You are on page 1of 41

1.

PENDAHULUAN

TAKRIF PERDAGANGAN MANUSIA Menurut Wikipedia Bahasa Melayu yang merupakan sebuah ensiklopedia bebas, Pemerdagangan manusia adalah perdagangan dan perniagaan dalam pergerakan atau migrasi manusia secara haram, termasuk aktiviti buruh sah serta buruh paksa. Istilah ini digunakan dalam konteks lebih sempit oleh kumpulan advokasi untuk merujuk kepada perekrutan, pengangkutan, pelindungan, atau penerimaan manusia bagi tujuan perhambaan, pelacuran, dan buruh paksa (termasuk melalui ikatan atau ikatan hutang). Pengekspoitan termasuk memaksa orang melakukan pelacuran atau bentuk eksploitasi seks lain, buruh paksa, hamba atau amalan yang sama seperti perhambaan. Bagi kanak-kanak, ekploitasi termasuk untuk tujuan pelacuran, pengambilan anak angkat antarabangsa yang tidak sah, perkahwinan awal, atau rekrut bagi tentera kanak-kanak, pengemis dan tujuan sukan, atau untuk sesetengah kumpulan agama. Akta Perlindungan Mangsa Perdagangan Manusia mentakrifkan "perdagangan manusia yang teruk" sebagai: (a) perdagangan seks yang melibatkan perbuatan seks komersil yang dilakukan secara kekerasan, penipuan atau paksaan, atau keadaan di mana seseorang yang dipaksa melakukan perbuatan tersebut belum mencapai umur 18 tahun; atau (b) perekrutan, penyimpanan, pengangkutan, pembekalan atau pemerolehan seseorang untuk bekerja atau berkhidmat melalui kekerasan, penipuan, atau paksaan bagi tujuan kerja secara paksa, penjelasan hutang, penebusan hutang atau perhambaan. Seseorang mangsa itu tidak semestinya dipindahkan secara fizikal dari satu tempat ke tempat yang lain bagi meletakkan jenayah ini bawah takrif-takrif tersebut.

DEFINISI PEMERDAGANGAN MANUSIA Pemerdagangan manusia bermaksud perekrutan, pengangkutan, pemindahan, pelindungan, penyediaan atau penerimaan seseorang bagi maksud eksploitasi ( Seksyen 2 AAO). Di mana modus operandi termasuklah, penggunaan ancaman atau penggunaan bentuk tekanan lain, penculikan, penipuan, kecurangan, penyalahgunaan kuasa, kedudukan berisiko atau rawan,
1

dan memberi atau

menerima pembayaran. Pemerdagangan ini adalah bertujuan untuk

mengeksploitasi protitusi, ekploitasi seksual, buruh paksaan, atau khidmat layanan paksa, perhambaan, praktik serupa perhambaan, dan pemindahan organ.

Kekerasan bermaksud (a) ancaman mencedera seseorang atau menahan seseorang secara fizikal; (b) sebarang skim, rancangan atau pola tindakan yang bermaksud untuk menimbulkan rasa percaya seseorang bahawa kegagalan melakukan sesuatu akan mengakibatkan dirinya dicedera atau ditahan secara fizikal; atau, (c) menyalahgunakan atau ancaman untuk menyalahgunakan proses undang-undang. Paksaan bekerja di luar kemahuan termasuk keadaan kerja dipaksa melalui (a) skim, rancangan atau pola tindakan yang bertujuan menimbulkan rasa percaya bahawa sekiranya dia tidak menyertai atau terus berada dalam keadaan sedemikian, maka dia atau orang lain akan mengalami kecederaan atau ditahan secara fizikal; atau (b) menyalahgunakan atau ancaman untuk menyalahgunakan proses undang-undang.

DEFINISI ISTILAH Perdagangan seks bermaksud merekrut, menyimpan, mengangkut, membekal atau memperoleh seseorang untuk tujuan melakukan seks secara komersil. Perbuatan seks komersil bermaksud sebarang perbuatan seks yang melibatkan pemberian atau penerimaan sesuatu yang berharga daripada seseorang.

Perdagangan manusia merupakan bentuk perhambaan di zaman moden, iaitu perdagangan abdi global yang baru. Perdagangan abdi boleh berlaku di mana-mana sahaja di pelosok dunia. Pedagang abdi biasanya akan mengambil kesempatan terhadap mereka yang lemah, terutamanya wanita dan kanak-kanak, demi keuntungan dan wang ringgit. Mereka mengumpan mangsa mereka sehingga terjerat dalam perhambaan dan pengabdian seks. Kanak-kanak masih terlibat di dalam perdagangan haram walaupun dagangan hamba telah dihapuskan 200 tahun yang lalu.

Tahun 2007 merupakan ulang tahun pemansuhan perdagangan abdi rentas Atlantik yang ke200. Pergerakan yang diterajui ahli parlimen British, William Wilberforce, telah mengambil masa berdekad-dekad lamanya sebelum mencapai kejayaan. Usaha ini memerlukan sesebuah negara itu mendalamkan dan meluaskan takrif harga diri manusia. Usaha ini memerlukan sesebuah negara mengisytiharkan bahawa nilai murni mengatasi kepentingan komersil. Usaha ini perlu diambil oleh setiap negara yang menyahut cabaran untuk menghapuskan perdagangan manusia, iaitu suatu bentuk pengabdian zaman ini.

2.0

SITUASI SEMASA DI DUNIA

Pemerdagangan manusia merupakan salah satu bentuk ancaman terhadap hak asasi dan keselamatan manusia dan satu pencabulan hak asasi yang paling buruk dan dunia memandang serius perkara ini termasuklah Malaysia. Paling menyedihkan mangsa akan menderita akibat penderaan mental, fizikal dan seksual. Mereka tidak dibayar upah, terikat kerana hutang, dikurung, diugut dan dokumen perjalanan mereka juga ditahan. Pemerdagangan manusia merupakan jenayah kemanusiaan yang dilakukan tanpa kerelaan mangsa tidak kira lelaki, wanita, remaja perempuan mahupun kanak-kanak. Mangsa akan diugut, dipaksa, didera dan ditahan untuk dieksploitasikan. Isu pemerdagangan manusia merupakan satu jenayah yang kian meningkat pada abad ke-21 dan menjadi satu bentuk perdagangan hamba abdi moden yang tidak mengenal bangsa, agama dan keturunan. Jenayah pemerdagangan manusia kini semakin berleluasa dan kebelakangan ini telah menjadi jenayah terancang yang meningkat pada kadar yang membimbangkan. Dianggap sebagai masalah global, pemerdagangan manusia adalah merupakan jenayah terancang terbesar di dunia, selain penyeludupan dadah dan senjata api. Penularan jenayah pemerdagangan manusia yang semakin serius dan sangat membimbangkan ini pada masa sama membabitkan rangkaian aktiviti pengedaran dadah global, kegiatan pemalsuan pasport, dokumen, kad kredit dan sebagainya. Dijangka lebih kurang 1.2 juta orang kanak-kanak terlibat di dalam pemerdagangan manusia setiap tahun di mana mereka digunakan sebagai orang gaji, pekerja-pekerja kilang, penunggang-penunggang unta, tentera dan juga hamba-hamba seks. Kanak-kanak merupakan
3

golongan yang paling terdedah kepada pencabulan hak-hak kemanusiaan dan pada masa yang sama tidak dapat membela diri mereka sendiri. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan kira-kira 150,000 orang, ramai daripada mereka kanak-kanak, diseludup dalam kawasan Asia Selatan setiap tahun, tetapi pakar percaya angka itu mungkin tiga kali ganda berikutan laba yang dijana industri itu kira-kira RM110.5 bilion (US$32 bilion) setahun. Mengikut laporan Amnesty International, pada 2004 sahaja dianggarkan seramai 700,000 orang diperdagangkan setiap tahun bagi tujuan seks manakala Jabatan Amerika Syarikat pula melaporkan setiap tahun antara 600,000 hingga 800,000 orang yang kebanyakkannya terdiri daripada wanita dan kanak-kanak diperdagangkan merentasi sempadan negara. The United Nations Childrens Fund (UNICEF) menganggarkan satu hingga dua juta kanak-kanak diperdagangkan setiap tahun. Di Bangladesh saja, sebuah laporan UNICEF melaporkan bahawa lebih kurang 400 wanita dan kanak-kanak telah menjadi magsa perdagangan tersebut setiap bulan. Kebanyakan dari mereka berusia antara 12 hingga 16 tahun dan dipaksa bekerja di dalam industri seks komersial. Pelbagai anggaran telah dibuat tentang skop dan bilangan perhambaan di zaman moden. Pertubuhan Buruh Antarabangsa, iaitu agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang ditugas kan untuk menangani piawai buruh, penggajian dan perlindungan masyarakat , menganggarkan bahawa terdapat seramai 12.3 juta orang yang bekerja sebagai buruh paksa, buruh tebus hutang, buruh paksa kanak-kanak, dan abdi seks pada sesuatu masa. Julat anggaran lain adalah antara 4 juta hingga 27 juta orang. Menurut suatu penyelidikan 2006 yang dibiayai Kerajaan Amerika Syarikat, kira-kira 800,000 orang dibawa merentasi sempadan negara setiap tahun. Ini tidak termasuk jutaan orang yang didagangkan dalam negara sendiri. Kira-kira 80 peratus mangsa rentas negara terdiri daripada wanita dan gadis muda, dan sehingga 50 peratus antara mereka adalah bawah umur. Sebilangan besar mangsa rentas negara ini adalah wanita yang diperdagangkan bagi tujuan eksploitasi seks komersil. Bilangan ini tidak termasuk jutaan lagi mangsa lelaki dan wanita di seluruh dunia yang didagangkan di dalam lingkungan sempadan negara sendiri dan kebanyakannya bagi tujuan buruh paksa atau buruh tebus hutang.

Menurut Pejabat Anti Dadah dan Jenayah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNODC), India menerima kira-kira 25,000 wanita dan kanak-kanak dari Bangladesh setiap tahun manakala 5,000-15,000 diseludup dari Nepal yang sebahagian besarnya bagi pelacuran dan buruh. Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak India, Renuka Chowdhury berkata terdapat kira-kira tiga juta pekerja seks di negara itu dan 40 peratus daripadanya adalah kanak-kanak. Mengikut undang-undang, setiap tahun Jabatan Negara perlu mengemukakan kepada Kongres Amerika Syarikat suatu laporan tentang usaha kerajaan negara-negara asing bagi menghapuskan perdagangan manusia yang teruk. Laporan ini merupakan Laporan Tahunan Perdagangan Manusia. Ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran sedunia, menonjolkan usaha-usaha masyarakat antarabangsa, dan menggalakkan kerajaan-kerajaan negara asing supaya mengambil tindakan yang berkesan untuk menentang segala bentuk perdagangan manusia. Undang-undang Amerika Syarikat yang memberi panduan tentang usaha mencegah perdagangan manusia, iaitu Akta Perlindungan Mangsa Perdagangan Manusia 2000 (APMPM) menyatakan bahawa tujuan memerangi perdagangan manusia adalah untuk menghukum pedagang, melindungi mangsa, dan mencegah perdagangan manusia. Matlamat utama laporan tersebut serta polisi anti-perdagangan manusia Kerajaan Amerika Syarikat adalah pembebasan mereka yang terperangkap dalam perhambaan.

