You are on page 1of 10

TAMADUN DUNIA : TEMA 3 PEMIKIR KETENTERAAN INDIA Siapa Pemikir Ketenteraan ? a.

Golongan yang telah memberi sumbangan yang berharga kepada pertahanan Negara. b. Mengemukakan cara-cara bagaimana pemerintahan boleh mengekalkan kekuasaan melalui ketenteraan c. Biasanya kaedah yang diperkenalkan bertentangan dengan nilai moral dan kemanusiaan

Siapa Kautilya ? a. Seorang menteri Brahmin pada zaman empayar Maurya awal abad ke 3 SM b. Idea dikesan melalui bukunya Arthasastra/ Science of Gain c. Digunakan oleh ramai pemerintah di India seperti Maharaja Asoka dan Maharaja Chandra Gupta Maurya; dalam usaha penaklukan dan peluasan wilayah d. Ideanya dikaji oleh tokoh pemikir tentera moden dan digunakan dalam Negara mereka spt Napoleon Bonaparte (Peranchis), Otto Von Bismark (Jerman), Moa Tze Tong (China)

Idea ketenteraan Kautilya

1. Tentang hubungan antara Negara dengan wilayah/tanah jajahan berasaskan kepada 6 pertimbangan i. Keamanan ii. Peperangan iii. Menunggu masa untuk musuh memulakan serangan iv. Menyerang dahulu v. Mengadakan persekutuan dengan musuh vi. Dasar duaan iaitu persekutuan dengan satu pihak dan berperang dengan pihak yang lain

2. Empat cara untuk menang peperangan i. Pujukan melalui ucapan yang menawan hati

ii. Memujuk dengan memberi rasuah iii. Semai benih perpecahan untuk melemahkan musuh iv. Jika gagal usaha-usaha tersebut barulah berperang

3. Sifat seorang penakluk i. Harus mengetahui tentang kekuatan tenteranya dengan kekuatan musuh ii. Kemahiran dalam mengadakan komplot lebih baik daripada kegagahan dan kehandalan berperang iii. Jika peperangan tidak ada kemenangan dan memakan masa yang panjang, raja perlu guna jalan lain yang tidak jujur seperti sabotaj, rasuah, guna pelacur dll

4. Kaitan dengan spiritual dan keagamaan i. Berjuang hingga mati untuk mencapai matlamat spiritual ii. Kematian dalam peperangan bertujuan untuk membebaskan diri dari rantai kelahiran semula dan capai Nirwana

Bincangkan pemikiran Kautilya dan Niccolo Machiavelli dalam bidang ketenteraan.

A. Pendahuluan ( 3M)

Pemikir ketenteraan ialah tokoh-tokoh yang memberikan sumbangan kepada pertahanan dan ketahanan sesebuah negara melalui falsafah pemikiran mereka Antara tokoh-tokoh pemikir ketenteraan yang memberi sumbangan dalam bidang ini ialah Kautilya, Sun Tzu dan Niccolo Machiavelli Kautilya merupakan pemikir tentera yang terulung dalam tamadun India. Beliau telah menghasilkan buku tentang strategik dan teori politik yang berjudul Arthasastra. Niccolo Machiavelli merupakan pemikir tentera yang berasal dari Itali . Antara hasil karya yang dihasilkan The Prince, Art of War dan Discourses B. Isi ( 20 M )

Pemikiran Kautilya

1. Idea Tentang Hubungan Dengan Negara Lain

Buku Arthasastra menyarankan enam bentuk hubungan antara satu negara dengan negara lain, iaitu mementingkan keamanan, bersedia untuk berperang, membiarkan musuh melancarkan serangan pertama, melancarkan serangan pertama, bersekutu dengan musuh dan mempraktikkan dasar duaan, iaitu berbaik-baik dengan satu musuh dan menyerang musuh lain.

2. Strategi Memenangi Peperangan

Langkah yang disarankan oleh Kautilya dalam menghadapi musuh ialah memujuk musuh dengan mengadakan perbincangan, memujuk musuh dengan memberi rasuah, menanam benih perpecahan atau rasuah dan melancarkan peperangan jika usaha tersebut menemui kegagalan.

