You are on page 1of 84

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Pengaturcaraan adalah satu kursus yang sangat penting dalam bidang sains komputer atau
teknologi maklumat. Antara bahasa-bahasa pengaturcaraan yang digunakan untuk
menerapkan konsep-konsep pengaturcaraan ialah C, C++, Java, Pascal, dan Basic.

Dalam subjek ini pelajar perlu mempelajari sintaks dan had keupayaan sesuatu
bahasa komputer dan dalam masa yang sama, untuk membangunkan proses kerja yang
boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah. Ia adalah satu mata pelajaran yang
memerlukan pelbagai lapisan hierarki kemahiran diaktifkan dalam masa yang sama (Bloom,
1956).

Pengaturcaraan adalah satu subjek berasaskan tugasan, bukan berasaskan


pengetahuan (Shaffer, 2005). Dalam erti kata lain, pengaturcaraan adalah subjek praktikal
bukan teori. Pelajar perlu melakukan tugasan atau latihan, bukan sekadar membaca dan
mengingat. Dalam usaha untuk mahir dalam subjek ini, pelajar perlu menguntukkan banyak
masa untuk membuat latihan dan membangunkan penyelesaian bagi menyiapkan latihan
yang diberi. Pengaturcaraan bukan satu subjek yang dapat dipelajari tanpa latih-tubi yang
intensif (Truong et al. , 2005).

Memandangkan pelajar perlu membuat latihan yang banyak untuk subjek ini,
pensyarah perlu mengambil inisiatif untuk menyediakan soalan dan masalah yang pelbagai.
Pensyarah tidak boleh menyerahkan kepada pelajar untuk membuat latihan sendiri secara
sukarela. Membuat latihan secara sukarela kurang diamalkan dikalangan pelajar. Ini kerana
pelajar perlu menyiapkan banyak tugasan daripada subjek yang lain (Ala-Mutka et al.,
2004). Semakin banyak latihan yang diberi, semakin banyak pula beban yang terpaksa
2

dipikul oleh pensyarah untuk memeriksa, memberi markah dan juga memberi timbal balas
(komen) kepada latihan-latihan yang dihantar oleh pelajar. Walau bagaimana pun, beban
pensyarah boleh dikurangkan sekiranya mereka dibekalkan dengan alatan atau sistem yang
boleh membantu mereka menyemak latihan pelajar secara automatik. Di sini kita akan
nampak kepentingan sistem penyemak automatik latihan aturcara.

Banyak cara penilaian yang dilakukan untuk menilai sejauh mana tahap kemajuan
pelajar dalam subjek ini. Antaranya soalan objektif, betul salah, betulkan program, dapatkan
output dan tugasan penyelesaian masalah dengan membangunkan aturcara. Tugasan
membangunkan aturcara adalah tugasan yang paling memakan masa untuk disemak dan
diberi markah. Lagi pula ia adalah rutin yang membosankan, berulang kali dilakukan dan
juga mengambil masa yang panjang (Venables dan Haywood, 2001).

1.2 PERNYATAAN MASALAH

Daripada pengalaman dan pemerhatian penulis sebagai tenaga pengajar subjek


pengaturcaraan di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), pelbagai cara
digunakan untuk menguruskan latihan aturcara pelajar. Kaedah yang biasa digunakan ialah
pelajar mencetak aturcara dan dihantar bersama dengan kod dalam bentuk digital (softcopy).
Ada juga sebahagian tenaga pengajar menggunakan kaedah penghantaran menggunakan
medium emel. Kedua-dua kaedah ini memerlukan tenaga pengajar mengumpulkan latihan-
latihan tersebut dan membuka satu persatu secara manual. Proses ini memerlukan masa
yang agak panjang dan berulang-ulang.

Di samping menguruskan tugasan pelajar yang banyak, pensyarah juga terpaksa


menguruskan pelajar-pelajar yang ramai. Terdapat juga tugas-tugas sampingan yang perlu
dijalankan seperti pengurusan jabatan atau fakulti; memberi markah dan lain-lain (Botev et
al., 2005). Apabila kerja-kerja sampingan seperti ini terpaksa dilakukan, perhatian kepada
pencapaian pelajar akan berkurangan. Pensyarah tidak akan dapat memberikan komen-
komen yang membina kepada hasil kerja pelajar. Pensyarah juga tidak akan dapat
mengembalikan semula tugasan-tugasan pelajar untuk tujuan ulang kaji dan sebagainya.

Walaupun terdapat banyak sistem penyemak aturcara automatik yang telah dikaji
dan digunakan, tetapi kebanyakan sistem tersebut menjurus kepada penyemakan melalui
pendekatan dinamik. Pendekatan ini memerlukan kod aturcara pelajar dilaksanakan dan
3

diuji dengan set data ujian tertentu untuk menentukan kebetul-salahan aturcara. Kaedah ini
akan menambahkan beban pelayan yang mana boleh menyebabkan sistem tergendala dan
risiko kepada keselamatan sistem. Menurut Chu et al. (1997), penentuan kebetul-salahan
aturcara dengan menggunakan set data ujian adalah kaedah yang sangat mahal dan sukar
dilakukan.

Memandangkan pendekatan dinamik memerlukan pembangunan algoritma yang


lebih sukar, penulis mencadangkan pendekatan statik dengan membandingkan kod pseudo
aturcara pelajar dengan kod pseudo skema jawapan sebagai satu pendekatan yang mampu
menyemak aturcara pelajar tanpa perlu melaksanakan aturcara-aturcara tersebut.
Pendekatan ini dipilih memandangkan ianya lebih selamat kepada sistem dan juga
mengurangkan beban pemprosesan kepada pelayan sistem.

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini akan menghasilkan aplikasi web yang mampu membandingkan satu jawapan
latihan aturcara C pelajar dengan beberapa model penyelesaian (skema) yang disediakan
oleh pengajar, dan akhirnya memberikan markah untuk latihan tersebut berdasarkan peratus
persamaan antara jawapan pelajar dengan model penyelesaian.

1.4 SKOP KAJIAN

Skop fungsi aturcara C yang dicadangkan dalam pembangunan prototaip pentaksir aturcara
automatik ini meliputi fungsi-fungsi yang terkandung di dalam bahagian kawalan program
aturcara C. Ianya meliputi perkara-perkara seperti jenis data (int, long, short, float dan
char), pembolehubah, pengisytiharan pembolehubah, umpukan, operator, rentetan, struktur
kawalan, dan pernyataan printf, scanf dan getch.

1.4.1 Jenis data

Terdapat tiga kategori jenis yang disokong oleh aplikasi ini. Jenis data tersebut merupakan
jenis data asas dalam bahasa C. Memandangkan rentetan dalam C dikendalikan oleh
tatasusunan, maka ia tidak disenaraikan dalam jenis data asas. Berikut adalah jenis data
yang disokong oleh aplikasi.
4

a) Nombor Integer (int) – Untuk pengisytiharan pemboleh ubah berjenis nombor


bulat seperti 0, 12, -30, 100 dan sebagainya.
b) Nombor Nyata (float, double) – Untuk pengisytiharan pemboleh ubah berjenis
nombor nyata seperti 0.5, 1.2, -3.142, 100.0012323289 dan sebagainya. Dalam
realiti aturcara C yang sebenar, float dan double digunakan untuk mengisytiharkan
pemboleh ubah berjenis nombor nyata dalam julat nombor yang berbeza. Walau
bagaimanapun dalam aplikasi ini ia dianggap jenis data yang sama.
c) Aksara (char) – Jenis data ini digunakan untuk pemboleh ubah yang mampu
memegang aksara, sama ada aksara numerik (0, 1, 2, 3, …, 9), simbol khas (+, -, _,
&, *, $, dan sebagainya) dan huruf besar atau kecil (A-Z, a-z). Untuk
mengumpukkan nilai lateral aksara kepada suatu pemboleh ubah ia memerlukan
nilai tersebut dikurung dengan tanda kutip tunggal (‘).

1.4.2 Pembolehubah dan Pengisytiharan

Terdapat dua aspek pembolehubah yang terdapat dalam spesifikasi iaitu nama dan
pengisytiharan pembolehubah.

a) Nama pembolehubah – Pembolehubah didefinisikan sebagai apa-apa perkataan


dalam aturcara sumber yang memenuhi syarat-syarat berikut;
i. Bukan kata kunci.
ii. Tidak dimulakan dengan aksara nombor.
iii. Tidak mengandungi apa-apa aksara khas kecuali sempang di bawah ( _ ).
iv. Contoh perkataan yang boleh dikategorikan sebagai pemboleh ubah dalam
C ialah nombor, number, pelajar2, no_pelajar, noKadPengenalan, dan
sebagainya.

b) Pengisytiharan pembolehubah.
Pembolehubah mesti diisytiharkan dalam bahasa C dengan jenis data yang tetap.
Contohnya :
int noPendaftaran;
Pengisytiharan ini menyatakan bahawa pembolehubah noPendaftaran adalah
pemboleh ubah yang akan hanya menyimpan nombor integer.
Sekiranya pengaturcara ingin mengisytiharkan banyak pemboleubah dalam baris
yang sama, ia boleh dilakukan dengan menggunakan koma sebagai pemisah.
5

Contohnya :
int noPendaftaran, noIC, pemandu1;

1.4.3 Pernyataan umpukan dan nilai awal

Untuk mengumpukkan suatu nilai kepada pemboleh ubah, lakukan dengan menggunakan
tanda (=) sebagai simbol operasi tersebut.
Contoh:
int nombor1, nombor2;
nombor1=5;
nombor2=nombor1;
float PI, jejari, isipadu;
PI=3.142;
char hurufVokal;
hurufVokal=’a’;
Perhatikan pengisytiharan untuk pemboleh ubah jenis aksara memerlukan tanda kutip
tunggal sebagai pengurung kepada nilai lateral.

1.4.4 Komen

Aplikasi ini mampu mengenal pasti dua jenis komen iaitu;


a) komen satu baris (//…komen….), dan
b) komen blok (/*…….komen…..*/).
Tetapi memandangkan matlamat sebenar aplikasi ini ialah untuk mengkaji kod aturcara
sumber sahaja, maka sebarang komen yang ditemui dalam kod aturcara akan diabaikan.

1.4.5 Operator

a) Aritmetik - Operator aritmetik yang disokong dalam aplikasi ini ialah operator
tambah (+), tolak (-), darab (*), bahagi (/), modulo (%), dan pembuka dan penutup
kurungan ( ).
b) Tokok dan Susut (seperti i++ , i-- , --i dan ++i).
c) Hubungan/Perbandingan – Operator yang bertindak sebagai operator perbandingan
seperti sama dengan (==), tak sama dengan(!=), lebih kecil (<), lebih besar (>),
lebih kecil atau sama dengan (<=), lebih besar atau sama dengan (>=).
6

d) Operator Boolean – Bagi ungkapan Boolean, berikut adalah operator-operator yang


disokong, DAN (&&), ATAU (||) dan TAK (!).

1.4.6 Struktur kawalan

Struktur kawalan terdiri daripada;


a) Struktur pemilihan (if…else dan switch…case)
b) Struktur pengulangan (do…while, while, dan for)
Aplikasi ini juga mampu mengenal pasti struktur tersarang seperti pemilihan di dalam
gelung atau sebaliknya.

1.4.7 Kawalan ralat

Sekiranya terdapat sebarang ralat semasa analisis leksikal dan analisis tatabahasa analisis
akan dihentikan. Aplikasi kemudian akan memberitahu kepada pengguna bahawa terdapat
ralat di dalam aturcara dan meminta ralat tersebut dinormalkan untuk meneruskan proses
seterusnya.

1.5 METODOLOGI

Kajian ini dimulakan dengan membuat tinjauan perpustakaan untuk melihat sejauh mana
penyelidikan seperti ini telah dibuat oleh penyelidik-penyelidik bidang pentaksir automatik
tugasan pengaturcaraan (PATP).

Dariapada kajian tersebut, penulis dapat mengenalpasti dua pendekatan utama yang
diguna pakai dalam PATP iaitu dinamik dan statik. Penulis mendapati kurang kajian dibuat
kepada pendekatan statik. Menyedari hakikat ini penulis cuba untuk mendalami teknik-
teknik yang digunakan dalam pendekatan statik. Penulis mengambil keputusan untuk
menyelidik lebih lanjut teknik perbandingan bukan-struktur yang dikategorikan dalam
pendekatan statik PATP.

Peringkat seterusnya adalah merekabentuk aplikasi yang akan dibangunkan dengan


skop yang ditetapkan.
7

Selepas pembangunan aplikasi dilaksanakan, satu ujian dibuat untuk mengetahui


kebolehan aplikasi untuk membandingkan tugasan aturcara pelajar dengan aturcara yang
disediakan oleh pensyarah mengikut skop yang telah ditetapkan.

1.6 REKA BENTUK PENYELESAIAN MASALAH

Terdapat dua pengguna utama yang perlu memasukkan aturcara masing-masing.. Pelajar
memasukkan jawapan aturcara untuk soalan yang diberi. Sebelum itu pengajar memasukkan
beberapa aturcara skema (untuk tujuan prototaip, aplikasi ini akan menerima hanya tiga
skema jawapan sahaja).

Aturcara jawapan pelajar akan melalui proses analisis leksikal, dan penjanaan kod
pseudo untuk menghasilkan kod pseudo bagi jawapan pelajar. Begitu juga yang berlaku
skema jawapan aturcara pengajar. Cuma proses analisis leksikal dan penjanaan kod pseudo
akan berlaku berulang-kali untuk kesemua skema jawapan yang telah disediakan.

Seterusnya kod pseudo jawapan pelajar akan dibandingkan dengan satu daripada
kod pseudo skema. Perbandingan ini akan menghasilkan peratus kesamaan antara kod
pseudo pelajar dengan satu kod pseudo skema. Peratus persamaan ini akan disimpan
sementara. Proses perbandingan kod pseudo pelajar dengan kod pseudo skema akan
berulang sehingga kod pseudo pelajar dibandingkan dengan kesemua kod pseudo skema.
Setiap proses perbandingan akan menghasilkan peratus kesamaan yang mungkin berbeza.

Kesemua peratus perbandingan yang diperoleh akan dibandingkan untuk mencari


peratus kesamaan yang paling tinggi. Seterusnya peratus kesamaan yang tertinggi akan
dipaparkan kepada pengajar sebagai markah kepada jawapan pelajar bagi soalan tersebut.

1.7 RINGKASAN HASIL DAN SUMBANGAN KAJIAN

Kajian ini akan menghasilkan beberapa sumbangan kepada bidang yang dikaji. Antara hasil
kajian tersebut ialah;

a) Menghasilkan kaedah yang boleh membandingkan jawapan aturcara pelajar


dengan jawapan-jawapan aturcara daripada pengajar. Kaedah yang dicadangkan
8

juga akan mencari peratus persamaan yang tertinggi, sebagai markah kepada
jawapan pelajar tersebut.
b) Satu lagi kaedah dalam penyemakan automatik tugasan pengaturcaraan (PATP)
melalui pendekatan analisis statik dapat dicadangkan.

1.8 STRUKTUR TESIS

Tesis ini mempunyai lima bab perbincangan yang berkesinambungan antara satu dengan
yang lain. Setiap bab membincangkan topik-topik yang berkaitan dengan kajian yang
dibuat. Bab I merangkumi pengenalan kajian, pernyataan masalah, metodologi, objektif,
hasil dan sumbangan kajian. Bab ini merupakan ringkasan kepada keseluruhan kajian.

Bab II meliputi kajian kesusasteraan mengenai sistem penyemak aturcara yang


menggunakan pendekatan analisis statik. Kajian akan ditumpukan kepada analisis statik
memandangkan fokus kajian adalah kepada pendekatan ini. Antara perkara-perkara yang
dibincangkan ialah sedikit sejarah mengenai pembangunan PATP untuk tujuan akademik,
perbincangan tentang kelebihan dan kelemahan PATP, pendekatan yang biasa diguna pakai
dalam implementasi PATP, perbincangan lanjut tentang pendekatan statik, analisis-analisis
yang terdapat dalam kategori pendekatan statik, kelebihan dan kelemahan pendekatan
statik, kajian-kajian mengenai pendekatan statik, dan diakhiri dengan kesimpulan.

Bab III pula menerangkan reka bentuk terperinci aplikasi yang dibangunkan. Tiga
modul utama akan diperjelaskan dengan lebih terperinci. Modul-modul tersebut ialah
penganalisis leksikal, penjana kod pseudo dan pembanding kod pseudo. Perwakilan yang
digunakan ialah rajah UML untuk menerangkan hubungan antara kelas yang terlibat dalam
aplikasi. Manakala kod pseudo pula adalah perwakilan untuk menerangkan algoritma-
algoritma utama.

Bab VI adalah penjelasan mengenai implementasi dan pengujian. Dalam bab ini
penulis akan menerangkan bagaimana reka bentuk yang telah dirancang diimplementasikan
dalam pembangunan aplikasi. Aplikasi yang dibangunkan akan diuji dengan pelbagai
contoh aturcara untuk menentukan ketepatan perbandingan yang dibuat.
9

Bab V merupakan kesimpulan dan rancangan perluasan masa hadapan mengandungi


perbincangan tentang kelemahan dan ruang pembaikan yang boleh dilakukan terhadap
aplikasi yang dibangunkan.
10

BAB II

KAJIAN LITERATUR: PENYEMAKAN AUTOMATIK


TUGASAN PENGATURCARAAN MENGGUNAKAN
PENDEKATAN ANALISIS STATIK

2.1 PENGENALAN

Penyemak automatik tugasan pengaturcaraan (PATP) adalah kaedah yang semakin popular
untuk menyemak, menilai dan memberi markah latihan aturcara pelajar. Seperti yang
dicadangkan oleh namanya, kaedah ini akan membuat penyemakan dan penilaian secara
automatik dengan berbantukan sistem komputer. Dengan ini dapat membantu (walaupun
bukan 100 peratus) pensyarah daripada melakukan kerja-kerja penyemakan latihan secara
manual.

Bidang ini telah lama dikaji semenjak 1960 lagi oleh Hollingsworth (1960). Dalam
kajiannya, beliau telah membangunkan PATP untuk menyemak dan menilai latihan aturcara
penghimpun pada kad tebuk. Semenjak itu, banyak penyemak automatik tugasan
pengaturcaraan dibangunkan untuk menyokong bahasa pengaturcaraan yang lain.

