You are on page 1of 11

FAKULTI SENIBINA ,PERANCANGAN DAN UKUR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) SHAH ALAM, MALAYSIA

CTU 553 : HUBUNGAN ETNIK

PLURALITI MASYARAKAT MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

DISEDIAKAN UNTUK : PN. ROSASMANIZA BT. ABDUL LATIF

KOD PROGRAM : AP2276A / ID06A

DISEDIAKAN OLEH : AMIR HISYAM B. JOHARI SHARIANI GHAZALI MOHAMAD OMAR B. OTHMAN 2009153551 2009903063 2009711869

PENGHARGAAN

Alhamdullillah hirrabilalamin , kami ingin menyatakan sepenuh kesyukuran kehadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya, dapat kami menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Ustazah Ros Asmaniza Binti Abdul Latif , Pensyarah Matapelajaran Hubungan Etnik (CTU 553), diatas kesudian beliau memberikan tugasan ini kepada kami .Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepda ibu bapa serta rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang

merialisasikan tugasan ini berjalan.

Sekian, terima kasih.

PLURALITI MASYARAKAT MENURUT PERSPEKTIF ISLAM


Islam adalah agama universal yang menjunjung tinggi nilai-nilai kemanusian persamaan hak dan mengakui adanya pluralisme agama dan masyarakat. Pluralisme masyarakat menurut islam adalah sehaluan aturan tuhan yang tidak akan berubah, juga tidak mungkin dipersoalkan atau diingkari. Ungkapan ini menggambarkan bahawanya islam adalah agama yang sangat menghargai hak pluralisme kerana islam adalah agama yang dengan jelas mengakui hak-hak masyarakat lain untuk hidup bersama dan menjalankan ajaran masing masing dengan penuh kesungguhan. Mesej dan keharmonian hidup antara masyarakat berbeza merupakan kepentingan yang pertama dan harus dipraktikkan oleh semua bilangan masyarakat. Mesej yang jelas yang digunakan untuk menghilangkan rasa prasangka, salah faham dan untuk menjalinkan hubungan harmoni antara bilangan masyarakat. Agama islam sangat terbuka dan selalu memberi peluang dan menghormati berbeza bilangan masyarakat,perihal ini boleh dilihat dengan tindakan Rasulullah padan pembentukan Piagam Madinah iaitu piagam pertama yang diwujudkan di dunia untuk keharmonian masyarakat dan ditekankan untuk menjadi panduan manusia hingga bila-bila. Masyarakat merupakan istilah yang digunakan untuk menerangkan komuniti manusia yang tinggal bersama-sama. Boleh juga dikatakan masyarakat itu merupakan jaringan perhubungan antara pelbagai individu. Pluraliti masyarakat merupakan konsep yang luas tentang penerimaan masyarakat yang pelbagai. Antara fahaman ini adalah penerimaan kebenaran wujud dalam dua atau lebih agama dengan penekanan aspek-aspek yang diterima oleh agama dan bangsa dan menggalakkan kerjasama dan dialog antara bangsa bangsa yang berbeza bagi meningkatkan persefahaman. Bukan itu sahaja, ia digunakan sebagai istilah untuk merujuk kepada keadaan hidup bersama secara harmoni di antara lain bangsa. Perkataan pluraliti merujuk kepada lebih dari satu dan pada masa yang sama isme merujuk kepada sesuatu yang berhubugan dengan sefahaman atau aliran. Daribahasa inggiris pula plural merujuk kepada lebih daripada satu atau banyak. Dalam kamus The contemporary English-Malaysian dictionary menyebut plural bererti lebih dari satu/jamak dan berkenaan dengan berlainan ragam. Sehubung itu pluralisme adalah kepahaman atau sikap terhadap keadaan majmuk, baik dalam konteks sosial, budaya, politik dan juga agama. Sedangkan perkataan agama dalam agama islam diistilahkan dengan din dari segi bahasa bererti tunduk, patuh, taat dan jalan. Pluralisme masyarakat adalah kondisi hidup masyarakat bersama walaupun berbeza-beza agama dalam satu komuniti dengan mengamalkan ciri-ciri dan adat ajaran masing masing.

