You are on page 1of 4

KONSEP PROFESIONALISME Profesionalisme ialah satu set ciri, pengetahuan, kepakaran, sikap dan nilai dalam sesuatu profesion.

Sifat dedikasi terhadap kerja dan tidak mementingkan diri sendiri juga menunjukkan ciri profesioanalisme. Menurut Sufiah Hussein dalam Esah Sulaiman (2003), menakrifkan sebagai satu nilai yang berkait rapat dengan fungsi pekerjaan seseorang dalam mencapai keberkesanan, produktiviti, kecekapan dan kebertanggungjawaban. Menurut Hedderdof dalam Esah Sulaiman (2003) pula, profesionalisme bermaksud satu nilai yang murni jika individu itu mengamalkan tanggungjawanya dengan penuh dedikasi dan tidka mementingkan diri atau suka memilih pekerjaan. Pelaksanaan tugas dengan bersungguhsungguh dan tidak terlalu berkira dalam menjalankan tugas. Bagi profesion perguruan, seorang pengetua/guru besar perlu berusaha meningkatkan profesionalismenya dari semasa ke semasa dan sentiasa memberi khidmat yang terbaik. Menurut Lieberman (Sufiah Hussein, 1996) dalam Esah Sulaiman (2003), ciri sesuatu profesion itu ialah perkhidmatan yang diberikan adalah unik dan penting serta mempunyai matlamat yang jelas untuk masyarakat dan negara. Menurutnya lagi, semasa menjalankan tugas, banyak keupayaan dan kebolehan intelek digunakan. Menurut Parkay (1990) dalam Esah Sulaiman (2003), ahli profesional mempraktikkan pekerjaan mereka dengan darjah autonomi yang tinggi. Mereka tidak diselia dalam menjalankan tugas, sebaliknya bertanggungjawab menjalankan tugas, menyelia diri sendiri, dedikasi ke arah menyediakan perkhidmatan dan mempunyai banyak peluang membuat keputusan tentang pekerjaan mereka. Ini disebabkan ahli profesional dibenarkan mengisytiharkan monopoli pengetahuan dan perkhidmatan yang penting.

Menurut Intan, 1995 dalam Esah Sulaiman (2003), profesioanalisme juga dilihat dari segi mengutamakan mutu perkhidmatan, dedikasi terhadap pekerjaan dan tidak mementingkan pendapatan atau ganjaran. Sesuatu tugas yang dilaksanakan bukan bertujuan bagi mendapatkan pendapatan yang lumayan tetapi hendaklah memberikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi, serta bermatlamtkan sumbangan untuk masyarakat dan negara. Seseorang profesioanl hendaklah menjadi ahli kepada sesuatu organisasi yang berkuasa menentukan nilai tara untuk kemasukan, mengawal mutu perkhidmatan dan penyingkiran ahlinya. Selain itu, ahli sesuatu profesion hendaklah mematuhi kod etika yang ditentukan oelh organisasi profesion yang terlibat. Dengan ini, semua ahli profesion hendaklah

bertanggungjawab terhadap semua tindakan dan keputusan yang diambil. Berdasarkan ciri-ciri yang dinyatakan, profesionlisme bermaksud ciri-ciri kualiti bagi sesuatu profesion memerlukan semua ahlinya menjalani latihan, dedikasi menjalankan tugas, mempunyai autonomi semasa menjalankan tugas, menggunakan keupayaan intelek,

menganggotai organisasi profesional dan mematuhi etika profesion.

PERANAN

PENGETUA/GURU

BESAR

TERHADAP

PROSES

PENINGKATAN

PROFESIONALISME GURU Perubahan teknologi yang pantas lagi mencabar telah menuntut pengetua/guru besar yang sememangnya memainkan peranan paling penting dalam menggerakkan visi dan misi sesebuah sekolah supaya lebih kreatif dan inovatif. Konsep pembelajaran non-linear menjadikan setiap pengetua/guru besar sentiasa sedar tentang maklumat-maklumat dan konteks baharu yang wujud dari semasa ke semasa. Peranan yang besar sebagai pendita di atas pentas kepada mentor,

