RM 1 490 juta
C RM 1 630 juta
D RM 1 770 juta

10 Yang manakah yang tidak mempengaruhi pelaburan autonomi ?


A Kadar bunga
B Sikap pelabur
C Dasar kerajaan
D Pendapatan negara

11 Gambar rajah di bawah menunjukkan S dan I yang masing–masing ialh fungsi tabungan dan fungsi
pelaburan dalam sebuah ekonomi tertutup.
Tabungan/Pelaburan S
(RM juta)
30 I
0
100 175 Pendapatan Negara (RM juta)
–40
Berapakah nilai perbelanjaan penggunaan isi rumah pada tingkat pendapataan negara RM 100 juta ?
A RM 30 juta
B RM 40 juta
C RM 80 juta
D RM 100 juta

944/2
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
SULIT* 5

12 Dalam sebuah ekonomi dua sektor, keseimbangan pendapatan negara berlaku pada tingkat
pendapatan RM 500 juta. Dengan kecenderungan mengguna sut ialah 0.6, kemasukan pelaburan
asing sebanyak RM 50 juta akan menyebabkan pendapatan negara bertambah menjadi
A RM 530 juta
B RM 550 juta
C RM 625 juta
D RM 750 juta

13 Keseimbangan pendapatan negara dalam ekonomi tiga sektor tidak akan berubah melalui perubahan
A eksport bersih
B tabungan dan percukaian
C perbelanjaan penggunaan
D pelaburan dan perbelanjaan kerajaan

14 Yang berikut ialah maklumat bagi sebuah ekonomi.


C = 500 + 0.75Yd, T = 120, G = 300 dan I = 600, dengan C, Yd, T, G dan I masing–masing ialah
penggunaan isi rumah, pendapatan boleh guna, cukai, perbelanjaan kerajaan dan pelaburan.
Jika cukai (T) dinaikkan menjadi 200, keseimbangan pendapatan akan berkurang sebanyak
A 80
B 240
C 320
D 600

15 Gambar rajah di bawah menunjukkan keseimbangan pendapatan negara dalam ekonomi tertutup dan
ekonomi terbuka.
Suntikan – bocoran
S+T+M
S+T
I+G+X
I+G

0 Y1 Y2 Y3 Pendapatan Negara
Perubahan daripada ekonomi tertutup kepada ekonomi terbuka menyebabkan keseimbangan
pendapatan negara
A tetap di Y2
B tetap di Y3
C bertambah dari Y1 ke Y2
D berkurang dari Y2 ke Y3

944/2
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
SULIT* 6

16 Dalam gambar rajah di bawah, AD dan AS masing–masing ialah keluk permintaan agregat dan keluk
penawaran agregat sebuah negara.
Harga
AS0
AD
AS1
P0

P1
AS0
AS1
AD
0 Y0 Y1 Pendapatan Negara
Perubahan harga dari 0P0 ke 0P1 berlaku disebabkan oleh
A berkurangnya pelaburan portfolio
B berlakunya kemelesetan ekonomi
C berlakunya perkembangan teknologi
D berlakunya peningkatan cukai import terhadap bahan mentah

17 Nilai pengganda akan menjadi semakin rendah jika


A kecenderungan menabung purata semakin bertambah
B kecenderungan menabung sut semakin berkurang
C kecenderungan mengguna sut semakin bertambah
D kecenderungan mengguna sut semakin berkurang

18 Bekalan wang M1 di Malaysia terdiri daripada


A wang syiling dan wang kertas
B mata wang dalam edaran dan deposit semasa
C wang syiling, wang kertas dan deposit tabungan
D mata wang dalam edaran, deposit tabungan dan deposit semasa

19 Yang manakah fungsi bank pusat sebagai jurubank kepada bank perdagangan ?
A Menjadi sumber pinjaman terakhir
B Mengawal kegiatan pasaran pertukaran asing
C Mengawasi kegiatan bank melalui dasar kewangan
D Member nasihat kewangan kepada bank perdagangan

944/2
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
SULIT* 7

20 Andaikan bahawa penawaran wang dalam sebuah ekonomi ialah RM300 juta, halaju edaran wang
ialah 4, nilai urus niaga ialah RM 1 200 juta. Mengikut Teori Kuantiti Wang, sekiranya penawaran
wang bertambah sebanyak 20%, maka tingkat harga akan meningkat daripada RM 20.00 kepada
A RM 22.00
B RM 24.00
C RM 25.00
D RM 30.00