Sejurus itu yang dimaksudkan pluralisme masyarakat adalah terdapat lebih satu bangsa yang mempunyai karekter hidup berdampingan, saling berkerja sama dan saling berinteraksi antara satu bangsa dan bangsa lain. Dalam pengertian lain, setiap bangsa dituntut bukan saja mengakui hak bangsa lain dan menghormatinya, tetapi juga terlibat dalam usaha memahami perbezaan dan persamaan untuk mencapai tercapai satu masyarakat yang majmuk. Dalam perspektif sosiologi masyarakat, secara terminologinya, pluralisme masyarakat difahami sebagai satu sikap mengakui dan menerima kenyataan kemajmukan masyarakat sebagai nilai positif dan merupakan ketentuan dan rahmat tuhan kepada manusia. Pengakuan terhadap kemajmukan masyarakat tersebut adalah menerima dan yakin bahawasanya bangsa merupakan satu komuniti yang besar yang dicipta oleh tuhan dan disarankan untuk bertoleransi bersama. Dari kenyataan dan kesedaran inilah akan lahir sikap toleransi, inklusif, saling menghormati dan menghargai, serta member kesempatan kepada orang lain yang beribadah sesuai dengan keyakinan masyarat masing-masing. Terdapat dua penafsiran tentang konsep toleransi, penafsiran negative dan penafsiran positif. Yang pertama menyatakan bahwa toleransi itu hanya mensyaratkan cukup dengan membiarkan dan tidak menyakiti org/kelompok lain. Yang kedua menyatakan bahawa toleransi itu hanya sekadar memerlukan lebih sekadar daripada itu. Ia memerlukan bantuan dan dukungan terhadapan kewujudan orang/kelompok lain. Ertinya toleransi itu tidak cukup hanya dalam pemahaman saja, tapi harus diaplikasikan dengan tindakan dan perbuatan dalam kehidupan harian. Islam adalah agama universal yang mementingkan aspek-aspek kemanusiaan, persamaan hak dan mengakui adanya pluralisme bangsa. Pluralisme dari istilah Islam adalah sebuah ajaran Tuhan yang tidak akan berubah, juga tidak mungkin dipersoalkan atau diingkari. Ini menunjukkan Islam agama yang sangat menghargai pluralisme .Islam adalah agama yang menggalakkan hidup bersama bangsa yang lain dan menjalankan kehidupan harian dengan aman. Untuk memahami sikap dan ajaran Islam tentang pluralisme, kita harus mengambil contoh dari Muhammad s.a.w. dan Islam dalam kehidupan manusia. Sejarah mengatakan bahawa Muhammad saw. diutus oleh Allah sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir dengan membawa risalah Islamiyah, dengan Firman Allah : Firman Allah s.w.t Dan Kami tidak mengutus engkau (Muhammad) melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi seluruh alam. (QS. Al-Anbiya: 21/107).

Agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad menjadi penutup semua ajaran untuk umat manusia, Islam tidak mempersoalkan lagi mengenai asal etnik, suku kaum, agama dan bangsa. Semua manusia dan makhluk Allah akan mendapatkan menjalankan prinsip prinsip kehidupa secara universal. Al-Quran telah mencapai kata putusnya dalam berbicara mengenai pluralisme ketika menegaskan sikap penerimaan al-quran terhadap masyarakat dan agama lain. Islam untuk hidup bersama dan cuba menghasilkan perorakan hidup yang lebih selesa dan sempurna untuk kehidupan manusia. Semua masyarakat mempunyai hak untuk mengakui agama masing masing tidak kira yahudi, kristian dan agama-agama lain mahupun agama samawi ataupun agama ardhi. Pengakuan ini membuatkan agama islam merupakan agama yang terbuka, berbanding agama-agama lain di dunia. Agama islam adalah agama yang damai dan sangat menghargai toleransi dan membuka diri terhadap pluralisme masyarakat. Tanda-tanda pluralisme masyarakat banyak di ketengahkan di dalam Al-quran antara nya Firman Allah s.w.t. : untukmu agamamu dan untukku agamaku (QS : Al-Kafirun 109/6) Allah s.w.t tidak inginkan hanya ada satu bangsa dan agama walaupun sebenranya allah mempunyai kemampan untuk hal itu bila ia inginkannya. Firman Allah s.w.t. : jikalau Tuhanmu menghendaki, tentu dia menjadikan manusia umat yang satu (QS. Hud : 11/118) Dalam Al-quran berulang kali Allah s.w.t menyatakan bahawanya perbezaan di antara umat manusia, baik dalam warna kulit, bentuk rupa, kekayaan, harta, budaya dan bahasa adalah benda yang sama. Allah s.w.t bahkan melukiskan pluralisme idealogi dan agama sebagai panduan hidup yang besar, Allah s.w.t menganugerahkan nikmat akal kepada manusia, kemudiannya dengan akal tersebut Allah s.w.t mmeberikan kebebasan kepada manusia untuk memilihkan pilihan hidup yang ia yakini kebenarannya tanpa paksaan dan intervensi dari Allah s.w.t. Islam mengiktiraf kemuliaan setiap manusia tanpa mengira etnik. Oleh itu, tidak boleh berlaku perbezaan atau penafian hak berdasarkan etnik (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 2005: 37). Hal ini menjelaskan manusia secara fitrah dijadikan Allah dalam bentuk, kelompok dan budaya yang berbeza dan semua mesti menerima dan menghormati kepelbagaian dan perbezaan itu sebagai satu lumrah dan hukum alam yang akan terus

berlaku. Kepelbagaian dan perbezaan itu bukanlah faktor untuk berpecahbelah dan bermusuhan. Seharusnya kita perlu kenal-mengenal dan membantu antara satu sama lain agar kedamaian dan kemakmuran hidup bersama dapat dicapai. Ia selaras dengan firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (Surah al-Hujurat 49: 13) Islam juga menekankan tentang memberi keadilan kepada semua mengikut undangundang tanpa mengira etnik yang dijelaskan oleh Allah SWT yang bermaksud: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. (Surah an-Nisaa' 4: 58) Islam dengan jelas melarang kepada pembelaan etnik sendiri dalam erti kata membantu dan membela etnik sendiri yang melakukan kesalahan. Larangan ini dijelaskan oleh nabi dalam hadisnya yang bermaksud:

Bukan dari kalangan kami orang yang menyeru ke jalan asabiah dan bukan di kalangan kami orang yang berjuang di atas jalan asabiah dan bukan di kalangan kami orang yang mati di atas dasar asabiah. Mendengar ungkapan tersebut, para sahabat bertanya: Apakah yang dimaksudkan dengan asabiah wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Kamu membantu saudaramu di atas landasan kezaliman

(Muhammad Syams, 1990: 1720) Sebagai contoh bukti Pluraliti menurut perspektif Islam adalah Piagam Madinah. Demi mewujudkan perpaduan kaum di madinah, Nabi Muhammad s.a.w telah mewujudkan perlembagaan bertulis pertama di dunia iaitu Piagam Madinah. Tujuan utama Piagam Madinah adalah untuk menghadapi masalah masyarakat majmuk di Madinah. Selain itu ia juga memberikan panduan peemulihan kehidupan kaum muhajirin. Kandungan Piagam Madinah ini terdiri dari 47 fasal. 23 daripadanya menyatakan mengenai hubungan antara umat Islam sesama umat Islam iaitu antara Ansar dan Muhajirin. Ansar merupakan penduduk asal Madinah yang memeluk Islam serta membantu perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. manakala Muhajirin pula adalah pengikut awal Nabi Muhammad s.a.w yang berhijrah dari Makkah ke Madinah. Nabi Muhammad s.a.w menyelesaikan masalah antara dua kaum ini dengan mengikat tali persaudaraan antara mereka. Manakala fasal yang selebihnya iaitu 24 fasal membicarakan tentang hubungan Islam dengan umat bukan Islam iaitu Yahudi. Di Madinah, mereka mempunyai kebebasan untuk beragama sendiri dan mereka hendaklah membiayai sama seperti orang-orang mukmin membiayai ekonomi Madinah. Mereka hendaklah tolong-menolong menentang sesiapa jua yang menentang Piagam ini. Rasulullah telah mengikut bimbingan wahyu dan berdasarkan kelompok-kelompok masyarakat Madinah ketika itu. Terdapat tiga langkah yang diambil oleh Rasulullah dalam membentuk piagam Madinah. Langkah pertama adalah dengan mendirikan sebuah masjid sebagai tempat menunaikan ibadah dan tempat Rasulullah menyampaikan ajaran Islam. Langkah kedua pula, dengan mengikat tali persaudaraan antara kaum Ansar dan Muhajirin. Dan akhir sekali iaitu langkah ketiga, mengadakan perjanjian dengan orang Yahudi supaya sama-sama mempertahankan Madinah dari ancaman luar. Di dalam Piagam Madinah ini, Rasulullah menerapkan prinsip prinsip tertentu seperti Al-Quran dan Sunnah adalah sumber

