You are on page 1of 18

KAJIAN yang dijalankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan pada tahun 2015, kira-kira 2.

3 bilion penduduk di seluruh dunia akan mempunyai lebihan berat badan. Manakala 700 juta daripadanya akan mengalami masalah kegemukan yang berlebihan atau obesiti. Namun lebih membimbangkan, kajian juga membuktikan, masalah obesiti di kalangan kanak-kanak semakin menular tahun demi tahun di negara-negara membangun. Di Malaysia, sehingga tahun lalu, peningkatan kes obesiti yang direkodkan di kalangan keseluruhan kanak-kanak berumur antara 7 hingga 12 tahun adalah sebanyak 10 peratus. Kanak-kanak yang mengalami masalah kegemukan dikatakan berisiko mendapat obesiti dan ini akan menjurus kepada beberapa masalah kesihatan kronik antaranya kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung, kegagalan sistem pernafasan dan perkumuhan serta kanser. Apakah faktor yang menyumbang kepada masalah besar ini di kalangan kanak-kanak? Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan) Kementerian Pelajaran, Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim berkata, faktor utama penyumbang masalah obesiti kanak-kanak adalah pengambilan nutrisi tidak seimbang atau makanan dengan kadar banyak atau kurang. Katanya, kanak-kanak sememangnya gemarkan makanan rapu (junk food) terutama keropok, jeruk dan coklat kerana mereka terpengaruh dengan rasa, pembungkusan dan promosi iklan atau jualannya yang dilakukan pengeluar dan penjual. Noor Rezan berkata, ketika beliau bertugas sebagai guru besar di sebuah sekolah di ibu negara beberapa tahun lalu, beliau melarang keras penjualan makanan ringan di kantin dan pelajar tidak dibenarkan membawanya ke dalam kawasan sekolah. Bagaimanapun, ujarnya, apabila mereka keluar daripada pagar sekolah, mereka masih dapat membelinya kerana ia dijual secara berleluasa di luar. "Makanan ringan adalah sejenis makanan yang secara jelas tidak mempunyai nutrisi dan mengandungi banyak perisa tambahan yang menyebabkan seseorang kanak-kanak mengalami obesiti. "Pulang ke rumah, ada ibu bapa terutama yang sibuk bekerja akan menyediakan pula makanan segera atau memasak makanan mengandungi gula dan lemak tinggi tetapi rendah vitamin, mineral serta nutrisi penting untuk perkembangan tubuh dan minda anak. "Saya nasihatkan ibu bapa sentiasa bertanya kepada anak apa yang mereka makan di sekolah, pantau pemakanan anak, sediakan menu berkhasiat, amalkan diet sepatutnya dan paling penting jangan tanya apa yang anak ingin makan tetapi anda yang menentukannya," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Kesihatan Kanak-Kanak Malaysia di The Royal Bintang, Damansara, baru-baru ini. Turut hadir, Ketua Hal Ehwal Korporat Kumpulan Nestle, Zainun Nur Abdul Rauf dan Presiden Persatuan Nutrisi Malaysia (NSM), Dr. Tee E Siong. Menurut Zainun Nur, program itu dilancarkan sebagai satu usaha bagi menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan kanak-kanak sekolah rendah berusia antara 7 hingga 12 tahun.

Kempen tersebut membabitkan aktiviti seperti kesedaran nutrisi, aktiviti fizikal dan perbincangan, kelas panduan bagaimana meningkatkan pengetahuan, sikap dan amalan nutrisi selain ditunjukkan demonstrasi penyediaan masakan berkhasiat oleh Chef Florence Tan. "Pada pelancaran hari ini, kami turut mengadakan bengkel eksperimen iaitu percubaan untuk melihat sejauh mana beberapa ibu bapa dan pelajar yang menyertainya dapat berbincang serta bertukar-tukar pendapat mengenai pemakaran dan gaya hidup anak mereka. "Kejayaan bengkel hari ini akan menguatkan usaha kami atau membantu kami memperkemaskan aktiviti sebelum melebarkannya ke sekolah seluruh negara. "Program ini pertama kali diadakan di Malaysia tetapi ia sudah dijalankan di beberapa buah negara seperti Argentina, China, Thaiwan, Korea, Singapura, Pakistan, Filipina, India, Mauritius, Jerman, Malta dan Belanda," ujarnya.

Pasti ramai tidak menyedari peningkatan bilangan penyakit diabetes atau kencing manis dan obesiti yang berkait rapat dengan kesan pengambilan gula. Pengambilan gula pada kadar berpatutan yang diperlukan tubuh tidak akan menjejaskan kesihatan. Ia hanya mengundang padah apabila pengambilan secara berlebihan yang menjadi punca masalah diabetes atau kencing manis, kerosakan ginjal, kardiovaskular, obesiti, kemurungan serta kerosakan gigi. Sama seperti karbohidrat, gula ialah punca utama tenaga untuk tubuh. Gula bukan sekadar partikel kecil berkilat tetapi juga boleh diperoleh daripada sumber lain seperti seperti susu (laktosa) dan buah-buahan (fruktosa). Malah semua perkataan yang berakhir dengan ose (dalam bahasa Inggeris) adalah gula, misalnya glukose, sucrose (bahan pemanis) dan dextrose (rasa manis dalam madu). Presiden Persatuan Obesiti Malaysia, Prof Dr Mohd Ismail Noor, berkata berbanding negara lain seperti Thailand, harga gula di Malaysia masih murah. Justeru, ancaman kesihatan seperti masalah obesiti, kardiovaskular dan diabetes di Malaysia tidak akan berakhir selagi negara tidak mempunyai strategi kesihatan yang berkesan.

