You are on page 1of 60

Tajuk 1

Perkembangan dan Penguasaan Bahasa

1. Tahap Perkembangan Bahasa Perkembangan bahasa dan pertuturan kanak-kanak dipengaruhi oleh perkembangan intelek, umur, pengaruh persekitaran, dan juga kematangan alat pertuturan. Apabila sampai pada peringkat umur tertentu kanak-kanak sudah boleh menuturkan perkataanperkataan, frasa, atau ayat mengikut tahap penguasaan bahasa mereka. Menurut Marilyn Friend (2005), masa yang paling kritikal dalam perkembangan bahasa dan pertuturan kanak-kanak adalah peringkat awal kanak-kanak. Beliau telah memberikan beberapa petunjuk penting perkembangan kanak-kanak normal seperti di bawah. Petunjuk perkembangan bahasa kanak-kanak : Umur Petunjuk perkembangan Umur 1 - Mengenal nama Sudah boleh menyebut dua hingga tiga perkataan tambahan kepadamama dan papa. Faham arahan mudah. Umur 1-2 : Faham perkataan tidak/ no. Guna sepuluh hingga dua puluh perkataan, termasuk nama. Menggabungkan dua perkataan Mak. Makan. Meniru bunyi binatang yang sudah biasa seperti lembu. Melambai-lambai selamat jalan Umur 2-3 : Mengenal anggota badan Guna dua perkataan dalam frasa negatif - tak mau, no want. Memahami konsep masa yang mudah - esok, semalam. Selesai masalah dengan bercakap, bukanya secara memukul atau menangis. Menyesuaikan tiga atau empat warna, tahu tentang kecil dan besar. Umur 3-4 : Sudah boleh bercerita Menguasai lebih kurang 1000 patah perkataan. Memahami makna kelmarin, makan tengah hari. Mula menurut arahan/perminatan Letak kasut di luar Umur 4-5 : Menguasai lebih kurang 1,500 patah perkataan

Mengenal pasti segi tiga, bulatan, atau segi empat. Boleh bercakap angan-angan - saya harap . Banyak menyoal, termasuk Mengapa..?

Umur 5-6 : Menguasai lebih kurang 2,000 patah perkataan Memahami hubungan ruang seperti atas dan belakang. Tahu alamat sendiri. Tahu perkataan antonim mudah seperti kecil besar Membezakan tangan kanan dan kiri tanpa bantuan. Menggunakan berbagai jenis ayat

2. Teori Pemerolehan Bahasa Teori Behavioris / Mekanis (B.F. SKINNER) Teori Behavioris menekankan kepentingan persekitaran dalam pembelajaran bahasa yang berlandaskan Teori Pelaziman Operan yang dipelopori oleh B.F.Skinner (1938). Menurut Skinner, pembelajaran bahasa kanak-kanak berlaku apabila ibu bapa atau ahli keluarga yang lain mengajar kanak-kanak bercakap dan memberi galakan dengan memberi ganjaran setiap kali kanak-kanak dapat meniru atau menyebut perkataan yang diajar itu. Ganjaran yang diberi adalah untuk mengukuhkan sesuatu perlakuan bahasa yang betul yang berjaya dilakukan oleh kanak-kanak. Di antara ganjaran yang diberikan adalah pujian seperti pandai, senyuman, ciuman, tepuk tangan, pelukan, dan lain-lain yang boleh merangsang kanak-kanak bercakap. B.F. Skinner juga mengatakan bahawa manusia secara semula jadi dilahirkan dengan keupayaan mempelajari bahasa. Keupayaan bertutur adalah satu bentuk perlakuan manusia yang dikenali sebagai perlakuan bahasa yang terbentuk berdasarkan prinsip Teori Behavioris iaitu; Rangsangan tindak balas Dalam mempelajari bahasa, persekitaran mempunyai pengaruh yang sangat penting terhadap kanak-kanak. Pengaruh rangsangan persekitaran dalam bentuk bahasa dan bukan bahasa akan membantu kanak-kanak menguasai bahasa dengan lebih cepat. Manakala peneguhan yang diberi akan merangsang kanak-kanak mengulang-ulang percakapannya.

Teori Mentalis/Innatis (NOAM CHOMSKY)

Teori ini dikemukakan oleh Noam Chomsky (1959) yang mengatakan bahawa pemerolehan bahasa berlaku secara mentalis. Menurutnya, kanak-kanak dilahirkan dengan alat pemerolehan bahasa yang bersifat universal. Melalui alat ini kanak-kanak berpotensi secara semula jadi untuk mempelajari bahasa apa sahaja Chomsky mendasarkan teorinya kepada satu hipotesis iaitu Hipotesis Nurani ( The Innateness Hypothesis) yang mengatakan bahawa otak manusia telah dipersiapkan secara semula jadi (genetik) untuk berbahasa. Otak manusia telah diperlengkapkan dengan struktur bahasa sejagat yang dikenali sebagai LAD ( Language Acquisition Device). Bagi menguatkan teorinya tentang LAD, Chomsky memberikan empat kenyataan iaitu; i. proses pemerolehan bahasa semua kanak-kanak boleh dikatakan sama; ii. proses pemerolehan bahasa ini tidak ada kaitannya dengan kecerdasan (anak yang IQ-nya rendah juga juga memperoleh bahasa pada masa dan cara yang hampir sama ); iii. proses pemerolehan bahasa tidak pula dipengaruhi oleh motivasi atau emosi kanakkanak ; dan iv. tatabahasa yang dihasilkan oleh semua kanak-kanak boleh dikatakan sama. Berkaitan dengan keupayaan sejadi (innate) kanak-kanak dalam mempelajari bahasa ibundanya, Chomsky memberikan tiga hujah berikut; i. wjujudnya unsur-unsur kesejagatan dalam sesuatu bahasa iaitu kesejagatan formal yang terdiri daripada ciri-ciri tatabahasa dan kesejagatan substantif yang berupa kategori-kategori tatabahasa; ii. bentuk-bentuk ujaran yang didengari kanak-kanak tidak akan diperolehinya tanpa keupayaan sejadi; dan iii. kanak-kanak boleh menguasai bahasa ibundanya dalam tempoh 4 hingga 5 tahun dan tanpa keupayaan sejadi bahasa itu tidak akan dikuasai.

Teori Kognitif (JEAN PIAGET) Teori Kognitif berlandaskan pandangan Piaget seorang ahli psikologi berbangsa Swiss. Menurut Piaget, perkembangan bahasa kanak-kanak berkait rapat dengan perkembangan mentalnya. Malah beliau berpendapat bahawa bahasa kanak-kanak itu adalah manifestasi penting daripada perkembangan mentalnya. Untuk memperoleh penguasaan bahasa seseorang kanak-kanak perlu melalui beberapa peringkat perkembangan kognitifnya. Peringkat pertama dikatakan sebagai peringkat deria-motor iaitu kanak-kanak berumur

dalam lingkungan 18 bulan hingga 2 tahun. Pada peringkat ini kanak-kanak membentuk skemata atau struktur kognitif hasil daripada interaksi yang aktif dengan persekitaran. Pengetahuan digambarkan dalam pelbagai bentuk simbolik. Dari umur 2 hingga 7 tahun, kanak-kanak memasuki peringkat tahap pemikiran praoperasi konkrit. Dalam peringkat ini penguasaan bahasa kanak-kanak semakin berkembang. Dalam lingkungan umur 4 tahun kanak-kanak sudah mula pandai bercakap dan boleh membentuk ayat serta memahami percakapan orang lain. Peringkat ketiga adalah operasi konkrit (7 12 tahun) iaitu sudah dapat menguasai beberapa kemahiran seperti hukum pengekalan, konsep hubungan, pengkategorian, dan persirian. Umur selepas 12 tahun dikatakan sebagai peringkat operasi formal. http://anuarsped.blogspot.com/2009/04/pengenalan-bahasa.html Teori Interaktionis (HALLIDAY) Teori ini mementingkan aktiviti komunikasi. Seseorang menghasilkan bahasa apabila dia memerlukannya. Sebagai contoh cikgu Zainal melakukan aktiviti lakonan agar muridnya berinteraksi antara satu sama lain dengan menggunakan bahasa. Perkembangan bahasa melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa. Melalui interaksi, terhasillah ayat penyata dan ayat perintah. Hasil interaksi yang dilakukan akan mempengaruhi kanak-kanak untuk mempelajari sistem bahasa. Pandangan ahli Interaksionalis

Kanak-kanak perlu didedahkan kepada interaksi linguistik bagi menggambarkan bentuk linguistik yang jelas dan tepat

Pandangan Dalam P&P

Sebagai satu alat berinteraksi dan ia melibatkan proses mental dan linguistik Mementingkan proses pembentukanhipotesis mengenai undang-undang bahasa dalam p&p Seseorang pelajar perlu menggunakanstruktur-struktur bahasa yang betul darisegi tatabahasa dan makna Guru perlu banyak memberi latihan kepada murid Menganggap penyampaian makna (semantik) penting namun struktur bahasa perlu berjalan serentak Ini membantu murid menggunakan sistem bahasa yang dipelajari dengan betu

Prinsip P&P Interaksionalis Penyampaian makna bermakna dalam komunikasi Pembelajaran bahasa merupakan proses mental dan linguistik P&P perlu penumpuan terhadap aktiviti yang bermakna

http://www.scribd.com/doc/3951911/TEORI-PEMEROLEHAN-BAHASA-1

3. Faktor-faktor yang mempengaruhi Pemerolehan bahasa. Kematangan

Faktor kematangan mempengaruhi perkembangan bahasa kanak-kanak. Setiap kanak-kanak mempunyai tahap perkembangan yang berlainan. Kematangan otak kanak-kanak yang berkembang dengan cepat dapat menguasai kemahiran bahasa. Mereka mempunyai kemahiran mendengar dan kemahiran pemprosesan maklumat yang baik, jadi mereka dapat mempelajari bahasa dan memahaminya dalam tempoh yang singkat. Sebaliknya, perkembangan otak kanak-kanak yang kurang matang atau tidak matang, kemungkinan besar tidak dapat menguasai kemahiran bahasa dan mempelajari dengan lebih lambat jika berbanding dengan kanak-kanak biasa.

Selain itu, perkembangan

perkembangan yang berlaku pada satu tahap juga akan kanak-kanak dan sedar bahawa untuk menyediakan

mempengaruhi tahap seterusnya. Oleh itu, ibu bapa perlu mengetahui tahap persekitaran, kegiatan dan rangsangan yang sesuai dengan kebolehan dan kesediaan anak mereka. Hal ini disebabkan jika perkembagan kanak-kanak diurus dengan baik, kematangan otak mereka dapat berkembang dengan normal dan tidak mempengaruhi mereka untuk menguasai kemahiran bahasa.

Persekitaran

Faktor-faktor

persekitaran

merangkumi

keluarga

dan

sekolah

yang

mempengaruhi pemerolehan bahasa. Keluarga merupakan lingkungan pertama dan utama yang memberikan landasan dasar bagi proses belajar pada lingkungan sekolah dan masyarakat. Lingkungan keluarga yang berpengaruh terhadap perkembangan belajar anak berupa fisik dan sosial psikologis. Lingkungan fisik dalam keluarga adalah keadaan rumah, tempat belajar, sarana prasarana di rumah dan suasana dalam rumah atau disekitar rumah. Sedang kondisi dan suasana sosial psikologis dalam keluarga menyangkut keutuhan keluarga, iklim psikolois dan iklim belajar serta hubungan antara keluagra.

Ibu bapa berperanan dan bertanggungjawab untuk membantu anak mereka dalam pemerolehan bahasa. Ibu bapa perlu sering mengajar dan melatih anak mereka bercakap dan membaca kerana ini dapat membantu kanak-kanak menguasai kemahiran bahasa dengan baik.

Lingkungan sekolah juga memegang peranan penting bagi perkembangan belajar kanak-kanak. Hal ini disebabkan, kanak-kanak mendapatkan pengetahuan lain yang lebih banyak dan kompleks di sekolah berbanding dengan keluarga. Lingkungan sekolah ini berupa lingkungan fisik sekolah dan lingkungan sosial. Lingkungan fisik meliputi linkungan sekolah, mempengaruhi pemerolehan bahasa kanak-kanak. Untuk sarana prasarana, sumber belajar, dan media belajar. Keadaan belajar di sekolah akan meningkatkan kemahiran bahasa kanak-kanak, pihak sekolah mestilah menyediakan suatu persekitaran pembelajaran bahasa yang selesa dan baik.

Kognitif Perkembagan otak yang tidak sempurna akan menyebabkan kognitif kanak-kanak terjejas. Perkembangan otak yang lebih lambat akan menyebabkan pemerolehan bahasa kanak-kanak kurang memuaskan. Biasanya disebabkan semasa dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar.

Menurut penemuan psikolinguistik kognitif, pemerolehan bahasa dan keupayaan membaca seseorang individu bermula sejak ia dilahirkan malah kanak-kanak sememangnya perkembangan telah mula belajar menulis sejak dari belajar peringkat menulis awal boleh mereka. Permulaan kanak-kanak

diperhatikan melalui tingkah laku mereka, isyarat (gesture), perbualan, cara mereka bermain dan contengan yang mereka lakukan membentukkan makna yang tertentu (Vygotsky, 1978). Menurut aliran ini membuktikan bahawa apabila seseorang individu itu dilahirkan dia terus berusaha untuk mempelajari dunia di persekitarannya melalui pancainderanya. Pengetahuannya tentang dunia di sekelilingnya itulah nanti akan menjadi dasar bagi dirinya untuk pemerolehan bahasa dan bacaannya.