hukum Negara, kewajipan semua pihak terhadap perdamaian, tanggungjawab Negara terhadap orang bukan Islam dan pelbagai lagi. Seterusnya adalah dengan pembentukan konsep ummah. Sebelum terbentuknya ummah di Madinah, masyarakat Madinah hidup di dalam keadaan berpecah-belah. Hal ini disebabkan Madinah terdiri daripada masyarakat berbilang kaum dan agama. Secara keseluruhannya, penduduk Madinah terdiri daripada 2 bangsa utama iaitu Arab dan Yahudi. Orang-orang Arab pula terdiri daripada 2 puak iaitu Aus dan Khazraj. Kedua-dua puak ini sering bermusnahan antara satu sama lain terutamanya kerana perebutan kuasa. Orang Yahudi pula terdiri daripada beberapa puak, yang paling terkenal ialah Bani Nadhir, Quraizah dan Qainuqak. Hubungan di antara puak Yahudi dan Arab sentiasa di dalam keadaan tegang sehinggalah Nabi berhjrah ke Madinah. Ummah menurut Sahifah Madinah adalah di dalam pengertian yang luas. Istilah tersebut adalah merujuk kepada semua penduduk Madinah pada masa kedatangan Nabi ke Madinah. Ia termasuklah orang-orang Islam yang berhijrah bersama Nabi atau lebih dikenali sebagai orang-orang Muhajirin, penduduk Madinah yang telah membantu Nabi atau yang lebih dikenali sebagai golongan Ansar serta orang-orang Yahudi yang telah menjadi sebahagian daripada sebahagian daripada penduduk Madinah. Walaupun mereka terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama tetapi masih lagi dianggap sebagai satu ummah. Oleh itu, Sahifah Madinah telah menyebutkan nama mereka satu persatu dan mereka masingmasing mempunyai hak dan tanggungjawab terhadap negara Islam Madinah. Pembentukan ummah di Madinah bermula sebaik sahaja Nabi sampai ke Madinah iaitu pada tahun 1 Hijrah bersamaan 622 M. Suasana di Madinah tidak aman menyebabkan Nabi mengambil beberapa langkah untuk membentuk ummha. Nabi sedar negara Islam Madinah mungkin dapat ditegakkan jika penduduk Madinah tidak bersatu terlebih dahulu. Sehubungan dengan itu, Nabi telah bertindak mempersaudarakan golongan Aus dan Khazraj dan mereka diberi nama baru iaitu golongan Ansar, golongan ini kemudiannya telah dipersaudarakan pula dengan golongan Muhajirin dan seterusnya mengadakan perjanjian damai dengan golongan Yahudi. Bagi mengukuhkan lagi kedudukan ini, Sahifah Madinah telah digubal, Nabi juga membina masjid sebagai tempat untuk menyatukan umat Islam. Dengan usaha-usaha yang dilakukan ini maka terbentuklah satu ummah di Madinah.

