Professional Documents
Culture Documents
Ketika mula mula tugasan ini diberi saya berasa tugasan ini amat mencabar dan sukar untuk saya lakukan. Perkara ini turut ditambah dengan keadaan saya yang cetek ilmu pengetahuan mengenai tugasan ini. Namun, nasib saya begitu baik sekali, dengan adanya mata pelajaran ini saya menjadi lebih mahir dalam ilmu berkaitannya. Disini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Mohd Asri bin Abdul Razak selaku pensyarah Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah kerana memberi banyak tunjuk ajar, bimbingan serta keyakinan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini mengikut piawaian yang telah ditetapkan. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga saya yang banyak memberi sokongan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini.Terima kasih juga tidak dilupakan kepada kawan kawan yang banyak membantu dan memberi sokongan serta tunjuk ajar kepada saya sepanjang menyiapkan tugasan ini. Sesungguhnya, tanpa kerjasama dari semua pihak, maka kerja kursus ini mungkin tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Kualiti hasil kerja kursus ini juga mungkin tidak akan memberangsangkan. Sekali lagi, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. Sekian, terima kasih
1.0 PENDAHULUAN
Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah memudahkan pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar. Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi memeransangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna. Dalam merancang persediaan mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai urutan yang baik. Ia perlu diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif pengajaran. Lazimnya aktiviti yang dipilih itu adalah gerak kerja yang mampu memberi sepenuh pengaruh terhadap perhatian, berupaya meningkatkan kesan terhadap intelek, ingatan, emosi, minat dan kecenderungan serta mampu membantu guru untuk menjelaskan pengajarannya. Dalam merancang aktiviti mengajar yang berkesan dan bermakna kepada para pelajar, guru haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang akan digunakan. Pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin kelicinan serta keberkesanan penyampaian sesuatu subjek atau modul
tradisional boleh disimpulkan dengan bersifat nasional dan tidak mengikut konsep formal atau struktur, terdapat campur aduk antara kategori semantik dengan nahu, tidak mempunyai pola morfologi atau sintaksis tetap yang boleh digunakan sebagai dasar untuk menerbitkan pelbagai struktur, tidak mempunyai pemeringkatan atau pemilihan bahan sama ada gramatikal atau leksikal, berasaskan yang mudah atau yang kompleks serta kekerapan dan kenyataan butir-butir yang hendak diajar. Dalam teori tradisional ini, ayat-ayat dibina dengan menggunakan konsep word building manakala dalam menghuraikan bahasa, tatabahasa tradisional bersifat preskriptif, humanistik dan normatif. Terdapat juga ciri-ciri tertentu tentang huraian bahasa yang dibuat oleh ahli-ahli bahasa tradisional. Ahli bahasa zaman ini berpendapat bahawa bahasa dapat
4
dihuraikan berasaskan tatabahasa sejagat yang berasaskan tatabahasa Yunani dan Latin. Mereka juga menganggap bahawa bahawa bahasa-bahasa yang terbit di dunia ini merupakan variasi daripada kedua-dua bahasa tersebut.
Selain daripada itu, teori ini tidak mementingkan pemilihan dan pemeringkatan bahan-bahan pengajaran sama ada bahan-bahan itu gramatik atau leksikon; iaitu daripada yang mudah kepada yagn lebih rumit. kekerapan dan kebolehan pengajaran Bahasa menurut teori ini pula adalah suatu organisma iaitu ia hidup dan berubah. Manakala, bahasa adalah tulisan dan rakaman bahasa dalam bentuk tulisan adalah bentuk yang tulen dan percakapan merupakan kedua terpenting. Bahasa juga adalah konvensional, dicipta, dinamik, progresif, dan beragaman mengikut tujuan dan objektif penggunaannya.
Di samping itu, huraian bahasa pula tidak dibuat berasaskan unsur-unsur struktural yang terdapat dalam sesuatu bahasa. Sebaliknya bahasa dibuat berasaskan anggapan disiplin lain yang tidak ada kaitan dengan bahasa, contohnya falsafah, logik, epistomologi dan lain-lain. Contohnya dalam huraian tatabahasa bahasa Melayu dibuat berasaskan tatabahasa tradisional ialah kata nama am. Menurut Pelita Bahasa Melayu Penggal 1, 1954 halaman 83, kata nama am didefinisikan sebagai; ...... nama yang dipakai bagi menyebut segala benda yang sejenis (satu aneka) asalkan sama keadaannya dan sifatnya seperti budak, negeri, kitab..... Huraian di atas berbentuk tanggapan, tetapi huraian kata sifat pula berasaskan fungsi. ..... segala perkataan yang menerangkan atau menunjukkan sifat sesuatu nama atau perbuatan atau lain-lainnya seperti besar, bodoh, pandai, segera, selalu..... (Pelita Bahasa Melayu, Penggal 1, 1954:72) Kategori tatabahasa ini dirumuskan kepada tiga fungsi iaitu;
5
i. Kategori utama iaitu golongan kata, ii. Kategori-kategori sebagainya dan iii. Kategori-kategori tugas- subjek, predikat, objek dan sebagainya. sampingankala,mood,kasus infleksi, gender dan
Plato (429-397SM) mengemukakan golongan kata itu dibahagikan kepada dua bahagian iaitu; nama dan perbuatan. Nama ialah kata yg mempunyai fungsi sebagai subjek dalam ayat manakala perbuatan merupakan kata yang dapat memberikan gambaran tindakan. Ahli falsafah juga mentafsirkan ayat sebagai ucapan yang mengandungi fikiran yang lengkap. Tatabahasa tradisional telah melahirkan analisa tradisional yang bersifat preskriptif iaitu bertujuan menetapkan peraturan untuk penggunaan yang betul. Ia mengutamakan pelajar menghafaz peraturan tersebut. Dari segi analisa ayat pula, ia mementingkan penjenisan kata. Deskriptif menekankan morfologi dan pembinaan perkataan manakala preskripsi struktur dan bentuk mestilah dielakkan. Pada keseluruhannya kajian-kajian ahli bahasa tradisonal adalah bersifat deduktif yang mengutamakan pembentukan hukum-hukum sesuatu bahasa. Mereka juga telah membentuk tatabahasa normatif yang mengandungi hukum-hukum bahasa yang mesti dikuasai oleh pelajar-pelajar supaya mereka dapat menggunakan bahasa dengan betul.
dalam menghuraikan ilmu linguistik. Justeru, buku ini dianggap sebagai Bible of Amrican Linguistics.
Teori linguistik yang telah dikemukakan oleh Bloomfield ini kemudiannya merebak ke Eropah. Pengaruh Bloomfield ke atas linguistik di Amerika dan Eropah amat kuat sehinggakan dalam tempoh beberapa tahun setelah terbitnya buku Language itu, Bloomfield telah menjadi pakar rujuk dalam kajian bahasa yang paling berjaya dalam menghuraikan bahasa yang pernah dibuat pada zaman tersebut.
Aliran struktur ini juga dikenali dengan nama taxonomic atau Bloomfieldian. Ia muncul sebagai tentangan kepada cara-cara penyelidikan yang dijalankan oleh aliran tradisional.Teori analisis struktural ini merupakan teori yang bertentangan dengan cara penyelidikan yang dibuat oleh aliran tradisional. Perkara yang ditentang kuat oleh mereka ialah dasar nasional yang digunapakai oleh para ahli bahasa aliran tradisional untuk membentuk kategori-kategori bahasa dan pegangan bahawa semua bahasa mempunyai kategori universalnya. Antara ahli-ahli bahasa yang menganuti aliran ini ialah de Saussure, Bloomfield, Otto Jespherson, Harris dan lain-lain lagi.
Aliran struktural mengkaji bahasa sebagai lambang-lambang pertuturan. Datadatanya terdiri daripada bunyi-bunyi bahasa yang dikeluarkan oleh penutur asli daripada bahasa yang hendak diselidiki. Tujuannya ialah untuk membuat kenyataan am yang berkaitan dengan stuktur-struktur pada data ini dan ia akan mengkaji kenyataankenyataan am berasaskan data itu sahaja. Mereka menggunakan istilah bahasa bagi merujuk kepada sistem yang diandaikan dn ujaran (speech) untuk merujuk kepada ucapan yang dikeluarkan oleh penutur asli.
Aliran ini juga mengkaji bahasa secara deskriptif dan menganggap bahasa sebagai satu sistem bunyi pertuturan yang arbitari iaitu berkaitan dengan sifat bahasa yang menunjukkan tiadanya kepadanan fizikal yang semula jadi antara bentuk bahasa dengan entiti sebenar untuk menyatakan sesuatu objek, keadaan atau konsep. Ia juga digunakan dalam perhubungan manusia dan kajiannya bersifat saintifik dan empirikal.
7
Tegasnya, huraian bahasa menurut teori ini adalah semata-mata berdasarkan fakta yang tidak dilihat. Jadi pendekatan yang digunakan bagi ahli-ahli teori ini ialah pendekatan deduktif. Manakala bahasa yang dianalisis adalah bahasa lisan.
Huraian tatabahasa struktural bersifat formal dan tidak mengambil kira kategori psikologi, logika dan metafizik. Peringkat tatabahasa bermula daripada bunyi dan diikuti oleh morfem, frasa, klausa dan ayat serta unsur supra segmental. Penggolongan kata yang dibuat berasaskan distribusi dan fungsi setiap unit linguistik. Kata dibahagikan mengikut kelas. Ayat dipecahkan mengikut konstituen. Konstituen yang paling kecil ialah perkataan, diikuti oleh frasa, klausa, subjek dan predikat. Terdapat pelbagai cara boleh digambarkan bagi mununjukkan hubungan konstituen dalam sesuatu konstruksi salah satunya ialah mengikut Fries, dalam bukunya yang berjudul The introduction to the Construction of English Sentences, 1957, beliau telah menggunakan hierarchical bracketing. Nida pula menggunakan lambang anak panah dan pangkah untuk menandakan hubungan yang tertentu antara bahagian dalam ayat. Manakala menurit Nelson Francis pula beliau menggunakan Chinese box untuk menjelaskan maksud tersebut. Antara ciri-ciri tatabahasa struktur ialah; i. Tatabahasa struktur membuat kajian bahasa secara objektif yang padanya penggolongan kata dan peraturan-peraturan kajiannya berasaskan analisis struktur yang terdapat pada fonologi, morfologi dan sintaksis. Dalam hal ini, ia telah menunjukkan bagaimana filtur-filtur bahasa yang penting berkait antara satu sama lain. ii. Ia hanya melibatkan fakta-fakta bahasa yang dapat dilihat sahaja dan tidak melibatkan faktor-faktor yang bukan linguistik serta perkara-perkara yang tidak dapat diamati. iii. Ia menghindarkan faktor-faktor yang berkaitan dengan psikologi, logika dan metafizikal.
iv. Tatabahasa struktur membezakan pelbagai peringkat analisis seperti peringkat morfologi dan sintaksis. Pada peringkat morfologi, sesuatu kata itu dapat digolongkan dalam kelas kata tertentu tetappi pada peringkat sintaksis penentuan kelas itu harus dibuat dengan berdasarkan pada kedudukannya dalam ayat. v. Ia mengkaji semua ujaran dengan maksud untuk meghuraikan ciri-ciri bentuk lain yang berbeza. vi. Teori penguasaan dan pembelajaran bahasanya berdasarkan teori psikologi aliran behaviurisme. vii. Tidak mementingkan makna dalam analisis bahasa.dengan kata lain kajiannya bersifat formal. viii. Tumpuan aliran ini adalah semata-mata kepada struktur permukaan ( surface structure ) iaitu penganalisisan yang memecahkan bahagian-bahagian dalam sesuatu ayat kepada konstituen-konstituennya, iaitu sintaksis dihurai berdasarkan konstituen terdekat.
Aliran struktural menggunakan hubungan terdekat untuk menganalisis ayat atau sintaksis. Mereka menganggap bahawa ayat atau binaan sintaksis merupakan suatu konstruksi. Teori ini membuat kajian tentang bahasa secara objektif dengan membuat penggolongan kata dan peraturan-peraturan kajiannya berasaskan analisis struktural yang terdapat pada aspek fonologi, morfologi, dan sintaksis. Secara ringkasnya teori ini boleh disimpulkan sebagai satu teori yang hanya menyatakan fakta-fakta bahasa yang dapat dilihat sahaja, tidak melibatkan faktor-faktor bukan linguistik dan perkara-perkara yang tidak diamati, membezakan pelbagai peringkat analisis, mengkaji semua bentuk ujaran dengan maksud menghuraikan ciri-ciri bentuk lain yang berbeza dan tidak mementingkan makna dalam analisis bahasa.