4. Alat artikulasi

Alat-alat artikulasi adalah alat-alat atau organ-organ yang mempunyai peranan untuk berfungsi dalam mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa. Alat-alat artikulasi dapat dilihat seperti yang berikut:

1 2 3 4 Bibir atas Bibir bawah Gigi atas Gigi bawah 11 12 13 14 Tengah lidah Belakang lidah Akar lidah Epiglotis

5 6 7 8 9 10

Gusi Lelangit keras Lelangit lembut Anak tekak Hujung lidah Hadapan lidah

15 16 17 18 19 20

Pita suara Rongga tekak Rongga Hidung Rongga mulut Rahang Tenggorok

1. Lidah Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam penghasilan bunyi bahasa. Bahagian lidah terbahagi empat bahagian,iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah, dan belakang lidah. Selain itu, bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah memainkan peranan yang penting dalam penghasilan bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan, tengah dan belakang.

Hujung lidah merupakan bahagian yang paling berperanan dan boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan udara. Hal ini membolehkan lidah dapat membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi dengan adanya pembahagian-pembahagian ini.

1. Gigi

Gigi juga mempunyai peranan yang penting dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya pasif dan tidak aktif. Kedudukan gigi hanyalah statik dan kebiasaannya digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilanbunyi. Penampan aliran udara inilah yang telah menghasilkan bunyi.

1. Bibir Atas dan Bibir Bawah

Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar daripada rongga mulut. Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dibundarkan dan dihamparkan dan juga berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut. Kedua-dua bibir (atas dan bawah) dapat digerakkan, dihamparkan dan dibundarkan.

Misalnya,untuk menghasilkan bunyi b, w dan v. Apabila membunyikan bunyi [ i ] misalnya keadaannya menjadi terhampar, manakala jika menyembunyikan bunyi [ u ] bibir menjadi bundar. Bibir juga berfungsi dalam membuat sekatan kepada udarayang keluar daripada rongga mulut, untuk menyembunyikan bunyi [ m ] misalnya,udara disekat di bibir.

1. Gusi

Gusi merupakan bahagian yang terletak di antara gigi dan lelangit keras. Rupanya cembung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut. Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan. Gusi memainkan peranan dalam penghasilan bunyi-bunyi seperti bunyi [ t ], [ d ], [ l ] dan sebagainya dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan.

1. Lelangit

Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit lembut dan lelangit keras. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturun naikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulutakan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung. Justeru itu, alat artikulasi ini amat penting bagi menentukan sama ada bunyi yang dikeluarkan itu bunyi sengau ataupun tidak. Apabila lelangit lembut diturunkan, bunyi yang keluar adalah sengauan manakala jika dinaikkan, bunyi yang keluar bukanlah bunyi sengau.

1. Tulang Rahang

Tulang rahang juga terlibat dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa dalam menentukan kedudukan gigi dan bibir. Tulang rahang memainkan peranan utama kerana mulut akan terbuka luas jika rahang dibuka dan tertutup jika rahang ditutup.

1. Anak Tekak

Lokasi anak tekak terletak di bahagian belakang rongga mulut dan berhampiran dengan lelangit lembut (anak tekak bersambungan dengan lelangit lembut). Anak tekak berperanan sebagai alat artikulasi bersama dengan lelangit lembut khususnya dalam menentukan sama ada sesuatu bunyi yang hendak dikeluarkan itu bunyi sengau atau tidak. Di samping itu, anak tekak juga boleh digerak-gerakkan sama ada dinaikkan atau diturunkan.

1. Rongga Hidung

Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak.

1. Pita Suara Peta suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam penghasilan bunyi. Dalam peti suara, terdapat otot-otot selaput nipis yang dikenali sebagai pita suara. Pita suara terdiri daripada dua keping selaput yang boleh terbuka dan tertutup. Ruang di antara kedua-dua selaput digelar glotis. Apabila kedua-dua selaput itu dirapatkan, glotis akan menjadi sempit atau tertutup dan apabila diregangkan, ia menjadi luas. Sewaktu pernafasan biasa, pita suara direnggangkan supaya arus udara boleh melalui tanpa sekatan. Makna kata, dalam pernafasan biasa, glottis terbuka. Jikalau glotis dirapatkan serapat-rapatnya dan tekanan udara dari paru-paru yang kuat menyebabkan rapatan itu dilepaskan serta merta, terjadilah bunyi letupan pita suara. Tambahan lagi, jika glotis dirapatkan tetapi tidak menutup keseluruhan ruang, maka udara dari paru-paru dapat lalu. Jika laluan udara itu menggetarkan pita,bunyi yang dihasilkan disebut bunyi bersuara, misalnya [ a ]. Manakala jika pita suara tidak bergetar, bunyi yang dihasilkan dikatakan bunyi yang tidak bersuara,misalnya [s].

5. Masalah dalam Penguasaan Bahasa Mengingat Kembali Perkataan


Sesetengah murid akan mengalami masalah dalam mencari semula

perkataan. Mereka lemah dalam mengimbas kembali pengajaran yang telah diajar di dalam kelas. Selain itu, murid juga tidak dapat menjawab soalan secara spontan. Setiap kali guru perlu mengulangi arahan dan soalan secara berkali-kali agar murid dapat menjawab dan mengikut arahan guru. Fakta-fakta yang telah murid dengar juga sukar untuk mereka ingat selepas pengajaran. Hal ini demikian murid tidak dapat menyerap dan memahami fakta-fakta tersebut di dalam minda.
Murid juga mengalami kesukaran mengingati nama kawan-kawan dan

anggota keluarga serta menyenaraikan waktu dan tarikh.


Apabila ditanya soalan, murid akan menjadi kaku dan bisu.

Bahasa-bahasa yang diajar mudah dilupai oleh murid. Memahami Perkataan Pelbagai Makna Biasanya murid yang menghadapi masalah memahami perkataan pelbagai makna mempunyai kognitif yang rendah. Mereka mempunyai ingatan yang lemah terutamanya dalam kemahiran bahasa. Murid juga keliru dengan perkataan yang pelbagai makna dan tidak boleh menggunakan perkataan tersebut dengan betul. Menyatakan Sesuatu yang Abstrak Murid mengalami kesukaran membezakan sesuatu yang abstrak seperti perasaan. Keliru dan sukar membezakan perkara yang abstrak disebabkan oleh pemprosesan maklumat di dalam otak mereka. Menggunakan Ayat yang Betul dan Lengkap

Kesukaran murid dalam menghasilkan perkataan untuk menyampaikan sesuatu pandangan atau kesukaran memahami pertuturan dan mencari perkataan yang tepat semasa bertutur.
Murid suka memperbanyakkan penggunaan perkataan seperti apa

tu, err. Ucapan murid biasanya dituturkan dalam keadaan terbalik ataupun silap.
Mereka sering menterbalikan ayat, Cth: bapa topi. (topi bapa) serta

menambah dan mengurang sesuatu perkataan dalam ayat. Memberi Penjelasan Murid-murid sukar menjelaskan sesuatu dengan menggunakan bahasa. Merreka tidak dapat menggunakan bahasa (perkataan / frasa) yang betul untuk menjelaskan suatu konsep atau fakta. Murid-murid suka menjawab @ menjelaskan jawapan yang tidak setampil dengan soalan yang ditanya dan ketidakbolehan mereka dalam mengeluarkan penjelasan yang lengkap dan baik walaupun mengetahui jawapan tersebut. Mempelbagaikan gaya berkomunikasi
Semasa berkomunikasi, bukan bahasa sahaja aspek yang penting, gaya

berkomunikasi juga amat penting.


Pendengar yang berbeza status, perlu menggunakan gaya yang berbeza

supaya dapat berkomunikasi dengan berkesan.


Dalam aspek gaya berkomunikasi, ia juga merangkumi aspek pengunaan

bahasa.
Semasa berkomunikasi, perlu menunjukkan gaya yang berpatutan dan

menggunakan bahasa yang tepat.


Contohnya pada majlis rasmi, kita perlu menggunakan gaya yang formal

dan menggunakan bahasa yang lebih formal dan bersesuaian.

Menghasilkan mesej yang kompleks

Murid yang bermasalah dalam bahasa, tidak akan dapat menghasilkan

mesej yang kompleks. Mereka hanya dapat menyatakan suatu mesej yang ringkas. Contohnya saya mahu makan. Mereka tidak dapat menghasilkan mesej yang kompleks seperti melibatkan emosi, suatu yang abstrak, perasaan, suatu yang adjektif dan sebagainya. Di dalam suatu ayat mesej sukar merangkumi dua atau lebih makna. Memaklumkan sesuatu maklumat
Tanpa menggunakan bahasa, ia adalah mustahil untuk menyampaikan

suatu maklumat yang lengkap. Bahasa adalah penting dalam menyampaikan suatu maklumat. Contohnya, jika seorang penyampai ingin menyampaikan suatu suatu maklumat, penyampai perlu menggunakan bahasa yang betul supaya pendengar dapat memahami maklumat yang ingin disampaikan. www.keepandshare.com/doc/view.php?id=587498&da=y http://www.blogger.com/feeds/8212937574644113700/posts/default?startindex=26&max-results=25 Cheng Song Huat, Lai Choy. 2008. Kamus Perdana Edisi Ketiga. Selangor: United Publishing House (M) Sdn. Bhd. http://ain-sinarilmu.blogspot.com/2009/10/prinsip-prinsip-asas-intervensibahasa.html

6. Prinsip-prinsip Intervensi Bahasa Mempelajari perkara yang mudah kepada sukar Murid perlu diajar daripada perkara yang mudah kepada yang kompleks dengan dikaitkan dengan bahasa.
Guru memulakan intervensi bahasa dengan memperkenalkan perkataan

terlebih dahulu kepada murid. Kemudian diikuti dengan konsep atau peraturan membina ayat mengikut urutan perkembangan bahasa yang normal iaitu dari mudah kepada yang lebih sukar.

Mengajar perkataan asas kepada yang kompleks


Guru perlu mengajari muridnya penggunaan perkataan baru yang biasa

digunakan dahulu dan tingkatkan penggunaan dalam konteks yang lebih sukar, iaitu dari sedikit kepada banyak. Contohnya, guru mengajar murid dengan perkataan seperti bola, ayam, baju. Contoh-contoh tersebut adalah perkara yang paling biasa pada murid dan merupakan objek yang di sekitar mereka. Kemudian, guru bolehlah mengajar yang lebih kompleks seperti imbuhan dan perkataan yang lagi kompleks seperti perkataan majmuk.

Tajuk 2

Kemahiran Lisan

1. Definisi Kemahiran Lisan DEFINISI KEMAHIRAN LISAN Lisan adalah pertuturan atau percakapan. Apabila seseorang bertutur, ia bukan hanya melibatkan kemahiran bertutur sahaja tetapi juga melibatkan kemahiran mendengar. Ini bermakna kemahiran lisan merangkumi dua kemahiran penting iaitu mendengar dan bertutur. Bagi menguasai kemahiran lisan dengan baik, seseorang itu perlu menguasai kedua-dua kemahiran ini. Sebagai contoh, kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran akan mengalami masalah pertuturan juga. Malah bagi kes masalah pendengaran yang teruk (pekak), kanak-kanak tersebut tidak dapat bertutur langsung atau dikatakan sebagai bisu.
Mendengar:

Mendengar adalah kemahiran awal yang dikuasai oleh kanak-kanak dalam perkembangan pemerolehan bahasanya. Lundsteen (1979) telah mendefinisikan mendengar sebagai satu proses minda yang memberi makna kepada bahasa pertuturan. Berdasarkan definisi mendengar ini, Jalongo (1992) menyatakan bahawa kemahiran lisan melibatkan tiga perkara penting, iaitu: i. Pendengaran (Hearing) iaitu proses fisiologikal yang merangkumi ketajaman pendengaran atau keupayaan mendengar, dan persepsi pendengaran iaitu keupayaan untuk membezakan bunyi-bunyi,

mengadun bunyi-bunyi, dan menyimpan urutan bunyi dalam ingatan, ii. Mendengar (Listening) merupakan bentuk tingkah laku persepsi iaitu memberi tumpuan, menjadi peka, dan memilih petunjukpetunjuk isyarat (cues) daripada persekitaran, iii. Auding iaitu tingkah laku pemahaman yang bermula daripada pendengaran dan mendengar. Auding termasuklah memperoleh makna daripada apa yang diudengar, menghubungkan bunyi sesuatu yang sudah diketahui, menyusun, membayangkan, dan menghargai apa yang didengar.
Bertutur: Bertutur adalah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada

alat sebutan (artikulator) ,ia merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana berbahasa manusia ( Kamarudin Hj. Husin, 1978). Kemahiran bertutur dikuasai oleh kanak-kanak hasil daripada meniru atau mengajuk pertuturan orang dewasa di sekelilingnya. Rangsangan dan ganjaran yang diterimanya akan menggalakkannya mengulang-ulang perkataan yang disebutnya sehingalah ia dapat menguasai pertuturan yang lebih kompleks. Apabila kemahiran bertutur sudah dikuasai, kanak-kanak akan mula berinteraksi dengan orang lain di sekelilingya. Sebab itulah orang dewasa perlu menunjukkan model pertuturan yang baik kepada kanak-kanak bagi membolehkan mereka bertutur dengan berkesan.

