You are on page 1of 26

Abstrak

PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL


Prof Madya Hj.Iberahim Hassan
Fakulti Seni dan Muzik
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
Tanjong Malim, Malaysia

Pembelajaran pendidikan seni secara umumnya adalah untuk membina keupayaan bagi
menghargai dan mendiskriminsi apa yang dilihat oleh mata. Literasi visual ini juga
meliputi keupayaan menghargai dan memanipulasi bahasa tampak yang menghendaki
seseorang itu berkeupayaan untuk membaca imej-imej visual. Keupayaan membaca,
membuat interpritasi dan membuat justifikasi secara kritikal, ini termasuklah keupayaan
melukis makna melalui berbagai media seni. Jikalau dilihat secara lebih mendalam ia
meliputi memahami simbol-simbol budaya yang terdapat kepelbagaiannya di ruang
lingkup kehidupan manusia secara universal. Disamping keupayaan ini menerusi
pendidikan seni juga pelajar diberi peluang untuk membina kemahiran psikomotor dalam
berbagai-bagai bidang kemahiran. Begitu juga dengan pembinaan berbagai nilai bagi
menyuburkan domain afektifnya. Ini adalah teras kepada pembelajaran pendidikan
seni.Pendidikan Seni perlu memenuhi keperluan pelajar-pelajarnya untuk mendapatkan
keupayaan dan kemahiran tersebut. Sejauhmanakah pencapaian pelajar-pelajar dalam
membina keupayaan, kemahiran dan memupuk nilai tersebut dicapai? Sejauhmanakah
pencapaian dan berkesannya pengajaran dalam mata pelajaran ini? Untuk menjawab
persoalan ini, satu proses penilaian perlu dilakukan. Penilaian pendidikan seni boleh
dijadikan sebagai petunjuk untuk membuat diagnosis bagi membantu pelajar yang
bermasalah. Hasil penilaian juga boleh jadikan sebagai panduan memperbaiki kurikulum
supaya lebih berkesan. Penilaian juga boleh memberi maklumbalas sejauh manakah
objektif yang dirancang tercapai. Penilaian juga untuk menilai keseluruhan kandungan
program, sikap, pencapaian pelajar dan sebagainya. Tetapi kertas ini lebih menumpukan
kepada penilaian pencapaian ketiga-tiga domain melalui mata pelajaran pendidikan seni
visual ini iaitu domain kognitif, afektif dan psikomotor. Terdapat berbagai jenis jenis
penilaian yang boleh dilakukan untuk pelajaran ini. Terdapat juga berbagai pandangan
dan garis panduan yang boleh dirujuk agar penilaian itu akauntabel, umpamanya
menggunakan piawai (standards) nasional yang telah ditantukan bagi setiap tahap
pelajaran pendidikan seni visual, menggunakan portfolio untuk penilaian yang
berterusan. Untuk menilai proses dan hasil kerja pelajar, beberapa cadangan boleh
dijadikan kriteria penilaian, umpamanya pandangan Rob Barnes (1987) terdapat lima
perkara yang perlu dinilai iaitu: proses kerja, pengendalian bahan, penggunaan media,
kamahiran kritikal dan peringkat-peringkat perkembangan peribadi. Manakala Michael
(1998) mencadangkan lapan objektif yang perlu dinilai iaitu meliputi: komunikasi/
ekspresi, keyakinan diri/self-esteem, perkembangan persepsi, ketekalan organisasi
estetika, pengetahuan seni, kreativiti, kemahiran, dan kepuasan / keseronokan. Penulis
juga akan membincangkan bagaimana untuk menilai aspek yang berkaitan dengan
pembelajaran sejarah dan apresiasi seni dan perkembangan dalam estetika. Secara umum
akan membicarakan metodologi untuk mengendalikan penilaian untuk pendidikan seni
visual.
PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL

1
Prof Madya Hj.Iberahim Hassan
Fakulti Seni dan Muzik
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
Tanjong Malim, Perak, Malaysia

Pembelajaran pendidikan seni secara umumnya adalah untuk membina


keupayaan bagi menghargai dan mendiskriminsi apa yang dilihat oleh mata.
Literasi visual ini juga meliputi keupayaan menggunakan bahasa visual bagi
membaca dan menghargai imej-imej visual. Keupayaan membaca, membuat
interpritasi dan membuat justifikasi secara kritikal, ini termasuklah keupayaan
melukis makna melalui berbagai media seni. Jikalau dilihat secara lebih
mendalam ia meliputi memahami simbol-simbol budaya yang terdapat
kepelbagaiannya di ruang lingkup kehidupan manusia secara universal.
Disamping keupayaan ini, menerusi Pendidikan Seni juga pelajar diberi peluang
untuk membina kemahiran psikomotor dalam berbagai-bagai bidang kemahiran.
Begitu juga dengan pembinaan berbagai nilai bagi menyuburkan domain
afektifnya. Ini adalah teras kepada pembelajaran Pendidikan Seni. Mata
pelajaran ini perlu memenuhi keperluan pelajar-pelajarnya untuk mendapatkan
keupayaan dan kemahiran tersebut. Oleh itu tentulah ada cara untuk mengumpul
segala maklumat yang berkenaan bagi mampastikan sejauh manakah matlamat
pelajaran ini berkesan dan telah dilaksana dengan jaya. Makenisma untuk
mendapatkan maklumat tersebut adalah dengan mengadakan pengukuran,
pengujian atau penilaian. (Untuk kertas ini istilah penilaian akan terus
digunakan)

Mengapa perlu penilaian dalam pendidikan seni?

Sebelum kita membicarakan tentang penilaian mata pelajaran pendidikan seni ini
satu persoalan perlu dijelaskan. Adakah seni boleh dinilai ? Terdapat berbagai
pandangan yang mandasarkan hujahnya bahawa seni itu bersangkutan dengan
suatu proses yang subjektif berkaitan dengan perasaan, yang merupakan
pengalaman individu menghasilkan produk, memerhati dan menterjamah makna
visual kepada bentuk seni semuanya itu adalah sesuatu proses yang amat
peribadi sifatnya. Maka adalah diluar jangkaan objektif penilaian jikalau seni itu
dinilai oleh orang lain. Sebenarnya isu ini sudah lama dibahaskan. Sekiranya
seni tidak boleh dinilai atau diukur secara rasional maka tiada tempat untuk mata
pelajaran seni dimuatkan ke dalam kurikulum pendidikan. (Best 1992)

Best, seterusnya menyatakan kerja-kerja seni itu adalah memaparkan


pernyataan artistik yang merupakan pernyataan suatu bentuk kefahaman
yang membantu kita menterjemah apa yang kita pandang dan lihat sama ada
ianya catan, tembikar, atau bangunan. Kita mengunakan reason untuk membuat
interpretasi. Maka perasaan artistik itu ada rasionalnya yang khusus yang
melibatkan proses penghakiman walaupun dikatakan ianya amat peribadi
sifatnya tetapi masih boleh dinilai. Oleh itu penilaian seni itu tentulah ada
justifikasi rasionalnya untuk dinilai oleh pihak lain dan jikalau ianya

2
merupakan salah satu daripada mata pelajaran dalam sistem pendidikan
tentulah ianya akauntabel untuk dinilai.