Dipelopori oleh Noam Chomsky dari Massachussetts Institute of Technology, USA. Ia bermula pada tahun 1957 dengan terbitnya sebuah buku berjudul Syntactic Structures . Sejak tahun 1957 banyak perubahan yang berlaku pada teori Transformasi Generatif sehinggalah terbitnya sebuah lagi buku Noam Chomsky yang bertajuk
Aspect of the Theory of Syntax (1965). Peringkat perkembangan pertama teori ini dikonsepsikan pada tahun 1957 dengan menggunakan Model Teori Struktur Sintaksis yang terdiri daripada rumus struktur frasa, tranformasi dan fonologi. Peringkat kedua, menggunakan Extended Standard Theory ( EST ) yang terdiri daripada komponen sintaksis, semantik dan fonologi. Perbezaan antara kedua-duanya ialah pada semantik. Perbezaan kedua-dua peringkat ini terletak pada semantik. Disinilah timbulnya Selectional Rules dan Strict Sub-Categorization Rules bergantung kepada konsep nahu. Selectional Rules menghuraikan kehadiran kata semata-mata berdasarkan perhubungan kata, sementara Strict Sub-Categorization Rules bergantung kepada konsep nahu. Teori ini menyatakan bahawa seseorang penutur asli suatu bahasa mempunyai kecekapan bebahasa yang dikenali sebagai(competence). Keadaan ini ditafsirkan sebagai mengandungi satu set rumus yang sifatnya explisit. Dengan adanya set rumus ini membantu penutur asli membentuk serta memahami berbagai ayat dalam bahasanya. Penutur asli boleh membezakan berbagai jenis struktur ayat, boleh mengenali sama ada ayat itu gramatis atau tidak, boleh membentuk, mengenali dan memahami ayat yang terkira jumlahnya. Kebolehan ini dikaitkan dengan persepsi intuitif seorang penutur terhadap sesuatu yang disebut sebagai struktur dalaman. Melalui struktur dalaman ini, penutur asli boleh mengenali ayat yang berprafrasa dan ayat yang punyai unsur ketaksaan. Ayat berprafrasa terdiri daripada dua ayat yang berlainan struktur permukaannya, tetapi mempunyai struktur dalaman yang sama. Contohnya; a) b) anjing mengejar kucing kucing dikejar anjing
10
Kedua-dua ayat di atas mempunyai pengertian yang sama. Oleh itu ia dinamakan sebagai ayat yang berprafrasa. Ayat yang mempunyai unsur ketaksaan ialah ayat yang mempunyai satu struktur permukaan tapi mempunyai dua atau lebih struktur dalaman. Contohnya : a) b) Ibu kepada Cong,iaitu nenek Ali telah mati. Kedua ibu dan bapa Cong telah mati.
Teori ini mengandaikan terdapat dua peringkat struktur ayat iaitu struktur dalaman dan struktur permukaan. Ia juga mengandaikan rumus tatabahasa menjadi sebahagian daripada unsur kecekapan berbahasa bagi seseorang individu. Fonologi menentukan representasi fonetik untuk sesuatu ucapan manakala semantik merujuk representasi semantik. Antara kedua-dua ini, wujud sintaksis tatabahasa. Ciri-ciri tatabahasa tranformasi-generatif adalah berasaskan teori psikologi koda kognitif yang termasuk dalam aliran mentalis. Aliran ini mempercayai bahawa pembelajaran dan penguasaan bahasa merupakan proses mental yang bertunggakkan Alat Pemerolehan Bahasa (LAD). Dalam melakukan huraian terhadap bahasa, teori ini menggunakan sistem rumus. Sistem ini melibatkan penggunaan dua set peraturan sintaksis iaitu peraturan frasa dan transformasi. Teori ini mementingkan semantik dalam menghasilkan kajian dan menganalisis bahasa berasaskan ciri-ciri rasional.
Struktur dalaman
Reprensentasi fonetik
Rajah 1.1 Komponen Sintaksis Dalam rajah di atas, komponen fonologi menentukan representasi fonetik untuk suatu ucapan, komponen semantik merujuk kepada representasi semantik. Antara kedua-dua
11
ini terdapat apa yang disebut sebagai komponen sintaksis tatabahasa. Oleh sebab itu, bunyi dan makna adalah berkaitan melalui peraturan sintaksis yang berkait dengan struktur dalaman yang bertindak sebagai input kepada peraturan semantik dan struktur prmukaan bertindak sebagai input kepada peraturan fonologi. Rumus struktur frasa berfungsi melahirkan rajah-rajah pohon yang menunjukkn hubungan gramatis (subjek,predikat,objek dan lain-lain) antara berbagai kata yang terdapat pada sesuatu ayat dasar. Berdasarkan penulisan buku oleh Juriah Long, et al. (1992). Perkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia, menyatakan bahawa analisis bahasa yang dijalankan oleh ahli-ahli linguistik transformasi generatif bertujuan untuk membentuk rumus-rumus yang lengkap berdasarkan kecekapan bahasa penutur naif. Pendekatan yang digunakan oleh ahli-ahli teori ini pula ialah bersifat deduktif dan kaji diri. Tegasnya, teori ini tidak menghasilkan kaedah pengajaran yang dapat diubah untuk dijadikan teknik pengajaran.
12
pelajar tentang sistem tatabahasa atau prinsip struktur bahasa yang dipelajari. Penggunaan variasi bahasa yang pelbagai dapat meningkatkan tahap kemahiran berbahasa pelajar. Halliday merupakan salah seorang ahli teori Fungsionalis. Beliau telah menghuraikan pengajaran dan pembelajaran bahasa berdasarkan fungsi-fungsi tertentu. Dalam buku Exploration In The Functions of Language, beliau telah
mengemukakan lima aspek perbincangan tentang fungsi bahasa iaitu Model bahasa yang sesuai mencadangkan interprestasi fungsional kepada perkembangan bahasa awal kanak-kanak apabila mereka mula belajar bahasa. Fungsi instrumental dan fungsi kebiasaan menunjukkan bahawa mereka sedang belajar makna bahasa dan potensi makna yang dibina untuk mengukur kebolehan berbahasa. Aspek perbincangan beliau yang kedua ialah beliau menghubungkan fungsi perkembangan bahasa kanak-kanak dalam menguasai aspek pengajaran dan pembelajaran bahasa daripada penjaganya sendiri, dengan teori fungsional orang dewasa. Selain itu beliau juga mencadangkan supaya interprestasi fungsional bahasa dalam konteks signifikan dilakukan berdasarkan arah sosial dan perubahan sosial yang berlaku. Faktor fungsionalis dalam proses sosialisasi dapat memberikan kanak-kanak menggunakan bahasa secara efektif. Bagi ahli ahli fungsionalis, pengajaran bahasa adalah bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada pelajar tentang prinsip struktur bahasa yang merangkumi bidang tatabahasa seperti fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan laras bahasa. Pelajar akan dapat mempraktikkan pengetahuan mereka tentang prinsip tersebut dalam kehidupan seharian mereka atau dalam sebarang situasi sosial melalui pengajaran bahasa. Berikut merupakan ciri-ciri penting teori fungsionalis ; i. Sistem bahasa bukan satu sistem yang statik atau tertutup sifatnya tetapi sistem itu bertenaga dan terbuka. ii. Perkara dasar yang ditekankan dalam struktur bahasa ialah semantik dan bukan hubungan-hubungan sintaksis.
13
iii. iv.
Terdapat kepelbagaian di dalam bahasa semasa bahasa dituturkan. Bahasa sebagai alat untuk berhubung, melahirkan pendapat dan menyatakan perasaan dan dapat menggambarkan watak dan peribadi penuturnya.
Rajah 1.2
14
Rajah menunjukan perbezaan ciri teori huraian bahasa 2.5.3 Banding Beza Dari Aspek Ciri-Ciri
Rajah 1.4 : Perbezaan Ciri Teori Huraian Bahasa 2.5.4 B anding Beza Dari Aspek Kajian Bahasa
15
16
di antaranya. Bidang ini memperlihat pertalian antara penguasaan bahasa yang ditinjau dari sudut psikologi yang mempengaruhi seseorang dalam proses penguasaan bahasa.
Berdasarkan buku Pengajian Melayu 1, 1997:75, menurut pandangan Lado (1976), Psikolinguistik adalah pendekatan gabungan melalui psikologi dan linguistik bagi kajian pengetahuan bahasa, bahasa dalam pemakaian, perubahan bahasa dan lain-lain yang berkaitan dengannya yang tidak mudah dicapai atau didekati melalui salah satu daripada kedua ilmu tersebut secara terpisah atau tersendiri.
Justeru, dapat disimpulkan bahasa pencapaian terhadap sesuatu tidak akan berlaku sekiranya salah satu daripada kedua-dua ilmu sahaja digunakan sebaliknya haruslah menggunakan kedua-dua disiplin ilmu tersebut walaupun setiap satunya maampu berdiri dengan sendiri.
Penulisan daripada buku Pengajian Melayu 1, 1997:75, menghuraikan pendapat yang dikemukakan oleh ahli-ahli psikolinguistik seperti C.F. Miller (1964), Slobin (1974) dan Slama-Cazaku (1973) menyatakan bahawa psikolinguistik sebagai satu ilmu yang cuba menghuraikan proses-proses psikologi yang terjadi apabila seseorang
mengucapkan ayat-ayat dan memahami ayat-ayat yang didengarnya pada waktu berkomunikasi dan bagaimana kebolehan itu diperoleh manusia.
Berdasarkan kepada pendapat yang dikemukakan oleh tokoh tersebut, satu kajian berkaitan kebolehan seseorang manusia yang berlaku apabila seorang penutur itu bertutur dan mendengar serta memahami pertuturan itu. Selain itu, Garnham (1985) berpendapat bahawa: psikolinguistik adalah kajian tentang mekanisme-mekanisme mental yang membolehkan manusia menggunakan bahasa. Disiplin ini merupakan disiplin saintifik yang matlamatnya untuk mencapai satu teori yang koheren tentang cara bahasa dihasilkan dan difahami.
17
Oleh itu, dapat disimpulkan di sini bahawa Garnham cuba mencari penyelesaian bagaimana mekanisme mental manusia berfungsi bagi membolehkan individu itu menggunakan bahasa dan pada masa yang sama menterjemahkan dan memahami bahasa yang dituturkan.
Bidang psikolinguistik telah meluasi implikasi-implikasi psikologi terhadap bidang lain, daripada fonetik akustik hingga ke bidang patologi dan lain-lain. Sebagai perkembangan terakhir kepada transformasi-generatif, kajian tentang cara-cara penguasaan bahasa oleh kanak-kanak adalah antara bidang dan minat yang terpenting dalam disiplin ini. Disebabkan skop tumpuan psikolinguistik adalah terhadap pemerolehan bahasa di samping pembelajaran dan pengajaran bahasa, masalahmasalah dalam pengajaran bahasa telah banyak dicuba untuk diselesaikan melalui kajian-kajian psikolinguistik. Secara tidak langsung, sumbangan psikolinguistik dalam pengajaran bahasa tidak sepatutnya dinilai berdasarkan teori-teori pengajaran bahasa sahaja, malah dilakukan terhadap teori pembelajaran dan pemerolehan bahasa juga.
Kajian mengenai bagaimana manusia memperoleh bahasa terangkum dalam disiplin psikolinguistik. Berdasarkan kajian secara empirikal, terdapat dua teori utama yang mengutarakan bagaimana manusia memperoleh bahasa. Teori pertama menyatakan bahawa bahasa diperoleh manusia secara behaviouris atau mekanis sementara teori yang kedua pula dikenali sebagai teori kognitif atau mentalis. Selain itu, teoriinteraksional juga tidak kurang pentingnya serta mempengaruhi pendekatan pengajaran dan pembelajaran bahasa. Justeru, seseorang guru bahasa wajar mengetahui teori-teori dan proses pemerolehan dan pembelajaran bahasa agar dapat menyampaikan pengajaran secara berkesan.
Pemerolehan bahasa ditakrifkan sebagai pengusaan bahasa oleh seseorang tanpa disedari atau dipelajari secara langsung. Seseorang itu tidak mendapat pendidikan secara formal untuk mempelajari sesuatu bahasa tetapi menmperolehnya daripada bahasa yang diucapkan oleh ahli-ahli masyarakat di persekitarannya. Proses pemerolehan bahasa berlaku dengan aktifnya pada kanak-kanak dalam lingkungan
18
umur dua hingga enam tahun. Hasil penyelidikan mendapati bahawa pemerolehan bahasa yang paling kritikal di kalangan kanak-kanak adalah adalah antara umur satu hingga lima tahun (Awang Mohamad Amin, 1979). Seandainya jangka masa ini terlangkau, perkembangan bahasa kanak-kanak akan terhalang. Ahli-ahli psikolinguistik bersependapat bahawa kanak-kanak akan mengalami kesukaran untuk menguasai bahasa secara pemerolehan sesudah umur 13 tahun.Sebaliknya, kanak-kanak akan lebih cenderung menguasai bahasa melalui proses pembelajaran yang berat. Mutu bahasa yang diperoleh oleh kanak-kanak pada masa itu bergantung kepada bahasa yang mula-mula didedahkan kepadanya. Namun, ini tidak bermakna orang dewasa tidak memperoleh bahasa, tetapi pada kadar yang lebih perlahan berbanding dengan kanak-kanak (Krashen dan Terrell, 1983).