2. Masalah Mendengar
Dikriminasi auditori menyebabkan sukar belajar menggunakan kaedah fonetik.

Ketidakupayaan membahagikan perkataan kepada suku kata atau bunyi. Tidak dapat membunyikan semula dan mengingati huruf dalam perkataan serta tidak boleh menyebut perkataan bermakna. Kesukaran memahami bunyi berurutan dan mengubah urutan huruf semasa menulis. 3. Strategi Mengatasi Masalah Mendengar 1. Membezakan bunyi: Mengenalpasti bunyi sama ada ia sama atau berbeza dengan bunyi yang lain:

i. Membeza bunyi suara manusia dengan bunyi yang lain. Kemahiran suprasegmental seperti nada panjang, pendek, tinggi, rendah kekuatan bunyi yang kuat dan perlahan mula dipelajari. Mengguna dua atau tiga benda maujud. ii.Membezakan bunyi bunyi binatang / kenderaan / benda yang mengeluarkan bunyi. Contoh, ayam kucing Nama ahli keluarga/anggota badan / binatang / tumbuhan / benda persekitaran (1 suku kata) bas, jam,pen,bom 1-2 suku kata mata, ibu dan ayah 1-3 suku kata kereta, kerusi, kelapa 1-4 suku kata matahari, serigala. 2. Mengecam bunyi/perkataan: Memahami bahawa setiap bunyi membawa maksud tertentu. Sudah mengenal objek yang diminta dan memahami arahan ringkas. Menggunakan 4 hingga 8 benda maujud / gambar bunyi binatang / kenderaan / benda yang mengeluarkan bunyi. Contoh: miaw, kok kok. Nama ahli keluarga / tumbuhan / benda persekitaran / anggota tubuh (1-2 suku kata), sama ada (1-3 suku kata) telefon, sama ada (1-4 suku kata) pembaris, matahari. Benda yang mempunyai 2 perkataan / frasa, contoh: surat khabar, cermin mata, baju kotor, pen biru, bola kecil dan lain-lain.

Sumber rujukan: http://anuarsped.blogspot.com/2009/04/kemahiran-lisan.html http://www.slideboom.com/presentations/93362/TERAPI-PERTUTURAN http://www.slideboom.com/presentations/93684/Disleksia 4. Masalah Bertutur 1. Auditori Visual Visual dan pemprosesan pendengaran adalah proses pengakuan dan menafsirkan maklumat yang diambil dalam melalui indera penglihatan dan suara. Istilah, pemprosesan "visual dan pendengaran" dan "persepsi visual dan pendengaran", seringkali digunakan bergantian. Meskipun ada banyak jenis persepsi, dua bidang paling umum dari kesulitan terlibat dengan ketidakmampuan belajar visual dan persepsi auditori. Karena begitu banyak maklumat di kelas dan di rumah disajikan secara visual dan / atau secara lisan, anak dengan gangguan pendengaran atau persepsi visual dapat di kedudukan

yang kurang menguntungkan dalam situasi tertentu. Maklumat berikut ini menggambarkan dua jenis gangguan, implikasi pendidikan mereka, beberapa intervensi dasar dan apa yang harus dilakukan jika ada masalah disyaki. Visual pemprosesan gangguan Sebuah pemprosesan visual, atau persepsi, gangguan merujuk pada kemampuan terhalang untuk memahami maklumat yang diambil melalui mata. Hal ini berbeza dari masalah yang melibatkan penglihatan atau ketajaman visi. Kesulitan dengan pemprosesan visual mempengaruhi bagaimana maklumat visual diinterpretasikan, atau diproses oleh otak. 2. Auditori Memori Memori auditori adalah kemampuan untuk memproses maklumat yang disajikan secara lisan, menganalisis secara mental dan menyimpannya menjadi ingatan kemudian. Mereka yang mempunyai kapasiti yang kuat untuk memori pendengaran disebut pelajar pendengaran. Kemampuan untuk belajar dari arahan lisan dan penjelasan adalah kemahiran asas yang diperlukan sepanjang hidup. Kanak-kanak dengan kemahiran belajar lemah pendengaran sering mengalami kesulitan memahami apa ertinya kata-kata, dan boleh menunjukkan pemahaman yang tertunda bahasa. Hal ini kerana phonics memerlukan memori jangka pendek pendengaran bagi kanak-kanak untuk mengingati kata dan sepotong suara mereka bersama-sama untuk membentuk kata-kata. Selanjutnya, kerana ramai anak-anak menghadapi, masalah dengan belajar auditori ini, cenderung kepada memakan masa yang lebih lama untuk belajar membaca, dan penangguhan ini dapat dinampak pada kemudian hari dengan mengahadapi masalah membaca dan kemahiran menulis.

5. Strategi Pengajaran-Pembelajaran Bertutur Latih tubi Teknik latih tubi adalah merupakan pengulangan fakta- fakta atau kecekapan yang diajar. Tujuannya teknik ini diajar ialah untuk mencapai taraf kemahiran tersebut atau untuk melekatkan sesuatu perkaitan supaya menjadi kekal. Teknik ini perlu dielakkan dalam pengajaran mata pelajaran sains atau mata pelajaran yang bercorak kemasyarakatan, kerana latih tubi dalam mata pelajaran ini akan menggalakkan hafalan. Amat sesuai untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti melukis peta, menyebut perkataan, atau mengingat fakta-fakta yang terpenting .Terdapat beberapa kelemahan dalam menggunakan teknik latih tubi ini antaranya ialah mengehadkan

kebebasan berfikir dan daya kreatif murid dalam sesuatu tugasan dan mungkin akan menimbulkan satu situasi yang sangat membosankan kepada murid-murid. Seterusnya ialah maklumat yang diberikan adalah bersifat tidak kekal sekiranya tidak digunakan secara berterusan. Kelemahan yang seterusnya ialah akan menjadikan pembelajaran sebagai satu tindakan mekanikal. Soal jawab Strategi soal jawab merupakan strategi yang berpusatkan pelajar iaitu berfokuskan kepada bentuk-bentuk komunikatif seperti meminta maaf, bercerita, melapor dan lainlain. Situasi ini berlaku dalam amalan masyarakat sehari-hari. Melalui pendekatan ini, penekanan tentang penyerapan bentuk gramatikal adalah bagi tujuan komunikasi. Pendekatan ini wujud disebabkan didapati pendekatan yang lain lebih mementingkan penguasaan bahasa pada peringkat membina ayat-ayat yang betul secara pencilan yang terkeluar daripada konteks wacana. Hasilnya, pelajar tidak menguasai kecekapan berkomunikasi. Dalam pendekatan komunikatif ini, beberapa prinsip perlu dipatuhi oleh guru agar pelajar dapat menggunakan bahasa yang betul dalam berkomunikasi antaranya ialah murid perlu mengetahui aktiviti yang dilakukan dan guru haruslah merancang terlebih dahulu aktiviti agar murid mengunakan bahasa dalam berkomunikasi. Nyanyian Strategi ini merupakan strategi yang berpustkan pelajar iaitu menyerapkan bahasa yang hendak diajar kepada lyric music yang digemari oleh murid. Ini dapat membolehkan murid lebih mengingati tentang pengajaran yang diajar seterusnya lebih berfokus kepadan apa yang diajar. Strategi ini juga dapat mengukuhkan peringatan murid . Choral Speaking Berbicara merupakan kompetisi paduan suara yang diadakan oleh kementerian pendidikan. kompetisi ini bertujuan untuk menggalakkan dan meningkatkan penggunaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar. Hal ini membangun rasa percaya diri pelajar untuk bercakap, membuat, menghafal dan exprss dalam Bahasa Inggeris Speaking gabungan suara adalah tafsiran puisi atau menimbulkan kumpulan-kumpulan, yang terdiri dari apa pun dari setengah lusin hingga seratus speaker. Ini melibatkan penggunaan penuh dan bervariasi dari suara individu membentuk kumpulan. Kemungkinan pembahagian kumpulan suara utuh ke dalam terang dan gelap, lantang dan tidak lantang, lelaki dan perempuan,dan sebagainya. Individu suara mungkin digunakan sebagai solo. Perbualan Aktiviti perbualan kebiasaannya dilakukan berdasarkan sesuatu tajuk.

Teknik perbualan bertujuan melatih murid berkomunikasi secara sosial seperti berbual melalui telefon. Perbualan hendaklah berkisar tentang perkara yang berlaku dalam kehidupan mereka setiap hari. Murid-murid boleh diminta bercakap tentang ibu atau bapa, kawan, hobi, permainan, dan sebagainya. Perbualan boleh berlangsung antara guru dengan murid atau sesama murid. Tajuk yang guru tetapkan hendaklah sesuai dengan pengalaman murid supaya mereka dapat berbual tentang tajuk itu. Guru menjalankan aktiviti perbualan sebaik-baiknya berdasarkan sesuatu tajuk. Kemungkinan tidak semua murid akan dapat peluang berbual dengan guru tersebut, oleh kerana itu bolehlah guru menyusun atau meminta murid-murid sendiri memilih kawannya. Dalam masa perbincangan dengan guru, tidak semestinya murid itu sendiri yang menceritakan hal dirinya atau keluarganya atau lain-lain mengikut tajuk yang telah ditetapkan tetapi murid yang dilawan berbual itu akan menceritakan semula apa yang telah diceritakan oleh rakan bualannya itu. Ketika murid bercerita atau selesai bercerita, guru menyusun strategi: 1. Guru menyenaraikan isi-isi yang telah disebutkan oleh murid-murid dalam perbualan itu. 2. Pilih satu daripada isi penting yang terdapat dalam senarai itu untuk dibincangkan dengan secara lebih mendalam. Sebaiknya guru merancang tajuk dan jika tajuk itu tidak disebut oleh murid, guru bolehlah kemukakan soalan yang boleh menerbitkan tajuk yang dirancangkan itu.

Puppet Teknik Boneka dikenali juga sebagai teknik patung atau puppet. Teknik ini adalah antara teknik yang sangat digemari oleh kanak-kanak kerana pergerakan boneka dan dialog dalam lakonan boneka ini sangat menarik dan menghiburkan. Ada kanak-kanak berkeperluan khas yang pendiam tetapi akhirnya mahu bercakap setelah gurunya menggunakan boneka untuk bercakap dengannya dan dia juga menggunakan boneka untuk menjawab soalan guru tadi. Guru boleh menyediakan berbagai-bagai jenis boneka seperti boneka kayu, boneka sarung tangan, boneka tali, boneka piring dan sebagainya. Namun, boneka yang dibuat oleh murid sendiri adalah lebih bermakna kepada mereka. Bagi mencapai objektif pengajaran lisan, guru hendaklah memberi peluang muridnya bercakap atau berlakon dengan menggunakan boneka sesama mereka. Pemintal Lidah

Latih tubi pemintal lidah sangat penting untuk melatih kanak-kanak menyebut sesuatu bunyi dengan betul dan tepat. Latih tubi jenis ini hanya menumpukan kepada bunyi tertentu yang menjadi masalah kepada kanak-kanak menyebutnya. Contoh: a) Masalah menyebut fonem /p/ Pandang pandan tepi pagar depan padang b) Masalah menyebut fonem /s/ di awal perkataan ( contoh yang sangat popular digunakan dalam bahasa Inggeris) She sells sea shells at the sea shore. The shells she sells are sea shore shells.

http://iptaa.edu.my/Portal/download/Bahasa%20Melayu%20Pend %20Rendah/ModulPGSRBMM3104/2.pdf Tajuk 3 Kemahiran Membaca

1. Definisi dan Konsep Membaca 2. Kesediaan Membaca Definisi Kesediaan Membaca situasi yang wujud dalam diri seseorang individu yang memungkinkannya untuk belajar atau mungkin melibatkan ciri-ciri yang menghalang pembelajarannya. Konsep Kesediaan Membaca Kemampuan seseorang untuk menerima pengajran dari segi mental, emosi dan fizikal. Mengikut Bruner (1966), kesediaan belajar merujuk kepada apa jua perkara yang dapat disampaikan secara berkesan kepada kanak-kanak pada bilabila peringkat perkembangan. Piaget (1966) mengaitkan kesediaan belajar dengan peringkat pembelajaran mengikut perkembangan kognitif kanak-kanak iaitu peringkat deria motor (0-2 tahun), peringkat pra-operasi (2-6 tahun), peringkat operasi konkrit (712 tahun) dan peringkat operasi formal (selepas 12 tahun).
Secara luas, kesediaan membaca melibatkan sebarang aktiviti sebelum sesuatu

peringkat bacaan dimulakan, sama ada di peringkat mendirikan asas, mengukuhkan asas mahupun peringkat-peringkat lain yang lebih tinggi.

