You are on page 1of 5

KOMPONEN SASTERA (KOMSAS) NOVEL SAJAK PUISI TRADISIONAL CERPEN GENRE SASTERA DRAMA PROSA TRADISIONAL

y y y y

PANTUN SYAIR GURINDAM SELOKA

y y y y y

CERITA BERBINGKAI MITOS LEGENDA EPIK MELAYU EPIK HINDU

ASPEK ANALISIS MENGIKUT GENRE SASTERA Genre Sastera 1. Puisi Tradisional Aspek Analisis Maksud-setiap rangkap Tema Persoalan Bentuk Gaya Bahasa Nilai Pengajaran Maksud-setiap rangkap Tema Persoalan Bentuk Nada Gaya Bahasa dan Unsur Bunyi Nilai Pengajaran Sinopsis-ringkasan tentang perkara penting dalam cerita Tema Persoalan Watak dan Perwatakan Plot Gaya Bahasa Latar Nilai Pengajaran

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

2. Sajak

3. 4. 5. 6.

Prosa Tradisional Cerpen Drama Novel

ASPEK DAN ISTILAH TEMA 1. Tema ialah idea dasar atau persoalan pokok yang diungkapkan oleh pengkarya sama ada cerpenis, novelis, penyair, penyajak atau penulis skrip drama bagi mendasari karyanya. 2. Tema hanya ada satu saja dalam sesebuah karya 3. Tema sesuatu karya boleh jadi tidak dinyatakan secara langsung dengan jelas tetapi dinyatakan melalui unsur-unsur yang membentuk karya itu. Oleh sebab itu, tema sesuatu karya lazimnya dapat diketahui hanya sesudah karya itu dibaca dan dihayati seluruhnya. 4. Contoh tema: keadilan, perjuangan, sejarah, kemiskinan, kemanusiaan, kehijauan alam, nasihat dan sebagainya. PERSOALAN 1. Persoalan ialah perkara-perkara kecil dalam sesuatu karya yang ada hubungannya dengan tema. 2. Persoalan biasanya lebih daripada satu iaitu; semakin panjang sesebuah karya semakin banyaklah persoalannya. 3. Wujudnya persoalan dalam sesuatu karya bertujuan untuk menghidupkan dan memperkukuh tema yang cuba diketengahkan oleh pengkarya. WATAK DAN PERWATAKAN 1. Watak ialah sesuatu objek atau pelaku, sama ada manusia atau makhluk lain seperti haiwan, tumbuhan dan sebagainya. 2. Watak inilah yang mengembangkan tema dan persoalan serta plot karya yang menjadi pemikiran pengkarya melalui aksinya, tindakannya, dialognya dan konfliknya 3. Perwatakan merupakan sifat-sifat yang digambarkan oleh pengkarya pada watak yang diwujudkan ini. 4. Sifat lahiriah bentuk, paras rupa, tingkah laku 5. Sifat jasmaniah berkaitan dengan perasaan, sikap dan pemikiran 6. Kumpulan watak: a) Watak utama watak penting yang menggerakkan sesuatu cerita b) Watak sampingan watak pembantu yang peranannya lebih kecil daripada watak utama c) Watak hitam watak yang jahat/watak yang buruk dalam sesuatu karya d) Watak putih watak yang baik/watak yang menonjolkan nilai-nilai murni dalam sesuatu karya e) Watak bundar watak yang bersifat kompleks dan segala sifatnya dijelaskan secara terperinci f) Watak pipih watak yang tidak kompleks dan tidak difokuskan sangat g) Watak dinamik watak yang aksi, fikiran, pandangan atau perasaannya berkembang dan sering berubah h) Watak statik watak yang tidak mengalami sebarang perubahan atau fikirannya tidak berkembang dari awal hingga akhir cerita i) Watak kodi watak yang selalu terdapat dalam cerita rakyat LATAR 1. Latar ialah keterangan tentang waktu, ruang dan suasana terjadinya sesuatu peristiwa dalam karya. 2. Bagi drama, latar diertikan sebagai gambaran yang tersedia di belakang prop. 3. Latar cukup penting dan berperanan untuk mengembangkan watak dan perwatakan di samping mengembangkan tema, persoalan dan plot.

4. Latar terbahagi kepada: a) Latar Tempat tempat berlakunya sesuatu peristiwa dalam cerita b) Latar Masa masa atau tempoh berlakunya sesuatu peristiwa yang digambarkan dalam sesebuah cerita c) Latar Masyarakat keadaan masyarakat di tempat yang digambarkan. PLOT 1. Plot merupakan penceritaan peristiwa dengan berdasarkan hukum sebab dan akibat. 2. Plot juga ditafsirkan sebagai rentetan peristiwa yang bersebab, yang dijalin dengan melibatkan konflik dan diakhiri dengan peleraian. 3. Binaan plot terdiri daripada bahagian: a) Pengenalan bahagian yang memperkenalkan watak-watak, latar, atau konflik yang wujud b) Pertengahan peringkat berkembangnya sesuatu konflik atau masalah itu sehingga sampai ke puncaknya c) Pengakhiran peringkat berakhirnya sesuatu masalah atau konflik. Pada peringkat ini sesuatu masalah telah dapat diatasi/diselesaikan. 4. Imbas Kembali: Peristiwa yang dikenang kembali Monolog Dalaman: Pengucapan dalaman watak Monolog: Pengucapan watak secara bersendirian Imbas Muka: Ramalan peristiwa akan datang Suspens: Peristiwa tahu ingin

Teknik Plot

Kejutan: Kemunculan peristiwa secara tiba-tiba/tidak disangka

Dialog: Percakapan antara dua watak

Konflik: Pertentangan dua pihak

GAYA BAHASA 1. Gaya bahasa atau unsur keindahan merupakan cara seseorang pengkarya itu menggunakan bahasa dengan baik dan kreatif dalam usaha mengungkapkan tema dan persoalan dalam sesuatu karya yang menjadi pemikirannya. 2. Gaya bahasa merangkumi semua aspek bahasa seperti pemilihan kata, penggunaan kiasan, pembinaan frasa, pembinaan ayat dan sebagainya.