Pemerolehan bahasa pertama berlaku sejak manusia lahir lagi berbanding pemerolehan bahasa kedua yang berlaku melalui pembelajaran sesuatu bahasa. Bahasa pertama adalah bahasa kandung atau bahasa ibunda seseorang itu yang mulamula didengar, ditutur dan dikuasai oleh kanak-kanak.. Misalnya seseorang yang lahir dalam sebuah keluarga yang berbangsa Melayu akan memperoleh bahasa pertamanya iaitu Bahasa Melayu dan berlaku secara tidak sedar serta melibatkan pendedahan terhadap input linguistik dalam persekitaran alamiah. Proses penguasaan bahasa pertama terbahagi kepada peringkat fonologi iaitu pengeluaran bunyi dan
membiasakan diri dengan bunyi-bunyi bahasa yang didengar. Sementara peringkat morfologi pula menggabungkan unit-unit bunyi agar menjadikan bunyi yang lebih bermakna dan peringkat sintaksis pula menggabungkan morfem-morfem menjadi frasa dan ayat yang bermakna. Bahasa Kedua didefinisikan sebagai bahasa yang kedua yang dipelajari oleh seseorang itu di samping bahasa kandung yang dia peroleh dan dipelajari untuk tujuantujuan tertentu serta berlaku secara formal berbanding pemerolehan bahasa pertama yang berlaku secara tidak formal. Brooks (1964), menyatakan bahawa:
19
Setiap orang yang bertutur telah menguasai bahasa ibundanya melalui ajukan dan analogi tanpa sebarang pertolongan daripada analisa, maka adalah wajar sebahagian daripada kebolehan ini akan menolongnya dalam mempelajari bahasa asing. (Pedagogi untuk Asas Pendidikan, 2003: 115) Oleh itu, adalah wajar bagi seseorang untuk memahami bahasa baru yang dipelajarinya misalnya seseorang yang dilahirkan dan dibesarkan dengan Bahasa Melayu, Bahasa Melayu yang diperoleh itu adalah secara semulajadi dengan membuat ajukan dan analogi tanpa pertolongan daripada analisa. Justeru, keadaan yang sama juga boleh diaplikasikan ketika mempelajari baharu baharu sebagaimana cara yang telah digunakan semasa mempelajari bahasa ibundanya. Latih tubi menggalakkan kebolehan ini berfungsi. Sementara Chomsky pula mengatakan Mempelajari bahasa adalah satu proses menguasai dengan cara sedar akan pola-pola fonologi, sintaksis dan leksikal satu-satu bahasa itu. Teori ini menekankan kepentingan pemahaman murid akan struktur-struktur bahasa asing. Kekangan yang sering berlaku kepada bahasa kedua adalah kekurangan masa untuk mempelajari bahasa tersebut serta bahasa tersebut tidak dapat dipraktikkan dengan sepenuhnya. Pada masa yang sama, pembelajaran bahasa kedua ini adalah terhad kepada tujuan-tujuan yang tertentu sahaja dan keinginan belajar bahasa kedua tidak kuat walau sedar bahasa itu berguna. Sebagaimana yang telah diterangkan, guru yang berkesan adalah guru yang mempunyai pengetahuan tentang bagaimana proses pemerolehan atau pembelajaran bahasa berlaku. Pendapat yang bertentangan tentang pemerolehan bahasa timbul daripada dua teori yang utama iaitu teori behaviouris atau mekanis dan teori kognitif atau mentalis. Di samping itu, teori interaksional dan teori fungsional juga mempengaruhi dalam proses pemerolehan bahasa.
20
21
Teori behavioris bersandarkan kepada perubahan tingkah laku (Learning Leads To A Change In Behaviour), iaitu pembelajaran menghasilkan perubahan tingkah laku. Dengan melakukan sesuatu secara berulang-ulang maka tingkah laku itu akan dikuasai secara automatik. Pavlov (18491936) yang menjalankan eksperimen menggunakan anjing, makanan dan loceng membuktikan bahawa apabila loceng dibunyikan, secara automatik anjing akan mengeluarkan air liur kerana makanan akan disajikan. Thorndike (18741949) pula mengemukakan Teori S-R atau Stimulus-Response Theory (Teori Pelaziman Operan), yang mana rangsangan terlazim menghasilkan respons terlazim. Misalnya, kucing yang lapar "belajar" membuka sangkarnya (respons terlazim) untuk mendapatkan makanan yang dihidang di luar sangkar (stimulus terlazim). Thorndike percaya bahawa hubungan neural terbentuk antara stimulus dengan respons apabila respons adalah positif, dan pembelajaran berlaku apabila hubungan itu membentuk corak tingkah laku yang dikehendaki. Lanjutan daripada itu, Skinner (19041990) mengemukakan teori Contiguity of Feedback/
Reinforcement, iaitu tingkah laku boleh dibentuk dengan memberi peneguhan secara positif atau negatif. Misalnya, pelajar diberi ganjaran/pujian (peneguhan positif) apabila berjaya melakukan sesuatu seperti menghabiskan kerja rumah atau sebaliknya dihukum (peneguhan negatif) kerana tidak menyiapkan kerja rumah. Teori ini tidak dapat menerangkan tentang proses pembelajaran dan proses pemikiran, ia hanya dapat menerangkan pembentukan tingkah laku melalui proses rote-learning. Berdasarkan teori ini terdapat satu pendekatan yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa iaitu melalui pendekatan induktif. Pendekatan induktif ialah memulakan sesuatu pengajaran itu dengan memberikan contoh-contoh terlebih dahulu dan kemudian baharulah diterangkan.
22
Teori ini dipelopori oleh Noam Chomsky dan teori mentalis turut disokong oleh ahli-ahli psikologi yang lain, iaitu Jean Piaget, Robert Glazer, John Anderson, David Ausubel, Bruner Gagne. Fahaman ini menekankan kepentingan keupayaan berfikir secara memproses dan menilai data tindakan dapat dilakukan. Menurut mereka, manusia adalah haiwan, tapi bersifat lebih rasional dan aktif dalam menyelesaikan masalah. Sistem pengolahan informasi dapat dikawal dengan baik oleh fikiran dan pengetahuan yang sentiasa berada dalam keadaan sedar. Teori mentalisme menganggap pemerolehan bahasa merupakan satu proses mental. Menurut golongan ini lagi, seseorang itu mempunyai kecekapan (competence), iaitu rumus-rumus yang ada dalam stok mental, dan prestasi (performance) yang merupakan aspek penggunaan bahasa oleh penutur berdasarkan kecekapan. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, aspek pemikiran, pengetahuan dan makna diberikan penekanan. Dalam bidang linguistik aliran kod-kognitif tidak ada mencadangkan sebarang kaedah atau prinsip pengajaran bahasa yang tertentu. Walau bagaimanapun kita boleh membuat andaian beberapa prinsip pembelajaran yang dapat diwujudkan melalui pendapat dan pandangan mereka terhadap pemerolehan bahasa. Prinsip-prinsip itu adalah seperti berikut: Pertama, pembelajaran bahasa merupakan satu proses mental. Melalui proses ini, pembelajaran bahasa dianggap sebagai satu proses pemikiran dan pemikiran ini dilahirkan melalui pertuturan.
Kedua, semua kanak-kanak dapat mempelajari bahasa kerana mereka telah dilahirkan dengan kebolehan semula jadi untuk berbuat demikian. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa guru harus menyedari bahawa kebolehan semula jadi untuk berbahasa yang ada pada kanak-kanak itu membolehkan mereka menganalisis pertuturan yang mereka dengar. Guru perlu menggunakan pengetahuan bahasa murid-
23
murid dalam masa merancang dan menentukan bahan-bahan pengajaran yang akan diajar nanti. Ketiga, kadar perkembangan bahasa adalah sama bagi kanak-kanak pada peringkat kematangan yang sama dalam keadaan yang normal. Prinsip ini mempercayai bahawa kematangan yang sama di kalangan kanak-kanak akan mempunyai ciri-ciri pembelajaran bahasa yang sama. Justeru, guru hendaklah berhatihati membuat pemilihan terhadap bahan-bahan yang hendak disampaikan. Keempat, penyampaian makna lebih diutamakan daripada struktur bahasa dalam sesuatu huraian bahasa. Prinsip ini menekankan kebolehan untuk menggunakan struktur-struktur bahasa yang betul dari segi tatabahasa dan makna bagi membolehkan kanak-kanak itu berkomunikasi dalam masyarakat bahasa itu. Guru harus
menggunakan aktiviti-aktiviti bahasa yang bermakna dan berkesan untuk membolehkan kanak-kanak menguasai struktur-struktur bahasa yang terdapat di dalam sistem bahasanya dengan baik.
Seterusnya kelima, tulisan dan bacaan adalah diutamakan dalam proses pembelajaran. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, kajian-kajian bahasa biasanya dilakukan berasaskan bahasa tulisan. Latihan-latihan tulisan yang diberi termasuklah latihan terjemahan bahan daripada bahasa sasaran ke bahasa ibunda atau sebaliknya. Manakala keenam adalah kajian-kajian bahasa disampaikan secara deduktif dan tatabahasa disampaikan secara formal. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, Kajian-kajian bahasa dihuraikan melalui pendekatan deduktif. Ini bermakna,
penyampaian pelajaran itu dimulakan dengan pengajaran terus mengenai rumus-rumus dan konsep-konsep tatabahasa dan kemudian baharulah diberi contoh-contoh. Dalam hal mengajarkan tatabahasa kepada pelajar-pelajar biasanya dilakukan secara formal.
Teori kognitif memfokus kepada proses di sebalik tingkah laku yang ditunjukkan. Perubahan tingkah laku yang diperhati dijadikan sebagai petunjuk kepada apa yang mungkin berlaku dalam minda pelajar. Teori ini menerangkan pembelajaran sebagai proses yang melibatkan pemerolehan dan penyusunan semula struktur kognitif kepada bentuk yang bermakna dan mudah diingat oleh pelajar. Bermula dengan teori perkembangan kognitif Piaget (1926 dalam Good & Brophy, 1990) teori ini menerangkan bahawa skema (the internal knowledge structure) berkembang apabila kanak-kanak berinteraksi dengan persekitarannya dan skema itu sentiasa berkembang dan berubah kerana menyerap dan menyimpan maklumat baru. Gagne (1985) pula menerangkan terdapat tiga peringkat pemprosesan maklumat, iaitu daftar deria (sensory register) dalam ingatan aktif (working memory, WM), ingatan jangka pendek (short-term memory, STM) dan ingatan jangka panjang (long-term memory, LTM). Maklumat baru yang dipelajari akan didaftarkan dalam WM dan jika diperlukan buat sementara waktu, ia akan disimpan dalam STM. Selepas digunakan beberapa kali, maklumat ini menjadi kekal dan disimpan dalam LTM untuk tempoh masa yang lama. Apabila maklumat ini perlu diingat kembali, ia akan diaktifkan semula dan dibawa ke WM untuk digunakan. Menurut Gagne, maklumat dalam minda sentiasa diproses dan diadaptasikan apabila maklumat baru diterima dan proses ini dinamakan proses pembelajaran. Ausubel (1978) menyokong teori pembelajaran ini melalui kajiannya yang mendapati bahawa jika pembelajaran itu memberi kesan kepada pelajar, maka ia akan lebih mudah dipelajari, diingat dan dihubungkaitkan dengan skema sedia ada, serta lebih kekal dalam ingatan. Bidang kajian ini dinamakan Sains Kognitif.
25
halliday, perkembangan bahasa melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa, seterusnya melalui interaksi terhasillah ayat penyata dan ayat perintah. Apa yang dapat dilihat melalui teori ini, manusia dapat bertindak balas secara peka terhadap pengalaman. Dengan ini, mereka dapat memperkembangkan
kepercayaan mereka terhadap dunia sekeliling. Perkara ini juga menunjukkan kanakkanak yang dilahirkan adalah bergantung sepenuhnya kepada orang lain. Dalam aspek pengajaran pula, aliran ini berpendapat sekolah ialah satu kumpulan sosial dan pelajar harus mengembangkan kapasiti sosial mereka ke tahap yang paling maksima. Pelajar dapat belajar dalam situasi dan konteks sosial yang sebenar, yang sudah pasti member peluang mereka berinteraksi, meningkatkan kemahiran berkomunikasi, bekerjasama, bertanggungjawab dan penuh keyakinan diri. Selain itu, perilaku manusia tidak ditentukan oleh kuasa dalaman dan mereka bebas untuk membuat pilihan. Pengaruh persekitaran tidak berupaya untuk
mempengaruhi mereka. Apa yang ditekankan, manusia saling memerlukan pengaruh antara satu sama lain. Dalam konteks pembelajaran antara guru dan pelajar pula, teori ini menyarankan supaya guru memberi banyak latihan kepada pelajar-pelajar. prinsip-prinsip yang dicetuskan daripada pandangan ahli-ahli bahasa Interaksionalisme adalah seperti berikut: Pertama, penyampaian makna adalah lebih diutamakan dalam komunikasi bahasa. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, sama ada pembelajaran bahasa pertama dan kedua, penyampaian makna adalah penting. Pembelajaran bahasa bukan hanya mempelajari struktur itu tetapi apa yang lebih penting ialah belajar untuk interaksi. Kedua, pembelajaran bahasa merupakan proses mental dan linguistik. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, bahasa yang dituturkan dan makna yang dimaksudkan adalah berhubung rapat. Interaksionalis mementingkan kedua-dua unsur iaitu makna dan struktur bahasa.
26
Dan ketiga, pengajaran dan pembelajaran bahasa memerlukan penumpuan terhadap tugas-tugas atau aktiviti-aktiviti yang bermakna. Jika guru itu dapat menyampaikan pengajaran dalam bentuk aktiviti-aktiviti yang bermakna maka muridmurid berkemampuan untuk menggunakan bahasa itu dengan lancar dan fasih.
membolehkan pelatih atau pelajar menguasai, melatih atau memurnikan kemahiran pengajaran dalam situasi yang dikurangkan dari segi kesukarannya. Maka dalam
pengajaran set induksi, menjalankan aktiviti berkumpulan atau mencuba menerapkan pelbagai teknik-teknik pengajaran di dalam pengajaran mikro mereka. Pelbagai teori juga boleh diterapkan melalui pengajaran ini. Mikro bermaksud kecil atau halus. Pengajaran mikro bermaksud pengajaran yang memberikan fokus atau tumpuan kepada bahagian-bahagian kecil tertentu yang apabila digabungkan kesemuanya, akan menjadi satu pengajaran yang lengkap. Pengajaran mikro bermaksud latihan pengajaran amali yang dipermudahkan dari aspek skop dan organisasinya. Istilah mikro bermaksud sesuatu yang kecil dan apabila dikaitkan dengan pengajaran ini bermaksud aspek utama iaitu saiz kelas, masa dan kemahiran mengajar dijadikan "kecil" dalam serba serbi.
28
kesukarannya.Maka dalam melaksanakan pengajaran mikro,bilangan pelajar dan peruntukan masa dikurangkan.
29
30
memahami konsep pengajaran Makro, kita perlu memahami konsep pengajaran Mikro terlebih dahulu. Ini kerana, pengajaran Makro berkait rapat dengan pengajaran Mikro. Sebelum melaksanakan sesi pengajaran makro, guru pelatih perlu merancang dan menyediakan persediaan mengajar yang lengkap dan baik. Perancangan yang lengkap menghasilkan pengajaran yang berkesan.
