Professional Documents
Culture Documents
Ber’couple’ merupakan suatu tradisi atau budaya yang telah dibudayakan oleh
masyarakat remaja kini. Bermula dengan saling berpandangan mata, kemudian turun ke
hati. Kemudian mereka akan saling mengutus senyuman dan cinta mula berputik. Bila
rasa dah cukup sedia, masing-masing mula ‘masuk line’. Ada yang berbalas-balas nota,
bagi yang lebih ‘advance’, teknologi SMS digunakan. Akhirnya apabila dua insan
berlawanan jantina ini sudah saling suka-menyukai, mereka akan mengisytiharkan ikatan
percintaan mereka dan kemudian ber’couple’.
Sebagai seorang muslim, untuk menjawab persoalan ini, kita perlulah merujuk
kembali kepada manual kita yang telah digarisi oleh Allah S.W.T. iaitu Al-Quran dan
panduan iaitu As-Sunnah yang telah diwasiatkan kepada kita oleh junjungan besar kita
Nabi Muhammad S.A.W. yang sepatutnya menjadi pegangan hidup kita.
Meskipun begitu, ayat-ayat ini tidak menjelaskan yang kita boleh mengadakan
hubungan percintaan dan berkasih kasihan antara lelaki dan perempuan yang bukan
mahram. Banyak larangan Allah dalam Al-Quran yang melarang hubungan-hubungan ini.
Percintaan bermula dari mata. Firman Allah, “Katakanlah kepada orang laki-laki yang
beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya;
yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui
apa yang mereka perbuat." Surah An-Nur(24) ayat 30. Dalam ayat ini, jelas Allah telah
memerintahkan kita supaya kita menjaga pandangan kita daripada memandang perkara-
perkara yang dilarang, termasuklah memandang wanita bukan mahram serta wajib bagi
kita menjaga nafsu. Perintah ini bukan ditujukan kepada kaum Adam sahaja. Dalam ayat
yang seterusnya Allah berfirman, “Katakanlah kepada wanita yang beriman:
"Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya,...” Surah
An-Nur(24) ayat 31. Dua ayat dari Surah An-Nur ini sebenarnya terdapat dalam sukatan
matapelajaran Pendidikan Al-Quran & Sunnah tingkatan 5. Para pelajar tingkatan 5
sepatutnya lebih jelas akan perkara ini. Daripada ayat ini jelas Allah melarang lelaki dan
perempuan bukan mahram daripada saling berpandang-pandangan dengan niat untuk
suka-suka, apatah lagi untuk memuaskan hawa nafsu.
Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan ini terdapat dalam Surah Al-
Israa’(17) ayat 32: “Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah
suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” Ayat ini memeng cukup popular
di kalangan kita. Ramai yang apabila ditegur dengan ayat ini akan menjawab,”Kami tidak
berzina. Kami berbual-bual je” , “Kami keluar makan je” dan “Kami main SMS je.” Dan
pelbagai 1001 alasan lagi. Para pembaca,sila teliti firman Allah tadi.Dalam ayat ini, Allah
melarang kita mendekati zina. Allah menggunakan kalimah ‘walaa taqrobuu’ (jangan
hampiri) dan bukannya kalimah ‘walaa ta`maluu’ (jangan melakukan). Ini menunjukkan,
walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM! Mungkin ada yang tidak
jelas dengan maksud menghampiri di sini. Biar kita ambil contoh, jarak kita dengan
dewan adalah 50 meter. Apabila kita melangkah setapak ke arah dewan, jarak antara kita
dan dewan adalah 49.8 meter. Inilah dikatakan menghampiri dewan. Jadi, bercinta
sebelum kahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina, dan menghampiri zina adalah
HARAM.
Ini adalah dalil-dalil daripada Al-Quran. Bagaimana pula dengan hadis rasul kita,
Nabi muhammad S.A.W.? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-
jenis zina. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda : “Sesungguhnya
Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia
pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati
ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak
menuruti.”* Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya’
“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah
melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah,
zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya
ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”**
(Dua hadis di atas adalah sahih dan diriwayatkan oleh 4 orang imam, iaitu Al-Bukhari,
Muslim, Ahmad dan Ghayatul-Maram. *Sahih Muslim, hadis ke 2281. **Sahih Muslim,
hadis ke 2282)
Sebenarnya, dalam Islam, lelaki dan perempuan tdak dibenarkan bergaul terlalu
rapat, sehingga menjadi teman karib dan sebagainya. Lelaki tidak boleh menghampiri
perempuan dan perempuan tidak boleh menghampiri lelaki sesuka hati tanpa sebab.
Tetapi Islam membenarkan apabila ada keperluan dan tujuan yang benar-benar perlu.
Misalnya apabila ditugaskan mengadakan perbincangan dalam kumpulan besar yang
melibatkan lelaki dan perempuan atau perlu berbincang mengenai sesuatu yang penting.
Untuk berbual-bual kosong atau bergurau senda tanpa tujuan tertentu adalah tidak
dibenarkan. Apatah lagi untuk saling meluahkan perasaan dan sebagainya. Cukuplah
kaum sejenis sendiri untuk dijadikan teman karib dan tempat berbincang masalah.
Perasaan suka dan cinta adalah dua perkara yang berbeza. Tak salah bagi
seseorang lelaki untuk menyukai seseorang perempuan dan seseorang perempuan
menyukai seorang lelaki. Tapi, perasaan ini tidak boleh dilayan dan difikir-fikirkan
kerana ianya merupakan hasutan syaitan yang membawa kepada zina hati. Sepatutnya
apabila kita terfikir mengenai perkara-perkara ini, kita hendaklah menepisnya dan
berhenti terus daripada memikirkannya. Firman Allah, “Dan jika kamu ditimpa sesuatu
godaan setan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar
lagi Maha Mengetahui.” Surah Al-A’raf ayat 201.
