Bagi beberapa jawatan di mana jumlah permintaan adalah sentiasa tinggi biasanya tiada dikenakan tapisan ke atas calon.Bagi calon-calon yang mempunyai kelayakan dalam bidang berkaitan, peluang mereka adalah cerah untuk dipanggiltemuduga.
UJIAN
Beberapa jawatan di mana syarat kelayakan adalah terbuka dan sesetengahnya memerlukan bakat tertentu , skimperkhidmatan mensyaratkan calon lulus ujian khas yang ditadbir oleh SPA. terdapat beberapa skop ujian yang ditadbir iaitukognitif, aptitud, bakat, sahsiah dan fizikal.Calon-calon yang lulus ujian khas akan dipanggil temuduga. Bagi memasuki Perkhidmatan pegawai Tadbir dan Diplomatik,calon-calon yang lulus ujian disyaratkan lulus tapisan di 'Assesment Centre' sebelum dipanggil temuduga.
KEISTIMEWAAN CALON KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN
Terdapat Pegawai sedang berkhidmat dan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) yang layak dipertimbangkan untukmenjawat jawatan yang lebih tinggi mengikut skim perkhidmatan masing-masing apabila memperolehi kelayakan akademikyang tinggi atau lulus Peperiksaan Khas. Keistimewaan bagi calon-calon KPSL ialah sekiranya mereka layak mengikut skimperkhidmatan, mereka akan terus dipanggil temuduga tanpa dikenakan apa-apa tapisan. Walaubagaimanapun mereka perlubersaing dengan calon lantikan terus iaitu perlantikan mereka akan mengikut prosedur dan peraturan yang sama dengancalon-calon lain kerana lantikan mereka bukanlah secara automatik.
TEMUDUGA
Calon-calon yang berjaya melepasi asas tapisan akan dipanggil temuduga oleh SPA. Pusat temuduga yang ditetapkan olehSuruhanjaya selain dari Kuala Lumpur ialah semua ibu negeri di Semenanjung dan juga beberapa pusat temuduga kecilserta ibu negeri di Sabah dan Sarawak. Calon-calon akan dipanggil temuduga seberapa boleh di pusat temuduga yangdipilih atau yang berhampiran. Bagi membantu Lembaga Temuduga, Suruhanjaya biasanya akan menjemput wakil dariKementerian/Jabatan bersama Suruhanjaya mengendalikan temuduga. Ahli Suruhanjaya yang menjadi penemuduga terdiridari kalangan yang mempunyai pelbagai bidang kepakaran seperti Pentadbiran, Pakar Perubatan, Pergigian, Pendidikan,Ahli Sains, Kewangan dan sebagainya. Kesemua penemuduga adalah mahir dalam mengendalikan temuduga berdasarkanpengalaman mereka di sektor awam.
TIPS UNTUK CALON
1) Mengetahui profil jawatan yang ditemuduga2) Pengetahuan berkaitan isu semasa3) Membawa maklumat asas seperti ijazah dan sijil asal serta kenyataan perkhidmatan bagi calon yang sedang berkhidmatdan KPSL4) Datang awalSemua calon yang hadir temuduga dengan SPA akan diberitahu keputusannya sama ada berjaya, simpanan atau pun gagal.Surat Tawaran Perlantikan calon yang berjaya dalam temuduga akan dikeluarkan oleh SPA.
WAWASAN
Untuk Menjadi Sebuah Agensi Awam Yang Terunggul
MISIMenerap Kecemerlangan Untuk Keunggulan
MOTO
Mudah, Cepat & Tepat
Fungsi
Memastikan urusan pengendalian Ujian Khas Memasuki Perkhidmatan Awam dan Peperiksaan Perkhidmatan AwamMalaysia berjalan mengikut ketetapan yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia dan JabatanPerkhidmatan Awam Malaysia
2
Add a Comment
Khai Mohdleft a comment