21 Pembelian sesuatu barang secara kredit dapat dilakukan keraana wang berfungsi sebagai
A pengukur nilai
B simpanan nilai
C bayaran tertunda
D perantaraan pertukaran

22 Jadual di bawah menunjukkan indeks harga pengguna bagi sebuah negara dari tahun 2004 hingga
tahun 2007
Tahun Indeks harga pengguna
2004 104.3
2005 105.1
2006 109.3
2007 113.7

Berapakah purata kadar inflasi tahunan dari tahun 2005 hingga tahun 2007 ?
A 2.20%
B 2.30%
C 2.90%
D 4.70%

23 Kemerosotan Keluaran Negara Benar dan kenaikan tingkat harga umum menunjukkan ekonomi
mengalami
A deflasi
B stagflasi
C kemelesetan ekonomi
D jurang Keluaran Negara Kasar

944/2
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
SULIT* 8

24 Yang manakah cukai tak langsung ?


A Duti setem
B Cukai jalan
C Cukai perkhidmatan
D Cukai pendapatan petroleum

25 Yang manakah yang bukan matlamat kerajaan menaikkan cukai pendapatan?


A Mengurangkan inflasi
B Mengatasi pengangguran
C Mengagihkan semula pendapatan
D Menyekat pengguna daripada boros berbelanja

26 Sebuah negara akan mengkhusus dan mengeksport suatu barang jika negara itu mempunyai
A kos lepas yang tinggi
B harga relatif yang rendah
C jumlah modal yang banyak
D bilangan buruh mahir yang banyak

27 Jadual di bawah menunjukkan indeks harga eksport dan indeks harga import bagi sebuah negara
pada tahun 2006 dan tahun 2007.

Tahun Indeks harga eksport Indeks harga import


2006 140 115
2007 148 120
Kadar syarat perdagangan bagi negara tersebut ialah
A bertambah buruk sebanyak 0.63%
B bertambah buruk sebanyak 1.06%
C bertambah baik sebanyak 6.95%
D bertambah baik sebanyak 1.60%

944/2
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
SULIT* 9

28 Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk penawaran sebelum perdagangan (SS), keluk permintaan
(DD), keluk penawran sebelum tarif (SA) dan keluk penawaran selepas tarif (ST).
Harga
AD S
ST
E SA
E2
P0
E1
P1
S
ST
SA AD
0 Q0 Q1 Q2 Q3 Kuantiti
Selepas taarif dikenakan, kuantiti barang X yang diimport ialah
A Q0 Q1
B Q1Q2
C Q2 Q3
D Q0 Q3

29 Perubahan kadar pertukaran mata wang daripada US$1 = RM 3.80 kepada US$1 = RM 4.00
menunjukkan bahawa nilai Ringgit Malaysia
A merosot dan barang eksport semakin mahal
B meningkat dan barang import semakin murah
C merosot dan barang eksport Malaysia semakin murah
D meningkat dan barang import Malaysia semakin mahal

30 Jika pengaangguran dan defisit imbangan pembayaran berlaku serentak, maka kerajaan perlu
mengambil langkah yang berikut kecuali
A menurunkan kadar bunga pinjaman
B melaksanakan kuota import dan subsidi eksport
C menambah perbelaanjaan kerajaan dan mengurangkan cukai
D mengurangkan pinjaman kepada industri eksport dan penggantian import

944/2
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
SULIT* 10

Bahagian B [30 markah]

Jawab lima soalan sahaja. Anda dinasihati supaya menguntukkan masa selama 50 minit bagi menjawab
bahagian ini.

1 a) Jelaskan maksud kadar pengangguran. [2]


b) Pertumbuhan ekonomi tidak semestinya mengurangkan jumlah pengangguran. Jelaskan
pernyataan ini. [4]

2 Jelaskan sama ada urus niaga yang berikut diambil kira dalam penghitungan pendapatan
negara.
a) Seorang peniaga menjual sebuah bangunan yang dimilikinya kepada seorang pembeli
dan kemudian menyimpan wang hasil jualan tersebut di sebuah bank untuk mendapat
faedah. [2]
b) Seorang broker menjual saham sebuah syarikat bernilai RM 1 juta dan memperoleh
komisen sebanyak RM 5 000. [2]
c) Puan X membeli sebuah kereta baru, dan beliau telah menjual kereta lama sebagai nilai
tukar beli (trade–in). [2]

