Ia menjadi terus tersebar pada abad ke 15 terutamanya oleh pendakwah-pendakwah Islam darinegara Arab dan Zapin Melayu telah menjadi lebih nyata sebagai satu permainan anak muda dangolongan tua di zaman kesultanan Melayu Johor Lama dan Kesultanan Johor-Riau-Lingga terutamanyasetelah Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511.
Jenis Tarian Zapin
Di Johor zapin yang dikenali dalam dua bentuk iaitu Zapin Melayu dan Zapin Arab memperlihatkanperbezaaan dari segi unsur peradaptasiannya. Pada realiti kedua-duanya genre zapin itu berasal dari satukeseniaan masyarakat Arab yang di bawa Hadramaut. Keunikan tradisi Zapin Melayu terletak bukansahaja pada kesatuan muzik dan peralatannya yang dipengaruhi oleh keseniaan Arab bahkan juga padasifat segretasi penari dan penonton. Dalam konteks inilah keunikan tarian zapin begitu terserlahterutamanya pada ciri penghubungannya dengan keseniaan Islam yang dibawa oleh orang-orang Arab. DiJohor Tarian Zapin yang sudah diterima sebagai seni yang berunsur Islam yang berfungsi sebagai hiburansama ada pada acara-acara sekular mahupun acara sambutan hari-hari kebesaran. Namun dari segikelembutan dan kehalusan tradisi tarian itu sendiri, Zapin Melayu Johor walaupun ianya lahir dari adaptasiyang dilakukan ke atas Zapin Arab secara selektif namun tidak dapat disangkal lagi tarian zapin inimemperlihatkan lebih kehalusan dan keayuan geraknya dari Tarian Zapin Arab.
Zapin Melayu
Zapin Melayu umumnya ditarikan oleh orang-orang Melayu yang diadaptasikan dari unsur-unsur Zapin Arab. Gerak tari dalam Zapin Melayu lebih halus dan santun dengan hayunan tangan yang lebihkecil atau sempit, langkah kaki yang tidak terlalu luas dan tinggi serta hinjutankaki yang lembut Lagu-laguZapin Melayu berasaskan syair-syair atau pantun-pantun Melayu..
2