Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
28Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Ciri-ciri Manusia Unggul

Ciri-ciri Manusia Unggul

Ratings:

4.68

(19)
|Views: 2,793 |Likes:
Published by egahmulia
Manusia unggul adalah mereka yang memenuhi ciri-ciri individu Islam yang sebenarnya menurut kehendak Al-Quran dan as-sunnah dalam seluruh aspek kehidupan.
Manusia unggul adalah mereka yang memenuhi ciri-ciri individu Islam yang sebenarnya menurut kehendak Al-Quran dan as-sunnah dalam seluruh aspek kehidupan.

More info:

Published by: egahmulia on Nov 05, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/09/2014

pdf

text

original

 
CIRI-CIRI MANUSIA UNGGUL
Oleh: Bahagian Penerbitan JAKIM
Pendahuluan
Manusia unggul adalah mereka yang memenuhi ciri-ciri individu Islam yangsebenarnya menurut kehendak Al-Quran dan as-Sunnah dalam seluruh aspekkehidupan. Bagi mewujudkan manusia unggul, seseorang itu hendaklahmemiliki ciri-ciri keunggulan iaitu keimanan yang utuh, amal lbadat yangmeliputi lbadat khususiah dan fardhu kifayah dan akhlak mulia yangmerupakan cermin keimanan dan amal salih.
1. Keimanan Yang Utuh
Keimanan kepada Allah swt adalah paksi pembinaan negara danummah. Dengan keimanan itu akan lahirlah individu yang unggul danmasyarakat yang berbudi luhur, berdisiplin dan beramanah demikebaikan dania dan akhirat. Allah swt berfirman dalam surah al-Asr:
“Demi masa sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugiankecuali orang yang beriman dan beramal salih yang berpesandengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran”:
( Surah al-Asr : 1-3)Dalam ayat ini Allah swt menjelaskan bahawa manusia yang beruntungialah mereka yang beriman dan beramal salih.Beriman kepada Allah adalah proses peralihan jiwa manuisa daripadamenganggap dirinya bebas daripada sebarang kuasa dan ikatan sertatanggungjawab kepada ketundukan mengaku tanpa syarat bahawatiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah.Iman merangkumi tiga unsur utama, pengetahuan yang mendalam,kepercayaan yang jitu dan keyakinan yang teguh. Ketiga-tiga unsur iniakan membentuk iman yang kukuh yang menjadi tonggak kekuatanruhaniyah yang cukup kental untuk membina jiwa dan jasmanimanusia. Keteguhan iman juga merupakan penghalang daripadamelakukan kejahatan dan maksiat.
2. Pelaksanaan Amal lbadat
Keimanan tanpa ketaatan melalui amal lbadat adalah sia-sia.Seseorang yang berperibadi unggul akan tergambar jelas keimanannyamelalui amal perbuatan dalam kehidupan sehariannya. Bahkan jikadikaji tujuan Allah menjadikan manusia itu sendiri ialah supayaberibadat kepada-Nya. Firman Allah swt :
1
 