Kenaikan harga gula adalah satu daripada cara. Mungkin ia akan membebankan golongan tidak berkemampuan tetapi mereka boleh dibantu dengan cara lain, katanya. Malah, Dr Mohd Ismail berpendapat, kenaikan harga gula itu sepatutnya sudah dibuat sejak dulu. Jika kenaikan harga gula menyebabkan harga minuman atau makanan kegemaran anda turut naik, mungkin ini masanya untuk berubah selera, katanya. Berikut ialah pelbagai jenis komplikasi penyakit akibat pengambilan gula secara berlebihan: # Obesiti dan kegemukan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan lebih 1 bilion penduduk dunia mengalami kegemukan ketika ini dan jumlah itu bakal mencecah 1.5 bilion pada 2015. Sekurang-kurangnya 20 juta kanak-kanak di bawah usia lima tahun mengalami kegemukan pada 2005. Punca asas obesiti dan kegemukan ialah ketidakseimbangan antara pengambilan kalori dan penggunaan kalori. Peningkatan global kegemukan dan obesiti ini disebabkan oleh perubahan diet dengan pengambilan lebih banyak makanan yang bergula dan berlemak tetapi rendah vitamin, mineral dan mikronutrisi lain. Selain itu, ia juga disebabkan kurangnya melakukan aktiviti fizikal disebabkan kemajuan sistem pengangkutan awam yang menyebabkan ramai tidak lagi gemar berjalan kaki atau berbasikal yang dapat membakar kalori. Tidak lama dulu, WHO juga melaporkan mengenai kajian di Afrika Selatan pada 2003 yang mendapati pengambilan gula yang tinggi menjadi penyebab utama obesiti dan karies gigi. Kira-kira 20 peratus kalangan dewasa mengalami masalah obesiti, manakala sembilan peratus kanak-kanak turut mengalami masalah sama. Mengikut garis panduan WHO, kegemukan berlaku apabila Indeks Jisim Tubuh (BMI) lebih 25 dan mereka yang melebihi bacaan 30 dikategorikan sebagai obesiti. # Diabetes Selain obesiti, pengambilan gula berlebihan ditambah dengan tabiat malas bersenam juga mendedahkan seseorang itu kepada pelbagai risiko kesihatan. Misalnya, gula boleh menjejaskan platelet darah yang mungkin menjadi punca masalah jantung. Malah, gula turut menjadi antara penyebab Diabetes Jenis Dua, tulang rapuh, masalah ginjal, hati, kemurungan serta turut dikaitkan dengan tumor barah. Sekadar perbandingan, pada 1996 seramai 6.5 peratus rakyat Malaysia berusia lebih 30 tahun disahkan menghidap diabetes. Sedekad kemudian, jumlah itu meningkat kepada 9.5 peratus. Lebih menakutkan,

pada tahun sama dianggarkan kira-kira 1.5 juta orang yang berusia melebihi 18 tahun disahkan sebagai penghidap diabetes. Malah, dalam tempoh 10 tahun akan datang, kira-kira 25 peratus warga Malaysia bakal menghidap diabetes jika tiada sebarang usaha pencegahan dibuat. Walaupun diabetes dikaitkan dengan faktor genetik tetapi mengubah cara hidup mampu mencegah diabetes. Dari sudut perubatan, diabetes adalah kegagalan tubuh memproses gula dan kegagalan untuk menyingkirkannya dari salur darah. Justeru, kadar gula yang banyak dalam darah meningkatkan risiko sakit jantung dan strok atau angin ahmar, selain menyebabkan ginjal terjejas. Kadar gula yang tinggi juga menjejaskan sistem tubuh hingga menyebabkan buta. # Jangkitan kulat Setiap satu sudu gula berupaya menekan sistem imun tubuh hingga enam jam lamanya. Gula juga menggalakkan pertumbuhan kulat di luar kawalan dalam sistem pencernaan. Kulat dikenali candida albicans boleh merebak ke organ dalaman dan sistem pernafasan. Simptom paling biasa jangkitan kulat ini ialah jangkitan yis, masalah pencernaan atau lelah. Bagi sesetengah orang, gula lebih menggemukkan berbanding lemak. Malah di kalangan kanak-kanak dan remaja, punca kalori yang utama ialah minuman berkarbonat dan jus yang mengandungi kandungan gula tinggi. Gula dalam bentuk cecair lebih banyak menimbulkan masalah kerana kita cenderung untuk mengambilnya dalam jumlah berlebihan. Diet yang dipenuhi dengan pengambilan makanan tinggi kalori akan menyebabkan obesiti dan diabetes. Data 2006 menunjukkan 21 peratus rakyat mengalami kegemukan dan 6.2 peratus lagi obesiti. Secara bersama, obesiti dan diabetes adalah faktor risiko utama masalah jantung Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2010/01/masalah-obesiti-dan-kesanpengambilan.html#ixzz1hfAoC0L9

Dari rajah menunjukkan undian pelawat xpresi.org tentang isu kanak-kanak serta remaja yang mengalami masalah kegemukan sejak akhir ini. Ada pihak yang menyalahkan pengambilan makanan disekolah menyebabkan obesiti dikalangan kanak-kanak dan remaja.

