Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
4Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Maksud Sahsiah

Maksud Sahsiah

Ratings: (0)|Views: 990 |Likes:
Published by Hakimie Daniel

More info:

Published by: Hakimie Daniel on Jan 09, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/02/2013

pdf

text

original

 
 MAKSUD SAHSIAH 
 Sahsiah bermakna peribadi atau personaliti. Ia merujuk kepada traits yang mencirikan peribadi orang berkenaan. Peribadi menggambarkan sifat personaliti individu yangmembezakannya daripada orang lain. Sifat sahsiah merangkum gaya hidup, kepercayaan,harapan, nilai, motif, pemikiran, perasaan, budi pekerti, persepsi, tabiat, sikap dan watak seseorang.Mengikut G.W Allport dalam dalam bukunya “Pattern and Growth in Personality”,sahsiah ditakrifkan sebagai organisasi dinamik sesuatu sistem psikofizikal di dalamseseorang individu yang menentukan tingkah laku dan fikirannya yang khusus. Sistem psikofizikal merangkumi segala segala unsur-unsur psikologi seperti tabiat, sikap, nilai,kepercayaan dan emosi, bersama dengan unsur-unsur fizikal seperti bentuk tubuh badan,urat saraf, kelenjar, wajah dan gerak geri seseorang (Mok Soon Sang, 1994:1).Sahsiah mempunyai tiga ciri utama. Pertama, ialah keunikan dengan maksud tersendiri.Kedua, kebolehsuaian atau keupayaannya untuk berubah dan diubah; hasil pembelajaranatau pengalaman. Ketiga, ialah organisasi. Dengan perkataan lain ia bukan sekadar himpunan tingkahlaku sebaliknya ia melibatkan corak tindakan dan operasi yang bersifatkonsisten. Tegasnya sahsiah mencerminkan sifat, fizikal, kognitif, emosi, sosial danrohani seseorang.Tidak diragukan lagi bahawa guru yang mempunyai keperibadian yang baik akanmeninggalkan kesan yang positif dalam diri anak didik mereka. Alat teknologi modenwalau bagaimana canggih sekalipun tidak dapat mengambil peranan guru. Faktor manusia tetap diperlukan dalam proses pembentukan dan pematangan sahsiah murid.Sebab itu banyak kajian dibuat tentang sifat-sifat yang perlu ada pada seorang guru yang baik dan berkesan dalam pengajaran mereka.
 
Menurut Prof Omar al-Toumi al-Syibani sifat dan ciri seorang guru muslimhendaklah merangkumi:
 (a) Sifat Rohaniah1. Keimanan yang kental kepada Allah yang maha sempurna2. Keimanan kepada hari akhirat, hari pembalasan dan seluruh para Rasul3. Sifat-sifat keimanan asas yang lain(b) Sifat-Sifat Akhlak 1. Benar dan jujur 2. Menepati janji3. Amanah4. Ikhlas dalam perkataan dan perbuatan5. Merendah diri6. Sabar, tabah dan cekal7. Hilm, pemaaf dan toleransi8. Menyayangi murid, mementingkan orang lain, pemurah, zuhud dan qanaah(c) Sifat Mental, Kejiwaan dan Jasmanii. Sifat Mental1. Cerdas (Kepintaran teori, amali dan sosial)2. Menguasai mata pelajaran takhassus3. Luas pengetahuan am4. Cenderung kepada pelbagai bidang akliah, dan ilmiah yang sihat5. Mengenal ciri, watak, kecenderungan dan keperluan murid6. Fasih, bijak dan petah dalam penyampaianii. Sifat Kejiwaan1. Sifat tenang dan emosi yang mantap2. Optimistik dalam hidup, penuh harap kepada Allah dan tenang jiwa bilamengingatiNya.3. Kepercayaan kepada diri dan mempunyai kemahuan yang kuat4. Bersifat lemah lembut dan baik dalam pergaulan5. Berfikiran selesa dan boleh menyesuaikan diri dengan masyarakatiii. Sifat Fizikal1. Sihat tubuh badan dan terhindar dari penyakit berjangkit atau tidak berjangkit2. Berperawakan tampan, kemas dan bersih
 
Menurut kajian soal selidik di kalangan para pelajar di sekolah menengah di negara – negara maju terdapat senarai yang menerangkan sifat-sifat yang diingini oleh pelajar.Antara sifat guru yang dikehendaki ialah guru tersebut :1. Berkelakuan baik (penyayang dan penyabar)2. Tidak berat sebelah3. Berkeupayaan menghuraikan pelajaran dengan jelas4. Berdisiplin5. Menguasai mata pelajaran dengan baik 6. Adil dalam pemarkahan7. Sifat kelakar 8. Suka menolong pelajar di luar kelas9. Memahami masalah pelajar 10. Mampu menarik perhatian pelajar 11. Amanah dan menunaikan janji12. Berupaya membuat penghukuman yang betul13. Mempunyai sahsiah yang dihormati14. Mempunyai semangat persekolahan yang tinggi15. Mempunyai arahan yang jelas dan spesifik 16. Boleh membezakan ‘intan dari kaca’17. Mempunyai kemahuan yang kuat18. Mempunyai bakat kepimpinan yang tinggi19. Tidak suka menghina murid atas kesalahan mereka20. Tidak menyalahgunakan peraturan membenarkan murid dirotan21. Luas pengetahuan am22. Tidak lari atau terkeluar dari tajuk bila mengajar 23. Suara yang baik-serak-serak basah24. Mengenal titik kekuatan murid25. Pandai memberi nasihat26. Simpati terhadap kelemahan murid27. Pandai memilih kata-kata28. Memberi ruang para pelajar menelaah dan mengulangkaji29. Mengambil kira suasana murid di rumah30. Boleh membuat ujian secara berkala31. Mengamalkan kaedah pengajaran yang berkesan32. Mengambil kira pengudaraan bilik darjah33. Suka memberikan kerjasama34. Bersemangat riadah atau kesukanan

Activity (4)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Irma Urmm liked this
AmiRaul AshRalf liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->