Bab ini akan membincangkan serba sedikit tentang pembangunan beberapa PATP
yang telah dibangunkan di dalam dan juga luar negara. Perbincangan meliputi sejarah,
kelebihan dan kelemahan PATP, dan juga pendekatan yang digunakan dalam PATP yang
terdahulu. Fokus diberikan kepada PATP yang menggunakan kaedah-kaedah yang
dikategorikan dalam pendekatan analisis statik. kaedah-kaedah tersebut ialah penentuan
gaya pengaturcaraan, pengesanan ralat aturcara (sintaksis atau semantik), penilaian metrik
perisian, penilaian struktur aturcara, penilaian bukan-struktur, penilaian dengan kata kunci,
pengesanan plagiarisme dan penilaian diagram.
11

2.2 KELEBIHAN MENGGUNAKAN PATP

Berikut merupakan senarai kelebihan menggunakan penyemak automatik tugasan


pengaturcaraan;

a) Menjimatkan masa dan mengurangkan beban pengajar (Truong et. al., 2005).
Dengan menggunakan sistem ini, pensyarah tidak perlu menguntukkan masa yang
banyak untuk menyemak semua jawapan pelajar. Mereka hanya perlu
menguntukkan masa yang minimal untuk membuat pengesahan dan membaca
laporan yang dijana oleh sistem. Dengan ini mereka boleh memberikan lebih
perhatian kepada pelajar yang mendapat markah yang rendah daripada latihan yang
diberikan. Pengajar secara kebiasaannya terlibat dengan persediaan mengajar,
memberi kuliah, mengendali tutorial, menguruskan jabatan atau fakulti, membuat
penyelidikan, menulis artikel atau buku dan sebagainya. Ini menyukarkan mereka
untuk memberi tumpuan kepada aktiviti menyemak latihan yang banyak dan
berulang.

b) Mengelakkan penilaian berat sebelah (Norshuhani et. al., 2006). Terdapat


pensyarah yang memberi keistimewaan kepada pelajar tertentu atau pilih kasih.
Pelajar yang diberi perhatian yang lebih biasanya akan diberikan markah yang
tinggi berbanding dengan pelajar yang tidak diminati, walaupun jawapan yang
dihantar mempunyai kualiti yang lebih kurang sama. Dengan menggunakan sistem
ini, pensyarah tidak tahu jawapan siapa, kerana sistem akan menilai dan memberi
markah secara automatik.

c) Maklum balas yang lebih cepat (Truong et. al., 2005). Pelajar pengaturcaraan
perlukan maklum balas yang cepat dalam usaha untuk mengetahui kelemahan
mereka dan di mana kesilapan yang telah dilakukan. Dengan ini mereka boleh
memperbetulkan kesilapan tersebut dan tidak diulangi untuk latihan yang akan
datang. Memandangkan beban pensyarah yang sangat banyak, mereka mungkin
tidak dapat menyemak dan menilai latihan dengan kadar yang segera. Ini
menyebabkan pelajar tidak mendapat maklumat tentang setakat mana keupayaan
mereka dalam subjek pengaturcaraan tersebut.
12

d) Mampu mengesan plagiat dengan lebih mudah (Wise, 1993). Terdapat sistem yang
mampu mengesan plagiarisme di dalam jawapan pelajar. Sekiranya plagiat dapat
dikesan dengan lebih awal, pensyarah berkesempatan untuk memanggil pelajar-
pelajar yang terlibat dan memberikan konsultasi.

e) Tugasan pelajar dapat diurus dengan lebih cekap (Ala-Mutka, 2005). Sekiranya
kaedah manual digunakan, pengajar perlu mengumpulkan jawapan dalam bentuk
cetakan pada kertas, atau ada pelajar yang menghantar dalam e-mel, mungkin
dalam bentuk salinan lembut dalam cakera keras atau disket. Medium yang
pelbagai ini sangat sukar untuk diselenggara dan sangat mudah untuk tersilap letak
atau tercicir. Dengan penggunaan sistem ini pengajar boleh mencapai semua
jawapan pelajar melalui satu medium sahaja.

Walaupun terdapat banyak kelebihan menggunakan PATP berbanding kaedah


manual, namun kaedah penyemakan aturcara bagi kebanyakan institut masih lagi
menggunakan kaedah manual (Charter, 2003). Keadaan mungkin disebabkan pembangunan
sistem PATP yang bersifat akademik dan tidak cukup ramah pengguna untuk digunakan
oleh kebanyakan pengajar. Antara faktor lain yang menjadi penyebab adalah kebanyakan
PATP yang dibangunkan tidak dapat menyokong semua bahasa pengaturcaraan. Oleh itu
usaha untuk membangunkan sistem PATP yang mudah diubahsuai untuk menyokong
pelbagai bahasa harus dipertingkatkan.

2.3 PENDEKATAN-PENDEKATAN YANG DIGUNA PAKAI DALAM


PENYEMAKAN ATURCARA

Walau apa jua bahasa pengaturcaraan yang disokong oleh sistem tersebut, dua pendekatan
yang biasanya diguna pakai; sama ada penyemakan secara dinamik atau statik.
Memandangkan tiada pendekatan tunggal yang mampu memuaskan penyemakan aturcara
secara menyeluruh, biasanya sistem penyemak automatik tugasan pengaturcaraan
menggabungkan beberapa pendekatan atau peralatan yang menyemak aturcara daripada
pelbagai aspek (Rohaida, 2003).
13

2.3.1 Pendekatan Analisis Dinamik

Pendekatan dinamik melibatkan pelaksanaan aturcara program dengan menguji program


dengan set-set data ujian yang tertentu (Foxley et. al., 1996). Melalui kaedah ini, program
yang diuji perlu menghasilkan output, dan output tersebut akan dibandingkan dengan output
kawalan. Daripada perbandingan ini, sistem akan menentukan kebetul-salahan program
yang diuji.

Memandangkan kaedah ini memerlukan kod aturcara dilaksanakan, beban yang


berlebihan mungkin akan menyebabkan kegagalan kepada komputer pelayan. Program
perlu dipastikan tidak mengandungi gelung yang tidak berpenghujung (infinite loop) untuk
mengelakkan sistem tergantung. Kod aturcara perlu dipastikan tidak mengandungi program
yang berunsur virus (seperti virus Trojan horse atau serangan denial of service ) yang akan
mengganggu kelancaran sistem. Segala kemungkinan ini perlu ditangani supaya sistem
yang terhasil adalah selamat dan boleh digunakan secara konsisten. Ini akan menambahkan
kekompleksan sistem dan kos yang lebih tinggi.

Isu-isu berkaitan analisis dengan pendekatan dinamik telah diterangkan dengan


panjang lebar oleh Rohaida (2003). Melalui kajiannya, beliau mengkategorikan pengujian
dinamik kepada tiga, iaitu pengujian kotak hitam, pengujian kotak putih dan regresi.

2.3.2 Pendekatan Analisis Statik

Penilaian menggunakan pendekatan analisis statik adalah satu kaedah untuk mengumpulkan
maklumat mengenai kod aturcara tanpa perlu melaksanakannya (Ala-Mutka, 2005). Ini
adalah antara kaedah yang digunakan untuk mengesan ralat semantik dan sintaksis. Kaedah
ini juga berguna untuk mengesan gelung tak berpenghujung, pernyataan yang mungkin
tidak akan dilaksanakan, mengesan indentasi dalam aturcara, menilai gaya pengaturcaraan
dan sebagainya.

2.4 ANALISIS-ANALISIS MENGGUNAKAN PENDEKATAN STATIK

Kebanyakan sistem PATP menggunakan pendekatan dinamik dengan menggunakan set data
ujian untuk menentukan kebolehan program berfungsi dengan betul. Namun terdapat
beberapa ciri-ciri dalam penilaian aturcara yang hanya memerlukan implementasi
14

menggunakan kaedah pendekatan statik. Antaranya ialah penentuan gaya pengaturcaraan,


pengesanan ralat aturcara, penilaian metrik perisian, penilaian struktur aturcara, penentuan
plagiarisme dan penilaian diagram.

2.4.1 Penentuan Gaya Pengaturcaraan

Terdapat keperluan untuk penulis aturcara menulis dengan gaya tertentu untuk memastikan
aturcara mudah dibaca dan diselenggara. Aturcara yang berkualiti mestilah mempunyai
indentasi supaya mudah dibaca. Pembolehubah dan pengecam yang digunakan mestilah
mempunyai maksud yang memudahkan orang lain untuk memahami apa yang dilakukan
oleh aturcara (Marini et. al. 2002). Faktor-faktor tersebut perlu diambil kira untuk
menentukan aturcara yang berkualiti. Antara sistem yang dibangunkan untuk menangani
keperluan penyemakan gaya pengaturcaraan ini ialah Style++ (Ala-Mutka et. al., 2004).
Semakan Style++ tertumpu kepada penggunaan komen, baris kosong, penerangan mengenai
program, penamaan pembolehubah, struktur program, skop pembolehubah, layout program
dan penggunaan pemalar.

2.4.2 Pengesanan Ralat Aturcara (Sintaksis atau Semantik)

Ralat sintaksis atau semantik boleh dikesan sebelum aturcara dihantar untuk proses
seterusnya. Kebiasaannya proses ini mampu dilakukan dengan berkesan menggunakan
pengkompil. Pengkompil masa kini sangat maju dan mampu menunjukkan di mana ralat
berlaku. Terdapat juga pengkompil yang mampu memberikan cadangan untuk
membetulkan ralat sintaksis atau semantik yang terdapat dalam aturcara.

Daripada segi semantik pula, terdapat PATP yang mampu mengesan struktur
aturcara yang mencurigakan seperti pengesan gelung yang tidak berkesudahan, dalam
Ceilidh (Foxley et. al., 1996).

Aplikasi seperti CAP (Code Analyzer for Pascal) dibangunkan oleh Schorsch (1995)
mampu mengesan ralat sintaksis, ralat logik dan juga ralat daripada segi gaya (style error)
untuk Pascal. Apa yang menarik dalam aplikasi ini ialah kedudukan ralat dan apa kesalahan
yang berlaku dinyatakan dengan terperinci. Terdapat juga cadangan pembetulan yang
sangat komprehensif untuk membantu pelajar. Aplikasi ini mempunyai objektif yang sangat
15

besar iaitu ia cuba menggantikan pengajar atau tutor dalam usaha pelajar membuat latihan
aturcara.

2.4.3 Penilaian Metrik Perisian

Banyak sistem PATP telah dibangunkan untuk mengendali skop ini, Ceilidh, BOSS (Joy
dan Luck, 1998), Style++ (Ala-Mutka et. al., 2004), CAP dan banyak lagi. Terdapat
beberapa metrik perisian yang diimplementasikan dalam sistem mereka. Antaranya ialah
McCabe (1976) yang mencadangkan kekompleksan cyclomatic yang digunakan dalam
Assyst (Jackson dan Usher, 1997), ELP (Truong et. al., 2004) dan Verilog Logiscope
WinViewer (Mengel dan Yerramilli, 1999).

Beberapa metrik perisian yang digunakan dalam PATP untuk menyukat


kekompleksan aturcara disenaraikan dalam Jadual 2.1.

Jadual 2.1 Beberapa contoh metrik perisian

Metrik perisian Kegunaan Diperkenalkan


oleh
1 Cyclomatic menyukat jumlah logik keputusan dalam McCabe (1976)
Complexity modul aturcara. Cyclometic Complexity
ditentukan dengan e – n +2, di mana e
adalah bilangan pinggir dan n adalah
bilangan nod dalam graf aliran kawalan.
Metrik ini dinilai untuk setiap kelakuan
dalam kelas.

2 Metrik n1 – bilangan operator unik Halstead (1977)


Pengukuran n2 – bilangan operan unik
Sains Perisian N1 – jumlah bilangan kehadiran operator
(Software N2 - jumlah bilangan kehadiran operan
Science Metrics)
Daripada empat pengukuran tersebut, lahir
metrik pengukuran berikut;
n = n1 + n2 – vocabulary program
N = N1 + N2 – panjang program
V = N.log2n – isipadu program
V* = (2+ nJ)lo.g2(2+ nl) – isipadu potensi
(potential volume)
L = V*/V – taraf algoritma
E = V/L – kesusahan aturcara

bersambung ...
16

... sambungan

3 NOC (Number Menyukat bilangan kelas dalam aturcara Tegarden et. al.
of Classes) (1995).

4 SIZE2 (Number Menyukat bilangan sifat (properties) Li and Henry


of properties) (1993)

5 AC (Attributes Mengira nilai semua atribut dalam kelas Chen dan Lu


Complexity) berdasarkan nilai tertentu. (1993)

OpCom Menilai semua nilai kekompleksan untuk


(Operation setiap kelakuan dalam kelas.
Complexity of
Classes)

2.4.4 Penilaian Struktur Aturcara

Melalui kaedah ini, kod aturcara yang dihantar akan ditentukan sama ada struktur program
menepati kehendak atau tidak. Cara yang biasa dilakukan adalah membandingkan kod
aturcara pelajar dengan model penyelesaian yang disediakan oleh pengajar.

Dalam kajian Truong et. al. (2004), kod aturcara pelajar diterjemahkan kepada
pohon sintaksis abstrak (Abstract Syntax Tree, AST) dalam bentuk perwakilan XML
(Badros, 2000). Struktur abstrak yang telah terhasil akan dibandingkan dengan struktur
abstrak model melalui kaedah analisis persamaan struktur (structural similarity analysis).
Daripada kaedah ini, aturcara pelajar akan ditentukan sama ada ia sepadan dengan abstrak
model atau tidak.

2.4.5 Penilaian Bukan-Struktur

Norshuhani et. al. (2006) pula mencadangkan kaedah analisis kesamaan bukan-struktur
(non-structural similarity analysis) untuk mencari persamaan antara aturcara pelajar dengan
aturcara model daripada pengajar. Kaedah ini mampu dilakukan dengan bantuan algoritma
pemetaan teks (text mapping) dan juga algoritma pencarian teks (text searching).

Memandangkan penilaian melalui perbandingan struktur atau bukan-struktur


aturcara memerlukan pengajar menyediakan model penyelesaian (satu atau lebih model
diperlukan untuk pemadanan yang lebih berkesan), pelbagai kemungkinan penyelesaian
perlu disediakan. Adalah mustahil untuk menyediakan kesemua kemungkinan penyelesaian
17

untuk masalah yang lebih rumit. Jadi dua kaedah ini hanya sesuai untuk permasalahan
aturcara untuk peringkat permulaan sahaja, (Thruong et. al., 2004).

2.4.6 Penilaian Dengan Kata Kunci

Penilaian menerusi kaedah ini memerlukan sistem untuk mencari pernyataan dengan kata
kunci tertentu. Saikkonen (2001) telah membangunkan Scheme-robo untuk menilai latihan
aturcara yang ditulis dalam satu pengaturcaraan fungsian, Scheme. Terdapat latihan tertentu
yang tidak membenarkan pelajar menggunakan beberapa kata kunci dalam jawapan mereka.

2.4.7 Pengesanan Plagiarisme

Pengesan plagiarisme adalah aplikasi yang mampu untuk menentukan dua atau lebih kod
aturcara ditiru daripada satu aturcara lain. Plague adalah antara aplikasi yang awal yang
mampu mengesan plagiarisme yang berlaku pada kod aturcara menggunakan perbandingan
token menggunakan satu varian daripada kaedah Longest Common Subsequence (LCS). Ia
dibangunkan oleh Whale (1986) untuk menyokong bahasa Pascal, Prolog, Bourne Shell dan
Llama. Namun aplikasi ini dianggap tidak popular kerana terdapat kerumitan untuk
diimplementasi kepada bahasa pengaturcaraan yang lain (Granville 2002).

YAP (Yet Another Plague) adalah satu aplikasi pemadanan kod aturcara untuk
mengesan plagiat (Wise, 1994) yang menggunakan kaedah pemadanan metrik struktur
(Donaldson et. al., 1981). Dalam versi yang terkini, YAP3 menggunakan algoritma
pemadanan teks Running-Karp-Rabin Greedy-String-Tiling (RKR-GST). Algoritma ini
mampu untuk melakukan pemadanan teks dengan lebih berkesan dan cepat.

JPlag boleh diperoleh melalui halaman web http://wwwipd.ira.uka.de/jplag/


(Prechelt et. al., 2000). Aplikasi ini menggunakan Java sebagai bahasa pembangunan. Ia
mampu mengesan plagiarisme untuk bahasa Java, C, C++ dan Scheme. Pada dasarnya ia
menggunakan algoritma RKR-GST yang diasaskan oleh Wise (1994).

2.4.8 Penilaian Diagram

Terdapat juga beberapa PATP yang mampu melakukan fungsi-fungsi khas yang lain seperti
menyemak rajah carta alir, reka bentuk berasaskan objek dan juga menjalankan simulasi
18

untuk rajah litar elektronik (Symeonidis, 1998). Semua peralatan penyemakan tersebut
terdapat di dalam sistem CourseMaster dan ia dilakukan secara analisis statik. Penyemak
carta alir tersebut akan menterjemah carta alir pelajar kepada bahasa BASIC sebelum
dihantar kepada peralatan penyemakan dinamik untuk dinilai. Penyemak reka bentuk objek
akan menilai reka bentuk yang dihasilkan pelajar. Pengujian akan menentukan
kesempurnaan, kebetulsalahan, ketepatan dan hubungan antara objek yang betul. Litar logik
elektronik juga boleh direka dan dihantar kepada sistem penyemak, CircuitSim. CircuitSim
akan melakukan simulasi untuk menentukan penggunaan komponen elektonik yang betul,
pendawaian yang sempurna dan juga pengaliran arus yang tepat. Sebarang penggunaan
komponen yang tidak diperlukan dan juga pendawaian yang tidak sempurna akan
menyebabkan markah dikurangkan.

2.5 KELEBIHAN DAN KELEMAHAN PENDEKATAN ANALISIS STATIK

Bahagian 2.5.1 merupakan ringkasan kelebihan dan bahagian 2.5.2 merupakan ringkasan
kelemahan dalam pendekatan analisis statistik.

2.5.1 Kelebihan

a) Implementasi yang lebih mudah dan murah (Truong et. al. , 2004) kerana tidak
memerlukan pengkompil dan pelaksana aturcara.
b) Kurang membebankan pelayan (Truong et. al., 2004) dengan ketiadaan
pengkompil dan pelaksana.
c) Boleh dijalankan walaupun terdapat ralat dalam aturcara (Rohaida, 2003).
d) Tidak memerlukan input ujian (Rohaida, 2003).
e) Memberikan lebih fleksibiliti kepada jawapan pelajar (Norshuhaini et. al., 2006).

2.5.2 Kelemahan

a) Perlu menyediakan banyak penyelesaian yang mungkin, untuk perbandingan


struktur atau bukan-struktur (Truong et. al., 2004).
b) Tidak dapat menentukan fungsi dan efisien program (Ala-Mutka, 2005).
19

2.6 KAJIAN-KAJIAN LEPAS BERKAITAN PENGUJIAN MENGGUNAKAN


PENDEKATAN STATIK

Terdapat banyak kajian-kajian yang lepas yang menggunakan gabungan pendekatan


dinamik dan statik untuk membina sistem PATP. Hanya segelintir yang bergantung kepada
pendekatan statik semata-mata. Perbincangan hanya berkisar tentang bahagian penyemakan
dengan menggunakan pendekatan statik, walaupun pendekatan dinamik digunakan bersama
dalam sistem PATP tersebut. Penyelidikan-penyelidikan lepas yang dipilih ialah
Ceilidh/CourseMaster, ELP dan WAGS.

2.6.1 Ceilidh/CourseMaster

Sistem ini pada asalnya dibangunkan oleh Universiti Nottingham sejak 1988 untuk
menyokong bahasa C (Foxley et. al., 1996). Sekarang sistem ini dinamakan CourseMaster
dan diubahsuai supaya mampu menyokong penulisan aturcara melalui pendekatan
berasaskan objek. Sistem ini telah mengalami evolusi dengan penyertaan beberapa
universiti yang lain sehingga mampu menyokong bahasa C++, SQL, Pascal, SML, Fortran
dan lain-lain lagi.

Sistem ini menggunakan kedua-dua pendekatan, statik dan dinamik. Apa yang
dilakukan oleh sistem ini untuk penilaian statik ialah;
a) penilaian susunan(layout) dan struktur aturcara,
b) pengesanan indentasi,
c) pemilihan pengecam,
d) mudah dibaca,
e) metrik kompleksiti,
f) penggunaan denotasi,
g) amaran keserabutan (penggunaan goto yang merumitkan aturcara)
h) pengesan struktur yang mencurigakan (untuk mengelakkan gelung yang tak
berkesudahan – infinite loop).

2.6.2 ELP

Truong et. al., (2004), telah membangunkan satu sistem ELP (Environment to Learning
Programming) untuk menyokong bahasa pengaturcaraan Java can C#. Beliau menggunakan
20

pendekatan analisis dinamik dan juga statik. Untuk bahagian analisis statik, perkara-perkara
berikut telah diambil kira dalam pembangunan sistem tersebut. Perkara-perkara tersebut
ialah analisis metrik kejuruteraan perisian dan analisis kesamaan struktur.

