You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK KALI KEEMPAT 2011. TARIKH : 15 NOVEMBER 2011 MASA : 1.

30 TENGAH HARI TEMPAT: BILIK PRUDENCE KEHADIRAN: 1. Pn Yah bt Mamat (PK Pentadbiran) 2. En. Affandi b. Salleh ( Guru Kanan Sains & Matematik ) 3. Pn. Wan Iliza bt. Wan Ismail ( Ketua Panitia Matematik ) 4. En. Haszemi b. Harun 5. En. Alwi b. Abdullah 6. En. Azlan b. Abdullah 7. En. Azizi b. Mohd. Razi 8. Pn. Khamisah bt. Bachek 9. Pn. Nik Rosliza bt. R. Ismail 10. Pn. Sukarni bt. In-Hassan 1. UCAPAN PENGERUSI MAJLIS. 1.1 Pengerusi memulakan majlis dengan bacaan ummul kitab Al-Fatihah. Beliau bersyukur kerana dapat mengadakan mesyuarat panitia kali keempat. 1.2 Mesyuarat kali ini penting untuk membuat post mortem peperiksaan percubaan SPM bagi mata pelajaran Matematik. 1.3 Tahniah kepada semua guru terutama yang mengajar Matematik SPM kerana dapat meningkatkan peratus lulus Matematik. 2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU 11. Dicadang oleh : Pn. Sukarni bt. In-Hassan Disokong oleh : En. Azlan b. Abdullah 3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT. Tiada 4. PELAN STATEGIK 2012. 4.1 Bagi setiap program yang dirancangkan mesti ada Perancangan Strategik dan SWOT Analysis. Program-program yang benar-benar berkualiti adalah berdasarkan keadaan semasa dan perlukan penambahbaikan daripada program yang telah dilaksanakan. 4.2 Perogram Pecutan Akhir bagi Kumpulan ELIT dan Kumpulan sederhana (HALUS) perlu diteruskan pada tahun hadapan. Klinik Mata Pelajaran pula

perlu bermula lebih awal. Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 2 dan 4 akan digunakan untuk memilih 25 orang pelajar bagi setiap kumpulan. Jika terdapat lebih ramai yang berkelayakan, pelajar ini akan dipecahkan kepada dua kumpulan. 4.3 En Haszemi mencadangkan supaya pelajar yang berjaya mendapat markah yang cemerlang dalam Matematik diberi ganjaran semasa perhimpunan. Ia sebagai tanda penghargaan dan menjadi contoh kepada pelajar lain. 4.4 Pn. Khamisah mencadangkan supaya kedudukan pelajar Tingkatan 4PA dan pelajar lelaki 4Sains2 pelu dikaji semula memandangkan ramai diantara mereka yang sangat lemah dalam matematik tambahan. 5. TUGASAN DALAM CUTI SEKOLAH / PROGRAM GOLDEN HOLIDAY Setiap guru Matematik perlu menyediakan bahan untuk pelajar sebagai kerja rumah dalam cuti sekolah. Satu salinan hendaklah diserahkan kepada Pn. Yah. 10% daripada markah akan dimasukkan kedalam Ujian PKBS1 tahun2012. 6. RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN 2012. Guru-guru yang terlibat hendaklah menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan mengikut tingkatan masing-masing sebelum sesi persekolahan bermula. Satu salinan hendaklah dihantar kepada Guru Kanan

7. HAL-HAL LAIN. Ketua Panitia mengingatkan agar penyelaras tingkatan dapat menyerahkan markah ETR pada awal tahun 2012. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang Disediakan oleh: Disemak oleh:

(NIK ROSLIZA BT. R. ISMAIL) Setiausaha Panitia Matematik SMK Sering 2011

.. (PN. WAN ILLIZA BT. WAN ISMAIL) Ketua Panitia Matematik SMK Sering 2011.

You might also like