Mengikut Borick dan Tombari (1997),perbezaan individu ialah
“ Individual differences are the variations we observe among members of any group in a particular characteristic ,such as temperament ,energy level,friendship patterns and parent-child attachment”.
Daripada definisi ini puladifahami perbezaan individu itu adalah variasi yang boleh diperhatikan dikalangan ahli satu kumpulan daripada ciri-ciri tertentu seperti temperanen(tretporsonaliti yang diwarisi ) ,tahap tenaga ,pola persahabatan dan hubungan ibubapa dan anak-anaknya.Menurut Henson dan Eller (1999),dalam bukunya
Educational Psychology for Effective Teaching
,mereka mengatakan kepelbagaian individu itu sebagai ciriatau sifat manusia yang mempunyai potensi sama ada memajukan keupayaanseseorang atau membataskan keupayaan seseorang untuk belajar di dalampersekitaran sekolah. Slavin (1997) pula lebih menumpukan perhatian kepadaperbezaan individu di dalam konteks pengajaran dan pembelajaran.Beliaumengatakan kepelbagaian pelajar terdapat dalam tahap prestasi ,kadar belajar ,gaya kognitif atau gaya pembelajaran ,etnik ,budaya ,kelas sosial ,bahasa dirumah ,jantina,bakat dan minat.
Potensi manusia yang terpendam boleh dicungkil dan menjadi kebolehannyata melalui ransangan dan motivasi yang sesuai. Oleh itu, keadaan sekolahhendaklah kondusif disamping aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilikdarjah hendaklah dirancang supaya potensi pelajar dapat dioptimumkan.Jenis-jenis Potensi pelajar
•
Potensi intelekPotensi intelek dikembangkan melalui aktiviti kognitif. Ini bermaknapotensi intelek akan berkembang jika pelajar terlibat dalam kajian ilmiahseperti bidang bahasa, matematik, sains dan teknologi.