You are on page 1of 12

1.

Pengenalan

Masyarakat majmuk adalah sangat sinonim dikaitkan dengan Negara Malaysia yang merupakan sebuah Negara yang mempunyai pelbagai kaum dan identiti. Terdapat lebih kurang lapan puluh kaum yang mendiami Negara Malaysia tetapi terdapat tiga bangsa kaum yang paling utama iaitu Melayu, Cina dan India. Menurut J.S Furnivall di dalam karyanya Natherland India,Masyarakat majmuk merupakan satu masyarakat yang mempunyai pelbagai unit komuniti yang tinggal bersebelahan tetapi berasingan di dalam init politik yang sama. Secara lebih mudah untuk dihuraikan ialah mereka yang tinggal itu berlainan budaya dan identiti tetapi hidup bersama dalam sesebuah kawasan.

Dalam memahami konsep masyarakat majmuk ini yang lebih tertumpu dalam semenanjung Malaysia, maka perkara yang akan dibincangkan ialah berkenaan sejarah yang telah mewujudkan masyarakat majmuk di negara ini dan sekali gus membentuk struktur sosioekonomi dan demografi dalam kebudayaan yang berbilang ini. Manakala faktor kedua yang membawa kepada masyarakat majmuk ini adalah mengenai cirri-ciri demografi dan sosioekonomi yang utama bagi masyarakat tersebut. Faktor lain yang akan dibincangkan adalah berkenaan dengan langkah yang diambil oleh kerajaan bagi mencapai perpaduan dalam masyarakat majmuk tersebut.

2.0 Sejarah Demografi

Kedatangan pelbagai kaum ini telah bermula pada semasa era kerajaan Melayu Melaka lagi. Sungguhpun begitu, kehadiran mereka ini tidak dapat diperkatakan membawa kepada masyarakat majmuk. Istilah masyarakat majmuk ini bermula sekitar pada abad ke18 semasa pemerintahan Kolonial British. Penjajah British yang telah menjadi pemangkin dan penyebab yang membawa perubahan identiti bagi negeri-negeri Melayu. Keadaan ini sememangnya merupakan suatu realiti iaitu dengan merujuk kembali sejarah perkembangan ekonomi bagi negeri Melayu sepanjang penguasaan British dari 1786-

1914 yang menjadi

tempoh paling penting dalam mewujudkan istilah masyarakat

majmuk. Keadaan ini berlaku kerana pihak British telah membawa imigran-imigran dari cina untuk kegiatan perlombongan dan buruh daripada India untuk bekerja sebagai buruh seperti menurap jalan, pekerja kontrak dan bekerja di lading getah milik pemodal eropah di Tanah Melayu.

Semasa Penguasaan British di Tanah Melayu, telah berlaku proses migrasi dalam beberapa peringkat. Peringkat yang pertama ialah proses migrasi secara besar-besaran yang berlaku akibat perkembangan pesat ekonomi yang didorong oleh dasar kerajaan British. Keadaan ini telah membawa kepada penghijrahan penduduk daripada Negara lain khasnya dari Tanah besar India dan China ke tanah Melayu yang mempunyai sumber mentah yang banyak. Aktiviti perlombongan merupakan salah satu daripada sumber ekonomi yang membawa kepada penghijrahan orang cina ke Tanah Melayu dengan jumlah yang tinggi. Penghijrahan orang cina ini telah berlaku sebelum kedatangan British lagi, walau bagaimana pun setelah kedatangan British, dasar penghijrahan adalah bersifat lebih terbuka dan diberi jaminan keselamatan yang telah menggalakkan lagi penghijrahan dengan lebih banyak. Sementara kemasukan orang India ke tanah Melayu adalah bermula pada abad ke19 di mana pada masa itu berlakunya perkembangan sector perladangan seperti kopi, getah dan sebagainya. Mereka ini juga diberikan jaminan keselamatan sama seperti yang diperoleh oleh imigran cina serta dilindungi oleh British.

Kemasukan imigran ke Tanah Melayu mengalami kemerosotan pada tahun 1929-1931 di mana pada ketika itu telah berlaku kemelesetan ekonomi dunia. Sebagai kesan daripada kemelesetan ekonomi dunia ini telah menyebabkan sejumlah imigran tersebut hilang pekerjaan dan membawa kepada untuk kembali ke Negara asal. Pada masa itu juga telah menyebabkan British menyekat kemasukan golongan lelaki terutama daripada china tetapi menggalakkan pula kemasukan golongan wanita di bawah Ordinan Orang Asing 1932.Langkah yang diambil oleh British ini dilihat telah dapat menyeimbangkan demografi penduduk di Tanah Melayu.