Sebagai contoh jikalau kita teliti proses kerja seni yang dilalui oleh seseorang
pelajar: Apabila ianya menghasilkan produk seni pelajar itu cuba
menghubungkan pengalaman pertamanya terhadap suatu gubahan seni. Pelajar
itu akan menapis pengalaman dan kemahiaran seninya lantas disesuaikan
dengan pengetahuannya tentang persekitaran, semasa menghasilkan karya.
Situasi ini adalah merupakan kualiti pemikiran dan kreativiti yang terus
diperkembangkan menerusi litrasi visual dan pengetahuan seni. Proses
sintesis diaplikasi dalam kontaks khusus ketika membuat karya tersebut. Itu
adalah kualiti pengetahuan, kemahiran dan kefahaman serta nilai yang
sepatutnya menjadi matlamat pembelajaran pelajar melalui mata pelajaran
pendidikan seni. Untuk mencapai matlamat ini pelajaran perlulah dirancang
dengan teliti berdasarkan matlamat dan objektif yang jelas yang bersandarkan
kepada keperluan pembangunan pelajar selari dengan matlamat dan asperasi
pendidikan sesebuah organisasi, negeri atau negara. Manakala perlaksanaan
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah pula perlulah dilaksanakan
dengan serious dan terancang, lengkap dengan sumber dan strategi
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Untuk menentukan tahap
pencapaian dan kesesuaian program pendidikan seni itu dan untuk
mengenalpasti sejauh mana matlamat dan objektif tercapai maka proses
penilaian perlu dilakukan.

Untuk apa dan untuk siapakah penilaian ini dilakukan ?

Menurut Al Hurwitz dan Michael Day (1995): Penilaian mesti dilakukan


sepadan dengan objektif-objektif yang telah ditentukan untuk suatu pelajaran
dan keputusannya perlu dilaporkan secara jelas dan memberi makna kepada
yang menerimanya. Lima soalan asas perlu diajukan mengenai sistem penilaian
iaitu: Siapa yang akan dinilai ? Mereka yang terlibat untuk penilaian ini adalah:
Para guru, pelajar, atau agensi-agensi luar yang terlibat dengan program
Pendidikan Seni ini. Apa yang akan dinilai? Yang akan dinilai itu adalah berbagai
aspek umpamanya untuk menilai sikap, atau kesesuaian kandungan kurikulum
seperti, kemahiran, pengetahuan atau proses dan prosidur. Siapa yang akan
dinilai? Yang akan dinilai adalah pelajar sekolah, guru, atau pelajar yang
terpilih, umpamanya pelajar-pelajar yang mempunyai keistimewaan tertentu,
atau pelajar yang bermasalah dalam pembelajaran. Apakah had yang hendak
dinilai? Mungkin kumpulan yang hendak dinilai itu hanya beberapa kumpulan
pelajar, atau sebuah darjah, seluruh sekolah, keseluruhan program seni atau
seluruh negara? Dan akhir sekali adalah: Apakah tujuan dan fungsi penilaian
itu?

Fungsi penilaian pendidikan seni boleh dijadikan sebagai maklumat kepada guru,
pelajar dan keluarganya tentang kemajuan dan perkembangan pembelajaran
pelajar. Menurut Eisner(1985), hasil daripada suatu penilaian, boleh dijadikan

3
sebagai petunjuk untuk membuat diagnosis bagi membantu pelajar yang
bermasalah dalam mata pelajaran pendidikan seni. Hasil penilaian juga boleh
dijadikan sebagai panduan memperbaiki kurikulum pendidikan seni supaya
lebih berkesan. Bahagian atau tajuk manakah yang perlu lebih tumpuan. Atau
ada tajuk-tajuk yang didapati tidak sesuai dan boleh diganti dengan tajuk baru.
Penilaian berfungsi untuk menilai keseluruhan kandungan program sejauh
manakah program itu berkesan selari dengan matlamat dan objektif program itu,
dimanakah kelemahan dan kekuatannya, hasil daripada maklumat yang
dikumpul melalui penilaian boleh dijadikan sebagai petunjuk dan panduan
bagi memperbaiki kelemahan yang ada dan mengetahui dimanakah kekuatan
program itu.

Satu lagi tujuan penilaian adalah untuk mengukur pencapaian pelajar dalam
mata pelajaran pendidikan seni. Penilaian ini yang sering kita lakukan sama
ada secara berterusan (formatif) atau di hujung sesuatu sesi persekolahan
(sumatif). Penilaian formatif berfungsi untuk melihat pembelajaran yang berlaku
di kalangan pelajar secara eksplisit, umpamanya dapat mengukur tahap-tahap
perkembangan kemahiran (psikomotor) pelajar dalam sesuatu aspek kemahiran,
melihat perkembangan sikap dan tingkahlaku (afektif) yang memerlukan
bimbingan, galakan dan pembentukan. Manakala penilaian berbentuk sumatif
lebih bertujuan untuk mengukur sejauh manakah keupayaan pelajar menerima
dan menghayati ilmu (kognitif).

Kertas ini lebih menumpukan kepada penilaian pencapaian ketiga-tiga domain


melalui mata pelajaran pendidikan seni visual ini iaitu domain kognitif, afektif dan
psikomotor.

Bagaimana untuk mengurus penilaian pendidikan seni ?

Sesuatu penilaian itu perlu dilakukan berdasarkan beberapa prinsip, perlu ada
kesahihan dan keboleh-percayaan, apa yang dinilai itu adalah berkaitan dengan
falsafah, matlamat dan objektif kurikulum pelajaran tersebut, menilai apa yang
telah diajar dan dipelajari oleh pelajar. Dari aspek kesahihan penilaian perlulah
diuruskan secara objektif, ujian diurus mengikut prinsip, mengambil kira
kaedah, penggridan (scoring), ada etika (ethics)dan equiti, bukan sekadar
melakukannya secara sewenangnya. Secara prinsipnya penilaian perlu
dilakukan secara beretika, berkesan, boleh dipercayai, rapi dan adil.
Sebelum membuat sesuatu keputusan untuk melaksanakan penilaian guru-guru
pendidikan seni perlulah menilai kembali kaedah atau method
pengajarannya, adakah ianya menjurus kepada matlamat dan objektif dan
selari dengan prinsip-prinsip yang dinyatakan di atas.

