You are on page 1of 6

Ini ada lagi satu resepi yang ringkas dan mudah lagi menyehatkan untuk korang semua mencuba.

Sangat sesuai dihidangkan untuk makan tengahari, makan malam, bagi ibu yang dalam pantang bersalin serta bagi yang kurang sehat. Jom kita kukus mengukus. Makanan sebegini sekarang telah menjadi amalan pemakanan kami sekeluarga kini.

4 ekor ikan kerapu sederhana besar dibersihkan, dibuang sisik dan perut

3 sudu besar minyak bijan

2 sudu besar kicap cair kikomen

sebiji limau nipis

Limau dan sos cair disatukan dan diperap pada ikan selama 1/2 jam

2 labu bawang besar 4 helai daun limau purut 2 batangs erai 1 labu bawang putih 1 1/2 batang cili merah

sebuku halia

Kesemua bahan rencah dihiris kecuali baang putih diketuk

secekak daun bawang 2 batang karot 1 tin cendawan butang 3 biji tomato

Kesemuanya dimayang halus atau dirampai kecuali tomato dipotong baji

Kesemua bahan dan rencah digaul menjadi sebati

Bubuh bahan atas dasar mangkuk atau pinggan tahan panas kemudian bubuh ikan diatasnya

Tutup ikan dengan lebihan bahan rencah tadi

Tuangkan 3 sudu makan sos lada hitam ke atas ikan

Kukus sehingga ikan masak atau selama 30 minit

Ikan yang telah telah siap dikukus

Bubuhkan beberapa sudu minyak bawang putih kata atas ikan semasa menghidang

You might also like