Pengurangan imigran juga berlaku sekali lagi pada masa selepas berlakunya Perang Dunia Kedua. Keadaan ini merujuk semasa penguasaan Jepun di Tanah Melayu yang menyekat kemasukan imigran terutama daripada China. Sungguhpun begitu, migrasi daripada India masih tetap berlaku walaupun dalam kadar yang sangat rendah. Pendudukan Jepun ini telah merujuk kepada berlakunya darurat di seluruh Tanah Melayu bermula1948 hingga 1960.Pada tahun 1953,telah berlaku pengaliran keluar orang cina secara beramai-ramai dan selepas tahun 1954 pula orang cina mengambil keputusan untuk tinggal menetap di Tanah Melayu. Hasil daripada tindakan mereka ini telah benarbenar mewujudkan keadaan masyarakat majmuk yang sebenar seperti yang telah bermula pada awal 1910-an lagi.

Pada tahun 1946 British telah memperkenalkan prinsip jus soli iaitu kerakyatan sama rata berdasarkan tempat kelahiran. Dasar ini telah dijalankan pada masa Malayan Union ditubuhkan. Dengan dasar ini, semua warganegara tanah Melayu diberikan kepada semua kaum tanpa diskriminasi ras dan kepercayaan Prinsip ini telah menguntungkan imigran cina dan India kerana mereka dapat untuk memperoleh kerakyatan dengan mudah. Hal ini telah menyebabkan orang Melayu merasa tidak senang hati dan bimbang dan menjadi ketidaksefahaman antara kaum.

Secara kesimpulannya, bagi penghijrahan demografi ini dilihat kurang mementingkan dan menekankan kepentingan orang Melayu kerana ia menjurus kepada imigran luar. Namun begitu, elemen seterusnya akan dihuraikan kesan daripada migrasi ini kepada orang Melayu dalam lingkungan masyarakat majmuk. Sejarah telah menunjukkan bahawa orang Melayu telah menguasai ekonomi sebelum kemasukan imigran ke Tanah Melayu. Contohnya penguasaan bangsawan Melayu seperti Ngah Ibrahim terhadap lombong bijih timah di Larut. Keadaan ini telah berubah semasa kemasukan Kolonial British yang telah menyebabkan orang Melayu turus tinggal di kampong-kampung supaya tidak mengganggu aktiviti mereka.

3.0 Ciri-ciri Demografi dan Sosioekonomi

Sekiranya dilihat kepada perkembangan masyarakat majmuk di Tanah Melayu adalah suatu yang biasa sekiranya mereka tidak bercampur. Keadaan ini sesuai dengan pendapat Sejarawan yang menyatakan masyarakat majmuk di Tanah Melayu hidup dalam keadaan masyarakat majmuk sahaja tetapi mereka tidak bercampur. Sebaliknya mereka berusaha untuk mengekalkan budaya masing-masing. Sebagai buktinya dapat dilihat dengan jelas pada masyarakat cina dan India tidak mahu untuk menerima asimilasi budaya Melayu. Keadaan sedemikian juga berlaku kepada orang Melayu yang enggan mencemarkan kebudayaan mereka dengan kebudayaan kaum lain terutama daripada masyarakat yang dianggap sebagai pendatang dari Negara lain.

Penguasaan British telah memperkenalkan dasar pecah dan perintah yang telah menyebabkan pengukuhan masyarakat majmuk yang tidak bercampur dan boleh dibuktikan bahawa mereka yang telah menyebabkan berlaku keadaan sedemikian dalam masyarakat majmuk di Tanah Melayu. Pihak British telah memperkenalkan dasar ini adalah kerana beranggapan bahawa orang cina dan India adalah transient. Justeru itu ,mereka dibiarkan menjalani kehidupan berdasarkan budaya sendiri. Selepas itu andaian transient tu berubah kepada tinggal menetap di Tanah Melayu. Keadaan ini telah menyebabkan orang Melayu rasa tergugat dan mencerminkan ketidakserasian antara mereka.

Jika dilihat kepada perkembangan masyarakat di Tanah Melayu, dapat dijelaskan bahawa Tradisi telah menjadi penghalang utama kemajuan orang Melayu. Sebagai contoh, orang Melayu sangat setia pada pemerintah sehingga membawa kepada konsep perhambaan. Manakala orang cina dan India yang menunjukkan sikap yang berlawanan iaitu sangat mementingkan ekonomi. Oleh kerana orang Melayu adalah penduduk asal Tanah Melayu ketinggian taraf ekonomi orang luar di kawasan mereka telah menyebabkan timbul perasaan tidak puas hati dan kesannya dapat dilihat dalam peristiwa 13 Mei 1969 yang membawa kepada rusuhan kaum terbesar di Tanah Melayu.