Antara kaitan Ummah dengan Politik Islam di Madinah adalah :

1. Pembentukan ummah mempunyai kaitan yang rapat dengan politik Islam di Madinah. Dengan terbentuknya ummah, Madinah telah muncul sebagai sebuah negara Islam yang pertama. Ia kemudiannya menjadi sebuah kuasa yang besar dan disegani. Di bawah konsep ummah, penduduk Madinah telah bekerjasama untuk membangunkan Madinah sama ada dari segi politik, ekonomi ataupun sosial. Kejayaan Nabi menyatukan penduduk Madinah di bawah konsep ummah telah membuktikan bahasa Islam adalah agama yang lengkap dan ia tidak memisahkan di antara politik dan agama.

2. Pembentukan ummah Madinah juga telah menjamin keselamatan Madinah dari ancaman luar dan dalam. Sebagai satu ummah semua penduduk Madinah perlu bekerjasama untuk mempertahankan Madinah dan sebarang ancaman. Di samping itu, mereka juga tidak boleh bermusuhan di antara satu sama lain. Nabi dengan jelas menyebutkan bahawa sesiapa atau mana-mana golongan yang mengingkari perjanjian yang telah dibuat akan dikenakan hukuman yang setimpal. Hal ini terbukti apabila orang-orang Yahudi telah dihalau dari Madinah apabila mereka sering mempersendakan kemenangan tentara Islam. Malah telah bekerjasama dengan pihak musuh iaitu orang-orang Quraisy.

3. Pembentukan ummah juga telah berjaya menyelesaikan krisis pemimpin yang wujud di Madinah sebelum ini. Semua penduduk Madinah termasuklah orang-orang Yahudi bersetuju untuk menerima Nabi sebagai pemimpin Madinah. Sifat-sifat kepimpinan yang ada pada Nabi telah menyebabkan mereka berpuas hati dan bersetuju untuk bernaung di bawah pemerintahan Islam. Sebelum ini, penduduk Madinah sering bertelagah bagi menentukan kepimpinan di Madinah. Puak Aus dan Khazraj misalnya telah berperang sejak sekian lama dan peperangan yang paling hebat ialah peperangan Buath. Orang-orang Yahudi juga sering mengintai peluang untuk mengambilalih pentadbiran Madinah, oleh itu, mereka sering melagak-lagakan di antara kedua-dua puak tersebut.

4. Pembentukan ummah juga berjaya mengukuhkan kedudukan politik Islam. Ia telah membuka peluang kepada penyebaran agama Islam. Orang Islam bebas beribadat dan menyebarkan agama Islam. Hal ini menyebabkan bilangan penganut Islam bertambah

dengan banyaknya. Dalam tempoh 10 tahun Nabi di Madinah, penganut Islam telah meningkat lebih daripada 100,000 orang. Hal ini terbukti semasa Nabi mengerjakan ibadat haji yang terakhir, seramai 100,000 orang telah mendengar khutbah baginda yang terakhir. Bilangan ini sangat besar berbanding dengan bilangan yang berjaya diislamkan dalam tempoh 13 tahun Nabi di Mekah. Kesimpulannya, Islam menolak sebarang bentuk perbezaan dan ketidakadilan yang membezakan seseorang dengan seseorang yang lain atas dasar jantina, warna kulit, bahasa, keturunan, negara, kedudukan keluarga, orang bukan Islam dan harta. Walaupun Islam memberi kelonggaran dalam penglibatan orang bukan Islam, namun keutamaan tetap diberikan kepada orang Islam. Keistimewaan ini bukanlah satu penganiayaan kepada bukan Islam tetapi untuk menjaga kesucian agama Islam dan keselamatan penganutnya. Hal ini menunjukkan prinsip persamaan dan keadilan dalam Islam telah dilonggarkan untuk memelihara kesucian dan martabat Islam.

RUJUKAN

1. Sumber dari internet - http://www.slideshare.net/kita1malaysia/bab1-konsepasas-hubungan-etnik 07.12.2011 2. Sumber dari internet - http://www.slideshare.net/emkay84/hubungan-etnikpluraliti-pluralistik 07.12.2011 3. Sumber dari internet - http://www.slideshare.net/emkay84/hubungan-etnik2011-islam-dan-hubungan-etnik 07.12.2011

You might also like