Dalam analisis metrik kejuruteraan perisian, perkara-perkara yang diambil kira oleh
penulis adalah seperti dalam Jadual 2.2.

Jadual 2.2 Penilaian metrik kejuruteraan perisian dalam ELP

Item Keterangan
Statistik program Mengira bilangan pembolehubah, kenyataan dan
ungkapan.
Pembolehubah bayangan Menentukan kehadiran pembolehubah yang sama
diisytihar dalam skop kelas dan skop metod.
Kerumitan cyclomatic Mengira bilangan keputusan logik dalam aturcara
Parameter tidak digunakan Memeriksa parameter yang tidak digunakan dalam
metod.
Ungkapan logik berganda Mengesan ungkapan logik berganda seperti
“X==true”
Pembolehubah yang tidak Mengesan pembolehubah yang diisytihar tetapi
digunakan tidak digunakan.
Nombor ajaib Pastikan penyelesaian pelajar tidak terlalu
bergantung pada nilai literal.
Had capaian Menentukan pembolehubah dan metod
menggunakan had capaian yang betul.
Pernyataan switch Memastikan pernyataan switch yang digunakan
mengandungi default, dan setiap case diakhiri
dengan break.
Bilangan aksara dalam baris Mengira bilangan aksara dalam satu baris
(maksimum 80).
Tiada tab Memastikan ruang kosong (space) digunakan
menggantikan tab sebagai indentasi.

Dalam proses analisis kesamaan struktur, beliau menggunakan kaedah perbandingan


abstrak kod pseudo. Kod pseudo abstrak adalah perwakilan kepada struktur asas algoritma
kepada aturcara. Aturcara pelajar yang dihantar melalui sistem tersebut akan diterjemahkan
kepada kod pseudo abstrak dan dibandingkan dengan skema kod pseudo abstrak yang
dibekalkan oleh pengajar. Beliau menegaskan bahawa kaedah ini hanya sesuai untuk
menganalisis aturcara mudah bagi peringkat pengenalan kepada bahasa pengaturcaraan
yang dipelajari. Kaedah ini tidak sesuai untuk digunakan kepada pengaturcaraan yang
melibatkan penulisan aturcara yang panjang. Ini kerana masalah yang lebih kompleks akan
memungkinkan beberapa kaedah penyelesaian yang berbeza dihantar oleh pelajar. Jadi
struktur aturcara yang lebih daripada satu diperlukan sebagai skema penyelesaian. Ada
21

kemungkinan terdapat banyak kaedah penyelesaian yang mungkin tidak terfikir oleh
pengajar dalam menyediakan skema. Ini akan merumitkan proses perbandingan kod pseudo
(Rich dan Wills, 1990).

Kaedah yang diimplementasikan dalam sistem ini adalah penjanaan AST (Abstract
Syntax Tree) yang diwakilkan dalam format XML, seperti contoh dalam Rajah 2.1. Kaedah
ini dicadangkan oleh Parr (2006) dalam perisian yang dibangunkannya, ANTLR (boleh
diperoleh dari http://antlr.org/). AST aturcara pelajar akan dibandingkan dengan AST yang
dibekalkan oleh pengajar. Dengan membandingkan kedua-dua AST, sistem ini dapat
mengesan sekiranya aturcara pelajar ada kesamaan dengan jawapan pengajar atau pun tidak.
Tetapi sistem ini hanya dapat memberi salah satu daripada dua keputusan, struktur yang
dibandingkan sama atau tidak sahaja.

<gap>
<statements>
<assignment>1</assignment>
<methodCall>1</methodCall>
<loop>
<condition>
<trueBranch>
<methodCall>1</methodCall>
</trueBranch>
<falseBranch>
<methodCall>1</methodCall>
</falseBranch>
</condition>
<assignment>1</assignment>
<methodCall>1</methodCall>
</loop>
</statements>
</gap>

Rajah 2.1 AST dalam format XML yang dicadangkan oleh Parr (2006)

Antara kelemahan perbandingan menggunakan AST ialah struktur yang dijana oleh
sistem terlalu ringkas. Struktur AST yang terlalu ringkas ini tidak dapat digunakan untuk
menilai kod, operator dan sintaksis yang terdapat dalam aturcara yang disemak.

2.6.3 WAGS

WAGS adalah antara PATP yang menggunakan sepenuhnya penilaian melalui pendekatan
analisis statik. Produk ini dibangunkan oleh sekumpulan penyelidik di Universiti Teknologi
22

Petronas. Sistem ini mampu menyokong beberapa bahasa pengaturcaraan seperti Visual
Basic, C dan Java. Keistimewaan sistem ini ialah ia mampu membandingkan kod aturcara
yang dihantar oleh pelajar dengan kod aturcara skema, iaitu skema jawapan kepada latihan
tersebut. Untuk kes tugasan dengan kemungkinan jawapan yang lebih daripada satu,
pengajar perlu menyediakan beberapa skema jawapan. Aturcara pelajar akan dibandingkan
dengan semua skema yang dibekalkan, dan markah yang tertinggi akan diambil sebagai
markah akhir tugasan tersebut.

Kaedah di atas mampu dilakukan dengan algoritma dalam Rajah 2.2 yang
dicadangkan oleh pembangun sistem tersebut.

WAGS Skema jawapan 1


Jawapan
pelajar Algoritma pra-pemprosesan

i=1 Skema jawapan 2

Algoritma pemetaan teks


:
i=i+1
Skema jawapan n
Algoritma pencarian teks

i=N
Markah dan analisis

Rajah 2.2 Algoritma yang dicadangkan oleh Norshuhani et. al. (2005)

Melalui algoritma yang dicadangkan, aturcara pelajar akan melalui proses


penyaringan dalam langkah pra-pemprosesan. Ini untuk memastikan jawapan tersebut tidak
mengandungi elemen-elemen yang boleh menjejaskan operasi seterusnya. Peringkat ini
akan memformatkan semula aturcara tersebut kepada semua huruf kecil, membuang baris
kosong, trimming (membuang aksara tak nampak di pangkal dan hujung baris), membuang
kod yang dijana oleh sistem IDE, dan beberapa perkataan tertentu ditukar kepada perkataan
piawai.

Seterusnya dengan menggunakan algoritma perbandingan, aturcara pelajar akan


dibandingkan dengan model penyelesaian yang telah disediakan oleh pengajar. Sekiranya di
23

sepanjang proses pembandingan, terdapat struktur atau baris kod yang sama, markah akan
diberikan. Jika baris aturcara tidak sama dengan model penyelesaian, bahagian tersebut
akan ditandakan sebagai ralat, dan akan ditolak daripada markah terkumpul.

Untuk menangani kemungkinan model penyelesaian yang pelbagai, sistem ini akan
membandingkan aturcara jawapan pelajar dengan semua model penyelesaian yang
dibekalkan. Markah yang tertinggi daripada perbandingan untuk setiap model penyelesaian
akan dikira sebagai markah tugasan tersebut.

Antara kelemahan WAGS yang dapat dikenal pasti ialah ia tidak mengambil kira
tentang kedudukan pengisytiharan pembolehubah yang mungkin bertabur dalam kod
aturcara. Sekiranya pengisytiharan pembolehubah dapat dikumpulkan dan dilakukan
analisis yang berbeza, ketepatan perbandingan akan meningkat.

2.6.4 Sumbangan Aplikasi kepada Bidang Kajian

Ceilidh/CourseMaster, ELP dan WAGS adalah antara contoh-contoh aplikasi sedia ada
yang menggunakan pendekatan statik dalam mentaksir kod aturcara. Ceilidh/CourseMaster
memfokus kepada pengukuran metrik perisian, ELP lebih kepada struktur aturcara
keseluruhan dan WAGS terus kepada penilaian betul/salah kod aturcara. Aplikasi yang
dibangunkan ini cuba untuk meninjau pendekatan statik dengan menggunakan kod pseudo
sebagai fokus kajian.

2.7 RUMUSAN

Terdapat dua pendekatan utama dalam penilaian aturcara, dinamik dan statik. Penulis
mendapati bahawa pendekatan statik banyak digunakan untuk mengukur metrik perisian
tetapi kurang kepada matlamat untuk menentukan kebetul-salahan aturcara. Fokus
ditumpukan kepada pendekatan statik dengan membandingkan persamaan aturcara melalui
analisis perbandingan kesamaan bukan-struktur.

Motivasi di sebalik pemilihan ini ialah untuk memberi fleksibiliti kepada para
pelajar untuk menulis aturcara yang memungkinkan pelbagai jalan penyelesaian. Kaedah
yang dipilih ini dapat mengurangkan beban kepada pelayan dan dalam masa yang sama
24

mengurangkan risiko sistem tergendala kerana kesilapan logikal semasa pelaksanaan


aturcara yang dihantar oleh pelajar.
25

BAB III

REKA BENTUK APLIKASI

3.1 PENDAHULUAN

Bab ini akan menerangkan skop, keperluan perkakasan dan perisian dan reka bentuk
keseluruhan aplikasi ini dengan lengkap. Memandangkan pembangunan aplikasi ini adalah
menggunakan pendekatan berorientasikan objek, maka perwakilan reka bentuk akan
menggunakan UML (Unified Modeling Language). Dengan menggunakan perwakilan ini
hubungan antara kelas-kelas yang terlibat akan dapat diperjelaskan secara lebih berkesan.

Bab ini akan memfokus kepada reka bentuk keseluruhan aplikasi yang mengandungi
tiga kelas; iaitu kelas penganalisis leksikal, penjana kod-pseudo dan pembanding kod-
pseudo.

Bab ini akan menerangkan secara terperinci tentang rekabentuk apliksi yang dibangunkan.
Penulis memilih untuk menggunakan UML (Unified Modelling Language) untuk
menerangkan rekabentuk aplikasi, memandangkan pendekatan pengaturcaraan yang diguna
pakai dalam aplikasi ini adalah berasaskan objek. Penjelasan untuk algoritma penting yang
terdapat dalam aplikasi akan dijelaskan secara terperinci menggunakan kod pseudo dalam
bahagian 3.3.

3.2 REKA BENTUK UML

Reka bentuk dalam UML dipersembahkan dalam dua rajah iaitu melalui rajah kes
penggunaan (use case diagram), Rajah 3.1 dan juga rajah hubungan kelas yang
digambarkan melalui Rajah 3.2.
26

3.2.1 Rajah Kes Penggunaan (use case)

Rajah kes penggunaan adalah ilustrasi yang digunakan untuk menunjukkan partisi sistem
dan juga pengguna pada peringkat analisis keperluan (Booch et. al., 1999). Rajah kes
penggunaan untuk aplikasi ini digambarkan seperti dalam Rajah 3.1.

Rajah 3.1 Rajah kes penggunaan

Orang lidi digambarkan sebagai pengguna yang terlibat dan bagaimana ia


menggunakan aplikasi melalui antaramuka yang sesuai. Pelajar akan menggunakan
antaramuka yang khas untuk mereka memasukkan jawapan soalan-soalan yang
dikemukakan. Pengajar akan menggunakan antara muka yang disediakan khas untuk
mereka menyediakan soalan-soalan dan memasukkan jawapan-jawapan skema. Pengajar
juga akan mendapat keputusan perbandingan jawapan pelajar dengan skema-skema yang
telah disediakan.
27

3.2.2 Rajah Hubungan Kelas

Terdapat lima kelas utama dalam aplikasi ini iaitu kelas antara muka, kelas penganalisis
leksikal, kelas penjana kod pseudo, dan kelas pembanding kodpseudo. Penerangan lanjut
tentang kelas penganalisis leksikal terdapat dalam kod pseudo pada Rajah 3.10 – 3.29, kelas
penjana kodpseudo Rajah 3.30 – 3.46 dan kelas pembanding kodpseudo Rajah 3.47 – 3.51
Kelas-kelas yang lain merupakan kelas-kelas sokongan untuk membantu kelas-kelas utama.
Rujuk Rajah 3.2 untuk rajah hubungan kelas.

Setiap kelas mempunyai beberapa atribut dan metod yang setiap satunya dijelaskan
secara terperinci dalam Lampiran A. Penerangan dalam bahagian ini menjurus kepada
peranan setiap kelas dan hubungan antara kelas-kelas yang terdapat dalam aplikasi ini.

Rajah 3.2 Rajah hubungan kelas


28

3.2.3 Kelas Antaramuka Input

Kelas AntaramukaInput merupakan kelas yang menjadi perantara antara pengguna (pelajar
dan pengajar) dengan aplikasi ini. Pengajar boleh memasukkan semua skema jawapan
aturcara untuk setiap soalan yang dikemukakan. Manakala pelajar akan memasukkan
jawapan aturcara masing-masing. Kesemua aturcara ini kemudiannya dihantar kepada kelas
PenganalisisLeksikal untuk proses yang seterusnya.

3.2.4 Kelas Penganalisis Leksikal

Kelas penganalisis leksikal (atau penjana token) terdiri daripada kelas PenganalisisLeksikal
yang mana dibantu oleh kelas SenaraiToken (yang dibantu oleh kelas Token) dan kelas
KataKunci. Kelas PenganalisisLeksikal adalah kelas utama yang pertama dalam proses
keseluruhan. Ia menerima input rentetan kod aturcara, dan akan menghasilkan senarai
token. Kelas ini berfungsi untuk menjana senarai token yang dikenal pasti daripada kod
aturcara seperti yang digambarkan pada Rajah 3.3.

main(){ main
float salary,tax; (
scanf("%f",&salary); )
if(salary<=1000){ {
tax=salary*0.04; float
} salary
Penganalisis
else{ ,
Leksikal
tax=salary*0.08; tax
} ...
printf("Your tax is : )
RM.2%f\n",tax); ;
} }

Rajah 3.3 Kod sumber diproses menjadi senarai token melalui kelas PenganalisisLeksikal

Manakala spesifikasi token dalam format Backus-Naur untuk analisis leksikal yang
dilakukan oleh kelas ini terdapat dalam Rajah 3.4. Spesifikasi token ini diubah suai daripada
29

spesifikasi token bahasa C yang dicadangkan oleh Dennis Ritchie (1975) berdasarkan skop
yang telah ditetapkan oleh penulis pada Bab I, bahagian 1.4.

InputElement → Whitespace | Comment | Token


Whitespace → \b | \t | \r | \f | \rNewline | NewLine
NewLine → \n
Comment → LineComment | BlockComment
LineComment → // any string ended by \r or \n or \r\n
BlockComment → /* any string */
Token → Variable | Keyword | Literal | Operator | Separator
Variable → Letter(Letter | Digit | _ )*
Literal →
Number | Character | String
Number → Integer | Real
Integer →-?Digit+
Real →-?Digit+(\.Digit+)?
Character → ‘Letter’ | ‘Digit’ | ‘SpecialCharacter’ | ‘WhiteSpaces’
String →“gabungan satu atau lebih Character”
[A,…,Z,a,…,z]
Letter →
[0,…,9]
Digit →
SpecialCharacter → ` | ~ | ! | @ | # | $ | % | ^ | & | *
| ( | )| _ | + | - | = |; |’ |: |” |, |.
| / | < | > |? | [|]| \ | { | } | |
Keyword → asm | auto | break | case | const
| continue | default | do | else
| enum | extern | for | goto | if
| register | return | signed | sizeof |
static | struct | switch | typedef | union
| unsigned | void | volatile | while |
main | printf | scanf
| DataType
DataType → double | int | float | char | long | short
Operator → ArithmetikOperator | LogicalOperator | RelationalOperator
| AssignOperator | AssignOperatorX | CompoundOperator
| UnaryOperator
ArithmetikOperator → * | / | % | + | -
LogicalOperator → && | ||
UnaryOperator → !
RelationalOperator → == | != | <
| > | >= | <=
AssignOperator → =
AssignOperatorX → *= | /= | %= | += | -=
CompoundOperator → -- | ++
Separator → , | ; | { | } | [ | ] | ( | ) | :
AddressOperator → &
UnknownToken → Selain daripada token yang disenaraikan

Rajah 3.4: Spesifikasi token (sintak leksikal) dalam format Backus-Naur yang dicadangkan
oleh penulis
30

Dalam usaha untuk menjalankan tugasnya, kelas PenganalisisLeksikal dibantu oleh


beberapa kelas lain. Kelas Token merupakan nod asas dalam struktur data pengaturcaraan
ini. Struktur data yang dibina adalah seperti dalam Rajah 3.5. Token merupakan terminal
seperti yang terdapat dalam spesikasi token (Rajah 3.4), manakala kategori token pula ialah
jenis-jenis token yang didefinisikan dalam Rajah 3.4 (perkataan yang disendengkan). Setiap
satu nod asas ini menyimpan maklumat token-token yang diambil dari kod aturcara sumber.
Kelas ini akan digunakan oleh kelas SenaraiToken untuk membina senarai terpaut nod-nod
token.

token kategori token seterusnya

Rajah 3.5 Struktur data yang digunakan dalam kelas Token

Kelas KataKunci membantu kelas PenganalisisLeksikal dalam proses membentuk


senarai token. Apa yang dibuat oleh kelas ini ialah ia menyimpan senarai kata kunci yang
telah dikenal pasti dalam nahu bahasa ini dan boleh mengenal pasti sama ada perkataan
yang dihantar kepadanya termasuk dalam kategori kata kunci atau tidak. Kelas
SenaraiToken pula merupakan kelas yang akan membina dan mengurus senarai berjujukan
nod daripada token-token yang terdapat dalam kod sumber. Kelas ini akan berfungsi untuk
mewujudkan senarai berjujukan yang baru, menyelitkan nod yang baru dicipta, dan juga
menyediakan kemudahan untuk menyelusur jujukan nod yang terhasil. Kelas ini akan
digunakan oleh kelas PenganalisisLeksikal dalam proses pembinaan senarai terpaut token.

Penyelidik juga mencadangkan penamaan semula pembolehubah untuk


menyeragamkan penamaan pembolehubah. Sekiranya token dalam kategori pembolehubah
(Variable) dikenalpasti, pembolehubah tersebut akan dirujuk kepada jadual senarai
pembolehubah. Sekiranya pembolehubah tersebut telah dijumpai sebelum ini, maka nama
baru yang telah diberi akan diguna pakai. Tetapi sekiranya pembolehubah tersebut belum
ada, ia akan didaftar dalam jadual senarai pembolehubah dan nama baru akan diberikan. Ini
dapat meminimumkan variasi dalam penamaan pembolehubah. Sila rujuk contoh dalam
Jadual 3.2.
31

Jadual 3.1 Contoh penamaan semula pembolehubah

Sebelum penamaan semula Selepas penamaan semula


float number1, number2, number3; float v1, v2, v3;
float sum, average; float v4, v5;
sum=number1+number2+number3; v4=v1+v2+v3;
average=sum/3; v5=v4/3;

3.2.5 Kelas Penjana Kod pseudo

Kelas ini merupakan kelas yang kedua dalam keseluruhan proses. Apa yang dilakukan oleh
kelas ini adalah menjana kod pseudo daripada senarai berjujukan token yang terhasil
daripada kelas PenganalisisLeksikal seperti yang digambarkan pada Rajah 3.5. Spesifikasi
kod pseudo yang digunakan adalah seperti yang dicadangkan oleh Robertson (2002)
terdapat dalam Jadual 3.2. Rajah 3.6 merupakan senarai peraturan-peraturan yang telah
ditetapkan oleh penulis dalam penukaran kod aturcara C kepada kod pseudo.

