You are on page 1of 5

Malcolm X

Malcolm X
Malcolm X (19 Mei 1925 - 21 Februari
1965) -- juga dikenali sebagai: El-Hajj
Malik El-Shabazz), pengasas Muslim
Mosque, Inc. dan Organization of Afro-
American Unity (Organisasi Perpaduan Afro-
Amerika) dan juga pada suatu ketika menjadi
jurucakap pada kumpulan Nation of Islam.
Beliau dibunuh pada Februari 1965. Semasa
hayatnya, Malcolm X dikenali sebagai
seorang ketua gerakan nasionalisme kulit
hitam yang terkemuka di Amerika Syarikat.

Tahun-tahun awal
Tarikh lahir: 19 Mei 1925
Dia dilahirkan sebagai Malcolm Little di Omaha, Nebraska,
Omaha, Nebraska. Ayahnya, Earl, seorang Tempat lahir
Amerika Syarikat
paderi Baptist yang lantang dan penyokong
kepada Marcus Garvey, telah dibunuh di El-Hajj Malik El-
Nama Islam:
Lansing, Michigan pada 1931. Shabazz
Meninggal
Malcom kemudiannya telah berhenti dari 21 Februari 1965
dunia:
sekolah menengah, dan berpindah ke Boston
untuk tinggal dengan kakak tirinya. Dia telah
mendapat kerja sebagai pengilat kasut di
sebuah kelab malam Lindy Hop; dalam
autobiografinya, Malcolm berkata dia pernah mengilat kasut Duke Ellington dan
beberapa pemuzik kulit hitam yang terkenal. Setelah beberapa ketika, dia berpindah ke
Harlem, New York, di mana dia mula terlibat di dalam pengedaran dadah haram, berjudi,
pelacuran, memeras ugut, dan merompak (dirujuk secara menyeluruh oleh Malcom
sebagai hustling); dia juga sanggup berlakon gila untuk mengelakkan dari dihantar
menyertai kerahan tenaga Perang Dunia II.

Tahun-tahun kemudian
Penjara

Malcolm telah ditahan pada 12 Januari, 1946 pada umur 20 tahun dan telah dipenjarakan
selama lapan hingga sepuluh tahun atas kesalahan memecah masuk, membawa senjata
api, dan merompak. Dia mendapat gelaran "Setan" di Penjara Negeri Charlestown
disebabkan sifatnya yang suka menyumpah seranah terutamanya terhadap Tuhan dan
Bible.
Pada 1948, keluarganya memeluk ajaran Islam. Saudara lelakinya Reginald telah menulis
surat meminta dia menyertai Nation of Islam. Jadi Malcolm mula mempelajari ajaran
Elijah Muhammad dengan gigihnya dan telah mula mengembangkan pemikiran
inteleknya. Kakaknya Ella telah menolong memindahkannya ke koloni penjara
berkawalan rendah di Norfolk, Massachusetts di mana dia telah mula minat membaca dan
menemui kebenaran di dalam ajaran Elijah Muhammad dan Nation of Islam dalam
sejarah dan falsafah. Beliau juga menyertai debat mingguan di koloni penjara itu. Beliau
telah menyalin seluruh kamus daripada perpustakaan di situ dalam usahanya
menambahkan pengetahuan dan memperbaiki tulisannya.

Pertama kali Malcolm mengenali Elijah Muhammad ialah semasa beliau berada di
penjara dimana beliau surat-menyurat dengan pemimpin tersebut. Dalam usaha
mempertingkatkan ilmunya sendiri, beliau menulis kepada Elijah setiap hari.

Selepas dibebaskan dari parol pada 7 Ogos, 1952, beliau membeli beg suitcase, sepasang
kacamata, dan sebuah jamtangan, barang-barang yang paling kerap digunakan dalam
kehidupannya.

Nation of Islam

Setelah dilepaskan dari penjara pada 1952, Malcolm berjumpa dengan Elijah Muhammad
di Chicago. Di sinilah dia menerima tanda X, yang bermaksud menolak nama
perhambaannya, dan oleh kerana tiada nama Islam Afrika-Amerika.