Secara khusus, iaitu untuk kanak-kanak yang belum didedahkan dengan sebarang aktiviti bacaan, kesediaan membaca merangkumi kebolehan fizikal, emosi dan mentalnya untuk menerima pengajaran bacaan asas. Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kesediaan Membaca Kematangan Kematangan ialah salah satu daripada faktor kesediaan pembelajaran.Kematangan boleh merupakan kematangan fizikal, kematangan intelek, kematangan sosial dan kematangan emosi. Kesemua sifat-sifat ini memang sedia ada di dalam diri setiap pelajar. Ia merupakan faktor-faktor asas yang mempengaruhi proses pembelajarannya. Pengalaman Kesediaan murid untuk belajar di sekolah bukan sahaja bergantung kepada kematangan, tetapi juga jenis pengalaman pendidikan. Pengalaman yang disusun rapi dapat menolong kanak-kanak mempunyai kesediaan yang teratur dalam mata-pelajaran tertentu. Persekitaran Persekitaran yang intelektual yang memberi pengalaman-pengalaman bermakna akan dapat merangsang otak dan menimbulkan minat membaca. Sebagai contoh, kanak-kanak yang terdedah dengan pelbagai jenis bahan bacaan sejak lahir, sentiasa melihat orang di sekeliling membaca dan ada pula orang yang membacakan buku cerita untuknya akan lebih cepat bersedia membaca berbanding dengan kanak-kanak sebayanya yang tidak mendapat peluang yang sama. Keadaan fizikal Keadaan fizikal merujuk kepada keadaan mata, telinga, dan organ pertuturan yang sempurna. Emosi, motivasi, dan sahsiah Keadaan rumah tangga dan cara asuhan akan mempengaruhi perkembangan emosi, motivasi, dan sahsiah kanak-kanak. Dorongan yang diberikan oleh ibu bapa boleh mempengaruhi sikap membaca kanak-kanak. Kecerdasan Kecerdasan dan perkembangan kognitif kanak-kanak sangat mempengaruhi kemahiran membaca kanak-kanak. Kanak-kanak yang cerdas akan dapat

menguasai kemahiran membaca dengan lebih cepat berbanding dengan kanakkanak lain yang sebaya dengannya. Pengamatan Kemahiran membaca memerlukan keupayaan pengamatan yang kuat, iaitu daya diskriminasi penglihatan dan pendengaran. Semasa membaca, kanak-kanak perlu mendiskriminasi huruf dan juga mendiskriminasi bunyi-bunyi huruf. Penguasaan Bahasa Kanak-kanak yang menguasai bahasa dengan baik akan dapat belajar kemahiran membaca dengan cepat dan dapat membaca dengan baik kerana bahasa adalah alat manusia melahirkan fikiran, perasaan, kehendak, dan sebagainya semasa berkomunikasi. Faktor-faktor yang Menghalang Kesediaan Membaca Konsep kematangan mental Gangguan kepada mental akan mengakibatkan masalah kepada kebolehan membaca Aspek Kemahiran Kesediaan Membaca Bagi kanak-kanak yang belum didedahkan dengan dengan aktiviti bacaan, kesediaan membaca merangkumi, Kebolehan fizikal Keupayaan alat-alat sebutannya menghasilkan bunyi-bunyi yang akan diajarkan. Kebolehan emosi Minatnya terhadap bahan-bahan bacaan terutama buku cerita dan akan mendengarnya. Kebolehan mental Keupayaannya mengingat apa-apa yang akan diberitahu

Sumber Maklumat: http://www.scribd.com/doc/12950789/konsep-kesediaan-membaca http://dadwayne.blogspot.com/2010/03/pengajaran-kemahiran-bahasa-melayu_19.html http://www.scribd.com/doc/19688863/Konsep-kesediaan-membaca

http://ms.wikipedia.org/wiki/Teori_pembelajaran_dan_pengajaran http://www.scribd.com/doc/20747438/BONEKA-SIAP

3. Faktor-faktor yang mempengaruhi Kemahiran Membaca Kognitif Kecerdasan dan perkembangan kognitif kanak-kanak sangat mempengaruhi kemahiran membaca kanak-kanak. Kanak-kanak yang cerdas akan dapat menguasai kemahiran membaca dengan lebih cepat berbanding dengan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya. Kemahiran membaca memerlukan keupayaan pengamatan yang kuat, iaitu daya diskriminasi penglihatan dan diskriminasi pendengaran. Semasa membaca kanakkanak perlu mendiskriminasi huruf dan juga mendiskriminasi bunyi-bunyi huruf. Oleh itu, kanak-kanak yang lebih mahir dalam bahasa dapat mempengaruhi kemahiran membacanya. Kanak-kanak yang menguasai bahasa dengan baik akan dapat belajar kemahiran membaca dengan cepat dan dapat membaca dengan baik kerana bahasa adalah alat manusia melahirkan fikiran, perasaan, kehendak ,dan sebagainya semasa berkomunikasi. Persekitaran Persekitaran yang intelektual yang memberi pengalaman-pengalaman bermakna akan dapat merangsang otak dan menimbulkan minat membaca serta meningkatkan kemahiran membaca mereka. Misalnya mendengar cerita, lawatan ke perpustakaan atau ke kedai buku, ibu bapa yang kerap berbual dengan anak mereka, dan sebagainya. Keadaan rumah tangga yang dan cara asuhan akan mempengaruhi perkembangan emosi, motivasi, dan sahsiah kanak-kanak. Dorongan yang diberikan oleh ibu bapa boleh mempengaruhi sikap membaca kanak-kanak. Dengan ini, secara tidak langsungnya mempengaruhi kemahiran membaca kanak-kanak. Persekitaran rumah banyak memainkan peranan dalam menguasai kemahiran membaca. Ini termasuklah tahap pendidikan ibu bapa, kegiatan sosio budaya, pendapatan, kestabilan sosio-ekonomi, corak interaksi dan komunikasi ke atas pembelajaran.

Ahli keluarga khususnya ibu bapa dan adik-beradik yang lebih tua merupakan role model dalam membina tingkah laku, tabiat dan sikap suka membaca dalam kalangan kanak-kanak. Oleh itu, rumah yang diisi dengan majalah, surat khabar dan buku mempunyai dorongan untuk meningkatkan kemahiran membaca anak-anak. Persekitaran sekolah juga boleh mempengaruhi kebolehan membaca kanak-kanak. Sekolah yang menyediakan persekitaran yang sesuai bagi membaca boleh memberikan kesan psikologi kepada pelajar supaya gemar membaca dan meningkatkan kemahiran membaca. Peranan guru dalam mengendalikan bilik darjah banyak mempengaruhi kemahiran membaca murid, termasuklah : a. b. c. d. e. f. Pemilihan bahan Jenis soalan yang ditanya Jenis maklum balas yang diberi Suasana pembelajaran Dorongan Pengukuhan yang digunakan.

Apabila bahan bacaan yang dibaca oleh pelajar menarik minatnya, ini memberikan respon yang positif dan mudah baginya memberikan tindak balas. Dengan ini, mereka dapat menguasai kemahiran membaca. Budaya Budaya dikaitkan dengan tingkah laku dan kebudayaan yang dihasilkan oleh kumpulan budaya itu seperti seni, bahasa, muzik, makanan, aktiviti membaca dan sebagainya. Pihak sekolah yang menitikberatkan budaya membaca dapat mempengaruhi kemahiran membaca murid-murid. Budaya ini diamalkan pada setiap guru dan murid agar peningkatan berlaku. Misalnya, setiap hari pada waktu 10 minit sebelum kelas bermula, guru mengalakkan murid membaca bahan bacaan dan semakin lama budaya ini boleh mempengaruhi kemahiran membaca murid. Sosioekonomi Sosioekonomi lebih ditujukan kepada tanggungjawab ibu bapa. Pendapatan ibu bapa berkait rapat dengan pembelajaran kanak-kanak termasuklah kemahiran membaca mereka. Sememangnya, keluarga yang lebih berpendapatan boleh menyediakan kemudahan yang mencukupi untuk meningkatkan kemahiran membaca anak mereka. Misalnya, memberi tuition, membeli buku rujukan, membeli alat elektronik yang mengajar pembacaan, prasarana dan suasana yang selesa untuk membaca dan lain-lain lagi. Semua ini dapat meningkatkan kemahiran membaca anak-anak. Bahan Rujukan: http://cikguhaidi.wordpress.com/2009/10/15/strategi-pengajaran-dan-pembelajaranbahasa-melayu-part-5/

http://anuarsped.blogspot.com/2009/04/tajuk-5-kemahiran-membaca-pengenalan.html

4. Masalah dalam Membaca PENGENALAN Masalah membaca di kalangan murid sekolah bukanlah perkara luar biasa lagi walaupun mereka telah mengikuti pembelajaran bacaan terutamanya dalam pelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu. Kemahiran membaca adalah merentas semua mata pealajaran dan kelemahan dalam kemahiran membaca akan menyebabkan pencapaian rendah dalam pelajaran di sekolah . Adalah menjadi tugas guru mengesan kelemahan membaca muridnya dan seterusnya menjalankan pengajaran pemulihan bacaan dengan segera. Berbagai-bagai kaedah dan teknik mengajar bacaan boleh digunakan oleh guru untuk mengajar bacaan. Kaedah dan teknik mengajar bacaan yang digunakan oleh guru hendaklah sesuai dengan kebolehan membaca murid. Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan jenis kesalahan bacaan, punca masalah membaca, dan seterusnya kaedah-kaedah mengajar bacaan Bahasa Melayu. Bagi mengajar kanak-kanak berkeperluan khas, guru hanya perlu sesuaikan kaedah-kaedah ini dengan keupayaan murid-murid. Masalah Bacaan Masalah bacaan di kalangan pelajar sekolah sekarang mendapat perhatian umum. Kerisauan tentang masalah ini bukan hanya pada ibu bapa dan guru-guru sahaja malah sudah hingga ke peringkat pemimpin tertinggi negara . Berbagai-bagai usaha telah dilaksanakan di peringkat sekolah, daerah, negeri, dan peringkat nasional. Satu usaha terbesar yang dilaksanakan adalah KBSR yang bermatlamatkan kecemerlangan pendidikan sekolah rendah, dan diikuti dengan KBSM di sekolah menengah. Namun selepas fasa pertama KBSM,didapati ramai pelajar kita yang masih gagal menguasai 3M. Hakikat ini diakui dalam seminar Kebangsaan KBSR pada 1989 yang merumuskan; Pelaksanaan Program Pemulihan dan Pengayaan dalam kelasKBSR tidak mencapai tahap yang dijangkakan menyebabkan terdapat sebilangan kanak-kanak tidak dapat menguasai kemahiran asas 3M hingga ke peringkat tahap II persekolahan rendah dan di peringkat persekolahan menengah. Keadaan ini amat menakutkan apabila semakin ramai pelajar kita yang gagal membaca

walaupun sudah memasuki sekolah menengah. Sebagai usaha untuk memulihkan masalah bacaan murid di sekolah randah, Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan pprogran Kelas Intervensi Membaca dan Menulis atau KIA2M. Jenis Masalah Bacaan Masalah bacaan yang dihadapi oleh kanak-kanak dapat dilihat melalui aktiviti bacaan nyaring, manakala aktiviti bacaan senyap hanya dapat dilihat melalui aspek bacaan kefahaman. Antara masalah bacaan yang dihadapi oleh kanak-kanak adalah seperti berikut: a) membuang/meninggalkan (omission) Bunyi huruf, perkataan, dan imbuhan ditinggalkan ketika membaca, misalnya buah disebut uah, kering disebut kerin. Perkataan dalam ayat juga kerap ditinggalkan semasa membaca, seperti; Buku itu sangat tebal. dibaca sebagai Buku itu tebal. Manakala meninggalkan imbuhan adalah seperti mengandungi disebut mengandung dan sebagainya. b) Ulangan (repetition) Mengulang-ulang perkataan atau suku kata semasa membaca dan perbuatan mengulang ini bukan disebabkan oleh masalah gagap. c) Gantian (substitute) Menggantikan huruf atau perkataan dalam ayat yang dibaca, misalnya ladang disebut lalang. Manakala terdapat perkataan yang digantikan dengan perkataan lain sehingga boleh mengubah maksud ayat. d) Tambahan (insertion) Bunyi huruf atau perkataan ditambah semasa membaca, misalnya buah disebut buwah. Manakala penambahan perkataan berlaku seperti berikut; Saya suka makan rojak. dibaca sebagai Saya sangat suka makan rojak. e) Pembalikan (reversals) Huruf, perkataan, atau frasa dibaca secara terbalik atau songsang. Contoh ; Bala disebut laba, manakala pembalikan perkataan dalam ayat berlaku apabila perkataan diubah kedudukannya, contoh: Dia makan nasi dibaca sebagai Dia nasi makan, dan begitu juga dengan pembalikan frasa. f) Tidak kenal huruf

Masalah tidak kenal huruf merupakan punca utama kebanyakan kanak-kanak gagal membaca dengan baik. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak akan menyebut sesuatu huruf sesuka hati atau dengan meneka sahaja dan menjadikan perkataan itu tidak bermakna atau berlainan makna. g) Salah sebutan Salah sebutan terjadi akibat kanak-kanak tidak mengenal huruf atau tidak tahu membunyikan sesuatu huruf sehingga sesuatu perkataan tidak bermakna lagi dalam konteks ayat berkenaan. Kesalahan-kesalahan di atas boleh mengubah makna perkataan atau ayat yang dibaca dan perlu diberi perhatian oleh guru untuk mengatasinya. Selain itu, guru juga perlu memerhati tingkah laku yang ditunjukkan semasa murid membaca yang boleh menunjukkan murid itu bermasalah dalam bacaan.Antara tingkah laku yang kerap ditunjukkan adalah seperti berikut: a) membatang suku kata terlebih dahulu sebelum dapat menyebut seluruh perkataan, b) bacaan tersekat-sekat iaitu perkataan demi perkataan dan tidak lancar, c) teragak-agak (hesitation) - teragak-agak bermaksud berhenti sejenak sebelum menyebut sesuatu perkataan ketika membaca disebabkan kanak-kanak tidak pasti akan bacaannya, d) membaca terlampau cepat atau gopoh tanpa menghiraukan tanda bacaan, e) membaca terlampau lambat atau merangkak-rangkak, f) menunjuk perkataan dengan jari ketika membaca, g) tingkah laku yang tidak selesa seperti mengejip-ngejip mata, mengerut dahi, menggeleng kepada, dan sebagainya, h) Suara terlalu perlahan dan tidak jelas atau blurring, i) kedudukan mata terlalu dekat dengan bahan bacaan, j) cuba mengelak daripada aktiviti membaca, dan k) tidak boleh membaca langsung. Guru mestilah peka dengan petunjuk-petunjuk tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid-muridnya kerana tingkah laku tersebut menunjukkan murid berkenaan menghadapi masalah dalam bacaan. Lemah daya ingatan Ingatan di otak kadang kala mendatangkan masalah seperti sel-sel di otak tidak dapat berhubung antara satu sama lain. Ia mungkin juga disebabkan oleh kecederaan yang

pernah di alami oleh pesakit samaada kemalangan mahupun kecederaan terhantuk benda yang keras. Simptom: 1. Semakin lemah daya ingatan/ lupa 2. gagal mengenalpasti objek 3. Masalah emosi seperti kemuringan dan depresi 4. Rasa janggal di tempat yang biasa dilawati 5. Hilang kemampuan jasmani 6. Tidak mengendahkan kebersihan diri 7. Tidak berminat dengan pelajaran/ pekerjaan Faktor-faktor penyebab: 1. kecederaan kepala 2. Penyakit tarik sawan 3. Trauma 4.Genetik 5. Pemakanan Menambah perkataan -Tertinggal atau menambah perkataan semasa membaca -Penambahan seperti bulan-bulangikan-ikang dan sebagainya Mengulang perkataan -semasa membaca berulang-ulang perkataan dalam sesuatu ayat Mengeja semasa membaca -Teragak-agak semasa membaca -Menunjuk teks bacaan dengan jari ketika membaca -Tidak berupaya membaca ayat yang panjang ~ was-was dan kurang yakin salah atau betul. -Kemajuan pembacaan yang lemah