Strategi Pengajaran Dalam pengajaran mikro, guru perlu mempelbagaikan teknik dan strategi pengajaran supaya sesi pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan menarik. Jangkamasa Pengajaran Jangkamasa yang ditentukan dalam pengajaran makro adalah berdasarkan kepada jadual waktu kelas yang memakan masa selama antara 35 hingga 45 minit satu masa.
31
Ekoran itu, guru perlu bijak merancang pengajaran dan pembelajaran dengan peruntukan masa yang ditetapkan. Bahan Pelajaran Dalam pengajaran makro, guru perlu menyampaikan keseluruhan isi pengajaran yang telah dirancang dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Oleh itu, guru perlu menguasai sepenuhnya bahan yang hendak disampaikan dan tumpuan guru ketika menyampaikan adalah menyeluruh. Perbincangan Dan Refleksi Penilaian kendiri perlu dibuat selepas guru selesai melaksanakan pengajaran sebagai refleksi atau muhasabah berkaitan pengajaran guru. Kekurangan dan kelemahan di dalam pengajaran perlu diperbaiki dalam pelajaran akan datang. Antara perkara yang perlu dibuat refleksi ialah objektif, disiplin kelas dan penglibatan murid disamping keazaman guru untuk memperbaiki pengajarannya.
pengajaran. Kemahiran tersebut akan lebih terserlah apabila guru berkenaan mengajar
32
Mengenal Pasti Potensi Guru Setiap guru mempunyai potensi sendiri. Potensi diri seperti memiliki suara yang jelas dan lantang, berkebolehan menyanyi, berlakon dan sebagainya. Potensi diri guru penting sebagai medium dalam sesi pengajaran & pembelajaran dengan sebaik mungkin. Mengenal Pasti Kelemahan Guru Dengan pengajaran mikro kelemahan pengajaran seorang guru mudah dikenal pasti dan diperbaiki. Hasil perbincangan dan pandangan rakan sekursus dan pensyarah , guru berkenaan boleh mengenal pasti kelemahan dan memperbaikinya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran seterusnya . Mewujudkan Semangat Kekitaan Dan Bekerjasama Dalam sesi pengajaran mikro, setiap guru pelatih akan berkerjasama untuk menjayakan sesi tersebut. Semua individu akan memainkan peranan masing-masing sama ada sebagai guru atau pelajar . Secara tidak langsung perasaan malu dan takut akan hilang kerana ia tidak melibatkan pihak lain.
33
Pengajaran makro dipraktikkan oleh guru pelatih dengan diperhatikan oleh rakan pelatih yang lain. Pengajaran makro berdasarkan masa pengajaran sebenar seperti yang ditetapkan, sama ada menggunakan masa 30 minit atau 40 minit. Ianya bertujuan membiasakan guru pelatih melaksanakan pelbagai kemahiran dalam satu sesi pengajaran, disamping mereka dapat memperbaiki kelemahan sebelum mereka menghadapi situasi pengajaran sebenar di bilik darjah di sekolah.
34
Untuk memahami dengan lebih mendalam lagi mengenai pengajaran makro ini, marilah kita mengimbau situasi pengajarannya. Situasi ini penting kepada kita sebagai guru untuk bersiap sedia dalam pengajaran sekolah rendah, terutamanya tahap satu. Dalam menjadikan pengajaran makro sebagai medium pengajaran yang berkesan,
pemahaman tentang hal ini perlulah dititik beratkan. Pertamanya, kelas yang digunakan untuk pengajaran makro mestilah kelas besar yang terdiri daripada lingkungan 30 hingga 40 orang murid. Pengajaran makro tidaklah dikatakan makro sekiranya kelas terdiri daripada sebilangan kecil orang murid. Bilangan yang besar ini perlulah dilakukan dengan murid yang sebenar, dan guru pelatih yang mengendalikan kelas ini dikatakan mengajar sepenuh masa, mengikut panduan yang dirancang terlebih dahulu menggunakan Rancangan Pengajaran Harian makro (RPH). Selain itu, guru pelatih perlu memberi tumpuan serta fokus kepada pelbagai kemahiran mengajar, iaitu dengan mempraktikkan segala kemahiran-kemahiran pengajaran yang telah dikuasai di IPG untuk membentuk jati diri murid-murid ke arah insan yang seimbang dalam segenap aspek. Situasi pengajaran yang dilakukan haruslah berdasarkan situasi sebenar dan kalau perlu direkodkan. Perkara ini penting dalam melahirkan guru pelatih yang cemerlang dan dihormati oleh murid, bukan sahaja itu, bahkan guru dijadikan role model dan ikutan sebagai pemimpin yang berjaya.
pula yang menyaksikan pengajaran tersebut secara langsung atau melalui rakaman boleh menjadikan panduan semasa giliran mereka mengajar. Hasil daripada komen pensyarah atau rakan-rakan sekelas akan membantu guru tersebut memperbaiki kelemahan yang dilakukannya.Komponen-komponen dalam pengajaran makro pula telah memberi panduan yang terperinci dalam menyediakan guru pelatih mengajar sebelum menjalani sistuasi sebenar semasa praktikum.
36
Ee Ah Meng (1987) menyatakan set induksi ialah kemahiran yang berkaitan dengan cara untuk menyediakan pelajar anda bagi mengikuti sesi pengajaran iaitu orientasi prapengajaran. Mok Song Sang (2001) menyatakan set induksi merupakan bahagian permulaan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran dimana tujuan utama
mengadakannya ialah untuk membina aliran fikiran serta menimbulkan minat muridmurid supaya mereka dapat memusatkan perhatian terhadap isi pelajaran yang hendak disampaikan. Berdasarkan kepada ketiga-tiga definisi di atas, dapatlah disimpulkan bahawa set induksi ialah satu cara memulakan pengajaran dimana kemahiran memulakan pengajaran amat penting kerana di sini guru meyampaikan ideanya kepada pelajar dan menanamkan ke dalam fikiran pelajar bahan-bahan pengajaran yang hendak disampaikannya.Sementara itu, guru juga perlu menumbulkan minat dan
menggerakkan para pelajar supaya mereka sedia belajar dan memikirkan pengetahuan serta kemahiran yang dipersembahkan oleh guru mereka.
ketegangan,menunjukkan sesuatu yang menghairankanm mengadakan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan atau berusaha menimbulkan rasa ingin tahu murid-murid. Mewujudkan Motivasi Sebelum mengajar,guru perlu memastikan murid-murid dalam keadaan yang sedia dan bermotivasi untuk belajar.Apabila pelajar memberi perhatian,barulah pelajaran
37
Perkaitan Kognitif Guru yang membuat perkaitan antara pelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada murid akan dapat menyampaikan pengajarannya dengan lebih berkesan.Misalnya,guru yang mengajar ciri-ciri segitiga sama kaki boleh membincangkan ciri-ciri umum sesebuah segitiga terlebih dahulu. Menstruktur Dalam proses menstruktur, guru memberitahu tugas yang akan dijalankan atau caracara menjalankan tugas itu.Contohnya,Kita akan cuba menamakan lima bahagian Bunga Raya ini setelah melihat bahagian-bahagian itu dengan teliti.
38
1. Meningkatkan motivasi murid untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran didalam kelas. 2. Mereka ingin belajar dengan lebih tekun lagi 3. Perhatian murid-murid terhadap pelajaran lebih baik.Ini memudahkan pembentukan konsep. 4. Murid-murid akan berusaha kearah jangkaan prestasi yang ditetapkan dan diumumkan oleh guru. 5. Pembelajaran lebih bermakna dan menyeronokkan kerana perkaitan dibuat antara pelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada murid-murid. 6. Naluri ingin tahu murid dapat dipenuhi. 7. Corak interaksi antara guru dan murid akan berubah-ubah.Ini akan mewujudkan suasana pengajaran-pembelajaran yang lebih menggalakkan.
39
Khususnya, guru menggunakan teknik menyoal untuk memastikan sama ada mereka memahami pelajaran baru. Selain itu, menyoal juga mempunyai nilai sosial kemasyarakatan dengan
menyoal dapat membantu pelajar mengukuhkan hubungan dan menyatukan kumpulan melalui interaksi dari hati ke hati. Walaubagaimanapun, guru harus memberi perhatian terhadap teknik menyoal kerana kekerapan memberikan soalan boleh menjadi alat dan jalan untuk menghasilkan pengajaran yang baik.
41
Guru dapat merangsang dan mencungkil fikiran pelajar semasa sesi soal jawab dengan menggunakan teknik soalan kemahiran berfikir kreatif dan kritis terutamanya ketika mengajar tajuk baru. Pada masa yang sama, guru boleh menimbulkan minat dan rasa ingin tahu pelajar semasa sesi soal jawab dijalankan. b) Menilai Pemahaman Pelajar
Guru dapat mengukur tahap kefahaman pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. Sesi soal jawab merupakan satu latihan sebelum menghadapi ujian atau peperiksaan.
c)
Membimbing Pelajar
Pelajar biasanya sering menunjukkan kelemahan dalam memberikan jawapan. Dalam kaedaan ini guru hendaklah tidak terus menyalahkan jawapan pelajar. Sebaliknya, guru wajar menggunakan teknik soalan yang memberikan panduan ke arah jawapan yang dikehendaki sehingga pelajar menyedari kesilapan mereka dan cuba membetulkan kesalahan itu. d) Merentas Pembelajaran
Proses pembelajaran pelajar harus berlaku secara aktif sepanjang masa. Bentuk soalan boleh juga menggunakan konsep yang diperoleh dalam sesuatu mata pelajaran kepada situasi yang lain. e) Menggalakkan Mutu Pemikiran Yang Tinggi
Soalan yang dibuat mestilah mempunyai unsur penganalisisan, penggabungan atau sintesis dan penilaian.
42
f)
Guru dapat mengenal pasti tingkah laku pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran sedang berlaku. Jika guru ternampak pelajarnya sedang berkhayal atau leka, teknik soalan boleh digunakan untuk mengembalikan semula perhatiannya tanpa memarahi dan mengherdik pelajar terbabit. g) Mengeratkan Interaksi
Tujuan menyoal juga dapat mengeratkan interaksi antara guru dengan murid dan sesama murid. Interaksi guru-murid, murid-guru dan murid sesama murid penting kerana dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih baik dan harmoni
43
RAJAH : ARAS ARAS PENYOALAN a) PENGETAHUAN Soalan-soalan diperingkat ini bertujuan menguji kebolehan calon mengingat kembali fakta asas, istilah, erti, hukum, definisi, tarikh, tempat dan nama-nama yang telah dipelajari. Perkataan yang biasa digunakan ialah namakan, nyatakan, berikan, terangkan, siapa, apa, mana, bila dan senaraikan.
44
Contoh soalan: a) Tuliskan simbol hasil tambah? b) Tuliskan simbol hasil tolak?
b) KEFAHAMAN Soalan-soalan diperingkat telah dipelajari. Perkataan-perkataan yang biasa digunakan ialah terangkan, tuliskan, mengapa, huraikan dan lain-lain. Contoh soalan: a) mengapa hasil tambah akan menjadikan jumlah semakin bertambah atau berkurang? b) mengapa hasil tolak akan menjadikan jumlah semakin bertambah atau berkurang? ini bertujuan menguji kebolehan calon memahami,
menterjemah dan menginterpretasikan fakta asas, konsep, prinsip atau bahan yang
c) APLIKASI Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji kebolehan calon menggunakan fakta asas, konsep, prinsip dan kemahiran yang dipelajari untuk menyelesaikan masalah.
45
Perkataan-perkataan yang biasa digunakan ialah bagaimana, selesaikan, carikan, kirakan, gunakan, huraikan dan lain-lain. Contoh soalan: a) Bagaimanakah untuk menukarkan air yang berwarna putih menjadi merah? b) Selesaikan hasil tambah 2 biji guli yang sedia ada dengan 3 biji guli yang diberikan oleh bapa?
d) ANALISIS Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji kebolehan calon membuat perbandingan dan menghuraikan faktor-faktor perbezaan, kesamaan dan hubungkait antara satu sama lain. Perkataan yang biasa digunakan ialah bandingkan, bezakan, Analisis, cerkinkan, asingkan, bahagikan dan sebagainya. Contoh soalan : a) Bandingkan dari segi saiz kaki gajah dengan kaki tikus? b) Bezakan daun dengan bunga? e) SINTESIS Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji kebolehan calon menggabungkan, mengintegrasikan atau mencantumkan idea-idea serta mentafsir dan merumuskan hasil yang dianalisis melalui prinsip induksi atau deduksi. Perkataan yang biasa digunakan ialah rumuskan, membuat keputusan, membuat kesimpulan, bentukkan ciptakan, rekakan, gubahkan, integrasikan, gabungkan dan lainlain.
