You are on page 1of 1

DOA MESYUARAT

Ya Allah, kami mohon limpah kurnia dan ehsanMu, anugerahkan kami ilmu yang bermanfaat, hati yang khusu'. amalan yang Engkau terima, rezeki yang luas, jalan yang lurus yang Engkau redhai, bukakanlah pintu hati kami, agar kami sentiasa mendapat taufiq dan hidayah, mampu membuat keputusan dengan tepat, selari dengan kehendakMu ya Allah, untuk membina insan rabbani yang berkualiti dan masyarakat cemerlang, di samping memperoleh rahmat dan keredhaanMu. Ya ALlah, terimalah segala kerja dan khidmat bakti kami dengan sempurna, sebagai amal ibadat kami kepadaMu.

You might also like