3.0

SITUASI DI MALAYSIA

AKTIVITI penyeludupan dan perdagangan manusia di peringkat antarabangsa semakin berleluasa dan menjadi masalah kepada banyak negara termasuk Malaysia. Aktiviti jenayah yang mempunyai jaringan dan sindiket profesional ini jika tidak dibanteras boleh menjejaskan imej negara di mata dunia. Kerjasama dan komitmen semua pihak sangat diperlukan bagi menggembleng usaha membasmi jenayah yang tidak berperikemanusiaan ini. Malaysia sebagai sebuah negara makmur menjadi tarikan utama kepada sekian ramai warga asing dari seluruh dunia dan ini membuka peluang kepada kerancakan aktiviti penyeludupan dan perdagangan manusia walaupun kita berada di zaman serba canggih,
5

namun kegiatan jual beli manusia masih berlaku sedangkan era perhambaan telah lama berlalu. Keadaan ini tidak sepatutnya berlaku dan tidak boleh sama sekali dibiarkan bergerak aktif di negara kita. Kedudukan di tengah-tengah negara Asean turut menjadikan Malaysia antara lokasi paling strategik sama ada sebagai negara destinasi atau transit bagi aktiviti penyeludupan dan perdagangan manusia. Walaupun Malaysia telah meluluskan undang-undang antiperdagangan manusia pada tahun 2007, namun negara ini masih merupakan negara destinasi dan negara transit perdagangan wanita dan gadis-gadis muda bagi tujuan pelacuran dan pengabdian domestik. Lantukan kes mahkamah dan hak terhad untuk menubuhkan kesatuan di beberapa buah industri telah menyekat hak-hak pekerja. Laporan Pemerdagangan Orang 2009 oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat yang menganalisis usaha oleh lebih 173 negara untuk memerangi aktiviti pemerdagangan orang telah menyenaraihitamkan Malaysia dan 16 negara lain. Malaysia, menurut laporan itu turut disenaraihitamkan antara 17 negara sebagai tahap tiga dalam kajian yang dilakukan terhadap 173 negara. Tahap tiga merujuk tiada usaha untuk mematuhi standard minimum Akta Perlindungan Pemerdagangan dan Keganasan (TVPA). Ini sangat mengejutkan semua pihak dan kemungkinan terdapat usaha pihak tertentu yang cuba memburuk-burukkan Malaysia di peringkat antarabangsa. Amerika Syarikat (AS) dalam Laporan Penyeludupan Manusia 2009 memasukkan semula Malaysia dalam senarai hitam antara negara yang masih menyeludup manusia, selain negara Afrika iaitu Chad, Eritrea, Niger, Mauritania, Swaziland dan Zimbabwe. Menurut laporan itu, Malaysia menjadi destinasi dan sekurang-kurangnya negara sumber serta pusat persinggahan untuk aktiviti pemerdagangan wanita dan kanak-kanak bagi tujuan eksploitasi seks komersial manakala lelaki, wanita serta kanak-kanak dijadikan buruh paksa..

Selain itu Malaysia juga adalah negara sumber dan negara transit bagi wanita dan kanak-kanak yang didagangkan bagi tujuan eksploitasi seks komersil, manakala lelaki, wanita, dan kanak-kanak pula didagangkan bagi tujuan buruh paksa. Malaysia terutamanya adalah negara destinasi bagi lelaki, wanita, dan kanak-kanak yang berhijrah secara sukarela dari Indonesia, Nepal, Thailand, China, Filipina, Burma, Kemboja, Bangladesh, Pakistan, dan Vietnam untuk mendapatkan pekerjaan. Ada yang dipaksa bekerja di luar kemahuan mereka oleh para majikan di sektor-sektor domestik, pertanian, pembinaan, peladangan, dan perindustrian. Sesetengah pekerja hijrah ditindas oleh majikan, ejen pekerjaan, atau pedagang manusia yang membekalkan buruh asing dan mangsa perdagangan seks. Menurut laporan itu lagi, sesetengah warga Burma yang berdaftar dengan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sebagai pelarian, iaitu taraf yang tidak diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia, terdedah kepada kemungkinan didagangkan sebagai buruh paksa. Pada tahap yang rendah, ada wanita Malaysia, terutamanya yang berketurunan Cina, didagangkan ke luar negeri untuk tujuan eksploitasi seks komersil. Juga, sejumlah kecil rakyat Malaysia, khususnya wanita dan gadis muda dari kalangan orang asli dan penduduk luar bandar, didagangkan di dalam negara untuk tujuan buruh dan eksploitasi seks komersil. Malaysia juga didapati tidak mematuhi sepenuhnya standard minimum untuk menghapuskan penyeludupan manusia secara bersungguh-sungguh. Namun begitu, punca sebenar penyeludupan manusia dikenal pasti ekoran situasi semasa ekonomi, politik dan konflik kaum yang berlaku di negara tertentu. Akta Perlindungan Mangsa Perdagangan Manusia 2000 (APMPM) menyenaraikan tiga faktor yang diambil kira semasa menentukan sama ada sesebuah negara itu harus diletakkan dalam Tahap 2 (atau Senarai Perhatian Tahap 2) atau Tahap 3: 1) Setakat mana negara itu merupakan negara asal, negara persinggahan atau negara destinasi bagi perdagangan manusia yang teruk; 2) Setakat mana kerajaan negara itu tidak mematuhi piawai minimum APMPM, termasuk setakat mana kerajaan mengamalkan rasuah berkaitan perdagangan manusia khususnya; dan 3) Sumber dan kemampuan kerajaan untuk menangani dan menghapuskan perdagangan manusia yang teruk. Menurut Pengarah Siasatan Jenayah, Datuk Cristopher Wan sekurang-kurangnya 20 negara di dunia telah dikenalpasti sebagai Negara sumber suspek pekerja seks yang ditahan

bekerja di Malaysia. Mengikut perangkaan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) seramai 371 wanita asing telah diselamatkan daripada kegiatan pelacuran dari 2004 hingga 2006. Beliau berkata dengan kadar peningkatan pada purata 20 hingga 25 peratus setahun, jumlah tertinggi penahanan antara 2000 dan 2007 ialah warganegara dari Indonesia diikuti China, Thailand dan Filipina. Sementara, warganegara dari Russia, India, Myanmar dan Uzbek-istan menunjukkan penurunan dalam tempoh tahun yang sama, katanya semasa membentangkan kertas kerja bertajuk Fenomena Jenayah Sema-sa di Rantau Ini: Pemerdagangan dan Penyeludupan Manusia pada Sim-posium Kerjasama Polis Euro-Asia di sini. Menteri Luar Datuk Anifah Aman berkata Malaysia berharap dengan pelaksanaan penuh dan penambahbaikan perundangan yang sedia ada, isu berkaitan pemerdagangan manusia akan dapat ditangani sepenuhnya. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula menegaskan bahawa isu pelarian Myanmar khususnya Rohingya bukanlah masalah yang boleh ditangani sendiri oleh Malaysia kerana ia merupakan isu serantau dan antarabangsa. Ianya telah dipersetujui oleh Mesyuarat Proses Bali peringkat menteri pada Mac 2009 di mana isu ini harus ditangani dengan teliti dengan menyelesaikan punca sebenarnya. Kerajaan Malaysia turut mewujudkan jaringan kerjasama dari segi perkongsian dan pertukaran maklumat serta risikan antara agensi-agensi penguatkuasa di peringkat serantau dan antarabangsa. Bagi menjayakan agenda besar membanteras aktiviti jenayah global ini, negara jiran seperti Singapura, Indonesia, Thailand dan lain-lain wajar mewujudkan kerjasama serantau, perkongsian bijak terutamanya kekuatan teknologi, komunikasi dan jaringan keselamatan bagi memastikan semua langkah yang diambil dalam menangani masalah sindiket antarabangsa ini dapat dilakukan dengan lebih berkesan dan teratur dalam jangka panjang.

AKTA ANTI PEMERDAGANGAN ORANG (AKTA 670) 2007 Parlimen Malaysia telah mengesahkan bahawa Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 (Akta 670) ini telah berkuatkuasa pada 24 April 2007. Akta ini dikuatkuasakan sepenuhnya pada 28 Februari 2008. Akta ini mengandungi seperti berikut: Undang-undang ini bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi kesalahan pemerdagangan orang, perlindungan dan bantuan orang yang diperdagangkan, penubuhan Majlis Anti Pemerdagangan Orang dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Seksyen 12 Memperdagangkan orang yang bukan merupakan seorang kanak-kanak bagi maksud ekploitasi: Hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 15 tahun dan boleh dikenakan denda.

Seksyen 13 Memperdagangkan orang yang bukan merupakan kanak-kanak, bagi maksud eksploitasi atau lebih cara melalui ancaman, penggunaan kekerasan atau bentuk paksaan yang lain, pemelarian, perdayaan, penyalahgunaan kuasa, penyalahgunaan kedudukan yang mudah terdedah kepada bahaya perbuatan pemerdagangan, pemnerian atau penerimaan bayaran atau faedah untuk memperolehi kerelaan seseorang yang mempunyai kawalan ke atas orang yang diperdagangkan: Hukuman penjara selama tempoh tidak kurang 3 tahun tetapi tidak melebihi 20 tahun dan boleh dikenakan denda.

Seksyen 14 Pemerdagangan orang yang merupakan seorang kanak-kanak bagi maksud ekspliotasi: Hukuman penjara selama 3 tahun tetapi tidak melebihi 20 tahun dan boleh dikenakan denda.

