menikmatinya seperti subjek MIB. Namun, hal ini memerlukan kajian yang lebih lanjut. Hal inikerana subjek yang tidak diperiksakan cenderung pula diabaikan. Timbul pula persoalan baik atau buruknya sastera dan bahasa itu disatukan dengan alasan bahasa dan sastera juga disatukandi peringkat lanjutan (A’ Level).Menyedari hakikat sastera sebagai ketrampilan berbahasa yang tinggi, bermula padatahun 2000, secara berperingkat, kerajaan Malaysia mewajibkan penyerapan bahan sastera kedalam pengajaran bahasa Melayu sebagai komponen wajib. Komponen ini diberikan istilahkhusus sebagai KOMSAS. Di Brunei Darussalam, komponen sastera memang sejak dahulutelah diserapkan ke dalam pengajaran bahasa sebagaimana yang dimaksudkan dalam
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
di semua peringkat. Namun, komponen ini sering pula diabaikanoleh kebanyakan guru kerana mereka tidak dilatih secara khusus untuk menggunakan bahansastera dalam pengajaran bahasa, tambahan lagi, komponen ini tidak diwajibkan. Guru-gurulebih suka mengajarkan peribahasa kerana ia lebih ringkas dan mudah digunakan dalam pembinaan ayat atau karangan. Manakala genre sastera lain seperti cerpen, novel, drama, sajak,syair, hikayat dan sebagainya itu kurang diberi perhatian. Menyedari fenomena ini, JabatanPendidikan Bahasa, Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah telah membentuk kursus terasPL3233 Penyerapan Sastera dalam Pengajaran Bahasa yang perlu diikuti oleh guru BahasaMelayu dengan harapan bahan sastera akan digunakan dalam pengajaran bahasa dengan carayang terancang dan berkesan.Kajian awal ini dilaksanakan menggunakan kaedah analisis dokumen. Dokumen dan bahan-bahan yang dianalisis ialah
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
, buku-buku terbitan DBPdan buku-buku teks Bahasa Melayu di Brunei Darussalam. Tujuan utama kajian ini ialah untuk memperkatakan tentang kepentingan bahan sastera dalam pengajaran bahasa bagi memenuhisebahagian keperluan objektif yang tercatat dalam
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
, JabatanPerkembangan Kurikulum, Negara Brunei Darussalam.Penulis memperkenalkan istilah singkat
BAHTERA
(KOMSAS di Malaysia) yangmembawa maksud ‘penyerapan bahan sastera dalam pengajaran bahasa Melayu.’ Untuk menyedari hakikat pentingnya BAHTERA, tajuk ke-2 berikut ini akan membincangkanfalsafah dan objektif pengajaran bahan sastera.
Falsafah dan Objektif Penggunaan BAHTERA
Fokus pengajaran bahasa menggunakan bahan sastera tidak begitu sama dengan fokus pengajaran sastera dalam subjek Kesusasteraan Melayu. Dalam kelas bahasa, karya sasteradigunakan sebagai bahan. Hal ini bermakna fokus pengajaran tetap pada kemahiran berbahasadan aspek bahasa. Sedangkan aspek sastera (bentuk dan isi) hanya menjadi fokus sampinganatau ilmu dan nilai yang diserapkan. Hal ini akan dibincangkan dalam bahagian strategi penggabungjalinan dengan lebih lanjut.Keunikan BAHTERA ini dapat dilihat melalui tujuan pengajarannya yang merangkumitujuan pengajaran bahasa dan sastera. Di samping peluang mempertingkat penguasaan pelajar terhadap kemahiran berbahasa dan aspek bahasa (kecekapan dan prestasi berbahasa), pelajar juga berpeluang mengapresiasi karya sastera, khususnya karya sastera tempatan.Umum memaklumi betapa kayanya karya sastera dengan nilai-nilai kehidupan dankemanusiaan. Ungkapan ‘sastera sebagai cerminan masyarakat’ tetap diperakukan olehmasyarakat kerana penciptaan karya sastera itu merupakan pengalaman (lahir dan batin) penulisnya ketika berinteraksi dengan masyarakat. Dengan menerima karya sastera sebagaicerminan masyarakat, ia juga berimplikasi penerimaan kita terhadap karya sastera sebagaisebahagian daripada dokumentasi kebudayaan (Rozaiman, 2000). Hal ini kerana kebudayaanitu adalah cara hidup. Karya sastera pula cebisan pengalaman hidup penulis.Kekuatan dan ketelitian pengamatan penulis tentang kehidupan dan masyarakat inilahyang akan kita serapkan dalam pengajaran bahasa. Nilai-nilai seperti ketaatan, tolong-menolong,
berawar galat
,
berdangansanak
,
memucang-mucang
, kasih sayang, cinta, jujur,
2
Add a Comment