Kelas ini mengandungi metod-metod yang akan menukar kod aturcara sumber
kepada kod pseudo. Pernyataan-pernyataan seperti pengisytiharan pembolehubah,
umpukan, struktur kawalan pilihan dan pengulangan diproses oleh metod masing-masing.
32

main(){ START
int i=1; declare v1 as integer
float salary,tax; v1=1
declare v2 as float
do{ declare v3 as float
printf("Staff no : DO
%d\n",i); display value of v1
printf("Key in the display "text"
salary\n"); Penjana get user data for v2
scanf("%f",&salary); Kodpseudo IF v2 < 1000
calculate v3 =
if(salary<=1000){ v2*0.04
tax=salary*0.04; ELSE
} calculate v3 =
else{ v2*0.08
tax=salary*0.08; ENDIF
} display the value of v2
printf("Your tax is : display the value of v3
RM.2%f\n",tax); i=+1
i++; WHILE i < 5
}while (i<=5); END
}

Rajah 3.6 Kod aturcara C diterjemah kepada kod pseudo melalui kelas penjana kod pseudo

Program → [void] main ( ) { Declarations Statements }


{ START Declarations Statements END }
Declarations → ε | Declarations Declaration
Declaration → DataType Variable ;
| DataType Variables ;
{DECLARE Variable AS INTEGER | CHARACTER |
DECIMAL}
Variables → Variable | Variables, Variable
Expression → Variable | Constant
| -Expression | !Expression
| Expression Operator Expression
| CompoundExpression
CompoundExpression → ++ Variable | -- Variable
| Variable ++ | Variable --
Statements → Statement | Statements Statement
Statement → ; | Block | Assignment | AssignmentX
| IfStatement | ElseIfStatement | ElseStatement
| WhileStatement | DoWhileStatement | ForStatement
| PrintfStatement | ScanfStatement
| SwitchStatement | CaseStatement
| DefaultStatement
| break ; | continue ; | return ; | getch ( ) ;
Block → { Statements }
Assignment → Variable AssignOperator Expression ;
AssignmentX → Variable AssignOperatorX Expression ;
… bersambung
33

… sambungan

IfStatement → if ( Expression ) Block


{ IF Expression Block }
ElseIfStatement → else if ( Expression ) Block
{ ELSEIF Expression Block }
ElseStatement → else ( Expression ) Block
{ ELSE Expression Block
ENDIF }
WhileStatement → while ( Expression ) Block
{ WHILE ( Expression ) Block}
DoWhileStatement → do Block while ( Expression)
{ DO Block WHILE Expression }
ForStatement → for ( Expression ; Expression ; Expression) Block
{Expression1
DO
Block
Expression3
WHILE Expression2 }
SwitchStatement → switch (Expression ) Block ;
{IF Expression
Block}
CaseStatement → case Constant : Statement
| case Constant : Statements
{ ELSEIF Expression
Block}
DefaultStatement → default : Statements
| default : Statement
{ ELSE Expression
Block}
PrintfStatement → printf ( String ) ;
| printf ( String , Variables ) ;
{ DISPLAY “text” }
| { DISPLAY value of Variables }
ScanfStatement → scanf ( String, Variables )
{ GET Variables }

Rajah 3.7: Spesifikasi tatabahasa dalam format Backus-Naur yang dicadangkan oleh penulis

Jadual 3.2 Peraturan terjemahan kod aturcara kepada kod pseudo

Jenis pernyataan Contoh Terjemahan


Pengisytiharan DataType v1; DECLARE num1 as DataType
pembolehubah
Pengisytiharan DataType v1, v2, v3; DECLARE v1 as DataType.
pemboleh ubah DECLARE v2 as DataType.
pelbagai DECLARE v3 as DataType.
bersambung ...
34

... sambungan

Pengisytiharan DataType v1=3; DECLARE v1 as DataType.


pemboleh ubah Set DataType with 3
dengan nilai awal
PrintfStatement printf() DISPLAY
ScanfStatement scanf() INPUT
Pernyataan if if(conditions){ IF conditions
… …
}else if(conditions){ ELSEIF conditions
… …
}else{ ELSE
… …
}
Pernyataan switch… switch(…){ IF conditions
case case 1: …
… ELSEIF conditions
case 2: …
… ELSE
case n: …

default:

}
Pernyataan do…while do { DO
… …
}while (conditions); WHILE conditions
Pernyataan while while(conditions){ WHILE conditions
… …
}
Pernyataan for for(statemet1;statement statement1
2; statement3){ DO
… …
} statement3
WHILE statement2
Operator == =
perbandingan != Dikekalkan
<, >, <=, >= Dikekalkan
Operator logik && AND
|| OR
! NOT
Operator aritmetik +, -, *, /, % Semua operator dikekalkan
Pernyataan majmuk A++; A=A+1
B--; B=B+1
C+=3; C=C+3
D-=3; D=D-3
E*=3; E=E*3
F/=3; F=F/3
G%=3; G=G%3

Sumber: Robertson (2002)


35

3.2.6 Kelas Pembanding Kodpseudo

Kelas ini adalah kelas yang ketiga, di mana kodpseudo daripada aturcara pelajar dan
juga kod pseudo daripada aturcara model penyelesaian dibandingkan untuk mendapatkan
peratus kesamaan. Terdapat dua proses yang diwakili oleh dua kelas. Proses pertama ialah
proses memisahkan pengisytiharan pemboleh ubah daripada kod pseudo yang lain (berlaku
dalam kelas PemisahPembolehubah). Sebelum proses perbandingan, semua pengisytiharan
pembolehubah dalam kod pseudo akan dipisahkan. Proses ini berlaku kepada kesemua kod
pseudo jawapan pelajar dan juga skema.

a. Perbandingan Pembolehubah

Kedudukan pengisytiharan pembolehubah boleh dilakukan dipelbagai baris kod aturcara,


Sekiranya tidak dihimpunkan di tempat yang lain, proses perbandigan akan dipengaruhi
oleh pernyataan-pernyataan pengisytiharan pembolehubah yang pelbagai. Dengan
mengasingkan pengisytiharan pembolehubah, proses perbandingan dapat dilakukan dengan
lebih baik.

Seterusnya kod pseudo yang telah dipisahkan pernyataan pengisytiharan


pembolehubah akan menjalani proses perbandingan. Proses seterusnya dalam kelas
PembandingkodPseudo ialah membandingkan kod pseudo pelajar dengan kod pseudo
skema. Kod pseudo pelajar akan dibandingkan dengan salah satu daripada kod pseudo
skema. Dalam proses ini, kod pseudo telah dipisahkan kepada dua bahagian. Bahagian
pertama adalah pengisytiharan pembolehubah, dan bahagian kedua adalah pernyataan lain
yang bukan pengisytiharan pembolehubah.

Perbandingan yang pertama adalah perbandingan antara senarai pembolehubah kod


pseudo pelajar dengan senarai pembolehubah kod pseudo skema. Lima peratus (5%)
diperuntukkan untuk perbandingan senarai pembolehubah. Penyelidik mencadangkan 5%
diperuntukkan kepada markah pembolehubah kerana bahagian pengisytiharan adalah
bahagian yang sedikit dalam penulisan kod aturcara. Walaubagaimanapun, aplikasi tersebut
boleh diubahsuai agar peratus yang ditentukan oleh instruktor.

Terdapat tiga kategori pembolehubah yang utama iaitu;


i) integer (daripada jenis data int dan long),
36

ii) decimal (daripada jenis data float dan double) dan


iii) aksara (daripada jenis data char).

Perbandingan dilakukan dengan mengira bilangan pembolehubah mengikut tiga


kategori yang ditetapkan seperti di atas. Jumlah pembolehubah setiap kategori dibandingkan
antara yang terdapat dalam kod pseudo pelajar dengan kod pseudo skema. Setiap satu
kategori pembolehubah dibandingkan. Sekiranya jumlah pembolehubah kod pseudo pelajar
(dalam satu-satu kategori) kurang daripada jumlah pembolehubah dalam kod pseudo
skema, tiada markah diberikan. Sekiranya jumlah pembolehubah lebih besar atau sama
maka satu markah akan diberikan. Sekiranya terdapat kategori pembolehubah yang sama
jumlah sifar (0), maka kategori pembolehubah tersebut tidak akan diambilkira dalam
pengiraan. Pengiraan adalah seperti formula berikut;

Persamaan pembolehubah = Nb x 5
Nt
Di mana Nb adalah bilangan kategori yang betul, dan Nt adalah bilangan kategori yang
terlibat.

Jadual 3.3 Contoh pengiraan kesamaan pengisytiharan pembolehubah

Kategori Bilangan Bilangan Kategori Bilangan


pembolehubah pembolehubah betul kategori
dalam kod dalam kod terlibat
pelajar skema
integer 3 4 0 1
decimal 2 2 1 1
characte 0 0 0 0
r
Jumlah 1 2

Berdasarkan contoh dalam Jadual 3.3, berikut adalah pengiraan kesamaan pengisytiharan
pembolehubah.
= Nb x 5
Nt
= (1/2) x 5 = 2.5
37

b. Perbandingan Proses

Seterusnya adalah perbandingan antara kod pseudo pernyataan bukan pengisytiharan


pembolehubah yang terdapat dalam kod pseudo pelajar dengan kod pseudo skema.
Bahagian ini dibandingkan menggunakan salah satu fungsi perbandingan rentetan yang
terdapat dalam pustaka PHP, iaitu similar_text (php.net, 2007). Sila rujuk 3.2.6 (c) untuk
penerangan lanjut tentang fungsi similar_text.

Peratus persamaan = peratus persamaan daripada similar_text X 95/100

Setiap proses yang berlaku dalam kelas pembanding kod pseudo ini akan berlaku
berulang-kali untuk perbandingan kod pseudo pelajar dengan kod pseudo skema yang
berikutnya, sehingga kesemua kod pseudo skema dibandingkan. Ringkasan dalam bentuk
visual mengenai proses pembandingan tersebut terdapat dalam Rajah 3.5.

Kod pseudo pelajar

Kod pseudo
% kesamaan 1
skema 1

Kod pseudo % kesamaan 2

skema 2

Kod pseudo % kesamaan n


skema n

Perbandingan Kod Pseudo

%kesamaan
tertinggi

Rajah 3.8 Proses pembandingan kod pseudo pelajar dengan kod skema
38

c. Fungsi similar_text

Fungsi similar_text adalah antara fungsi piawai yang terdapat dalam pustaka PHP. Ia telah
dibangunkan oleh salah seorang penyumbang untuk bahasa PHP menggunakan kaedah
perbandingan rentetan aksara demi aksara (php.net, 2007). Fungsi ini menerima dua
rentetan dan mengembalikan peratus aksara yang sama berdasarkan algoritma yang
dicadangakan oleh Oliver (1993). Kompleksiti algortima ini adalah O(N3) di mana N ialah
saiz rentetan yang terpanjang.

Terdapat juga satu fungsi lain dalam pustaka PHP yang mampu mendapatkan
persamaan antara dua rentetan, iaitu levenshtein. Fungsi ini mengira bilangan aksara yang
minimum untuk ditukar, dimasukkan atau dibuang untuk menukarkan rentetan pertam
kepada rentetan kedua (php.net, 2008), berdasarkan algoritma yang dicadangkan oleh
Levenshtein (1966). Kompleksiti algoritma fungsi ini ialah O(M*N), yang mana lebih baik
daripada fungsi similar_text. Walaubagaimanapun, fungsi ini hanya mampu memproses
rentetan yang saiznya adalah tidak kurang daripada 255 aksara (php.net, 2008). Sekiranya
salah satu rentetan bersaiz lebih daripada 255 aksara, fungsi akan mengembalikan -1.
Berdasarkan kekangan ini, maka penulis memilih untuk menggunakan similar_text. Ini
kerana besar kemungkinan kod pseudo yang dihasilkan daripada kod sumber nanti akan
bersaiz lebih besar daripada 255 aksara.

Jadual 3.4 Perbandingan kualitatif antara fungsi similar_text dengan levenshtein yang
terdapat dalam pustaka PHP

Fungsi / kriteria similar_text levenshtein


Kompleksiti O(N3) O(M*N)
Had panjang rentetan tiada 255

3.2.7 Kelas Antara muka Output

Kelas ini menyediakan antara muka untuk memaparkan senarai peratus persamaan yang
diperoleh daripada perbandingan aturcara pelajar dengan setiap satu aturcara skema. Nilai-
nilai tersebut diperoleh daripada kelas PembandingKodPseudo. Antara muka juga akan
memaparkan nilai peratus yang tertinggi.
39

3.3 ALGORITMA-ALGORITMA PENTING

Berikut adalah algoritma yang terlibat dalam pelaksanaan aplikasi ini. Penulis hanya akan
memfokus kepada tiga proses penting; penganalisa leksikal, penjanaan kod pseudo dan
perbandingan kod pseudo.

Kod pseudo dalam Rajah 3.6 adalah ringkasan proses yang berlaku dalam
perbandingan kod sumber pelajar dengan kod sumber instruktor.

Dapatkan jawapan pelajar


Tukar kod aturcara pelajar kepada senarai token menggunakan Penganalisis Leksikal
Tukar senarai token aturcara pelajar kepada kod pseudo menggunakan ...
Penjana Kodpseudo
Selagi masih ada skema jawapan
Dapatkan salah satu skema jawapan
Tukar kod aturcara skema kepada kod pseudo
Bandingkan kod pseudo pelajar dengan kod pseudo skema jawapan ...
Menggunakan Pembanding Kodpseudo
Simpan peratus persamaan
Proses skema jawapan berikutnya
Dapatkan peratus persamaan yang tertinggi

Rajah 3.9 Kod pseudo bagi ringkasan proses

3.3.1 Algoritma Penganalisis Leksikal

Bagi setiap perkataan yang disendengkan dalam kod pseudo Rajah 3.10-3.29, sila rujuk
kepada sintak leksikal (Rajah 3.4) untuk penjelasan lanjut.

Fungsi PENGANALISISLEKSIKAL
Dapatkan rentetan kodSumber
Dapatkan panjang rentetan kodSumber, bilanganAksaraKodSumber
Set pembilang sebagai 0
Selagi pembilang < bilanganAksaraKodSumber
Dapatkan satu aksara dari kodSumber, sebagai aksaraSemasa
Jika aksara tak nampak, atau WhiteSpace
Abaikan aksaraSemasa
Proses aksara seterusnya
Jika aksaraSemasa adalah Letter, mungkin Variable atau Keyword
Pergi ke fungsi Katakunci

bersambung ...
...sambungan
40

Jika aksaraSemasa adalah Digit


Pergi ke fungsi Nombor
Jika aksaraSemasa adalah “ ‘ ”
Pergi ke fungsi NilaiLiteralAksara
Jika aksaraSemasa adalah “ “ ”
Pergi ke fungsi NilaiLiteralRentetan
Jika aksaraSemasa adalah “/”
Pergi ke fungsi ProsesOperatorBahagi
Jika aksaraSemasa adalah “*”
Pergi ke fungsi ProsesOperatorDarab
Jika aksaraSemasa adalah “%”
Pergi ke fungsi ProsesOperatorModulo
Jika aksaraSemasa adalah “+”
Pergi ke fungsi ProsesOperatorTambah
Jika aksaraSemasa adalah “-”
Pergi ke fungsi ProsesOperatorTolak
Jika aksaraSemasa adalah “=”
Pergi ke fungsi ProsesOperatorSama
Jika aksaraSemasa adalah “>”
Pergi ke fungsi ProsesOperatorBesar
Jika aksaraSemasa adalah “<”
Pergi ke fungsi ProsesOperatorKecil
Jika aksaraSemasa adalah “&”
Pergi ke fungsi ProsesOperatorDan
Jika aksaraSemasa adalah “|”
Pergi ke fungsi ProsesOperatorAtau
Jika aksaraSemasa adalah “!”
Pergi ke fungsi ProsesOperatorTak
Jika aksaraSemasa adalah Separator
Tambah aksaraSemasa kepada senaraiToken, kategori Separator
Jika aksaraSemasa adalah Digit
Pergi ke fungsi Number
Jika aksaraSemasa adalah “\n”
Tambah aksaraSemasa kepada senaraiToken, kategori NewLine
Selain daripada itu
Token tidak dapat dikenalpasti
Tambah token kepada senaraiToken, kategori Unknown
Dapatkan aksara seterusnya
Tamat ulangan (pembilang < bilanganAksaraKodSumber)
Tamat Fungsi PENGANALISISLEKSIKAL

Rajah 3.10 Kod pseudo bagi fungsi PENGANALISISLEKSIKAL

Fungsi Katakunci
Tambah aksaraSemasa kepada tokenSementara
41

Selagi aksara seterusnya Digit atau “_”


Proses aksara seterusnya
Tambah aksaraSemasa kepada tokenSementara
Jika semua aksara dalam tokenSementara adalah huruf
Uji tokenSementara dengan senarai Keyword
Jika tokenSementara adalah Keyword
Tambah tokenSementara kepada senaraiToken
Selain daripada itu, tokenSementara adalah Variable
Pergi ke fungsi Pembolehubah
Tamat Fungsi Katakunci

Rajah 3.11 Kod pseudo bagi fungsi Katakunci

Fungsi Pembolehubah
Hantar tokenSementara kepada fungsi PenamaanSemulaPembolehubah
Tambah namaPembolehubah kepada senaraiToken, kategori Variable
Tamat Fungsi Pembolehubah

Rajah 3.12 Kod pseudo bagi fungsi Pembolehubah

Fungsi PenamaanSemulaPembolehubah (pembolehubahSemasa)


Jika tiada senarai dalam JadualPembolehubah
Set namaBaruPembolehubah sebagai “v1”
Simpan pembolehubahSemasa dan namaBaruPembolehubah ...
dalam JadualPembolehubah
Kembalikan namaBaruPembolehubah
Jika ada senarai dalam JadualPembolehubah
Semak pembolehubahSemasa dengan JadualPembolehubah
Jika pembolehubahSemasa telah wujud dalam JadualPembolehubah
Dapatkan namaBaruPembolehubah dari JadualPembolehubah
Kembalikan namaBaruPembolehubah
Jika pembolehubahSemasa tidak wujud dalam JadualPembolehubah
Kira bilangan dalam senarai JadualPembolehubah, sebagi bil
Set namaBaruPembolehubah sebagai “v”bil
Simpan pembolehubahSemasa dan namaBaruPembolehubah ...
dalam JadualPembolehubah
Kembalikan namaBaruPembolehubah
Tamat fungsi PenamaanSemulaPembolehubah

Rajah 3.13 Kod pseudo bagi fungsi PenamaanSemulaPembolehubah

Fungsi Nombor
aksaraSemasa adalah Digit
42

Set tokenSementara sebagai aksaraSemasa


Selagi aksaraSemasa ialah Digit atau “.”
Tambah aksaraSemasa kepada tokenSementara
Jika aksaraSemasa adalah “.”
Nombor bukan integer
Dapatkan aksara seterusnya
Jika nombor bukan integer
Tambah tokenSementara kepada senaraiToken, kategori Real
Selain daripada itu
Tambah tokenSementara kepada senaraiToken, kategori Integer
Tamat Fungsi Nombor

Rajah 3.14 Kod pseudo bagi fungsi Nombor

Fungsi NilaiLiteralAksara
Nilai aksaraSemasa adalah “ ‘ ”
Set tokenSementara sebagai aksaraSemasa
Dapatkan aksara seterusnya
Selagi aksaraSemasa bukan “ ‘ ”
Tambah aksaraSemasa kepada tokenSementara
Dapatkan aksara seterusnya
Tambah tokenSementara kepada senaraiToken, kategori Character
Tamat Fungsi NilaiLiteralAksara

Rajah 3.15 Kod pseudo bagi fungsi NilaiLiteralAksara

Fungsi NilaiLiteralRentetan
Nilai aksaraSemasa adalah “ “ ”
Set tokenSementara sebagai aksaraSemasa
Dapatkan aksara seterusnya
Selagi aksaraSemasa bukan “ “ ”
Tambah aksaraSemasa kepada tokenSementara
Dapatkan aksara seterusnya
Tambah tokenSementara kepada senaraiToken, kategori String
Tamat Fungsi NilaiLiteralRentetan