46
Contoh soalan: a) Bincangkan warna-warna yang boleh digunakan untuk menghasilkan warna kuning. b) Bentukkan bentuk rumah dengan menggunakan blok-blok yang diberikan.
f) PENILAIAN Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji kebolehan calon membuktikan, mengesahkan, memberi pendapat atau hujah, mengkritik, memberi komen dan menilai sesuatu pernyataan, ciptaan, karya, perinsip, teori dan lain-lain. Perkataan yang biasa digunakan seperti beri kritikan, buktikan, nilaikan, berikan komen dan sebagainya. Contoh soalan : a) pendapat awak tentang apa yang dilakonkan oleh guru tadi? b) Beri pendapat awak tentang pakaian yang dipakai oleh guru pada hari ini?
murid
tertentu
dan
kemudiaan
mengemukakan soalan. Untuk menggalakkan setiap pelajar memikirkan jawapan, guru haruslah mengemukakan soalan terlebih dahulu, berhenti sekejap untuk memberi masa mereka berfikir, kemudian menyebut namanya supaya menjawab. Tujukan soalan kepada seluruh kelas dan bukan kepada pelajar cerdas sahaja. Jika hal ini berlaku, pelajar yang kurang cerdas akan sentiasa merendah diri. Elakkan memberi soalan mengikut susunan tempat duduk pelajar dalam kelas. Untuk memastikan semua pelajar mengambil perhatian terhadap jawapan yang diberi oleh seorang pelajar , guru boleh memanggil seorang pelajar lain Selain itu, kita sebagai guru perlu mengulang jawapan pelajar itu. Tindakan ini akan menunjukkan bahawa kita sememangnya menghargai kesungguhan murid tersebut untuk menjawab soalan yang kita ajukan. Untuk menarik perhatian pelajar, guru hanya menyebut soalan sekali sahaja dengan syarat sebutan guru cukup lantang dan jelas didengar oleh semua pelajar. Pastikan juga semua pelajar telah bersedia mendengar soalan guru
48
Selain itu, jika pelajar tidak boleh menjawab, guru boleh mengubah aras soalan ke peringkat yang lebih rendah atau memberi petua-petua yang berkaitan. Guru hendaklah melarang pelajar memberi jawapan secara beramai-ramai. Memberi jawapan secara beramai-ramai bukanlah tujuan menyoal. Akhir sekali, elakkan diri daripada mengejek pelajar yang memberi jawapan salah atau jawapan bersifat bodoh. Hal ini untuk mendorong pelajar supaya sentiasa berusaha dan cuba menjawab soalan guru, serta menghindarkan murid daripada mempunyai sifat rendah diri.
49
Dalam peringkat perancangan ini, guru juga boleh menggunakan kapur tulis untuk menulis isi penting pada papan tulis supaya pelajar boleh memahami dan merekodkannya dalam buku nota mereka.
1. Guru hendaklah merancang aktiviti pengajaran dengan memilih cara dan bentuk penerangan yang sesuai. 2. Masa untuk menggunakan kemahiran menerang hendaklah singkat. Pelajarpelajar akan merasa bosan jika mereka disuruh duduk diam untuk mendengar penerangan guru dalam tempoh masa yang lama. 3. Untuk mengekalkan minat pelajar terhadap penerangan guru, kemahiran variasi rangsangan hendaklah digunakan, terutama bagi penerangan yang memerlukan masa yang melebihi satu minit. 4. Perkataan dan istilah yang digunakan untuk menerangkan hendaklah berdasarkan kebolehan dan pengalaman pelajar. 5. Penerangan haruslah berdasarkan pengetahuan pelajar yang lepas supaya mereka dapat mengikutinya dengan mudah dan bermakna. 6. Alat bantu mengajar yang digunakan untuk membantu guru menerangkan sesuatu isi pelajaran hendaklah sesuai serta diuruskan dengan teknik yang berkesan. 7. Selepas aktiviti perancangan, guru hendaklah menggalakkan pelajar bertanya mana- mana perkara yang mereka kurang faham.
50
8. Contoh-contoh,
ilustrasi
yang
digunakan
untuk
menerangkan
hendaklah
setiap subjek sukar pasti akan difahami. Hal ini kerana kita sebagai seorang guru perlu meletakkan keutamaan kepada kefahaman murid-murid terlebih dahulu. Akhir sekali, ialah menjelaskan sebab- sebab berlakunya sesuatu peristiwa atau meramalkan kemungkinan berlakunya peristiwa tertentu. Perkara akan datang tidak akan diketahui oleh kita, tetapi kita boleh menyiapkan diri kita sebagai langkah berjaga-jaga tentang peristiwa yang akan berlaku pada hari mendatang. Sudah semestinya merupakan tugas kita sebagai seorang guru, menyediakan murid-murid ke arah itu.
4.2.8.4
Kemahiran penggunaan papan tulis ialah kecekapan guru merancang penggunaan ruang papan tulis dan menyusun tulisan, nota dan gambarajah di ruang papan tulis yang paling berkesan. Kemahiran ini dapat membantu murid-murid membaca catatan guru dan memahami tulisan guru semasa penerangan guru.
52
Dengan kemahiran ini juga, penyampaian ilmu menjadi lebih berkesan dan merupakan langkah yang digunakan untuk menyampaikan maklumat kepada para pelajar agar menjadi insan yang cemerlang kelak.
53
pengajaran sekolah rendah sahaja. Namun pengisian yang di masukkan menggunakan papan tulis juga merupakan satu aktiviti pembelajaran.
54
- Kedudukan tulisan dapat dilihat oleh seluruh kelas khususnya murid-murid belakang kelas. - Nota-nota hendaklah dirancang dengan sistematik dan kemas. Penonjolan dan penekanan - guna lorekkan, kapur warna dan bentuk lakar yang menarik murid. - Fakta penting perlu diketengahkan supaya jelas kepentingannya. Teknik persembahan - Boleh membentuk konsep dengan jelas dan mudah difahami. - Dapat memudahkan kefahaman konsep dan idea. - Dapat melibatkan murid-murid dalam aktiviti kelas. - Menggunakan papan tulis dalam masa-masa tertentu.
55
- guru memasuki kumpulan dan duduk berbual dengan murid Dampingan guru - mendampingi murid dan bertanya khabar - berdiri sebelah murid dan beri nasihat kepada rakn lain - duduk disisi murid atau kumpulannya. Lisan negatif - Mengeluarkan kata-kata yang negative seperti buruk, bukan, salah dan lainlain.
6. Memberitahu berita semasa yang ada kaitan dengan pengajaran 7. Memberi motivasi kepada murid-murid untuk terus belajar.
Selain itu, pengulangan fakta-fakta penting dalam pembelajaran perlu dilakukan bagi menghindarkan murid lupa akan apa yang perlu dilaksanakan. Dengan kata lain, guru mestilah membuat penilaian atas apa yang diajar di samping melakukan aktiviti pengukuhan. Penutupan Pengajaran Yang Berkaitan Dengan Sosial Dari segi sosial, guru perlumenimbulkan perasaan kejayaan dan pencapaian. Mewujudkan perasaan ingin tahu murid-murid dan member motivasi kepada mereka. Hal ini penting bagi menjamin perasaan minat mereka dalam pnp. Seterusnya, tugas guru dalam penutup ialah mengaitkan kefahaman ini dengan pelajaran akan datang.
59
Rajah diatas menunjukkan strategi pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan oleh guru di dalam kelas
60
Strategi merupakan kebijaksanaan memilih pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran berdasarkan objektif pengajaran. Strategi lebih mengambil kira objektif jangka panjang dan mengambil kira segala aspek pembelajaran termasuk pemilihan bahan, masa dan sebagainya.
5.1.2
a.
Berpusatkan guru
Strategi paling lama diamalkan dalam proses PnP. Dengan adanya perkembangan sistem perkembangan kita, strategi ini kurang dipraktikkan. Strategi ini mementingkan guru memainkan peranan utama untuk menguasai dan mengawal proses PnP. Pelajar hanya bersifat pasif. Maka, hanya komunikasi sahala sahaja yang berlaku semasa proses ini. Strategi ini lebih kepada teknik hafalan daripada membuat interpretasi. Guru tidak mengambil kira ciri-ciri perbezaan pelajar dari segi kebolehan dan minat yang wujud. Kesannya, pelajar yang dihasilkan tidak kreatif dan tidak mempunyai inisiatif untuk meneroka ilmu-ilmu yang baru. Walau bagaimanapun, strategi ini lebih sesuai digunakan dalam teknik bercerita di mana guru perlu mengawal sepenuhnya jalan cerita.
b. Berpusatkan murid
Ciri-ciri utama KBSR dan KBSM adalah menjadikan pelajar sebagai pemain utama dalam proses PnP. Pelajar lebih digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap sesi pembelajaran. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator atau pemudahcara. Masa banyak diperuntukkan kepada pelajar untuk meneroka dan menyelesaikan masalah pembelajaran dengan bantuan guru. Komunikasi dua hala berlaku dalam proses ini.
61
Guru mengamalkan corak kepimipinan demokratik di mana pelajar bebas untuk bertanya dan memberikan pendapat mereka. Lebih diberi penekanan terhadap pencapaian objektif pembelajaran . Teknik perbincangan dijalankan lebih banyak untuk memupuk sifat kerjasama dan toleransi dalam kalangan pelajar yang mempunyai pelbagai corak kebolehan dan minat. Selain itu, guru berpeluang berinteraksi dengan pelajar dan boleh mengesan kelemahan mereka di peringkat awal lagi. Masalah tersebut dapat diatasi lebih awal lagi. Hasilnya, pelajar dapat berkembang mengikut kesediaan mereka. c. Berpusatkan bahan
Strategi ini lebih memberi penekanan kepada alat-alat bantu mengajar (ABM) yang digunakan bagi membantu pengajaran guru. Alat-alat bantu ini terbahagi kepada dua iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran. Bahan pengajaran ialah semua bahan yang digunakan oleh guru. Bahan pembelajaran ialah semua bahan yang disediakan oleh kegunaan pelajar. Bahan tersebut memudahkan guru untuk membantu pembelajaran pelajar menjadi lebih mudah. Bertujuan untuk membolehkan pelajar memahami isi pelajaran dengan lebih mudah dan berkesan. Perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah penggunaannta dapat meningkatkan minat dan kefahaman pelajar. Tidak semua sesi pengajaran memerlukan bahan. Penggunaan bahan yang berlebihan dalam satu-satu masa boleh
mengakibatkan masa terbuang dan isi pelajaran yang utama tidak dapat disampaikan. Oleh itu, guru hendaklah menguasai kemahiran menggunakan alat-alat yang ada terutamanya alat-alat teknologi. Selain itu, bahan pengajaran yang sistematik dapat membantu pelajar mengikuti pelajaran tanpa kehadiran guru. Peranan guru menjadi dominan apabila mengendalikan proses PnP. Pelajar hanya perlu memberi tindak balas terhadap soalan-soalan yang diberikan. Dapat memupuk sifat berdikari dalam kalangan pelajar kerana mereka perlu menghasilkan
62
projek atau ujikaji tanpa kehadiran guru. Dapat melatih diri menjadi satu pasukan yang saling bekerjasama bagi memastikan sesuatu projek dapat disiapkan dengan sempurna dalam masa yang ditetapkan d. Berpusatkan masalah
Dilaksanakan dengan penyeliaan guru. Boleh dilakukan secara kumpulan atau individu. Pelajar harus dapat mengatasi rintangan untuk mencapai matlamat. Memerlukan proses penakulan yang agat tinggi. Antara langkah yangperlu dipatuhi ialah kenal pasti masalah, mencari maklumat, membuat andaian(hipotesis), menguji hipotesis, menilai dan membuat rumusan. Semasa proses penyelesaian dilakukan pelajar boleh bertukar pendapat,bekerjasama, meningkatkan pemahaman dan ingatan Penglibatan pelajar adalah dituntut sepenuhnya .
5.2 KAEDAH
5.2.1 Definisi Kaedah
Kaedah merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik yang bertujuan untuk mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan. Kaedah adalah Lebih bercorak jangka pendek dan merupakan usaha keseluruhan yang terdiri daripada
prosedurtersusun dan adalah berdasarkan sesuatu pendekatan yang dipilih. Kaedah juga digunakan bagi mendokong pendekatan dipilih.
63
Kaedah Natural Kaedah ini berasaskan penggunaan bahasa dalam situasi komunikatif seperti yang berlaku dalam pedekatan - pendekatan tradisional. Kurang menekankan rujukan kepada analisis gramatikal, latih tubi gramatikal atau kepada teori tatabahasa tertentu. Menurut Krashen dan Terrell (1983 :9) menyebut pendekatan ini sebagai natural, psikologikal, fonetik, baharu, diperbaharui (reform), terus, analitik, tiruan (imitative) , dan sebagainya.Kaedah ini Melihat bahasa sebagai satu alat untuk menghubungkan makna dan mesej. Ini bermakna, penguasaan hanya akan berlaku apabila orang memahami mesej dalam bahasa sasaran. Penguasaan bahasa mirip kepada prinsip audiolingualis, iaitu sebagai penguasaan struktur secara berperingkat-peringkat. Teori pembelajaran bahasa menurut kaedah ini melibatkan dua cara yang ketara untuk memperkembangkan keupayaan berbahasa iaitu penguasaan (acquisition) dan pembelajaran (learning). Pertama ialah Penguasaan. Cara yang semula jadi, yang terlaksana sama seperti cara kanak-kanak menguasai bahasa pertama mereka, iaitu merujuk kepada cara-cara yang tidak disedarai yang melibatkan perkembangan melalui pemahaman dan melalui pengguanaan bahasa untuk komunikasi yang bermakna. Kedua ialah Pembelajaran.Proses yang melibatkan peraturan-peraturan secara sedar tentang bahasa diperkembangkan Berkesudahan dengan pengetahuan yang jelas tentang bentuk bahasa dan keupayaan merealisasikan pengetahuan dalam bentuk lisan. Pengajaran yang formal diperlukan untuk membolehkan pembelajaran berlaku dan pemetulan kesalahan dapat membantu dengan perkembangan peraturan yang telah dipelajari Aspek-aspek dalam pendekatan natural bermula daripada kelas rendah, penekanan adalah kepada persembahan input pemahaman dalam bahasa sasaran. Guru berfokus kepada barang-barang yang ada di dalam kelas, dan kandungan gambar seperti yang dilakukan dalam kaedah terus. Untuk mengurangkan rasa tertekan, pelajar
64
tidak diperlukan untuk mengucapkan sesuatu sehingga mereka sudah cukup bersedia untuk berbuat demikian. Guru merupakan sumber utama bagi membolehkan input pemahaman berlaku dalam bahasa sasaran. Masa kelas secara total diperuntukkan kepada aktiviti memberi input untuk penguasaan. Guru diminta menerbitkan arus input bahasa yang konstan (tekal), sambil memberi petunjuk non linguistik untuk membimbing pelajar mentafsir input tersebut. Bahan-bahan lain yang diperakukan untuk pendekatan natural ialah skedul, brochures, iklan, peta, buku-buku yang sesuai dengan tahap keupayaan pelajar. Permainan secara umumnya adalah berguna sebagai bahan-bahan bilik darjah. Kaedah Nahu Tradisional
Kaedah nahu tradisional ini diajar untuk membolehkan pelajar memahami nahu sesuatu bahasa dan juga melatih pelajar menulis menggunakan bahasa yang betul. Kaedah ini juga, membolehkan pelajar menterjemahkan bahasa asing ke bahasa natif dan sebaliknya. Ia juga bagi melengkapkan pelajar dengan perbendaharan kata yang luas yang dapat digunakan dalam penulisan. Selain itu, ia juga membolehkan pelajar membaca dan menterjemahkan makna buku-buku yang dibaca ke bahasa ibunda dan membolehkan mereka menikmati nilai kesusasteraan yang dibaca. Kaedah nahu tradisional ini bersifat deduktif yang mementingkan bahasa tulisan daripada lisan. Teknik mengajar kaedah nahu tradisional ini ialah dengan memperkenalkan pelajar kepada undang-undang nahu dahulu. Kemudian guru memberi penerangan kepada pelajar mengenai undang-undang ini dan kemudiannya memberi misalan. Undang-undang nahu ini perlu dihafal. Pelajar- pelajar diberi senarai perbendaharaan kata yang perlu dihafal. Dalam pembelajaran bahasa kedua, senarai perbendaharaan ini dipasangkan dengan makna dalam bahasa kedua. Pelajar-pelajar kemudiannya disuruh membuat ayat-ayat dengan menggunakan senarai perbendaharaan kata itu berdasarkan undang-undang yang dipelajari.