Tanah Melayu secara keseluruhannya terbahagi kepada dua bahagian iaitu Melayu lama dan Melayu baru. Melayu lama adalah merujuk kepada negeri Kelantan, Perlis, Terengganu dan kedah manakala negeri Melayu baru pula merujuk kepada negeri Johor, Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor. Berdasarkan kepada pengelasan tersebut, ternyata negeri Melayu lama ternyata dilihat lebih ketinggalan dan majoritinya adalah orang Melayu. Sementara Melayu baru pula adalah merujuk kepada negeri yang mempunyai sosioekonomi yang lebih tinggi serta mempunyai lebih ramai penduduk cina dan India. Daripada pengelasan begini juga dapat dinyatakan bahawa kehadiran orang luar menjadi pemangkin kepada kemajuan ekonomi Tanah Melayu. Kesannya Tanah Melayu akan membangun dengan lebih pesat dan hasilnya hanya dinikmati oleh migrasi tersebut.

4.0 Langkah Kerajaan Bagi Menangani Masyarakat Majmuk

Antara salah satu daripada langkah yang diambil oleh kerajaan adalah melalui pendidikan. Hal ini dapat dibuktikan melalui semua dasar yang dikemukakan oleh kerajaan adalah untuk mewujudkan perpaduan di kalangan penduduk. Sebagai contoh penyata Razak dan Penyata Rahman Talib yang telah menggariskan unsure perpaduan sebagai objektif utama. Oleh itu, bahasa Melayu telah diwajibkan untuk dipelajari di semua sekolah sementara bahasa kaum masing-masing turut dipelajari dengan harapan dapat untuk merapatkan hubungan sesama kaum. Sungguhpun pelbagai langkah telah diambil, masih terdapat halangan yang mana kawasan dan jarak bagi setiap kaum itu menjadi penghalang utama. Selain itu bahasa Melayu hanya digunakan oleh satu-satu bangsa dalam komuniti di sekolah tersebut. Oleh demikian, sekolah cina dan India mempelajari bahasa Melayu tetapi tidak digunakan untuk bertutur sesame rakan mereka. Walaupun kerajaan telah mengambil pelbagai langkah misalnya melalui pendidikan, tetapi masih jelas perpaduan masih tidak tercapai secara total.

Jika dilihat pada rancangan pendidikan masa kini, telah banyak dasar yang telah diubah bagi memastikan matlamat perpaduan antara semua kaum tercapai dengan baik. Salah satu daripada langkah yang dilakukan oleh kerajaan adalah dengan membina sekolah wawasan yang mana juga dilihat bermatlamat untuk mencapai perpaduan di kalangan semua kaum bermula daripada peringkat usia muda lagi. Penubuhan sekolah wawasan ini juga dilihat kurang berkesan dan kurang kesepaduan. Hal ini dapat dibuktikan dengan terdapat masih ramai lagi pelajar kaum lain yang kurang fasih untuk berbahasa Melayu sebaliknya lebih fasih dalam berbahasa Inggeris dan bahasa kaum masing-masing.

Langkah lain yang diambil oleh kerajaan adalah dengan menubuhkan Negara Malaysia. Pencampuran wilayah seperti Singapura Sabah dan Sarawak adalah bertujuan untuk menyeimbangkan jumlah kaum dengan meletakan ketiga-tiga buah Negara di bawah satu Negara itu Malaysia. Dengan mengambil ketiga-tiga wilayah tersebut, kedudukan orang Melayu dan merangkumi semua penduduk asal iaitu bumiputera menjadi lebih daripada separuh penduduk Malaysia. Keadaan ini berlaku kerana lebih separuh daripada penduduk Tanah Melayu adalah terdiri daripada bukan Melayu sehingga menyebabkan kedudukan orang Melayu tergugat. Oleh yang demikian penubuhan Malaysia adalah bertujuan untuk membolehkan orang Melayu sebagai penduduk asal dapat menikmati keistimewaan sebagai penduduk asal Tanah Melayu. Sungguhpun begitu, dengan penubuhan Malaysia ini tidak bermakna kaum-kaum bukan Melayu dipinggirkan tetapi, mereka juga bakal dapat memperoleh hak mereka setimpal dengan pengakuan hak istimewa orang Melayu yang telah diperakui oleh mereka dalam Negara Malaysia.