Panduan Mengendali Penilaian:

4
Menurut Clement (1986) perlu ada framework (JPU) sebagai panduan kepada
guru-guru bagi mengendali penilaian pendidikan seni. Sama ada penilaian itu
secara formatif atau sumatif. Framework itu seharusnya lebih fleksibel
berbanding dengan mata pelajaran lain, yang mengambil kira kepelbagaian
bidang dan aktiviti dalam pendidikan seni seperti bidang-bidang seni, kraf,
design dan ilmu seni yang lain. Penilaian juga perlu mengambil kira latar
belakang pelajar dan persekitarannya yang di bawa bersamanya ke dalam
bilik darjah. Ianya bolehlah diletakkan di bawah kriteria kefahaman baru, yang
melihat personiliti, kepekaan dan tindakbalas pelajar terhadap sosio-budaya dan
persekitarannya.

Penilaian juga perlu dilakukan secara berterusan dan berfokus untuk


membekalkan maklumat yang terkini. Penilaian yang dilakukan adalah
kontektual dan authentik (tulin), memenuhi keparluan pelajar, untuk program
pendidikan seni yang khusus, sesuai dengan persekitaran bilik darjah dan
masyarakat. Penilaian pendidikan seni perlu ditumpukan kepada kedua-dua
kategori iaitu penilaian untuk proses dan produk seni, penilaian juga perlu
responsif kepada berbagai jenis ilmu pengetahuan dan kemahiran serta nilai
yang merangkumi ketiga-tiga domain pendidikan iaitu, kognitif, afektif dan
psikomotor. Ianya selari dengan pandangan Lansing (1971).

Penilaian pendidikan seni juga responsif kepada memperkembangkan


pengertian cerdas (Sternberg, 1985 dan Gardner, 1983) dan kreativiti. Guru
pendidikan seni tentu peka dengan perkembangan teori kepelbagaian
kecerdasan sebahagiannya telah mengamalkannya di bilik darjah.
Perkembangan konsep cerdas ini yang diterokai oleh Gardner, memaparkan
lapan jenis kecerdasan yang berbeza telah memberi potensi untuk
penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni dan juga
penilaiannya. Manakala krerativiti pula, hasil daripada penyelidikan terkini
berfokus kepada penganalisaan oprasi mental dan keunikan individu kreatif,
penilaian untuk kelas pendidikan seni ini boleh menumpukan kepada
tingkahlaku kreatif yang dikaitkan secara bermakna dengan proses
menghasilkan produk seni. (Beattie, 1997)

Lima kategori Untuk Penilaian:

Barnes (1987) telah memberi sumbangan yang berguna yang boleh dijadikan
panduan untuk penilaian pendidikan seni untuk pelajar sekolah rendah. Beliau
mencadangkan lima katogeri perlu dinilai. Setiap kategorii itu mempunyai
kriterianya:

1. Proses menghasilkan kerja-kerja seni:

Terkandung di dalamnya aspek-aspek penting dalam perkembangan


artiastik ketika menghasilkan kerja-kerja seni, seperti perkembangan

5
idea, menukar-ubah design, menokok-tambah dan membaiki sesuatu
dalam proses penghasilan karya atau produk akhir seni.

2. Penggunaan alat dan bahan:

Adalah mustahak diketahui sama ada pelajar telah menunjukkan


perkembangan dalam kemahiran pengurusan kepelabagaian bahan ketika
menghasilkan sesuatu produk seni. Kita perlu tahu setakat mana pelajar
berupaya mengurus bahan untuk aktiviti catan umpamanya, atau bagaimana
keupayaan pelajar menggunakan gunting untuk menggunting sesuatu motif.
Dengan itu guru dapat merapatkan hubungan antara keinginan pelajar
menghasilkan sesuatu bentuk seni dengan kemahirannya mengguna alat dan
bahan. Dengan ini dapat menghilangkan rasa kecewa atau sukar ketika mereka
melalui proses kerja seni tersebut.

3. Penggunaan media

Guru juga perlu mengenalpasti sejauhmanakah pelajarnya telah


memahami dan menguasai media yang mereka gunakan. Sebagai contoh
bolehkan pelajar membancuh warna untuk menghasilkan bentuk dan bayang.
Bolehkah mereka mengguna tanah liat untuk membuat design sesuatu model.
Bolehkah mereka menggunakan warna untuk menghasilkan corak, jalinan, dan
sebagainya.

4. Kemahiran mengkritik:

Katogeri ini berkaitan dengan kemahiran pelajar mendiskriminasi apabila


berhadapan dan menganalisis sesuatu bentuk seni. Pelajar bukan sahaja
menghasilkan bentuk seni tetapi mereka memperkembangkan keupayaan untuk
membuat diskriminasi antara satu bentuk dengan satu bentuk seni yang lain ,
antara satu warna dengan satu warna yang lain. Melihat persamaan dan
perbezaan di antara unsur-unsur seni dan pengolahannya, serta gaya yang
digunakan oleh para seniman. Pelajar juga akan memperlihatkan keupayaannya
menganalisis persekitaran secara kritikal. Kemahiran mengkritik secara kritikal ini
termasuk juga penilaian-kendiri (self-assessment).

5. Peringkat perkembangan peribadi pelajar:

Guru juga perlu mengambil kira dan mengetahui tahap-tahap perkembangan


peribadi pelajarnya berdasarkan umur. Eisner (1972) menyatakan tahap-tahap
perkembangan ini adalah sebagai indikator kepada guru supaya apa yang
pelajar lalui itu sesuai dengan alat dan bahan yang disediakan atau sebaliknya.
Indikator itu tidaklah digunakan secara rigid. Yang diutamakan ialah guru dapat
melihat sejauh manakah cirri-ciri perkembangan telah berlaku pada pelajarnya
melalui aktiviti seni yang disediakan berbanding dengan tahap perkembangan

6
yang sepatutnya. Sejauh manakah guru dapat mengesan perkembangan
pelajar dari aspek sikap peribadinya terhadap kerja seninya dan kerja seni rakan-
rakan sebayanya? Sejauh manakah pelajar boleh menerima kritikan atau
pandangan rakannya terhadap kerja-kerjanya ?
Apa yang dinyatakan di atas adalah sebagai asas untuk guru jadikan
panduan bagi membuat sesuatu penilaian dalam pendidikan seni khususnya
untuk pelajar sekolah rendah.