3 a) Apakah perbezaan antara Keluaran Negara Kasar nominal dengan Keluaran Negara
Kasar benar ? [2]
b) Apakah yang dimaksudkan dengan pertumbuhan ekonomi ? jelaskan mengapa Keluaran
Negara Kasar benar lebih sesuai digunakan untuk mengukur pertumbuhan ekonomi ? [4]

4 Dengan menggunakan gambar rajah, jelaskan kesan perubahan yang berikut terhadap keseimbangan
pendapatan negara.
a) Penurunan kadar cukai pendapatan [3]
b) Penurunan perbelanjaan kerajaan [3]

5 Huraikan bagaimana fungsi wang dapat mengatasi kelemahan sistem barter. [6]

6 Jelaskan bagaimana kenaikan nisbah rizab berkanun dapat mempengaruhi kegiatan ekonomi. [6]

7 Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan kesan tarif terhadap kuantiti import,
pengeluaran domestik dan imbangan perdagangan bagi negara yang mengenakan tarif. [6]

944/2
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
SULIT* 11

8 a) Apakah yang dimaksudkan dengan pembangunan ekonomi ? jelaskan petunjuk yang


digunakan untuk mengukur pembangunan ekonomi. [2]
b) Jelaskan perubahan yang berlaku dalam sesebuah negara yang mengalami pembangunan
ekonomi yang pesat [2]
c) Jadual di bawah menunjukkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
benar dan KDNK per kapita pada tahun 2005.

Negara Pertumbuhan KDNK benar (%) KDNK per kapita (US$)


China 9.0 1 411
Malaysia 5.0 4 930
Singapura 3.0 26 481
Berdasarkan jadual di atas, China dikatakan mengalami tingkat pembangunan ekonomi
yang paling pesat berbanding dengan Malaysia dan Singapura. Jelaskan pernyataan ini. [2]

Bahagian C [20 markah]

Jawab dua soalan sahaja. Anda dinasihati supaya menguntukkan masa selama 35 minit bagi menjawab
bahagian ini.

9 Huraikan lima masalah menggunakan data pendapatan perkapita untuk membandingkan taraf
hidup antara dua negara. [10]

10 a) Apakah yang dimaksudkan dengan pengganda ? dengan menggunakan contoh berangka,


jelaskan faktor yang menentukan saiz pengganda dalam sebuah ekonomi dua sektor. [4]
b) Dengan menggunakan jadual, huraikan proses penggandaan yang berlaku apabila
pelaburan meningkat. [6]

11 a) Dengan menggunakan gambar rajah permintaan agregat–penawaran agregat (AD–AS),


jelaskan maksud inflasi tolakan kos. [4]
b) Jelaskan tiga cara untuk mengurangkan inflasi tolakan kos [6]

12 a) Jelaskan empat jenis sekatan yang digunakan oleh kerajaaan untuk mengurangkan
import. [6]
b) Jelaskan mengapa kerajaan mengenakan tarif terhadap sesuatu barang import dan
memberikan subsidi kepada pengeluar tempatan. [4]

944/2
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
SULIT* 12

Bahagian D [20 markah]

Jawab dua soalan sahaja. Anda dinasihati supaya menguntukkan masa selama 35 minit bagi menjawab
bahagian ini.

13 Jadual di bawah menunjukkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) mengikut punca kegiatan
ekonomi dari tahun 2004 hingga tahun 2006 pada harga benar tahun 1987.

2004 2005 2006


Butiran
(RM juta) (RM juta) (RM juta)
Pertanian, perhutanan dan perikanan 21 137 22 142 23 245
Perlombongan dan kuari 17 372 17 632 18 453
Pembuatan 78 558 82 302 86 295
Pembinaan 7 248 7 168 7 380
Perkhidmatan 142 849 151 144 160 297
(–) Bayaran perkhidmatan bank yang dikenakan 23 205 24 121 25 066
(+) Cukai import 4 995 5 128 5 140
KDNK pada harga pasaran 248 954 261 395 275 744
Jumlah penduduk (juta orang) 25.58 26.13 26.64

a) Mengapakah nilai pendapatan negara dihitung mengikut harga tetap ? [2]


b) Hitung peratusan sumbangan sektor utama dan sektor kedua kepada jumlah KDNK bagi
tahun 2005 dan tahun 2006. [2]
c) Hitung kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi tahun 2005 dan tahun 2006. [2]
d) Hitung KDNK benar per kapita dari tahun 2004 hingga tahun 2006, dan jelaskan arah
alirannya. [2]
e) Jelaskan dua kegunaan data pendapatan negara berdasarkan kaedah keluaran. [2]