65
Kaedah Terus
Kaedah ini mula diperkenalkan oleh Michell West dan Harald Palmer antara tahun 1920-1935.Kaedah ini dikatakan sama dengan kaedah askar kerana pernah digunakan unruk melatih pegawai tentera dan diplomat dalam Perang Dunia Kedua. kaedah terus mengutamakan prinsip-prinsip mengajar yang berdasarkan psikologi kanak-kanak. Kaedah ini amat sesuai untuk pengajaran bahasa kedua dan segala pengajaran tidak sekali-kali menggunakan bahasa yang telah diketahui oleh murid-murid. Kaedah ini bertujuan membolehkan kanak-kanak menguasai keempat-empat kemahiran bahasa itu secara berkesan dan membolehkan mereka menggunakan bahasa yang dipelajari itu dalam masyarakat berkenaan. Kaedah ini disampaikan berdasarkan empat asas iaitu Perhubungan secara langsung antara perkataan dengan benda atau ayat dengan fikiran atau sebaliknya. Seterusnya pengajaran harus dikaitkan dengan pengalaman- pengalaman yang telah sedia ada. Kemudian harus menimbulkan perasaan ingin tahu kanak-kanak melalui soalan-soalan yang telah dirancangkan dan pengajaran haruslah berpandu kepada lunas-lunas kanak-kanak mempelajari bahasa ibunda mereka. Kaedah Ajuk Hafaz Kaedah ini adalah kaedah pengajaran dilakukan secara demonstrasi dan latih tubi. Pengajaran demonstrasi harus berkaitan dengan tatabahasa, pertuturan,
perbendaharaan kata melalui guru bahasa atau penutur jati. Tatabahasa diajar secara menghafaz beberapa ayat asas melalui ajukan dan. Maknanya diberi dalam ungkapan biasa dalam bahasa ibunda.Murid tidak dikehendaki menterjemah perkataan demi perkataan. Apabila semua ayat sudah dipelajari secara terperinci, murid akan membaca deskripsi bahasa sasaran itu dalam bahaa ibunda pula. Contohnya diberi dalam bahasa sasaran dengan persamaannya dengan bahasa ibunda. Kemudian, dia terus mendengar lagi ayat-ayat daripada pertuturan yg menyambungkan ayat-ayat asas tadi
66
bagi latihan mendengar. Akhirnya, dia berlatih dalam dialog dengan menggunakan ayat dasar dan gabungan bahagian- bahagiannya. Guru harus menyediakan aktiviti yang bersesuaian seperti latihan dalam pertuturan, karangan-karangan lisan, latihan cara menyebut sesuatu perkataan, menyebutkan dengan betul tiap-tiap bunyi dalam bahasa sasaran dan tahu pula menggunakannya dalam bentuk-bentuk . Kaedah Linguistik Kaedah ini adalah merupakan kaedah mengajar bahasa moden secara saintifik iaitu dengan membandingkan antara dua bahasa. Pengetahuan bahasa murid-murid itu harus tertumpu kepada bentuk dan fungsi bahasa itu disamping aspek-aspek lain seperti bunyi, susuk ayat, makna, dan lain- lain. Kaedah ini lebih mendahului bentuk daripada makna. Pemilihan bunyi-bunyi pula dilakukan terhadap bunyi- bunyi yang sama dalam kedua-dua bahasa. Dari segi pemilihan bentuk-bentuk ayat, pengajaran haruslah berdasarkan kepada bahasa-bahasa yang terdapat dalam bahasa ibunda mereka dahulu. Kemudian, barulah dipilih bentuk-bentuk ayat yang berlainan atau tiada dalam bahasa ibunda mereka. Tujuan kaedah linguistik ini diajar adalah bagi membolehkan murid
menggunakan bahasa yang telah diketahuinya untuk mempelajari bahasa baru dari segi bunyi. Selain itu, murid juga didedahkan dengan bahan-bahan nahu berdasarkan perbandingan di antara tatabahasa yang dipelajari dengan bahasa yang telah diketahui. Kaedah Kod Kognitif Kaedah ini adalag berasaskan pendapat gologan mentalis yang memandang bahasa sebagai satu kreativiti mental. J.B Carroll menyatakan bahawa kaedah ini merupakan pembaharuan & pengubahsuaian kaedah nahu terjemahan.
67
Menurut Chomsky pula, bahasa merupakan sistem rumus- rumus bahasa yang ternyata melalui bentuk linguistik. Pengetahuan bahasa adalah dalam bentuk abstrak,iaitu bersifat semulajadi dan sejagat. Seorang kanak- kanak dianugerahkan kecekapan semulajadi rumus - rumus bahasa ibundanya dalam jangka masa singkat. Kaedah ini lebih menekankan bentuk dan makna. Seseorang yang ingin mempelajari sesuatu bahasa harus mengetahui sistem bahasa berdasarkan kepada hukum- hukum dan norma-norma tertentu dalam ilmu tatabahasa. Ciri-ciri kaedah kod kognitif ialah dalam P&P bahasa, lisan tidak ditekankan malah perkara yang diberi perhatian ialah bacaan dan tulisan. Pembelajaran tatabahasa diterapkan secara langsung dan boleh dilakukan melalui pendekatan deduktif . Pengetahuan tatabahasa amat dipentingkan. Kaedah Bahasa Komuniti Pembelajaran bahasa komuniti atau Community Language Learning merupakan cara pembelajaran bahasa yang di asaskan oleh Charles A.Curran bersama dengan rakanrakannya. La Forge (1983) murid Curran meluaskan teori CLL. Beliau mengesahkan bahawa teori bahasa mestilah bermula daripada ciri-ciri bunyi, ayat dan model-model abstrak bahasa. Seorang pelajar bahasa perlu memahami sistem bunyi, makna yang ditetapkan dan tatabahasa bahasa itu. Teori bahasa diasaskan kepada bunyi-bunyi asas dan corak tatabahasa menyerupai teori struktural. Namun, pelopor CLL yang terkemudian telah mengemukakan satu teori bahasa yang agak berlainan yang disebut sebagai Bahasa Sebagai Proses Sosial.Mengikut CLL, pembelajaran manusia sebenarnya melibatkan kongnitif dan afektif. Inilah yang disebut sebagai pembelajaran Whole Person. Pembelajaran berlaku dalam situasi komunikasi yang melibatkan guru dan pelajar dalam satu interaksi. Justeru perhubungan antara mereka perlu
68
perhubungan yang baik antara pelajar dan guru, dan sesama pelajar. Pelajar tidak digalakkan belajar sendirian dan terasing daripada pelajar lain. Curran menekankan kemesraan, pemahaman dan penilaian yang positif terhadap harga diri orang lain. Perhubungan dibina atas dasar-dasar yang dianggap perlu dalam prosedur kelas CLL. Falsafah Pembelajaran CLL ialah komitmen di pihak pelajar sebelum proses pemerolehan bahasa berfungsi. Inilah perbezaan yang paling ketara dalam teori pembelajaran CLL berbanding dengan teori-teori lain. Kaedah Oral Aural Kaedah ini diajar adalah bagi tujuan membolehkan pelajar memperkembang keempatempat kemahiran bahasa iaitu Kemahiran mendengar, Kemahiran bertutur, Kemahiran menulis dan Kemahiran membaca. Kaedah ini merupakan kemahiran lisan asas untuk pembelajaran membaca dan menulis. Ia membolehkan pelajar memahami kebudayaan asing melalui pengalaman dalam bahasa. Kaedah pengajaran kaedah Oral-Aural ini ialah Menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti secara ajukan. Latih tubi dan dialog dijalankan secara realistik dengan memberi perhatian kepada Intonasi yang betul, sebutan penutur jati bahasa itu dan bahan pita rakaman boleh digunakan jika gurunya bukan penutur jati bahasa yang diajar. Setelah pelajar menguasai bacaan, latihan diteruskan kepada aktiviti menulis. Pada awalnya, latihan menulis ini dikawal oleh bahan-bahan yg telah dipelajari, kemudian barulah latihan menulis bebas dibenarkan.
69
pada satu masa sebelum sesuatu perlakuan itu berlaku. Teknik yang digunakan haruslah selaras dengan kaedah yang digunakan.
Drama
ialah
melakonkan
cerita
tertentu
dalam
situasi
yang
lengkap
penerangannya. Teknik ini merupakan satu cara utk membolehkan murid sendiri mendapatkan gambaran, atau contoh pengalaman yang spontan, tidak dilatih terdahulu dan seolah-olah hidup utk obejktif P & P. Teknik ini melibatkan gambaran atau membayangkan sesuatu situasi atau keadaan yang kemudian dilakonkan tanpa sebarang skrip.Teknik ini juga sangat berkesan untuk membantu murid menggunakan prinsip yang dikaji dalam bentuk abstrak . ia juga dapat membolehkan murid memahami motivasi atau tujuan orang lain dengan melakonkan peranan orang tersebut dan meningkatkan kesedaran murid mengenai masalah-masalah psikologi dan sosiologi. Selain itu, ia juga dapat menambahkan unsur-unsur benar dan hidup(realisme) serta menambahkan berbagaibagai bentuk aktiviti untuk mencapai objektif P & P murid Teknik Latih Tubi Teknik latih tubi adalah merupakan pengulangan fakta- fakta atau kecekapan yang diajar. Tujuannya teknik ini diajar ialah untuk mencapai taraf kemahiran tersebut atau untuk melekatkan sesuatu perkaitan supaya menjadi kekal. Teknik ini perlu dielakkan dalam pengajaran mata pelajaran sains atau mata pelajaran yang bercorak kemasyarakatan, kerana latih tubi dalam mata pelajaran ini akan menggalakkan hafalan. Amat sesuai untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti melukis peta, menyebut perkataan, atau mengingat fakta-fakta yang terpenting
70
Terdapat beberapa kelemahan dalam menggunakan teknik latih tubi ini antaranya ialah mengehadkan kebebasan berfikir dan daya kreatif murid dalam sesuatu tugasan dan mungkin akan menimbulkan satu situasi yang sangat membosankan kepada murid-murid. Seterusnya ialah maklumat yang diberikan adalah bersifat tidak kekal sekiranya tidak digunakan secara berterusan. Kelemahan yang seterusnya ialah akan menjadikan pembelajaran sebagai satu tindakan mekanikal. Teknik Permainan Bahasa Teknik permainan bahasa merupakan satu aktiviti yang menarik dan boleh meninggalkan kesan yang baik dalam pengajaran bahasa. Teknik ini diajar adalah bertujuan menyampaikan isi pelajaran secara tidak langsung untuk menghilangkan kebosanan dan aktiviti ini. Teknik ini sebenarnya tidaklah hanya khusus untuk kemahiran lisan sahaja malah diaplikasikan untuk semua kemahiran. Terdapat beberapa jenis permainan bahasa antaranya ialah permainan menyampaikan pesan, Permainan memerhati dan mengingat, Permainan berpasangan, Tekalah saya, Permainan menikam angka dan Slip undian. Aktiviti ini adalah merupakan satu cara pembelajaran tidak formal dan menyeronokkan dan mampu mengekalkan minat pelajar sepanjang pembelajaran berlaku. Selain dapat mengukuhkan pembelajaran, ia juga dapat member peluang kepada pelajar menerapkan nilai tolak ansur, kerjasama, dan melibatkan diri. Teknik Bercerita Bercerita adalah merupakan Jalinan dan susunan mengenai kejadian yang berlaku sama ada benar atau khayalan pencerita sahaja. Teknik bercerita merupakan kaedah mengajar yang membolehkan guru menyampaikan isi pelajarannya melalui cerita. Teknik ini merupakan satu cara penyampai yang sesuai dengan sifat semula jadi pelajaran. Pelajar akan lebih cepat
71
menumpukan
perhatian
sekiranya
pelajaran
disampaikan
menyentuh
dan
membangkitkan perasaan dan hati nurani mereka. Sewaktu merancang aktiviti ini guru perlulah memilih cerita yang sesuai dengan peringkat umur, minat dan kesediaan pelajar. Persediaan guru juga adalah perlu rapi daripada segi menghafal cerita dan menyediakan alat bantu mengajar. Guru perlulah memastikan semua pelajar bersedia mendengar cerita yang ingin disampaikan.Selain itu juga, guru perlu mempunyai beberapa kualiti tertentu seperti mempunyai suara yang jelas agar penyampaian cerita dapat difahami. Seterusnya ialah guru perlulah memastikan perkataan dan ayat yang digunakan perlu sesuai dengan kebolehan pelajar. Setelah selesai aktiviti bercerita, guru perlulah mengadakan sesi penilaian terhadap murid .
berfungsi, dan membantu pelajar-palajar untuk mengaitsimpul satu kesimpulan yang sesuai. Dalam pengajaran bahasa pendekatan lebih dikenali sebagai pendekatan gramatikal iaitu mendahulukan contoh-contoh struktur penggunaan unsur- unsur tatabahasa yang dipelajari dan kemudian membuat kesimpulan mengenainya. Kaedah pencarian digunakan iaitu melibatkan proses pemerhatian, kajian, analisis tentang aspek bahasa pada awal pembelajaran. kemudian kesimpulan umum dikaitsimpul daripada data yang dipelajari. Guru sama sekali tidak digalakkan memberi definisi, menerangkan peraturanperaturan, menerangkan isi atau kandungan keseluruhan pelajaran.