Malcolm X mengintai penyerangnya sambil memegang senjata M1 Carbine.


Pada 1953, Malcolm meninggalkan kakak tirinya Ella di Boston untuk tinggal bersama
dengan Elijah Muhammad di Chicago. Beliau kemudiaanya kembali ke Boston dan
menjadi Ketua Minister Kuil Nombor 11 Nation of Islam.

Kegiatannya yang aktif sebagai pemimpin di kuil tersebut telah membawanya untuk
membuka lebih banyak kuil di seluruh negara, dimana beliau seringkali menjadi Minister.
Khutbahnya yang memukau serta berinspirasi dan personalitinya yang bersih,
menyebabkan beliau naik pangkat dengan cepat sekali. Akhirnya beliau telah menjadi
orang nombor dua kepada pemimpin Nation of Islam iaitu Elijah Muhammad.

Sewaktu Malcolm berusaha keras untuk gerakan ini, beliau kerap mendengar desas-desus
mengenai skandal Elijah Muhammad dengan beberapa setiausahanya. Penzinaan adalah
ditolak oleh ajaran Nation of Islam. Pada mulanya beliau tidak percaya dengan tohmahan
ini. Tetapi selepas disiasat beliau dapati kebenarannya. Malah Elijah Muhammad sendiri
mengaku melakukan zina tetapi berkata ia adalah dibenarkan kerana dia adalah "Pesuruh
Tuhan". Walaupun begitu, kepercayaan beliau kepada Elijah Muhammad tidak pernah
goyah. Pada 1963, selepas pembunuhan Presiden John F. Kennedy, Malcolm telah
memberi satu khutbah. Selepas khutbah tersebut, beliau diminta memberi komen
mengenai pembunuhan Kennedy. Beliau dengan sinis berkata ini adalah kes "ayam
pulang ke reban." (chickens coming home to roost) -- keganasan yang Kennedy gagal
tangani akhirnya telah "memakan dirinya sendiri". Komen ini telah mendapat reaksi yang
hebat oleh rakyat Amerika yang rata-rata menyanjungi Presiden Kennedy dan Nation of
Islam terpaksa mengumumkan hukuman terhadap Malcolm X. Akibatnya, beliau telah
diharamkan untuk memberi khutbah selama enam bulan dan beliaupun mematuhi
perintah ini.

Setahun kemudian, Malcolm mula berganding bahu dengan karyawan kulit hitam
terkenal Alex Haley dalam penulisan buku "The Autobiography of Malcolm X". Beliau
juga mengumumkan perpisahannya dengan Nation of Islam, dan menubuhkan gerakan
yang lain iaitu Muslim Mosque, Inc. Namun, beliau tetap mengikuti ajaran Nation of
Islam. Pada April tahun yang sama, beliau membuat ucapannya yang terkenal iaitu
Mengundi atau Peluru (Ballot or Bullet).

Pada waktu yang sama, Malcolm mula mendekati beberapa Islam orthodox, yang
mengalakkanya mendalami Islam yang sebenarnya. Beliau kemudian membuat keputusan
untuk mengerjakan Haji.

Ibadah haji

Pada musim bunga 1964, Malcolm pergi mengerjakan Haji di Mekah. Perjalanan ini telah
mengubahkan hidup beliau. Ikatan persaudaraan yang beliau saksikan di Baitullah telah
mengubah kepercayaannya selama ini bahawa perhubungan antara kaum adalah mustahil.
Beliau juga mula sedar tentang kepalsuan Nation of Islam.

