You are on page 1of 2

MOHD FAUZAN B CHE MOHD NOOR 2PISMP RBT 3, IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK , JALAN YAACOB LATIF , 56000

KUALA LUMPUR .

PUAN NORMALA BINTI MOHD , KETUA UNIT KEDIAMAN PELAJAR , IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK , JALAN YAACOB LATIF , 56000 KUALA LUMPUR .

20 DISEMBER 2011

Memohon Menduduki Kolej Asrama Pada Semester Hadapan 2012

Merujuk perkara di atas, saya Mohd Fauzan b Che Mohd Noor dari kelas 2PISMP RBT 3 ingin mebuat rayuan untuk tinggal di asrama pada semester hadapan. Saya mengetahui saya telah melakukan kesalahan berkenaan etika-etika ketika berada di asrama. Saya tidak menghadiri perjumpaan asrama pada bulan November di dewan besar. 2. Di sini, saya ingin memohon maaf pada pihan tuan/puan kerana telah melanggar peraturan asrama. Saya tidak sengaja tidak menghadiri perjumpaan ketika waktu itu kerana saya telah terbangun lewat pada pagi itu. Saya memang berniat untuk pergi ke perjumpaan tersebut tetapi saya telah bangun lewat dan tidak sempat untuk pergi ke perjumpaan tersebut. Tambahan pula, kawan sebilik saya tiada ketika waktu itu. 3. Saya menyedari saya telah melakukan kesalahan tentang peraturan asrama tetapi saya ingin memohon jasa baik tuan/puan untuk member saya peluang untuk tinggal di asrama pada semester hadapan. Tambahan pula, untuk mencari rumah sewa ketika ini amat sukar kerana sudah terlewat. Saya berjanji tidak akan mengulangi kesalahan yang sama lagi.

4. Kerjasama tuan/puan amat saya hargai. Saya berharap tuan/puan dapat mempertimbangkan permintaan saya untuk tinggal di asrama pada semester hadapan. Kerjasama tuan saya dahului dengann ucapan terima kasih.

Yang benar,

You might also like