MAJLIS ANTI PEMERDAGANGAN ORANG Latar Belakang Sekretariat: Sekretariat Majlis Antipemerdagangan Orang telah ditubuhkan pada 2008 berikutan daripada tertubuhnya Majlis Anti Pemerdagangan Orang (MAPO) sebagaimana yang diperuntukkan oleh Seksyen 6(1) Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 (Akta 607) Objektif Sekretariat: Membantu Majlis Anti Pemerdagangan Orang menjalankan fungsinya sebagaimana yang dinyatakan di dalam Seksyen 7 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 Fungsi Utama Sekretariat: 1. Menjalankan tugas keurusetiaan bagi semua mesyuarat, majlis dan program Majlis Anti Pemerdagangan Orang dan Jawatankuasa-jawatankuasa berkaitan. 2. Membantu MAPO menyelaraskan pelaksanaan Akta Anti Pemerdagangan Orang termasuklah: Menyediakan garis panduan dan peraturan bagi pelaksanaan Akta; Merumus dasar dan program bagi mencegah dan menghapuskan kegiatan pemerdagangan orang termasuk program perlindungan dan latihan; Mengumpul maklumat, data dan statistic daripada agensi penguatkuasa, pusat perlindungan mangsa dan juga dari sumber-sumber yang relevan.
10

3. Menyelaras dan bekerjasama dengan badan antarabangsa atau serantau yang bertanggungjawab dalam memperdagangkan orang. 4. Memantau dan melaporkan kepada MAPO perkembangan isu ini di peringkat serantau dan antarabangsa. 5. Memantau aktiviti dan program yang dilaksanakan oleh agensi penguatkuasa dan pusat perlindungan mangsa. 6. Menguruskan aktiviti pentadbiran dan kewangan Sekretariat termasuklan: Menguruskan pelantikan ahli MAPO dan Jawatankuasa; Mengurus pembayaran elaun ahli MAPO dan Jawatankuasa; Mengurus fail-fail dan rekod Sekretariat; Mentadbir hal ehwal kakitangan Sekretariat; Mengurus inventori/harta modal dan stor.

Fungsi Dan Kuasa Majlis: Menyelaraskan pelaksanaan Akta; Merumuskan dasar dan program bagi mencegah dan menghapus permerdagangan orang termasuklah program dalam memberikan bantuan kepada orang yang diperdagangkan; Merumuskan program perlindungan bagi orang yang diperdagangkan; Memulakan program pendidikan untuk meningkatkan kesedaran awam tentang dan sebab serta akibat perbuatan pemerdagangan orang. Untuk mempergiat usaha memerangi jenayah ini, Majlis Anti Pemerdagangan Orang telah melaksanakan beberapa dasar dan mengambil beberapa inisiatif.

Antaranya mewujudkan Pelan Tindakan Strategi Antipemerdagangan Orang Nasional yang menggariskan tindakan yang akan diambil dalam tempoh lima tahun bagi memantapkan penguatkuasaan dan pelaksanaan usaha membanteras pemerdagangan orang di Malaysia.

11

Agensi Penguatkuasaan: Polis DiRaja Malaysia +603 - 2115 9999

Jabatan Imigresen Malaysia +603 - 8880 1298

Jabatan Kastam DiRaja Malaysia +603 - 8882 2101

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia +603 - 8943 4001

Kerjasama dengan Badan-badan Antarabangsa: ARTIP (Asia Regional Trafficking in Persons, Australia) UNHCR (United Nations High Commissioner for Refugees) UNIAP (United Nations Inter-Agency Project on Human Trafficking) IOM (International Organization for Migration) Kedutaan Amerika Syarikat Kedutaan United Kingdom

Keberkesanan Akta itu tertakluk kepada tahap kesedaran, maklum balas dan kerjasama semua pihak termasuk, majikan, pekerja, NGO dan agensi penguatkuasa seperti Polis, imigresen, Kastam dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia. Mengulas mengenai kegiatan pemerdagangan orang di negara ini, Timbalan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi berkata, dalam tempoh 28 Februari 2008 hingga 7 Februari 2008 seramai 186 orang telah didakwa mengikut akta Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007.
12

4.0

MANGSA

Jenayah pemerdagangan manusia dianggap jenayah kejam kerana ia dilakukan oleh manusia yang tidak mempunyai sikap perikemanusiaan. Ia melibatkan mangsa daripada kalangan semua pihak tidak kira lelaki, wanita, kanak-kanak malah turut melibatkan orang kurang upaya (OKU) yang kebanyakannya menghadapi pelbagai masalah terutama kewangan. Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi, berkata kebanyakan mangsa yang dilaporkan adalah terdiri daripada wanita dan kanak-kanak. Menurutnya lagi, kebanyakan yang menjadi mangsa adalah kaum wanita dan perangkaan menunjukkan daripada 231 mangsa kes itu sejak dua tahun lalu, 154 orang adalah wanita. Yang menjadi mangsa pedagang manusia adalah mereka yang lemah. Kanak-kanak dan gadis muda biasa menjadi sasaran mereka. Muslihat yang mereka gunakan memang kreatif dan tidak berhati perut. Ia direka bentuk untuk menipu, memujuk, and meraih kepercayaan daripada mangsa mereka. Biasanya, muslihat ini akan melibatkan janji-janji kehidupan yang lebih baik melalui peluang perkahwinan, pekerjaan, atau pendidikan.

13

5.0

KES DAN KAEDAH

KES 1: Nasib malang pelarian Somalia (Sedutan penuh dari laporan akhbar Kosmo 11.01.2010)

ASHA Ali Maow (kiri) dan suaminya, Hasan Ali Hasan bersama tiga anak mereka terpaksa tinggal di dalam sebuah bilik apartmen yang sempit dan hidup dalam serba daif.

YOUSSUF Abdullahi Mohammud berumur 16 tahun ketika tiba di Nepal pada 2007, tetapi kini dia menjadi mangsa sindiket perdagangan manusia yang kononnya berjanji membawanya ke Eropah dari negara asalnya, Somalia. Anak sulung daripada lima adik-beradik itu menjelaskan, selepas bapanya dibunuh oleh militia Somalia, dia membayar AS$4,000 (RM13,586) kepada sindiket tersebut untuk dibawa ke England, sambil berharap dapat mencari rezeki bagi menyara keluarganya. Malangnya, Youssuf dihantar ke sebuah negara antara paling miskin di dunia yang masih bergelut dengan perang saudara berdarah selama sedekad. Hari ini dia masih terkandas bersama puluhan rakyat Somalia yang mengalami nasib serupa. "Apabila kali pertama tiba, saya menyangka berada di Eropah kerana saya tidak pernah melihat orang kulit putih," Youssuf memberitahu seorang wartawan agensi berita di sebuah kafe kecil di ibu negara Nepal, Kathmandu.

14

"Di Somalia, kami tiada siaran stesen televisyen Barat menyebabkan saya menyangka rakyat Nepal juga sebagai orang Barat sebelum menyedari realiti sebenar," katanya. Kafe itu menjadi tumpuan warga Somalia untuk menghabiskan masa lapang. Youssuf kini antara 80 rakyat Somalia di Nepal yang tidak mampu pulang ke negara asal atau mendapatkan status pelarian kerana negara itu tidak pula menandatangani konvensyen pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Pemangku wakil Suruhanjaya Tinggi PBB mengenai Pelarian (UNHCR) di Nepal, Diane Goodman berkata, agensi itu tidak dapat berbuat apa-apa di Nepal bagi membantu rakyat Somalia yang amat bergantung kepada bantuan kemanusiaan.

Situasi tegang "Walaupun tidak menandatangani konvensyen pelarian 1951 atau protokol 1967 mengenai status pelarian, Nepal meneruskan ihsan atas sebab kemanusiaan dengan menjadi tuan rumah kepada ramai pelarian sejak berdekad-dekad," katanya. "UNHCR hanya mampu menyediakan bantuan kewangan secara bulanan, penjagaan kesihatan dan pendidikan asas," tambah beliau. Namun, pelarian Somalia terpaksa bergelut untuk hidup di Nepal dengan elaun sekecil AS$60 (RM204). Kebanyakan mereka biarpun tahu situasi masih lagi tegang di tanah air sendiri, pelarian Afrika itu lebih rela pulang ke Somalia daripada terus tinggal begitu lama di banjaran Himalaya. Asha Ali Maow, seorang ibu kepada tiga anak berusia 31 tahun tiba di Nepal pada 2006 selepas sindiket perdagangan manusia dibayarnya untuk membawanya ke Eropah, namun dia dibiarkan terkandas di negara itu. Wanita itu meninggalkan Somalia selepas kumpulan bersenjata datang ke rumahnya dan memberitahu mereka telah membunuh suami Asha dan mengancam untuk melakukan perkara yang sama ke atasnya.

15

Ketika sarat mengandung anak kedua, wanita malang itu terbang ke New Delhi, India sebelum ditinggalkan sindiket tersebut di sana yang memaklumkan Asya perlu meneruskan perjalanan ke Nepal kononnya untuk bertemu seseorang di sana. "Saya ada menyimpan nombor telefon sindiket itu. Apabila tiba di Nepal, saya cuba menghubungi mereka namun tiada jawapan," katanya yang tinggal di sebuah apartmen kecil satu bilik. "Saya berasa takut tinggal keseorangan bersama anak-anak." Asha bernasib baik dapat mendaftarkan diri dengan UNHCR yang membolehkan dia menerima bayaran bulanan dan menyewa sebuah apartmen kecil. Dua tahun kemudian, suaminya yang didakwa sudah mati tiba-tiba muncul di rumahnya dan dipercayai terselamat dalam satu serangan di Somalia sebelum dia berusaha menjejaki semula Asha di Nepal. "Ia satu kejutan besar. Saya ketawa dan menangis pada masa sama malah saya berasa takut kerana menyangka saya bertemu hantu suami saya," kata Asya.

RAKYAT Somalia terpaksa hidup dalam pelarian di Nepal ekoran negara mereka tidak menandatangani konvensyen pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Di sebalik kegembiraan keluarga itu dapat bersatu semula tahun lalu, Asha berkata, kehidupan mereka amat daif apabila terpaksa tidur, makan dan menghabiskan banyak masa dalam sebuah bilik kecil.
16

"Memang sukar untuk hidup dengan elaun sara diri yang kami terima. Bayangkan untuk bekalan air, kami perlu membayar 1,200 rupee (RM54) walaupun kadang-kadang tidak mendapat bekalan air," kata Asha. Hakikatnya, tidak jelas bagaimana begitu ramai pelarian Somalia boleh berada di Nepal meskipun ada yang berpendapat kelemahan undang-undang imigresen mungkin menjadi punca.