Penetapan Standard

Ada setengah negara, di USA umpamanya, Consortium of National Arts


Education Association telah meletakkan piawai kebangsaan ( National
Standard) setelah arts dijadikan sebagai subjek utama sama mustahaknya
dengan mata pelajaran akademik lain (Bates 2000 ms. 282), untuk dijadikan
sebagai panduan penilaian pendidikan seni. Berdasarkan standard yang
ditetapkan, apabila tamat sekolah menengah pelajar mengetahui dan berupaya
:

1. berkomunikasi di peringkat asas dalam empat disiplin kesenian :


tarian, muzik, teater dan seni visusl
2. cekap berkomunikasi dalam salah satu daripada empat disiplin
tersebut
3. boleh menganalisis kerja-kerja seni
4. dibekalkan dengan maklumat yang cukup tentang kerja-kerja seni
yang berbagai budaya ,dari berbagai period pensejarahan
5. berupaya mengaitkan berbagai jenis pengetahuan dan kemahiran
seni merentasi disiplin.

Untuk mata pelajaran pendidikan seni visual mereka telah menetapkan dua
kategori standard iaitu yang berkaitan dengan kandungan (content) dan
pencapaian (achievement). Standard kandungan adalah khusus apa yang patut
pelajar tahu dan berupaya melakukannya, mungkin boleh dianggap sebagai
matlamat atau outcome. Manakala standard pencapaian pula merupakan sub-
kategori standard kandungan pelajar bagi tahap-tahap tertentu , daripada grade
K hingga 4 , grade 5 hingga 8, dan grade 9 hingga 12. Standard pencapaian ini
boleh dijadikan sebagai objektif-objektif pelajaran atau petunjuk (indicator).

Terdapat enam kriteria standard kandungan untuk grade K hingga 12, iaitu:

1. kefahaman dan aplikasi media, teknik, dan proses


2. menggunakan struktur pengetahuan dan fungsi
3. membuat pilihan dan penilaian terhadap kepelbagaian bahan tajuk
(subject matter)
4. memahami hubungan antara seni visual dengan sejarah seni dan
kebudayaan

7
5. membuat refleksi terhadap kerja-kerja sendiri dan kerja-kerja seni
orang lain dan menilai karektoristik dan merit
6. membuat perkaitan antara bidang-bidang seni dan antara disiplin
lain.
(Bates 2000. ms 283-285)

Dan setiap standard kandungan itu terkandung di bawahnya kriteria


standard pencapaian untuk pelajar : K - 4 , 5 hingga 8, dan 9 hingga 12 .
Seabagai contoh untuk standard kandungan (no.6) “Membuat perkaitan
antara bidang-bidang seni dan antara disiplin lain” :

untuk pelajar K-4 : Standard pencapaiannya adalah :

• Pelajar memahami dan boleh menunjukkan pesamaan dan


perbezaan antara karekteristik seni visual dengan seni-seni yang
lain.
• Mengenalpasti perkaitan antara seni visual dengan disiplin-disiplin
lain dalam kurikulum

Untuk pelajar 9-12: Standard pencapaiannya adalah:

• Pelajar berupaya mengsintisis kreativiti dan menganalisis prinsip-


prinsip dan teknik-teknik dalam seni visual dan dalam bidang seni
yang lain secara terpilih dan digunakan dalam disiplin kemanusiaan
atau sains.
• Pelajar boleh membandingkan bahan-bahan, teknologi, media dan
proses-proses seni visual dengan disiplin seni yang lain dari aspek
pengunaannya dalam proses penciptaan.
(Bates 2000. ms.258)
Contoh di atas boleh diolah dan disesuaikan dengan budaya dan amalan
setempat. Dengan berpandukan kepada standard yang telah ditetapkan
penilaian pencapaian pelajar dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
guru boleh dilaksanakan, standard itu sebagai kayu ukur.

Penilaian Alternatif (performance)


Untuk menilai prestasi dan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan
Seni penilaian secara tradisional biasanya mengunakan kertas, pen dan pensil,
ujian yang standard, soalan-soalan ujian berbentuk esei atau objektif yang
mempunyai berbagai pilihan jawapan, jawapan betul atau salah, yang terlalu
sempit dan ujian itu berasaskan kefahaman dari pembacaan semata-mata dan
mengukur aspek kognitif sahaja. Al Hurwitz dan Michael Day (1995) telah
mancadangkan cara untuk mengendali penilaian ini bukan sahaja menggunakan
bentuk penilaian tradisional tetapi menggunakann juga bentuk penilaian
alternatif (performance) bagi menilai kemajuan pelajar dan pembelajaran pelajar.
Kriteria penilaian itu haruslah mengandungi aspek berikut:

8
1. menilai pelajar pada tugas-tugas dalam disiplin khusus yang telah
ditetapkan
2. menilai pencapaian pelajar secara menyeluruh
3. mengambilkira pengetahuan dan kemahiran secara holistik berbanding
secara dipecah-asingkan
4. ambil kira proses dan hasil pengajaran dan pembelajaran
5. melatih pelajar cara-cara membuat penilaian terhadap pencapaiannya dan
membantu menilai kerja seni orang lain.
6. mempastikan pelajar berupaya membuat persembahan dan
mempertahankan hasil kerjanya secara lisan dan di khalayak ramai.

Oleh kerana pelajaran pendidikan seni ini berbeza daripada mata pelajaran
sekolah yang lain kerana ianya melibatkan kandungan visual juga kandungan
verbal dan hasil kerja kreatif pelajar maka terdapat berbagai kaedah dan alat
sama ada secara tradisional atau alternatif boleh digunakan secara
komprehensif untuk pengumpulan maklumat penilaian. Sebahagian daripada
alat penilaian yang dicadangkan selain daripada ujian dan pepereksaan
adalah:

• kaedah pemerhatian
• kaedah temuduga
• kaedah perbincangan
• menggunakan senarai semak (check list)
• menggunakan soal selidik (questionnaire)
• meminta pelajar membuat karangan
• pengukuran sikap (attitude)
• menggunakan portfolio (kaedah ini sering digunakan masih amat
berkesan) dan
• menggunakan penilaian yang informal seperti menggunakan kaedah
anekdot. Kaedah ini juga dikatakan amat berkesan. Guru mencatatkan
hasil pemerhatian terhadap pelajarnya, merekodkan kekuatan dan
kelemahan serta perlakuan pelajar secara berkala. Catatan itu dikumpul
dan dijadikan sebagai bahan bukti apabila guru membuat analisa
terhadap kemajuan pelajarnya.
(Al Hurwitz dan Michael Day,1995)