penyelidik, pengguna teknologi, penghasil pengetahuan, pengambil risiko dan pembelajaran seumur hidup menjadi kayu ukur dalam meningkatkan lagi profesionlisme guru pada perspektif pengetua/guru besar. Selain sokongan yang jitu perlu ada pada seorang pengetua/guru besar dalam penggunaan teknologi baharu dalam pengajaran dan pembelajaran, beliau juga perlu terlibat dalam kursus-kursus formal dan menjadi sebahagian daripada komuniti pembelajaran tidak formal yang berterusan dengan lain- lain profesional yang berkongsi minat dan prihatin. Pengetua/guru besar mempunyai impak yang besar terhadap perkembangan dan peningkatan profesionalisme keguruan. Dengan perubahan maklumat kini yang sentiasa bergolak memerlukan seseorang pengetua/ guru besar lebih terbuka kepada maklumat-maklumat baru serta sanggup mengubah set minda mereka yang lama mengikut keperluan dan konteks semasa bagi meningkatkan kualiti sekaligus mengekalkan profesionlisme perguruan. Pendedahan kepada idea baharu yang dimainkan oleh pengetua/guru besar amatlah penting dalam memberikan peningkatan terhadap profesioanlisme keguruan dengan menghadiri kursus-kursus jangka pendek, bengkel, seminar, mesyuarat dan majlis-majlis bagi meningkatkan kualiti dalam pengurusan sesebuah sekolah. Perancangan dan pentadbiran yang teliti dan tegas perlu sentiasa bersemadi dalam setiap diri pengetua/guru besar dalam memajukan profesion keguruan dalam konteks pengurusan dan pembangunan pendidikan berasaskan sekolahn sekaligus memantapkan lagi profesionlisme guru. Selain itu, pelaksanaan dasar pembaharuan pendidikan yang sentiasa berubah mestilah dilaksanakan dengan jayanya agar perkembangan profesionalisme keguruan terus meningkat dari semasa ke semasa. Oleh dengan demikian, seorang pengetua/guru besar harus sentiasa terbuka kepada setiap perubahan, pembaharuan dan inovasi baharu dalam pelbagai aspek seperti pengurusan sekolah, pengajaran dan pembelajaran murid, pengurusan murid, penggunaan teknologi maklumat atau ICT dan sebagainya.

Pengetua/guru besar perlulah bersifat mesra, mudah dan disenangi. Pengurusan dan pentadbiran tidaklah seharusnya terikat pada karenah birokrasi. Oleh itu, kebijaksanaan, pertimbangan dan fleksibiliti dalam pentadbiran dan perancangan pendidikan yang dikelolakan oleh pengetua/guru besar perlu diambil kira dalam menyelesaikan isu-isu yang timbul dan isu-isu di luar dugaan. Proses penyelesaian masalah perlulah bersifat harmoni dan tidak autokratik. Pengetua/guru besar harus sentiasa peka dengan guru-guru, murid dan masyarakat terhadap halhal yang berkaitan dengan pendidikan sekarang. Dasar-dasar pendidikan yang memberikan masalah kepada masyarakat dan murid perlu dinilai dan diubahsuai bagi mengatasi dan menangani konflik antara idealisme dan pentadbiran dengan teliti yang dihadapi. Kesimpulannya, kualiti pendidikan di sekolah amat bergantung pada kewibawaan dan tanggungjawab seorang pengetua/guru besar yang berkesan. Ini termasuk pengurusan kepakaran yang ada padanya atau profesionalisme guru, pengurusan kualiti pengajaran, pengurusan kualiti pembelajaran, pengurusan kualiti peperiksaan, penilaian dan kurikulum dan pengurusan kualiti menyeluruh. Pemantauan keakuran spesifikasi dalam pengawalan kualiti seperti program pengawalan kualiti ISO 9000, pengurusan berasaskan objektif, menguruskan kerja kumpulan, pengurusan melalui mesyuarat, pengurusan tanpa cacat, pengurusan maklumat dan sebagainya merupakan pendekatan pengurusan yang perlu dilaksanakan oleh pengetua/guru besar bagi menjamin kualiti sekolah selaran dengan penekanan kepada kualiti pendidikan yang ditekankan kini dan seterusnya meningkatkan lagi tahap peningkatan profesionalisme guru.

You might also like