Proses pengajaran induktif Sebelum memulakan pengajaran ini, guru perlulah memahami idea keseluruhan yang melibatkan proses pengajaran secara induktif. Paul D. Eggen (1979 ) telah memperkenalkan satu model pengajaran iaitu, model yang menekankan perancangan aktiviti sebagai proses yang pertama. Guru perlu memastikan matlamat yang ingin dicapai dan hasil yang perlu disampaikan dan kemudiannya guru memberikan contoh-contoh yang sesuai. Dengan adanya elemen ini, pelajar akan dapat membentuk konsep-konsep dengan mudah dan membuat generalisasi mengenai perkara yang dipelajari. Manakala proses yang kedua ialah pelaksanaan aktiviti. Guru akan memulakan pengajaran dan pembelajaran dengan memberikan contoh yang terlibat dalam pengajaran. Contoh yang dikemukakan oleh pelajar haruslah sesuai dan kemudian guru akan menyimpulkan hasil pembelajaran yang dipelajari. Kemudian, pada peringkat terakhir pula contoh tambahan perlulah dikemukakan bagi mengukuhkan konsep dan generalisasi pelajar dan guru pula membuat penilaian secara tidak formal.
73
Model yang ketiga ialah penilaian aktiviti yang melibatkan proses melihat kembali keberkesanan pengajaran yang telah disampaikan. Guru akan dapat mengenal pasti kekuatan atau kelemahan dalam pengajaran. Guru juga akan mengubahsuai mencari cara-cara lain bagi mengatasi kelemahan. Strategi pengajaran induktif Terdapat beberapa strategi dalam pengajaran bahasa menggunakan pengajaran induktif antaranya ialah dengan menggunakan penentuan struktur kognitif iaitu guru perlulah menentukan struktur isi yang hendak disampaikan. Kemudian setelah aspek bahasa telah dikenal pasti, guru hendaklah merancang dengan memecahkan isi tersebut kepada bebarapa bahagian dan menyusun semula bahagian yang berkait rapat agar komponen isi dapat disampaikan dengan menarik agar pelajar dapat meningkatkan pemahaman mereka. Langkah yang kedua ialah penentuan kebolehan kognitif iaitu kemahiran intelektual yang melibatkan contoh-contoh pada bahagian awal pengajaran dan kemudian kesimpulan. Pelaksanaan pendekatan ini melibatkan tiga tahap iaitu membentuk konsep melalui contoh, membuat generalisasi dan pengaplikasian pengetahuan dalam situasi lain. Langkah yang ketiga ialah prosedur pengajaran induktif yang melibatkan struktur, isi dan peringkat-peringkat kebolehan kognitif. Seterusnya ialah prosedur pengajaran induktif yang melibatkan langkah-langkah pengajaran yang dirancang. Ia melibatkan struktur isi dan peringkat-peringkat kebolehan kognitif dan dapat dilihat dalam peringkat pendedahan, peringkat pembentukan konsep, peringkat membuat generalisasi, dan peringkat mencubakan generalisasi serta yang terakhir ialah peringkat penutup.
74
Deduktif Pendekatan deduktif merupakan satu pendekatan mengajar yang mengasaskan pengajaran dan pembelajaran pelajar kepada hukum-hukum tertentu dan menggunakan proses penaakulan yang tinggi. Dalam pengajaran kaedah deduktif ini, beberapa prinsip perlu dipatuhi iaitu Teori, hukum, atau masalah tertentu perlu didedahkan dahulu. Kemudian bimbingan diberi bersama dengan contoh yang sesuai. Dalam kaedah ini pemahaman pelajar adalah amat dipentingkan. Prosedur pengajaran dimulakan dengan pengenalan rumus yang baru, pemilihan rumus haruslah berdasarkan rumus yang diketahui umum oleh pelajar dan penggunaan contoh yang berkaitan dan pengukuhan pemahaman konsep sesuatu rumus. Guru hanya perlu membimbing pelajar menjalankan aktiviti melalui soalan-soalan terarah yang terancang. Elektik Elektik merupakan kaedah yang menggabungkan kedua-dua pendekatan awal yang sudah dibincangkan di atas dan kaedah ini mengambil kelebihan yang ada pada keduadua pendekatan induktif dan deduktif. Guru tidak perlu terlalu terikat dengan manamana pendekatan tetapi pengajarannya mestilah lebih luas dan mudah diubahsuai mengikut keperluan pelajar. Pendekatan ini boleh bermula dengan guru memberikan contoh-contoh dahulu, galakkan pelajar berfikir mengenai rumusannya dan selepas itu mengemukakan contoh-contoh lain sebagai pengukuhan. Guru boleh juga memulakan pengajarannya
dengan menyatakan hipotesis terlebih dahulu kemudian diikuti dengan contoh-contoh khusus. Selepas pelajar membuat perkaitan di antara generalisasi dengan contoh, barulah guru mengukuhkan pemahaman pelajar dengan mengemukakan generalisasi lain yang berkaitan.
Pendekatan ini dapat mengatasi kelemahan dan kekurangan yang terdapat pada kedua-dua pendekatan iaitu pendekatan induktif dan deduktif. Melalui pendekatan ini,
75
guru akan lebih fleksibel dan mampu mengendalikan kelas mengikut kehendak dan keperluan pelajar. Komunikatik Pendekatan komunikatif merupakan pendekatan yang berpusatkan pelajar iaitu berfokuskan kepada bentuk-bentuk komunikatif seperti meminta maaf, bercerita, melapor dan lain-lain. Situasi ini berlaku dalam amalan masyarakat sehari-hari. Melalui pendekatan ini, penekanan tentang penyerapan bentuk gramatikal adalah bagi tujuan komunikasi. Pendekatan ini wujud disebabkan didapati pendekatan yang lain lebih mementingkan penguasaan bahasa pada peringkat membina ayat-ayat yang betul secara pencilan yang terkeluar daripada konteks wacana. Hasilnya, pelajar tidak menguasai kecekapan berkomunikasi. Penguasaan komunikasi adalah perlu agar pelajar dapat membuat pemilihan struktur ayat yang betul mengikut konteks bahasa. Dalam pendekatan komunikatif ini, beberapa prinsip perlu dipatuhi oleh guru agar pelajar dapat menggunakan bahasa yang betul dalam berkomunikasi antaranya ialah murid perlu mengetahui aktiviti yang dilakukan dan guru haruslah merancang terlebih dahulu aktiviti agar murid menggunakan bahasa dalam berkomunikasi. Prinsip kedua ialah pengajaran bahasa dibuat dalam konteks wacana dan guru perlu megajar bahasa yang melampaui batas ayat agar pelajar dapat berkomunikasi secara berkesan. Seterusnya ialah pengajaran bahasa mengikut proses komunikasi sebenar iaitu seperti perbualan dalam kehidupan sehari-hari
76
: Bahasa Melayu : 5 Saidina Abu Bakar : 25 Februari 2011 : 60 minit : 25 orang (13 lelaki , 12 perempuan ) : Rumahku Syurgaku (Keluarga harmoni) : Pada akhir pelajaran, murid dapat : i) Memberikan 3 maklumat tersirat berdasarkan kepada gambar keluarga yang ditunjukkan. ii) Membaca petikan keluarga harmoni dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul iii) Membina 3 ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan kepada tajuk keluarga harmoni dan keluarga tidak harmoni
: HPU 5.0 : 5.1 membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca. : (i) Membaca ayat dalam teks dengan sebutan dan intonasi yang betul : HPU 8.0
Aras 3
Fokus Sampingan
77
HPK
: 8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan : (i) Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk. : Murid mempunyai pengalaman bersama keluarga.
Aras 1
: Bertutur, membaca dan menulis : i) Tatabahasa ii) Sebutan dan intonasi Ilmu : Pembentukkan kata : sebutan yang betul
Pengisian Kurikulum : i)
: Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Agama Islam ii) Nilai murni : Kasih sayang, bekerjasama, kesyukuran iii) Kemahiran Bernilai Tambah : Kemahiran berfikir Strategi : Kontekstual, Konstruktivisme : Persembahan powerpoint, lirik dan lagu Ayah Ibu Anak, gambar dan petikan keluarga harmoni, lembaran kerja. AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN CATATAN
ISI PELAJARAN
y Tayangan slaid lirik lagu Ayah Ibu Anak bersama lagu. y Guru bersoal jawab dengan murid setelah tamat tayangan y Soalan : - Apakah yang anda faham disebalik lirik dan lagu tersebut? - Apakah yang ingin disampaikan oleh lagu tersebut?
Set induksi (5 minit) ABM : y Murid mengamati lagu dan lirik y Slaid yang dipaparkan Powerpoint y Murid cuba menyanyi bersamaKBT sama y Pembelajaran konsturtivisme y Kemahiran berfikir
78
Tayangan gambar keluarga harmoni y Guru bersoal jawab dengan murid tentang gambar yang ditayangkan y Soalan : - Dimanakah situasi gambar tersebut? - Berapa ramaikah yang terdapat dalam gambar tersebut? - Siapakah yang terdapat dalam gambar tersebut? - Apakah yang mereka lakukan?
ABM : Langkah 1 (12 minit) y Murid melihat dan cuba y Slaid powerpoint memahami maksud disebalik gambar keluarga harmoni y Murid menjawab soalan yang diajukan oleh guru. y Murid memberi pandangan masing-masing. y Murid menyatakan perasaan mereka terhadap situasi yang berlaku.
Guru mengedarkan petikan keluarga harmoni y Guru bersoal jawab dengan murid tentang isi penting yang telah dicari. - Apakah maksud tersirat disebalik isi penting itu.
Langkah 2 (10 minit) y Murid membaca secara mentalis petikan yang diberikan dan cuba memahami petikan tersebut. y Murid membaca petikan secara mekanis secara individu dan murid yang lain mendengar dengan teliti. y Guru membetulkan kesalahan sebutan dan intonasi murid. y Murid mencari 3 isi penting didalam petikan.
y y y
Melakonkan situasi keluarga harmoni dan tidak harmoni Membanding beza kedua-dua lakonan Soalan :
Langkah 3 (18 minit) KBKK : y 5 orang murid bagi 1 kumpulan melakonkan tanpa suara situasi y Membanding keluarga yang harmoni dan 1 dan membeza kumpulan lagi melakonkan y Mencirikan situasi keluarga tidak harmoni
79
- Apakah situasi yang dilakonkan oleh kumpulan tersebut? - Dimanakah situasi itu berlaku? - Apakah maksud tersirat disebalik lakonan itu? - Apakah perbezaan antara kedua lakonan tersebut? - Nyatakan ciri-ciri sebuah keluarga harmoni dan keluarga tidak harmoni.
y y
berdasarkan kepada pengalaman mereka. 2 kumpulan akan berlakon dan guru akan pilih secara rawak Murid dari kumpulan yang lain melihat dengan teliti lakonan yang dilakonkan. Setelah tamat lakonan, muridmurid lain meneka lakonan yang dilakonkan tadi dan menjawab soalan yang diajukan guru.
Langkah 4 (10 minit) KBT : Membina ayat tunggal dan y Setiap murid membina 3 ayat ayat majmuk tunggal dan 3 ayat majmuk y Kemahiran berdasarkan kepada ciri-ciri yang berfikir terdapat dalam keluarga harmoni dan keluarga tidak harmoni y Murid dipilih secara rawak untuk membacakan ayat-ayat yang telah dibina y Guru membetulkan kesalahan ayat yang telah dibina
y y
Penutup (5 minit) ABM : y Guru merumuskan apa yang telah dipelajari pada hari ini y Lembaran kerja y Murid perlu menyiapkan karangan yang bertajuk keluarga harmoni berdasarkan kepada gambar yang diberikan
80
7.0 REFLEKSI KEKUATAN STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK BERDASARKAN RPH
STRATEGI
Strategi yang saya pilih dalam Rancangan Pengajaran Harian saya ialah Berpusatkan bahan. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dijalankan, saya menjadikan bahan sebagai subjek atau permainan utama untuk menggalakkan murid murid melibatkan diri secara aktif dalam setiap sesi pembelajaran. Sebagai objektifnya, strategi berpusatkan bahan ini membolehkan pelajar memahami isi pelajaran dengan lebih mudah dan berkesan. Perkara utama yang perlu diberi perhatian oleh saya ialah penggunaan bahan seperti gambar dan video berunsurkan keluarga bahagia yang dapat meningkatkan minat dan kefahaman pelajar semasa proses P&P berjalan. Semasa langkah set induksi, isi pelajaran yang digunakan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bertajukkan Rumahku Syurgaku adalah nyanyian. Saya akan meminta para pelajar melakukan beberapa aktiviti seperti meminta murid-murid memejamkan mata dan menghayati lagu yang dipasang. Di samping itu, saya juga akan meminta murid-murid membuka mata dan cuba menyambung lagu tersebut. Di sini dapat dijelaskan bahawa saya hanya bertindak sebagai fasilitator atau pemudah cara sahaja. Sebagai buktinya, banyak masa diperuntukkan kepada pelajar untuk meneroka dan menyelesaikan masalah dengan bantuan saya. Selain itu, saya juga berpeluang untuk berinteraksi dengan pelajar dan boleh mengesan kelemahan kelemahan yang dihadapi oleh mereka dari segi ejaan, sebutan dan intonasi terhadap sesuatu perkataan yang mereka diujarkan. Di samping itu juga, saya menggunakan strategi berpusatkan murid dalam proses P&P yang bertajuk Rumahku Syurgaku. Semasa proses P&P tersebut, saya menunjukkan gambar keluarga kepada murid-murid sebagai penyelesaian soalan teka
81
teki yang saya berikan. Pelajar hanya perlu memberi tindak balas terhadap soalansoalan yang diberikan oleh saya. Melalui aktiviti ini ia dapat memupuk sifat berdikari dalam kalangan pelajar.