Untuk mengumpul maklumat penilaian terhadap perkembangan pelajar dalam


kerja-kerja studio dan hasil kerja seni, Michael (1998) mencadangkan lapan
objektif yang perlu dinilai apabila membuat penilaian berasaskan pengalaman
studio dan hasil kerja seni pelajar iaitu meliputi: komunikasi/ ekspresi, keyakinan
diri/self-esteem, perkembangan persepsi, ketekalan organisasi estetika,

9
pengetahuan seni, kreativiti, kemahiran, dan kepuasan / keseronokan.
(Lampiran 1)
Bagi mengumpul maklumat terhadap pencapaian dan tingkah laku pelajar dalam
bidang sejarah seni (kognitif domain) beliau mencadangkan beberapa kriteria
berasaskan enam tahap domain kognitif berasaskan teksonomi Bloom (1956).
(Lampiran 2.).Manakala untuk mendapatkan maklumat terhadap sikap pelajar
terhadap apresiasi seni guru boleh menggunakan senarai semak, soal selidik
atau borang pemerhatian. Michael telah mengadaptasi skala sikap yang
diperkembangkan oleh Michael Stuckhardt (1976) dan Stuckhardt dan Jerry
Morris (1977,1980) untuk mengenal pasti sikap pelajar terhadap pengalaman
seni mereka. (Lampiran 3)

Kesimpulannya

Pada kebiasaannya amalan penilaian bagi mata pelajaran Pendidikan Seni di


sekolah-sekolah sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah adalah
sekadar menilai tahap kemahiran dan keupayaan pelajar dalam menghasilkan
sesebuah karya dengan menggunakan bahan, peralatan dan media yang
termampu disedialkan oleh pihak sekolah dan pelajarnya. Guru akan menilai
secara impresif terhadap keupayaan pelajar menghasilkan kerya seninya
berdasarkan kesesuaian tema yang diberi, kecekapan menggunakan alat dan
bahan untuk transformasi idea menerusi media melalui pengolahan unsur-unsur
seni visualnya. Guru juga akan mengukur sejauh mana kreatifnya pelajar
menyelsaikan masalah artistik secara ekspresif. Penilaian begini sering
dilakukan terhadap hasil kerja studio pelajar untuk kegiatan seni halus.

Begitu juga apabila guru-guru menilai kerja-kerja kraf pelajarnya selain daripada
aspek yang telah dinyatakan di dalam prernggan di atas guru akan menilai
keupayaan pelajar menggunakan alat dan bahan mengikut proses dan prosidur
sesuatu jenis kraf yang dihasilkan oleh pelajar berdasarkan kriteria khusus. Kraf
lebih meberi tumpuan kepada ketepatan, kesempurnaan, teliti, dan kehalusan
kerja yang menunjulkan kualiti estetika yang tinggi. Penilaian lebih tertumpu
kepada kecekapan atau keterampilan.

Manakala pengajaran dan pembelajaran yang tertumpu kepada bidang-bidang


ilmu dan pengetahuan seperti sejarah dan apresiasi seni penilaian yang sering
dilakukan oleh guru adalah secara ujian dan peperiksaan, secara lisan atau
tulisan untuk diberi markah.

Begitulah amalan-amalan penilaian yang sering dilakukan oleh guru-guru


pendidikan seni di sekolah-sekolah. Hasil daripada penilaian itu guru akan
memasukkan markah pencapaian pelajarnya ke dalam buku rekod kemajuan
pelajar untuk dimaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga pelajar. Di tahap itulah
akhirnya proses penilaian.

10
Berdasarkan kepada amalan dan kebiasaan yang dinyatakan di atas marilah kita
bandingkan dengan beberapa cadangan, panduan dan contoh-contoh penilaian
yang boleh dilakukan oleh guru-guru untuk membuat penilaian bagi mata
pelajarn Pendidikan Seni ini seperti yang telah diutarakan di atas. Adakah kita
telah melaksanakan penilaian mata pelajaran ini berdasarkan tujuan dan
fungsinya secara bertanggungjawab dan mengikut prinsip-prinsip penilaian ?
Mungkin kita merasakan bahawa kita perlu memperbaiki kaedah atau cara
perlaksanaan penilaian mata pelajaran ini demi untuk faedah pelajar-pelajar kita.

Bahan Rujukan:
Al Hurwitz dan Day,M. (1995). Childeran and their art (6th edt. ).New York : Harcourt
Brace& Co. (ms. 565-600)

Barnes,R. (1987) Teaching Art to Young Children, London: Allen and Unwin.

Bates, J.K.(2000) Becoming an art tercher. Singapore: Thomson Learning. (ms


282-285)

Beattie, D.K. (1997) Assessment in art education. Massachusetts:Davis Pub.Inc.

Best,D. (1992) Feeling and Reason in the Arts, London: Falmer Press.

Bloom,B.S. (1956) Texonomy of Educational Objectives, Handbook I : Cognitive


Domain, New York: Longman Co.

Clement, R. (1986) The Art Teacher’s handbook, dalam Green,L. dan Mitchell,R.
(1979) Art 7-11 developing primary teaching skills,London: Routledge.

Eisner,E (1972). Educating artistic vision, dalam Art 7-11 developing primary
teaching skills,London: Routledge.

Eisner,E.(1985).The educational Imagination: On the Design and Evaluation of


School Programs, 2nd. Ed. . New York: Macmillan.

Sternberg, (1985) Beyond IQ: ATriachic Theory of human Intelligence.New York:


Cambridge Univ. Press .

Gardner,H. (1983) Changing the world:A Framework for the Study of Creativity.
Westport, CT: Praeger Pub.

Howard Gardner(1993). Multiple Intelligences:The Theory in Practice , USA:


The Getty Center of Educations in the Arts.

Lansing, K. M. ( 1990 ). Art, Artist and education. New York : McGraw Hill.

11
Michael,J.A. (1998). Art and Adolescence. New York: Teachers College Press

Stuckhardt, M.l (1976) dan Stuckhardt,M. dan Morris,J. (1980) dalam


Michael,J.A. (1998). Art and Adolescence. New York: Teachers College
Press.