Rajah 3.16 Kod pseudo bagi fungsi NilaiLiteralRentetan

Fungsi ProsesOperatorBahagi
Jika aksara seterusnya adalah “/”
43

Pergi kepada fungsi KomenBaris


Jika aksara seterusnya adalah “*”
Pergi kepada fungsi KomenBlok
Jika aksara seterusnya adalah “=”
Dapatkan aksara seterusnya sebagai aksaraSemasa
Tambah aksaraSemasa kepada tokenSementara
Nilai tokenSementara ialah “/=”
Tambah tokenSementara kepada senaraiToken, kategori BinaryOperator
Selain daripada itu
tokenSemasa adalah “/”,
Tambah tokenSementara kepada senaraiToken, kategori BinaryOperator
Tamat Fungsi ProsesOperatorBahagi

Rajah 3.17 Kod pseudo bagi fungsi ProsesOperatorBahagi

Fungsi ProsesOperatorDarab
Set tokenSementara sebagai “*”
Jika aksara seterusnya adalah “=”
Dapatkan aksara seterusnya sebagai aksaraSemasa
Tambah aksaraSemasa kepada tokenSementara
Nilai tokenSementara ialah “*=”
Tambah tokenSementara kepada senaraiToken, kategori AssignOperatorX
Dapatkan aksara seterusnya
Selain daripada itu
Nilai token sementara adalah “*”
Tambah tokenSementara kepada senaraiToken, kategori
ArithmeticOperator
Tamat Fungsi ProsesOperatorDarab

Rajah 3.18 Kod pseudo bagi fungsi ProsesOperatorDarab

Fungsi ProsesOperatorModulo
Set tokenSementara sebagai “%”
Jika aksara seterusnya adalah “=”
Dapatkan aksara seterusnya sebagai aksaraSemasa
Tambah aksaraSemasa kepada tokenSementara
Nilai tokenSementara ialah “%=”
Tambah tokenSementara kepada senaraiToken, kategori AssignOperatorX
Dapatkan aksara seterusnya
Selain daripada itu
Nilai token sementara adalah “%”
Tambah tokenSementara kepada senaraiToken, kategori ArithmeticOperator
Tamat Fungsi ProsesOperatorModulo

Rajah 3.19 Kod pseudo bagi fungsi ProsesOperatorModulo


44

Fungsi ProsesOperatorTambah
Set tokenSementara sebagai “+”
Jika aksara seterusnya adalah “=”
Dapatkan aksara seterusnya sebagai aksaraSemasa
Tambah aksaraSemasa kepada tokenSementara
Nilai tokenSementara ialah “+=”
Tambah tokenSementara kepada senaraiToken, kategori AssignOperatorX
Jika aksara seterusnya adalah “+”
Dapatkan aksara seterusnya sebagai aksaraSemasa
Tambah aksaraSemasa kepada tokenSementara
Nilai tokenSementara adalah “++”
Tambah tokenSementara kepada senaraiToken, kategori
CompoundOperator
Selain daripada itu
Nilai token sementara adalah “+”
Tambah tokenSementara kepada senaraiToken, kategori ArithmeticOperator
Tamat Fungsi ProsesOperatorTambah
Rajah 3.20 Kod pseudo bagi fungsi ProsesOperatorTambah

Fungsi ProsesOperatorTolak
Set tokenSementara sebagai “-”
Jika aksara seterusnya adalah “=”
Dapatkan aksara seterusnya sebagai aksaraSemasa
Tambah aksaraSemasa kepada tokenSementara
Nilai tokenSementara ialah “-=”
Tambah tokenSementara kepada senaraiToken, …
kategori ArithmeticOperatorX
Jika aksara seterusnya adalah “-”
Dapatkan aksara seterusnya sebagai aksaraSemasa
Tambah aksaraSemasa kepada tokenSementara
Nilai tokenSementara adalah “--”
Tambah tokenSementara kepada senaraiToken, …
kategori CompoundOperator
Selain daripada itu
Nilai tokenSementara adalah “-”
Tambah tokenSementara kepada senaraiToken, …
kategori ArithmeticOperator
Tamat Fungsi ProsesOperatorTolak

Rajah 3.21 Kod pseudo bagi fungsi ProsesOperatorTambah

Fungsi KomenBaris
Selagi aksaraSemasa bukan “\n”, iaitu baris baru
Dapatkan aksara seterusnya
Tiada token dijana daripada fungsi ini
Semua aksara yang diproses akan diabaikan
Tamat Fungsi KomenBaris

Rajah 3.22 Kod pseudo bagi fungsi KomenBaris


45

Fungsi KomenBlok
Selagi aksaraSemasa bukan “*” dan diikuti oleh “\”
Dapatkan aksara seterusnya
Tiada token dijana daripada fungsi ini
Semua aksara yang diproses akan diabaikan
Tamat Fungsi KomenBlok

Rajah 3.23 Kod pseudo bagi fungsi KomenBlok

Fungsi ProsesOperatorSama
Set tokenSementara sebagai “=”
Dapatkan token seterusnya
Jika aksaraSemasa adalah “=”
Tambah aksaraSemasa kepada tokenSementara
Nilai tokenSementara adalah “==”
Tambah tokenSementara kepada senaraiToken, …
kategori RelationalOperator
Selain daripada itu
Nilai tokenSementara adalah “=”
Tambah tokenSementara kepada senaraiToken, …
kategori AssignOperator
Tamat Fungsi ProsesOperatorSama

Rajah 3.24 Kod pseudo bagi fungsi ProsesOperatorSama

Fungsi ProsesOperatorBesar
Set tokenSementara sebagai “>”
Dapatkan token seterusnya
Jika aksaraSemasa adalah “=”
Tambah aksaraSemasa kepada tokenSementara
Nilai tokenSementara adalah “>=”
Tambah tokenSementara kepada senaraiToken, …
kategori RelationalOperator
Selain daripada itu
Nilai tokenSementara adalah “>”
Tambah tokenSementara kepada senaraiToken, …
kategori RelationalOperator
Tamat Fungsi ProsesOperatorBesar

Rajah 3.25 Kod pseudo bagi fungsi ProsesOperatorBesar


46

Fungsi ProsesOperatorKecil
Set tokenSementara sebagai “<”
Dapatkan token seterusnya
Jika aksaraSemasa adalah “=”
Tambah aksaraSemasa kepada tokenSementara
Nilai tokenSementara adalah “<=”
Tambah tokenSementara kepada senaraiToken, …
kategori RelationalOperator
Selain daripada itu
Nilai tokenSementara adalah “<”
Tambah tokenSementara kepada senaraiToken, …
kategori RelationalOperator
Tamat Fungsi ProsesOperatorKecil

Rajah 3.26 Kod pseudo bagi fungsi ProsesOperatorKecil

Fungsi ProsesOperatorTak
Set tokenSementara sebagai “!”
Dapatkan token seterusnya
Jika aksaraSemasa adalah “=”
Tambah aksaraSemasa kepada tokenSementara
Nilai tokenSementara adalah “<=”
Tambah tokenSementara kepada senaraiToken, …
kategori RelationalOperator
Selain daripada itu
Nilai tokenSementara adalah “!”
Tambah tokenSementara kepada senaraiToken, …
kategori UnaryOperator
Tamat Fungsi ProsesOperatorTak

Rajah 3.27 Kod pseudo bagi fungsi ProsesOperatorTak

Fungsi ProsesOperatorDan
Set tokenSementara sebagai “&”
Dapatkan token seterusnya
Jika aksaraSemasa adalah “&”
Tambah aksaraSemasa kepada tokenSementara
Nilai tokenSementara adalah “&&”
Tambah tokenSementara kepada senaraiToken, …
kategori LogicalOperator
Selain daripada itu
Nilai tokenSementara adalah “&”
Tambah tokenSementara kepada senaraiToken, …
kategori AddressOperator
Tamat Fungsi ProsesOperatorDan

Rajah 3.28 Kod pseudo bagi fungsi ProsesOperatorDan


47

Fungsi ProsesOperatorAtau
Set tokenSementara sebagai “|”
Dapatkan token seterusnya
Jika aksaraSemasa adalah “|”
Tambah aksaraSemasa kepada tokenSementara
Nilai tokenSementara adalah “||”
Tambah tokenSementara kepada senaraiToken, …
kategori LogicalOperator
Selain daripada itu
Nilai tokenSementara adalah “|”
Tambah tokenSementara kepada senaraiToken, …
kategori UnknownToken
Tamat Fungsi ProsesOperatorAtau

Rajah 3.29 Kod pseudo bagi fungsi ProsesOperatorAtau

3.3.2 Algoritma Penjanaan Kod Pseudo

Bagi setiap perkataan yang disendengkan dalam kod pseudo Rajah 3.30-3.46, sila rujuk
kepada spesifikasi tatabahasa (Rajah 3.7) untuk penjelasan lanjut.

Fungsi PENJANAKODPSEUDO
Selagi terdapat token dalam senarai
Jika jumpa ‘main’ dalam senarai token
Buang kepala fungsi ‘main’ beserta simbol-simbol ‘(’, ‘)’ dan ‘{’
Set “START” dalam senaraiKodPesudo
Set blokSemasa sebagai “main”
Proses token seterusnya

Selain itu, jika token adalah DataType, sama ada int, char,float atau double
Pergi ke fungsi DeclarationStatement
Selain itu, jika token adalah pembolehubah
Dapatkan token seterusnya
Jika token adalah ‘=’
Pergi ke fungsi AssignmentOperation
Jika token adalah AssignOperatorX
Pergi ke fungsi AssignmentOperationX
Selain itu, jika token adalah CompoundOperator
Pergi ke fungsi CompoundExpression
Selain itu, jika token adalah “printf”
Pergi ke fungsi PrintfStatement
Selain itu, jika token adalah “scanf”
Pergi ke fungsi ScanfStatement
Selain itu, jika token adalah “else”
Jika token seterusnya adalah “if”
Pergi ke fungsi IfElseStatement

bersambung ...
48

... sambungan

Selain itu
Pergi ke fungsi ElseStatement
Selain itu, jika token adalah “switch”
Pergi ke fungsi SwitchStatement
Selain itu, jika token adalah “case”
Pergi ke fungsi CaseStatement
Selain itu, jika token adalah “default”
Pergi ke fungsi DefaultStatement
Selain itu, jika token adalah “do”
Pergi ke fungsi DoWhileStatement
Selain itu, jika token adalah “while”
Pergi ke fungsi WhileStatement
Selain itu, jika token adalah “for”
Pergi ke fungsi ForStatement
Selain itu, jika token adalah CompoundOperator
Pergi ke fungsi CompoundExpression
Selain itu, jika token adalah “}”
Jika blokSemasa = “main”
Tambah “END”dalam senaraiKodPesudo
Keluarkan “main” daripada timbunan blokSemasa
Jika blokSemasa = “switch”
Tambah “ENDIF”dalam senaraiKodPesudo
Keluarkan “switch” daripada timbunan blokSemasa
Jika blokSemasa = “if”
Tambah “ENDIF”dalam senaraiKodPesudo
Keluarkan “if” daripada timbunan blokSemasa
Selain daripada itu,
Token tidak di ketahui
Paparkan mesej kod sumber ada ralat
Dapatkan token seterusnya
Senarai token tamat
Tamat Fungsi PENJANAKODPSEUDO

Rajah 3.30 Kod pseudo bagi fungsi PENJANAKODPSEUDO

Fungsi DeclarationStatement
Set jenisDataSemasa
Pergi ke token seterusnya
Selagi token bukan “;”
Dapatkan nama pembolehubah pada token
Tambah “DECLARE Variable AS jenisDataSemasa” ...
... kepada senaraiKodPesudo
Dapatkan token seterusnya
Jika token adalah “=”
Pergi ke fungsi DirectAssignment
Dapatkan token seterusnya

bersambung ...
49

... sambungan

Jika token adalah “;”


Tamat Fungsi DeclarationStatement
Selain itu
continue
Jika token adalah “,”
Dapatkan token seterusnya, abaikan token “,”
continue
Tamat gelung
Tamat Fungsi DeclarationStatement

Rajah 3.31 Kod pseudo bagi fungsi DeclarationStatement

Fungsi AssignmentOperation
Dapatkan token seterusnya
Jika tokenSemasa adalah nilai Literal
Jika fungsi dipanggil dari ForStatement
Tamat Fungsi AssignmentOperation
Tambah “Variable = Literal” kepada senaraiKodPesudo
Selain itu, jika tokenSemasa adalah Variable
Set “Variable = “ ke dalam kodpseudoAssign
Dapatkan token seterusnya
Selagi tokenSemasa bukan “;” , atau “)” yang diikuti oleh “{”
Tambah tokenSemasa kepada kodpseudoAssign
Proses token seterusnya

Jika fungsi dipanggil dari ForStatement


Kembalikan kodpseudoAssign
Selain itu
Tambah kodpseudoAssign kepada senaraiKodPesudo
Tamat Fungsi AssignmentOperation

Rajah 3.32 Kod pseudo bagi fungsi AssignmentOperation

Fungsi DirectAssignment
Selagi token bukan “,” atau “;”
Tambah token kepada senaraiKodPesudo
Tamat Fungsi DirectAssignment

Rajah 3.33 Kod pseudo bagi fungsi DirectAssignment


50

Fungsi CompoundStatement
Jika token adalah “++”
Jika fungsi dipanggil dari ForStatement
Kembalikan “Variable = Variable + 1”
Tamat Fungsi CompoundStatement
Selain itu
Tambah “Variable = Variable + 1” kepada senaraiKodPesudo
Jika token adalah “--”
Jika fungsi dipanggil dari ForStatement
Kembalikan “Variable = Variable - 1”
Tamat Fungsi CompoundStatement
Selain itu
Tambah “Variable = Variable - 1” kepada senaraiKodPesudo
Tamat Fungsi CompoundStatement

Rajah 3.34 Kod pseudo bagi fungsi CompoundStatement

Fungsi AssignmentOperationX
Jika token adalah “+=”
Sediakan kodpseudoX “Variable=Variable+”
Jika token adalah “-=”
Sediakan kodpseudoX “Variable=Variable-”
Jika token adalah “*=”
Sediakan kodpseudoX “Variable=Variable*”
Jika token adalah “/=”
Sediakan kodpseudoX “Variable=Variable/”
Jika token adalah “%=”
Sediakan kodpseudoX “Variable=Variable%”
Dapatkan token seterusnya
Selagi token bukan “;” , atau “)” yang diikuti oleh “{”
Sambung kodpseudoX dengan token semasa
Dapatkan token seterusnya
Tamat gelung
Jika fungsi dipanggil dari ForStatement
Kembalikan kodpseudoX
Jika tidak
Tambah kodpseudoX kepada senaraiKodPesudo
Tamat Fungsi AssignmentOperationX

Rajah 3.35 Kod pseudo bagi fungsi AssignmentOperationX


51

Fungsi PrintfStatement
Set kodpseudoPrintf sebagai “DISPLAY ”
Dapatkan token seterusnya, abaikan token “(”
Dapatkan token seterusnya
Jika ada Variable
Tambah “the value of ” kepada kodpseudoPrintf
Selagi token bukan “)”
Tambah token semasa kepada kodpseudoPrintf
Jika tiada Variable
Tambah token semasa kepada kodpseudoPrintf
//contoh “DISPLAY ‘text’”,
//kerana sebarang rentetan akan ditukar kepada ‘text’
Tambah kodpseudoPrintf kepada senaraiKodPesudo
Tamat Fungsi PrintfStatement

Rajah 3.36 Kod pseudo bagi fungsi PrintfStatement

Fungsi ScanfStatement
Set kodpseudoScanf sebagai “INPUT ”
Selagi token bukan “)”
Jika token adalah Variable
Tambah token semasa kepada kodpseudoScanf
Jika token adalah “,”
Tambah token semasa kepada kodpseudoScanf
Dapatkan token seterusnya
Tambah kodpseudoScanf kepada senaraiKodPesudo
Tamat Fungsi ScanfStatement

Rajah 3.37 Kod pseudo bagi fungsi ScanfStatement

Fungsi IfStatement
Tambah “if” kepada timbunan blokSemasa
Set kodpseudoUngkapanIf sebagai “IF”
Dapatkan token seterusnya
Dapatkan token seterusnya, abaikan “(”
Selagi token bukan “)” dan diikuti “{”, untuk proses ungkapan if
Tambah token semasa kepada kodpseudoUngkapanIf
Dapatkan token seterusnya
Tambah kodpseudoUngkapanIf kepada senaraiKodPesudo
Pergi ke fungsi PENJANAKODPSEUDO, untuk pemprosesan BLOCK
Tamat Fungsi IfStatement

Rajah 3.38 Kod pseudo bagi fungsi IfStatement


52

Fungsi IfElseStatement
Set blokSemasa sebagai “elseif”
Set kodpseudoUngkapanElseIf sebagai “ELSEIF”
Dapatkan token seterusnya
Dapatkan token seterusnya, abaikan “else”
Selagi token bukan “)” dan diikuti “{”, untuk proses ungkapan else ... if
Tambah token semasa kepada kodpseudoUngkapanElseIf
Dapatkan token seterusnya
Tambah kodpseudoUngkapanElseIf kepada senaraiKodPesudo
Pergi ke fungsi PENJANAKODPSEUDO, untuk pemprosesan BLOCK
Tamat Fungsi IfElseStatement

Rajah 3.39 Kod pseudo bagi fungsi IfElseStatement

Fungsi ElseStatement
Tambah “else” kepada timbunan blokSemasa
Tambah “ELSE” kepada senaraiKodPesudo
Dapatkan token seterusnya
Dapatkan token seterusnya, abaikan “{”
Pergi ke fungsi PENJANAKODPSEUDO, untuk pemprosesan BLOCK
Tamat Fungsi ElseStatement

Rajah 3.40 Kod pseudo bagi fungsi ElseStatement

Fungsi SwitchStatement
Tambah “switch” kepada timbunan blokSemasa
Set ungkapanSwitch kepada “”
Dapatkan token seterusnya
Dapatkan token seterusnya, abaikan “(”
Selagi token bukan “)” dan dikuti “{”
Tambah token kepada ungkapanSwitch
Dapatkan token seterusnya
Dapatkan token seterusnya
Tamat Fungsi SwitchStatement

Rajah 3.41 Kod pseudo bagi fungsi SwitchStatement

Fungsi CaseStatement
Tambah “case” kepada timbunan blokSemasa
Dapatkan nilai ungkapanSwitch
Selagi benar
Dapatkan nilai Literal selepas “case :”
Set kodpseudoSyarat ungkapanSwitch = Literal
Dapatkan token seterusnya
Dapatkan token seterusnya, abaikan “:”

bersambung ...
53

... sambungan
Jika token semasa adalah “case”
Tambah “OR” kepada kodpseudoSyarat
Selain daripada itu
Henti ulangan, untuk proses “case” seterusnya

Jika “case” adalah yang pertama dalam ungkapan “switch”


Tambah “IF kodpseudoSyarat” kepada senaraiKodPseudo
Jika bukan “case” yang pertama
Tambah “ELSEIF kodpseudoSyarat” kepada senaraiKodPseudo
Pergi ke fungsi PENJANAKODPSEUDO
Tamat Fungsi CaseStatement

Rajah 3.42 Kod pseudo bagi fungsi CaseStatement

Fungsi DefaultStatement
Tambah “ELSE” senaraiKodPseudo
Dapatkan token seterusnya, abaikan “:”
Pergi ke fungsi PENJANAKODPSEUDO
Tamat Fungsi DefaultStatement