Beliau berkata "Perjalanan haji telah membuka pemikiran saya dengan


menganugerahkan pandangan baru selama dua pekan di tanah suci saya melihat hal
yang tidak pernah saya lihat selama 39 tahun hidup di Amerika Syarikat. Saya melihat
semua ras dan warna kulit bersaudara dan beribadah kepada satu Tuhan tanpa
menyekutukannya. Benar pada masa lalu saya bersikap benci pada semua orang kulit
putih namun saya tidak merasa bersalah dengan sikap itu lagi karena sekarang saya
tahu bahawa ada orang kulit putih yang ikhlas dan mahu bersaudara dengan orang
negro. Kebenaran Islam telah menunjukkan kepada saya bahwa kebencian membabi
buta kepada semua orang putih adalah sikap yang salah seperti halnya jika sikap yang
sama dilakukan orang kulit putih terhadap orang negro".

Sebaik sahaja pulang ke negaranya, beliau terus memeluk agama Islam dan menukarkan
namanya kepada - El-Hajj Malik El-Shabazz dan menubuhkan Organisasi Persatuan
Afro-Amerika Organization of Afro-American Unity. Disana beliau berkhutbah mengenai
toleransi terhadap bangsa lain dan juga nasionalisme kulit hitam.

Kematian dan selepasnya


Ketegangan meningkat antara Malcolm dan Nation of Islam. Perintah diberi oleh anggota
Nation untuk membunuh Malcolm. Pada 14 Februari, 1965 rumahnya di New York
dibaling dengan bom api oleh Nation of Islam, tetapi Malcolm dan keluarganya
terselamat.

Seminggu kemudian pada 12 Februari, di Audubon Ballroom, Manhattan, Malcolm baru


sahaja memulakan ucapannya apabila kekecohan berlaku dalam himpunan 400 orang.
Seorang lelaki menjerit, "Get your hands off my pockets! Don't be messin' with my
pockets!" Sewaktu pengawal peribadi beliau berlari kearah kekacauan tersebut, seorang
kulit hitam meluru kehadapan dan menembak Malcolm di dadanya. Dua orang lagi yang
bersenjatakan pistol melepaskan tembakan kearah beliau.

Malcolm X dikebumikan di Ferncliff Cemetery di Hartsdale, New York. Tiga lelaki


ditahan atas tuduhan membunuh dan kesemuanya adalah ahli Nation of Islam iaitu
Talmadge Hayer, Norman 3X Butler, dan Thomas 15X Johnson. Suatu memo FBI telah
mendedahkan penglibatan agensi itu, dengan mengadakan perselisihan antara kedua
gerakan itu yang berakhir dengan pembunuhan Malcolm X. Peranan FBI tidak begitu
jelas. Walaupun begitu, adalah diketahui bahawa salah seorang pengawal peribadi beliau
merupakan pegawai polis NYPD yang melapor kepada FBI.

Petikan
• You're not to be so blind with patriotism that you can't face reality. Wrong is
wrong, no matter who does it or says it.
(Anda tidak seharusnya dibutakan dengan semangat patriotisme sehingga tidak
menyedari kenyataan. Apa yang salah itu adalah salah, tidak kira siapa yang
melakukan atau mengatakannya.)

Biografi dan ucapan


The Autobiography of Malcolm X ( ISBN 0345350685 ) dikarang oleh Alex Haley antara
1964 dan 1965, berdasarkan temuramah dengan beliau sebelum beliau terbunuh (dengan
epilog selepas itu), dan diterbitkan pada 1972. Buku ini telah diberi penghormatan oleh
majalah Time sebagai satu daripada 10 buku bukan fiksyen terpenting pada abad ke-20.

Malcolm X Speaks: Selected Speeches and Statements ISBN 0802132138

Filem Malcolm X dikeluarkan pada 1992, dan diarah oleh pengarah kulit hitam
kontroversial iaitu Spike Lee. Filem ini dibintangi barisan pelakon terkenal seperti
Denzel Washington sebagai Malcolm dan Angela Bassett sebagai Betty dan Al Freeman
Jr. sebagai Elijah Muhammad.

Pada 2002 filem 'Ali', mengenai peninju hebat Muhammed Ali, juga menunjukkan
Malcolm X, yang dilakonkan oleh Mario Van Peebles

You might also like