Selain daripada itu, jika dikaji perkembangan masyarakat Melayu di semenanjung Tanah Melayu, kedatangan orang Indonesia secara tidak langsung telah menjamin kedudukan orang Melayu. Pada tahun 1840-an kemasukan orang Indonesia telah berlaku secara besarbesaran di mana mereka diberikan kad pengenalan khas(merah)bagi mengemukakan serta mengesahkan mereka sebagai penduduk tetap. Kedatangan mereka ini telah menyebabkan masyarakat Melayu menjadi pelbagai seperti banjar, bugis dan jawa.

Selain daripada itu, Dasar Ekonomi Baru juga adalah merupakan salah satu daripada langkah yang diambil oleh kerajaan bagi memupuk perpaduan antara kaum. Peristiwa bersejarah yang berlaku pada 13mei1969 telah menjadi pengajaran kepada seluruh rakyat Malaysia. Jurang ekonomi yang sangat tinggi antara orang Melayu dan orang cina serta India telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan orang Melayu kerana mereka dilihat terpinggir daripada segi penguasaan ekonomi walaupun berada di tanah kelahiran sendiri. Justeru itu, penyelesaian yang dilakukan adalah dengan merangka ekonomi bagi dapat memenuhi kehendak semua kaum. Antara matlamat DEB ialah bertujuan untuk mengurangkan jurang ekonomi dan membasmi kemiskinan di kalangan semua kaum. Masyarakat Melayu juga diberikan hak istimewa sebagai penduduk asal dan cadangan ini diterima oleh semua kaum lain memandangkan hak yang diperoleh mereka adalah hampir setaraf dengan orang Melayu terutamanya dalam hal yang berkaitan soal kerakyatan. Dasar ekonomi yang dirangka ini telah merangkumi pelbagai aspek terutama bagi menyatukan masyarakat majmuk di Negara ini.

Jika dilihat dalam perkembangan masyakat majmuk di Malaysia yang juga dapat dikelaskan kepada tiga tahap tempoh masa yang berbeza. Pada tahap yang pertama adalah pada masa penjajahan British. Boleh disimpulkan bahawa tanah Melayu adalah milik orang Melayu tetapi ekonomi adalah dikuasai oleh orang cina dan India sementara keadaan serta system politik dikuasai British. Hal ini menjadikan orang Melayu lebih terpinggir dan menyebabkan stereotaip bahawa orang Melayu adalah kaum yang pemalas. Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan orang Melayu tidak begitu terlibat dalam kegiatan ekonomi secara komersial di Tanah Melayu. Antaranya ialah dasar British yang menekan penduduk tempatan supaya tidak terlalu agresif untuk menentang pemerintahan British di Tanah Melayu.

Tahap kedua pula adalah merujuk kepada era kemerdekaan di mana terdapatnya perhubungan antara kaum bukan Melayu dengan UMNO. Hal ini dapat dibuktikan dengan penyertaan orang cina melalui MCA dan MIC bagi orang India ke dalam UMNO. Hasil atau kesan langsung daripada penyatuan antara kaum ini telah menyebabkan pihak British bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada tahun 1957.Manakala sebelum merdeka pula telah berlaku nya darurat dalam jangka masa antara 1048 hingga 1960

dalam usaha untuk membanteras komunis. Dalam jangka masa darurat ini telah menyebabkan hubungan antara orang Melayu dan cina menjadi renggang.

Pada peringkat yang terakhir pula adalah tahap selepas mencapai kemerdekaan iaitu setelah berlakunya peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.Selepas peristiwa ini, hubungan antara kaum masih lagi menjadi renggang dan tergugat dalam bidang ekonomi semata-mata tetapi dalam pelbagai bidang lain. Walau bagaimana pun kerajaan pada masa itu telah mengambil pelbagai langkah dengan merangka beberapa langkah dan strategi bagi mewujudkan keadaan yang aman dan harmoni antara semua kaum yang menepati ciri kehidupan sebagai masyarakat majmuk. Namun begitu, usaha ini dilihat tidak dapat untuk mencapai matlamat perpaduan secara total kerana setiap kaum masih cuba untuk mengekalkan identiti sendiri dan enggan untuk menerima asimilasi daripada budaya masyarakat lain.