Rajah 3.43 Kod pseudo bagi fungsi DefaultStatement

Fungsi DoWhileStatement
Tambah “do” kepada timbunan blokSemasa
Tambahkan “DO ” kepada senaraikodPseudo
Dapatkan token seterusnya, abaikan “{”
Pergi ke fungsi PENJANAKODPSEUDO, untuk memproses Block
Selepas kembali dari fungsi PENJANAKODPSEUDO, ...
dapatkan token seterusnya
Set ungkapanWhile kepada “WHILE”
Dapatkan token seterusnya
Dapatkan token seterusnya, abaikan “(”
Selagi token bukan “)” dan diikuti oleh “;”
Tambah nilai token kepada ungkapanWhile
Dapatkan token seterusnya
Tambahkan ungkapanWhile kepada senaraikodPseudo
Tamat Fungsi DoWhileStatement

Rajah 3.44 Kod pseudo bagi fungsi DoWhileStatement


54

Fungsi WhileStatement
Tambah “while” kepada timbunan blokSemasa
Tambah “WHILE ” kepada senaraiKodPseudo
Dapatkan token seterusnya
Dapatkan token seterusnya, abaikan “(”
Set ungkapanWhile sebagai “”
Selagi token bukan “)” diikuti oleh “{”
Tambah nilai token kepada ungkapanWhile
Dapatkan token seterusnya
Tambah ungkapanWhile kepada senaraiKodPseudo
Pergi ke fungsi PENJANAKODPSEUDO
Tamat Fungsi WhileStatement

Rajah 3.45 Kod pseudo bagi fungsi WhileStatement

Fungsi ForStatement dalam Rajah 3.43 menukarkan arahan for kepada bentuk
do...while. for mempunyai format berikut;
for (nilaiMula; syarat; langkah){
Statements;
}
Arahan for di atas akan ditukar kepada bentuk do...while, seperti berikut
nilaiMula
do {
Statements;
langkah
}while (syarat);

Fungsi ForStatement
Dapatkan token seterusnya
Dapatkan token seterusnya, abaikan “(”

//Proses seterusnya adalah untuk mendapatkan nilaiMula


Jika token adalah DataType
Pergi ke fungsi DeclarationStatement
Jika token adalah Variable
Pergi ke fungsi AssignmentOperation
nilaiMula diperolehi
Proses token seterusnya, untuk abaikan “;”
//Proses seterusnya adalah untuk mendapatkan syarat
Selagi token bukan “;”
Tambah nilai token kepada syaratFor
Dapatkan token seterusnya

bersambung ...
55

... sambungan

Jika nilaiMula bukan NULL


Tambah nilaiMula kepada senaraiKodPseudo
Tambah “WHILE” kepada senaraiKodPseudo
//Proses seterusnya adalah untuk mendapatkan langkahFor
Dapatkan token seterusnya, abaikan “;”
Set langkah for kepada “”
Selagi token bukan “)”
Jika token ialah Variable dan diikuti oleh “=”
Pergi ke fungsi AssignmentOperation
Jika token ialah Variable dan diikuti oleh AssignOperatorX
Pergi ke fungsi CompoundStatement
Jika token ialah AssignOperatorX dan diikuti oleh Variable
Pergi ke fungsi CompoundStatement
Dapatkan token seterusnya
Simpan langkahFor dalam timbunanLangkahFor
Dapatkan token seterusnya, untuk abaikan “)”
Dapatkan token seterusnya, untuk abaikan “{”
Tambah “for” kepada timbunan blokSemasa
Pergi ke fungsi PENJANAKODPSEUDO
Tamat Fungsi ForStatement
Rajah 3.46 Kod pseudo bagi fungsi ForStatement

3.3.3 Algoritma Perbandingan Kod Pesudo

Fungsi ini menerima dua kod pseudo iaitu satu kod pseudo jawapan instruktor dan satu lagi
kod pseudo skema pengajar. Dalam algoritma ini, input adalah dalam bentuk satu rentetan
panjang. Rajah 3.47 hingga 3.51 merupakan kod pseudo yang menerangkan proses-proses
yang berlaku dalam kelas Perbandingan Kod Pseudo.

Fungsi PEMBANDINGKODPSEUDO (kodPseudoPelajar, kodPseudoInstruktor)


Tukar setiap baris dalam kodPseudoPelajar kepada bentuk tatasusunan ...
dengan menghantar kepada fungsi TukarKepadaTatasusunan
Tukar setiap baris dalam kodPseudoInstruktor kepada bentuk tatasusunan ...
dengan menghantar kepada fungsi TukarKepadaTatasusunan
Dapatkan isytiharanPembolehubahPelajar dan prosesPelajar dengan ...
hantar kodPseudoPelajar ke fungsi PemisahIsytiharPembolehubah
Dapatkan isytiharanPembolehubahInstruktor dan prosesInstruktor dengan ...
hantar kodPseudoInstruktor ke fungsi PemisahIsytiharPembolehubah
Dapatkan markahPembolehubah dengan panggil ...
fungsi BandingPembolehubah
Dapatkan markahProses dengan panggil fungsi BandingProses
markahPersamaan = markahPembolehubah + markahProses
Tamat Fungsi PEMBANDINGKODPSEUDO

Rajah 3.47 Kod pseudo bagi fungsi PEMBANDINGKODPSEUDO


56

Fungsi TukarKepadaTatasusunan (kodPseudo)


kodPseudoTatasusunan adalah NULL
Dapatkan panjangKodPseudo dengan mengira bilangan rentetan kodPseudo
Set pembilang kepada 0
Set satuBarisKodpseudo kepada NULL
Selagi pembilang <= panjangKodPseudo
Dapatkan aksara seterusnya daripada kodPseudo
Jika aksaraSemasa bukan “\n”
Tambahkan aksaraSemasa kepada satuBarisKodpseudo
Selain itu, jika aksaraSemasa adalah “\n”
Tambahkan aksaraSemasa kepada satuBarisKodpseudo
Tambahkan satuBarisKodpseudo kepada ...
kodPseudoTatasusunan
Set satuBarisKodpseudo kepada NULL
Kembalikan kodPseudoTatasusunan
Tamat Fungsi TukarKepadaTatasusunan

Rajah 3.48 Kod pseudo bagi fungsi TukarKepadaTatasusunan

Fungsi PemisahIsytiharPembolehubah (kodPseudo)


Set senaraiPembolehubah sebagai NULL
Set barisProses sebagai NULL
Untuk setiap baris dalam kodPseudo
Semak barisSemasa
Jika terdapat rentetan “DECLARE” dalam barisSemasa
Semak jenis data pembolehubah
Jika jenis data adalah “integer” atau “long”
Tambah “integer” kepada senaraiPembolehubah
Jika jenis data adalah “float” atau “double”
Tambah “real” kepada senaraiPembolehubah
Jika jenis data adalah “char”
Tambah “character” kepada senaraiPembolehubah
Selain daripada itu
Tambah barisSemasa kepada barisProses
Kembalikan senaraiPembolehubah dan barisProses
Tamat Fungsi PemisahIsytiharPembolehubah

Rajah 3.49 Kod pseudo bagi fungsi PemisahIsytiharPembolehubah

Fungsi BandingPembolehubah (senaraiPembolehubahPelajar,


senaraiPembolehubahInstruktor)
Kira bilanganInteger dari senaraiPembolehubahPelajar
Kira bilanganReal dari senaraiPembolehubahPelajar
Kira bilanganChar dari senaraiPembolehubahPelajar

Kira bilanganInteger dari senaraiPembolehubahInstruktor


Kira bilanganReal dari senaraiPembolehubahInstruktor
bersambung ...
57

... sambungan

Kira bilanganChar dari senaraiPembolehubahInstruktor

Jika bilanganInteger pelajar >= bilanganInteger instruktor


markahInteger =1
Selain itu
markahInteger =0
Jika bilanganReal pelajar >= bilanganReal instruktor
markahReal =1
Selain itu
markahReal =0
Jika bilanganChar pelajar >= bilanganChar instruktor
markahChar =1
Selain itu
markahChar =0
markahPembolehubah = (markahInteger + markahReal + markahChar)/3*5
Tamat Fungsi BandingPembolehubah

Rajah 3.50 Kod pseudo bagi fungsi BandingPembolehubah

Fungsi BandingProses (barisProsesPelajar, barisProsesInstruktor)


persamaanRentetan = similar_text (barisProsesPelajar, barisProsesInstruktor )
markahProses = persamaanRentetan/95*100
Kembalikan markahProses
Tamat Fungsi BandingProses

Rajah 3.51 Kod pseudo bagi fungsi BandingProses

Penerangan tentang fungsi similar_text boleh diperolehi dari bahagian 3.2.6 (c).

3.4 RUMUSAN

Objektif utama bab ini adalah untuk menerangkan tentang reka bentuk aplikasi yang
menyeluruh supaya memudahkan penyelidik untuk melakukan proses seterusnya; iaitu
implementasi dan pengujian aplikasi. Pendekatan pengaturcaraan berasaskan objek dipilih
supaya penyenggaraan kod dapat dibuat dengan lebih mudah pada masa hadapan. Rajah
perhubungan kelas dengan menggunakan UML dapat menerangkan kaitan antara satu kelas
dengan kelas yang lain dengan lebih jelas. Reka bentuk yang baik akan menghasilkan
aplikasi yang lebih mudah untuk dibangun dan disenggarakan.
58

BAB VI

IMPLEMENTASI DAN PENGUJIAN

1.6 PENDAHULUAN

Bab VI menerangkan tentang hasil implementasi daripada reka bentuk yang dibincangkan
dalam bab sebelum ini. Juga menerangkan kaedah pengujian yang telah dibuat, serta
keputusan yang diperolehi.

1.7 KEPERLUAN IMPLEMENTASI

Memandangkan aplikasi ini dibangunkan dalam persekitaran web, jadi terdapat dua
keperluan yang perlu dipenuhi oleh dua belah pihak; iaitu pihak pengguna (klien) dan pihak
pelayan (server).

a) Keperluan Pelayan
a) Komputer dengan keperluan minimum ingatan primer sebanyak 256MB sekurang-
kurangnya.
b) Ruang ingatan sekunder sekurang-kurangnya 5MB untuk menyimpan fail-fail
aplikasi dan fail-fail aturcara.
c) Hubungan kepada Internet ataupun Intranet (rangkaian setempat). Supaya pengguna
daripada komputer/terminal yang lain dapat mengakses aplikasi.
d) Sebarang sistem pengoperasi (Windows/Unix/Linux/MacOS).
e) Sebarang pelayan web yang boleh berinteraksi dengan penterjemah PHP boleh
digunakan. Contohnya IIS atau Apache.
f) Penterjemah PHP (versi 5 ke atas).
59

b) Keperluan Pengguna (Klien)


a) Komputer peribadi dengan keperluan minimum ingatan primer sebanyak 256MB
sekurang-kurangnya.
b) Mempunyai hubungan dengan komputer pelayan (secara Internet atau Intranet).
c) Sebarang peluncur web (web browser) seperti Microsoft Internet Explorer atau
Mozilla Firefox, atau Opera yang mampu menyokong aplikasi klien (JavaScript).

1.8 ANTARA MUKA APLIKASI

Aplikasi ini difokuskan kepada pembangunan algoritma dan enjin untuk membuat
perbandingan antara kod pseudo. Tiada sistem pangkalan data yang menguruskan
keseluruhan sistem termasuk interaksi pengguna mahupun penyimpanan maklumat
pengguna dan soalan-soalan latihan serta jawapan. Fail-fail aturcara dimuat-naik secara
manual untuk tujuan pengujian.

Berikut adalah antara muka untuk memuat naik fail-fail jawapan pelajar dan juga
model-model penyelesaian.

a) Antaramuka Input.

Antara muka dalam Rajah 4.1 merupakan antara muka yang akan digunakan oleh pengajar
untuk memilih fail-fail aturcara jawapan pelajar dan juga aturcara skema. Satu fail jawapan
aturcara pelajar dipilih dan tiga (maksimum) aturcara skema dipilih. Di sebelah kanan
antara muka tersebut terdapat kemudahan untuk memaparkan kandungan yang terdapat
dalam setiap fail aturcara yang dipilih. Selepas memilih semua fail-fail yang terlibat,
pengendali perlu mengklik butang ‘Compare’.
60

Rajah 4.1 Antara muka untuk memuat naik fail-fail aturcara

b) Antaramuka Output.

Rajah 4.2 adalah contoh output keputusan yang dipaparkan kepada pengajar. Halaman ini
memaparkan kod pseudo yang telah diterjemahkan oleh aplikasi daripada kod aturcara.
Sebelah kiri adalah senarai keputusan peratus kesamaan untuk semua perbandingan yang
telah dibuat. Markah akhir yang akan diambil kira adalah markah yang tertinggi.
61

Rajah 4.2 Antara muka untuk memaparkan keputusan perbandingan

1.9 PENGUJIAN

a) Objektif Pengujian

Berikut merupakan objektif-objektif pengujian yang ingin dicapai;


a) Menentukan aplikasi dapat mengendalikan aturcara-aturcara C pelajar yang
mengandungi pernyataan-pernyataan seperti yang ditetapkan dalam bahagian 3.2
dalam Bab III.
b) Menentukan aplikasi yang dibangunkan dapat menterjemahkan kod aturcara C
pelajar dan juga aturcara skema dapat diterjemahkan kepada kod pseudo seperti
spesifikasi yang ditetapkan dalam Jadual 3.1, Bab III.
c) Menentukan aplikasi dapat membandingkan kod pseudo pelajar dengan semua kod
pseudo model penyelesaian.
62

d) Menentukan aplikasi dapat menghasilkan analisa markah untuk semua perbandingan


dan menentukan pemberat yang tertinggi yang diperolehi, melalui algoritma yang
dicadangkan dalam Rajah 3.10, Bab III.
e) Membandingkan markah yang ditentukan oleh aplikasi dengan markah yang diberi
oleh pengajar sebagai penyemak (kaedah manual).

b) Kaedah Pengujian

Untuk mencapai objektif-objektif yang telah disenaraikan, penyelidik telah;


a) Menyediakan soalan-soalan latihan yang merangkumi semua jenis pernyataan yang
terkandung dalam skop aplikasi (bahagian 3.2, Bab III). Soalan-soalan tersebut
(berserta jawapan-jawapan pelajar) boleh dirujuk pada Lampiran A.
b) Meminta beberapa orang pelajar semester 3, Diploma Teknologi Maklumat, Kolej
Universiti Islam Antarabangsa Selangor yang sedang mengikuti subjek
Pengaturcaraan C untuk membuat latihan tersebut. Pelajar diberi tempoh selama satu
minggu untuk menyiapkan latihan tersebut dan mereka telah menghantar jawapan
latihan dalam bentuk salinan digital.
c) Kod aturcara pelajar perlu dipastikan supaya tidak mengandungi ralat sintaks.
d) Beberapa orang pensyarah telah diminta untuk menyediakan model penyelesaian
untuk setiap soalan. Di sini penyelidik hanya menghadkan tiga model penyelesaian
untuk setiap soalan.
e) Salah seorang (hanya seorang) tenaga pengajar diminta untuk menyemak dan
memberi markah kepada semua latihan yang dibuat oleh semua pelajar tersebut
secara manual. Penyelidik memilih hanya seorang penyemak untuk memastikan
keseragaman pemarkahan kepada setiap jawapan pelajar.
f) Penyelidik menguji aplikasi dengan memilih tiga jawapan pelajar yang
dikategorikan sebagai cemerlang, baik dan sederhana. Ini bertujuan untuk menguji
aplikasi dengan jawapan pelajar yang hampir sama dengan skema jawapan dan juga
jawapan pelajar yang sangat berbeza dengan skema jawapan.
g) Jawapan dikategorikan cemerlang adalah jawapan yang mendapat markah 9-10,
jawapan yang baik pula mendapat markah 7-9. Manakala jawapan sederhana
mendapat markah 7-4.
h) Tiga kategori jawapan ini dipilih untuk menguji aplikasi dalam membandingkan
skema dengan jawapan pelajar yg hampir sempurna, baik dan jawapan yang
sederhana.
63

i) Ujian dilakukan ke atas aplikasi dan markah yang ditentukan oleh aplikasi dengan
markah yang ditentukan secara manual oleh pengajar dibandingkan. Perbandingan
dilakukan menggunakan kaedah seperti yang dicadangkan oleh Norshuhani et. al.
(2006).

c) Soalan-soalan Dalam Pengujian

Berikut adalah soalan-soalan yang telah dikemukakan kepada pelajar yang terbabit.
Terdapat enam soalan kesemuanya.

a) Soalan 1 : Pemboleh ubah dan Operasi aritmetik.


Bina satu aturcara C yang lengkap dan tanpa ralat untuk pengguna mengira purata
tiga nombor. Isytihar tiga pemboleh ubah untuk menerima ketiga-tiga nombor dan
satu lagi untuk menyimpan nilai purata. Program perlu mengarahkan pengguna
untuk memasukkan tiga input nombor tersebut, program akan mengira purata dan
memaparkan nilai purata yang diperolehi. Gunakan formula berikut;
Purata=(nombor_pertama + nombor_kedua + nombor_ketiga)/3.

Justifikasi : Soalan ini dikemukakan untuk menguji keupayaan aplikasi untuk


menyemak jawapan pelajar yang mengandungi elemen-elemen pengisytiharan
pembolehubah dan operasi-operasi arithmetik.

b) Soalan 2 : Penggunaan if... else if…else.


Anda diberikan jadual berikut untuk mencari gred bagi markah yang diperolehi
pelajar dalam subjek pengaturcaraan C. Isytihar dua pemboleh ubah, yang pertama
untuk memegang markah pengguna, dan satu lagi pemboleh ubah untuk menyimpan
gred. Program akan meminta pengguna memasukkan nilai markah (dalam julat 0 -
100). Berdasarkan jadual di bawah, program akan menentukan gred yang diperolehi.
Jika markah berada di luar julat 1-100, paparkan mesej “Markah tidak sah”.
Paparkan gred yang diperolehi pada akhir aturcara.
64

Jadual 4.1 Panduan gred untuk markah yang diperolehi bagi soalan 2

Markah Gred
80-100 A
60-79 B
50-59 C
40-49 D
0-39 F

Justifikasi : Soalan ini dikemukakan untuk menguji keupayaan aplikasi untuk


menyemak jawapan pelajar yang mengandungi salah satu elemen pilihan iaitu if…
else if…else.

c) Soalan 3 : Penggunaan switch…case.


Tulis program untuk menerima input daripada pengguna nombor kepada bulan
pilihan (julat antara 1 hingga 12). Dengan menggunakan pernyataan switch…case,
paparkan nama bulan yang bertepatan dengan nombor yang dimasukkan,
berdasarkan Jadual 4.2. Contohnya: sekiranya pengguna memasukkan nombor 3,
maka perkataan “Mac” akan dipaparkan oleh aturcara.

Justifikasi : Soalan ini dikemukakan untuk menguji keupayaan aplikasi untuk


menyemak jawapan pelajar yang mengandungi salah satu lagi elemen pilihan iaitu
swicth … case.

Jadual 4.2 Panduan nombor dan nama bulan bagi soalan 3

Nombor Bulan
1 Januari
2 Februari
3 Mac
4 April
5 May
6 Jun
7 Julai
8 Ogos
9 September
10 Oktober
11 November
12 Disember
65

d) Soalan 4 : Penggunaan do…while.


Tulis aturcara C untuk memaparkan nombor dari 100 hingga 1 menggunakan gelung
do…while.

Justifikasi : Soalan ini dikemukakan untuk menguji keupayaan aplikasi untuk


menyemak jawapan pelajar yang mengandungi salah satu elemen pengulangan iaitu
do…while.

e) Soalan 5 : Penggunaan for.


Tulis aturcara C untuk memaparkan nombor dari 1 hingga 100 menggunakan gelung
for.