Walaubagaimanapun, dari undian jelas menunjukkan sikap manusia sendiri yang tidak minat bersenam merupakan faktor utama penyumbang masalah kegemukan iaitu mencatatkan undian 38%. Undian kedua terbanyak pula iaitu 23 % berkaitan dengan hidangan berlemak dirumah dan diluar sekolah. Jika diamati, sebenarnya makanan diluar sekolah adalah lebih banyak dan mempunyai pelbagai pilihan. Kadangkala ibu bapa sendiri mempunyai tabiat makanan yag tidak baik serta mampu mempengaruhi pengambilan makanan anak. Seperti yang dijangka, hidangan berlemak disekolah mempunyai undian paling rendah iaitu hanya 3% sahaja. Hal ini mungkin kerana pengambilan makanan berlemak disekolah kebiasaanya pada waktu pagi dan zat makanan tersebut tidak berlebihan kerana masih diperlukan untuk aktiviti sehingga malam. Dari undian jelas menunjukkan ibu bapa perlu sedar untuk menyediakan makanan yang bersesuaian kepada anak dirumah dengan megawas serta mendidik pengambilan makanan anak mereka terutama berada diluar rumah. Pengambilan makanan yang berkolestrol tinggi serta lemak perlu dikurangkan dan mengambil langkah bijak menjadikan sayuran dan buah-buahan sebagai pengganti makanan segera dan tidak berkhasiat.

Rujukan : http://www.xpresi.org/faktor-penyebab-utama-masalah-kegemukan-kanak-kanak-danremaja/#ixzz1hfB9nCQN

Lebih daripada 76% kanak-kanak di Malaysia menghabiskan masa mereka untuk menonton televisyen dan bermain komputer. Demikian menurut Menteri Kesihatan Malaysia, Dato Liow Tiong Lai. Akibat daripada tabiat tersebut, di samping kurang bersenam, menyebabkan masalah kegemukan dalam kalangan kanak-kanak semakin serius. Beliau juga menyatakan bahawa hanya 28.5% pelajar mengamalkan diet yang sihat, manakala 14.5% kanak-kanak (umur 7 hingga umur 13) mengalami masalah kekurangan zat makanan Selain itu, hanya terdapat 10% pelajar rendah yang tidak makan sarapan, manakala 70% pelajar yang akan makan sarapan. Burger merupakan makanan segera yang paling digemari oleh kanak-kanak. Selain itu, kajian menunjukkan bahawa nasi lemak, mi goreng dan nasi ayam merupakan makanan kantin yang paling disukai oleh pelajar sekolah. Makanan segera yang popular bagi kanak-kanak merupakan burger, ayam goreng dan pizza. Makanan segera yang berleluasa di Malaysia telah menjadi makanan kegemaran kepada kanak-kanak. Di samping itu, iklan tentang makanan segera telah memupuk corak makanan segera dalam kalangan kanak-kanak sejak mereka kecil lagi. Cara pemakanan dan corak kehidupan yang tidak sihat merupakan dua isu penting dalam masalah kegemukan kanakkanak. Masalah ini bukan bukan sahaja berlaku di Malaysia, tetapi juga di seluruh dunia. Di Amerika Syarikat, sesetengah kerajaan tempatan telah mengehadkan penjualan makanan segera yang disertakan dengan alat mainan.

Langkah ini dapat mengurangkan nafsu kanak-kanak pada makanan segera. Walau bagaimanapun, pendidikan merupakan cara yang paling berkesan untuk mendidik kanak-kanak tentang diet yang sihat. Kesimpulannya, pendidikan tentang amalan pemakanan sihat Chin perlu bermula di rumah. Kah

Sam Wong Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia

Mutakhir ini, obesiti menjadi masalah utama dalam kalangan kanak-kanak di dunia. Menurut laporan National Center for Health Statistic pada 2002, kira-kira 15 peratus kanak-kanak dan remaja di Amerika Syarikat mengalami obesiti. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), masalah obesiti semakin serius dalam kalangan kanakkanak dan remaja di negara membangun. Masalah obesiti merupakan faktor utama yang mengakibatkan sindrom metabolik yang banyak dihidapi penduduk di Asia. WHO menganggarkan bahawa pada 2015, lebih kurang 2.3 bilion orang penduduk di dunia mengalami masalah berat badan yang terlebih dan daripada jumlah tersebut kira-kira 700 juta orang akan mengalami masalah obesiti. Di Malaysia, peningkatan masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak berumur antara tujuh hingga 10 tahun menunjukkan peratusan yang membimbangkan iaitu daripada 6.6 peratus kepada 13.8 peratus. Keadaan ini lebih kritikal apabila mereka meningkat dewasa. Semestinya golongan dewasa yang menghadapi masalah obesiti mencari alternatif terbaik untuk mengurangkan berat badan. Bagi kanak-kanak pula, masalah obesiti mereka kebanyakan dibiarkan oleh ibu bapa mereka. ___ Dr. Tam Cai Lian, pensyarah di Fakulti dan Sains Kesihatan, Universiti Monash Sunway, Bandar Sunway, Petaling Jaya.

emua ibu bapa mahu melihat anak-anak sihat dengan memastikan mereka mendapat makanan yang cukup serta berkhasiat. Meskipun begitu, ada di antara ibu bapa terlalu memanjakan anak-anak sehingga gagal mengawal pemakanan mereka. Pengambilan makanan yang berlebihan serta tidak sesuai menyebabkan anak-anak mengalami obesiti. Meskipun masalah tersebut adalah biasa di kalangan kanakkanak, namun ia sukar dirawat.