Lampiran 1

Penilaian : Pengalaman Studio Seni & Menghasilkan Produk Seni

Objektif Penilaian YA TIDAK

1. Konunikasi / pernyataan

1. Adakah pelajar ingin menyampaikan sesuatu


untuk pernyataan melalui kerja seni.

2. Adakah kerja-kerja seni pelajar , mod dan


peranannya.

3. Adakah dalam kerja seni pelajar menunjukkan


kefahaman tentang subjek matter (bahan tajuk).

4. Adakah pelajar bebas membincangkan objektif


kerja seni mereka ketika penilaian secara
individu@kumpulan.

5. Adakah pernyataan pelajar itu ikhlas dan benar


persembahannya.

6. Adakah pelajar berupaya berkomunikasi secara


ekspresif melalui berbagai media seni.

2. Keyakinan / Self Esteem

1. Adakah pelajar rajin dalam menyatukan idea,


perasaan dan persepsi melalui media.

2. Adakah pelajar fleksibel dan berupaya bekerja


dengan berbagai media.

3. Adakah pelajar berpeluang untuk merubah


kedudukan di bilik seni.

12
4. Adakah pelajar berpuashati dan bangga
terhadap kerja-kerja seni mereka.

5. Adakah pelajar kenalpasti kekuatan & ke-


lemahan kerja-kerja seni dan mengguna
kekuatan serta memperbaiki kelemahan.

YA TIDAK

6. Adakah pelajar menunjukkan inisiatif untuk


mencapai matlamat Pendidikan Seni.

7. Adakah pelajar menunjukkan keupayaan/


keinginan terhadap kualiti kepimpinan.

8. Adakah pelajar menggunakan nilai-nilai


estetika dalam kehidupan sehariannya.

3. Perkembangan Persepsi

1. Adakah pelajar menunjukkan perkembangan


kepekaan(sensitiviti) terhadap kualiti visual
dalam persekitaran seperti cahaya, warna,
kadar banding bayang, jarak dalaman, volume
(kepaduan) seperti yang terdapat dalam
kerja seni.

2. Adakah pelajar menunjukkan perkembangan


kepekaan terhadap kualiti non-visual seperti
Auditory, tektail, kinestetik, dan sensasi tubuh
(body sensation) seperti yang terdapat dalam
kerja-kerja seni.

3. Adakah pelajar menyedari, melihat dan


mengerti nilai-nilai visual & non-visual sebagai
sumber ekspresi.

4. Adakah pelajar peka terhadap adanya per-


bezaan antara bentuk, warna, gambar, nilai
(value) dan jalinan (unsur seni).

4. Organisasi estetika dan ketekalan (consistency)

1. Adakah pelajar memahami perhubungan


antara idea, bahan; Bolehkah ianya diaplikasi

13
melalui medium lain dengan lebih baik.

2. Terdapatkah organisasi harmoni pada gambar,


bentuk, warna, nilai, jalinan dalam kerja seni
mereka.

YA TIDAK
3. Adakah semua bahagian-bahagian pernyataan
pelajar itu tekal dan berkait antara satu sama
lain bagi menampakkan keseluruhannya.

4. Adakah kerja-kerja seni pelajar menunjukkan


kepekaan dan kesedarannya terhadap prinsip-
prinsip rekaan seperti imbangan, ritma, kepel-
bagaian, kontras dan lain-lain.

5. Adakah kerja-kerja seni pelajar menunjukkan


“sense of being” dan kesepaduan rasa
kewujudan.

6. Adakah pelajar mengambil berat dengan


organisasi dan keadaan persekitarannya dan
juga dalam kerja-kerja seni.

7. Adakah pelajar menunjukkan perkembangan


dalam keupayaan menyaksikan estetika yang
lebih kompleks dalam kerja-kerja seninya.

8. Adakah pelajar sedar kepada kualiti estetika


dalam berbagai aspek kehidupannya.

5. Pengetahuan Dalam Bidang Seni

1. Bolehkah pelajar kenalpasti proses seni,


adat, media, juga masalah yang dihadapi
oleh seniman.

2. Bolehkah pelajar menjangka apakah yang


boleh dilakukan oleh berbagai-bagai alat/
media.

3. Bolehkah pelajar kenalpasti/analyse pola/


struktur dalam kerja-kerja seninya.

14
4. Bolehkah pelajar membuat penilaian kaedah
kerja-kerja media, gubahan dan ekspresi
kerja-kerja seninya dan kaitannya dengan
kerja orang lain, dahulu dan sekarang.

5. Bolehkah pelajar faham konsep abstrak.


YA TIDAK

6. Bolehkah pelajar kenalpasti kepelbagaian


pengaruh seniman, dan gaya persembahan
dalam kerja-kerja seni mereka seperti
kusisme, ekspresianisme, surrelisme.

6. Kreativiti

1. Adakah pelajar peka dalam mengenalpasti


masalah-masalah yang terdapat dalam
Kerja-kerja seni.

2. Adakah pelajar memaparkan idea-idea yang


unik dan peribadi (verbal dan visual) dalam
kerja-kerja seninya.

3. Adakah pelajar dengan mudahnya me-


nunjukkan kualiti, bebas, inventive, asli
dan luar biasa dalam kerja-kerja seninya.

4. Adakah pelajar boleh menyatakan perasaan,


Idea, persepsinya secara peribadi dan
Individu.

5. Bolehkah pelajar redefine gambar, bentuk,


warna, rupabentuk dan berbagai bahan
kepada suatu benda baru seperti butang
dijadikan mata dalam kolaj.

6. Adakah pelajar berupaya mengkaji berbagai-


bagai cara dalam menyelesaikan masalah
estetika.

7. Adakah pelajar menunjukkan perkembangan


kesedarannya terhadap keunikan dirinya
dan orang orang lain.

8. Adakah pelajar menunjukkan kelancaran dan


dan banyak idea ketika berkarya.

15
9. Adakah pelajar menunjukkan fleksibel dan
boleh menyesuaikan dan mencari
penyelesaian jika berlaku masalah dalam
kerja-kerja seninya.

YA TIDAK
10. Adakah pelajar berupaya membuat analisis,
melihat sesuatu yang menyeluruh kepada
yang ditil dalam kerja-kerja seninya.

11. Adakah pelajar berupaya mengsintesis


bermula daripada ditil kepada yang
menyeluruh dalam kerja-kerja seninya.

7. Kemahiran/Ketukangan

1. Adakah terdapat penambaikan dan kecekapan


dalam kemahiran mengendalikan peralatan,
bahan dan proses di kalangan pelajar.