“Tidak Aku ciptakan jin dan manusia itu melainkan untuberibadat”:
( Surah az-Zariat : 56)lbadat adalah bukti ketundukan seseorang hamba setelah mengakuberiman kepada Tuhannya. lbadat yang dimaksudkan di sinitermasuklah lbadat khususiah yang menyentuh fardhu ain dan jugafardhu kifayah yang merangkumi hubungan manusia sesama manusia. Justeru itu, bagi individu yang berperibadi unggul, seluruh hidupnyabaik hubungannya dengan Pencipta ataupun masyarakat adalahdianggap ibadat. Allah swt berfirman:
“Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman iaituorang yang khusyu' dalam sembahyangnya, orang yangmenjauhkan dirinya (dari perbuatan) yang tidak berguna,orang yang menunaikan zakat dan orang yang menjagakehormatannya kecuali terhadap isteri-isterinya atau hambayang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka dalam hal initiada tercela”.
( Surah al-Mukminun : 1-6 )
3. Akhlak Mulia
Akhlak mulia bagi peribadi unggul adalah hasil keimanan yang kental.Ini disebabkan tali ikatan yang menjalinkan hubungan antara individudengan masyarakat terbentuk melalui nilai-nilai dan disiplin yangdiamalkan oleh anggota masyarakat tersebut.Sekiranya nilai yang diamalkan itu positif maka akan lahirlah sebuahmasyarakat yang aman, damai, harmoni dan diselubungi roh Islam.Rasulullah s.a.w adalah contoh utama pembentukan akhlak. Dalamsebuah hadith, baginda s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak  Yang mulia”
( Riwayat Ahmad )Beberapa nilai yang baik dalam akhlak Islam yang menjadi tonggak amalanbagi melahirkan individu unggul ialah:
a) Amanah
Amanah adalah sifat mulia yang mesti diamalkan oleh setiaporang. la adalah asas ketahanan umat, kestabilan negara, kekuasaan,kehormatan dan roh kepada keadilan. Firman Allah swt:
“Maka tunaikanlah oleh orang yang diamanahkan itu akanumanahnya dan bertaqwalah kepada Allah, Tuhannya”.
( Surahal-Baqarah : 283 )
b) Ikhlas
Ikhlas adalah inti setiap ibadah dan perbuatan. Firman Allah swt:
2
 
“Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supayamenyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya”:
(Surah al-Bayyinah: 5)Ikhlas akan menghasilkan kemenangan dan kejayaan. Masyarakatyang mengamalkan sifat ikhlas akan mencapai kebaikan dunia danakhirat, bersih daripada sifat kerendahan dan mencapai perpaduan,persaudaraan, perdamaian dan kesejahteraan. Sabda Rasulullah s.a.wyang bermaksud:
"Bahagialah dengan limpahan kebaikan bagi orang-orang yangbila dihadiri (berada dalam kumpulan) tidak dikenali, tetapiapabila tidak hadir tidak pula kehilangan. Mereka itulah pelitahidayat. Tersisih daripada mereka segala fitnah dan angkaraorang yang zalim ".(
Riwayat Imam al-Baihaqi )
c) Tekun
Islam menggalakkan umatnya supaya tekun apabila melakukansesuatu pekerjaan sehingga selesai dan berjaya. Sabda Rasulullahs.a.w.
"Sesungguhnya Allah swt menyukai apabila seseorang kamubekerja dia melakukan dengan tekun ".
( Riwayat Abu daud )Sifat tekun akan meningkatkan produktiviti ummah, melahirkansuasana kerja yang aman dan member) kesan yang baik kepadamasyarakat.
d) Berdisiplin
Berdisiplin dalam menjalankan sesuatu kerja akan dapat menghasilkanmutu kerja yang cemerlang. Hasrat negara untuk maju dan cemerlangakan dapat dicapai dengan lebih cepat lagi.Dengan berdisiplin seseorang itu akan dapat menguatkanpegangannya terhadap ajaran agama dan menghasilkan mutu kerjayang cemerlang.
e) Bersyukur
Bersyukur dalam konteks peribadi unggul berlaku dalam dua keadaan:pertama; sebagai tanda kerendahan hati terhadap segala nikmat yangdiberikan oleh Pencipta sama ada sedikit atau banyak, kedua;bersyukur sesama makhluk sebagai ketetapan daripada Allah swtsupaya kebajikan sentiasa dibalas dengan kebajikan. Allah swtberfirman:
"Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur maka Aku akantambahkan nikmat-Ku kepada kamu dan sekiranya kamu kufur,sesungguhnya azab-Ku amatlah keras ".
( Surah Ibrahim : 7 )
3

Activity (28)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
egahmulia liked this
Fendi Afifi liked this
hulma_96 liked this
Achiey Iogawa liked this
rodzul87 liked this
angky_ika liked this
alisobro liked this
alisobro liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->