5. Kaedah Membaca Kaedah bunyi

1. Kanak-kanak seawal usia 3 tahun dapat mengecam dan membezakan bunyi-bunyi dan bentuk-bentuk pada usia ini. Oleh itu dengan teknik yang betul anak-anak dapat mengenal bunyi dan mengaitkan bunyi tersebut dengan bentuk huruf yang ditunjukkan dengan cepat. 2. Anak-anak dapat menyebut bunyi aa apabila melihat huruf a (nama huruf ei) dan bunyi ii apabila melihat huruf e. Sehubungan itu, apabila anak-anak melihat huruf ani, dia akan menyebut bunyi aa nn ii (iaitu bunyi ani) bukannya ei en ai (bunyi enai). 3. Beberapa teknik mengajar bunyi boleh dilakukan oleh ibu bapa tetapi kaedah asosiasi adalah yang terbaik. Melalui kaedah asosiasi, bunyi aa tersebut boleh dikaitkan dengan aksi terkena api. Jadi buat aksi orang terkena api sambil menjerit aaaaaaa panasnya! Melalui asosiasi ini anak dapat mengingat dan menyebut bunyi dengan lebih berkesan, cepat dan berkekalan. Guru tidak perlu memperkenalkan semua bunyi sekaligus dan hanya beberapa bunyi asas terlebih dahulu. Sila dapatkan siri cepat membaca Bacalah Anakku yang telah disusun secara sistematik dalam pemilihan bunyi-bunyi huruf yang sesuai terlebih dahulu. Dengan mengikut susunan siri ini, anak dapat menguasai bunyi dengan lebih teratur dan berkesan. Oleh sebab laras bahasa Melayu terbina daripada gabungan huruf konsonan dengan huruf vokal a i dan u lebih kerap, wajarlah bunyi-bunyi a i u diperkenalkan dahulu. Lebih-lebih lagi bunyi-bunyi ini lebih senang disebut oleh kanakkanak. Seterusnya bunyi-bunyi konsonan lain diperkenalkan satu persatu , contohnya b n m s dan k. Seterusnya, dengan berpandukan siri cepat membaca Bacalah Anakku, ajar anak-anak membaca gabungan huruf konsonan dan vokal yang diajarkan , contohnya b dan a i dan u untuk membaca ba bi dan bu. Melalui kaedah fonetik, anak-anak tidak akan mengeja ba menjadi ba ; tidak juga menghafal suku kata ba; tetapi mereka membaca dengan menggabung-gabungkan bunyi beh (bagi huruf b) dan aa (bagi huruf a). http://readnetwork.com/index.php?option=com_content&view=article&id=148:ajar-anakanda-membaca-bagaimana-menggunakan-kaedah-fonetik-bahagian1&catid=57:tips&Itemid=30

Kaedah fonik 1. Menurut Azman Wan Chik, kaedah fonik adalah untuk mengajar murid melihat hubungan antara simbol (huruf) dengan bunyi supaya kemudian mereka dapat membaca (membunyikan) perkataan-perkataan baharu yang mereka jumpa.

2. Bunyi-bunyi huruf diajar. Ertinya lambang huruf terus dikaitkan dengan bunyinya. Contoh : a dibunyikan aaaa.., u dibunyikan uuuu.. 3. Setelah tahu hubungan tiap-tiap huruf dengan bunyinya, suku kata pula dibina. Misalnya, ba, da, tu dan sebagainya. 4. Seterusnya, digabungkan suku kata ini menjadi perkataan seperti baba, batu, ibu dan sebagainya. Kaedah abjad 1. Menurut Azman Wan Chik (1993), kaedah abjad dianggap sebagai kaedah namanama huruf yang digunakan di dalam tulisan Melayu iaitu A, B, C, hingga Z. 2. Murid-murid diajar menghafal nama-nama huruf secara mengikut turutan bermula dari A hingga Z. 3. Teknik pengajaran dimulakan dengan guru menunjukkan kad abjad kepada murid dan guru menyebut terlebih dahulu abjad-abjad tersebut untuk memperkenalkannya kepada murid. 4. Kemudian, sekali lagi guru menunjukkan kad-kad abjad tersebut dan meminta murid untuk mengenalpasti dan menyebut abjad-abjad yang ditunjukkan dengan bantuan guru. 5. Guru membetulkan setiap kesilapan sebutan murid sewaktu kad-kad abjad ditunjukkan. 6. Proses ini diulang sehingga murid mampu mengenalpasti dan menulis abjad-abjad yang telah diajar. 7. Seterusnya, guru melekatkan kad-kad abjad tersebut di papan hitam. Guru akan memilih murid secara rawak dan meminta murid tersebut mengambil kad kad di papan hitam berdasarkan apa yang disebut oleh guru. 8. Selepas itu, murid diminta membuat latihan bertulis dalam buku masing-masing. Guru akan menyebut abjad manakala murid perlu mendengar dengan teliti dan menulisnya dalam buku. http://cikgufais.wordpress.com/2009/09/10/kaedah-pengajaran-bacaan/

Kaedah seluruh/seluruh perkataan/pandang dan sebut Menyebut keseluruhan perkataan tanpa mengeja menurut suku kata. Pengajaran membaca adalah berdasarkan perkataan-perkataan yang biasa (sight words) diguna seharian yang membentuk kebanyakan pertuturan kita seperti saya, makan, lari, main, emak, bapa dan sebagainya.

Perkenalkan beberapa perkataan dahulu dan diulang-ulang menyebutnya. Kebiasaannya perkataan tersebut disertakan gambar dan adalah diandaikan

yang murid belajar secara pandang (visual). Kaedah ini tidak menggunakan aktiviti mengeja sama sekali. Sekiranya murid tidak dapat menyebut perkataan tertentu, guru digalak menggunakan fonik atau bunyi huruf, iaitu menghubungkan satu huruf dengan satu bunyi untuk membantu pelajar menyebut perkataan tersebut. Misalnya bagi perkataan rumah, guru boleh membantu murid dengan menyebut bunyi huruf r iaitu [ r ] dan kalau perlu membunyikan suku kata [ ru ]. Dasar kaedah ini ialah menggunakan perkataan dari mulanya tanpa mengenalkan dan menghafalkan huruf-huruf abjad terlebih dahulu. Perkataan-perkataan yang diperkenalkan itu disertakan dengan gambar. Kaedah ini mementingkan bunyi perkataan atau rangkaikata berdasarkan pengalaman melalui gambar dan bunyi ayat atau cerita berdasarkan gambar. Kanak-kanak dilatih melakukan dua kemahiran dalam satu masa, iaitu menyebutkan keseluruhan perkataan dan melakukan pengesanan terhadap rangsangan berbentuk gambar.

Guru kerap kali menunjukkan seluruh perkataan-perkataan seiring dengan gambar-gambar yang dilambangkannya. Contohnya, perkataan bunga ditulis di tepi atau di bawah gambar bunga. Kadang-kadang ini boleh digunakan sebagai kad-kad imbasan.

Kaedah suku kata Kaedah suku kata ini tidak memerlukan murid-murid untuk mengeja atau membatangkan ejaan. Murid-murid hanya perlu mengecam dan menghafal tulisan dan gabungan bunyi dua, tiga atau empat huruf lalu menyebut terus. Contohnya; ba bi bu be bo ban bin bun ben bon (untuk 2 huruf) (untuk 3 huruf)

bang bing bung beng bong (untuk 4 huruf) Kaedah pelbagai deria/ kaedah VAKT VAKT:

V - visual A - audio T - tactile

( penglihatan ) ( pendengaran ) ( sentuhan )

K - kinesthetic ( pergerakan )

Kaedah ini berpegang kepada prinsip rangsangan dalam pembelajaran dan

berdiri atas Premis bahawa rangsangan ke atas beberapa deria yang sensitif akan mengukuhkan pembelajaran . Langkah-langkah pengajaran adalah seperti berikut: a. Kaedah ini menggunakan surihan (tracing) untuk mengajar bacaan. b. Guru menulis huruf cetak yang besar di atas kertas 4 x 10. ( menggunakan krayon ) c. Murid membuat surihan huruf dengan jari di atas kertas itu. d. Untuk mendapatkan kesan sentuhan semasa membuat surihan, huruf dibuat daripada kertas pasir, menggunakan talam berpasir/lumpur, mewarna dengan jari, huruf timbul yang besar dan lain-lain.
Untuk belajar huruf melalui kaedah VAKT, murid hendaklah:

a. lihat huruf (V) b. dengar guru sebut huruf (A) c. menyebut huruf (A) d. dengar huruf yang disebut (A) e. rasa pergerakan otot semasa membuat surihan huruf (K) f. rasa permukaan huruf dengan hujung jari (T) g. lihat pergerakan tangan semasa tracing (V) h. dengar sendiri huruf yang disebut semasa membuat surihan (A) Kaedah pembelajaran masteri Pembelajaran Masteri merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit

pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. Kaedah P&P untuk Pembelajaran Masteri:
1. Tiada satu kaedah atau aktiviti p&p yang terbaik untuk pembelajaran masteri

kerana pelajar berbeza dalam kebolehannya dan mereka juga mempunyai gaya pembelajaran yang berlainan. 2. Kaedah atau aktiviti p&p yang dicadangkan untuk pembelajaran masteri ialah kaedah atau aktiviti yang berpusatkan kepada pelajar, menarik dan menyeronokkan.
3. Jadi guru harus merancang dan menggunakan pelbagai kaedah atau aktiviti p&p

yang berkesan dengan mengambil kira kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar anda. 4. Berikut ialah kaedah atau aktiviti p&p yang berpusatkan kepada guru iaitu guru yang melalukannya: Syarahan Penerangan Penjelasan Huraian Demonstrasi Bercerita Pembacaan Memberi nota

5. Kaedah atau aktiviti p&p yang berpusatkan kepada pelajar di mana pelajar yang melakukannya ialah: Soal jawab Latih tubi Bercerita Membuat latihan Penerangan, penjelasan, huraian Perbincangan Inkuiri Penemuan

Bacaan Sumbang saran Demostrasi oleh pelajar Kerja amali Eksperimen Projek Kuiz Penyelesaian masalah Reka cipta Pembelajaran koperatif atau kerja kumpulan Main peranan Lakonan Simulasi Membuat nota sendiri Lawatan Pengajaran berprogram Pembelajarean berbantu komputer PAK (Pembelajaran Akses Kendiri)

6. Guru harus ingat bahawa setiap kaedah atau aktiviti itu mempunyai kelebihan

dan kekurangan. Kaedah lain yang sesuai

Kaedah Eklektik

Kaedah ini adalah kaedah campuran campuran kaedah-kaedah mengikut kesesuaian murid, situasi bilik darjah dan bahan-bahan bacaan yang digunakan. Ada yang menggunakan penujuan sintetik, ada penujuan analitik dan ada pula penujuan sintetik-analitik. Terdapat pelbagai lagi jenis Kaedah Eklektik ini. Bagi bahasa Melayu, kesan yang didapati apabila seseorang menyebutkan Kaedah Eklektik ini, ialah seolaholah mereka memikirkan kaedah ini adalah yang paling sesuai untuk mengajar membaca bagi kanak-kanak Melayu kita.
Kemudian jika diperhatikan betul-betul cara kaedah ini diterapkan, agak banyak

yang mengajar kurang sistematik. Jadi kerap kali kaedah ini menjadi akedah cacamurba, kerana asas gabungan itu kurang diperhatikan. Apa yang harus difikirkan dan diciptakan ialah kaedah mengajar eklektik tetapi sistematik, yang mengambil perhatian keistimewaan sifat-sifat ejaan bahasa