3. Saranan Kepada pemerintah

Pemerintah harus mengkaji kekuatan sendiri dan kelemahan musuh sebelum melancarkan serangan. Menurut Kautilya, kemampuan mengatur konspirasi lebih baik daripada kegagahan. Komplot atau konspirasi membantu memecahbelahkan musuh tanpa melibatkan diri dalam peperangan dan mengorbankan banyak nyawa.

4. Penggunaan Kaedah Subversif

Pemerintah boleh menggunakan kaedah subversif seperti merasuah dan menghantar perisik bagi menjatuhkan pihak lawan. Kautilya menyarankan agar taktik kotor digunakan apabila peperangan menemui jalan buntu.

5. Menyerang pada waktu yang sesuai

Serangan hendaklah dilakukan pada waktu yang sesuai. Waktu yang dipilih akan

menentukan kejayaan atau kegagalan dalam peperangan. Serangan harus dilakukan ketika

musuh dalam keadaan leka, menghadapi masalah kekurangan makanan dan berlaku

perpecahan di kalangan musuh.

Pemikiran Niccolo Machiavelli

1. Sokongan Rakyat

Pemerintah baru harus mendapat sokongan daripada golongan penentang pada peringkat permulaan. Sokongan tidak berbelah bahagi akan diperolehi daripada mereka yang berpuas hati dengan pemerintah baru.

2. Bantuan Luar

Kejayaan dalam peperangan bergantung kepada kekayaan dan bantuan ketenteraan serta kewangan dari luar.

3. Undang-undang dan Tentera Baik

Pemerintah harus mewujudkan kerajaan yang membawa penghormatan dan kemegahan supaya ia dapat mengekalkan kekuasaan. Beliau menyarankan tentang keperluan undang-undang yang baik dan memiliki pasukan tentera yang berwibawa.

4. Cara Mengekalkan Kuasa

Machiavelli menyatakan cara seseorang pemerintah mengekalkan kuasa. Seseorang pemerintah harus bersifat liberal, berperikemanusiaan dan mencintai kebenaran. Bagi mengekalkan kedudukan, pemerintah harus melakukan apa sahaja termasuk perbuatan keji dan tidak berperikemanusiaan.

Menurut Machiavelli, matlamat menghalalkan cara. Raja harus bertindak tanpa ragu-ragu terhadap pengikut yang tidak jujur dan musuh.

5. Strategi Peperangan

Machiavelli menolak pembinaan kubu kerana ia akan membawa kemusnahan. Beliau menyarankan agar tentera berpakaian ringan tetapi dilengkapi dengan senjata yang canggih.

6. Sistem Pentadbiran

Machiavelli mengemukakan dua cara pentadbiran, iaitu melalui undang-undang dan ketenteraan. Pemerintahan berteraskan undang-undang semata-mata tidak memadai. Beliau berpendapat seorang pemerintah harus memberi keutamaan kepada aspek ketenteraan.

C. Kesimpulan (2M)

Kautilya dan Niccolo Machiavelli merupakan antara pemikir ketenteraan yang memberi sumbangan dalam bidang ketenteraan. Tokoh-tokoh ini mengemukakan idea ketenteraan melalui karya mereka iaitu Arthasastra (Kautilya), The Prince, Art of War dan Discourses (Niccolo Machiavelli). Idea yang disarankan oleh tokoh-tokoh ini membantu pemerintah dalam usaha mengukuhkan kuasa dan melahirkan kerajaan yang mantap.

Bincangkan idea pemikiran ketenteraan Kautilya pada abad ke 3 SM dengan Niccolo Machiavelli pada abad ke 16 M.