Gaya Bahasa Diksi

y y

Konsep/Contoh Pemilihan dan penggunaan kata Diksi yang baik boleh dilihat: - pemilihan kata yang tepat sesuai dengan maksud tertentu - penggunaan kata yang munasabah - penggunaan kata yang jelas dan khusus Perbandingan dengan menggunakan kata-kata seperti, umpama, bak, bagai, ibarat, dan sebagainya Contoh : Terasa ketika itu kakinya macam kaki gajah yang untut dan tidak cantik Merupakan perbandingan atau kiasan yang mengandungi dua kata, iaitu konkrit dan abstrak Contoh: buku hatinya, kotak fikiran Contoh diatas , buku dan kotak bersifat konkrit (dapat dikira/disentuh) manakala hatinya dan fikiran bersifat abstrak (tidak dapat dikira) Merupakan bahasa kiasan yang digunakan untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebih daripada maksud yang sebenarnya Contoh: Meski ilmu setinggi tegak Kata-kata yang digunakan untuk menerangkan/melambangkan sesuatu benda, keadaan atau peristiwa Contoh: kian kita lupa pada azab dan seksa di sana bila Tuhan melimpahkan kurnia Di sana melambangkan alam barzakh iaitu alam selepas mati Personafikasi dikenali juga sebagai perorangan atau penginsanan Personafikasi bermaksud tindakan pengarang memberikan sifat manusia sama ada dari segi perasaan, perwatakan atau tindak tanduk kepada benda-benda mati, binatang, idea atau hal-hal yang lebih abstrak Contoh: sebiji tahi lalat besar bersemayam di sebelah kiri pundak hidung ibu Bermaksud penyingkatan kata Contoh: aku tak takutlah. Kau ingat ka utu kuat sangat! Raja menyahut cabaran itu. Merupakan unsur bahasa yang terdapat dalam puisi Rima ialah unsur bunyi pada suku kata terakhir dalam sesuatu ayat atau sesuatu baris puisi Dalam puisi, rima yang terdapat pada baris akhir disebut sebagai rima akhir Rima yang terdapat pada awal dua atau lebih daripada dua patah kata dalam puisi disebut rima awal Rima terdapat juga pada beberapa tempat selepas suku kata pertama dan sebelum suku kata akhir yang disebut sebagai rima dalam

Simile

y y

Metafora

y y y

Hiperbola

y y

Perlambangaan

y y

y Personafikasi y y

Sinkope

y y

Rima

y y y y y

Asonansi

y y

Merupakan pengulangan bunyi vokal yang sama dalam baris-baris puisi Contoh: kita hanya tak lupa (pengulangan vokal a) Merupakan pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris Contoh: Penawar penyakit manusia (pengulangan konsonan n) Ada pelbagai jenis ayat yang digunakan oleh pengkarya dalam karyanya Penggunaan pelbagai jenis ayat ini disesuaikan dengan tema dan persoalan, peristiwa, situasi tertentu, watak dan sebagainya Contohnya penggunaan ayat yang ringkas, ayat sederhana dan ayat kompleks. Jenis ayat ini termasuklah ayat inti, ayat seru, ayat tanya, ayat gabungan dan sebagainya

Aliterasi

y y y y y y

Pembinaan Ayat

BENTUK 1. Bentuk puisi ialah susunan unit-unit berirama dalam sesuatu baris 2. Bagi mengkaji sesuatu puisi, kita perlu melihat: a) Bilangan rangkap dalam puisi yang berkenan b) Bilangan baris dalam setiap rangkap c) Bilangan kata dalam setiap baris d) Bilangan suku kata dalam setiap baris e) Rima akhir NADA 1. Nada merupakan perasaan atau emosi penyair atau penyajak yang mempengaruhi tinggi rendahnya bunyi suara ketika mendeklamasi sajak atau melagukan syair 2. Jenis-jenis nada ialah: a) Nada mekankolik (murung/sedih) b) Nada romantis c) Nada protes d) Nada sinis e) Nada patriotik NILAI 1. Segala perbuatan yang baik yang harus dijadikan contoh 2. Contoh : keberanian, rasional, kejujuran, bertanggungjawab dan sebagainya PENGAJARAN 1. Pengajaran yang dikenal juga sebagai mesej bermaksud perutusan yang ingin disampaikan oleh pengarang kepada pembaca 2. Dalam karya sastera tradisional, pengajaran tersurat dengan jelas kerana disampaikan secara langsung oleh pengarang manakala dalam sastera moden, pengajaran itu tersirat kerana disampaikan secara tidak langsung.

You might also like