Bantuan kewangan Namun kerajaan Nepal berkata, mereka bersimpati dengan nasib warga Somalia yang tidak memiliki sumber yang cukup untuk menanggung mereka dan bimbang akan menjadi hab transit jika isu itu berjaya ditangani. "Pelarian urban di Nepal bukan masalah kerajaan dan kami tiada kuasa ke atas mereka selain percaya dapat dibantu," kata setiausaha rendah di Kementerian Dalam Negeri, Basanta Bhattarai kepada AFP. "Bagaimanapun, kami telah meminta UNHCR memastikan pelarian itu dihantar pulang supaya bilangan mereka tidak bertambah," katanya. Ironinya, pelarian terbabit memang berhasrat mahu pulang namun takut berbuat demikian kerana mereka akan didenda AS$6 (RM20) sehari kerana tinggal melebihi tempoh visa yang dibenarkan. Walaupun kanak-kanak yang dilahirkan pelarian itu tidak tertakluk di bawah peraturan imigresen, sesetengah keluarga menganggarkan mereka perlu membayar denda ribuan dolar jika mahu kembali ke negara asal. Ramai pelarian seperti Youssuf masih muda yang hanya bergantung ihsan daripada bantuan kewangan pihak luar tetapi mujur mereka berpelajaran dan fasih berbahasa Inggeris sekali gus memudahkan golongan itu bekerja. "Di Somalia, sekurang-kurangnya saya ada saudara-mara. Namun di sini saya sendiri tidak tahu apa yang saya buat," kata Osman Badri Tahir, 19, yang datang ke Nepal empat tahun lalu dari Mogadishu selepas ibu bapanya terbunuh.
17

"Sebagai seorang pelarian, anda sebenarnya cuma ada tiga pilihan sama ada dihantar balik, hidup berintegrasi di negara ini atau cari negara lain. Malangnya, kami tiada semua pilihan itu," katanya. - AFP

KES 2: Myanmar: Askar Kanak-kanak, Ko Aung, berkata: Saya direkrut secara paksa. Suatu petang semasa kami sedang menonton tayangan video di kampung saya, tiga orang askar berpangkat sarjan datang untuk memeriksa kad pengenalan dan bertanya sama ada kami ingin menyertai tentera. Kami menjelaskan bahawa kami masih bawah umur dan belum mempunyai kad pengenalan. Saya menjawab tidak dan pulang ke rumah pada malam itu. Pada keesokan hari satu unit perekrut telah tiba di kampung saya dan meminta dua orang rekrut baru. Sesiapa yang tidak mampu membayar 3000 kyat (AS$9) akan menyertai tentera, kata mereka. Ibu bapa saya tidak mampu membayar. Oleh itu, kami seramai 19 orang telah direkrut dan dihantar ke Mingladon [sebuah pusat latihan tentera].

KES 3: Kemboja: Perdagangan Seks Kanak-Kanak Dua adik-beradik perempuan, Naren dan Sitthy, masing-masing berumur 10 dan 12 tahun, pernah tinggal di Phnom Penh. Ibubapa mereka telah bersetuju untuk menghantar gadis-gadis mentah ini ke sebuah pangsapuri sewa seorang lelaki berbangsa Jerman untuk tujuan seks berbayar. Semasa di pangsapuri, lelaki Jerman itu telah memperkosa kedua-dua gadis dan merakamkannya dalam pita video. Akibat tip yang diberi oleh jiran, gadis-gadis tersebut telah diselamatkan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan. Mereka telah memberikan keterangan terhadap lelaki tersebut dan juga ibubapa mereka.

KES 4: India: Buruh Paksa Ketika berusia lima tahun, Aakesh bermain dengan rakan-rakannya di kampung apabila beberapa orang lelaki di dalam sebuah kenderaan telah berhenti dan bertanya kepada budak-budak lelaki itu sama ada mereka ingin menonton "video". Merekapun masuk berhimpit di belakang kenderaan dan dibawa sejauh 200 batu dari situ. Mereka telah dikunci di dalam sebuah bilik selama beberapa hari tanpa diberi makanan dan
18

dipukul. Para pedagang telah menculik kanak-kanak yang mentah ini untuk dipaksa menganyam permaidani. Mereka ditahan selama sembilan tahun. Dua orang rakan Aakesh tidak terselamat. Seorang telah ditembak mati sewaktu cuba melarikan diri dan seorang lagi meninggal dunia akibat kecederaan yang tidak dirawat. Mereka berumur 14 tahun sewaktu mereka diselamatkan dan hanya mampu berkata-kata sepatah dua sahaja. Mereka mengalami pemakanan tak seimbang dan kecederaan. Namun, mereka bebas akhirnya. KES 5: Korea Utara / China: Kahwin Paksa Puan Hanuel berkata: Saya telah dijual untuk menjadi isteri kepada seorang lelaki Cina berusia 47 tahun yang sakit tenat dan tidak mempunyai kemahiran kerja. Suami saya kerap memukul saya dan berkata: Tahukah engkau berapa banyak yang aku bayar untuk membeli engkau?' Bukan saya seorang sahaja wanita Korea Utara di sini. Setelah berbual-bual dengan wanita-wanita lain, barulah kami sedar bahawa kami telah dijual untuk dikahwinkan." KES 6: Nigeria / Amerika Syarikat: Semasa berusia 14 tahun, Jenny telah meninggalkan Nigeria, negara asalnya, untuk bekerja di Amerika Syarikat di rumah sepasang suami isteri yang juga berasal dari Afrika. Jenny menjangkan bahawa dia akan dibayar gaji untuk menjaga anakanak mereka tetapi hakikatnya berlainan sekali. Selama lima tahun, Jenny telah dirogol berkali-kali oleh majikannya dan didera oleh isteri majikan, kadangkala dengan rotan dan pernah sekali dengan kasut tumit tinggi. Setelah dilaporkan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan tempatan, para pegawai penguatkuasa undang-undang telah menyelamatkan Jenny dan mendakwa kedua-dua pesalah tersebut. KES 7: Rwanda / United Kingdom: Perdagangan Seks Semasa berumur 14 tahun, ketua Adnita yang merupakan peniaga di pasar Kigali, telah menyuruhnya ikut dua orang lelaki. Kata ketuanya itu, mereka akan membawanya ke luar negeri dan di situ, dia akan selamat dan boleh bersekolah. Apabila Adnita tiba di Great Britain, seorang lelaki telah menjemputnya dari lapangan terbang dan membawanya ke sebuah rumah. Seorang lelaki lain pula datang ke rumah itu dan merogolnya. Selama dua tahun, gadis remaja itu telah dipaksa tinggal di dalam dapur berkunci dengan hanya kemudahan tandas dan besen air. Mereka telah menyimpannya

19

sebagai hamba seks sehinggalah Adnita berjaya melepaskan diri dan menahan seorang pemandu yang membawanya ke balai polis. KAEDAH: Unsur-unsur persamaan pelbagai keadaan perdagangan manusia termasuk penggunaan kekerasan, penipuan atau paksaan untuk mengeksploitasi seseorang bagi memperoleh keuntungan. Seseorang mangsa boleh dieksploitasi bagi tujuan buruh, seks atau keduaduanya sekali. Eksploitasi buruh termasuk pengabdian, buruh paksa dan penebusan hutang. Eksploitasi seks biasanya merangkumi penganiayaan dalam industri seks. Dalam kes-kes lain, mangsa boleh dieksploitasi di rumah kediaman individu yang biasanya mahukan seks di samping kerja. Penggunaan kekerasan atau paksaan mungkin dilakukan secara langsung dan ganas ataupun secara psikologi.

KES DAN KAEDAH DI MALAYSIA: Skandal kad pengenalan palsu dan projek serta sindiket pasport palsu antarabangsa yang menggunakan Jabatan Imigresen sebagai 'Zon Ekonomi Eksklusif' dan Zon Perdagangan Bebas' operasi atau sebagai pintu masuk yang sah, memudahkan penyeludupan dan pemerdagangan manusia sehingga Malaysia disenaraikan kembali sebagai salah satu negara yang terlibat dengan aktiviti haram berkenaan. Siasatan sabahkini di Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Sandakan mendapati China Doll ditempatkan di rumah urut atau Spa yang menggunakan lesen Reflexologi untuk menjalankan kegiatan pelacuran dan pengedaran pil khayal seperti eramin 5, ketamin dan sebagainya yang begitu mudah di bawa masuk ke Sabah. Selain itu, ada juga pembantu rumah wanita dari Indonesia, Thailand, Filipina, Kemboja, Vietnam, Burma, Mongolia, dan China yang dieksploitasi untuk tujuan perdagangan seks setelah ditipu dengan janji-janji pekerjaan apabila mereka lari dari majikan yang zalim. Ejen pekerjaan akan menjual wanita dan gadis muda kepada rumah pelacuran atau pusat hiburan karaoke, ataupun menyerah mereka kepada pedagang seks. Ada di kalangan pembantu rumah wanita dari Indonesia, Thailand, Filipina, Kemboja, Vietnam, Burma, Mongolia, dan China dipaksa melacurkan diri setelah ditipu untuk datang ke Malaysia dengan menjanjikan pekerjaan yang sah untuk mereka. Ejen-ejen pekerjaan individu yang kadang kala digunakan sebagai topeng bagi perdagangan manusia, menjual
20

wanita dan gadis-gadis muda kepada rumah-rumah pelacuran, pusat-pusat hiburan karaoke, atau menyerahkan mereka kepada pedagang seks. Terdapat beberapa laporan yang boleh dipercayai dan membabitkan penglibatan pihak berkuasa imigresen Malaysia dalam perdagangan pelarian Burma dari pusat tahanan imigresen ke sempadan Thailand-Malaysia. Beberapa sumber yang boleh dipercayai telah melaporkan bahawa para pegawai imigresen menjual pelarian-pelarian tersebut pada harga lebih kurang AS$200 seorang kepada pedagang manusia yang beroperasi di sepanjang sempadan selatan Thailand. Tauke pedagang manusia itu pula akan menuntut bayaran sebanyak AS$300 untuk kanak-kanak dan sehingga AS$575 untuk orang dewasasebagai tebusan bagi kebebasan mereka. Melalui sumber-sumber yang boleh dipercayai telah menganggarkan kira-kira 20 peratus daripada mangsa tidak mampu membayar wang tebusan tersebut dan telah dijual bagi tujuan buruh dan eksploitasi seks komersil. Pihak kerajaan juga masih membenarkan tindakan merampas pasport pekerja asing oleh majikansuatu amalan yang biasa di Malaysia. Amalan tersebut telah diakui oleh ramai di kalangan masyarakat anti-perdagangan manusia antarabangsa sebagai amalan yang boleh membawa kepada keadaan dagangan manusia. Amalan menahan gaji pekerja asing selama tiga hingga enam bulan supaya majikan mendapat balik levi yang dibayar bagi mendapatkan pekerja tersebut masih lagi diamalkan secara berleluasa. Mangsa sindiket pemerdagangan seks di Malaysia sering diperdaya dengan janji bekerja sebagai pembantu rumah atau pekerja dalam sektor makanan atau di kilang, kata Wan dan menambah ada juga kes wanita Malaysia diseludup ke luar negara bagi tujuan eksploitasi seksual. Kumpulan-kumpulan jenayah mafia yang melibatkan diri dalam aktiviti penyeludupan dan perdagangan manusia sentiasa mengubah bentuk operasi mereka bagi menyesuaikan diri. Ia terpaksa dilakukan bagi diadaptasi dengan perubahan undang-undang supaya bisnes dapat diteruskan. Justeru, operasi yang lebih fleksibel menjadi keutamaan. Jajaran yang digunakan untuk membawa muatan manusia kadangkala mudah dan dibuat secara langsung namun sebahagian besar masanya berbelit-belit. Dari segi pengurusan perjalanan, biasanya pendatang ini dikelompokkan dalam kumpulan lima orang.

