Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
1Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Ilmu Dan Islam

Ilmu Dan Islam

Ratings: (0)|Views: 158|Likes:
Published by Mohd Kamil

More info:

Published by: Mohd Kamil on Jan 09, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOC, TXT or read online from Scribd
See More
See less

09/20/2013

pdf

text

original

 
Panduan Kecemerlangan Pelajar: Etika dan Amalan MencapaiKecemerlangan
2005
ILMU DAN ISLAM
Menuntut ilmu adalah satu kewajipan kepada setiap manusia. Fitrahsemula jadi, manusia adalah sebagai seorang pencinta kepada ilmupengetahuan. Kelahiran manusia ke dunia, berbekalkan naluri inginmengetahui dan menambah maklumat. Fitrah ini telah mendorong manusiauntuk melangkah dan menuju ke alam pengajian, bagi mendapatpengetahuan yang lebih lengkap.Ilmu adalah asas kehidupan. Ilmu terdiri dari kumpulan keperluanutama manusia. Sebagai petunjuk, pembantu, bekalan dan senjata bagimelayari kehidupan di dunia. Malah, ilmu adalah salah satu dari asas yangutama dalam kehidupan yang harmoni. Ilmu adalah sebagai satu asetpenting bagi manusia. Golongan yang tidak berpengetahuan adalahgolongan yang rendah dan di hina oleh masyarakat. Kehadiran mereka didalam masyarakat bagaikan melukut di tepian gantang.Insan dibezakan dari haiwan kerana dianugerahkan dengan akal yangdapat digunakan bagi berfikir dan berusaha untuk mendapatkan maklumatdan fakta yang berbagai-bagai, yang dikatakan memperolehi ilmupengetahuan.Bahkan sesama manusia ada darjat atau kedudukan antarasesamanya, kerana hanyalah semata-mata memiliki ilmu pengetahuan. Tanpa ilmu, kekayaan tidak memberi erti kepada manusia. Seperti cincinbertatah permata belian tersarung pada jari seekor kera.
Pembahagian ilmu Menurut Islam
Di dalam Islam, ilmu pengetahuan terbahagi kepada dua iaitu, ilmufardu ‘ain dan ilmu fardu kifayah. Kedua-dua adalah cabang ilmu yang mestiada pada setiap orang Islam agar mencapai kebahagian di dunia dan diakhirat.Kedua-dua hukum ini melengkapi bagi semua ilmu pengetahuansamada yang berkaitan dengan keagamaan seperti fikah, usuluddin dantasawuf, dan ilmu-ilmu keduniaan seperti perubatan (kedoktoran),matematik, sains dan sebagainya.Bagi ilmu fardu ‘ain di dalam agama, ianya dapat dilihat pada perkara-perkara asas yang menyempurnakan ibadat yang difardukan seperti,sembahyang, puasa dan lain-lain. Ianya termasuk di dalam fardu ‘ain kerana
1
 
Panduan Kecemerlangan Pelajar: Etika dan Amalan MencapaiKecemerlangan
2005
setiap muslim akan beramal dan mengerjakan ibadat tersebut. Perkaraselebihnya dari perkara asas, atau perbahasan hukuman yang lebih halusdan teliti di dalam ajaran agama termasuk di dalam fardu kifayah yangsudah memadai bagi sesebuah masyarakat dengan seorang sahaja yangmendalaminya.Imam Shafi’e ada menyebut tentang ilmu;
Ertinya, ilmu ada dua bahagian, ilmu fekah bagi agama, dan ilmu perubatan bagi badan. Dan selain dari keduanya adalah sebagai perhiasan.
Kedua-duanya perlu dicapai tanpa diabaikan kerana keduanya adalahilmu yang menjadi satu kefarduan ke atas setiap pelajar demi melepaskandiri dari belenggu kejahilan. Kepakaran sains dan teknologi juga satukefarduan dalam ajaran Islam.
Kelebihan Menuntut Ilmu
Allah s.w.t telah meninggikan kedudukan, pangkat atau darjat bagimereka yang berpengetahuan. Sesuai dengan kehendak agama yangmenekankan tuntutan mencari ilmu sehingga diangkat beberapa darjat bagimereka yang memiliki ilmu pengetahuan.Sebagai anugerah dari Allah s.w.t, bagi kesungguhan mereka dalammenuntut ilmu, seseorang yang mendapat rahmat dari-Nya kerana telahdianugerahkan dengan ilmu-ilmu agama, yang menjadikannya sebagaipewaris nabi-nabi.Firman Allah s.w.t
“Allah Taala mengangkat bagi mereka yangdianugerahkan ilmu, beberapa darjat (kedudukan)” 
Surah al-Mujadalah;11.Bahkan dibezakan antara insane yang berpengetahuan dengan yangtidak berpengetahuan seperti yang dinyatakan dalam al-Quran, yangberbunyi;Ertinya,
“Katakanlah olehmu wahai Muhammad! Adakah sama mereka yang mempunyai ilmu dan mereka yang tiada mempunyai ilmu itu(tiada bersamaan orang yang ilmu itu dengan orang yang jahil).
2
 
Panduan Kecemerlangan Pelajar: Etika dan Amalan MencapaiKecemerlangan
2005
Sesungguhnya yang takutkan Allah Taala itu dari kalangan hambanyaialah orang yang mempunyai ilmu” 
. (Surah al-Fathir; 28)Mereka yang memiliki ilmu pengetahuan akan menjadi seorang yangberguna kepada agama serta diri sendiri, dan mansyarakat secara amnya.Bahkan dengan memiliki ilmu pengetahuan, kualiti dan produktiviti di dalamsesuatu pekerjaan akan meningkat.Dalam hadith Rasulullah s.a.w banyak memperkatakan kelebihanorang yang berilmu. Antaranya, ilmu yang menyampaikan kepada kejayaandan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.Bersabda Nabi Muhammad s.a.w,
Ertinya; “Sesiapa berkehendakan kepada dunia, mestilah dengan ilmu,dan sesiapa yang berkehendak kepada akhirat, mestilah dengan ilmu,dan sesiapa hendak keduanya mestilah dengan ilmu”.
Seseorang yang mencapai kedudukan berpengatahuan adalah seorangyang menjadi pewaris para nabi. Para nabi tidak meninggalkan harta untukdiwarisi, tetapi meninggalkan ilmu dan hukum syariat untuk terus diamalkandi muka bumi ini.Bersabda Nabi Muhammad s.a.w’
“Ulama’ itu mempusakai (pewaris) akan Anbia’”. (Riwayat Tarmizi)
Seorang ulama’itu terlebih utama dari semua manusia, keranamanfaat ilmu yang mencurah-curah, melimpahi kepada insan lain. Ilmu yangbaik akan menjadi pemandu sepanjang tempat dan zaman.Sabda Nabi Muhammad s.a.w’
“Bermula yang terlebih afdal daripada manusia iaitu mukmin yangalim, jikalau dikehendak orang kepadanya, pasti memberi manfaat diakepada seseorang dan jikalau dikayakan daripadanya, pasti dia akanlebih kaya”. (Riwayat Baihaki)
Ahli ilmu mendapat satu kedudukan yang istimewa kerana kemuliaanilmunya. Bahkan ilmu agama akan memberi syafaat di hari akhirat kelak.Sabda Nabi Muhammad s.a.w,
3

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->