Melayu, struktur suku-katanya, dan tatabahasanya di suatu pihak, dan keadaan pembelajaran murid-murid Melayu di pihak lain. Maksudnya kita harus menciptakan Kaedah Eklektik yang sesuai untuk mengajar membaca bahasa Melayu sebagai bahasa pertama; tetapi kaedah itu haruslah sistematik. LAMAN WEB : 1.http://www.scribd.com/doc/4853453/PBK-kemahiran-bahasa 2.http://www.docstoc.com/docs/22588752/bahasa-kanak-kanak 3.http://www.scribd.com/doc/20747438/BONEKA-SIAP
4.http://www.scribd.com/doc/3392892/Pembelajaran-Masteri 5.http://blog.cepatbaca.com.my/20070808/jom-kenali-kaedah-mengajar-

membaca-sukukata/ 6.http://anuarsped.blogspot.com/2009/04/masalah-membaca.html 7.http://sharidah-mimi.blogspot.com/2009/12/strategi-pengajaran-bacaan.html 8.http://www.teachersrock.net/masteri3.htm

Tajuk 4

Kemahiran Kefahaman

1. Definisi Kefahaman 1. Keupayaan (kemampuan) memahami, faham tidaknya (seseorang) akan sesuatu yang dipelajari (dibaca dan sebagainya) 2. Hal faham akan sesuatu; keupayaan memahami sesuatu 3. Berkaitan dengan kognisi 2. Tahap Kefahaman Selain masalah bacaan nyaring, kanak-kanak juga menghadapi masalah memahami apa yang dibaca. Masalah tidak memahami isi bahan bacaan tentu akan mengganggu proses pembelajaran murid berkenaan. Guru dapat mengesan masalah memaham di kalangan muridnya berdasarkan pemerhatian dan juga melalui aktiviti-aktiviti soal jawab, kuiz, menceritakan semula, merumus petikan, dan sebagainya. 1. Memahami maksud perkataan dan ayat

2. Membuat urutan idea 3. Hubungan sebab dan akibat 4. Membuat andaian 5. Membuat tafsiran/ andaian Antara masalah dalam kefahaman bacaan adalah: i) gagal memahami maksud perkataan dan frasa yang berkaitan dengan waktu seperti selepas, sudah, sebelum, pagi, sekejap, dan sebagainya, ii) tidak memahami maksud perkataan dalam pelbagai situasi, misalnya dalam ayat Panjatlah lagi pokok itu. yang bermaksud melarang seseorang daripada memanjat pokok, iii) gagal memahami atau membuat urutan idea atau peristiwa yang terdapat dalam bahan bacaan terutamanya apabila diminta menceritakan semula petikan yang dibaca, iv) lambat memberi tindak balas terutamanya apabila tidak memahami arahan yang dibaca, v) gagal menghubungkan sebab dan akibat dalam bahan bacaan yang dibaca, vi) tidak dapat mengenal pasti perkara yang tidak munasabah (absurdities) dalam bahan yang dibaca, vii) tidak dapat mentafsir atau menggunakan carta, graf, peta, rajah, dan sebagainya dalam buku. Masalah pemahaman bacaan akan menjejas pencapaian dalam pelajaran secara keseluruhannya sama ada di sekolah rendah atau di sekolah menengah. Masalah pemahaman kanak-kanak boleh diatasi melalui beberapa aktiviti pengajaran yang boleh merangsang pemahaman mereka terhadap bahan yang dibaca. Antaranya adalah seperti melatih mereka membuat pemetaan semantik atau peta konsep, carta alir terutamanya untuk melatih membuat urutan peristiwa, membuat carta organisasi, menggunakan kamus untuk mendapatkan makna perkataan, dan yang paling penting adalah melalui teknik penyoalan seperti teknik soalan 5WH (what, who, , where, when,why, dan how).

3. Strategi Pengajaran-Pembelajaran Kefahaman

Masalah pemahaman kanak-kanak boleh diatasi melalui beberapa aktiviti pengajaran yang boleh merangsang pemahaman mereka terhadap bahan yang dibaca. Antaranya adalah seperti melatih mereka membuat pemetaan semantik atau peta konsep, carta alir terutamanya untuk melatih membuat urutan peristiwa, membuat carta organisasi, menggunakan kamus untuk mendapatkan makna perkataan, dan yang paling penting adalah melalui teknik penyoalan seperti teknik soalan 5WH (what, who, , where, when,why, dan how). http://anuarsped.blogspot.com/2009/04/masalah-membaca.html Alat-alat berfikir seperti pemetaan semantik dan pengurusan grafik membantu kita menggunakan minda dengan lebih bijak dan berkesan. Pemikiran kita menjadi lebih tersusun,luas, jelas dan kita tidak terburu-buru melakukan sesuatu. Ia juga boleh membantu kita membuat pengurusan lisan , mengurus pemikiran secara visual dan terkawal. Dengan itu, kefahaman kita tentang terhadap sesuatu dapat ditingkatkan. http://ramlanhamzah.tripod.com/RM/id1.html

1. Pemetaan semantik Proses pemahaman selain berkaitan dengan proses visual, juga berkaitan dengan proses non-visual. Bahagian terpenting dari informasi non-visual yang cukup berperanan dalam proses pemahaman adalah skemata. Dalam proses pemahaman, menurut teori skemata, dimainkan oleh skemata-skemata yang dimiliki oleh seorang pembaca, serta tingkat kedalaman pemahaman itu sangat dipengaruhi oleh latar belakang skemata isi. Menurut penulis, pengaktifan skemata isi dapat dilakukan dengan pemetaan semantik (semantic mapping). http://journal.um.ac.id/index.php/bahasa-seni/article/view/2492 Kegunaan : 1. Mengambil nota. 2. Simpanan nota ringkas. 3. Memanggil maklumat. 4. Mengembangkan isi.

5. Menyelesaikan masalah. Disesuaikan/mempunyai perkaitan rapat dari bentuk saraf otak manusia. Kebetulan ia juga boleh dikaitkan dengan bentuk dan kekukuhan akar tumbuhan. Digunakan bagi menjana idea dalam operasi pemikiran kreatif. Ia boleh digunakan mengikut kesesuaian. Guru dan pelajar boleh membuat peta minda mengikut aktiviti yang dijalankan. Peta minda yang dihasilkan adalah penting mengikut kefahaman pembuatnya sendiri kerana ia dibuat berdasarkan kefahaman, cara mengingat dan cara mengolah yang amat tersendiri dan bersifat individu. Pemetaan semantik: membantu pelajar dalam proses mengarang Antara bentuk peta minda adalah : 1. Pengkelasan 2. Rantai urutan 3. Kitaran 4. Kitaran (berpusat) 5. Tangga hiraki 6. Pohon fikiran 7. Pengkelasan (berpusat) Panduan membuat peta minda Bahan :
1. Pen/pensel berwarna. 2. Kertas kosong (warna putih adalah dicadangkan), saiz sesuai (saiz kertas lukisan

adalah dianggap baik). Persediaan : a. Kenalpasti konsep/idea utama. b. Bina dengan pantas. c. Bina dengan riang dan positif. d. Penggunaan muzik lembut mempercepat tercetusnya idea tambahan. e. Dalam keadaan selesa & tenang. f. Bina yang unik. Cuba rangsang kreativiti sendiri.

Langkah-langkah dalam membina peta minda :


1. Tulis tajuk utama di tengah-tengah kertas. 2. Kurungkan tajuk utama dengan menggunakan bentuk, simbol atau gambar yang

sesuai.
3. Bentuk cabang-cabang kasar dari tajuk utama satu cabang untuk satu isi utama. 4. Tulis dengan huruf besar kata kunci atas tiap cabang. 5. Lakar cabang-cabang kecil yang halus sedikit dari cabang utama. Tuliskan

maklumat tambahan.
6. Gunakan gambar, lambang atau simbol untuk menjelaskan butiran. 7. Lakarkan lagi cabang-cabang yang lebih kecil dan halus sedikit dari cabang

tambahan. Tuliskan maklumat tambahan. Strategi-strategi untuk menjadikan peta minda lebih bermakna dalam ingatan :
1. Saiz semakin mengecil dari isi utama ke semua isi

tambahan berikutnya.

2. Cabang semakin mengecil dari cabang utama ke semua cabang-cabang

tambahan berikutnya.
3. Gunakan lambang yang sesuai dengan diri, minat, persekitaran dan sejarah kita. 4. Gunakan anak panah/warna untuk menunjukkan perkaitan antara isi-isi atau

cabang-cabang.
5. Gunakan nombor jika perlu untuk menentukan keutamaan.

http://btpn.moe.edu.my/pspnns/Unit_PSM&HE.PKG/kbkk.htm

2. Carta organisasi Carta Organisasi tidak mempunyai definisi yang khusus. Namun demikian ianya bolehlah ditakrifkan atau diertikan sebagai : Satu bentuk rajah grafik yang menunjukkan struktur susunan, kedudukan tempat atau posisi seseorang individu di dakam sesuatu organisasi selaras dengan bidang kuasa ( authority) , tugas dan tanggungjawabnya. Carta Organisasi bukan sekadar bertujuan memaparkan bagaimana sesebuah organisasi itu perlu ditadbirkan mengikut struktur operasi organisasi itu tetapi carta

itu perlulah menggariskan dengan jelas bidang tanggungjawab tiap-tiap anggota organisasi itu. Setiap individu itu perlulah diberikan peranan yang khusus supaya tidak berlaku pertindihan tugas dan kekeliruan yang akan menghalang dan mejejaskan kelicinan perjalanan organisasi itu. http://arifomar.blogspot.com/2008/12/organisasi-adalah-lebih-dari-apa-yang.html Bentuk struktur organisasi dalam kebanyakan organisasi adalah terlalu kompleks untuk difahami . Bagi mengatasi masalah ini, carta organisasi digunakan untuk menjelaskan sistem atau susunan pengorganisasian dalam sesebuah organisasi . Cara organisasi merupakan gambarajah yang menunjukkan fungsi-fungsi jabatan , unit-unit , atau individu-individu dan bagaimana mereka berkait antara satu sama dengan lain. Unit unit yang berasingan ditunjukkan dalam kotak-kotak segiempat yang berasingan. Kotak-kotak ini pula terus dihubungkan antara satu sama lain menggunakan garisan terus . Garisan ini juga dapat menunjukkan rantaian perintah dan saluran rasmi komunikasi antara unit dalam organisasi. Secara umumnya carta organisasi dapat menunjukkan lima aspek pengurusan berikut: a) Pembahagian Kerja b) Hubungan ketua-pekerja bawahan c) Jenis kerja yang dijalankan d) Pengumpulan bahagian-bahagian kerja e) Tingkat pengurusan Ini dapat membantu kefahaman struktur yang menunjukkan fungsi, aktiviti dan hierarki di dalam sesebuah organisasi.

2. Carta aliran Alatan logik popular yang menunjukkan secara grafik jujukan operasi atau aliran kerja yang akan dilaksanakan bagi menyelesaikan sesuatu masalah.

Dengan lain perkataan carta alir menunjukkan algoritma dalam bentuk grafik. Carta alir selalunya dibina di peringkat awal apabila sesuatu masalah pengaturcaraan hendak diselesaikan. Carta ini sangat berguna untuk memahami logik masalah yang hendak diselesaikan. Apabila carta alir telah dibina, adalah mudah untuk menulis atur cara komputer dalam apa jua bahasa pengaturcaraan. http://books.google.com.my/books? id=eQ995zdkW0gC&pg=PA41&lpg=PA41&dq=definisi+carta+aliran&source=bl&ots=uN ErbMKQK&sig=mhAS4Q1loYcymlX4VOVPps9FXfI&hl=en&ei=hZY5TODYC5G2rAeHuP35C A&sa=X&oi=book_result&ct=result&resnum=2&ved=0CBkQ6AEwATgK#v=onepage&q= definisi%20carta%20aliran&f=false Carta aliran kerja bolehlah dimaksudkan sebagai gambaran secara grafik atau gambarajah ke atas tindakan-tindakan yang terlibat dalam aktiviti atau prosedur. Carta aliran kerja ialah gambaran secara grafik atau gambarajah ke atas tindakantindakan yang terlibat dalam sesuatu aktiviti atau prosedur. Carta aliran kerja menggambarkan secara grafik atau gambarrajah ke atas tindakantindakan yang terlibat dalam satu-satu aktiviti. Setiap langkah yang diambil hendaklah mengikut urutan yang betul dan jelas dilihat, iaitu dengan menunjukkan secara jelas dan ringkas peringkat permulaan dan peringkat selesai. Dengan adanya carta aliran akan dapat: i. Memberikan kefahaman kakitangan mengenai tugas dan tanggungjawab masing-masing.
ii. Menunjukkan dimana berlaku kelewatan, bottle neck dan kerja berulang-

ulang. iii. Menunjukkan gambaran menyeluruh mengenai aktiviti yang dilakukan. Penggunaan simbol-simbol tertentu dalam carta aliran adalah perlu disediakan selepas penyediaan proses kerja. Langkah-langkah bagi penyediaan carta aliran adalah seperti berikut: i. Rujuk proses kerja akitiviti yang terlibat.

ii. Sediakan carta aliran kerja terperinci berdasarkan proses kerja aktiviti tersebut. iii. Gunakan simbol-simbol carta aliran yang ditetapkan. Carta aliran kerja diperlukan kerana ia dapat memperlihatkan dengan jelas setiap langkah atau tindakan yang perlu diambil mengikut urutan yang betul,iaitu menunjukkan peringkat permulaan dan peringkat selesai yang dijelaskan secara ringkas. Carta aliran memberikan kefahaman kepada staf mengenai tugas dan tanggungjawab masing-masing. Selain itu, carta aliran juga dapat menunjukkan di mana berlaku kelewatan, bottleneck dan kerja berulang-ulang. Ia juga dapat menunjukkan gambaran menyeluruh mengenai aktiviti yang dilakukan. Simbol-simbol tertentu digunakan dalam carta aliran. Simbol-simbol itu termasuklah simbol tindakan, simbol aliran, simbol pilihan/keputusan,simbol tindakan serentak dan simbol penyambung. http://gurubashid.com/blog/fail-meja-ketua-panitia-dan-manual-prosedur-kerja/cartaaliran-kerja.html Simbol-simbol yang digunakan:-