Walaupun banyak usaha boleh dilakukan, ramai kanak-kanak obes akan terus mengalami kelebihan berat badan sepanjang hayat mereka. Situasi ini boleh menyebabkan kenaikan dalam kes sakit jantung, diabetes dan juga sesetengah jenis barah di dalam beberapa dekad yang akan datang. Setiausaha Persatuan Pediatrik Gastroentorologi dan Pemakanan Eropah, Dr. Johannes Taminuau berkata, ibu bapa harus memainkan peranan untuk menghalang anak-anak mendapat obesiti sejak dari awal. Ini kerana kajian menunjukkan bahawa ramai kanak-kanak yang obes akan terus mengalami kelebihan berat badan sepanjang hayat mereka. Merujuk kepada kajian terbaru, semakin awal kanak-kanak menjadi obes, semakin obeslah mereka di kemudian hari. Dengan ini, risiko mereka mengidap penyakit kronik juga meningkat, katanya. Pensyarah dari Universiti Amsterdam, Belanda ini berkata demikian semasa menyampaikan ceramah yang bertajuk Obesiti: Adakah Anak Anda Berisiko Tinggi pada seminar Program Permulaan Pemakanan Ceria di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Menurut Dr. Taminuau, ibu bapa yang mempunyai anak-anak obes perlu tahu bahawa mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan unggul adalah satu perkara yang sukar. Ia juga memerlukan kefahaman tentang masalah ini dan menekankan kepentingan tabiat makanan yang sihat. Jelas beliau, cara yang terbaik ialah dengan mendapatkan khidmat nasihat pakar pediatrik, pakar pemakanan atau pakar diet kerana obesiti adalah satu keadaan yang kompleks. Nasihat pakar penting bagi mengelak penggunaan teknik-teknik diet yang mungkin memberi kesan buruk. Suplimen untuk mengurangkan berat badan dan lain-lain penawar juga mungkin membahayakan kesihatan dan pemakanan kanak-kanak, tegasnya. Namun begitu, kata beliau, bantuan pakar tidak menjamin keputusan yang positif. Faktor-faktor yang menyebabkan obesiti Obesiti di kalangan kanak-kanak boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Faktor yang pertama ialah keturunan atau struktur genetik. Dr. Taminuau menyatakan, hampir 35 peratus kes obesiti dikesan di kalangan kanak-kanak yang mana ibu bapa mereka mempunyai berat badan normal. Namun begitu, secara amnya, kanak-kanak mempunyai risiko menjadi obes yang lebih tinggi jika ibu bapa mereka juga obes. Bercakap dengan lebih lanjut tentang peranan genetik, Dr. Taminuau menyebut bahawa sesetengah gen seperti leptin, MC4R, MC3R dan protein berkaitan agouti mengawal selera dan rasa kenyang.

Kajian ke atas tikus menunjukkan ketidakseimbangan ke atas gen-gen ini boleh menyebabkan kecenderungan untuk makan dengan lebih. Walaupun ini merupakan satu maklumat yang menarik, masih terlalu awal untuk kita boleh mengurus masalah obesiti menerusi gen, katanya. Tambah beliau, obesiti terjadi apabila terdapat kelebihan tenaga yang positif iaitu berlaku pengambilan makanan lebih dari apa yang diperlukan. Situasi begini wujud apabila kita makan dengan berlebihan serta tidak melakukan aktiviti fizikal. Sebenarnya, badan yang gemuk bukan hanya menyimpan lemak, tetapi ia juga mengandungi otot pejal.

Jika kita lebih berat, maka lebih banyaklah otot pejal yang diperlukan untuk bergerak dan penggunaan tenaga sewaktu rehat juga lebih tinggi berbanding mereka yang mempunyai berat badan normal, katanya. Jelas Dr. Taminuau, hal ini berkaitan dengan faktor belajar yang mana kanak-kanak mencontohi tabiat makan yang kurang sihat seperti makan dengan berlebihan seperti mana yang dilakukan oleh ibu bapa mereka. Sehubungan itu, ibu bapa mesti menjadi teladan yang baik dan mengamalkan tabiat makan yang sihat untuk kebaikan anak-anak mereka. Makan dengan berlebihan menyebabkan kanak-kanak menjadi obes. Apabila mereka obes, kanak-kanak cenderung untuk terus makan dengan berlebihan kerana mereka memerlukan lebih tenaga untuk bergerak. Jika kita membiarkan kanak-kanak memupuk tabiat makan dengan dengan berlebihan ia boleh menyebabkan satu kitaran yang sukar diputuskan,tegasnya. Menurut Dr. Taminuau, ibu bapa mesti terlibat secara aktif di dalam program pengurangan berat badan anak mereka yang obes. Ini kerana kanak-kanak lebih mudah mengikuti program pengurangan berat badannya jika ibu bapa turut mengambil bahagian. Senaman yang banyak mungkin tidak dapat membantu kanak-kanak mengurangkan berat badan dengan dramatik. Namun demikian, adalah mustahak bagi kanak-kanak mengikut pelan aktiviti fizikal yang bersesuaian kerana tahap lemak badan berkait secara langsung dengannya, katanya. Di samping itu, ibu bapa juga perlu memantau pengambilan makanan kanak-kanak sebagai langkah pertama. Jelas Dr. Taminuau, makanan karbohidrat kompleks (berkanji) adalah mengenyangkan dan mengurangkan kemungkinan untuk makan dengan berlebihan.

Lemak penting bagi kanak-kanak mendapatkan tenaga, tetapi pengambilan lemak berlebihan akan menyebabkan 90 hingga 95 peratus daripadanya disimpan sebagai lemak di dalam badan. Sementara karbohidrat pula, walaupun tenaga berlebihan darinya juga akan disimpan sebagai lemak di dalam badan, jumlahnya adalah lebih kurang 10-20% lebih rendah lemak, katanya. Tambahnya, walaupun makanan berprotein adalah penahan selera yang paling mujarab, namun ibu bapa dinasihatkan tidak mengamalkan diet tinggi protein dalam mengurangkan berat badan anak-anak kerana ia mungkin merbahaya. Lebih baik menggalakkan pengambilan serat yang tinggi seperti makanan kekacang, buah-buahan dan semua jenis sayur-sayuran kerana ia juga turut mengenyangkan. Makanan-makanan ini juga rendah lemak dan mengandungi kandungan tenaga yang rendah ke sederhana, katanya lagi. Oleh kerana lebih mudah untuk mengawal pengambilan cecair berbanding makanan pepejal, ibu bapa dinasihat mengehadkan pengambilan minuman bergula. Ini kerana rasa manis menggalakkan makanan dimakan dengan lebih cepat dan pengambilan lemak sebanyak 11 peratus.