2. Adakah pelajar berupaya mengawal kerja-


kerja seninya, berupaya memaparkan atau
merobah purposi bentuk nutralistik, menambah
atau mengurangkan detail bila diperlukan.

3. Berupayakah pelajar menggunakan berbagai


jenis garisan, rupa, bentuk dan warna bila
memerlukannya.

4. Adakah pelajar menjaga dan memulihara


peralatan dan perkakasan di dalam keadaan
yang baik.

8. Keseronokan & Kepuasan

1. Adakah pelajar seronok menghasilkan karya


seni.

2. Adakah pelajar memerlukan peluang untuk


Melakukan kerja-kerja seni.

3. Adakah pelajar menggalakkan rakannya turut


serta dalam pengalaman seni.

16
4. Adakah pelajar menyatakan kepuasan
terhadap pengalaman seni dan produk seni.

5. Adakah pelajar berkeinginan untuk mem-


pamerkan hasil kerja mereka.
YA TIDAK
6. Adakah pelajar berbincang mengenai seni
dengan rakan.

7. Adakah pelajar mengambil bahagian kegiatan


seni di luar bilik darjah seperti membeli buku-
buku seni, mengumpul reproduksi karya seni
atau menghadiri ceramah seni atau melawat
pameran seni.

(Diubah suai daripada Michael (1998) ms.39 – 41)

17
Lampiran 3

Lampiran 2
Menilai : Sejarah Seni (Domain Kognitif)

Menerusi skala penilaian ini, profil pencapaian pelajar dalam sejarah seni, selari dengan
objektif dalam domain kognitif boleh dipungut. Kadar pencapaian untuk setiap tingkah
laku, menggunakan skala Tidak , Sedikit hingga Ya, dan Banyak.
Catatkan rating dalam petak sebelah kanan.

Arus Kognitif (matlamat) Tiada -Sedikit Ya - Banyak

1. Pengetahuan (ingatan, mengingat semula)

Pengetahuan khusus dalam sejarah seni.


Adakah pelajar tahu terma-terma atau
fakta (tarikh, peristiwa, orang, tempat,
karya seni) dalam sejarah seni.

1.1 Pengetahuan, cara dan kaedah untuk


berhadapan sesuatu yang khusus.

Adakah pelajar tahu tentang kumpulan,


trend, sekuan, klasifikasi, kategori, kriteria
untuk meyakinkan dan/atau kaedah
mengkaji bidang sejarah seni.

1.2 Pengetahuan sejarah seni yang universal


dan abstrak:

Adakah pelajar tahu prinsip-prinsip dan


generalisasi, teori dan struktur sejarah
seni.

2. Kefahaman

2.1 Terjemahan

Adakah pelajar boleh menjelaskan dengan


kata-kata lain maklumat tentan sejarah
seni secara tepat, menyatakan objektif
setiap bahagian bagi menterjemah
komunikasi.

2.2 Interpretasi

Bolehkah pelajar menyusun semula,


mengolah semula dan mengemukakan
pandangan baru terhadap sesuatu
bahan.

18
2.3 Membuat pelunjuran (extrapolation)

Bolehkah pelajar berupaya membuat


jangkaan melangkaui data-data yang
diberi bagi menentukan kesan,
kemungkinan, perhubungan dan/atau
akibat berasaskan maklumat yang ada.

3. Aplikasi

3.1 Bolehkah pelajar menggunakan penge-


tahuan, idea dan kaedah sejarah seni
dalam situasi tertentu.

3.2 Bolehkah pelajar membuat jangkaan


berdasarkan maklumat yang ada.

4. Analisis (Perincikan sejarah kerja-karya seni kepada bahagian-bahagian kecil


daripada bidang sejarah yang lebih luas).

4.1 Analisis unsur-unsur:

Bolehkah pelajar mengenalpasti mustahaknya


unsur-unsur dalam sejarah seni.

4.2 Analisis perhubungan/hubungkait

Bolehkah pelajar membuat perkaitan dan


melihat saling hubungkait berdasarkan
maklumat yang diberi dan membuat
andaian berkenaan sejarah seni.

4.3 Analisis prinsip-prinsip organisasi

Bolehkah pelajar mengenalpasti bentuk,


pola, struktur dan ketekalan dalam kerja
seni juga perkaitan dengan zaman,
tempat, bila, di mana bentuk seni itu
dihasilkan, sebagai bahan untuk
meningkatkan pengertian makna.

19
5. Sintisis (menggabungkan unsur-unsur dan bahagian-bahagian kecil supaya
menjadi lebih jelas kepada sebelumnya)

5.1 Menghasilkan komunikasi yang unik.

Bolehkah pelajar berkomunikasi (tulis @


bercakap) menggunakan organisasi idea
yang hebat, peranan, dan/atau pengalamannya
dalam kenyataan sejarah seni.

5.2 Menghasilkan set perancangan atau


cadangan operasi.

Bolehkah pelajar memperkembangkan


rancangan kerja atau operasi berkaitan
sejarah seni.

5.3 Menghimpunkan dapatan daripada set


hubungan yang abstrak.

Bolehkah pelajar membina hipotesis yang


tepat, membina set hubungan yang
abstrak untuk membuat pengkelasan
atau membuat penjelasan penomena
tertentu yang berkaitan dengan sejarah
seni.

6. Penilaian (pertimbangan kualitatif atau kuantitatif berkenaan sejauh mana


sesuatu sejarah seni itu memenuhi kriteria)

6.1 Pertimbangan yang berkaitan dengan


kriteria internal (dalaman).

Bolehkan pelajar kenal pasti falasi logik


dalam perbincangan berasaskan
ketepatan fakta (dokumentasi, bukti)
ketekalan fakta, atau lain-lain fakta
dalaman sebagai kriteria berkenaan
sejarah seni.

20
6.2 Pertimbangan yang berhubung dengan
kriteria external (luaran).

Bolehkah pelajar menilai kerja-kerja


seni tokoh yang silam dengan merujuk
kepada sebahagian kriteria yang diingat.

Bolehkan pelajar membandingkan kerja


tokoh silam dengan standart tertinggi yang
dikenal pasti (tokoh terkini).

(Diubah suai daripada Michael (1998) ms.46 – 47)

21
Lampiran 3
Menilai Domain Afektif

Aras Afektif (Matlamat) YA TIDAK

1. Penerimaan (ambil perhatian)

1.1 Kesedaran

Adakah pelajar sedar tentang kewujudan


sesuatu karya seni (pelajar sedar ada
catan di dalam bilik).

1.2 Sedia@rela untuk menerima

Adakah pelajar memberi tumpuan pada


karya seni (pelajar tahun catan dalam
bilik itu adalah gambar pemandangan).