2. Pengurusan Grafik Menghasilkan tujuan yang jelas untuk belajar kandungan pelajaran Memperlihatkan apa yang sudah diketahui sebagai asas untuk belajar yang baru Secara aktif mencadang dan menilai kemungkinan perhubungan dalam kandungan yang dikaji Mentadbir proses berfikir mereka sendiri http://www.slideboom.com/presentations/145399/Pengajaran-Pembelajaran-KBAT Memberi penjelasan untuk kefahaman pelajar. http://www.scribd.com/doc/2882944/MAKSUD-ISTILAH-KONSEPSejenis alat berfikir Membantu mengurus fikiran

Tidak akan berfungsi tanpa kemahiran berfikir Bentuk dan corak boleh diubahsuai http://www.scribd.com/doc/4025887/Kemahiran-Berfikir? secret_password=&autodown=doc Digunakan untuk mengumpul, menyenarai dan menganalisis fakta dan data untuk membantu menghurai masalah / situasi / kandungan Antaranya adalah : 1. Membanding dan membeza. 2. Mengkelaskan. 3. Membuat urutan. 4. Menyusun mengikut keutamaan. 5. Membuat ramalan. 6. Menerangkan sebab. 7. Mengusul periksa andaian. 8. Membuat inferens. 9. Mentafsir maklumat. 10. Membuat gambaran mental. 11. Membuat analogi. 12. Membuat keputusan. http://btpn.moe.edu.my/pspnns/Unit_PSM&HE.PKG/kbkk.htm

Tajuk 5 dan Kefahaman

Pentaksiran dan Penilaian dalam Kemahiran Lisan, Membaca

Kemahir an/ kompone n

DEFINISI & KONSEP

TUJUAN PENTAKSIR AN

CARA PENTAKSIRAN

LAIN-LAIN

Matlamat pengajaran

Bahasa Lisan

Kenalp sti kemahir kelema an han & menyeb kekuata ut & n murid bunyika Utk n bunyi2 meranc bahasa ang dgn RPI/RP penguja H ran Utk kata2/ay tentuka at dalam n intonasi, penem nada patan (tekana Kenalp n asti suara), mslh yg jeda dihada serta pi pljr helaan Utk yang kemaju betul. an murid Utk baiki kelema han & tetapka n interve nsi awal.

Ujian Diagnostik : Mengesan mslh pmbljrn yg dihadapi murid & puncanya bg membolhkn intervensi/p rogram yg khusus dsediakan bg mmbntu mrd berkenaan

Komponen bhsa lisan : Fonologi bunyi Semantik makna sintaksis susunan morfologi prbhn makna pragmatik pggunaan

dpt lafaz ucap tatasusil a. Dpt ajuk bunyi perkataa n & ayat yg didengar bersoal jwb utk dpt mklmt menyata kan perminta an ikt situasi dpt bergaul & beriterak si

bahasa ekspresif : bhsa yg digunakan o pggunanya utk menyatakan Komponen pemikiran, Ujian idea, emosi & Diagnostik nilai. : Tcapai melalui Ujian pncapaian saringandarjah knlpsti mrd pguasaan & brmslh kefasihan bhsa Pemerhatia yg tggi. n kumpul Masalah mklmt Sukar pncapian ekspresi mrd kan bhsa lisan Xbyk bertutur Sukar komunik asi Sukar igt & atur

bleh komunik asi dgn msyrkt

cerita semula

Penilaian Kemahiran Bahasa Penilaian Kemahiran Lisan Kemahiran lisan melibatkan dua kemahiran asas iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Kemahiran mendengar =Kemahiran paling asas =Berlaku pada peringkat penerimaan =Murid yg telah menguasai kemahiran ini mampu bertutur, memahami, dan mentafsir apa yg didengar. Kemahiran bertutur =Melafazkan bunyi2 bahasa drpd alat2 artikulasi =Peringkat penglahiran =Perlu ditiru & diajuk =Model bahasa lemah hasil ajukan yg lemah, tp model bahasa baik tidak semestinya menjamin ajukan yg baik.

Tujuan kemahiran lisan : 1. Menyebut perkataan / ayat dgn betul 2. Melatih murid mendengar & memahami pertuturan org lain. 3. Untuk berinteraksi dgn org lain (menyampaikan perasaan, kehendak, dll). 4. Melatih murid agar berkeyakinan & percaya kpd diri (berani bercakap, menyatakan perasaan dan kehendak) 5. Membolehkan murid bertutur menggunakan ayat yg tersusun, perkataan yg sesuai, & perbendaharaan kata yg luas. Kemahiran-kemahiran yang boleh 1. Bertutur dgn tenang menggunakan gaya yg betul 2. Bertutur dgn nada, intonasi, & sebutan yg betul. 3. Mendengar dgn baik, memahami perkara yg didengar, & menghormati pertuturan org lain. 4. Bercerita & membuat laporan menggunakan bahasa yg menarik & betul. 5. Berkebolehan memberi arahan dgn berkesan. 6. Mengunakan bahasa yg baik mengikut situasi. Kemahiran lisan boleh dinilai melalui aktiviti seperti yang berikut: 1. bacaan kuat 2. syarahan 3. perbahasan 4. bercerita 5. perbincangan

6. hafazan 7. temu bual 8. soal jawab 9. nyanyian 10.deklamasi sajak 11.mendengar dan memberi respon secara lisan Penilaian lisan membolehkan guru : 1. mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam kemahiran mendengar dan bertutur secara gramatis. 2. mendapat maklumat serta-merta tentang pengetahuan dan kefahaman murid. 3. mengesan kebolehan murid dalam kemahiran membaca dan menghafaz. 4. mengesan kelancaran dalam sebutan. 5. mengesan amalan dan sikap murid secara serta merta. Instrumen penilaian lisan boleh dipelbagaikan merangkumi soalan dan aktiviti yang memerlukan respon murid dalam bentuk lisan. Cth : PLBS menyediakan instrumen 1. soalan, pernyataan, ilustrasi dan bahan rangsangan perlu jelas dan mudah difahami. 2. aktiviti/bahan boleh merangsang murid mengeluarkan idea. 3. pelbagai bentuk soalan seperti soalan bertumpu dan bercapah digunakan untuk merangsang murid berfikir. 4. aras kesukaran perlu sesuai dengan kebolehan murid.

http://pentaksiranbahasamelayu.blogspot.com/2009/09/penilaian-kemahiranbahasa.html

Tajuk 6

Kajian Sukatan dan Huraian Sukatan Pelajaran

1. Aspek-aspek dalam Sukatan Bahasa Melayu dan Pemulihan Khas Bahasa Kemahiran Kemahiran bahasa meliputi kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca, dan kemahiran menulis. Kemahiran bahasa ini merupakan teras kepada penguasaan bahasa baku. Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami, dan menghayati perkara yang didengar dalam

pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan maklum balas. Kemahiran bertutur merujuk kepada keupayaan murid berbicara secara lisan untuk menjalin hubungan, menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif, dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberikan pada pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang betul. Kemahiran membaca merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul. Penekanan perlu diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan ilmu dan sastera secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik bacaan. Di samping itu, murid berupaya menghayati teks yang dibaca. Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan ilmu dan imaginatif. Hasil pembelajaran Hasil pembelajaran ialah pernyataan yang ditafsirkan daripada objektif kurikulum bahasa. Pernyataan hasil pembelajaran merupakan petunjuk yang jelas tentang set kemahiran yang perlu dicapai oleh murid. Hasil pembelajaran dibina dengan menyepadukan kemahiran bahasa, sistem bahasa, dan pengisian kurikulum. Oleh itu, murid perlu menguasai kemahiran berbahasa yang terdapat dalam setiap hasil pembelajaran. Hasil pembelajaran dapat membantu guru memilih kandungan, kaedah, sumber, dan prosedur pengajaran yang relevan dan berkesan. Pendekatan yang berfokus pada gaya pembelajaran yang pelbagai dapat membantu murid mencapai hasil pembelajaran. Selain itu, hasil pembelajaran juga membantu dalam membuat pengukuran dan penilaian pencapaian murid. Aktiviti Cadangan Aktiviti / Nota dalam lajur ketiga mengandungi cadangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta bahan bantu belajar di bilik darjah. Cadangan tersebut disesuaikan dengan Huraian Hasil Pembelajaran serta mengambil kira elemen yang terkandung dalam pengisian kurikulum, contohnya kemahiran meramal dan membuat pilihan menggunakan kajian masa depan atau mengaplikasikan jenis kecerdasan pelbagai yang unik bagi seseorang murid. Semua cadangan ini hanyalah sebagai

panduan untuk guru. Guru boleh mengubah suai atau memilih teknik atau aktiviti lain yang sesuai dengan kebolehan murid.

Tajuk 7

Bahan Bantu Belajar

1. Kepentingan Bahan Mengikut Charles F. Hoban, James D. Finn dan Edgar Dale ( 1964 : 65 ) kepentingan BBM bolehlah dirumuskan seperti berikut: a) BBM menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep b) Sebagai daya penarik penting kepada seseorang pelajar c) Dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal d) Memberi pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan aktiviti sendiri di kalangan pelajar e) Dapat membina pemikiran yang berterusan, seperti melalui filem bergerak. f) Boleh membantu pemahaman dan perkembangan perbendaharaan kata pelajar. g) Boleh memberi pengalaman baru dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan beragam. Kamarudin Hj. Husin ( 1988: 242) merumuskan kepentingan BBM seperti berikut: a) Memberi rangsangan dan minat murid-muird. b) Menyediakan dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak pemikiran dan mengurangkan gerak balas lisan yang tidak diperlukan daripada murid-murid.

c) Membekalkan dasar perkembangan pembelajaran dan menjadikan pembelajaran mereka lebih kekal. d) Menyediakan pengalaman baru yang tidak diperolehi dengan mudah oleh cara-cara lain, menjadikan pembelajaran murid-murid lebih mendalam dan beragam. e) Dapat menguatkan kefahaman dan mempercepatkan perkembangan perbendaharaan kata. f) Ia mendorong murid-murid untuk menyiasat dan dengan demikian dapat menambahkan lagi bacaan murid-murid. Sebagai rumusannya BBM adalah sangat penting kerana dapat: a) Menjimatkan masa b) Dapat mempelbagaikan kegiatan atau aktiviti-aktiviti murid-murid c) Menyeronokkan murid-murid. http://www.scribd.com/doc/12807608/Definisi-ABM

2. Jenis Bahan Terdapat beberapa jenis sumber atau alat bantu pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan untuk membantu guru dalam proses pembelajaran. Dalam tugasan ini jenis-jenis sumber pengajaran dan pembelajaran yang terlibat ialah bahan bercetak, bahan teknologi maklumat dan bahan maujud. Semua jenis-jenis bahan ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza tetapi akan mencapai hasil yang sama iaitu untuk memastikan murid-murid memahami isi-isi pelajaran serta mencapai objektif pembelajaran. Menerusi penggunaan bahan-bahan ini, murid-murid akan lebih tertarik untuk melihat serta mendengar apa yang hendak disampaikan oleh guru dan secara tidak langsung murid dapat memberikan tumpuan dengan sepenuhnya kepada guru. Dengan cara ini juga, objektif yang hendak dicapai akan menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan dan

hasilnya akan lebih memuaskan serta memberi manfaat kepada kedua belah pihak iaitu murid-murid dan guru itu sendiri. Bahan Maujud Sumber pengajaran dan pembelajaran bahan maujud adalah merupakan bahan konkrit atau bahan sebenar yang boleh disentuh dan dipegang. Bahan maujud ini juga adalah nyata yang ada di lingkungan alam, baik digunakan dalam keadaan hidup ataupun yang sudah diawetkan. Contoh bahan maujud bukan sahaja tergolong dalam sumber P&P sahaja malah kota atau bangunan yang kekal serta alam persekitaran juga boleh dikatakan sebagai bahan maujud. Manakala dari segi sumber P&P pula bahanbahan yang mungkin terlibat ialah alat komputer, OHP, alat tulis dan perkakas sains. Bahan maujud terbahagi pula kepada 3 jenis iaitu realia asli, realia awet dan spesimen. Realia asli terbahagi kepada dua iaitu bahan yang hidup dan bahan bukan hidup. Bahan yang pertama ialah bahan hidup yang sebenar dalam dunia realiti dan masih hidup contohnya cacing tanah. Manakala bahan bukan hidup pula ialah seperti jentera ataupun bangunan. Realia awet pula mestilahberasal daripada benda hidup yang kemudiannya diawet dan disimpan di dalam bendalir kimia. Jenis bahan maujud yang ketiga ialah spesimen. Spesimen ialah sample atau contoh hidupan yang dapat mewakili kumpulan hidup-hidupan tertentu yang mempunyai sifat-sifat atau ciri-ciri yang lazimnya terdapat pada kumpulan hidup tersebut. Kebiasaanya spesimen selalu didapati dalam bentuk bahan awetan. Contoh bahan hidup yang boleh dijadikan spesimen ialah daun-daun. Aplikasi penggunaan bahan maujud boleh menggunakan situasi, gambaran atau kenyataan sebenar. Murid akan didedahkan dengan pengalaman sebenar di mana melibatkan pengalaman sedia ada mereka dan juga merangsang penggunaan deria penglihatan, pendengaran, rasa, sentuhan dan bauan murid-murid. Bahan cetak Bahan bercetak boleh didefinisikan sebagai bahan yangmempunyai tulisan dan wujud secara fizikal. Bahan ini boleh disentuh dan boleh dibaca secara terus. Ciri