Justifikasi : Soalan ini dikemukakan untuk menguji keupayaan aplikasi untuk


menyemak jawapan pelajar yang mengandungi satu lagi elemen pengulangan iaitu
for.

f) Soalan 6 : Penggunaan pernyataan pengulangan dan pilihan dalam satu aturcara.


Anda diberi tugas untuk membangunkan aplikasi mudah untuk mengira cukai yang
akan dibayar oleh lima orang pekerja di syarikat anda bekerja. Program akan
menerima maklumat gaji dari 5 orang pekerja. Program anda akan mengira cukai
berdasarkan syarat-syarat berikut. Sekiranya gaji pekerja adalah kurang atau sama
dengan RM1000.00 (<=10000) maka kadar cukai ialah 4% (cukai=gaji*4/100).
Manakala sekiranya gaji pekerja adalah lebih besar dariapda RM1000 (>1000),
cukai yang dikenakan ialah 8% (cukai=gaji*8/100). Program perlu memaparkan
cukai yang dikenakan. Ulang proses tersebut (menerima input gaji, mengira kadar
cukai dan memaparkan cukai yang dikenakan) untuk lima orang pekerja.

Justifikasi : Soalan ini dikemukakan untuk menguji keupayaan aplikasi untuk


menyemak jawapan pelajar yang mengandungi elemen pengulangan dan juga
pilihan dalam satu aturcara. Pelajar tidak dihadkan untuk menggunakan pernyataan
tertentu sahaja untuk menyelesaikan masalah. Ia terbuka kepada sebarang
penggunaan pernyataan pengulangan dan pilihan.
66

d) Keputusan Pengujian.

Rujuk Jadual 4.3 hingga 4.5, persamaan markah yang ditentukan oleh aplikasi dengan
markah yang diberi oleh pengajar dikira dibandingkan dan diberi peratus persamaan.
Kaedah pengiraan adalah seperti berikut;

Peratus persamaan = (Mi/Ma) * 100.

Dimana Mi adalah markah yang diberi instruktor/pengajar dan Ma adalah markah yang
dikira oleh aplikasi.

Jadual 4.3 Markah pelajar 1

Kod Aplikasi Pengajar Persamaan


aturcara (10 markah) (10 markah) (%)
Soalan 1 9.8 10 98
Soalan 2 9.9 10 99
Soalan 3 10 10 100
Soalan 4 9.7 10 97
Soalan 5 10 10 100
Soalan 6 9 10 90
Purata 97.3

Jadual 4.3 merujuk kepada markah yang diperolehi untuk jawapan pelajar yang
dikategorikan sebagai sempurna (penyemak memberi markah secara manual 100%). Secara
purata persamaan markah yang dihasilkan oleh aplikasi dan pengajar adalah 97.3 peratus.
Pengujian untuk pelajar pertama ini menghasilkan keputusan yang sangat baik.

Jadual 4.4 Markah pelajar 2

Kod Aplikasi Pengajar Persamaan


aturcara (10 markah) (10 markah) (%)
Soalan 1 8.5 9 94
Soalan 2 10 10 100
Soalan 3 8.9 9 99
Soalan 4 8.7 10 97
Soalan 5 8.0 9 89
Soalan 6 9.0 10 90
Purata 95
67

Jadual 4.4 merujuk kepada markah untuk jawapan latihan daripada pelajar yang
dikategorikan sebagai baik (markah purata lebih 9 markah), cuma terdapat kesilapan minor
pada beberapa jawapan. Secara purata persamaan markah yang dihasilkan oleh aplikasi dan
pengajar adalah 95 peratus. Pengujian untuk pelajar kedua menghasilkan keputusan yang
baik.

Jadual 4.5 Markah pelajar 3

Kod Aplikasi Pengajar Persamaan


aturcara (10 markah) (10 markah) (%)
Soalan 1 7.5 8 94
Soalan 2 5.2 6 87
Soalan 3 3.4 5 68
Soalan 4 2.2 5 44
Soalan 5 2.3 5 46
Soalan 6 2 4 50
Purata 65

Jadual 4.5 merujuk kepada markah jawapan latihan daripada pelajar yang
dikategorikan sebagai lemah (markah purata kurang daripada 5). Secara purata persamaan
markah yang dihasilkan oleh aplikasi dan pengajar adalah 65 peratus. Terdapat perbezaan
markah yang agak jauh pada soalan 3, 4, 5 dan 6. Pengujian untuk pelajar yang ketiga
menghasilkan keputusan kurang yang baik.

e) Rumusan Pengujian.

Daripada keputusan dalam Jadual 4.3, didapati aplikasi dapat berfungsi dengan baik bagi
jawapan aturcara pelajar yang betul atau pun dengan kesalahan minor (Jadual 4.4).
Memandangkan konsep asal yang diguna-pakai oleh aplikasi ialah perbandingan
persamaan, maka ia mampu memberi markah yang hampir sama dengan pengajar.

Walau bagaimana pun untuk jawapan pelajar yang bermasalah (mendapat markah
daripada pengajar yang sedikit) penilaian yang dilakukan oleh aplikasi kurang tepat, iaitu
hanya mendapat purata kesamaan 65%. Ini terjadi kerana pengajar memberi markah
berdasarkan kepada beberapa pernyataan yang boleh diambil kira berbanding dengan skema
yang diberi. Manakala aplikasi hanya mencari peratus kesamaan antara jawapan pelajar
dengan model-model penyelesaian. Masalah ini mungkin dapat diatasi sekiranya aplikasi
mampu untuk menilai aturcara pelajar dengan membandingkan jawapan pelajar dengan
68

model-model penyelesaian secara token demi token, berbanding apa yang dilakukan pada
masa ini, perbandingan aksara demi aksara.

Boleh disimpulkan bahawa aplikasi tidak mampu berfungsi dengan baik sekirannya
terdapat kesalahan yang major pada jawapan pelajar. Contoh kesalahan major adalah seperti
dalam Rajah 4.3. Contoh dalam Rajah 4.3 adalah jawapan yang diambil untuk soalan 4,
iaitu soalan yang berkaitan dengan penggunaan gelung do...while. Jika diperhatikan
jawapan pelajar pada sebelah kanan, pelajar tidak menggunakan struktur gelung do...while
yang sepaptutnya, tetapi hanya mengulangi arahan printf yang memang akan menghasilkan
output yang sama. Walaubagaimanapun, jawapan pelajar adalah tidak bertepatan sama
sekali dengan arahan dalam soalan 4.

//jawapan pelajar

#include <stdio.h>
//skema jawapan #include <conio.h>
int main()
#include <stdio.h> {
#include <conio.h> printf ("10\n");
printf ("9\n");
main(){ printf ("8\n");
int i=10; printf ("7\n");
do{ printf ("6\n");
printf("%d\n",i); printf ("5\n");
i--; printf ("4\n");
}while(i>=1); printf ("3\n");
getch(); printf ("2\n");
} printf ("1\n");
getch ();
return 0;
}

Rajah 4.3 Jawapan pelajar di sebelah kanan mengandungi kesalahan major

1.10 KESIMPULAN

Aplikasi ini telah dibangunkan dan telah diuji dengan contoh-contoh aturcara yang dibina
oleh para pelajar, berdasarkan soalan-soalan yang disediakan. Terdapat beberapa kelemahan
dalam perbandingan kod pseudo, terutama perbandingan dengan jawapan pelajar yang
69

terdapat kesalahan major. Tetapi secara keseluruhan, aplikasi ini dapat berfungsi
berdasarkan skop yang telah ditentukan. Ia mampu menerima input aturcara pelajar dan
model-model penyelesaian pengajar seterusnya dapat melakukan perbandingan kod pseudo
sehingga terhasilnya markah yang diperolehi untuk setiap latihan pelajar.
70

BAB V

KESIMPULAN

1.11 PENDAHULUAN

Sistem yang dibangunkan ini adalah satu eksperimen untuk mengenal pasti keupayaan
perbandingan kod pseudo dalam menyemak latihan aturcara pelajar subjek bahasa
pengaturcaraan C. Bab ini membincangkan tentang dapatan dan sumbangan kajian kepada
bidang penyemakan automatik aturcara. Di samping itu ia juga membincangkan tentang
kelemahan aplikasi yang dicadangkan, dan juga perkara-perkara yang boleh diperluaskan
pada masa akan datang.

1.12 HASIL KAJIAN

Berikut adalah hasil daripada kajian;

a) Menghasilkan satu kaedah untuk menterjemah kod aturcara C kepada kod pseudo.
b) Menghasilkan kaedah untuk membuat penyemakan latihan aturcara C pelajar secara
automatik menggunakan kaedah perbandingan kod pseudo.
c) Menghasilkan aplikasi untuk menerima aturcara C pelajar dan beberapa model
penyelesaian untuk dibuat perbandingan. Aplikasi tersebut dapat menentukan
peratus kesamaan aturcara pelajar dengan model penyelesaian dan memaparkan
markah yang diperoleh.

1.13 SUMBANGAN KAJIAN

a) Kod aturcara C pelajar dapat disemak secara automatik menggunakan aplikasi yang
dibina.
71

b) Menambahkan satu lagi kaedah iaitu perbandingan kod pseudo dalam penyemakan
automatik aturcara yang menggunakan pendekatan analisis statik.
c) Satu kertas kerja berkenaan kajian ini telah dibentangkan dalam satu seminar
(Khirulnizam et. al., 2007). Perkongsian ini diharap dapat membantu penyelidik lain
yang mengkaji bidang yang sama seperti ini.

1.14 PERLUASAN KAJIAN PADA MASA HADAPAN

Penyelidik mengenal pasti beberapa kelemahan dalam aplikasi yang dibangunkan, serta
penambahbaikan yang boleh dilakukan pada masa hadapan. Antaranya ialah:

a) Perbandingan yang dibuat adalah berdasarkan kaedah perbandingan aksara. Adalah


lebih baik sekiranya perbandingan dapat dilakukan menggunakan kaedah
perbandingan token demi token. Kaedah perbandingan berasaskan perbandingan
token perlu dibangunkan untuk mengatasi kelemahan ini.
b) Aplikasi ini hanya merupakan salah satu komponen utama dalam penghasilan sistem
penyemakan aturcara automatik. Untuk memudahkan implementasi dengan interaksi
daripada pengguna, satu sistem pengurusan pangkalan data yang lengkap perlu
dibina.
c) Setakat ini, aplikasi hanya mampu menyemak aturcara asas C. Kajian seterusnya
perlu menambah baik aplikasi supaya mampu menyemak aturcara C yang lebih
rumit yang melibatkan tatasusunan, fungsi, sistem fail dan struktur data.
d) Memandangkan banyak subjek bahasa pengaturcaraan yang lain, sistem perlu
mengambil kira sokongan terhadap bahasa-bahasa tersebut supaya lebih diterima
ramai.

1.15 RUMUSAN

Melalui pemerhatian penulis walaupun terjemahan kod aturcara kepada kod pseudo dapat
memudahkan penambahbaikan aplikasi ini untuk menyokong bahasa aturcara lain, namun
terdapat juga kelemahan lain. Antaranya ialah, aturcara yang ingin disemak tidak boleh
mempunyai ralat sintaksis mahupun semantik. Ini kerana semasa proses penukaran kod
aturcara kepada kod pseudo, ia mesti dilakukan dengan menggunakan nahu bahasa
pengaturcaraan C yang betul. Sekiranya berlaku ralat sintaksis atau semantik, proses itu
72

akan mengalami gangguan dan tidak akan berfungsi dengan baik. Ia juga boleh
menyebabkan proses tergendala. Untuk mengelakkan keadaan ini (pada masa akan datang),
penyelidik mencadangkan bahawa proses pemetaan teks yang digunakan oleh Norshuhani
et. al., (2006) merupakan proses yang lebih baik untuk perbandingan aturcara melalui
kesamaan bukan-struktur.

Walaupun begitu, kaedah yang dicadangkan oleh penyelidik, iaitu menukarkan kod
aturcara kepada kod-pseudo adalah lebih baik untuk mengurangkan model penyelesaian
yang perlu disediakan. Ini kerana pernyataan yang fungsinya lebih kurang sama (seperti
while…do dengan for, switch…case dengan if…elseif…else) dapat diseragamkan dengan
menterjemahkan kepada kod-pseudo.

Kajian ini mencadangkan satu lagi kaedah dalam pendekatan analisis statik dalam
penyemakan automatik tugasan pengaturcaraan. Ia telah berjaya membuktikan bahawa kod
aturcara boleh diterjemahkan kepada kod pseudo dan perbandingan antara kod pseudo
pelajar dengan kod pseudo model penyelesaian boleh dilakukan.
73

RUJUKAN

Ala-Mutka, K., Uimonen T., Järvinen H. M. 2004. Supporting Students in C++


Programming Courses with Automatic Program Style Assessment. Journal of
Information Technology Education 3.
http://jite.org/documents/Vol3/v3p245-262-135.pdf [24 Jun 2007]

Ala-Mutka, Kirsti M. 2005. A Survey of Automated Assessment Approaches for


Programming Assignments. Computer Science Education 15 (June 2005): 83-102.

Badros, Greg. 2000. JavaML : An XML-based Source Code Representation for Java
Programs. Proceedings of the 9th International World Wide Web Conference. http://
www9.org/w9cdrom/342/342.html [24 Jun 2007]

Bloom, B.S. . 1956. Taxonomy of Educational Objectives: Handbook I: Cognitive Domain:


Longmans, Green and Company.

Botev C., Chao H., Chao T., Cheng Y., Doyle R., Grankin S., Guarino J., Guha S, Lee P.
C., Perry D., Re C, Rifkin I., Yuan T., Abdullah D., Carpenter K., Gries D., Kozen
D., Myers A., Schwartz D., Shanmugasundaram J.. 2005. Supporting Workflow In
A Course Management System. ACM SIGCSE Bulletin 37(1), hlm. 262-266.

Chen, J. Y. and Lu, J. F. 1993. A New Metric for Object-oriented Design. Journal of
Information Software Technology 35 (April 1993): 232–240.

Coleman M., Pratt S. 1989. Software Engineering for Students: Chartwell-Bratt Ltd.

David P. Tegarden , Steven D. Sheetz , David E. Monarchi. 1995. A Software Complexity


Model of Object-oriented Systems. Decision Support System 13, hlm. 241-262.

Dennis Ritchie. 1975. C Programming Manual. Bell Labs. http://cm.bell-


labs.com/cm/cs/who/dmr/cman.pdf [20 Oktober 2008]

Donaldson, John L., Ann-Marie Lancaster and, and Paula H. Sposato. 1981. A Plagiarism
Detection System. Proceedings of 12th SIGCSE Technical Symposium, hlm. 21-25.

Foxley, E. Higgins, C, & Gibbon, C. 1996. The Ceilidh System : A General Overview.
http://www.cs.nott.ac.uk/CourseMarker/more_info/html/Overview96.htm [24 Jun
2007]

Booch, G., Rubargh, J., Jacobson, I. 1999. The Unified Modeling Language User Guide:
Addison Wesley.

Granville, A. 2002. Detecting Plagiarism in Java Code, Tesis Sarjanamuda Sains Komputer,
University of Sheffield.

Chu H. D., Dobson, J. E. and Liu, I.C.. 1997. FAST-A Framework for Automating Statistic-
based Testing. http://citeseer.nj.com/73306.html [30 Jun 2006]

Halstead, M. H. 1977. Elements of Software Science. North-Holland: Elsevier.


74

Hollingsworth, J. 1960. Automatic Graders for Programming Classes. Communication of


the ACM 3 (10), hlm. 528-529.

Jackson, D. & Usher, M. 1997. Grading Student Programs Using ASSYST. ACM SIGCSE
Bulletin29(1), hlm. 335-339.

Joy M & Luck M. 1998. The BOSS System for On-line Submission and Assessment.
http://www.ulster.ac.uk/cticomp/joy.html [24 Jun 2007]

Khirulnizam Abd Rahman, Md Jan Nordin, Che Wan Shamsul Bahri Che Wan Ahmad,
Juzlinda Mohd Ghazali. 2007. Development of an Automated Assessment for C
Programming Exercises using Pseudocodes Comparison Technique. Proceedings of
Conference on IT Research & Application 2007, hlm. 119-126.

Levenstein , V. I.. 1966. Binary Codes Capable of Correcting Deletions, Insertions and
Reversals. Soviet Physics Doklady, Vol. 10, hlm.707-710.

Mahmud Ab Rahman. 2006. Persekitaran Pembangunan Bersepadu Pintar Bahasa


Pengaturcaraan C Berasaskan Web bagi Pengaturcara Baru. Tesis Sarjana Teknologi
Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Marini Abu Bakar, Norleyza Jailani, Sufian Idris. 2002. Pengaturcaraan C. Kuala Lumpur:
Prentice Hall.

McCabe, T. J. 1976. A Complexity Measure. IEEE Transaction of Software Engineering 4


(SE-2), hlm. 308-320.

Parr, Terence, & Klaren, Ric. ANTLR - Complete Language Translation Solutions.
http://www.antlr.org/ [01 Jun 2006]

Truong, N., Roe, P., Bancroft, P.. 2003. A Web Based Environment for Learning to
Program. Proceedings of the 26th Australasian Computer Science Conference, hlm.
255-264.

Truong, N., Roe, P., Bancroft, P.. 2004. Static Analysis of Students’ Java Programs.
Proceedings of 6th Australian Computing Education Conference (ACE2004), hlm.
317-325.

Truong, N., Roe, P., Bancroft, P. 2005. Automated Feedback for “Fill in the Gap”
Programming Exercises. Proceedings of 7th Australasian Computing Education,
hlm. 117-126.

Norshuhani Zamin, Emy Elyanee Mustapha, Savita K.Sugathan, Mazlina Mehat, Ellia, and
Anuar. 2006. Development Of A Web-Based Automated Grading System For
Programming Assignments Using Static Analysis Approach. Proceedings of
International Conference on Electrical and Informatics, Bandung, Indonesia.

Norshuhani Zamin, Savita K.Sugathan, Mazlina Mehat, Emy Elyanee Mustapha, Ellia
Anuar. 2006. WAGS: A Web-Based Automated Grading System For Programming
Assignments From Users’ Perspectives. Proceedings of International Conference on
Science & Technology: Application in Industry & Education (2006).

php.net. 2007. PHP Manual. http://php.net/similar_text [01 Jun 2007].


75

php.net. 2008. PHP Manual. http://php.net/lahvenstein [19 Oktober 2008].

Prechelt L, Malpohl G., Philippsen M. 2000. Finding plagiarisms among a set of programs
with JPlag. Journal of Universal Computer Science. 8(11), hlm. 1016 - 1038.

Rich, C. and Wills, L. M. . 1990. Recognizing a Program's Design: A Graph-Parsing


Approach. IEEE Software. 7 (1), hlm. 82-89.

Robertson, L. A. 2004. Simlple Program Design: A Step by Step Approach: Thomson


Course Technology.

Rohaida Romli, Mazni Omar, Cik Fazilah Hibadullah. 2004. Automatic Correctness
Assessment Program for Java Programming Assignment. M2USIC 2004, Malaysia.
http://m2usic.mmu.edu.my/main/Proceeding2004/Paper%20276.pdf [24 Jun 2007]

Rohaida Romli. 2003. Penjanaan Data Ujian untuk Penaksiran Automatik Tugasan Aturcara
C, Tesis Sarjana Teknologi Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Saikkonen, R., Malmi, L., and Korhonen A., 2001. Fully Automatic Assessment of
Programming Exercises. Proceedings of the 6th Annual Conference on Innovation
and Technology in Computer Science Education, hlm. 133-136.

Schorsch, Tom. 1995. CAP: An Automated Self-Assessment Tool To Check Pascal


Programs For Syntax, Logic And Style Errors. Proceedings of the 6th Annual
Conference on Innovation and Technology in Computer Science Education, hlm.
133-136.