1.3 Ada pilihan atau tumpuan terpilih

Adakah pelajar tahu/sedar sesuatu karya


seni walaupun banyak terdapat rangsangan
lain (daripada keseluruhan catan
dalam bilik pelajar memberi tumpuan pada
catan pemandangan).

2. Bertindak balas (Responding) YA TIDAK

2.1 Sudi untuk bertindakbalas

Adakah pelajar bertinda balas berkaitan


kerja-kerja seni bila disoal (jikalau disoal
pelajar menjawab memang terdapat
catan pemandangan di dalam bilik).

2.2 Rela untuk bertindakbalas

Adakah pelajar sukarela untuk mem-


beritahu apabila ditanya tentang seni
(pelajar menghurai catan secara
sukarela).

22
2.3 Puashati dalam bertindakbalas YA TIDAK

Adakah pelajar rasa puashati dan


gembira bila bertindakbalas tentang
hasil seni (pelajar menghurai catan
dan bangga dengan huraiannya).

3. Penilaian (Valuing)

3.1 Penerimaan nilai

Adakah pelajar menerima dan sukakan


kerja seni bila ia menilai, tetapi mungkin
akan berubah fikiran (pelajar sedar
bahawa catan itu boleh diterima tapi
masih ada catan-catan lain yang lebih
baik).

3.2 Keutamaan untuk dinilai

Adakah pelajar sukakan hasil seni,


lebih daripada yang lain (pelajar
lebih sukakan catan lanskap itu
lebih daripada catan yang lain dan
mendapatkan maklumat lanjut
menerusi pembacaan).

3.3 Penglibatan (commitment)

Adakah pelajar bersungguh-sungguh


dan pasti, tidak sangsi dan cuba untuk
mempengaruhi orang lain untuk
meyakinkan bahawa seni itu ber-
kualiti (pelajar mengkagumi Ibrahim
Hassan dan catannya dan cuba mem-
pengaruhi pelajar lain).

4. Organisasi (internalisasi berbagai nilai, membentuk sistem)

4.1 Mengkonsepsi nilai YA TIDAK

Adakah pelajar jelas bagaimana nilai


sesuatu seni ada hubungkait dengan
ilmu atau pengetahuan yang ada
padanya (pelajar kenal pasti sebahagian
daripada catan Ibrahim Hassan yang
menarik sebagai contoh, warnanya,
kualiti garisan sebagainya).

23
YA TIDAK
Adakah pelajar mempunyai satu
pegangan yang tekal dan harmoni
terhadap sesuatu nilai seni (pelajar
amat gemarkan satu kualiti warna,
walau dalam bentuk seni apa pun
kualiti warna itulah yang digemarinya).

5. Pembinaan watak oleh nilai yang kompleks.

5.1 Set kesimpulan umum YA TIDAK

Adakah pelajar memiliki set nilai


berkaitan seni dan menunjukkan
ketekalan dalaman.

Adakah pelajar memiliki kesungguhan


dan terjurus kepada pegangannya,
bersedia untuk bertindak balas dalam
kaedah tertentu dan tegas terhadap
pendiriannya (pelajar secara tekal
sensitif kepada kualiti warna-
warna dan garisan dalam semua
jenis bukan setakat catan Van Gogh
saja).

5.2 Pembinaan Watak

Adakah pelajar memiliki sistem nilai


tentang seni yang menjadi kepercayaan
dan amalan dirinya (pelajar internalise
aspek-aspek tertentu seni dan peka
terhadapnya seperti nilai garisan, nilai
warna yang diaplikasi dalam karyanya,
dan diamalkan di dalam kehidupannya
dan tekal dengan pegangannya).

(Diubah suai daripada Michael (1998) ms.48 – 49)

24
Untuk menilai Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah, Rob Barnes (1987)
mencadangkan 5 kategori yang perlu dinilai:

1. Proses Kerja
- Artistik Develompent ketika meng-
hasilkan kerja seperti:
• perkembangan idea
• tukar design
• tokok tambah
• ubah suai

- Respon kepada idea dan rangsangan


visual ketika proses berlaku lebih
diutamakan daripada produk seni.

2. Penggunaan bahan

- Sejauhmana kanak-kanak telah menunjuk-


kan perkembangan dalam kemahiran menggunakan bahan.

- Adakah kanak-kanak boleh menggunakan


bahan dengan cara yang betul.

Kemahiran menggunakan bahan dengan


betul membantu kanak-kanak untuk
melukiskan hajat/niat dalam kerja-kerja
seni.

3. Penggunaan media

Selain daripada keupayaan pelajar mengawal penggunaan bahan penilai dibuat


juga terhadap:

Keupayaan menggunakan media untuk pernyataan visual

contoh:
- Bolehkah mereka membancuh warna
untuk mewujudkan bayang, untuk
menghasilkan jalinan, corak.

- Bolehkah mereka menggunakan tanah


liat untuk menghasilkan sebuah model.

25
4. Kemahiran melihat secara kritikal

- Kategori ini bertujuan menilai keupayaan,


kemahiran kanak-kanak melihat dan
membuat diskriminasi di samping meng-
hasilkan produk seni:
Contoh:
- Sejauh manakah kanak-kanak boleh men-
diskriminasi antara warna-warna, garisan
yang berbeza, bentuk atau rupa yang
berbeza-beza.

- Sejauh manakah kanak-kanak boleh men-


diskriminasi karya seniman atau bentuk-
bentuk seni yang terdapat persekitarannya.

- Sejauh manakah kanak-kanak berupaya


mendiskriminasi dan melihat alam per-
sekitarannya secara kritikal.

- Kemahiran melihat secara kritikal boleh


digunakan untuk penilaian kendiri (self-
assessment).

5. Guru-guru perlu mengetahui tentang tahap-tahap perkembangan peribadi kanak-


kanak.

Peringkat Perkembangan Peribadi:

- Berdasarkan umur kanak-kanak sejauh


manakah keupayaan kanak-kanak itu
menghasilkan bentuk-bentuk seni.

- Sejauh manakah kematangan psiko-


motornya.

- Sejauh manakah perkembangan intelektual &


fizikal.

- Sejauh manakah perkembangan sosio emosinya.

Eisner (1972) tahap-tahap perkembangan kanak-kanak adalah sebagai indikator


(petunjuk) setakat mana seseorang kanak-kanak itu boleh lakukan bila diberi peluang
pengalaman dengan alat dan bahan gunakan standard itu sebagai membantu
perkembangan bukan untuk memaksa.

26

You might also like