21

Kadangkala mereka menyamar sebagai sebahagian daripada rombongan pelancong atau delegasi perdagangan kerajaan (mungkin terjadi kerana rasuah dalam kalangan pegawai kerajaan). Dalam semua kes, terdapat ejen yang menyediakan dokumen untuk menyeberang sempadan (dokumen asli dengan visa palsu). Sebahagian daripada jajaran ini ialah: melalui negara-negara selatan CIS seperti Kazakhstan, Kvrgvzstan, Uzbekistan, Tajikistan dan Turkmenistan ke Rusia dan dari situ, mereka menuju ke Ukraine, Slovak dan republik Czech seterusnya ke Eropah Barat. Jajaran alternatif ialah dari Rusia ke negara-negara Baltik, seterusnya ke negara-negara Scandinavia atau poland untuk ke Jerman. Jajaran popular ialah melalui belgrade yang membolehkan pandatang Cina terbang ke Sepanyol. Jenayah pemerdagangan orang mengikut satu pattern yang sama, iaitu seseorang direkrut ataupun diculik dari negara asal, kemudian dipindah ke sesebuah negara dan kemudian dieksploitasi di tempat destinasi. Selalunya orang yang menjalankan pengambilan ataupun rekrut, orang yang mengangkut mangsa dan orang yang mengeksploitasi mereka bukannya orang yang sama. Modus operandi sindiket ataupun penyeludup ini selalu bertukartukar cara mereka.

6.0

PUNCA

Jenis dan sebab-musebab pemerdagangan wanita dan kanak-kanak termasuk: i) Buruh paksaan; ii) Pelacuran paksaan; iii) Penyeludupan bayi; iv) Industri pornografi; v) Perdagangan dadah; vi) Pengantin perempuan secara kiriman ataupun paksaan; vii) Buruh kanak-kanak; viii) Penjualan organ badan; ix) Pelajar asing dan sebagainya.

22

Perdagangan manusia dikatakan mampu menjana lebih kurang $9.5 bilion setahun, ini telah menarik perhatian kumpulan-kumpulan jenayah dan membawa kepada penyelewengan dan penyalahgunaan di peringkat global. Sindiket penyeludupan hanya menghadapi risiko kecil dan mengaut keuntungan besar dengan mengambil kesempatan daripada sejumlah besar pendatang berpotensi. Wanita yang diseludup dari sebuah negara kini juga dikumpulkan dengan wanita dari Negara-negara lain di dunia. Malaysia menjadi pilihan kerana memberi banyak peluang pekerjaan dan itu menyebabkan ramai yang ingin mencari rezeki. Demi sesuap nasi mereka sudah tidak kisah lagi sama ada memasuki negara ini secara sah atau haram. Akibatnya selalu berakhir dengan kisah tragis apabila mereka yang terdesak ini telah dieksploitasikan untuk keuntungan. Demikian antara intipati temubual Rancangan Selamat Pagi Malaysia di TV1 bersama Dato Abdul Rahim b. Mohd Radzi, Timbalan Ketua Setiausaha 3P (Perancangan, Penyelidikan dan Pemantauan), Kementerian Dalam Negeri yang berlansung di Angkasapuri pada 8 Februari 2010 yang lalu. Kepelbagaian warganegara yang diperdagangkan adalah seluas budaya-budaya di seluruh dunia. Ada yang meninggalkan negara yang sedang membangun untuk mencari kehidupan yang lebih baik melalui pekerjaan berkemahiran rendah di negara-negara yang lebih maju. Yang lain pula menjadi mangsa buruh paksa atau buruh tebusan di negara sendiri. Wanita yang menginginkan masa depan yang lebih baik mudah sahaja dipujuk dengan janji-janji pekerjaan di luar negara sebagai pengasuh, pembantu rumah, pelayan atau peragawati tetapi hakikatnya mereka dipaksa menjadi pelacur dan tiada jalan keluar bagi mereka. Sesetengah keluarga pula menyerahkan anak-anak mereka kepada orang dewasa, biasanya saudara-mara sendiri, yang menjanjikan pendidikan dan peluang hidup, tetapi sebaliknya menjual anak-anak ini untuk dieksploitasikan. Dalam beberapa kes, terutamanya yang melibatkan penghantar pulang melalui sempadan darat, keadaan ini mendedahkan mangsa perdagangan manusia kepada risiko diperdagang semula oleh pedagang yang beroperasi di sempadan seperti sepanjang sempadan Malaysia-Indonesia di Borneo. Walaupun mangsa boleh mengambil tindakan guaman terhadap pengeksploit di bawah undang-undang Malaysia, mereka tidak dibenarkan bekerja sepanjang tempoh tindakan ini dipertimbangkan dan keadaan ini telah menawarkan hati
23

kebanyakan mangsa untuk cuba mendapatkan restitusi. Pihak berkuasa imigresen tidak menyaring wanita-wanita asing yang diberkas atas kesalahan pelacuran untuk mengenal pasti mangsa perdagangan manusia tetapi sebaliknya, mereka ini diproses untuk dihantar balik ke negara asal dengan secepat mungkin. Pihak kerajaan tidak menyediakan pilihan alternatif undang-undang berkaitan penghantaran balik mangsa ke negara-negara di mana mereka akan menghadapi kesusahan atau dikenakan hukuman.

Pemerdagangan manusia merupakan masalah yang sering dikaitkan dengan kemiskinan, buta huruf, kekurangan pekerjaan, adat resam dan lemah penguatkuasaan yang menjadikan golongan kurang kemampuan mudah menjadi mangsa penyeludup. India antara negara yang dilanda jenayah tidak berperikemanusiaan ini. Sempadan yang poros dengan negara jiran yang miskin seperti Nepal dan Bangladesh telah mendorong pemerdagangan wanita, budak lelaki dan perempuan yang dibawa ke bandar raya di India atau negara asing untuk dijadikan buruh atau pelacur. "Permintaan meningkat kerana terdapat bekalan," Kekurangan makanan dan keganasan terhadap kanak-kanak perempuan dikatakan meningkatkan lagi pemerdagangan manusia di Asia Selatan, tempat tinggal kepada lebih 1.4 bilion orang, ramai daripadanya hidup dengan pendapatan kurang RM3.50 (US$1) sehari. Mudahnya pendatang asing Cina melepasi kawalan di sempadan adalah dikatakan kerana pegawai-pegawai polis yang mudah dirasuah seperti du Rusia, Lithunia, latvia, Estonia, Belgrade dan Belarus. Pengawal sempadan dan pegawai polis hanya memperoleh US$50 hinga US$80 sebulan, justeru memberi habuan akan memudahkan pendatang asing ini dilepaskan. Satu fakta yang wajar diakui ialah ahli-ahli kumpulan mafia bekerja dengan cekap, di luar dan dalam kawasan sendiri adalah satu fenamena yang tidak diketahui sebelum ini. Malah dalam bisnes lain, mereke asering bersaing kerana perlu menguruskan kehidupan sendiri. Jadi, mereka cuba mempelbagaikan kegiatan bisnes dengan mendapatkan lebih banyak kilang, restoran dan kedai memberi pinjaman wang serta mengitar semula pekerja. Seperti mana bisnes yang sah, perusahaan haram sebegini juga berhadapan dengan penyesuaian teknologi komunikasi danpengangkutan. Oleh itu, di tempat mereka biasanya

24

terdapat video, faks, perbankan antarbangsa bawah tanah, satelit, Internet dan capaian pada penerbangan antara benua yang sentiasa bersedia. Kelemahan dari sudut kedudukan geografi pula menjadikan aktiviti penyeludupan manusia bukan saja dilakukan secara terancang, malah disokong badan penguat kuasa di sesebuah negara termasuk Malaysia.

7.0

USAHA MENGATASI PEMERDAGANGAN MANUSIA

USAHA DI MALAYSIA Pendakwaan Kerajaan Malaysia telah menunjukkan peningkatan usaha untuk menyiasat dan mendakwa kes-kes perdagangan manusia dalam tempoh laporan ini. Undang-undang Malaysia mengharamkan semua jenis perdagangan manusia melalui penggubalan undang-undang antiperdagangan manusia Julai 2007 yang agak menyeluruh. Undang-undang ini menetapkan hukuman yang cukup ketat dan setara dengan kesalahan berat yang lain seperti rogol. Kerajaan tidak memberikan statistik yang lengkap berkaitan dakwaan dan sabitan kesalahan. Sebelum penguatkuasaan undang-undang antiperdagangan manusia yang baru ini, pihak kerajaan menggunakan Ordinan Kecemasan dan Akta Kediaman Terhad bagi penguatkuasaan undang-undang terhadap para pedagang seks yang disyaki. Undang-undang ini telah dikritik kerana dianggap kurang telus dan tiada proses wajar. Pada bulan November 2007, sebuah mahkamah Malaysia telah menghukum seorang rakyat Malaysia berumur 32 tahun yang positif HIV kerana mendapatkan khidmat seorang gadis berumur 14 tahun untuk tujuan seks. Dia dihukum penjara selama 43 tahun, 20 sebatan rotan, dan denda $15,625.00. Pada bulan Januari 2008, polis telah memberkas sepasang suami isteri di Sabah kerana mendagangkan tujuh orang wanita Filipina bagi tujuan eksploitasi seks komersil. Pasangan itu telah merekrut wanita-wanita tersebut dengan janji pekerjaan sebagai pelayan. Pada bulan Mac 2008, polis melakukan serbuan di Johor Bahru dan berjaya menyelamatkan 17 orang wanita Thai yang telah didagangkan bagi tujuan eksploitasi seks komersil. Serbuan yang kedua oleh polis telah menyelamatkan empat orang wanita Cina dan dua orang wanita Vietnam yang juga
25

didagangkan untuk tujuan eksploitasi seks komersil. Pada bulan Mac 2008, pihak penguat kuasa imigresen Malaysia telah menjalankan serbuan di Seremban yang mengakibatkan penahanan tiga orang yang disyaki pedagang manusia dan menyelamatkan tujuh orang wanita Thai dan tiga orang wanita Laos yang didagangkan untuk eksploitasi seks komersil. Dalam tempoh laporan ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 55 orang yang disyaki pedagang manusia bagi tujuan eksploitasi seks komersil di bawah Ordinan Kecemasan dan Akta Kediaman Terhad. Kerajaan tidak melaporkan pendakwaan terhadap para pedagang manusia yang disyaki dan ditangkap serta dipenjarakan bawah undang-undang pencegahan tersebut. Pada bulan Mac 2008, Kementerian Wanita, Keluarga, dan Pembangunan Masyarakat membuka dua buah pusat perlindungan dan menyediakan bantuan kepada 33 mangsa perdagangan seks yang telah diselamatkan pada bulan pertama pengoperasiannya. Mangsamangsa diproses menerusi mahkamah majistret dalam tempoh 24 jam atau kurang untuk mengenal pasti mereka sebagai mangsa perdagangan manusia sebelum ditempatkan di pusat perlindungan tersebut. Sebelum adanya pusat-pusat perlindungan kerajaan ini, pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) melaksanakan proses rujukan mangsa tidak rasmi dan merujuk lebih 200 orang yang disyaki mangsa perdagangan manusia ke pusat-pusat perlindungan NGO dan kedutaan. Pada bulan Januari 2008, Ketua Pengarah Penguatkuasaan di Jabatan Imigresen mengeluarkan amaran awam bahawa majikan boleh didakwa di bawah undang-undang antiperdagangan manusia yang baru bagi kes-kes yang melibatkan penderaan dan eksploitasi buruh asing. Para pegawai perlindungan dari Kementerian Wanita menerima latihan khas berkaitan khidmat bantuan kepada mangsa. PDRM pula memulakan latihan dalam mengenal pasti mangsa perdagangan manusia pada tahun ini. Setiap anggota yang bertugas dalam misi menjaga keamanan mendapat latihan tentang perdagangan manusia di Pusat Latihan Pengaman Malaysia di Port Dickson.

