You are on page 1of 2

,

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk mengadakan solat hajat sempena kecemerlangan UPSR pada pagi yang mulia ini, Ya Allah. Ya Allah Ya Karim Ya Wadud Kami memohon kepada-Mu , agar Eangkau berkati solat kami ini dengan limpahan rahman dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu. Tidak juga lupa kepada para pendidik yang telah lama menyumbang khidmat dan menabur bakti mereka di sekolah yang bertuah ini . Disaat ini juga kami rafakan tangan kehambaan mengharapkan ihsanMu agar Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai samada dalam bidang akademik mahupun aspek pembinaan sahsiah insan dan seterusnya menganugerahkan kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang terutamanya UPSR yang akan diduduki oleh murid-murid tahun 6 SK RPR Batu Kawa ini. Ya Allah , Ya Ghaniyyu Ya Hamid , Jadikanlah murid-murid pada hari ini sebagai murid-murid yang bersyukur di atas Solat Hajat ini. Dalam erti kata lain, jadikanlah mereka murid-murid yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam bidang akademik mahupun ketrampilan peribadi yang luhur. Malah kami memohon daripada-Mu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar usaha kami ini akan menjadi pendorong dan sumber inspirasi kepada muridmurid supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama sekolah ini.

You might also like