KAEDAH
Kaedah yang saya gunakan semasa proses P&P ini ialah Kaedah Natural. Kaedah ini merupakan asas penggunaan bahasa dalam situasi komunikatif seperti yang berlaku dalam pedekatan - pendekatan tradisional yang juga menekankan rujukan kepada analisis gramatikal, latih tubi gramatikal atau kepada teori tatabahasa tertentu. Di samping itu juga, saya menggunakan Kaedah Linguistik yang merupakan kaedah pengajaran bahasa moden secara saintifik iaitu dengan membandingkan antara dua bahasa. Pengetahuan bahasa murid-murid ini harus tertumpu kepada bentuk dan fungsi bahasa disamping aspek-aspek lain seperti bunyi, susuk ayat, makna, dan lainlain. Pemilihan bunyi-bunyian pula dilakukan terhadap bunyi- bunyi yang sama dalam kedua-dua bahasa. Dari segi pemilihan bentuk-bentuk ayat, pengajaran saya juga berdasarkan kepada bahasa-bahasa yang terdapat dalam bahasa ibunda mereka dahulu. Kemudian, barulah dipilih bentuk-bentuk ayat yang berlainan atau tiada dalam bahasa ibunda mereka. Objektif kaedah yang saya gunakan ini bertujuan membolehkan murid murid saya menggunakan bahasa yang telah diketahuinya untuk mempelajari bahasa baru dari segi bunyi. Selain itu, murid - murid juga didedahkan dengan bahan-bahan nahu berdasarkan perbandingan di antara tatabahasa yang dipelajari dengan bahasa yang telah diketahui. Kaedah terakhir yang saya gunakan ialah Kaedah Oral Aural yang bertujuan untuk membentuk murid murid bagi memperkembangkan keempat-empat kemahiran bahasa iaitu Kemahiran mendengar, Kemahiran bertutur, Kemahiran menulis dan Kemahiran membaca.
82
Setelah pelajar menguasai kemahiran bacaan, saya akan memberi latihan yang berunsurkan kepada aktiviti menulis. Pada awalnya, latihan menulis ini dikawal oleh bahan-bahan yang telah dipelajari, kemudian barulah latihan menulis bebas dibenarkan.
TEKNIK
Antara teknik yang saya gunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) ini ialah Teknik Drama yang merupakan satu cara untuk membolehkan murid sendiri mendapatkan gambaran, atau contoh pengalaman yang spontan untuk bahan P&P Selain itu juga, saya menggunakan Teknik Latih Tubi yang bertujuan untuk meningkatkan tahap kemahiran pemahaman anak didik saya. Melalui teknik ini juga, saya akan memberi kertas soalan kepada murid - murid dan meminta agar menjawab soalan soalan yang saya berikan kepada mereka. Oleh itu, teknik ini amat sesuai untuk digunakan kerana pelajar dapat mengingat kembali fakta-fakta yang penting dalam proses P&P. Saya juga akan menggunakan Teknik Bercerita yang merupakan jalinan dan susunan mengenai kejadian yang berlaku sama ada benar atau khayalan pencerita sahaja. Sebagai contoh, komponen keluarga merupakan perkara yang sentiasa dibincangkan sehari-hari. Jadi, teknik bercerita ini merupakan satu kaedah pengajaran yang boleh digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran tajuk Rumahku Syurgaku ini. Dengan teknik ini, pelajar saya akan lebih menumpukan perhatian mereka terhadap proses P&P didalam kelas.
PENDEKATAN
Pendekatan yang saya pilih dalam rancangan pengajaran harian ini ialah Pendekatan deduktif yang merupakan satu pendekatan pengajaran yang melibatkan pemahaman serta satu proses penaakulan yang tinggi. Pendekatan deduktif yang saya gunakan ialah mengumpul artikel-artikel berkaitan dengan keluarga bahagia dan mengemukakan beberapa soalan. Sebagai
83
contoh, saya mengemukakan soalan, apakah yang dimaksudkan dengan keluarga bahagia?. Di sini dapat saya terangkan bagaimana sesebuah keluarga yang bahagia hidup dalam keadaan yang harmoni, gelak tawa, kasih sayang serta bekerjasama dalam melakukan setiap perkara. Proses yang saya lakukan juga melibatkan pelaksanaan aktiviti. Saya akan memulakan pengajaran dan pembelajaran dengan memberikan contoh - contoh yang berkaitan dengan pengajaran ini. Contoh yang dikemukakan kepada pelajar haruslah sesuai kemudian guru akan menyimpulkan hasil pembelajaran yang dipelajari. Hal ini kerana pendekatan deduktif ini memerlukan pemahaman yang tinggi untuk murid-murid fahami. Contoh aktiviti yang dapat dilakukan ialah saya menunjukkan keratan rencana berkaitan keluarga bahagia. Selepas itu, saya akan meminta murid-murid ini membacanya dan cuba untuk memahaminya. Di samping itu, saya juga akan memberikan huraian, definisi serta apa saja yang berkaitan dengan keluarga bahagia. Demikianlah refleksi saya mengenai kekuatan strategi, pendekatan,kaedah dan teknik berdasarkan rancangan pengajaran harian (RPH) makro yang saya hasilkan.
84
KESIMPULAN
Dalam penghasilan kerja kursus ini, dapatlah disimpulkan bahawa dalam mendefinisikan bahasa, para ahli linguistik telah memberi pandangan yang berbezabeza berdasarkan kajian yang telah mereka lakukan. Setiap daripada mereka telah mentakrifkannya dengan susunan perkataan dan ayat yang berlainan. Walau apa pun yang telah diperkatakan oleh mereka mengenai definisinya, dapatlah disimpulkan bahawa konsep tatabahasa itu merupakan satu set peraturan yang terdapat dalam sesuatu bahasa. Terdapat empat teori huraian bahasa yang telah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu teori tradisional (Panini), teori analisis struktural (Bloomfield), teori analisis transformasi-generatif (Chomsky) dan teori fungsional (Halliday). Manakala, dalam teori pemerolehan bahasa pula, ahli-ahli bahasa telah membuat kajian tentang bagaimana proses pemerolehan bahasa itu berlaku, lalu terbitlah teori-teori seperti teori behavioris, teori mentalis, teori kod kognitif dan teori interaksional.
Tugasan ini juga secara tidak langsung telah membimbing guru pelatih untuk memahami dengan lebih mendalam lagi mengenai kaedah - kaedah dan teknik - teknik pengajaran bagi subjek Bahasa Melayu. Kaedah - kaedah dan teknik - teknik pengajaran Bahasa Melayu meliputi kompenen kompenen pengajaran seperti mikro dan makro serta penyediaan rancangan pengajaran harian (RPH) . Tuntasnya, penyediaan tugasan ini, banyak memberi peluang kepada guru pelatih untuk membiasakan diri dengan alam kehidupan seorang guru yang sebenar.
85
BIBLIOGRAFI
1. Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur. 2. Mok Soon Sang (2009) PedagogiUntukPengajaran Dan Pembelajaran, Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd. Selangor. 3. Nik Hassan Basri Nik Abd Kadir (2009), Teori Bahasa Implikasi Terhadap Pengajaraan Tatabahasa, Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak. 4. Mok Soon Sang (2000). IlmuPendidikanUntuk KPLI. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.Kuala Lumpur.
5. Mok Soon Sang EdisiKelapan (2004). Pendidikan Di Malaysia. Kumpulan BudimanSdn Bhd. Kuala Lumpur. 6. Kamarudin Hj. Husin. (1986). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa. Petaling Jaya: Penerbitan Sarjana (M) Sdn. Bhd 7. Melalui internet :
pedagogikpli08.blogspot.com/.../format-rancangan-mengajar-harian.html (Diakses pada 15 Mac 2011) www.scribd.com/.../RANCANGAN-PENGAJARAN-HARIAN-MAKRO-DANMIKRO (Diakses pada 17 Mac 2011) pismppengajiansosial.blogspot.com/.../teori-huraian-bahasa-tradisional (Diakses pada 20 Mac 2011) www.slideboom.com/.../TEORI-HURAIAN-BAHASA (Diakses pada 24 Mac 2011)
86
CATATAN REFLEKSI
Nama : Muhammad Khairul basyar bin Ab. Basir Unit : Bahasa Melayu 2 Matapelajaran : Kaedah pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Nama pensyarah: Encik Mohd Asri Bin Abdul Razak
Terlebih dahulu saya ingin merapatkan tangan ke Ilahi sebagai tanda syukur saya kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya, Akhirnya dapat juga saya menyiapkan tugasan projek Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini. Saya telah menerima tugasan ini pada 07 Febuari 2011 dan diberi tempoh
empat minggu untuk disiapkan. Tugasan ini dijalankan secara indidividu. Pada peringkat mula saya menerima tugasan ini, saya berasakan tugasan ini amat payah dan sukar untuk dilaksanakan memandangkan ini adalah kali pertama saya belajar mengenai mata pelajaran ini. Namun, dengan bantuan pensyarah, rakan rakan dan sedikit ilmu pengetahuan mengenai mata pelajaran ini, hasil daripada pembelajaran saya semasa kuliah. Akhinya, saya mampu menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang ditetapkan. Di sini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Mohd Asri Bin Abdul Razak selaku pensyarah mata pelajaran ini kerana memberi
87
banyak tunjuk ajar, bimbingan serta keyakinan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini mengikut piawaian yang telah ditetapkan. Selain itu, ucapan terima kasih juga diucapkan kepada kawan kawan yang banyak membantu memberi sokongan dan galakan bagi menyiapkan kerja kursus ini. Melalui tugasan ini, saya banyak belajar perkara baru tentang kaedah pengajaran Bahasa Melayu seperti ilmu pengetahuan berkaitan kompenen kompenen pengajaran mikro dan makro, teori huraian bahasa dan teori pemerolehan bahasa. Selain itu, melalui tugasan ini juga, saya turut mempelajari konsep strategi, kaedah, teknik dan pendekatan yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Semua perkara ini amat penting kepada saya selaku bakal pendidik untuk dipelajari kerana ia amat berguna untuk diimplikasikan semasa saya menjadi guru di sekolah kelak. Sepanjang menyiapkan tugasan ini, terdapat juga masalah dan kekangan yang saya tempuhi antaranya ialah masalah kekangan masa. Hal demikian ini kerana, saya terpaksa membahagikan masa antara waktu kuliah dengan waktu membuat tugasan. Namun, saya berasa sungguh bersyukur kerana tempoh tugasan ini sangat lama dan memberi kesempatan kepada saya untuk membuat tugasan ini dengan sebaik mungkin. Selain itu, masalah dalam membuat rujukan mengenai tugasan ini juga turut saya alami. Masalah ketiga yang saya hadapi dalam membuat tugasan ini ialah masalah mengenai komputer saya yang diserang virus secara tiba tiba semasa membuat tugasan ini. Komputer itu tidak dapat dibuka dan menyebabkan ia perlu diformat. Namun, nasib saya begitu baik kerana segala tugasan ini, saya telah menyimpannya didalam pendrif. Oleh itu, fail mengenai tugasan ini tidak hilang dan saya dapat menyambung kembali menyiapkan tugasan ini. Masalah tersebut menyebabkan saya lebih berhati hati dalam menyimpan fail didalam komputer. Secara tuntasnya, tugasan ini bukan sekadar memenuhi peruntukan yang disenaraikan untuk pemarkahan sahaja. Namun tugasan ini memberi banyak kekuatan dan pengetahuan yang lebih luas mengenai ilmu kaedah pengajaran khususnya berkaitan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah kepada saya.
88
Selain itu, pengetahuan dan kefahaman mengenai cara menguruskan pengajaran dan pembelajaran (P&P) didalam kelas juga turut saya pelajari semasa membuat tugasan ini. Akhir kata, dalam menyiapkan tugasan ini, saya berharap agar hasil penulisan kerja kursus saya ini menepati kehendak dan piawaian yang ditetapkan oleh pihak pensyarah. Sekian, terima kasih.
BORANG KOLABORASI
NAMA : MUHAMMAD KHAIRUL BASYAR BIN AB. BASIR UNIT : BAHASA MELAYU 2 MATA PELAJARAN : KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH PENSYARAH : ENCIK MOHD ASRI BIN ABDUL RAZAK TARIKH CATATAN Mendapat kerja kursus dari 07/02/2011 pensyarah Mendapat maklumat mengenai tugasan 04/03/2011 Membuat draf tugasan NOTA Kerja kursus mesti dihantar 11/04/2011 TANDATANGAN
Membuat tugasan
89
Mengubah tugasan
Membetulkan tugasan
90