Undang-undang Malaysia melarang sama sekali sebarang bentuk perdagangan manusia melalui undang-undang anti-perdagangan manusia Julai 2007 yang agak menyeluruh. Undang-undang ini menetapkan hukuman yang cukup ketat dan setara dengan
26

kesalahan berat yang lain seperti rogol. Pada bulan Disember 2008, pihak kerajaan telah menyabitkan kesalahan terhadap seorang pesalah perdagangan manusia buat pertama kalinya di bawah undang-undang anti-perdagangan manusia 2007; seorang warga India telah disabitkan kesalahan atas tuduhan memaksa seorang pekerja domestik wanita melacurkan diri dan telah dijatuhkan hukuman penjara sehingga lapan tahun. Pihak kerajaan juga telah mendakwa enam orang yang disyaki pedagang manusia; salah seorang daripada mereka telah melarikan diri semasa dalam ikat jamin. Pihak polis melaporkan bahawa mereka berjaya menyelamatkan kira-kira 2,000 wanita dan kanak-kanak yang telah dipaksa bekerja sebagai pelacur semasa menjalankan serbuan di rumah-rumah pelacuran pada tahun 2008. Pihak kerajaan menghantar pulang secara sukarela sebahagian besar mangsa ke negara asal mereka, merujuk kepada sesetengah daripada mereka ke pusat perlindungan kedutaan masing-masing, dan memproses sebilangan kecil sebagai mangsa di bawah undang-undang anti-perdagangan manusia. Kementerian Wanita, Keluarga, dan Pembangunan Masyarakat masih mengendalikan dua buah pusat perlindungan yang menempatkan mereka yang disyaki dan dikenal pasti mangsa perdagangan manusia sehingga mereka dihantar balik ke negara asal. Pada tahun 2008, kementerian tersebut telah mengubah suai pusat perlindungan yang ketiga di Sabah. Pada tahun itu juga pihak polis telah merujuk seramai 98 orang yang dijangka berpotensi diperdagangkan kepada pusat-pusat perlindungan di Kuala Lumpur. Antara bilangan ini, 34 orang telah diperakui mangsa perdagangan manusia oleh pihak majistret. Pihak polis juga merujuk ratusan orang yang disyaki mangsa perdagangan manusia kepada pusat perlindungan tempatan dan pusat perlindungan yang dikendali oleh misi-misi diplomatik; pihak kerajaan telah bekerjasama dengan pihak kedutaan yang berkaitan bagi menghantar balik mangsa ke negara asal tetapi tidak menawarkan sebarang bantuan lain.

Pencegahan Sepanjang tahun lepas, Malaysia telah mengambil tindakan yang agak terhad dalam usaha membenteras perdagangan manusia. Para pegawai kanan Malaysia, termasuk Perdana Menteri, Ketua Polis Negara, dan Menteri Wanita, Keluarga, dan Pembangunan Sosial, lebih kerap bersuara tentang jenayah perdagangan manusia dan pihak media yang menyokong kerajaan banyak membuat laporan bagi meningkatkan kesedaran tentang perdagangan manusia. Kementerian Wanita juga menyediakan brosur-brosur maklumat dalam bahasa
27

Inggeris dan bahasa Malaysia kepada badan-badan bukan kerajaan untuk diedarkan kepada masyarakat awam serta menyediakan talian penting bagi mangsa perdagangan manusia. Pegawai-pegawai perlindungan daripada Kementerian Wanita menerima latihan khas berkaitan khidmat bantuan untuk mangsa. Pihak kerajaan menyediakan latihan antiperdagangan manusia di Pusat Latihan Pengaman Malaysia di Port Dickson kepada pasukan tentera yang sedang membuat persiapan untuk dihantar ke misi keamanan antarabangsa. Kerajaan Malaysia telah mengambil beberapa usaha yang diharap dapat

menghapuskan masalah pemerdagangan manusia. Usaha-usaha tersebut adalah:


-

Meningkatkan usaha menangani masalah pemerdagangan orang melalui perundangan, penguatkuasaan dan perlindungan mangsa. Contoh: Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 telah digubal dan dilaksanakan dengan dibantu oleh Majlis Anti Pemerdagangan Orang dan agensi-agensi penguatkuasa kerajaan. Timbalan Ketua Setiausaha KDN, Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi berkata, dalam tempoh dua tahun iaitu hingga 7 Februari lalu, seramai 186 orang didakwa mengikut akta terbabit yang mula dikuatkuasakan pada 2008 lalu. Katanya, dalam tempoh terbabit, pihak berkuasa menyelamat 231 manusia daripada menjadi mangsa rangkaian sindiket pemerdagangan orang yang sebahagian besarnya membabitkan wanita, seramai 156 orang manakala 17 kanak-kanak. Sebahagian besar daripada 156 wanita selamatkan itu dipaksa menjadi pelacur dan mereka ditahan dalam operasi pihak berkuasa, katanya lagi.

Meningkatkan usaha di peringkat antarabangsa seperti kerjasama serantau dan bilateral terutama dengan negara asal mangsa dan negara transit. Dengan itu kes-kes pemerdagangan orang terutama yang melibatkan warganegara asing akan berkurangan terutamanya dari segi memahami modus operandi pelaku-pelaku pemerdagangan orang. Contoh: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan komitmen Kerajaan Malaysia untuk membantu Australia menyelesaikan isu pemerdagangan manusia yang membabitkan kedua-dua negara. Perkara itu dinyatakan oleh Najib ketika dikunjungi Penasihat Keselamatan Negara kepada Perdana Menteri Australia, Duncan E. Lewis di pejabatnya di Putrajaya pada 26 Ogos 2009.
28

Menjalin perkongsian dengan badan bukan kerajaan (NGO) dalam usahanya menangani serta memerangi aktiviti pemerdagangan manusia. Contoh: Malaysia dan Pertubuhan Antarabangsa Bagi Migrasi (IOM) telah menjalinkan kerjasama pada 9 Mac 2010 untuk berkongsi kepakaran dan kerjasama dalam usaha menangani isu pemerdagangan manusia dengan lebih efektif. Jalinan kerjasama itu akan dapat diperkukuhkan lagi apabila IOM menubuhkan cawangan tetapnya di Kuala Lumpur tidak lama lagi.

(IOM adalah badan bebas yang berpusat di Geneva berperanan dalam soal-soal berhubung kait dengan migrasi seperti aspek pengurusan, pembangunan dan penempatan semula. Pada masa ini pejabat cawangan IOM di Kuala Lumpur menumpang sementara di bangunan UNCHR di Jalan Bellamy. IOM mempunyai keanggotaan dari 127 negara, di samping 17 negara pemerhati. Setakat ini IOM sudah mengendalikan 2,000 projek melibatkan migrasi penduduk dunia) Mengumpul data dan menganalisis maklumat mengenai mangsa. Dengan itu pangkalan data mengenai mangsa dapat dibangunkan dan profil mangsa dapat diwujudkan. Contoh: Menjalinkan kerjasama dengan penguatkuasa dalam negara seperti Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kastam DiRaja Malaysia dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia serta luar Negara seperti ARTIP (Asia Regional Trafficking in Persons, Australia), UNHCR (United Nations High Commissioner for Refugees),UNIAP (United Nations Inter-Agency Project on Human Trafficking), IOM (International Organization for Migration), Kedutaan Amerika Syarikat dan Kedutaan United Kingdom.

Meningkatkan sistem sokongan seperti penyediaan rumah perlindungan dan khidmat guaman. Dengan itu perlindungan dan kebajikan mangsa akan terpelihara. Contoh: Bagi melindungi mereka yang menjadi mangsa pemerdagangan seks, Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat telah menubuhkan dua pusat perlindungan pada Mac tahun 2009.

29

Memberikan latihan kepada pegawai perundangan, pegawai penguatkuasa, pegawai pelindung dan pegawai perubatan supaya peka dengan keperluan mangsa. Dengan itu mangsa dikendalikan selaras dengan piawaian yang ditetapkan.

Menyediakan kemudahan perubatan dan keunseling bagi mangsa. Dengan itu gangguan emosi/trauma mangsa dapat dikurangkan.

Mengadakan

program

kesedaran

untuk

masyarakat

mengenai

masalah

pemerdagangan orang. Dengan itu bilangan rakyat tempatan yang menjadi mangsa pemerdagangan orang termasuk drug mules berkurangan. Contoh: Usaha keras Majlis Pertubuhan Wanita Kebangsaan (NCWO) yang bertungkus lumus menganjurkan pelbagai program memberi kesedaran kepada rakyat betapa pentingnya pemahaman mengenai isu pemerdagangan orang.

USAHA DI BANGLADESH: Di Bangladesh, Dhaka Ahsania Mission (DAM), memulai sebuah program baru: Pencegahan Perdagangan Perempuan dan Anak-anak Lintas Batas antara Bangladesh dan Bengal Barat, India (C-BAT), pada bulan Oktober 2005. Program tersebut bertujuan untuk mengurangi pemerdagangan manusia dan memusatkan perhatian pada pemulangan, pengintegrasian, dan pemulihan mangsa. Program C-BAT membantu wanita tersebut khususnya untuk belajar gaya hidup yang sesuai dan amalan-amalan tentang asas kesihatan dan reproduksi, gizi, kebersihan, dan pencegahan HIV/AIDS, selain kegiatan membaca, menulis, berfikiran kritis, dan menyelesaikan masalah. Kanak-kanak diajar berbagai aktiviti yang dapat membantu keluarga mereka keluar dari kepompong kemiskinan, dan perbahasan tentang kaedah-kaedah yang digunakan para pedagang untuk memujuk wanita-wanita muda meninggalkan kampong halaman mereka dengan janji palsu peluang pekerjaan yang baik.