Shafer, S. C. 2005. LUDWIG: An Online Programming Tutoring and Assessment System.


inroads – The SIGCSE Bulletin. 37 (June 2005), hlm. 56-60.

Symeonidis, P. 1998. An in-depth Review of CourseMaster’s Marking Subsystem.


http://www.cs.nott.ac.uk/CourseMarker/more_info/pdf/AnIn-
depthReviewofCourseMastersMarkingSubsystem.pdf [06 Jun 2006]

Venables A., Haywood L. 2003. Programming students NEED instant feedback!


Conferences in Research and Practice in Information Technology. Proceedings of
the 5th Australasian Conference on Computing Education. 20, hlm. 267 - 272.

Wei Li, Sallie Henry. 1993. Object-oriented Metrics that Predict Maintainability. Journal
of Systems and Software 23, hlm. 111-122.

Whale, Geoff. 1986. Detection of Plagiarism in Student Programs. 9th Australian Computer
Science Conference, Canberra.

Wise, M. J. 1992. Detection of Similarities in Student Programs: YAP’ing maybe preferable


to Plague’ing. ACM SIGCSE Bulletin. 24, March, hlm. 268-271.

Wise, M. J. 1993. String Similarity via Greedy String Tiling and Running-Karp-Rabin
Matching. ftp://ftp.cs.su.oz.au/michaelw/doc/RKR_GST.ps [24 Jun 2007].
76

Yerramilli, Susan, Mengel A., Vinay. 1999. A Case Study Of The Static Analysis Of
The Quality Of Novice Student Programs. ACM SIGCSE Bulletin. 31(1), hlm.
78-82.

Zin, A.M. and Foxley, E. 1991. Automatic Program Quality Assessment System.
Proceedings of the IFIP Conference on Software Quality, S P University,
Vidyanagarm India, March 1991.

Zin, M. A. & Foxley, E. 1994. Automatic Program Assessment System.


http://www.cs.nott.ac.uk/~ceilidh/papers/ASQA.html [24 Jun 2007].
77

LAMPIRAN A

SENARAI METOD DAN ATRIBUT SEMUA KELAS TERLIBAT

1. Kelas Penganalisis Leksikal

a) Kelas Token
Token
-typeE
-tokenE
-next
-previous
+Token
+setDataType
+getDataType
+getType
+getToken
+getValue
+getLine
+changeValue
+goNext

Data-data yang disimpan dalam kelas ini ialah;


 typeE – maklumat berkenaan jenis token yang dipegang.
 tokenE – token yang dipegang.
 next – penunjuk kepada token yang seterusnya dalam senarai jujukan token.
 previous – penunjuk kepada nod sebelumnya dalam senarai jujukan token.

Metod-metod yang terdapat dalam kelas Token dan peranan masing-masing.


 Token – konstruktor kepada kelas ini.
 getType – mengembalikan jenis token.
 getToken – mengembalikan token yang dipegang oleh nod.
 goNext – mengembalikan alamat nod yang seterusnya.

b) Kelas KataKunci
KataKunci
-listkw
-wordToMatch
+Keyword
+findMatchKeyword

Data-data yang disimpan dalam kelas ini ialah;


 listkw – menyimpan senarai semua kata kunci (dalam bentuk tatsusunan) yang
ditentukan dalam nahu atur cara yang diproses.
 wordToMatch – menyimpan perkataan yang akan dibandingkan dengan senarai
kata kunci.

Metod-metod yang terdapat dalam kelas KataKunci dan peranan masing-masing.


 Keyword – konstruktor kepada kelas ini.
 findMatchKeyword – mengembalikan true jika perkataan yang diproses adalah
kata kunci, dan false jika sebaliknya.
78

c) Kelas SenaraiToken
SenaraiToken
-firstNode
-currentNode
-lastNode
-head
-currentToken
+ListToken
+isEmpty
+getCurrentToken
+insertNode
+goNext
+goFirst
+setHead
+getHead
+traverse

Data-data yang disimpan dalam nod ini ialah;


 firstNode – nod yang pertama dalam senarai jujukan tersebut.
 currentNode – kedudukan nod semasa.
 lastNode – nod terakhir dalam senarai jujukan.
 head – penunjuk kepada nod kepala yang juga seperti nod pertama.
 currentToken – token semasa dalam proses penyelusuran.

Metod-metod yang terdapat dalam kelas SenaraiToken dan peranan masing-masing.


 ListToken – konstruktor kepada objek ini.
 isEmpty – mengembalikan true/benar sekiranya senarai jujukan tiada nod.
 getCurrentToken – mengembalikan token semasa dalam proses penyelusuran.
 insertNode – menyelitkan nod token yang baru dibina.
 goNext – pergi kepada nod seterusnya.
 goFirst – pergi ke nod pertama dalam senarai jujukan.
 setHead – menyimpan alamat nod pertama atau nod kepala.
 getHead – mengembalikan alamat nod pertama.
 traverse – berfungsi melakukan proses menyelusur senarai jujukan nod.

d) Kelas PenganalisisLeksikal
PenganalisisLeksikal
-input
-tempToken
-lineno
-inputlength
-c
-charC
-tokenList
-keys
+Lexer
+isSeparator
+isBeginOperator
+lexList
+traverseLexList
+returnHeadTokenList
79

Data-data yang disimpan dalam kelas ini ialah;


 input – menyimpan kod atur cara sumber.
 tempToken – menyimpan nod token sementara sebelum diselit ke dalam senarai
jujukan.
 inputlength – mengandungi maklumat tentang panjang aksara dalam kod atur
cara sumber.
 c – satu aksara daripada kod atur cara sumber.
 tokenList – memegang objek (berasal dari kelas ListToken) yang akan
menyediakan kemudahan menyenaraikan token.
 keys – objek kepada kelas Keyword.

Metod-metod yang terdapat dalam kelas PenganalisisLeksikal dan peranan masing-masing.


 Lexer – konstruktor kepada kelas ini.
 isSeparator – mengembalikan true sekiranya aksara yang dihantar termasuk
daripada kategori separator (pemisah). Antara aksara yang dikategorikan sebagai
pemisah ialah “,”, “;”, “{”, “}” ,“[” ,“]”, “(”,“)” dan “:”.
 lexList – metod ini adalah yang terpenting dalam kelas ini, ia berfungsi untuk
membuat analisis leksikal kepada kod atur cara sumber dan menjana senarai
jujukan token.
 traverseLexList – berfungsi melakukan proses menyelusur senarai jujukan token
yang telah dihasilkan oleh metod lexList.
 returnHeadTokenList – mengembalikan alamat token pertama yang juga
menjadi kepada senarai berjujukan token.
80

2. Kelas Penjana Kod-Pseudo

a) Kelas PenjanaKodPseudo

PenjanaKodPseudo
-pseudolist
-indentation
-nod
-tokenList
-block
-forStepStack
-forConditionStack
-currentDataType
-switchLeftStmt
-evaluation
-firstCase
+PseudoCodeGenerator
+pseudocodegen
+getPseudolist
+getArrayLastItem
+isDataType
+isLiteralValue
+printPseudoList
+stringPseudoList
-printIndentation
+goNextNod
+isSemicolonOrComa
+isExpressionOps
-directAssignment
-declarationStatements
-assignmentOperations
-printfStatement
-scanfStatement
-ifStatement
-ifElseStatement
-elseStatement
-compoundStatement
-switchStatement
-caseStatement
-defaultStatement
-doWhileStatement
-whileStatement
-forStatement

Data-data yang disimpan dalam kelas ini ialah;


 pseudolist – senarai kod pseudo dalam tatasusunan. Setiap satu baris kod pseudo
merupakan satu item dalam tatasusunan ini.
 indentation – mengandungi maklumat berapa jarak indentasi untuk satu baris kod
pseudo. Indentasi berbeza mengikut blok di mana baris kod pseudo berada.
 nod – ini adalah objek daripada kelas token. Ia menyimpan maklumat token
semasa yang berada dalam senarai jujukan token yang sedang diproses.
81

 tokenList – merupakan objek daripada ListToken yang menyimpan maklumat


senarai jujukan token.
 block – menyimpan maklumat di dalam blok mana kod atur cara sumber sedang
diproses. Kedudukan blok (seperti blok fungsi main, atau dalam struktur kawalan
if…else, do…while, for, dan switch…case) perlu diketahui kerana proses yang
berbeza akan dilakukan kepada kod atur cara yang berada dalam blok berbeza.
 forStepStack – pernyataan penerusan dalam gelung for.
 forConditionStack – pernyataan ujian dalam gelung for.
 currentDataType – jenis data semasa bagi pemboleh ubah yang diproses.
 switchLeftStmt – ungkapan atau pemboleh ubah pada pernyataan switch.
 firstCase – true jika switch…case yang diproses adalah case yang pertama, false
jika sebaliknya.

Metod-metod yang terlibat;


 PseudoCodeGenerator – konstruktor kepada kelas ini. Ia akan menerima kod
atur cara dalam bentuk rentetan memanggil metod pseudocodegen untuk
membentuk kod pseudo.
 getPseudolist – mengembalikan tatasusunan yang mengandungi kod pseudo.
 getArrayLastItem – mengembalikan nilai item yang terakhir dalam suatu
tatasusunan tanpa menghapuskan item tersebut.
 isDataType – mengembalikan true sekiranya suatu nilai string itu tergolong
dalam senarai berikut “int”, “float”, “double”, “char”, “long”, “short” dan
“signed”.
 isLiteralValue – mengembalikan true sekiranya token tergolong dalam nilai
lateral untuk integer, nomber perpuluhan, aksara atau rentetan. Integer dan
nombor perpuluhan tidak dikurung oleh apa-apa simbol. Contoh nilai 9 dan 3.142.
Manakala untuk aksara dan rentetan, nilai lateral dikurung masing-masing dengan
simbol berikut: ‘h’dan “nama”.
 printPseudoList – memaparkan senarai kod pseudo yang terhasil dalam textarea
dalam halaman HTML.
Contoh: <textarea>Di sini kod pseudo yang telah dihasilkan</textarea>
 stringPseudoList – mengembalikan kod pseudo dalam bentuk string.
 printIndentation – menyelitkan indentasi sebelum satu baris kod pseudo
dimasukkan ke dalam senarai kod pseudo (pseudolist). Panjang indentasi berbeza
mengikut kedudukan baris dalam blok atur cara.
 goNextNod – proses nod token yang seterusnya dalam senarai berjujukan token.
 isSemicolonOrComa – mengembalikan true sekiranya aksara adalah
semicolon(;) atau koma (,).
 isExpressionOps – mengembalikan true jika rentetan tergolong dalam kategori
operator Boolean ataupun operator perbandingan.
Operator Boolean : TAK “!”, DAN “&&” dan ATAU “||”.
Operator perbandingan : sama dengan “==”, tak sama dengan “!=”, lebih kecil
“<”, lebih besar “>”, lebih kecil atau sama dengan “<=”, dan lebih besar atau
sama dengan “>=”.
 directAssignment – memproses operasi umpukan di mana pernyataan di sebelah
kanan tidak mengandungi operasi arithmetik. Aliran proses akan masuk ke metod
ini sekiranya token yang diproses ialah “=”.
 declarationStatements – memproses pernyataan pengisytiharan pemboleh ubah.
Aliran proses akan masuk ke metod ini sekiranya token semasa yang diproses
ialah token yang mengandungi jenis data (iaitu “int”, “float”, “double”, “char”,
“long”, “short” dan “signed”). Untuk setiap nama pembolehubah yng dijumpai,
masing-masing akan diubah kepada v1, v2, v3 dan seterusnya vN mengikut mana
dahulu yang dijumpai. Di sini penulis membuat sedikit perubahan daripada
82

cadangan Norshuhaini et. al. (2006) yang mana setiap pembolehubah yang
dijumpai akan diganti dengan perkataan ”var”.
 assignmentOperations – memproses operasi umpukan di mana pernyataan di
sebelah kanan mengandungi operasi arithmetik. Aliran proses akan masuk ke
metod ini sekiranya token yang diproses ialah “=” dan diikuti dengan operasi
arithmetik.
 printfStatement – menukar arahan printf() yang terdapat dalam C kepada
pernyataan DISPLAY. Rentetan yang terdapat dalam kurungan “??????” akan
diubah kepada “teks”, seperti yang dicadangkan oleh Norshuhaini et. al. (2006).
Ini dilakukan untuk menambahkan kesamaan dengan model penyelesaian.
Memandangkan mesej yang cuba disampaikan dalam arahan printf() adalah
pelbagai, maka penulis mencadangkan supaya rentetan mesej diseragamkan
kepada “teks”.
 scanfStatement – menukar arahan scanf() kepada INPUT diikuti dengan senarai
pemboleh ubah yang terbabit.
 ifStatement – metod ini akan mengendalikan penukaran pernyataan if kepada
format yang dicadangkan oleh Robertson (2002).
 ifElseStatement – metod menukarkan if…else kepada IF…ELSE.
 elseStatement – metod menukarkan pernyataan else kepada ELSE.
 compoundStatement – pernyataan kompaun merujuk kepada
 switchStatement – metod akan menukarkan pernyataan switch yang dijumpai
dalam atur cara sumber kepada IF.
 caseStatement – metod menukarkan pernyataan case kepada IF atau IF…ELSE
bergantung pada kes yang ke berapa.
 defaultStatement – metod menukarkan pernyataan default dalam switch…case
kepada ELSE.
 doWhileStatement – metod menukarkan pernyataan do…while kepada DO…
WHILE.
 whileStatement – metod menukarkan pernyataan while kepada WHILE.
 forStatement – metod menukarkan pernyataan for kepada WHILE.
 pseudocodegen – metod utama dalam kelas ini. Metod ini mengawal penelusuran
senarai jujukan token dan menentukan metod yang akan dipanggil untuk
menentukan aliran proses.

3. Kelas Pembanding Kod-Pseudo

b) Kelas PemisahPembolehubah
PemisahPembolehubah
-pseudocodelist
-listVarDeclaration
-listflow
-variableTable
+VarDeclarationSeparator
-separateVarDecFromCode
+getVarDecList
+getFlowList
+stringVarDecList
+stringFlowList
+stringVariableTable
Maklumat yang disimpan dalam kelas ini ialah;
 pseudocodelist – senarai kod pseudo dalam tatasusunan. Setiap satu baris kod
pseudo merupakan satu item dalam tatasusunan ini.
83

 listVarDeclaration – semua pengisytiharan pemboleh ubah dikumpulkan di sini


dalam bentuk tatasusunan.
 listflow – semua pernyataan selain daripada pengisytiharan pemboleh ubah
dikumpulkan di sini.
 variableTable – senarai pemboleh ubah yang diperolehi daripada kod pseudo.

Metod-metod yang terdapat dalam kelas PemisahPembolehubah dan peranan masing-


masing.
 VarDeclarationSeparator – konstruktor kelas ini. Menerima kod pseudo dalam
bentuk satu rentetan panjang.
 separateVarDecFromCode – memisahkan kod pseudo yang mengandungi
pengisytiharan pemboleh ubah daripada pernyataan yang lain. Dua senarai akan
terbentuk (dalam tatasusunan) iaitu senarai pengisytiharan pemboleh ubah dan
senarai kod pseudo bukan pengisytiharan pemboleh ubah.
 getVarDecList – mengembalikan senarai kod pseudo yang mengandungi
pengisytiharan pemboleh ubah sahaja (dalam tatasusunan).
 getFlowList – mengembalikan senarai kod pseudo yang mengandungi selain
daripada pengisytiharan pemboleh ubah (dalam tatasusunan).
 stringVarDecList – mengembalikan senarai kod pseudo yang mengandungi
pengisytiharan pemboleh ubah sahaja (dalam bentuk rentetan).
 stringFlowList – mengembalikan senarai kod pseudo yang mengandungi selain
daripada pengisytiharan pemboleh ubah (dalam bentuk rentetan).
 stringVariableTable – mengembalikan senarai pemboleh ubah (dalam bentuk
rentetan).

c) Kelas PembandingKodPseudo
PembandingKodPseudo
-pseudostudent
-pseudoschema
-pseudostudentArray
-pseudoschemaArray
-markvardec
-markflow
-totalmark
-vdsStudent
-vdsSchema
-flowStudent
-flowSchema
-stdVarTable
-schemaVarTable
-highest
+ComparePseudocodes
-pseudocodeToArrayLine
-compareDeclaration
-compareFlow
-analyseVar
-calculateHighestMark
+getTotalMark
+getFlowMark
+getVariableMark
+getStringFlowStudent
+ getStringFlowSchema
+getHighestMark
84

Data-data yang disimpan dalam kelas ini ialah;


 pseudostudent – input kod pseudo jawapan pelajar (dalam bentuk rentetan).
 pseudoschema – input kod pseudo model penyelesaian(dalam bentuk rentetan).
 pseudostudentArray – kod pseudo jawapan pelajar (dalam bentuk tatasusunan).
 pseudoschemaArray – kod pseudo model penyelesaian (dalam bentuk
tatasusunan).
 markvardec – markah untuk pemboleh ubah.
 markflow – markah untuk kod pseudo aliran aturcara.
 totalmark – markah perbandingan (markvardec + markflow).
 vdsStudent – kod pseudo pengisytiharan pemboleh ubah pelajar (dalam bentuk
tatasusunan).
 vdsSchema – kod pseudo pengisytiharan pemboleh ubah model penyelesaian
(dalam bentuk tatasusunan).
 flowStudent – kod pseudo aliran kerja pelajar (dalam bentuk tatasusunan).
 flowSchema – kod pseudo aliran kerja model penyelesaian (dalam bentuk
tatasusunan).
 stdVarTable – memegang senarai pemboleh ubah terdapat dalam kod-pseudo
jawapan pelajar.
 schemaVarTable – memegang senarai pemboleh ubah terdapat dalam kod-
pseudo skema jawapan.
 highest – memegang markah yang paling tinggi antara semua markah
perbandingan.
 schemanumber – bilangan model penyelesaian yang dibekalkan.

Metod-metod yang terdapat dalam kelas PembandingKodPseudo dan peranan masing-


masing.
 ComparePseudocodes – konstruktor kelas ini. Menerima dua kod pseudo; iaitu
kod pseudo pelajar dan kod pseudo model penyelesaian. Keduanya dalam bentuk
rentetan. Selepas kedua-dua kod pseudo diubah format, kelas ini akan memanggil
metod compareFlow, compareDeclaration dan mengira markah keseluruhan.
 pseudocodeToArrayLine – metod ini akan mengubah kod pseudo daripada
bentuk rentetan kepada bentuk tatasusunan.
 compareDeclaration –
 compareFlow – membuat perbandingan antara kod pseudo aliran kerja pelajar
aturcara dan kod pseudo aliran kerja model penyelesaian. Peratus kesamaan antara
keduanya diperolehi dengan menggunakan fungsi similar_text (Manual PHP,
2007) yang terdapat dalam pustaka PHP.
 getTotalMark – mengembalikan markah keseluruhan.
 getFlowMark – mengembalikan markah peratus kesamaan untuk kod pseudo
aliran kerja.
 getVariableMark – mengembalikan markah untuk kesamaan senarai
pembolehubah.
 getStringFlowStudent – mengembalikan kod pseudo aliran kerja pelajar (dalam
bentuk rentetan).
 getStringFlowSchema – mengembalikan kod pseudo aliran kerja model
penyelesaian (dalam bentuk rentetan).
 analyseVar – membuat analisis tentang berapa bilangan pemboleh ubah berjenis
integer, nombor nyata dan juga aksara.
 calculateHighestMark – menentukan markah mana yang tertinggi antara semua
perbandingan.
 getHighestMark – mengembalikan peratus kesamaan yang paling tinggi.

You might also like