Para pembaca adalah diingatkan, semua hujah-hujah yang telah diberikan adalah
berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah, perintah Allah dan Rasul-Nya. Jika kita
menolaknya, sebenarnya kita menolak perintah Allah dan Rasul. Na’uzubillah..
Firman Allah dalam Surah Al-Anfal(8), ayat 20-22, “Hai orang-orang yang beriman,
taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berpaling daripada-Nya,
sedang kamu mendengar (perintah-perintah-Nya),(20) dan janganlah kamu menjadi
sebagai orang-orang (munafik) yang berkata: "Kami mendengarkan, padahal mereka
tidak mendengarkan.(21) Sesungguhnya makhluk bergerak yang bernyawa yang paling
buruk pada sisi Allah ialah orang-orang yang pekak dan tuli (tidak mendengar dan tidak
memahami kebenaran) yaitu orang-orang yang tidak mengerti.(22). Orang yang paling
buruk dalam pandangan Allah ialah mereka yang tidak mahu menuruti perintah-perintah
Allah. Janganlah kita tergolong dalam golongan ini. Balasan bagi golongan ini ialah
neraka Jahannam seperti firman Allah dalam Surah Aj-Jaatsiyah(45) ayat 7-11 :
“Kecelakaan yang besarlah bagi tiap-tiap orang yang banyak berdusta lagi banyak
berdosa,(7) dia mendengar ayat-ayat Allah dibacakan kepadanya kemudian dia tetap
menyombongkan diri seakan-akan dia tidak mendengarnya. Maka beri khabar
gembiralah dia dengan azab yang pedih.(8) Dan apabila dia mengetahui barang sedikit
tentang ayat-ayat Kami, maka ayat-ayat itu dijadikan olok-olok. Merekalah yang
memperoleh azab yang menghinakan.(9) Di hadapan mereka neraka Jahanam dan tidak
akan berguna bagi mereka sedikit pun apa yang telah mereka kerjakan, dan tidak pula
berguna apa yang mereka jadikan sebagai sembahan-sembahan (mereka) dari selain
Allah. Dan bagi mereka azab yang besar.(10) Ini (Al Qur'an) adalah petunjuk. Dan
orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Tuhannya bagi mereka azab yaitu siksaan yang
sangat pedih.(11)”
Akhir sekali, ambillah Islam secara syumul,bukan hanya ambil Islam pada
perkara yang disukai, tetapi kita tinggalkan sebahagian yang lain yang tidak sesuai
dengan kehendak kita. Firman Allah,“ Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada
Allah dan rasu-rasul-Nya, dan bermaksud memperbedakan antara (keimanan kepada)
Allah dan rasul-rasul-Nya, dengan mengatakan: "Kami beriman kepada yang
sebahagian dan kami kafir terhadap sebahagian (yang lain)", serta bermaksud (dengan
perkataan itu) mengambil jalan (tengah) di antara yang demikian (iman atau kafir),(150)
merekalah orang-orang yang kafir sebenar-benarnya. Kami telah menyediakan untuk
orang-orang yang kafir itu siksaan yang menghinakan. (151). Surah An-Nisaa’(4) ayat
150-151. Kembalilah ke jalan yang lurus. Tinggalkanlah perkara-perkara maksiat yang
telah kita lakukan sebelum ini. Bertaubatlah sementara kita masih ada kesedaran, jangan
tunggu sampai kita dibiarkan sesat oleh Allah sehingga hati kita tertutup untuk menerima
kebenaran, Surah Aj-Jaatsiah(45) ayat 23, ” Maka pernahkah kamu melihat orang yang
menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan Allah membiarkannya sesat
berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan
meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya
petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil
pelajaran?” Memang pada mulanya untuk meninggalkan maksiat-maksiat ini amat susah,
tetapi,ia masih wajib kita tinggalkan. Ingatlah Allah berfirman dalam Surah Al-
Baqarah(2) ayat 216,” Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu,
dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah
mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
Beliau juga menerangkan konsep peminangan ini. Kata beliau, “Ibu bapa
mungkin sudah ada pilihan mereka sendiri. Oleh itu, dengan menyatakan niat kepada
ibubapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi untuk mengenali
mereka dan calon menantu mereka dengan lebih jelas. Setelah kedua-dua pihak bersetuju,
barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi telah menjadi tunang.
Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah HARAM perempaun itu dipinang oleh
lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah dalam hadis baginda. Dalam
masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling
mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan
hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan
dilangsungkan,” jelas beliau lagi.
Namun begitu, Ustaz Hassan Din menegaskan bahawa bertunang bukan
merupakan lesen yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-mesra seperti suami
isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya
untuk bercinta. Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan
tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang
bukan mahram dan masih perlu manjaga batasan-batasan Islam seperti yang telah
dibincangkan sebelum ini. Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua
pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan
secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.
Untuk kita yang masih menimba ilmu, tidak perlulah bersusah-susah mencari
jodoh sekarang. Jodoh di tangan Allah, pasti bertemu jua dengan taqdirnya. Sekarang kita
mempunyai matlamat yang lebih penting iaitu mendapatkan kecemerlangan dalam
pelajaran dan menunaikan tanggungjawab kita sebagai muslim. Banyak lagi
tanggungjawab yang perlu kita pikul dan bercinta bukanlah sesuatu yang perlu buat masa
sekarang. Berusahalah menjadi muslim dan muslimah sejati serta mengamalkan Islam
dalam kehidupan kita. Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan
ber’couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.