U obesiti semakin galak diperkatakan kebelakangan ini terutamanya melibatkan pelajar sekolah sehingga mendorong kerajaan mengeluarkan pekeliling untuk mencatat jisim indeks tubuh atau body mass index (BMI) di dalam laporan pelajar sekolah di negara kita. Makanan berkolesterol tinggi seperti roti canai, nasi lemak, makanan dan minuman ringan, jeruk dan sebagainya dicadang supaya tidak lagi dijual di kantin-kantin sekolah dan ditukarkan dengan menu-menu lain yang lebih berkhasiat serta sesuai untuk pemakanan kanak-kanak. Pensyarah Fakulti Farmasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Wan Iryani Wan Ismail berkata, isu ini telah membuka mata banyak pihak bermula daripada ibu bapa sehingga pihak kerajaan kerana menyedari bahaya yang bakal timbul daripada obesiti kepada individu dan masyarakat. Menurut beliau, masalah obesiti atau kegemukan ini mampu untuk diatasi jika masyarakat menyedari puncanya dan seterusnya melatih kanak-kanak seawal di bangku sekolah untuk mengamalkan gaya hidup serta pengambilan makanan yang sihat. "Antara faktor utama yang dikenal pasti menjadi penyumbang kepada masalah ini ialah pengambilan diet yang tidak seimbang seperti makanan yang tinggi kandungan lemak, garam dan gula serta rendah kandungan zat mineral, vitamin dan nutrisi penting untuk tubuh seperti vitamin A, D, C dan kalsium.

"Tidak dinafikan kebanyakan makanan seperti roti canai, nasi lemak dan makanan berkari mempunyai kandungan lemak, garam dan gula yang tinggi," katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini. Ujarnya, ini diburukkan lagi dengan pengambilan makanan seperti burger, kentang goreng, gula-gula dan sebagainya yang mempunyai kandungan lemak trans. "Lemak trans yang biasanya terdapat dalam makanan yang diproses atau penggunaan minyak masak sama berulang kali mudah diperoleh melalui penyediaan makanan terutama makanan segera di mana proses berkenaan mampu mengubah struktur asal kimia lemak makanan daripada lemak cis yang mudah dihadam kepada lemak trans yang sukar diurai. "Jadi, cubalah beralih kepada makanan-makanan yang segar dan direbus ataupun yang menggunakan proses wap atau steam serta makanan seperti bijirin dan yang mengandungi omega-3 seperti ikan," terangnya. Tambah Wan Iryani, gula juga merupakan faktor penyumbang ke arah obesiti bahkan boleh menjurus kepada penyakit kencing manis atau diabetis. "Selain gula, masyarakat di negara ini juga sinonim dengan peng gunaan monoglutamate sodium (MSG) yang berleluasa di dalam makanan ringan, masakan restoran dan masakan harian yang turut boleh menyebabkan obesiti. "Kandungan ion sodium yang tinggi akan menyukarkan proses perkumuhan dalam badan kerana ia akan mengurangkan kandungan air di dalam sel badan seterusnya menjejaskan hormon adeponektin yang penting bagi merangsang metabolisme lemak di dalam badan manusia. "Perubahan hormon ini akan menjurus kepada obesiti," jelasnya. Selain itu katanya, masalah obesiti ini berlaku disebabkan perubahan gaya hidup masyarakat kini seperti gaya kerja dan perubahan kemudahan infrastruktur yang semakin maju serta kurangnya aktiviti fizikal seharian. "Masyarakat dulu, walaupun mengambil makanan yang tinggi kandungan lemak tetapi kadar penggunaan tenaga yang diperoleh daripada makanan tersebut adalah seimbang. Berbeza dengan masyarakat hari ini yang hanya duduk dan lebih menggunakan otak dalam kerja seharian mereka. "Hal ini menyebabkan makanan yang berlebihan terutama lemak di dalam badan yang tidak ditukar ke pada tenaga akan disimpan di dalam sel lemak yang menyebabkan obesiti," jelasnya. Terangnya lagi, faktor seterusnya adalah genetik di mana kanak-kanak boleh mewarisi bilangan sel yang banyak daripada generasi sebelumnya. "Jadi tidak hairan jika ibu bapa yang obes biasanya akan melahir kan anak yang berpotensi tinggi untuk obes juga.

"Walau bagaimanapun, perkara ini boleh dielak jika gaya hidup dan pemakanan dapat dijaga dari peringkat awal lagi," katanya. Wan Iryani memberitahu, masalah obesiti boleh diatasi dengan pengambilan ubat-ubatan tradisional dan moden, pembedahan (liposuction), mengamalkan diet yang seimbang hinggalah mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam atau hanya sekadar mengemas rumah. "Namun, pengguna perlu berhati-hati dalam pengambilannya kerana ubat-ubatan moden sekarang ini mempunyai kesan sampingan yang boleh merangsang pembentukan lemak yang berlebihan dengan mengganggu fungsi normal hormon badan. "Terdapat juga beberapa pendekatan baru yang telah diperkenalkan dalam mengatasi obesiti seperti rawatan akupuntur dan mengamalkan pergerakan yoga," jelasnya.