penting pada bahan bercetak ialah ianya mestilah dihasilkan melalui cetakan dan bukan hasil daripada tulisan tangan mana-mana individu. Bahan bercetak meliputi buku, majalah, jurnal, ensiklopedia, surat khabar, kad katalog, kamus, buku teks dan sebagainya yang dihasilkan secara bercetak. Bahan bercetak seperti ini banyak disimpan di pusat sumber atau di perpustakaan ataupun di arkib. Semuanya dihasilkan oleh penulis-penulis atau pereka-pereka yang mahir dan terkenal di bidang masing-masing. Sumber pengajaran dan pembelajaran ini telah digunakan secara meluas oleh guru-guru di sekolah sejak beberapa lama kerana kelebihan yang terdapat pada bahan ini. Bahan ini murah dan senang didapati di mana-mana. Selain itu ia adalah bahan yang kekal dan mudah dirujuk pada bila-bila masa. Kelebihannya yang lain ialah ia mudah alih dan mudah diakses yang menyebabkan ia menjadi sumber pengajaran dan pembelajaran yang terkenal dan selalu digunakan. Namun begitu terdapat beberapa kelemahan yang ada pada bahan bercetak ini. Kebiasaaannya bahan bercetak selalu didapati dalam bentuk buku yang tebal contohnya buku teks. Jadi ia sukar untuk dibawa kerana berat. Ia juga tidak boleh disunting dan akan menjadi masalah apabila berlakunya peredaran zaman di mana isi kandungan buku tersebut menjadi ketinggalan dan tidak terkini. Ini kerana buku-buku selalunya perlu disunting terlebih dahulu kemudian dicetak seterusnya diedar di mana ia mengambil masa yang agak lama untuk mengikut peredaran zaman. Bahan teknologi maklumat Bahan teknologi maklumat merupakan sumber pengajaran dan pembelajaran yang semestinya mendapat perhatian daripada murid-murid. Teknologi Maklumat (Information Technology) ataupun IT adalah teknologi dunia yang terkini dan dapat memberi banyak manfaat jika digunakan secara betul. Penggunaan sumber ini perlulah dikendalikan oleh guru yang berkemahiran kerana pengguanaan IT secara terancang dan bersesuaian dapat meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P itu. Bagi guru yang menggunakan sumber P&P ini, mereka boleh menggunakan portal pendidikan, internet dan intranet, rangkaian LAN dan akhir sekali ialah multimedia. Komputer adalah alat atau bahan utama yang perlu digunakan oleh guru

untuk menyampaikan isi pelajaran dalam proses P&P. Pada masa kini guru-guru sudah mempunyai kemudahan kerana terdapat perisian- perisian yang percuma disediakan oleh kerajaan di mana isi perisian tersebut bertepatan dengan sukatan pelajaran yang sedia ada. Banyak kelebihan bahan ini di mana jika ia digunakan secara betul jadi guru perlu selalu memantau pergerakan murid-murid semasa proses P&P sedang berlangsung. Kelebihan bahan ini ialah murid-murid cepat mudah faham kerana mereka akan tertarik dengan grafik yang ada pada bahan ini di mana secara tidak langsung telah menarik perhatian mereka. Selain itu murid-murid mudah untuk mengulangkaji apa yang telah dipelajari dan guru juga mudah untuk membuat suntingan sekiranya guru mendapati terdapat perubahan yang perlu dibuat. Secara keseluruhannya penggunaan bahan teknologi maklumat ini adalah banyak kelebihannya berbanding kelemahan yang ada dan dengan bimbingan daripada guru. Walaubagaimanapun tidak dinafikan kelemahan yang mungkin timbul tetapi ia akan dapat diatasi dengan mudah sekiranya pengisian yang menarik daripada guru dihasilkan. http://www.scribd.com/doc/21171336/PSK-TUJUAN-PENGGUNAAN-SUMBERPENGAJARAN-DAN-PEMBELAJARAN-sid

3. Ciri-ciri Bahan 1. Kesesusaian a. Sesuai dengan perkembangan kognitif kanak-kanak b. Saiz bahan bantu belajar yang direka adalah sesuai digunakan di dalam bilik darjah untuk kelihatan semua murid. c. Sesuai dengan isi pelajaran murid-murid d. Harus membawa manfaat kepada guru dan murid-murid. e. Sesuai dari segi tajuk, bahasa, kandungan dan pengalaman murid-murid.
f. sesuai dengan keadaan fizikal bilik darjah dan sekolah, seperti sama ada

elektrik, plug, dapat digelapkan dan sebagainya.

g.
h. selamat digunakan oleh murid-murid supaya tidaka mendatangkan

sebarang kemalangan yang tidak diingini.

2. Pelbagai kegunaan
a. Ini dapat menjimatkan tenaga, kos, masa atau sebagainya dalam P&P. b. Contoh: Guru dapat menyimpan semua bahan pengajaran dalam

komputer dan ini menjimatkan tenaga dan kos yang diperlukan untuk menyediakan BBM. c. Boleh digunakan dalam beberapa subjek. Contohnya, bahasa melayu dengan matematik. d. Boleh digunakan oleh murid-murid pada bila-bila masa bagi mengkukuhkan ilmu mereka.

3. Mudah Alih
a. senang dibawa, difahami dan dimudah alih oleh guru mahupun murid-

murid. Ini memberi peluang kepada murid belajar dengan lebih berkesan. b. Menyenangkan guru untuk menyimpan. c. Senang digunakan semasa di dalam bilik darjah. Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar Proses untuk menyediakan atau memilih Bahan Bantu Mengajar yang bersesuaian tidak sepatutnya diabaikan. Ini bagi memastikan segala Bahan Bantu Mengajar yang digunakan oleh guru mahupun pelajar mesti membawa manfaat kepada kedua-dua pihak. Beberapa kajian telah turut dijalankan dalam memastikan ciri-ciri yang sesuai. Di sini diturunkan beberapoa kajian yang berkaitan dengan ciri-ciri bahan yang akan digunakan sewaktu pengajaran pembelajaran. Sebagai panduan am, Abdul Rahim ( 1989, dalam Zaiton Zainal, 1991, m.s. 12), telah menyenaraikan beberpa ciri penting dalam membuat pemilihan media pengajaran. Menurut beliau kesesuaian dari segi tajuk, bahasa, kandungan dan pengalaman pelajar itu sendiri adalah penting. Begitu juga fakta yang dikemukakan haruslah kemas kini, tepat, tidak berat sebelah dan logik. Teknik seperti bunyi yang jelas, saiz penglihatan dan warna harus juga diambil kira. Beliau turut menekankan ciri fizikal seperti selamat digunakan, mudah digunakan dan disimpan,tahan lasak, ringkas dan sentiasa kemas kini. Bahan-bahan ini adalah lebih baik jika boleh dikaitkan dengan mata pelajaran lain. Kesemua aspek ini amat berguna kepada guruguru kerana beliau banyak menekankan cara pemilihan yang tepat. Kepentingan ciri Bahan Bantu Mengajar ini juga dijelaskan oleh Razali (1990, dalam Zaiton Zainal, 1991, m.s.15) mengariskan beberapa kriteria pemilihan bahan seperti berikut: 1. tepat dengan tajuk 2. tahan lama dan ekonomi 3. saiz yang mudah dilihat serta menarik perhatian pelajar 4. mudah disimpan

5. kepelbagaian penggunaan. Kajian berkaitan penggunaan warna di dalam penyediaan Bahan Bantu Mengajar juga telah dijalankan oleh Barry ( 1976, dalam Suzita Mohd Resad, 2002, m.s. 21). Kajian Barry ialah tentang keberkesanan arahan dan gambar berwarna yang realistik dan bukan realistik. Di mana dalam kajian ini, beliau telah menguji dua teori yang berlainan tentang kepentingan warna dalam pembelajaran dengan alat pandang. Hasil kajian beliau mendapati warna memberi suatu demensi untuk pemahaman yang lebih, iaitu pelajar dapat sesuatu gambaran yang lebih tepat akan sesuatu bahan atau perkara dan menyenangkan lagi penyimpanan maklumat. Manakala Fungsi warna pula adalah sebagai kod yang menyenangkan ingatan dan mengingat kembali sesuatu imej.

Seterusnya, Noraziah (1981, dalam Zaiton Zainal, 1991, m.s. 13 ) memberi beberapa ciri pemilihan bahan yang boleh diambil kira oleh seseorang guru iaitu bahan tersebut tidak semestinya mahal, boleh dibuat oleh guru sahaja atau bersama pelajar dengan bimbingan guru. Bahan itu perlulah sederhana dan mudah didapati, boleh digunakan lebih dari satu mata pelajaran. Ia juga mudah di bawa, ringan dan mudah diganti, mudah disimpan dan tidak merbahaya.

Tajuk 8

Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran

1. Rancangan Pendidikan (RPI) 2. Komponen Rancangan Pengajaran Harian A. Format Penulisan: Rancangan Pengajaran Harian Mata Pelajaran Kelas Bilangan Tarikh Tajuk Tema Hasil Pembelajaran/ Objektif Masa Pengetahuan Sedia Ada Penerapan Nilai Bahan Bantu Mengajar Pendekatan Terapi Langkah Set Induksi (5 minit) Langkah 1 (15 minit) Langkah 2 (15 minit) Langkah 3 (10 minit) Langkah 4 (10 minit) Penutup (5 minit) B. PEMILIHAN BAHAN BANTU MENGAJAR: Prinsip pemilihan Bahan Bantu Mengajar: : : : : : : : : : : : : : Aktiviti P & P Elemen Bestari

Kandungan

Terdapat beberapa garis panduan pemilihan bahan pengajaran, dan prinsipprinsip pemilihan bahan pengajaran bahasa dirumuskan seperti yang berikut : 1. Sesuai Pemilihan bahan hendaklah mempunyai hubungan kesesuian dengan perkara-perkara seperti berikut : a) Objektif dan matlamat pengajaran bahasa b) Pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran c) Keadaan pelajar d) Suasana pembelajaran e) Minat pelajar 2. Mencabar - Terdapat tiga konsep penting yang perlu wujud dalam proses pembelajaran iaitu rangsangan, pemikiran dan tingkah laku. Oleh yang demikian, bahan-bahan yang dipilih dapat memberikan rangsangan untuk pelajar berfikir dan mendorong mereka untuk terus belajar. - Satu strategi pemeringkatan bahan pembelajaran yang dapat mencabar pemikiran pelajar ialah bahan-bahan yang dipilih itu mesti terdiri daripada bahan- bahan yang mengandungi ciri-ciri berikut : a) Bahan yang konkrit kepada bahan yang abstrak. b) Bahan yang mudah kepada yang kompleks. c) Bahan yang mengandungi fakta terasing kepada bahan yang mempunyai hubungan yang bersepadu. d) Bahan yang khusus kepada bahan yang umum (induktif) e) Bahan yang umum kepada yang khusus (deduktif) f) Bahan yang umum kepada teori. g) Bahan masakini kepada masa akan datang. 3. Menepati - Ketepatan bahan pengajaran dimaksudkan sebagai isi kandungan bahan pengajaran yang menepati kandungan kurikulum pengajaran. Bahan

pengajaran yang dipilih mestilah menunjukkan perkaitan antara aspek kandungan bahasa, proses pembelajaran dan pengajaran. Ketepatan sesuatu bahan dengan kurikulum pengajaran bahasa adalah berdasarkan ciri-ciri yang berikut: a) Isi kandungan sesuai dengan kemampuan dan kehendak pelajar. b) Susunan bahan c) Mengandungi maklumat atau fakta yang yang tepat. d) Maklumat yang kemaskini e) Perbendaharaan kata yang sesuai f) Bahan pengajaran yang diperakui. 4. Menarik a) Reka letak; peta, lukisan, carta, jadual, graf, rajah, gambar atau kartun mestilah disusun berhampiran dengan sesuatu maklumat yang berkaitan. Ini akan memydahkan pelajar membuat rujukan atau memahami sesuatu konsep. b) Saiz huruf cetak atau saiz huruf haruslah sesuai dengan peringkat umur pelajar. c) Bahan pengajaran mengandungi arahan yang jelas. 5. Mudah alih - Bahan pengajaran yang dipilih hendaklah sentiasa berfungsi, boleh dibawa kemana-mana,dan tidak terlalu berat atau besar. 6. Jimat dan mudah - Sekiranya untuk menghasilkan bahan bantu mengajar tersebut dibeli,tidak semestinya mahal.sebaliknya bahan tersebut boleh dihasilkan dengan kreativiti guru contohnya dengan menggunakan bahan terbuang. A. REFLEKSI Amalan refleksi ada amat penting untuk peningkatan profesionalisme keguruan. Dengan penggunaan proses refleksi, guru dapat menggunakan teori pengajaran dan pembelajaran untuk menilai kebaikan dan kelemahan pengajaran serta pembelajaran muridnya, lalu membaiki dan mengubahsuai rancangan, kaedah dan teknik mengajar ke arah meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Sumber rujukan: http://www.scribd.com/doc/25146893/Konsep-Bahan-Bantuan-Mengajar-Dan-Ciri

You might also like