A) Pengenalan

Pemikir tentera a. Golongan yang telah memberi sumbangan yang berharga kepada pertahanan Negara. b. Mengemukakan cara-cara bagaimana pemerintahan boleh mengekalkan kekuasaan melalui ketenteraan c. Biasanya kaedah yang diperkenalkan bertentangan dengan nilai moral dan kemanusiaan

Kautilya a. Seorang menteri Brahmin pada zaman empayar Maurya awal abad ke 3 SM b. Idea dikesan melalui bukunya Arthasastra/ Science of Gain c. Digunakan oleh ramai pemerintah di India spt Maharaja Asoka dan Maharaja Chandra Gupta Maurya; dlm usaha penaklukan dan peluasan wilayah d. Ideanya dikaji oleh tokoh pemikir tentera moden dan digunakan dalam Negara mereka spt Napoleon Bonaparte (Peranchis), Otto Von Bismark (Jerman), Moa Tze Tong (China)

Niccolo Machiavelli a. Tokoh pemikir tentera moden pada abad ke 16 M b. Berasal dari Itali c. Menghasilkan banyak buku-buku berkaitan dengan politik dan ketenteraan d. Buku terkenal The Prince(Penguasa) dan Art of War ( Seni Peperangan)

B) Isi-isi Penting

Idea ketenteraan Kautilya

1. Tentang hubungan antara Negara dengan wilayah/tanah jajahan berasaskan kepada 6 pertimbangan i. Keamanan ii. Peperangan iii. Menunggu masa untuk musuh memulakan serangan iv. Menyerang dahulu v. Mengadakan persekutuan dengan musuh vi. Dasar duaan iaitu persekutuan dengan satu pihak dan berperang dengan pihak yang lain

2. Empat cara untuk menang peperangan i. Pujukan melalui ucapan yang menawan hati ii. memujuk dengan memberi rasuah iii. Semai benih perpecahan untuk melemahkan musuh iv. Jika gagal usaha-usaha tersebut barulah berperang

3. Sifat seorang penakluk i. Harus mengetahui tentang kekuatan tenteranya dengan kekuatan musuh ii. Kemahiran dalam mengadakan komplot lebih baik daripada kegagahan dan kehandalan berperang iii. Jika peperangan tidak ada kemenangan dan memakan masa yang panjang, raja perlu guna jalan lain yang tidak jujur seperti sabotaj, rasuah, guna pelacur dll

4. Kaitan dengan spiritual dan keagamaan i. Berjuang hingga mati untuk mencapai matlamat spiritual

ii. Kematian dalam peperangan bertujuan untuk membebaskan diri dari rantai kelahiran semula dan capai Nirwana Idea ketenteraan Machiavelli 1. Buku The Prince menyarankan cara bagaimana seorang harus mendapat dan mengekalkan kuasa Kerajaan adalah matlamat raja. Jika raja rasa tergugat disebabkan oleh penasihat yang tidak jujur, dia harus dibunuh, penjara, melucut jawatan dan sebagainya

2. Memperkenalkan falsafah politik nasionalisme yang menimbulkan kebencian, peperangan, imperialisme, sifat tamak, kejam tidak berperi kemanusiaan dan sebagainya. Kesannya lahir pemimpin raja2 bangsa yang tamak, zalim, gila kuasa, berlaku perang saudara dan sebagainya.

3. Melalui buku Art of War menekankan asas setiap Negara adalah undang-undang dan senjata yang baik. Seorang putera raja tidak harus ada sebarang objektif atau pemikiran melalui cara berperang, cara diorganisasikan dan disiplin. Banyak dipraktis di Peranchis dan di Sepanyol pd abad ke 16M.

4. Prinsip-prinsip utama dalam ketenteraan adalah seperti berikut: i. menghasilkan sebuah pasukan tentera yang berasaskan berjalan kaki ii. mengutuk tentera yang bekerja semata-mata untuk wang iii. pasukan tambahan tidak sesuai untuk mentadbir iv. menolak pembinaan kubu kerana ia membawa kemusnahan v. melakukan perang yang agresif melalui kuasa berperang dengan senjata meriam dan askar berkuda

5. Menjelang abad ke 16 semua usaha untuk mendapat perlindungan mutlak di medan peperangan di hapuskan seperti zaman tentera berkuda dan baju besi. Baju direka untuk melindungi bahagian tubuh badan yang penting sahaja. Penekanan kepada senjata2 yang superior. C) Kesimpulan

Kedua-dua idea ketenteraan ini mendapat sambutan daripada pemimpin sezaman mereka. Keduaduanya memperkenalkan konsep idea ketenteraan yang saintifik dan mempunyai persamaan iaitu mengutamakan falsafah matlamat menghalalkan cara

You might also like