Penggunaan Malasian Malaysia juga telah mula diguna pakai bagi tujuan memupuk perpaduan. Namun ia tidak begitu diterima oleh kebanyakan kaum di negara ini. Justeru itu, kerajaan telah memperkenalkan Slogan Bangsa Melayu dan ianya adalah bertujuan bagi memupuk perpaduan antara kaum. Langkah lain dengan menyatakan satu ikrar atau janji setia dalam rukun Negara yang disebut berkenaan dengan keutamaan perpaduan yang cuba untuk diterapkan dalam diri semua bangsa bermula di peringkat bawahan lagi. Justeru itu, yang paling terbaru ialah penggunaan Slogan Satu Malaysia adalah yang paling dominan dan kerap diperdengarkan ialah tidak lain adalah bertujuan memupuk kesepaduan semua kaum dalam gagasan satu Malaysia. Maksud di sini ialah rakyat daripada pelbagai kaum dan agama dituntut berfikir melepasi sempadan kaum masing-masing serta melepasi tembok kepentingan etnik dan kaum.Maksud ayat di atas juga dipanjangkan untuk menjelaskan kepimpinan negara yang akan melayani dan cuba memenuhi segala keperluan dan hak semua kaum dan etnik di Malaysia.Langkah seterusnya yang perlu dicapai ialah warga Malaysia perlu bebas mengamalkan apa yang terkandung dalam ajaran agama, adat resam dan kebudayaan masing-masing.Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan budaya dan adat resam yang diamalkan oleh masyarakat madani yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Namun, perbezaan budaya dan adat resam ini bukanlah menjadi satu aspirasi kepada berlakunya pertelingkahan dan permusuhan kaum,tetapi perbezaan ini sentiasa diambil dan diterapkan dalam diri anggota masyarakat agar keadaan yang berlainan kebudayaan ini boleh menguntungkan dan menjadi sumber kekuatan kepada bangsa dan negara Malaysia.Objektif Satu Malaysia akan dapat dicapai sekiranya adanya kesatuan diantara semua lapisan masyarakat di Malaysia. Hal ini kerana, Satu Malaysia adalah pemangkin kepada pengwujudan negara bangsa yang dapat membina Malaysia sebagai negara yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan di kalangan rakyat.Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integrity,kebolehan,dedikasi,dan kesetiaan.Justeru itu,Satu Malaysia dapat menyedarkan kita semua khususnya rakyat Malaysia akan betapa pentingnya bersatu padu dan hidup dengan aman dan damai tanpa meletakkan perbezakan agama,budaya dan adat resam sebagai satu halangan untuk memupuk semangat kebangsaan serta menghindari sifat curiga mencurigai antara satu sama lain.Keadaan seperti ini adalah sangat penting dalam membentuk masyarakat majmuk yang sangat harmoni untuk hidup bersama dalam keadaan yang aman dan damai serta menjamin kepada kemajuan negara. 5.0 Kesimpulan Secara keselruhanya, boleh dikatakan masyarakat majmuk di negara ini adalah berlaku akibat daripada penjajahan pihak British.Justeru itu,untuk memastikn keadaan negara sentiasa aman dan damai,perkara yang paling penting adalah kesamarataan dari segi ekonomi kerana kepuasan ekonomi diantara semua kaum ini adalah yang menjadi keutamaan yang dituntut oleh setiap kaum.Namun bagi keadaan masyarakat majmuk dinegara ini sikap masyarakat itu sendiri yang menjadi aspek utama untuk membawa perpaduan selain itu perlu untuk memahamikedudukan kaum masing-masing.Secara konklusinya,bagi memastikan kesepaduan dan kstabilan dalam hubungan sesama masyarakat,penelitian serta meningati sejarah adalah sebagai salah satu langkah atau kaedah yang penting serta menjadikan isu-isu pergolakan hubungan etnik di kebanyakan negara lain sebagai pengajaran dan sebagai satu indikator bagi nilai sebenar perpaduan antara kaum yang hidup dalam sebuah negara.

BIBILOGRAFI

Ismail

Hussein.2001.

Tamadun

Melayu

Menyonsong

Abad

Kedua

Puluh

Satu(EdisiKedua)Selangor. UKM

J.S.Furnivall. 1939. Netherlands India. Cambridge University Press

Leon Comber.1983. 13 May 1969 A Histotical Survey Of Sino-Malay Relations.Hong Kong Heinemam Educational Book (Asia) L.td

Mc Gee T.G. 1964. The Population Of Malaysia:A Survey. New York Praeger Press

Mohd Redzuan Othman. 2006. Sejarah Pembinaan Negara Bangsa. Kuala Lumpur UM

Abdul Monir Yaacob. 2000. Prinsip-prinsip Pemerintahan dalam Masyarakat (peny) Kuala Lumpur: IKIM

Majmuk.

Saunders Graham. 1978. Malaya: Perkembangan Masyarakat Majmuk. Kuala Lumpur: Longman

Zakaria Ariffin. 1990. Mengenal Budaya Bangsa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

You might also like