30

USAHA PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB): Di peringkat antarabangsa, Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 2000, telah menerima Convention Against Transnational Organized Crime yang mana Malaysia juga salah satu negara yang menyokong dan menandatangani konvension tersebut. Dalam konvension itu terdapat dua protokal penting iaitu protokol yang melindungi mangsa pemerdagangan orang terutama wanita dan kanak-kanak dan protokol yang menentang terhadap penyeludupan migran melalui darat, laut dan udara. Pejabat Anti Dadah dan Jenayah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNODC) pula melancarkan inisiatif untuk menghalang budak lelaki dan perempuan daripada menjadi mangsa sindiket antarabangsa itu. UNODC akan menjalankan inisiatif itu dengan kerjasama kerajaan dan pekerja sosial untuk membanteras pemerdagangan manusia dan menyelamatkan, pemulihan dan mengintegrasikan mangsa ke dalam masyarakat. Agensi itu melancarkan Inisiatif Global Memerangi Pemerdagangan Manusia (UN.GIFT), yang pertama seumpamanya di India yang dikatakan pintu utama bagi pemerdagangan di rantau itu. Asia Selatan adalah merupakan pintu kedua terbesar pemerdagangan di dunia. Ia adalah sumber, transit atau destinasi dan India meliputi ketigatiganya. Pada Ogos 2009, di Dubai, Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Khusus Membanteras Dadah dan Jenayah (UNODC) melancarkan manual baru yang disasar untuk menangani sebarang kelemahan yang terdapat di peringkat pengamal undang-undang jenayah, dalam usaha mencegah dan memerangi kegiatan pemerdagangan manusia. Manual baru itu dilihat muncul pada masa yang kritikal, ketika ekonomi dunia yang tidak menentu kini menyebabkan lebih ramai yang terdedah kepada kemungkinan menjadi mangsa jenayah pemerdagangan manusia ini, kata Pengarah Pejabat Untuk Memantau dan Memerangi Pemerdagangan Manusia, Jabatan Negara Amerika, Luis CdeBaca pada majlis pelancaran dokumen itu di Bangkok.

31

"Manual Anti Pemerdagangan Manusia bagi Pengamal Undang-undang Jenayah" itu menerangkan mengenai langkah-langkah yang boleh diambil di setiap fasa dalam tindak balas perundangan terhadap jenayah pemerdagangan manusia, di samping menjadi panduan praktikal serta bahan latihan buat pengamal undang-undang jenayah," kata UNODC. "Manual ini menampilkan respons kepada cabaran-cabaran ini dalam usaha menjayakan sabitan terhadap pesalah jenayah pemerdagangan manusia," kata UNODC.

USAHA UNITED NATIONS CHILDRENS FUND (UNICEF): Pada tahun 2005, UNICEF dan Emiriah Arab Bersatu telah menandatangani sebuah perjanjian untuk mengembalikan semula kanak-kanak yang telah terlibat di dalam perlumbaan unta, di mana kebanyakan daripada mereka merupakan mangsa perdagangan haram, kembali semula ke negara masing-masing. Lebih daripada 1,000 orang kanak-kanak telah menjadi penunggang unta kebanyakan mereka daripada Bangladesh, Mauritania, Pakistan dan Sudan kini telah pulang dan diketemukan kembali dengan keluarga mereka. UNICEF amat berkomited di dalam menghapuskan penghambaan di zaman moden ini dengan mengatasi penyebab-penyebab utama seperti kemiskinan, kekurangan pendidikan, diskriminasi dan juga keganasan. Ini berserta lain-lain usaha termasuklah program integrasi semula yang melibatkan sokongan daripada keluarga, masyarakat dan kerajaan kesemuanya merupakan sebahagian daripada usaha-usaha UNICEF untuk membina persekitaran yang terlindung untuk kanak-kanak, persekitaran yang boleh melindungi kanak-kanak daripada keganasan, eksploitasi dan juga penderaan sebelum ianya berlaku.

USAHA BERSAMA AMERIKA SYARIKAT DAN NEGARA-NEGARA LAIN Laporan Tahunan Perdagangan Manusia adalah laporan sedunia yang paling menyeluruh tentang usaha kerajaan-kerajaan dalam memerangi bentuk perdagangan manusia yang teruk. Laporan Tahunan Perdagangan Manusia yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat ini melibatkan usaha kerajaan negara-negara asing untuk mencegah perdagangan manusia, mendakwa penjenayah, dan melindungi mangsa. Laporan ini membuat penelitian secara terperinci dan menegur mana-mana negara, baik kawan atau lawan, yang tidak menunjukkan usaha yang sewajarnya untuk memerangi perdagangan manusia.
32

Rasa malu, sebagai unsur yang kuat, telah mendorong banyak pihak untuk bertindak dan mencetuskan perubahan yang tidak dijangka. Kesedaran yang kian meningkat juga telah menggerakkan kemajuan yang penting dalam memerangi jenayah ini dan membantu mangsa di mana-mana sahaja. Usaha untuk menghapuskan perdagangan manusia adalah suatu kewajiban semua negara pada masa ini. Amerika Syarikat akan meneruskan usaha bagi menghentikan amalan yang zalim ini. Terima kasih kerana menyertai pergerakan hapus yang baru ini. Bersamasama, kita membuat perubahan dan bersama-sama juga kita membentuk sebuah dunia yang lebih selamat, lebih bebas, dan lebih makmur bagi kita semua. Jabatan Negara Amerika Syarikat menyediakan laporan ini menggunakan maklumat daripada kedutaan-kedutaan Amerika Syarikat, para pegawai kerajaan negara asing, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan organisasi-organisasi antarabangsa, laporan terbitan, lawatan penyelidikan ke setiap ceruk rantau, dan maklumat yang dihantarkan ke tipreport@state.gov. Alamat e-mel ini disediakan untuk pertubuhan bukan kerajaan dan orang ramai yang ingin berkongsi maklumat berkaitan kemajuan kerajaan dalam menangani perdagangan manusia. Pangkalan diplomatik Amerika Syarikat membuat laporan tentang situasi perdagangan manusia dan tindakan kerajaan berdasarkan penyelidikan rapi, termasuk pertemuan dengan berbagai-bagai pegawai kerajaan, wakil pertubuhan bukan kerajaan tempatan dan antarabangsa, pegawai pertubuhan antarabangsa, para pemberita, ahli akademik dan mangsa yang terselamat. Bagi menyusun Laporan untuk tahun ini, Jabatan Negara telah meneliti semula sumber-sumber maklumat dari setiap negara untuk membuat penilaiannya. Penilaian terhadap usaha pencegahan perdagangan manusia setiap kerajaan melibatkan proses dua langkah:

33

Langkah Pertama: Menentukan Bilangan Besar Mangsa Pertama, Jabatan Negara menentukan sama ada negara itu adalah negara asal, negara persinggahan atau negara destinasi bagi sebilangan besar mangsa perdagangan manusia yang teruk, biasanya dalam lingkungan 100 orang mangsa atau lebih, iaitu ambang yang sama digunakan dalam laporan-laporan sebelum ini. Bagi negara-negara yang tidak dapat diperoleh maklumat ini tidak akan diberi kedudukan Tingkat tetapi dimasukkan dalam bahagian Kes Istimewa kerana negara-negara ini ada menunjukkan tanda-tanda perdagangan manusia. Langkah Kedua: Penempatan Tingkat Jabatan Negara menempatkan setiap negara yang terkandung dalam Laporan Tahunan ke dalam satu daripada tiga senarai yang disebut di sini sebagai Tingkat, yang dimandat oleh APMPM. Penempatan ini lebih berdasarkan pada tahap tindakan kerajaan untuk memerangi perdagangan manusia, dan bukan saiz masalah tersebut walaupun ini juga penting. Mulamula, Jabatan Negara akan menilai sama ada kerajaan itu mematuhi sepenuhnya piawai minimum APMPM bagi penghapusan perdagangan manusia (diperihalkan di halaman 228229). Kerajaan yang mematuhi sepenuhnya akan ditempatkan pada Tingkat 1. Bagi kerajaankerajaan lain, Jabatan Negara akan mempertimbangkan sama ada mereka menunjukkan usaha yang nyata ke arah pematuhan tersebut. Kerajaan-kerajaan yang berjaya menunjukkan usaha nyata untuk memenuhi piawai minimum ini akan ditempatkan pada Tingkat 2. Kerajaankerajaan yang tidak mematuhi sepenuh piawai minimum ini dan tidak berusaha untuk mematuhinya akan ditempatkan pada Tingkat 3. Akhir sekali, kriteria Senarai Pemerhatian Khas akan dipertimbangkan dan jika perlu, negara-negara Tingkat 2 akan ditempatkan ke dalam Senarai Pemerhatian Tingkat 2. Senarai Pemerhatian Khas Senarai Pemerhatian Tingkat APMPM telah mewujudkan suatu "Senarai Pemerhatian Khas" bagi negara-negara dalam Laporan TPM, iaitu negara-negara yang harus diberi Pemerhatian Khas. Senarai ini terdiri daripada: 1) Negara-negara tersenarai sebagai Tingkat 1 dalam Laporan semasa yang dahulunya disenaraikan sebagai Tingkat 2 dalam Laporan TPM 2006; 2) Negara-negara tersenarai sebagai Tingkat 2 dalam Laporan semasa yang dahulunya disenaraikan sebagai Tingkat 3 dalam Laporan 2006; dan 3) Negara-negara tersenarai sebagai Tingkat 2 dalam Laporan semasa, yang mana:

34

a) Bilangan mutlak mangsa perdagangan manusia yang teruk adalah tinggi atau semakin meningkat; b) Terdapat kegagalan menyediakan bukti tentang peningkatan usaha untuk memerangi perdagangan manusia yang teruk berbanding tahun sebelumnya, termasuk peningkatan dari segi siasatan, dakwaan dan sabitan bagi jenayah perdagangan manusia, peningkatan bantuan kepada mangsa, dan bukti kelibatan yang semakin berkurangan bagi perdagangan manusia yang teruk oleh para pegawai kerajaan; atau c) Penentuan bahawa sesuatu negara sedang mengambil langkah-langkah nyata ke arah pematuhan piawai minimum adalah berdasarkan komitmen negara itu untuk mengambil langkah-langkah tambahan sepanjang tahun berikutnya. Hukuman Yang Boleh Dikenakan Terhadap Negara-negara Tingkat 3 Kerajaan negara-negara Tingkat 3 boleh dikenakan sekatan tertentu. Kerajaan Amerika Syarikat boleh menyekat bantuan luar negara yang bukan jenis kemanusiaan atau berkaitan perdagangan. Negara-negara yang tidak menerima bantuan tersebut boleh dikenakan sekatan pembiayaan bagi penyertaan para pegawai dan kakitangan kerajaan dalam program-program pendidikan dan pertukaran kebudayaan. Selaras dengan APMPM, kerajaan yang dikenakan sekatan juga akan mendapat tentangan daripada Amerika Syarikat terhadap bantuan (kecuali bantuan kemanusiaan, bantuan berkaitan perdagangan, dan bantuan pembangunan yang tertentu) daripada institusi-institusi kewangan antarabangsa seperti Dana Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia. Kegunaan Laporan Ini Laporan ini merupakan alat diplomatik Kerajaan Amerika Syarikat yang digunakan untuk meneruskan perbincangan dan galakan serta digunakan sebagai panduan bagi penumpuan sumber-sumber terhadap program dan polisi pendakwaan, perlindungan dan pencegahan. Jabatan Negara akan terus melibatkan kerajaan-kerajaan berkaitan kandungan Laporan supaya dapat mengukuhkan usahasama dalam usaha menghapuskan perdagangan manusia. Pada tahun akan datang, khususnya beberapa bulan sebelum penentuan sekatan bagi negaranegara Tingkat 3, Jabatan Negara akan menggunakan maklumat terkumpul ini untuk memberi tumpuan yang lebih berkesan pada program-program bantuan serta memberi kerjasama kepada negara-negara yang memerlukan bantuan untuk memerangi perdagangan manusia. Jabatan Negara berharap bahawa laporan ini akan menjadi mangkin terhadap usaha

35

kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan dalam memerangi perdagangan manusia di seluruh dunia.