Mana-mana ibu bapa pastinya berasa risau sekiranya anak mereka tidak berada dalam berat badan ideal. Buntu memikirkan keadaan itu, pengambilan pil atau makanan tambahan langkah terakhir diambil, dalam usaha meningkatkan selera makan si kecil. Sayangnya, dalam masyarakat kita, montel menjadi kayu pengukur kesihatan bayi sedangkan anak yang kurus tetapi cergas selalu dikaitkan dengan tidak cukup makan, malah tidak keterlaluan ibu selalu menjadi sasaran bila keadaan anak begitu. Tidak diberi makan kah? Demam kah? dan pelbagai lontaran persoalan lagi yang kadangkala menjadikan si ibu kecewa. Anak saya tergolong dalam kurus tetapi saya tidak seharusnya dipersalahkan 100 peratus kerana suami saya semasa bujangnya kurus tinggi manakala saya pula mempunyai rangka kecil. Anak sulung, Najah mungkin memahami apabila semasa kecilnya, lawatan ke klinik berat badan ringan, selalu diajukan kepada saya. Tetapi semakin membesar dan kini bersekolah di darjah dua, dia pula memberitahu saya, seakan memahami apa yang bersarang di hati mamanya. Katanya, Kakak tidak suka gemuk nanti kena ejek dengan kawan-kawan. Kakak kurus tetapi kakak sihat, katanya melegakan saya. Hakikatnya, kegemukan atau sebaliknya banyak dipengaruhi genetik. Melihat si kecil bertubuh montel dan tidak memilih makanan, menyebabkan ibu gembira tetapi apabila beratnya semakin bertambah dan seleranya semakin membesar, itu tandanya si ibu perlu mengambil tindakan segera mengelakkan daripada terlebih berat badan. Dalam jangka panjang ia mungkin menjurus kepada obesiti. Obesiti di kalangan kanak-kanak khususnya berusia bawah tujuh tahun, mungkin kelihatan comel, tetapi apabila memasuki alam persekolahan, ia boleh memberikan implikasi negatif kepada pertumbuhan

sosialnya apabila kerap kali diejek rakan sekelas, malah anak itu juga mungkin kurang ceria dan tidak bersemangat mengikuti pelbagai aktiviti di sekolah lantaran selalu di ejek. Pada usia sedemikian, menyekat selera dan bertukar kepada hidangan menyihatkan juga boleh memberikan tekanan kepada anak tadi yang mungkin terlalu awal untuk memahami apa itu kencing manis, kolestrol dan diabetes.

Anak yang dikategori obesiti apabila berat badannya dua kali ganda daripada berat sesuai yang boleh anda lihat menerusi kad kesihatan anak-anak. Apabila berat itu semakin meningkat ibu perlu segera menukar menu anak-anak kerana obesiti tidak berlaku sekelip mata. Pakar pemakanan kanak-kanak bersetuju, dua faktor utama penyumbang obesiti ialah disebabkan faktor boleh diubah seperti pemakanan, aktiviti fizikal, gaya hidup kurang sihat, sementara faktor tidak boleh diubah seperti perbezaan hormon dan sejarah obesiti di sebelah bapa atau ibu. Walaupun faktor genetik selalu dikaitkan dengan tidak boleh berubah, tetapi saya percaya dengan usaha berterusan ia mampu mengurangkan risiko obesiti. Ini kerana masalah berkenaan semakin rumit apabila anak memasuki usia remaja. Sudut psikologi, segelintir remaja yang memiliki berat badan berlebihan ini boleh masalah lebih serius termasuk tekanan emosi apabila lebih gemar bersendirian lantaran malu bentuk tubuh lebih besar daripada rakan sebaya. Kajian turut menunjukkan, sekiranya obesiti di kalangan kanak-kanak tidak dibendung daripada awal, 70 peratus daripada mereka akan terus membesar menjadi orang dewasa yang gemuk. Hakikatnya, tidak ada kata terlambat untuk mengembalikan berat badan normal anak-anak selagi anda mahu mencuba dan berusaha. INFO: Kembali ke berat badan normal # Secara bertahap ubah pola makan anak menjadi lebih teratur dengan menu makanan yang lebih sihat. Selain itu, pastikan pula anak makan tepat pada waktunya dan makan makanannya di meja makan, dengan begitu si kecil akan lebih fokus menghabiskan makanannya. # Sebagai selingan atau kudapan, berikanlah kudapan menyihatkan seperti buah-buahan, sayur-sayuran atau jus menggantikan kentang goreng atau ayam goreng. Hindari anak mengambil makanan ringan atau minuman bersoda yang tinggi kandungan gulanya. # Pupuk anak-anak melakukan kegiatan kesukanan atau sukan olahraga yang menyeronokkan. Selain daripada membantu memperkukuhkan ikatan keluarga, aktiviti berkenaan turut menyihatkan anggota keluarga lain. Ia boleh dilakukan secara santai termasuk berjalan laju di taman permainan, berbasikal dan sebagainya mengikut kegemaran anda.

# Bagaimanapun sekiranya berat badan si kecil masih tidak menunjukkan penurunan, ada baiknya anda mendapatkan rundingan doktor.

Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2010/03/awasi-obesiti-kanak-kanak.html#ixzz1hfDGBJra

Diet yang banyak makanan telah diproses ketika berusia tiga tahun dikaitkan dengan IQ lebih rendah ketika berusia lapan tahun setengah.

Diet yang tinggi lemak, gula dan makanan telah diproses merendahkan IQ kanak-kanak, rumus satu kajian. Laporan itu berkata tabiat pemakanan pada usia tiga tahun membentuk prestasi otak apabila ia menjadi lebih berusia.

Diet yang banyak makanan telah diproses ketika berusia tiga tahun dikaitkan secara langsung dengan IQ lebih rendah ketika berusia lapan tahun setengah, menurut satu kajian berpusat di Bristol terhadap ribuan kanak-kanak Britain.