944/2
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
SULIT* 13

14 Sebuah bank perdagangan menerima deposit baru sebanyak RM 40 000 dan diandaikan bahawa
nisbah rizab ialah 20%

a) Apakah yang dimaksudkan dengan pengganda wang ? Hitung pengganda wang bank [2]
tersebut.
b) Dengan andaian bahawa rizab lebihan adalah sifar, tunjukkan kunci kira–kira bank [2]
perdagangan tersebut selepas aktiviti pinjaman dilakukan.
c) Hitung jumlah pinjaman yang dapat dicipta setelah tiga peringkat proses penciptaan [2]
kredit berlaku.
d) Hitung tambahan bekalan wang yang dapat diwujudkan oleh ekonomi itu. [1]
e) Andaikan bahawa bank pusat melaksanaakan dasar mengurangkan nisbah rizab kepada
10% untuk mengatasi masalah kemelesetan ekonomi yang berada dalam perangkap
kecairan.
i. Hitung tambahan pinjaman yang dapat diwujudkan oleh bank perdagangan itu. [1]
ii. Jelaskaan sama ada dasar ini akan berjaya mengatasi kemelesetan ekonomi. [2]

15 a) Apakah yang dimaksudkan dengan tenaga buruh dan guna tenaga ? [2]
b) Jadual di bawah menunjukkan guna tenaga, tenaga buruh dan penduduk mengikut sektor
di Malaysia dari tahun 2001 hingga tahun 2005.

Sektor Guna tenaga Tenaga buruh Penduduk


Tahun
Pertama Kedua Ketiga (000) (000) (000)

2001 1 529.8 3 004.2 5 001.0 9 535.0 9 892.1 24 013


2002 1 452.0 2 974.0 5 116.8 9 542.6 9 886.2 24 527
2003 1 437.7 3 073.5 5 358.6 9 869.7 10 239.6 25 048
2004 1 487.3 2 913.8 5 578.3 9 979.5 10 346.2 25 581
2005 1 506.5 2 893.7 5 645.2 10 045.4 10 413.4 26 128

i Hitung kadar pengangguran bagi tahun 2003 hingga tahun 2005. Jelaskan sama ada
Malaysia mencapai guna tenaga penuh. [3]
ii. Hitung peratusan guna tenaga dalam setiap sektor bagi tahun 2001 dan tahun 2005. [3]
iii. Jelaskan pola penggunaan guna tenaga bagi ketiga–tiga sektor bagi tahun 2001 dan
tahun 2005. [2]

944/2
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
SULIT* 14

16 Jadual di bawah menunjukkan kadar pertukaran Ringgit Malaysia (RM) terhadap 100 unit Dolar
Singapura dan Peso Filipina serta eksport bersih Malaysia ke Singapura dan Filipina dari tahun 2001
hingga tahun 2004.

Dolar Singapura Peso Filipina Eksport bersih Malaysia (RM juta)


Tahun
(100 unit) (100 unit) Ke Singapura Ke Filipina
2001 216.86 7.36 21 291 −2 095
2002 218.87 7.15 24 284 −4 794
2003 223.42 6.84 25 503 −6 376
2004 232.58 6.77 27 699 −3 348

a) i. Apakah yang dimaksudkan dengan eksport bersih ? [1]


ii. Hitung nilai eksport bersih Malaysia ke Filipina dalam nilai Peso Filipina pada
tahun 2003 dan tahun 2004. [1]
iii. Hitung nilai eksport bersih Malaysia ke Singapura dalam nilai Dolar Singapura
pada tahun 2003 dan tahun 2004. [1]
b) Jelaskan kedudukan nilai Ringgit Malaysia berbanding dengan Dolar Singapura dan Peso
Filipina dari tahun 2001 hingga tahun 2004. [2]
c) Jelaskan hubungan antara eksport bersih dengan kadar pertukaran Ringgit Malaysia
terhadap
i. Peso Filipina
ii. Dolar Singapura
Adakah hubungan ini selaras dengan teori ekonomi ? [3]
d) Hitung kadar perubahan nilai satu Ringgit Malaysia dalam nilai Peso Filipina pada tahun
2004 [2]

944/2
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*

You might also like