8.0 KESAN
Perdagangan manusia menimbulkan pelbagai ancaman. Perdagangan manusia menafikan hak asasi dan kebebasan seseorang, meningkatkan risiko kesihatan global, dan menyemarakkan pertumbuhan jenayah terancang. Perdagangan manusia meninggalkan kesan yang teruk terhadap mangsa. Mereka selalunya mengalami penyeksaan fizikal dan emosi, rogol, ancaman terhadap diri dan keluarga, kecurian dokumen, dan maut. Namun, kesan perdagangan manusia sebenarnya melampaui mangsa individu kerana ia juga mengancam kesihatan, kesejahteraan, dan keselamatan semua negara. Mangsa menghadapi keadaan seperti penderaan fizikal dan seks, ikatan tebus hutang, gaji tidak dibayar, ugutan, kurungan, dan dokumen perjalanan ditahan untuk menyekat kebebasan. Bakal mangsa pula terus didakwa atas kesalahan imigresen dan pelacuran dalam tempoh laporan ini. Kerajaan tidak menyediakan pilihan sah yang lain selain mengusir mangsa balik ke negara-negara yang akan menyeksa dan menghukum mereka. Tiada usaha yang meluas diambil oleh Kerajaan Malaysia untuk mengenal pasti mangsa perdagangan manusia di kalangan kumpulan pendatang yang mudah terdedah pada bahaya seperti gadis muda dan wanita yang ditahan kerana terlibat dalam pelacuran atau ribuan pekerja hijrah tanpa dokumen yang diberkas oleh pasukan RELA, iaitu pasukan tambahan tambahan keselamatan awam yang ditaja oleh kerajaan. Mangsa yang ditahan oleh pihak penguat kuasa imigresen, termasuk kanak-kanak, diproses sebagai pendatang haram dan ditahan di penjara atau di pusat tahanan pendatang haram sebelum dihantar pulang ke negara masing-masing. Pihak berkuasa imigresen tidak menyaring wanita asing yang ditangkap kerana pelacuran untuk mengenal pasti mangsa perdagangan manusia tetapi sebaliknya memproses mereka untuk cepat dihantar pulang. Dalam beberapa kes, terutamanyanya yang melibatkan deportasi merentasi sempadan darat seperti sempadan Malaysia-Indonesia di Borneo, keadaan
36

ini mendedahkan mangsa perdagangan manusia kepada risiko didagang semula oleh para pedagang yang beroperasi di tempat keluar masuk sempadan. Mangsa akan mengalami penderaan fizikal dan seksual, penggunaan dadah secara paksa, ikatan tebus hutang, tidak dibayar gaji, diugut, dikurung, dan dokumen perjalanan ditahan untuk menyekat mereka daripada bergerak bebas.

9.0

ISU DAN CABARAN

KEKURANGAN DATA STATISTIK Kekurangan isu-isu yang sahih Isu pemerdagangan orang ini member pelbagai makna Kementerian sedang mengambil langkah-langkah untuk melatih pegawai-pegawai

dengan kelebihan yang diperlukan.

PENGENALAN KEPADA MANGSA PEMERDAGANGAN Menghadapi kesulitan dalam mengesahkan taraf seseorang yang ditahan ketika serbuan

sebagai mangsa sebenar Sesetengah individu sedar apa yang bakal dihadapi dan memilih untuk hidup sebegitu

daripada kehidupan yang merana di Negara asal

KEKURANGAN

LATIHAN

DALAM

MENGETAHUI

AGENSI

YANG

BERPENGALAMAN kekurangan latihan dalma mengetahui agensi yang berpengalaman mengendalikan kes-

kes yang berkaitan dengan pemerdagangan orang

37

Majlis sedang mengambil langkah-langkah untuk menyusun dan menghantar pegwai-

pegwainya ke latihan yang bersesuaian bagi memastikan semua pegwai-pegwai berikut adalah terlatih dan berefisyen dalam mengendalikan kes0kes pemerdagangan orang

CABARAN PENYIASATAN Sesetengah pengadu yang mahu dihantar pulang ke Negara asal adalah lebih susah melakukan penyiasatan Pengadu yang memberikan kenyataan yang rumit memerlukan mangsa untuk

menceritakan maklumat lengkap tentang trauma yang dialami olehnya yang berlaku pada masa lampau

KEENGGANAN MANGSA DAN SAKSI Keengganan mangsa dan saksi untuk tampil ke hadapan Takut untuk member maklumat kerana dikhuatiri keselamatan mereka terancam Takut untuk mengambil risiko kerana sebahagian daripada mereka adalah pendatang

asing yang memasuki Malaysia secara haram

KEBIJAKSANAAN Memerlukan kerjasama dan kebijaksaan antara agensi penguatkuasa untuk mengenalpasti Dalam kebanyakan kes, hanya penjaga kepada mangsa yang akan ditangkap dan didakwa

modus operandi yabg digunakan serta mengesan sindiket dan kumpulan yang terlibat

PENIPUAN PENGAMBILAN PEKERJA ASING Penipuan dalam pengambilan pekerja dilakukan oleh agen bogus

38

Buruh

Pekerja-pekerja tersebut dijanjikan dengan pekerjaan dan kehidupan yang mewah Apabila tiba di Malaysia, mereka tidak diberikan kemudahan seperti yang dijanjikan Oleh yang demikian, pekerja-pekerja ini akan terus tinggal untuk bekerja dan dengan Ini memberi kesan kepada mereka bahawa mereka telah didera dan diekploitasi Isu ini juga telah diuruskan oleh Kementerian sumber Manusia melalui Undang-undang Pengawalan yang berterusan dan jadual pemeriksaan dari Kementerian Sumber

apabila bekerja di Malaysia sebaliknya diberi kerja yang berbeza itu mereka telah menjadi warga pendatang yang tidak sah

Manusia serta agensi-agensinya ke tempat kerja mereka untuk memantau pekerja-pekerja yang diambil bekerja daripada didera atau meneriam layanan buruk dari majikan mereka Pada tahaun 2008, pemeriksaan telah dilakukan ke atas 50,518 majikan dan sebanyak Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama ILO telah mengadakan symposium 15,376 majikan beserta pekerja asing mereka yang terlibat untuk mewujudkan kesedaran dan sasaran mereka untuk majikan-majikan yang menyediakan pekerjaan kepada pekerja-pekerja asing. Kerajaan memandang serius dan mengkaji tentang isu ini Tindakan telah diambil untuk menguatkan lagi proses dan prosedur pengambilan

pekerja-pekerja asing dan untuk mengurangkan permintaan terhdap pekerja asing ini

KES LAYANAN BURUK TERHADAP PEKERJA ASING Terdapat beberapa kes layanan buruk terhadap pekerja asing ini Tindakan sewajarnya telah diambil terhadap individu/majikan yang didapati melakukan Contohnya ialah kes Nirmala Bonat: Majikan telah didakwa di bawah Kanun

kesalahan Keseksaan dan didapati bersalah serta dipenjarakan selama 18 tahun kerana membawa kecederaan yang serius kepada Nirmala Bonat

KESEDARAN MASYARAKT DAN KERJASAMA

39

Kerjasama antara kerajaan dengan masyarakat Membuat aduan kepada pihak berkuasa sekiranya mereka adalah saksi atau mensyaki

sebarang kegiatan yang berlaku di sekeliling mereka

10.0 PENUTUP
Hari ini, kita didorong sekali lagi oleh hati nurani kita untuk menamatkan penghinaan terhadap saudara lelaki dan perempuan kita. Seperti yang berlaku pada abad ke-19, para pejuang seluruh dunia yang komited ke arah matlamat menghapuskan perhambaan kini berpadu tenaga dalam suatu usaha global untuk menentang jenayah yang menjijikkan ini. Presiden George W. Bush telah mempertanggungjawabkan Kerajaan Amerika Syarikat untuk menerajui pergerakan memerangi cabaran serius abad ke-21 ini, dan mana-mana negara yang berazam untuk menamatkan perdagangan manusia kini mempunyai Amerika Syarikat sebagai rakan sepejuang yang kuat. Dengan termusnahnya persekitaran yang terlindung telah mendedahkan kanak-kanak kepada pedagang-pedagang manusia yang mengeksploitasi keluarga-keluarga yang terdesak. Faktor-faktor sosial yang telah membawa kepada kedesakan ini mestilah ditangani agar jenayah ini dapat dihentikan. Ia juga adalah amat penting untuk mengatasi permintaan terhadap dagangan manusia. Undang-undang mestilah diperkuatkan terhadap mereka yang mengeksploitasi kanak-kanak. Di samping itu, usaha mencari punca utama berlakunya masalah ini dan mencari jalan penyelesaian kepada krisis kemanusiaan ini amat penting untuk dibincangkan termasuk mencari titik kelemahan yang membawa kepada masalah ini terus berleluasa di seluruh dunia terutama di negara mundur dan membangun. Kempen-kempen kesedaran yang dijalankan diharap akan memberikan kefahaman kepada semua mengenai isu pemerdagangan manusia ini supaya kita tidak mudah terpedaya dan akhirnya menjadi mangsa kepada mereka yang hanya ingin memperoleh keuntungan dengan cara yang mudah, tidak bertanggungjawab serta tiada perikemanusiaan. Melalui

40

kempen ini juga diharap akan timbul kesedaran di kalangan rakyat tentang jenayah berkenaan yang disifatkan amat serius. Kerjasama antara negara membabitkan isu pemerdagangan manusia adalah perlu memandangkan ia adalah cabaran baru yang timbul akibat fenomena dunia tanpa sempadan. Oleh yang demikian, pembabitan semua pihak sangat diperlukan ke arah mewujudkan sifar pemerdagangan manusia pada masa depan. Masyarakat dunia juga perlu mengambil langkah mempertingkatkan lagi kerjasama menerusi pertukaran maklumat dalam usaha menangani isu ini terutama dari aspek bentuk serta kaedah penyeludupan dan negara mana dijadikan transit utama penyeludupan manusia.

41

You might also like