The Avon Longitudinal Study of Parents and Children telah membuat pemerhatian terhadap kesihatan dan kesejahteraan jangka masa panjang kira-kira 14,000 kanak-kanak.

Makanan terutamanya yang kaya dengan vitamin dan nutrien telah membantu meningkatkan prestasi otak apabila kanak-kanak membesar, nyata laporanJournal of Epidemiology and Community Health.

Para penyelidik berkata diet kanak-kanak kecil itu boleh mengubah tahap IQ pada zaman kanak-kanak nanti, sekalipun tabiat pemakanan diperbaik dengan peningkatan umur.

"Ini mencadangkan bahawa sebarang kesan kognitif/kelakuan berkaitan dengan tabiat pemakanan dalam awal alam kanak-kanak mungkin berterusan hingga ke zaman kanak-kanak, walaupun ada perubahan berikutnya pada pengambilan makanan," nyata tulisan tersebut.

Semasa kajian, ibu bapa menjawab soal selidik yang memperincikan jenis-jenis dan kekerapan makanan dan minuman yang diberikan kepada anak-anak mereka apabila mereka berusia tiga, empat, tujuh dan lapan tahun setengah.

Setiap peningkatan satu mata dalam markah kajian corak pemakanan (satu rekod pengambilan lemak terproses) dikaitkan dengan kemerosotan 1.67 mata IQ.

Otak membesar pada kadar paling pantasnya semasa tiga tahun pertama kehidupan.

"Ia adalah mungkin pemakanan yang baik sepanjang tempoh ini boleh menggalakkan pertumbuhan optimum otak," tambah laporan itu.

Pengarah penyelidikan The School Food Trust, Michael Nelson, berkata: "Dengan kira-kira 23 peratus daripada kanak-kanak yang mula bersekolah terlebih berat atau obes, ia adalah sangat jelas bahawa pilihan yang menyihatkan dalam perkembangan awal mereka itu adalah memberi mereka kebaikan, bukan sahaja untuk mengekalkan berat yang sihat semasa mereka membesar, tetapi sebagaimana bukti ini menunjukkan, ia juga untuk meningkatkan kebolehan mereka untuk mencapai keputusan yang baik di sekolah.

"Penemuan ini juga menunjukkan pentingnya membantu semua yang terlibat dengan perkembangan awal kanak-kanak untuk mendapat maklumat dan nasihat yang mereka perlukan berkenaan pemakanan yang baik."

Definisi makanan telah diproses: makanan yang telah dirawat secara khusus (contohnya pengeringan, pembekuan, pengetinan) untuk menjadikannya tahan lama, memperbaik rupanya atau menjadikannya lebih mudah digunakan.

KELEBIHAN berat badan dan obesiti di kalangan kanak-kanak dan remaja adalah masalah pemakanan yang kian meningkat di sebilangan negara di dunia. Ia berkaitan perubahan cara hidup, kekurangan aktiviti fizikal di samping perubahan dalam tabiat pemakanan. Obesiti didefinisikan sebagai kelebihan tisu lemak dalam badan yang menyebabkan kesan sampingan terhadap parameter metabolik, tahap kesihatan jangka panjang dan pendek dan kesan psikologi. Jisim lemak badan dinilai dari antropometri dengan ukuran ketebalan lipatan kulit (contohnya pada tricipital), ukuran lilitan (lengan atau perut) atau ukuran teknikal. Secara tradisinya, kelebihan berat badan dan obesiti di kalangan kanak-kanak didefinisikan sebagai kelebihan berat badan relatif kepada ketinggian. Kebelakangan ini, 'body mass index' (BMI: berat (kg)/tinggi(m)2 ) semakin diterima sebagai pengukur kelebihan berat badan dan obesiti. Ia mencerminkan jisim lemak badan dengan lebih tepat daripada ukuran berat. Agihan BMI di kalangan kanak-kanak dan remaja berbeza mengikut umur dan jantina. BMI meningkat selepas lahir hingga umur enam ke 12 bulan kemudian menurun ke tahap minimum pada umur empat ke enam tahun dan meningkat sehingga kanak-kanak itu mencapai umur dewasa. Kira-kira satu pertiga daripada obesiti di kalangan dewasa bermula dari usia kanak-kanak. Sebilangan kecil kanak-kanak menjadi obes disebabkan penyakit lain seperti;

Hypothyroidism (kekurangan hormon tiroid) Human growth hormone deficiency (kekurangan hormon pertumbuhan) Cushing's syndrome' atau jangkitan, trauma atau ketumbuhan di 'hypothalamus'.

Kecacatan genetik merangkumi sindrom obesiti seperti sindrom Lawrence Moon Biedl, sindrom Prader Willi, sindrom trisomi 21, sindrom Wiedemann Beckwith dan lain-lain. Bagaimanapun sejak kebelakangan ini, beberapa kes kecacatan genetik di kenal pasti sebagai punca 'hyperphagia' (makan berlebihan) dan obesiti yang bermula dari usia kanakkanak. Faktor kecacatan genetik yang menyebabkan obesiti biasanya disebabkan perubahan atau mutasi kepada beberapa gen seperti gen leptin dan perubahan pada keronsong gen leptin. Bagi prevalens obesity (obesiti lazim) ia dipengaruhi, variasi genetik, tradisi kawasan, persekitaran, faktor iklim dan tabiat budaya.

