You are on page 1of 2

SEJARAH DAN IMPLIKASI PENGGUNAAN SEMPOA/ABAKUS DALAM P&P MATEMATIK

Sempoa atau juga dikenali sebagai Abakus merupakan alat hitung untuk melakukan proses-proses aritmetik. Seringnya, ia terdiri daripada sebuah rangka kayu, dengan manik-manik yang menggelangsar pada wayar-wayar. Penggunanya

menggelangsar pembilang secara insani pada batang-batang atau alur-alur. Ia telah digunakan selama berabad-abad sebelum penerimagunaan sistem angka HinduArab tertulis dan masih digunakan secara meluas pada hari ini oleh para pedagang dan kerani di China, Jepun, Afrika dan negara-negara yang lain.

Sempoa pertama hampir pasti berasaskan batu rata yang dilitupi dengan pasir atau habuk. Perkataan-perkataan dan huruf-huruf ditulis pada pasir. Nombor-nombor kemudian ditambah, dengan batu-batu kerakal dipergunakan untuk membantu penghitungan.

Bagaimanapun,

asal

sempoa

dengan

benang

masih

kabur,

tetapi India, Mesopotamia atau Mesir dipercayai merupakan tempat asal yang mungkin, dengan China memainkan peranan yang penting dalam pengembangan sempoa. Daripada sempoa-sempoa ini, berbagai-bagai sempoa telah dikembangkan, dengan yang paling popular berdasarkan sistem dwiperlimaan yang mempergunakan gabungan yang terdiri daripada dua asas (asas-2 dan asas-5) untuk mewakili nombornombor perpuluhan. Bagaimanapun, sempoa terawal yang digunakan

di Mesopotamia dan kemudian oleh para katib di Mesir dan Yunani menggunakan nombor perenampuluhan yang diwakili oleh faktor-faktor 5, 2, 3, dan 2 bagi setiap digit.

Penggunaan tahun 1387 apabila

istilah

"abacus"

(dari bahasa

Inggeris)

bermula

sebelum

karya-karya bahasa

Inggeris

Pertengahan meminjam

perkataan Latin untuk menghuraikan sempoa papan pasir. Perkataan Latin datangnya daripada perkataan abakos, bentuk genitif bahasa Yunani untuk abax ("meja hitung"). Oleh sebab abax juga membawa pengertian "meja yang ditaburi dengan pasir atau habuk yang digunakan bahawa untuk melukis bentuk geometri", Yunani berasal sesetengah daripada kata

ahli linguistik meneka

perkataan

akarSemitik, b q (disebut "a-vak"), perkataan Ibrani untuk "habuk". Oleh sebab perincian tentang penghantarannya adalah kabur, istilah "abakus" juga mungkin berasal daripada perkataan Phoenicia, abak, yang membawa pengertian "pasir".

Pembelajaran sempoa menyebabkan pemikiran kita akan dengan sendirinya dilatih untuk lebih menumpukan konsentrasi. Daya konsentrasi ini akan memudahkan kita untuk menjumlahkan, mengurangkan, membahagikan dan sebagainya dengan menggunakan sempoa. Penggunaan sempoa dapat melatih kita untuk mengira dengan kadar yang lebih cepat dan pantas. Otak akan dapat berfikir dengan lebih cekap. Ia juga dapat menyeimbangkan penggunaan otak kiri dan otak kanan kita serta mengoptimumkannya untuk mencapai tahap pemikiran berdasakan analisis logik dan benar.

You might also like