Faktor genetik juga memainkan peranan penting dalam risiko obesiti. Ciri paling menonjol di kalangan kanak-kanak bermasalah ini ialah ahli keluarga lain juga menghadapi masalah sama. Selain kecenderungan genetik, faktor luaran (exogenous) semasa awal hayat juga memberi kesan ke atas risiko obesiti, satu fenomena yang dinamakan 'metabolic programming' atau 'metabolic imprinting'. Antaranya; Kajian menunjukkan penyakit kencing manis ketika hamil dan kekurangan makanan/kebuluran pada wanita mengandung pada tiga trimester yang berlainan juga memberi kesan ke atas risiko obesiti anak-anak pada masa dewasa. Penyusuan susu ibu dan jangkamasa penyusuan yang panjang melindungi anak-anak daripada masalah obesiti. Prevalens obesiti di kalangan kanak-kanak yang tidak menyusu susu ibu adalah 1.6 kali lebih tinggi berbanding dengan yang menyusu susu ibu. Faktor persekitaran juga mempengaruhi kejadian obesiti. Obesiti adalah hasil dari keseimbangan tenaga yang positif dalam jangka waktu lama iaitu pengambilan kalori melebihi penggunaan kalori untuk aktiviti fizikal, tumbesaran dan proses metabolisme badan yang lain. Kesan Obesiti Pada Kesihatan DI KALANGAN dewasa, obesiti dan kaitannya dengan tekanan darah tinggi, penyakit sakit jantung, ketinggian tahap kolesterol dalam darah, penyakit kencing manis dan jangka hayat yang pendek sudah diketahui umum. Bagaimanapun kurang maklumat dan fakta mengenai kesan obesiti ke atas kesihatan kanak-kanak. Sungguhpun begitu, obesiti juga boleh menyebabkan;

Penyakit darah tinggi Penyakit sendi Masalah psikologi Masalah kulit dan meningkatkan risiko penyakit sakit jantung Penyakit kencing manis Angin ahmar Penyakit pundi hempedu Penyakit paru-paru seperti asma dan barah-barah tertentu bila mereka dewasa kelak . Tindakan perlu diambil ibu bapa Pastikan anak-anak mengambil sarapan setiap pagi. Kanak-kanak yang tidak bersarapan

ibarat meneruskan puasa sepanjang malam dan tidak mendapat zat makanan diperlukan untuk memulakan aktiviti harian. Jangan makan terlalu banyak waktu malam. Ini kerana kita sering berehat bersama keluarga selepas itu dan tidak melakukan aktiviti lasak menyebabkan badan tidak berpeluang menggunakan kalori yang dihasilkan daripada pencernaan makanan itu. Pastikan makanan seimbang daripada pelbagai jenis dan sumber. Penjagaan pemakanan tidak bermaksud mengehadkan pemakanan kanak-kanak. Makanan berkhasiat diperlukan untuk meningkatkan keupayaan fizikal dan mental mereka untuk belajar (seperti membina kemahiran bertutur dan menguatkan daya ingatan). Pemakanan hendaklah yang berkhasiat, berkualiti dalam komposisi betul dan jumlah memadai. Matlamat rawatan obesiti ialah untuk mencapai kestabilan berat badan dan kandungan lemak badan yang normal, kualiti hidup baik dari segi psikologi dan kesihatan fizikal tanpa kesan sampingan rawatan. Usaha lebih perlu ditumpukan kepada pembentukan program rawatan untuk kanak-kanak dan remaja yang menghadapi masalah kelebihan berat badan dan obesiti.

Masalah obesiti ketika ini merupakan masalah yang kian membimbangkan negara-negara besar dan maju. Malaysia tidak terlepas daripada masalah ini. Baru-baru ini Malaysia diumumkan mempunyai bilangan penghidap obesiti yang paling ramai bagi negara-negara ASEAN. Banyak faktor yang menyumbang kepada permasalah ini. Faktor utama sudah semestinya gaya hidup rakyat negara ini. Tabiat pemakanan kita yang suka makanan berlemak, manis, dan masin menyumbang ke arah obesiti. Sekarang ini kelihatan pelbagai berita mengenai obesiti di barat. Masalah ini semakin membimbangkan kerana obesiti ini menyumbang kepada pelbagai penyakit lain. Penyakit seperti kanser, jantung, darah tinggi, kencing manis atau diabetes boleh berpunya daripada masalah obesiti. Tambah membimbangkan apabila kanak-kanak turut terlibat dalam masalah obesiti ini. Tanggapan sesetengah masyarakat sekiranya memiliki badan yang gempal atau gemuk adalah comel atau chubby harus dibuang jauh-jauh. Kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang aspek kesihatan amat diperlukan.

Gaya hidup kita yang suka makan dan minum di kedai makan yang masakannya terlampau berminyak, terlampau berlemak, manis harus dikurangkan. Begitu juga pentingnya peranan daripada penjual atau peniaga kedai makan atau kafetaria yang menyediakan menu harian. Harus difikirkan aspek kesihatan berbanding keuntungan semata-mata. Pengamalan gaya hidup sihat dan pemakanan yang sihat harus dititikberatkan bagi mengelakkan masalah ini terus berlanjutan dan bertambah serius. Ibu bapa juga harus membudayakan pemakanan yang sihat dalam kalangan anak-anak mereka kerana pada usia kanak-kanak ini, apabila diajar mereka lebih mudah mempelajarinya dan apabila sudah menjadi kebiasaan, maka tidak menjadi masalah pada masa hadapan dan generasi seterusnya. Baru-baru ini juga, banyak program berkhatan beramai-ramai dijalankan dan isu adik Aiman yang obesiti berkhatan menarik minat media. Menurut doktor, sememangnya mereka yang obesiti ini akan mengalami sedikit kesulitan semasa proses berkhatan itu. Jadi, langkah yang terbaik sekarang ini ialah mendidik dan mencegah. Didik dan cegah sebelum terlambat.

You might also like